Ucap Utama Perhimpunan Bulanan Bil 1/2014 SAHALANI BIN BASAR PENGARAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM. Salawat ke atas nabi s.a.w Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Pn Aryati bt Ramlan Ketua Jabatan Pembalajaran Sepanjang Hayat, Pn Hasniza bt Tawyer Pensyarah Kanan, Ketua-Ketua Program dan Ketua-Ketua Unit Barisan Pensyarah Tuan-tuan dan Puan-puan serta sidang hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
1
1.
Terlebih dahulu, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi rasa penuh
kesyukuran ke hadrat Allah Taala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapatlah kita berkumpul dalam majlis “PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2014” pada pagi yang mulia ini. Saya kira tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua warga Kolej Komuniti Bandar Penawar. Saya yakin anda telah mengorak langkah menyambut tahun baharu ini dengan azam, semangat baharu dan kesediaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Samasamalah kita memikul dan menunaikan segala amanah yang disandarkan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan
2.
Alhamdulillah tahun 2013 telah kita lalui, menyusuri pelbagai
kejayaan, cabaran dan aspirasi. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua warga sama ada diperingkat pengurusan mahupun pelaksana di atas segala usaha dan sumbangan yang diberikan sepanjang tahun 2013.
Sungguhpun banyak pencapaian yang telah kita perolehi
sepanjang tahun lepas, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian tersebut sahaja malah kita harus meningkatkan dan melipatgandakan usaha kita dalam memperlihat dan menonjolkan kebolehan dan 2
kecemerlangan warga dan pelajar kolej komuniti bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah di rantau ini. Pada tahun ini, tuan puan perlu mengenalpasti bidang atau kekuatan sebagai pensyarah dan pelajar tuan/puan untuk di tonjolkan supaya kejayaan yang bakal mereka perolehi dapat dihebahkan di dada-dada akhbar. Kita harus pastikan nama kolej komuniti sentiasa meniti di minda masyarakat setempat maupun masyarakat antarabangsa.
(Penggabungan Dua Kementerian) 3.
Tahun 2013 menyaksikan penggabungan dua Kementerian yang
amat penting bagi pembangunan modal insan iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dibawah satu nama - Kementerian Pendidikan Malaysia. Penggabungan ini bagi memastikan kesinambungan sistem
pendidikan
negara
yang
lebih
berkualiti
dan
dinamik.
Penggabungan ini akan menjimatkan kos operasi dan memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia dengan lebih efektif. Perubahan yang melibatkan struktur organisasi dan sistem kerja ini memerlukan semua warga bersedia untuk menyesuaikan diri dengan ekosistem yang baharu. Ini termasuklah kepekaan kita tentang perubahaan yang dianggap kecil tetapi sebenarnya sangat signifikan contohnya penggunaan nama baharu 3
dan logo Kementerian Pendidikan Malaysia yang digunakan secara menyeluruh.
(Perutusan KSN) 4.
Sebagai institusi pendidikan yang dekat dengan masyarakat, enam
prinsip utama telah diperkenalkan semasa ucapan amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Prinsip pertama ialah “Keterbukaan” di mana kita memastikan bahawa kita adalah institusi pendidikan yang sentiasa bersedia untuk didekati oleh masyarakat khususnya komuniti setempat. Prinsip kedua adalah “Turun Padang”. Tuan puan memainkan peranan untuk melibatkan diri dengan mendekati dan mendengar serta melihat sendiri perkembangan di sekitar komuniti kerana maklumat dari akar umbi merupakan maklumbalas yang tepat dan amat penting bagi tujuan perancangan pelaksanaan program kolej komuniti. Seterusnya adalah prinsip “Musyawarah” yang memerlukan penglibatan warga komuniti untuk sentiasa berinteraksi secara dinamik untuk mendapatkan penyelesaian kepada isu, cabaran dan masalah yang di hadapi. Ia juga sebagai landasan untuk berkongsi amalan terbaik dan 4
meminimumkan risiko untuk membuat kesilapan. Walaupun prinsip ini diamalkan kini di kolej komuniti, ianya harus disemarakkan merentasi semua warga di kolej komuniti dan komuniti setempat. Dengan cara ini keampuhan kerjasama kita dengan masyarakat terjamin. Prinsip yang ke empat adalah “Insaniah”. Bermakna warga diseru menyeimbangkan antara kehidupan rohani dan kesihatan jasmani dalam cara kita bekerja. Prinsip seterusnya adalah “Kekitaan” iaitu mengukuh dan menguatkan lagi ukhuwah dan persamaan antara kita. Prinsip terakhir adalah “Kerjasama Awam, Swasta dan NGO”. Kolej komuniti memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan lagi kolaborasi sedia ada di samping mewujudkan kerjasama baharu bagi memastikan kelangsungan peranan yang dipertanggungjawabkan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, (Penjimatan dalam perbelanjaan)
5
5.
