MAKLUMAT UMUM
MALAM TUNAS PUTRA 2011 PAMERAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ NAMA PROGRAM
ANJURAN BERSAMA
TARIKH
1. Pameran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 2. Malam Tunas Putra UPM 2011 – sempena pendaftaran pelajar baharu UPM 1. Universiti Putra Malaysia 2. Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) 3. Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia Pameran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
16 – 18 September 2011
Malam Tunas Putra UPM 2011
17 September 2011
TEMPAT
Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM
JADUAL
Rujuk Lampiran
OBJEKTIF
I. Membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan pelajar dalam menyusun dan mengumpul maklumat mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (CTPS) II. Memberi penghayatan yang mendalam terhadap perjuangan Tunku Abdul Rahman di samping mengambil setiap pengalaman yang beliau hadapi sebagai pembelajaran kepada setiap mahasiswa yang bakal bergelar pemimpin kelak. (LL) III. Membentuk keyakinan diri dan sahsiah pelajar melalui pidato dan kegiatan yang berunsurkan kesenian dan kebudayaan. (CS) IV. Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar universiti. (TS) V. Memupuk rasa tanggungjawab dan berintegriti kepada semua pelajar dalam mengikuti dan menjayakan aktiviti. (EM)
PENGLIBATAN
Semua Pelajar Baharu UPM – MTP 2011 Semua Pelajar Baharu dan Lama – Pameran Tunku Abdul Rahman
TEMA UTAMA
“Perjuangan Tunku dan Kemerdekaan” Merungkai kembali perjuangan dan pengorbanan Tunku dari awal pembabitan beliau sebagai pemimpin di Tanah Melayu. Semenjak dilantik menjadi Pegawai Daerah di Padang Terap dan seterusnya kesinambungan tampuk kepemimpinan beliau yang sering bertukar termasuklah di Langkawi dan di beberapa daerah sekitar negeri-negeri di sebelah utara. Mengambil iktibar dari segala pengalaman beliau dalam mengharungi dunia politik melayu yang jarang diperkatakan atau diceritakan pada zaman sebelum kemerdekaan, semasa berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan dan sehinggalah selepas mendapat kemerdekaan. Perjuangan beliau adalah perjuangan seorang bangsa melayu yang tidak pernah tamat sehinggalah detik beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1990.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran
GABUNGAN KOLEJ
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
Kolej Kedua + Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah Kolej Tun Dr. Ismail + Kolej Canselor Kolej Kelima + Kolej Keenam Kolej Tun Perak + Kolej Pendeta Za’ba Kolej Sepuluh + Kolej Sebelas Kolej Dua Belas + Kolej Tiga Belas Kolej Lima Belas + Kolej Enam Belas Kolej Tujuh Belas + Kolej Empat Belas
# Kolej Mohamed Rashid (KMR) tidak terlibat dengan persembahan MTP2011 kerana tiada ambilan pelajar baharu. Namun begitu KMR akan terlibat dengan Pameran Tunku Abdul Rahman.
