Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
2
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
3
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
TAFSIRAN o
Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.
o
Evidens :
o
Murid
-
Instrumen
-
Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
4
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
6
6
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid dapat: 1.
Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.
2.
Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.
3.
Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
4.
Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5.
Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu Ain serta memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6.
Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa’ al-Rashidin dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
7.
Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tonggak budaya bangsa yang bermaruah.
8.
Membaca dan menulis jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus diperkukuhkan.
7
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
2
Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
3
Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
4
Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
5
Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
6
Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
8
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
B1 Mengetahui asas membaca al-Quran, menghafaz ayatayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
Tahu
DESKRIPTOR
EVIDENS
TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B1DT1
Membaca ayat 1 – 87 surah alA’raf dan ayat 1 – 11 surah alJumuah AYAT HAFAZAN B1DH2 Menghafaz ayat 23 surah al-A’raf dan ayat 9 -11 surah al-Jumuah
B1DT1E1 Membaca ayat-ayat bacaan mengikut bacaan contoh iaitu: ayat 23 - 30 surah al-A’raf ayat 1 - 11 surah al-Jumuah
B1DH2E1 Menghafaz sebahagian ayat iaitu:
HADIS B1D3 Mengetahui isi kandungan hadis
B1D3E1 Menyatakan isi kandungan hadis secara ringkas berdasarkan:
ULUM SYARIAH AKIDAH B1D4 Mengetahui beriman kepada rasul
ayat 23 surah al-A’raf ayat 9 surah al-Jumuah
Hadis 1: Amalan Kebajikan Mukmin
B1D4E1 Menyatakan bilangan rasul yang wajib diketahui. sekurang-kurangnya lima nama rasul yang wajib diketahui
9
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
B1D5 Mengetahui beriman kepada hari akhirat
B1D5E1 Menyatakan pengetahuan asas tentang alam barzakh B1D5E2 Menyebut nama-nama lain bagi hari kiamat B1D5E3 Menyatakan pengetahuan asas berkaitan pahala dan dosa
B1D6 Mengetahui beriman kepada qada dan qadar IBADAH B1D7 Mengetahui solat ketika sakit
B1D6E1 Menyatakan pengetahuan asas mengenai qada dan qadar
B1D7E1 Menyatakan pengetahuan asas cara solat ketika sakit
B1D8 Mengetahui solat sunat
B1D8E1 Menyatakan pengetahuan asas berkaitan solat sunat hajat
B1D9 Mengetahui tentang pengurusan jenazah
B1D9E1 Menyatakan kewajipan terhadap jenazah
10
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B1D10 Mengetahui keunggulan perjuangan tokoh-tokoh Islam. B1D11 Mengetahui kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah
B1D10E1 Menyatakan riwayat hidup Saiyidatina Fatimah al-Zahra B1D11E1 Menyatakan maksud Piagam Madinah B1D11E2 Menyatakan peristiwa yang membawa terbentuknya Piagam Madinah
B1D12 Mengetahui pembukaan kota Mekah
B1D12E1 Menyatakan sejarah latar belakang sebelum pembukaan kota Mekah
11
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
2
B2 Memahami asas membaca al-Quran, menghafaz ayatayat tertentu, kefahaman ayat, pengenalan dan hadis pilihan, asas dan konsep akidah, ibadah, sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
Tahu dan faham
DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B2DT1 Membaca ayat 1 – 87 surah alA’raf dan ayat 1 – 11 surah alJumuah AYAT HAFAZAN B2DH2 Menghafaz ayat 23 surah al-A’raf dan ayat 9 -11 surah al-Jumuah
AYAT KEFAHAMAN B2D3 Memahami isi kandungan ayat ayat tertentu dalam surah al-A’raf
HADIS B2D4 Memahami isi kandungan hadis.
EVIDENS
B2DT1E1 Membaca ayat-ayat bacaan dengan bimbingan iaitu: ayat 23 – 30 surah al-A’raf ayat 1- 11 Surah al-Jumuah
B2DH2E1 Menghafaz ayat-ayat iaitu:
ayat 23 surah al-A’raf ayat 9-10 surah al-Jumuah
B2D3E1 Menyatakan isi kandungan ayat surah A’raf iaitu: ayat 23 (Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT)
B2D4E1 Menjelaskan isi kandungan hadis berdasarkan: Hadis 1: Amalan Kebajikan Mukmin
12
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
ULUM SYARIAH AKIDAH B2D5 Memahami beriman kepada rasul
B2D5E1 Menyatakan pengertian nabi dan rasul tugas-tugas rasul B2D5E2 Menyatakan pengertian ulul-azmi nama-nama rasul ulul-azmi B2D5E3 Menyatakan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasul.