Jabatan memandang serius terhadap langkah-langkah perbelanjaan
berhemat berdasarkan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Salah satu dari langkah tersebut adalah penjimatan perbelanjaan utiliti. Justeru, saya memohon semua warga dapat melaksanakan langkah penjimatan secara tuntas bukan sahaja elektrik dan air tetapi juga penjimatan perbelanjaan kewangan. Rentetan dari langkah penjimatan ini, kita disarankan, memastikan setiap program atau aktiviti dilakukan secara kolektif iaitu melaksanakan program secara bersama. Sebagai langkah awal Majlis konvokesyen akan diadakan dipusat.
Sehubungan itu, kolej komuniti juga harus memastikan penggunaan dan mengoptimumkan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dibekalkan agar tidak terbiar begitu sahaja sehingga menjadi Gajah Putih dan berakhir dengan teguran audit kewangan.
(Pemerkasaan Kolej Komuniti ) 7.
Tahun 2013 merupakan tahun penting bagi Kolej Komuniti dengan
bermulanya Pemerkasaan Kolej Komuniti yang bersandarkan kepada Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015.
6
Kita
telah
bergerak
keluar
dari
landasan
kebiasaan
dengan
memperkenalkan pendekatan baharu bagi menghebahkan Agenda Pelan Pemerkasaan kepada warga JPKK dan kolej komuniti. Bagi tujuan tersebut, Jabatan memperkenalkan Community College Report Card (CCRC) sebagai kaedah pemantauan pelaksanaan pelan pemerkasaan yang telah dibangunkan. CCRC dibangunkan bersama setelah pihak pengurusan tertinggi JPKK bermusyawarah dan mencapai kata sepakat dalam menetapkan sasaran bagi KPI CCRC 2013-2014. Pemahaman tentang CCRC adalah sangat kritikal kerana ianya perlu diperluaskan kepada setiap warga kolej sebelum dipraktikkan dan diamalkan. Seharusnya setiap warga berasa keterpunyaan (sense of ownership) terhadap pelaksanaan CCRC. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua dalam memastikan pelaksanaan CCRC ini dapat dijalankan dengan penuh komitmen dan ketelusan. Kejayaan CCRC secara mutlaknya bergantung kepada pelbagai faktor kritikal kejayaan dengan berputiknya kesedaran warga akan kepentingan CCRC. Seterusnya ia akan mencerminkan sejauh mana penghayatan warga kolej terhadap pelaksanaan agenda pemerkasaan. Pada penghujung tahun 2015, CCRC akan menggambarkan pencapaian sebenar kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh setiap kolej komuniti. 7
Secara langsung kita boleh menandaaras pencapaian setiap kolej komuniti di Malaysia dan membuat perbandingan dengan kolej-kolej komuniti lain di rantau ini seperti yang terdapat di Thailand, Vietnam dan Indonesia. Kita harus bersedia untuk menanda aras kolej-kolej kita dengan kolej-kolej lain di rantau ini supaya kita dapat memenuhi tuntutan pendidikan era global.
(Pembinaan Imej Kolej Komuniti @ Rebranding) 9. fasa
Sejak penubuhan kolej komuniti pada tahun 2000, kita telah melalui perkembangan
secara
berperingkat.
Setiap
fasa
mempunyai
penekanan kepada perkara yang dikenalpasti. Pada Fasa Pemerkasaan kita menetapkan enam teras utama yang perlu dicapai sebelum berakhirnya 2015. Selaras dengan itu, aspek pembinaan imej kolej komuniti menjadi suatu agenda iringan yang penting sepertimana yang disarankan oleh YB Menteri Pendidikan II. Usaha ke arah pembinaan imej atau rebranding ini juga akan melibatkan perubahan fizikal kepada logo dan warna korporat kita. Perubahan yang kelihatan kecil ini akan berupaya menarik perhatian masyarakat dan impaknya mampu merubah perspektif orang ramai terhadap kolej komuniti sebagai institusi penyedia latihan teknikal dan vokasional yang berwibawa.