Tempat PAMERAN
Elemen Pameran
Tempat MALAM TUNAS PUTRA 2011
Elemen Persembahan
PAMERAN
ANUGERAH
MTP 2011
Foyer Dewan Besar PKKSSAAS UPM • • • • •
Portfolio Fotografi Montaj Model Tunku Penulisan Puisi
Dewan Besar PKKSSAAS UPM Drama Muzikal • Drama Pendek • Nyanyian • Tarian 1. Utama • Tempat Pertama • Tempat Kedua • Tempat Ketiga 2. Montaj Terbaik 3. Folio Terbaik 4. Model Tunku 5. Puisi Terbaik • Tempat Pertama • Tempat Kedua • Tempat Ketiga 6. Fotografi Terbaik 1. Utama • Persembahan Keseluruhan Terbaik • Naib Johan • Tempat Ketiga 2. Teknikal Terbaik 3. Pengarah Bersama Terbaik 4. Kreativiti Terbaik 5. Tarian Terbaik 6. Vokal Terbaik 7. Lakonan Terbaik 8. Publisiti Terbaik
TAJUK PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 PERINGKAT AWAL DAN SEPARUH AKHIR 1. Tunku Abdul Rahman : Pemecah Tradisi Ekonomi Malaysia. 2. Roh Perjuangan Tunku Abdul Rahman Tidak Pernah Padam. 3. Malaysia Memerlukan Generasi Tunku Abdul Rahman. 4. Tunku Abdul Rahman : Idola Sepanjang Zaman. 5. Tunku Abdul Rahman : Pejuang Negara Sebenar. 6. Api Perjuangan Tunku Abdul Rahman Kekal Membara. 7. Mengenang Tunku Abdul Rahman Bermakna Menghayati Sejarah Bangsa. 8. Tunku Abdul Rahman : Tokoh Kemerdekaan Yang Tiada Bandingan. 9. Aspirasi Tunku Abdul Rahman Dijulang, Perpaduan Rakyat Akan Gemilang. 10. Tunku Abdul Rahman : Wira Terbilang.
PERINGKAT AKHIR 1. Tunku Abdul Rahman : Ikon 1 Malaysia 2. Tunku Abdul Rahman : Negarawan Islam 3. Tunku Abdul Rahman : Arkitek Kesejahteraan Bangsa 4. Pengorbanan Tunku Abdul Rahman Lambang Kepemimpinan Sejati 5. Tunku Abdul Rahman : Pemimpin Yang Mendahului Masa
MALAM TUNAS PUTRA 2011 17 September 2011 (Sabtu) DEWAN BESAR, PKKSSAAS UPM BAHAGIAN A : SYARAT UMUM Syarat Penyertaan Bagi Malam Tunas Putra 2011 1. Terbuka kepada semua pelajar baharu sesi 2011/2012 yang menetap dan berkolegiat di kolejkolej kediaman di Universiti Putra Malaysia. 2. Setiap gabungan kolej kediaman hanya layak menghantar satu kumpulan sahaja iaitu maksimum 30 orang. 3. Digalakkan penglibatan daripada pelbagai kaum. 4. Tidak dibenarkan sentuhan berlebihan antara lelaki dan perempuan kerana akan menimbulkan masalah etika kemanusiaan dari segi sensitiviti dan agama. 5. Setiap kumpulan adalah bebas menggunakan kreativiti masing-masing dalam persembahan dan sebarang penggunaan peralatan untuk persembahan adalah di bawah tanggungjawab kumpulan itu sendiri. 6. Hanya peralatan tangan (Handy Props) sahaja dibenarkan sebagai aksesori atau alat bantuan persembahan untuk tujuan kreativiti. 7. Sebarang kehilangan barang-barang, kecederaan dan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian para peserta semasa pertandingan adalah di bawah tanggungjawab kumpulan sendiri. 8. Setiap kumpulan hendaklah menanggung sendiri perbelanjaan kumpulan masing-masing dari segi persediaan latihan, jurulatih dan penyediaan busana selengkapnya. 9. Peserta yang menyertai Malam Tunas Putra 2011 ini dikehendaki melakukan persembahan yang merangkumi 3 elemen iaitu drama pendek, tarian dan nyanyian yang akan mengambil masa tidak lebih @ maksimum 6 minit sahaja. 10. Pihak penganjur tidak akan menyediakan segala peminjaman peralatan, kemudahan dan pakaian kepada semua peserta gabungan kolej. 11. Segala urusan perlantikan, pembayaran, perkhidmatan jurulatih luar adalah di bawah tanggungjawab dan pengurusan setiap gabungan kolej-kolej yang bertanding, dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas segala permasalahan yang timbul. 12. Setiap pasukan gabungan akan dikenakan pembayaran sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) sebagai wang deposit kebersihan props yang digunakan oleh produksi masing-masing. Wang tersebut akan dikembalikan sekiranya props setiap produksi dapat dikemaskan dengan sempurna. Jika terdapat sebarang laporan daripada pihak keselamatan berkaitan dengan penggantungan bunting, banner atau sebarang bahan pameran yang masih belum dibersihkan, maka wang deposit tidak akan dipulangkan. 13. Setiap persembahan mestilah ASLI dan sebarang aktiviti plagiat adalah dilarang sama sekali. Jika berlaku sedemikian, penyertaan akan ditarikbalik dengan serta-merta. 14. Keputusan juri adalah MUKTAMAD, sebarang rayuan berbentuk lisan atau tulisan tidak akan dilayan.
