KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 15 Mei 2013
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
2
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru sekolah Menengah(KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum ini.
Adalah diharap dokumen ini dapat member maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
3
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens
o
Murid
:
Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen
:
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
4
KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND
STANDARD
1
TAHU
2
TAHU, FAHAM
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
5
TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
5
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
TAHU, FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan BUAT kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU DAN FAHAM DAN Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan BOLEH BUAT DENGAN mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap BERADAB TERPUJI positif.
6
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai TAHU, FAHAM DAN BOLEH keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta BUAT DENGAN BERADAB cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk MITHALI mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
untuk
melaksanakan
sesuatu
6
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :
1.
Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan, kuasa, kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan;
2.
Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;
3.
Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat;
4.
Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;
5.
Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan;
6.
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.
7.
Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik;
8.
Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
7
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat : 1.
Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan;
2.
Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga;
3.
Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur;
4.
Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya;
5.
Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara;
6.
Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan
7.
Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
8
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.
2
Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.
3
Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.
4
Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.
6
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
9
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Tahu
DESKRIPTOR
EVIDENS
B1 DJ1 Mengetahui tentang konsep kebolehbalikan dan perbezaan individu dalam prinsip latihan.
B1DJ1E1 Menyatakan maksud prinsip kebolehbalikan dan prinsip perbezaan individu. PL : Aras 1
B1 DJ2 Mengetahui tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan.
B1DJ2E1 Menyatakan formasi pergerakan dalam aktiviti menjejak. Rekreasi : Aras 1
B1 DJ3 Mengetahui tentang konsep pengurusan dalam sukan.
B1DJ3E1 Menyenaraikan persatuan sukan kebangsaan yang terdapat di Malaysia. (sekurang-kurangnya lima persatuan sukan)
Kerjaya Sukan : Aras 1 B1 DJ4 Mengetahui tentang isu dan etika dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan
B1DJ4E1 Menyatakan maksud keagresifan dalam sukan. Keagresifan : Aras 1 B1DJ4E2 Menyatakan maksud semangat kesukanan. Etika : Aras 1
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
10
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR B1 DK1 Mengetahui tentang keselamatan persekitaran.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
EVIDENS B1DK1E1 Menyatakan akta yang digubal oleh kerajaan bagi menanggani masalah jangkitan penyakit.
11
BAND
PERNYATAAN STANDARD
2
B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Tahu dan Faham
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2 DJ1 Mengetahui dan memahami tentang komponen kecergasan fizikal.
B2DJ1E1 Menjelaskan faedah latihan meningkatkan komponen kecergasan kuasa dan kelajuan.
B2 DJ2 Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan permainan.
B2DJ2E1 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar dan permainan sofbol.
B2 DJ3 Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan olahraga.
B2DJ3E1 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan dalam acara lumba jalan kaki dan acara lempar cakera.
B2 DJ4 Mengetahui dan memahami tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan.
B2DJ4E1 Menjelaskan aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti menjejak.
B2 DJ5 Mengetahui dan memahami tentang etika dalam sukan.
B2DJ5E1 Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukanan penonton.
12
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang amalan pemakanan secara berlebihan.
B2DK1E1 Menyatakan faktor amalan pengambilan makanan yang berlebihan. Pemakanan : Aras 1
B2 DK2 Mempunyai kefahaman tentang keselamatan persekitaran.
B2DK2E1 Menyatakan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
B2 DK3 Mengenalpasti tentang konsep pertolongan cemas.
B2DK3E1 Menyenaraikan petanda dan keadaan yang memerlukan ECC dan CPR. PC : Aras 2
13
BAND
PERNYATAAN STANDARD
3
B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.
Tahu, Faham dan Boleh Buat
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3 DJ1 Melakukan aktiviti komponen kecergasan fizikal.
B3DJ1E1 Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti bagi setiap komponen daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa dengan betul.
B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan.
B3DJ2E1 Melakukan sekurang-kurangnya dua kemahiran asas bola tampar atau dua kemahiran asas sofbol.
B3 DJ3 Melakukan kemahiran asas olahraga.
B3DJ3E1 Melakukan fasa-fasa kemahiran lempar cakera.
B3 DJ4 Memahami tentang konsep pengurusan dalam sukan.
B3DJ4E1 Menjelaskan peranan jawatankuasa induk dalam persatuan sukan dan permainan.
14
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
DESKRIPTOR
EVIDENS
B3 DK1 Memahami kandungan kalori dalam makanan.
B3DK1E1 Menyenaraikan jumlah kandungan kalori dalam tiga jenis makanan yang berbeza.
B3 DK2 Memahami konsep penyalahgunaan bahan.
B3DK2E1 Menjelaskan implikasi pengambilan dadah terhadap ekonomi dan politik.
15
BAND
PERNYATAAN STANDARD
4
B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
DESKRIPTOR B4 DJ1 Mengaplikasikan konsep kecergasan fizikal dalam latihan, permainan dan olahraga.
EVIDENS B4DJ1E1 Melakukan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular dan menjelaskan perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan latihan. (paarlauf / lompat tali / latihan piramid).
B4DJ1E2 Membezakan pembolehubah prinsip kekhususan dalam latihan daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa berdasarkan ulangan, intensiti dan kadar pergerakan. B4DJ1E3 Mengaplikasikan kelajuan dalam permainan sofbol atau acara lumba jalan kaki.
B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan.
B4DJ2E1 Melakukan kemahiran gimnastik artistik / gimnastik irama / gimnastik pendidikan / pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.
B4 DJ3 Mengaplikasikan isu keagresifan dan komersialisme dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan.
B4DJ3E1 Mengulas isu-isu keagresifan daripada media massa.
(sekurang-kurangnya dua kemahiran)
16
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS B4DJ3E2 Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga kebaikan dan tiga keburukan komersialisme dalam sukan.
B4 DK1 Mengaplikasi pengetahuan pertolongan cemas.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
B4DK1E1 Menunjuk cara pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur ECC atau CPR.
17
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
5
B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.
B5 DJ1 Menguasai perlaksanaan program kecergasan yang berasaskan prinsip latihan.
B5DJ1E1 Melengkapkan jadual program kecergasan diri dalam tempoh dua minggu berasaskan prinsip kebolehbalikan/perbezaan individu.
B5 DJ2 Menguasai perlaksanaan dalam kemahiran gimnastik pendidikan.
B5DJ2E1 Merancang dan melaksanakan variasi pergerakan mengikut tema.
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
EVIDENS
(penglibatan dalam persembahan)
B5 DJ3 Memahami konsep kerjaya dalam sukan.
B5DJ3E1 Membincangkan kerjaya yang berkaitan dengan sukan dan permainan.
B5 DK1 Menguasai isu-isu kekeluargaan.
B5DK1E1 Membincangkan isu-isu semasa kekeluargaan.
B5 DK2 Menilai kandungan kalori dalam pemakanan.
B5DK2E1 Membandingkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian pelajar aktif dengan pelajar sedantari (tidak aktif).
18
BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
PERNYATAAN STANDARD
B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.
DRAF DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 JULAI 2013
DESKRIPTOR B6 DJ1 Mengamalkan konsep perancangan dan pengelolaan sukan dan rekreasi yang berkualiti.
EVIDENS B6DJ1E1 Merancang dan mengelolakan aktiviti rekreasi atau pertandingan sukan atau permainan. Pertandingan Sukan / Permainan: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, jadual pertandingan, pelaksanaan Aktiviti rekreasi: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, tentatif program, pelaksanaan
19