8
Antara aspek pembinaan imej adalah keterlihatan kita dalam pencapaian pelajar dan pensyarah di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelbagai kejayaan yang dicapai sudah pasti melonjakkan imej kita di mata dunia. Namun pencapaian yang telah dikecapi harus dipertingkatkan lagi dari segi jumlah, kualiti penyertaan dan kejayaan yang diperolehi. Segala kejayaan luaran ini sia-sia sahaja sekiranya tidak disusuli dengan kejayaan insaniah warga kolej komuniti dan JPKK. Dalam konteks ini setiap warga kolej komuniti perlu menghayati dan mendokong jiwa Pengajian Tinggi (the Soul Of Higher Education). Sesungguhnya kelayakan akademik atau latihan profesional seseorang itu tidak melambangkan tahap keilmuannya. Sebaliknya orang berilmu menampakkan ciri-ciri peradaban komunikasi,
dan
tahap
sekaligus
kemuliaan
yang
mencerminkan
tinggi,
kesantunan
keperibadian
unggul.
dalam Inilah
masyarakat berbudaya ilmu yang ingin dibentuk bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama.
Salah satu cara bagi menyerlahkan lagi imej kolej komuniti adalah dengan menjadi rakan kongsi dengan organisasi yang hebat dan terbukti keunggulannya seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB). Antara pendekatan yang boleh diusahakan ialah mengadakan jalinan kerjasama 9
untuk membangun para usahawan dalam kalangan pelajar dan peserta kursus pendek kita. Usaha ini merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh pelajar dan peserta kursus pendek di kolej komuniti yang berminat untuk menjadi usahawan. Selain itu kita perlu mempergandakan usaha untuk mencapai keterlihatan kolej komuniti menggunakan media sosial dan media baharu seperti TV 1Malaysia yang berkonsepkan TV melalui internet. Ia menyediakan pelbagai saluran aliran perdana dan juga saluran antarabangsa terpilih serta rangkaian radio Internet seperti KL POP Radio.
Siaran ini boleh
dicapai melalui telefon pintar (Iphone, Ipad, Blackberry & Android). Pendekan secara High Tech ini tentunya akan menarik minat dan perhatian golongan belia dan muda untuk mengenali kolej komuniti dengan lebih dekat.
(Mendepani cabaran bagi Warga Kolej Komuniti) 10.
Tahun 2014 membawa kita kepada persekitaran serba baharu dan
kompetitif baik di peringkat negara mahupun antarabangsa. Pada tahun ini Jabatan akan memperkasakan lagi keterlihatan kolej komuniti sebagai penyedia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Mendepani pelbagai cabaran di sekeliling kita, perubahan dalam semua aspek harus 10
diterima dan dilakukan. Ini termasuklah mengubah budaya kerja dari kebiasaan kepada yang lebih berani mencuba, lebih inovatif dan lebih kreatif. Perubahan ini harus diterima, dilaksanakan dan dibudayakan sehingga menjadi etos kerja warga kolej komuniti yang lestari (sustainable work ethos). Penggemblengan tenaga seperti ini, bukan untuk diri kita semata-mata, tetapi ia melangkaui pemegang taruh terpenting kita, iaitu pelajar.