BAHAGIAN B : TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Konsep yang diketengahkan untuk persembahan Malam Tunas Putra adalah berbentuk Drama Muzikal yang digabungkan dengan 3 elemen penting iaitu lakonan, tarian dan nyanyian yang bertemakan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Drama Muzikal i.
ii. iii.
Setiap kumpulan peserta MESTI mempersembahkan drama pendek yang melambangkan penghayatan terhadap Tunku Abdul Rahman yang merangkumi semua aspek termasuk keperibadian, perjuangan menuntut kemerdekaan, minat dan hobi beliau, kejayaan dan sebagainya. Setiap kumpulan peserta juga digalakkan untuk membuat persembahan dalam bentuk monolog atau sketsa yang mengambil masa maksimum 6 minit. Setiap masalah teknikal yang berlaku semasa pertandingan dijalankan adalah tidak menjadi tanggungjawab penganjur dan digalakkan untuk menyediakan seorang teknikal sendiri.
Nyanyian i. ii.
iii.
Lagu yang dipilih MESTI mengikut tema yang ditentukan. Penyanyi yang dibenarkan adalah maksimum 3 orang iaitu lagu boleh dipersembahkan secara solo, duet ataupun trio. Penyanyi latar dibenarkan sekadar membantu persembahan nyanyian. Lagu yang dipilih boleh merupakan satu lagu penuh atau dalam bentuk medley beberapa buah lagu tetapi tidak melebihi 6 minit.
Tarian i. ii.
Tarian yang dimaksudkan adalah tarian tradisional yang berkonsepkan patriotik. Setiap kumpulan dikehendaki memakai busana yang bersesuaian dengan tarian yang dipersembahkan. iii. Bilangan maksimum penari di atas pentas adalah 12 orang. Koreografi tarian haruslah berlandaskan elemen kemerdekaan negara dan penghayatan terhadap perjuangan Tunku Abdul Rahman.
BAHAGIAN C : PEMARKAHAN Kriteria Pemarkahan Malam Tunas Putra 2011 Drama Pendek • Teknik Lakonan – 35 markah I. Merangkumi segala aspek lakonan meliputi postur yang betul, lontaran suara sewaktu menyampaikan dialog, cara berkomunikasi dengan pelakon yang lain. II. Penggunaan ruang sebaik mungkin. III. Emosi yang disampaikan mengikut skrip. • Aksesori dan Prop – 5 markah i. Penggunaan aksesori dan prop yang bertepatan dengan drama yang dipersembahkan akan diberikan penilaian. ii. Kemahiran dan teknik penggunaan prop juga akan dinilai. • Kostum dan Busana – 10 markah i. Markah akan diberikan mengikut pakaian yang menepati tema yang telah ditetapkan. ii. kekemasan dan kesesuaian kostum-kostum serta warna dan hiasan yang bersesuaian dengan tema untuk pementasan juga diambil kira. • Persembahan – 50 markah i. Markah lebih diberikan kepada kumpulan yang mempersembahkan persembahan yang asli mengikut kreativiti dan daya inovasi tersendiri dan tidak melibatkan sebarang plagiat dari persembahan sebelum ini. Tarian • Teknik Tarian – 35 markah I. Merangkumi segala aspek tarian meliputi postur yang betul, kelenturan badan, pergerakan tangan, pandangan mata dan pergerakan kaki. II. Meliputi penggunaan ruang dan pola lantai yang menarik dan cantik. III. Markah akan diberikan untuk corak atau formasi yang menarik. IV. Kesopanan dan peradaban yang sewajarnya di dalam satu tarian mesti ditonjolkan. • Aksesori dan Prop – 5 markah i. Penggunaan aksesori dan prop yang bertepatan dengan tema tarian akan diberikan penilaian. ii. Kemahiran dan teknik penggunaan prop juga akan dinilai. • Kostum dan Busana – 10 markah i. Markah akan diberikan mengikut pakaian yang menepati tema tarian. ii. Kecantikan dan kesesuaian kostum-kostum serta warna dan hiasan yang sesuai umtuk pementasan juga diambil kira. • Persembahan – 50 markah i. Markah lebih diberikan kepada kumpulan yang bergerak secara harmoni. Kesilapan penari mengenai pergerakan akan menyebabkan kehilangan markah. Penampilan semua penari di atas pentas akan diambil kira.
