KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2
Cetakan 2014
© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
3
4
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
3
5
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
4
6
TAFSIRAN
5
7
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
8
PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
7
9
PEMETAAN
8
10
STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
9
0
PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2
MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1
Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2
Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
OM3
Menterjemah idea-idea kreatif dan inivatif melalui lukisan teknik.
OM4
Mengenalpasti hidangan dan mengurus sajian.
OM5
Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM6
Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM7
Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8
Mengenal pasti dan merekod urus niaga secara sistematik.
OM9
Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM10
Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )
3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1
Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2
Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3
Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5
Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6
Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7
Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o
Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
Tahu
Faham
5
Tahu
Faham
4
Tahu
Faham
3
Tahu
2
Tahu
1
Tahu
Faham
Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Boleh Buat dengan Beradab
Boleh Buat
Faham
6
PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN BAND
PENYATAAN STANDARD
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.
3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
2 (Tahu dan Faham)
Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
1 (Tahu)
Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.
7
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2 8
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1
prosedur 2 daya usaha membimbing
1
TAJUK 1.
Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan lima alatan tangan.
B2
Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan lima alatan tangan dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dengan mengikut prosedur1.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dengan daya usaha1.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dan membimbing1.
: Kaedah dan teknik yang betul. : (i) Hasil kerja kemas dan betul. (ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan. : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja. (ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.
9
BIDANG
TAJUK
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
semua komponen 2 prosedur
1
2.
Elektronik
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tiga simbol komponen elektronik.
B2
Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar dengan daya usaha2.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan dan membimbing1.
: Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)] : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.
10
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
daya usaha
3
TAJUK 3.
Lukisan teknik
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan lukisan teknik.
B2
Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan melukis unjuran ortografik.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur1.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha3.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dan membimbing1.
: (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm) (ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. (iii) Hasil lukisan betul dan bersih.
11
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
prosedur3 daya usaha4.
TAJUK 4.
Masakan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang masakan dengan mengenal pasti jenis-jenis minuman.
B2
Menerangkan tentang masakan dengan mengenal pasti bahan yang sesuai untuk jenis minuman.
B3
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat.
B4
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan mengikut prosedur3
B5
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan daya usaha4.
B6
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dan membimbing1.
: Mengikut langkah kerja yang betul : (i) Menghias (ii) Hasil kerja kemas (iii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan
12
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAJUK 5. Tanaman hiasan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan mengenal pasti dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.
B2
Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan mengikut prosedur3.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan daya usaha2. .
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dan membimbing1.
13
BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TAJUK 6. Pengenalan kepada
perniagaan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan tiga jenis perniagaan runcit besar-besaran.
B2
Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan tiga jenis perniagaan runcit besar-besaran.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada perniagaan dengan membezakan perniagaan runcit kecil-kecilan dengan besar-besaran.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada perniagaan dengan membezakan perniagaan runcit kecil-kecilan dengan besar-besaran dan mengenal pasti aktiviti perniagaan antarabangsa.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan sebab negara perlu mengeksport dan mengimport.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada perniagaan dengan membezakan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa.
14
BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
membimbing
2
TAJUK 7. Penubuhan dan pengendalian perniagaan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan memberikan empat jenis bantuan perniagaan.
B2
Menerangkan tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan menjelaskan empat jenis bantuan perniagaan dari segi kepentingannya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan menjelaskan peranan utama bantuan perniagaan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan membezakan antara bantuan perniagaan perbankan islam dan perbankan konvensional.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan membezakan antara bantuan perniagaan perbankan islam dan perbankan konvensional serta membezakan antara insurans islam dan insurans konvensional
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan dengan membezakan antara bantuan perniagaan B6 perbankan islam dan perbankan konvensional serta membezakan antara insurans islam dan insurans konvensional seterusnya membimbing2. : (i) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.
15
BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TAJUK 8. Asas keusahawanan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti ciri usahawan.
B2
Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan ciri usahawan.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji dan bidang kegiatan usahawan.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan membuat perkaitan kerjaya yang ingin murid ceburi dengan bidang keusahawanan.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan membanding diri dengan ciri usahawan.
16
BIDANG PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
prosedur4 daya usaha5
TAJUK 9. Simpan kira
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang simpan kira dengan memberikan dua jenis aset, dua jenis liabiliti dan dua prinsip sistem catatan bergu.
B2
Menerangkan tentang simpan kira dengan mengelaskan butiran bagi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit mengikut sistem catatan bergu serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan mengikut prosedur4.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara berinisiatif dan sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus niaga kredit serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan dengan daya usaha5.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara berinisiatif dan sistematik dengan merekod 15 urus niaga tunai dan 10 urus B6 niaga kredit serta 15 urus niaga ke dalam buku tunai dua ruangan dan membimbing1. : Betul dari segi format dan pengiraan. : Tepat dari segi jawapan.
17
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel :
[email protected]
18