Kehadiran tahun baharu 2014 pastinya menanti kita dengan pelbagai cabaran. Harapan murni kita adalah melonjakkan kolej komuniti sebagai instutusi pendidikan tertiari yang disegani dan kukuh kedudukannya dalam arus pendidikan perdana negara. Bagi merealisasikan aspirasi ini, saya menyeru agar warga JPKK dan kolej komuniti dapat mewujudkan budaya kerja yang lebih baik, menghayati dan mempraktikkan nilai kesegeraan (sense of urgency) serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif. Laksanakanlah kerja yang diamanahkan dengan ikhlas dan jujur, penuh dengan rasa tanggungjawab kerana kita diamanahkan untuk membina modal insan bagi kelestarian generasi akan datang. Justeru warga harus memberikan sepenuh komitmen terhadap tugas hakiki dan menerima
cabaran
sebagai
sebahagian 11
dari tugasan
yang
perlu
dilaksanakan dengan cemerlang. Bagi memastikan kelangsungan harapan dan segala perancangan yang telah direncanakan ini, semua warga di harus bersama sebagai satu pasukan ke arah membangunkan budaya kerja yang lebih efisyen, efektif dan fleksibel. Budaya kerja cemerlang dicerminkan dengan kesediaan warga untuk mempertingkatkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya dapat menyumbang ke arah kejayaan kolej komuniti. Walau bagaimanapun, kita harus melampaui harapan organisasi kita ke arah melengkapkan diri dengan bibit-bibit dan nilai-nilai ketamadunan dan keilmuan dan tidak sekadar menjadi pekerja yang berkemahiran sahaja. Nilai-nilai ini jika diamalkan
dan
dihayati
sepenuhnya
akan
mencetuskan
rasa
kebertanggungjawaban kita untuk memberi peluang sama rata kepada semua golongan masyarakat untuk dididik, dilatih dan diasuh. Manakan dapat sagu, jika tidak dipecahkan ruyungnya. Setiap individu berpotensi untuk diasah dan digilap menjadi permata berkilauan, bermutu tinggi (high value) dan sangat berharga yang lambat laun akan menjadi tonggak kepada pembangunan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan (Pelajar Kolej Komuniti, Pilihan Utama Industri) 12
11.
Kita perlu ingat, tanpa pelajar kita tidak akan wujud di sini, tidak
boleh beroperasi bahkan tidak ada apa yang boleh kita banggakan. Ini bermakna kita harus mendengar suara hati dan kehendak pelajar kerana mereka merupakan klien dan produk yang dihasilkan oleh kolej komuniti. Pelajar sebagai input kepada kolej komuniti akan melalui proses pendidikan dan dibekalkan dengan kemahiran yang diperlukan sebelum menceburi dunia pekerjaan. Kita mesti memastikan bahawa, kualiti perkhidmatan pendidikan dan latihan yang disalurkan kepada pelajar adalah yang terbaik, seterusnya menjadi sebutan dan kepercayaan di kalangan masyarakat setempat. Dengan kata lain, keluaran kolej komuniti menjadi pilihan utama industri. Impak keseluruhannya kolej komuniti menjadi destinasi rebutan oleh semua lapisan masyarakat.
Bermula pada tahun ini juga, JPKK mengambil pendekatan dengan menyelaraskan program-program sahsiah pelajar secara kolektif dan bersepadu bagi menyahut saranan kerajaan dalam melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dengan menggabungkan komponenkomponen yang bersesuaian. Perancangan program yang melibatkan pelajar akan berfokus kepada atribut pelajar seperti mana yang digariskan di dalam Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015. 13
Atribut-atribut yang ditekankan seharusnya bercambah daripada atribut sedia ada iaitu berani mencuba, kreatif dan berbakat, mesra dalam pergaulan dan berfikiran terbuka. Outcome pelajar yang ingin dihasilkan mencakupi mereka yang competent, confident, connected, caring/ compassionate dan mempunyai character yang unggul. Programprogram yang akan dilaksanakan di kolej pada tahun ini perlu berteraskan kepada unsur-unsur yang disebutkan di atas bagi membangun dan memperkukuhkan sahsiah pelajar.
(Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat) 12.
Salah satu agenda utama Jabatan pada tahun 2014 adalah
melaksanakan pendekatan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Strategi pelaksanaan bagi program Pendidikan Islam di kolej komuniti sedang dirangka dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM, JAKIM, ILIM IKIM dan institut Pendidikan Guru (IPG).
Tindakan awal yang perlu diambil oleh
setiap kolej ialah mewujudkan kerjasama antara kolej komuniti dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan institusi agama seperti sekolah tahfiz , pondok dan jawatankuasa masjid. 14
(Kolaborasi Pintar bersama Industri) 14. Pada tahun 2014, kolej komuniti turut melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan program Reskilling dan Upskilling untuk tenaga pekerja industri dan automotif. Kita akan meneruskan kerjasama bersama industri minyak & gas dan lima koridor ekonomi untuk melahirkan pekerja mahir dan separa mahir untuk industri minyak dan gas didalam dan luar negara. Antara industri yang terlibat adalah MOCA, EPIC dan Lion Group (THHE, MHHE, Labuan Shipyard, Brooke Dockyard, Sapura Kencana, Exxon, Coral Alliance, Mentari dll). Selain itu kita melaksanakan program kerjasama pintar bersama industri perladangan tersohor seperti Sime Darby Plantation, Semai Alam dan Benta Wawasan bersama Felcra bagi melahirkan tenaga kerja untuk industri pemesinan peladangan. Segala usaha kolaborasi yang dijalankan ini adalah bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan graduan kolej komuniti.