i. ii. iii.
Personaliti yang menonjol dengan senyuman yang menawan atau sebaliknya akan dinilai. Keharmonian dengan alunan muzik serta dapat mengikuti rentak-rentak dengan tepat. Ketetapan masa juga diambil kira. Kegagalan menepati masa persembahan akan menyebabkan markah persembahan ditolak.
Nyanyian •
•
•
•
Teknik Nyanyian – 30 markah i. Merangkumi semua aspek dan teknik nyanyian seperti, penyampaian secara modal, falselto, wisel, vibrator dan sebagainya yang tersenarai dalam teknik vokal asas. ii. Kekemasan dalam penyampaian nyanyian setiap lagu, pitching (nada) yang tepat dan tempo yang betul. Suara – 30 markah i. Merangkumi segala aspek suara seperti kemantapan vokal, kemerduan suara, kesesuaian suara dengan lagu. ii. Kualiti suara dari aspek penghantaran suara (Vocal Registeration) melalui lagu yang dipersembahkan. Gaya Persembahan - 30 markah i. Mempunyai keyakinan diri semasa berada di atas pentas. ii. Dapat menguasai pentas ketika membuat persembahan. iii. Membuat persembahan yang bersesuaian dengan konsep persembahan yang akan dipersembahkan. Pakaian – 10 markah i. Bersesuaian dengan konsep persembahan keseluruhan. ii. Tidak menjolok mata dan sopan sesuai dengan adat dan budaya timur masyarakat Malaysia.
TARIKH PENTING Penghantaran penyertaan, tajuk persembahan, senarai nama peserta yang lengkap adalah sebelum atau pada 9 September 2011 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengahari di Pejabat Unit Inovasi dan Kreatif, Astaka Seni.
PAMERAN - MALAM TUNAS PUTRA 2011 16 - 18 September 2011 DEWAN BESAR, PKKSSAAS UPM BAHAGIAN A : SYARAT UMUM Syarat Penyertaan Bagi Pameran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1. Terbuka kepada semua Persatuan/Kelab dan Kolej Kediaman di Universiti Putra Malaysia. 2. Setiap kolej kediaman wajib membuat pameran sempena Minggu Penghayatan Kemerdekaan 2011 – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kepada Persatuan/Kelab UPM pula penyertaan berdasarkan kepada permohonan dan kekosongan booth pameran yang disediakan. Booth pameran adalah terhad. 3. Setiap peserta adalah bebas menggunakan kreativiti masing-masing dan sebarang penggunaan peralatan untuk bahan-bahan pameran adalah di bawah tanggungjawab kolej. 4. Sebarang kehilangan barang-barang, kecederaan dan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian para peserta semasa pameran termasuk semasa persediaan pameran adalah di bawah tanggungjawab sendiri. 5. Setiap peserta hendaklah menanggung sendiri perbelanjaan masing-masing dari segi persediaan bahan-bahan pameran selengkapnya. 6. Peserta yang menyertai Pameran Malam Tunas Putra 2011 ini dikehendaki menyediakan bahanbahan pameran yang merangkumi 5 aspek utama iaitu: i. Portfolio Tunku Abdul Rahman ii. Fotografi Tunku Abdul Rahman iii. Montaj Tunku Abdul Rahman iv. Model Tunku Abdul Rahman v. Penulisan Puisi Tunku Abdul Rahman Setiap aspek pameran akan dipertandingkan dan akan diberikan anugerah. 7. Pihak penganjur hanya menyediakan 1 Booth Pameran sahaja untuk setiap penyertaan. Sebarang kerosakan yang berlaku ke atas Booth Pameran sepanjang pameran berlangsung adalah di bawah tanggungjawab peserta pameran. 