B2D6 Memahami beriman kepada hari akhirat
B2D6E1 Menyatakan pengertian alam barzakh. gambaran kehidupan di alam barzakh
B2D6E2 Menyatakan
pengertian hari kiamat tiga nama lain hari kiamat beserta ertinya
13
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
B2D6E3 Menyatakan pengertian pahala dan dosa perbuatan-perbuatan yang mendapat pahala dan dosa B2D7 Memahami beriman kepada qada dan qadar IBADAH B2D8 Memahami solat ketika sakit
B2D9 Memahami solat sunat B2D10 Memahami tentang pengurusan jenazah
SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B2D11 Memahami keunggulan perjuangan tokoh-tokoh Islam
B2D7E1 Menyatakan pengertian ikhtiar dan tawakal
B2D8E1 Menjelaskan cara solat ketika sakit
B2D9E1 Menjelaskan kaifiat solat sunat hajat B2D10E1 Menjelaskan kewajipan terhadap jenazah memandikan mengafankan
B2D11E1 Menyatakan keistimewaan sifat peribadi Saiyidatina Fatimah al-Zahra
14
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
B2D12 Memahami kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah
B2D12E1 Menyatakan dua isi kandungan Piagam Madinah
B2D13 Memahami tentang pembukaan Mekah
B2D13E1 Menyatakan strategi Rasulullah SAW semasa pembukaan kota Mekah
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B2D14 Memahami adab dalam kehidupan seharian dan bersosial
B2D14E1 Menyatakan: adab terhadap ibu bapa dan keluarga adab bercakap dalam majlis
15
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
3
B3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menyatakan kefahaman ayat dan hadis pilihan, memahami akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
Tahu, faham dan boleh buat
DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B3DT1 Membaca ayat 1 – 87 surah alA’raf dan ayat 1 – 11 surah alJumuah AYAT HAFAZAN B3DH2 Menghafaz ayat 23 surah al-A’raf dan ayat 9 -11 surah al-Jumuah
EVIDENS
B3DT1E1 Membaca ayat-ayat bacaan dengan betul tanpa bimbingan iaitu: ayat 23 - 30 surah al-A’raf ayat 1 - 11 surah al-Jumuah
B3DH2E1 Menghafaz ayat-ayat dengan betul dan bertajwid iaitu: ayat 23 surah al-A’raf ayat 9-11 surah al-Jumuah
AYAT KEFAHAMAN B3D3 Memahami isi kandungan ayatayat tertentu dalam surah al-A’raf
B3D3E1 Menjelaskan isi kandungan ayat daripada surah al-A’raf iaitu:
HADIS B3D4 Memahami isi kandungan hadis
ayat 23 (Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT)
B3D4E1 Melakukan amalan kebajikan yang terdapat dalam hadis. Hadis 1: Amalan Kebajikan Mukmin 16
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
ULUM SYARIAH AKIDAH B3D5 Mengamalkan sifat-sifat wajib bagi rasul
B3D6 Memahami beriman kepada hari akhirat
B3D5E1 Melakukan amalan-amalan yang bertepatan dengan sifat-sifat wajib rasul dalam kehidupan seharian. B3D6E1 Mengamalkan amalan-amalan yang perlu dilakukan sebagai persediaan menghadapi kematian B3D6E2 Menjelaskan nikmat-nikmat syurga dan keperitan azab neraka
B3D7 Memahami beriman kepada qada dan qadar
B3D7E1 Melakukan perbuatan yang menunjukkan beriman kepada qada dan qadar
IBADAH B3D8 Melaksanakan solat ketika sakit
B3D8E1 Melakukan amali solat ketika sakit
B3D9 Melaksanakan solat sunat
B3D9E1 Melakukan solat sunat hajat
B3D10 Melaksanakan solat jenazah
B3D10E1 Melakukan amali solat jenazah
17
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
SIRAH NABAWIYAH DAN TAMADUN ISLAM B3D11 Memahami keunggulan perjuangan tokoh-tokoh Islam
B3D11E1 Mengambil iktibar daripada keistimewaan sifat peribadi Saiyidatina Fatimah al-Zahra
B3D12 Memahami kepimpinan Rasulullah SAW di Madinah
B3D12E1 Menyatakan dua kesan Piagam Madinah
B3D13 Memahami pembukaan kota Mekah
B3D13E1 Mengambil iktibar daripada faktor kejayaan pembukaan kota Mekah
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B3D14 Melaksanakan adab dalam kehidupan seharian dan bersosial
B3D14E1 Menjelaskan adab terhadap ibu bapa dan keluarga adab bercakap dalam majlis
18
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
4
B4 Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menjelaskan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab.
DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B4DT1 Membaca ayat 1 – 87 surah alA’raf dan ayat 1 – 11 surah alJumuah
EVIDENS
B4DT1E1 Membaca ayat-ayat dengan betul, bertajwid dengan pemerhatian yang khusus kepada hukum mad iaitu:
ayat 23 -30 Surah al-A’raf ayat 1- 11 Surah al-Jumuah
AYAT HAFAZAN B4DH2E1 B4DH2 Menghafaz ayat 23 surah al-A’raf Menghafaz ayat-ayat dengan betul, bertajwid dan ayat 9 -11 surah al-Jumuah dan lancar iaitu: AYAT KEFAHAMAN B4D3 Memahami isi kandungan ayatayat dalam surah al-A’raf
ayat 23 surah al-A’raf ayat 9-11 surah al-Jumuah
B4D3E1 Melakukan amalan untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah berdasarkan: ayat 23 (Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT)
19
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
HADIS B4D4 Mengamalkan isi kandungan hadis
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B4D5 Melaksanakan adab dalam kehidupan seharian dan bersosial
B4D4E1 Melakukan amalan kebajikan yang terdapat dalam hadis dengan betul : wuduk solat membaca al-Quran
B4D5E1 Melakukan dengan betul adab: adab terhadap ibu bapa dan keluarga adab bercakap dalam majlis
20
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
5
B5 Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menerangkan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, melakukan ibadah, mencontohi sirah nabawiyah dan tamadun Islam, adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
DESKRIPTOR
EVIDENS
TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B5DT1 Membaca ayat 1 – 87 surah alA’raf dan ayat 1 – 11 surah alJumuah
B5DT1E1 Membaca ayat-ayat bacaan dengan betul, bertajwid dan lancar iaitu:
AYAT HAFAZAN B5DH2 Menghafaz ayat 23 surah al-A’raf dan ayat 9 -11 surah al-Jumuah
B5DH2E1 Menghafaz ayat-ayat dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih iaitu:
AYAT KEFAHAMAN B5D3 Menghayati isi kandungan ayatayat tertentu dalam surah al-A’raf
ayat 23 -30 Surah al-A’raf ayat 1- 11 Surah al-Jumuah
ayat 23 surah al-A’raf ayat 9-11 surah al-Jumuah
B5D3E1 Mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah al-A’raf secara istiqamah iaitu: ayat 23 (Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT)
21
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
HADIS B5D4 Menghayati isi kandungan hadis
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B5D5 Menghayati adab dalam kehidupan seharian dan bersosial.
B5D4E1 Melakukan amalan kebajikan yang terdapat dalam hadis secara istiqamah wuduk solat membaca al-Quran
B5D5E1 Melakukan dengan betul dan istiqamah adab bercakap dalam majlis
22
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6
B6 Mahir membaca al-Quran, menghafaz ayat-ayat tertentu, menghuraikan kefahaman ayat dan hadis pilihan, menghayati akidah berteraskan rukun iman, mengamalkan ibadah, meneladani sirah nabawiyah dan tamadun Islam, mengaplikasikan adab dan akhlak Islamiah serta membaca dan menulis jawi.
Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
DESKRIPTOR TILAWAH AL-QURAN AYAT BACAAN B6DT1 Membaca ayat 1 – 87 surah alA’raf dan ayat 1 – 11 surah alJumuah
EVIDENS
B6DT1E1 Membaca ayat-ayat bacaan dengan betul, bertajwid, lancar, fasih dan boleh dicontohi:
AYAT HAFAZAN B6DH2 Menghafaz ayat 23 surah al-A’raf dan ayat 9 -11 surah al-Jumuah
B6DH2E1 Menghafaz ayat-ayat dengan betul, bertajwid, lancar, fasih dan bertadwir iaitu:
AYAT KEFAHAMAN B6D3 Menghayati isi kandungan ayatayat daripada surah al-A’raf
ayat 23 -30 Surah al-A’raf ayat 1- 11 Surah al-Jumuah
ayat 23 surah al-A’raf ayat 9-11 surah al-Jumuah
B6D3E1 Mengamalkan isi kandungan ayat daripada surah al-A’raf secara istiqamah dan boleh dicontohi: ayat 23 (Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT)
23
Draf DSP Pendidikan Islam Tingkatan 3 25 – 28 Jun 2013
HADIS B6D4 Menghayati isi kandungan hadis
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH B6D5 Menghayati adab dalam kehidupan seharian dan bersosial
B6D4E1 Melakukan amalan kebajikan yang terdapat dalam hadis dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi. wuduk solat membaca al-Quran
B6D5E1 Melakukan dengan betul, istiqamah dan boleh dicontohi: adab bercakap dalam majlis
24