KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1
Cetakan 2014
© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
3
4
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
3
5
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
4
6
TAFSIRAN
5
7
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
8
PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
7
9
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
8
0
PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Kemahiran Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikalsebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2
MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1
Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2
Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
OM3
Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.
OM4
Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit
OM5
Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk kecerian kawasan tertentu.
OM6
Mengenal pasti prinsip mudah asas elektromekanikal dalam dunia teknologi maju.
OM7
Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM8
Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM9
Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM10
Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.
OM11
Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM12
Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1
Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2
Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3
Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5
Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6
Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7
Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o
Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
Tahu
Faham
5
Tahu
Faham
4
Tahu
Faham
3
Tahu
2
Tahu
1
Tahu
Faham
Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Boleh Buat dengan Beradab
Boleh Buat
Faham
6
PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND
PENYATAAN STANDARD
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.
2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu)
Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan. Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.
7
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1 8
BIDANG
TAJUK
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1. Organisasi bengkel dan keselamatan 2. Reka bentuk dan penghasilan projek
prosedur1 daya usaha1 nilai tambah1 membimbing1
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan empat amalan 4M.
B2
Menerangkantentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua amalan 4M.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah mengikut prosedur1.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan daya usaha1.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projeksecara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah1 dan membimbing1
: Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. : Lakaran mesti : (i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan) (ii) bersih. : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid. : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja. (ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.
9
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
prosedur2 daya usaha2
TAJUK 3. Elektrik
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakantentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar.
B2
Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dengan daya usaha2.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A dan membimbing1.
: Mengikut urutan langkah kerja yang betul. : (i) Hasil kerja kemas dan betul (ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.
10
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAJUK 4. Kerja paip
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis perangkap.
B2
Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan perangkap dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip dengan membuat penyenggaraan perangkap.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap dengan daya usaha2.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangkerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkapdanmembimbing1.
11
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAJUK 5. Jahitan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit.
B2
Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung mengikut prosedur2.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung dengan daya usaha2.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentangasas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan dan membimbing1.
12
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAJUK 6. Tanaman hiasan
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentangtanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang.
B2
Menerangkan tentangtanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran medium semaian.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan menyemai keratan dalam medium semaian.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dengan daya usaha2.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian dan membimbing1.
13
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
prosedur3 prosedur4
TAJUK 7. Elektrik (elektif)
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang elektrik dengan memberikan 3 jenis litar elektrik.
B2
Menerangkan tentang elektrik dengan menjelaskan dua perbezaan antara litar siri dan litar selari.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik dengan membuat pemasangan litar selari.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara sistematik dengan membuat pemasangan litar selari mengikut prosedur3
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara berinisiatif dengan membuat pemasangan litar selari dengan daya usaha2 .
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara berinisiatif dengan membuat pemasangan litar selari dengan daya usaha2dan membuat pengiraan arus, rintangan dan voltan mengikut prosedur4 dan membimbing1
: Mengikut urutan langkah kerja yang betul dan berfungsi. : Pengiraan dan jawapan yang betul.
14
BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TAJUK 8. Asas elektromekanikal
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang asas elektromekanikal dengan mengenal pastikonsep pergerakan mekanikal.
B2
Menerangkan tentang asas elektromekanikal dengan menjelaskan jenis pergerakan bagi sistem mekanikal dan elektromekanikal.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal dengan membuat banding beza antara sistem mekanikal dengan elektromekanikal.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal dengan membuat hubung kait jenis gear dan jenis pergerakan bagi sistem mekanikal dan elektromekanikal.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal dengan membuat hubung kait jenis gear dan jenis pergerakan bagi sistem mekanikal dan elektromekanikal serta memberi contoh alatan.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektromekanikal dengan membuat hubung kait jenis gear dan jenis pergerakan bagi sistem mekanikal dan elektromekanikal, memberi contoh alatan dan membimbing1.
15
BIDANG
TAJUK
REKA 9. Pengenalan kepada BENTUK perniagaan DAN TEKNOLOGI
BAND
DESKRIPTOR
B1
Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan jenis perniagaan
B2
Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.
B3
Menerangkan tentang perniagaan dengan mengenal pasti kepentingan perniagaan kepada individu masyarakat dan negara.
B4
Menghuraikan tentang perniagaan dengan mengenal pasti perubahan dalam aktiviti perniagaan dahulu dan masa kini.
B5
Menghuraikan tentang perniagaan dengan membanding beza perniagaan dahulu dan masa kini.
B6
Menghuraikan tentang perniagaan dengan meramalkan perubahan ciri perniagaan pada masa akan datang.
16
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel :
[email protected]
17