8. Segala urusan perlantikan, pembayaran, perkhidmatan dari luar adalah di bawah tanggungjawab dan pengurusan setiap peserta yang bertanding, dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas segala permasalahan yang timbul. 9. Semua fakta yang ditulis dan dipamerkan MESTILAH tepat dan tiada unsur-unsur tambahan yang boleh merubah fakta keseluruhan mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (Peserta juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sah daripada Arkib Negara Malaysia - Memorial Tunku Abdul Rahman atau menghubungi mana-mana pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan Tunku). 10. Setiap persembahan mestilah ASLI dan sebarang aktiviti plagiat adalah dilarang sama sekali. Jika berlaku sedemikian, penyertaan akan ditarikbalik dengan serta-merta. 11. Keputusan juri adalah MUKTAMAD, sebarang rayuan berbentuk lisan atau tulisan tidak akan dilayan.
BAHAGIAN B : TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Konsep yang diketengahkan untuk Pameran Tunku Abdul Rahman sempena Minggu Penghayatan Kemerdekaan 2011 – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah bertemakan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Portfolio i. ii. iii.
Setiap kumpulan peserta MESTI menghasilkan 1 portfolio berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merangkumi semua aspek sepanjang hayat beliau. Saiz portfolio adalah A4 dan segala bentuk, warna, tulisan dan teknik grafik adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. Segala fakta yang ditulis dan dipamerkan MESTILAH tepat dan tiada unsur-unsur tambahan yang boleh merubah fakta keseluruhan mengenai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (Peserta juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang sah daripada Arkib Negara Malaysia Memorial Tunku Abdul Rahman atau menghubungi mana-mana pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan Tunku).
Fotografi i.
ii. iii.
Setiap kumpulan peserta MESTI mempamerkan fotografi-fotografi @ gambar-gambar berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merangkumi semua aspek sepanjang hayat beliau. Saiz gambar adalah bebas dan kaedah untuk mempamerkan gambar-gambar berkaitan adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing. Semua gambar yang dipamerkan adalah berada di dalam booth pameran masing-masing sahaja.
Montaj i. ii. iii.
Setiap kumpulan peserta MESTI menghasilkan 1 montaj berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merangkumi semua aspek sepanjang hayat beliau. Montaj akan dimainkan sepanjang pameran berlangsung terutama semasa penilaian dibuat, namun begitu terpulang kepada kreativiti masing-masing. Montaj yang dipaparkan mestilah positif dan segala maklumat yang tidak sah, penipuan maklumat, isu-isu sensitif atau menyinggung mana-mana sensitiviti masyarakat di Malaysia adalah DILARANG sama sekali dan boleh dibatalkan penyertaan serta merta.
Model Setiap kumpulan peserta MESTI memilih salah seorang daripada ahli kolegiat untuk menjadi model Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pelajar yang terpilih mestilah lelaki kecuali Kolej Sebelas. Pakaian, perwatakkan, dan gaya pembawakkan mestilah menyerupai Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
i. ii. iii.