Tuan-tuan dan puan –puan,
(Meningkatkan akses dan ekuiti) 16. Bagi memperluaskan akses dan ekuiti pengajian di kolej komuniti, kita disarankan bahawa warga kolej komuniti mesti meningkatkan usaha untuk 15
memenuhkan norma pengambilan yang telah ditetapkan. Sejumlah 120 tempat disediakan bagi pengambilan pelajar baharu Sesi ambilan Mac, ambilan perdana Julai dan ambilan November 2014. Salah satu inisiatif yang boleh kita usahakan ialah melalui kerjasama JPNJ, Kaunselor sekolah2, FELDA di bawah NBOS KPM. Kita mensasarkan kemasukan kohort pertama seramai 120. Di sini, saya menyeru supaya warga Kolej memastikan program yang dirancang ini di beri keutamaan dan mencapai kejayaan yang diharapkan.
(Program Teach Community @ CC) 17. Program Teach Community @ CC merupakan landasan terbaik bagi menyokong hasrat kerajaan mengurangkan perbelanjaan. Program ini memfokuskan kepada latihan dan kemahiran di mana pesara, individu dan profesional dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran kepada komuniti setempat. Sehubungan itu, kita diminta untuk menyebarluas mengenai program ini kepada komuniti agar kolej dapat mengenalpasti individu yang layak dan berminat untuk menyertai dan menjadi peserta program ini. Program ini mampu memberi ruang dan peluang kepada individu, profesional dan pesara untuk terus menyumbang kepada negara (giving back to society). 16
(Pembudayaan Sukan) 20.
Pada tahun ini, Jabatan akan meneruskan lagi pembudayaan sukan
Petanque iaitu dengan sasaran penubuhan Pusat Khas Sukan Petangue negeri. Penubuhan Pusat Khas Sukan Petanque ini diharap akan dapat menarik penyertaan seramai sekurang-kurangnya 12,000 orang bagi menyemarakkan sukan ini dalam kalangan warga Malaysia. Selain sukan petanque, atlet dan warga kolej komuniti akan terlibat secara langsung dalam beberapa acara dan kejohanan sukan pada tahun ini seperti Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014, Kejohanan Liga Bola sepak IPT Piala Y.B Menteri, Kejohanan Liga Futsal IPT Piala Y.B Menteri, Kejohanan Petanque Piala KSU, Karnival Sukan Kolej Komuniti Kebangsaan dan Kejohanan Pencak Silat Piala TPM. Penyertaan atlet dan warga kolej komuniti dalam kejohanan dan acara sukan seperti ini diharap akan memberi kejayaan berganda kepada kita dan secara tidak langsung akan melonjakkan nama kolej komuniti di persada sukan tanahair.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
17
21.
Dalam keghairahan kita bekerja, di ingatkan juga agar kita tetap
mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pendekatan 3K iaitu kesihatan, keluarga, dan karier. Dengan mengamalkan keseimbangan dalam ketiga-tiga unsur ini, saya percaya, kita akan memperolehi kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna di samping mencapai kejayaan dalam kerjaya.
Akhir kata, saya menyeru seluruh warga Kolej Komuniti untuk bersama bagi menggembleng tenaga dalam memberikan khidmat dan sumbangan yang terbaik pada tahun ini.
Saya amat berharap setiap program
sepanjang tahun 2014 yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya amat berharap majlis ini mencetus etos kerja berteraskan perkongsian tugas dan bekerja sebagai satu pasukan yang harmonis sepanjang tahun ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, BAKAT dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam menguruskan majlis ini dengan jayanya.
18
Dengan itu saya sudahi ucapan saya kali ini dengan lafaz ; Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum W.B.T. Sekian, terima kasih.
19