Penulisan Puisi Setiap kumpulan peserta MESTI menghasilkan 1 karangan puisi berkaitan dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Puisi tersebut mestilah dipamerkan di booth masing-masing dan salinan softcopy perlu dihantar kepada pihak penganjur untuk penilaian. Hasil penulisan puisi mestilah berkaitan dengan tema dan semua fakta serta maklumat perlulah sah dan tiada sebarang unsur-unsur negatif yang boleh menyentuh sensitiviti manamana pihak.
i. ii. iii.
BAHAGIAN C : PEMARKAHAN Kriteria Pemarkahan Portfolio Teknik Grafik – 30 markah i. Penggunaan teknik grafik yang sesuai dan dapat memberikan hasil yang kreatif serta menarik. • Kreativiti – 20 markah i. Olahan idea dan kreativiti yang menarik. ii. Bersesuaian dengan tema. • Bahan (Maklumat) – 30 markah i. Markah akan diberikan mengikut fakta dan maklumat yang sahih tentang tema. ii. Kolej yang berjaya mendapatkan seberapa banyak maklumat akan diberi markah tinggi. iii. Penyusunan plot penceritaan Tunku yang kemas dan teratur akan diberikan markah. • Nilai Komersial (Bonus) – 20 markah Markah bonus diberikan kepada peserta yang berjaya menghasilkan bahan portfolio yang mempunyai nilai pengkomersialan yang tinggi (outstanding). •
Fotografi •
•
•
Kualiti Gambar – 45 markah i. Markah tinggi akan diberikan kepada gambar-gambar atau potrait Tunku yang berkualiti tinggi (high definition). ii. Kemahiran dan teknik penggunaan prop juga akan dinilai. Teknik Grafik – 25 markah i. Kepelbagaian teknik meletakkan gambar-gambar tunku mengikut kesesuaian dan kreativiti setiap peserta. ii. Tahap kesukaran teknik grafik yang digunakan. Kreativiti – 20 markah i. Idea yang kreatif yang mampu menarik minat kepada juri akan diberi markah tinggi. ii. Keaslian hasil yang tiada unsur-unsur plagiat. iii. Idea yang unik dalam mempamerkan gambar-gambar Tunku.
Montaj •
•
•
Teknik Grafik – 35 markah i. Tahap kesukaran grafik yang digunakan dalam menghasilkan montaj. ii. Kesesuaian persembahan montaj yang menarik dan mempunyai nilai komersial yang tinggi akan diberikan markah. Bahan (Maklumat) - 35 markah i. Markah tinggi akan diberikan kepada peserta yang berjaya menghasilkan montaj yang berinformasi dan mempunyai fakta-fakta yang sahih mengenai Tunku. Kreativiti – 30 markah i. Idea dan kreativiti untuk menghasilkan suatu montaj yang berkualiti serta mencapai sesuatu tahap yang membanggakan. ii. Kreativiti penyusunan plot dalam persembahan montaj yang dihasilkan.
Model •
•
Pemilihan Model – 35 markah i. Markah tinggi akan diberikan kepada peserta yang berjaya memilih model yang seiras dengan Tunku. ii. Model yang berjaya menghayati watak dan perwatakkan Tunku. Kostum dan Busana – 15 markah iii. Markah tinggi diberikan kepada kesungguhan peserta menghasilkan pakaian yang pernah dipakai oleh Tunku. iv. Kecantikan dan kesesuaian serta kekemasan pakaian begitu juga dengan warna dan hiasan yang sesuai digunakan juga diambil kira.
Penulisan Puisi •
•
•
•
Keaslian Karya – 30 markah i. Mutu dan kualiti penulisan yang setaraf dan boleh dikomersialkan. ii. Karya adalah hasil penulisan sendiri dan asli serta tidak ditiru dari mana-mana sumber yang pernah wujud sebelum ini. Bahasa – 30 markah i. Penggunaan bahasa yang puitis dan berkualiti ii. Penyusunan tatabahasa yang betul dan tepat iii. Kepelbagaian teknik dan olahan bahasa contohnya metafora, hiperbola dan sebagainya. Isi - 30 markah i. Mengetengahkan ciri-ciri yang bertepatan dengan tema yang ditetapkan ii. Isi dan penceritaan yang menarik dan jelas Kreativiti- 10 markah iii. hiasan dan kreativiti untuk mempamerkan karya puisi. i. Paparan yang menarik perhatian contohnya dibingkaikan, laminating dan sebagainya.
TARIKH PENTING Persediaan booth pameran setiap kolej akan bermula pada 16 September 2011 (Jumaat) jam 9.00 pagi bertempat di Foyer Dewan Besar PKKSSAAS UPM dan pameran akan berlangsung pada 17 September 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi sehingga 18 September 2011 (Ahad) jam 10.00 malam.
LAMPIRAN 1
JADUAL
MINGGU PENGHAYATAN KEMERDEKAAN 2011 ~ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ~ 9 – 10
10 – 11
11 – 12
SARINGAN PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 – KUMPULAN 1 BM – Panggung Percubaan BI – Bilik Taklimat
SARAPAN PAGI
Persiapan Pameran Tunku Abdul Rahman Kolej Kediaman UPM (Lobi Dewan Besar PKKSSAAS)
MAKAN TENGAHARI / SOLAT JUMAAT
14 – 15
15 - 17
REHEARSAL MAJLIS MALAM TUNAS PUTRA 2011 (Dewan Besar PKKSSAAS)
PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 (Panggung Percubaan PKKSSAAS)
19 – 20
AKTIVITI BEBAS (Peserta Pidato)
Persiapan Pameran Tunku Abdul Rahman Kolej Kediaman UPM (Lobi Dewan Besar PKKSSAAS)
REHEARSAL PERTANDINGAN MALAM TUNAS PUTRA 2011 (Dewan Besar PKKSSAAS)
18/09/2011 (AHAD)
18- 19
20 - 23 SYARAHAN PERDANA Tun Dr. Mahathir Mohamad (Dewan Besar PKKSSAAS)
SARINGAN PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 – KUMPULAN 2 BM – Panggung Percubaan BI – Bilik Taklimat
SARINGAN PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 – KUMPULAN 5 BM – Panggung Percubaan BI – Bilik Taklimat
CERAMAH INTEGRITI (Pemimpin Mahasiswa – Dewan Besar PKKSSAAS)
17 – 18
TAKLIMAT PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 (Dewan Kompleks Mahasiswa)
SARINGAN PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 – KUMPULAN 4 BM – Panggung Percubaan BI – Bilik Taklimat
Pertandingan Pameran Tunku Abdul Rahman Kolej Kediaman UPM (Lobi Dewan Besar PKKSSAAS)
19/09/2011 (ISNIN)
13 – 14
PENDAFTARAN PESERTA PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 (Pusat Penginapan di ITH, UPM)
16/09/2011 (JUMAAT)
17/09/2011 (SABTU)
12 – 13
PERSIAPAN AKHIR MTP 2011 (Jawatankuasa Dewan Besar PKKSSAAS)
MAKAN MALAM / SOLAT MAGHRIB PERSIAPAN DIRI
8–9
MINUM PETANG
15/09/2011 (KHAMIS)
7–8
MAKAN TENGAHARI / SOLAT
TARIKH
SARINGAN PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 – KUMPULAN 3 BM – Panggung Percubaan BI – Bilik Taklimat
MALAM TUNAS PUTRA 2011 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Dewan Besar PKKSSAAS)
Pertandingan Pameran Tunku Abdul Rahman Kolej Kediaman UPM (Lobi Dewan Besar PKKSSAAS)
REHEARSAL PERTANDINGAN AKHIR PIDATO DAN PERSIAPAN FINALIS (Dewan Besar PKKSSAAS)
PERSIAPAN AKHIR PERTRANDINGAN AKHIR PIDATO (Jawatankuasa Dewan Besar PKKSSAAS)
PENDAFTARAN KELUAR PESERTA PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011
PERTANDINGAN AKHIR PIDATO KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PERINGKAT IPT 2011 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH (Dewan Besar PKKSSAAS)