4
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
5
Surat kepada Para Pemegang Saham
Prestasi kami dalam Tahun Kewangan 2013 (TK2013) adalah lambang kekuatan kolektif Kumpulan AmBank menjalankan tema strategik kami melalui pelaksanaan berfokus. Sejak tahun 2008, Kumpulan telah mencatatkan prestasi keuntungan rekod selama enam tahun. Pelaburan yang telah kami lakukan dalam beberapa tahun yang lepas telah membolehkan kami memperbaiki tawaran perkhidmatan kepada para pelanggan kami dan menghasilkan pulangan positif kepada para pemegang saham kami. Dalam TK2013, kami mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti melebihi RM1,635 juta (meningkat 10.2%), pulangan ke atas ekuiti sebanyak 14.0% (meningkat 0.2%), dan perolehan setiap saham sebanyak 54.5 sen (meningkat 9.8%) dan pada masa yang sama mengekalkan nisbah modal entiti perbankan beragregat melebihi syarat Basel III.
Berhad daripada stabil kepada positif dan mengesahkan penarafan mereka.
Sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan
AmConnective – penempatan semula jenama untuk Kumpulan AmBank
Keperluan pelanggan kami sentiasa berubah dan menjadi semakin canggih. Ini termasuk pelanggan mengingini nasihat strategik dan pembiayaan, pelabur mahukan kajian bermaklumat, harga dan pelaksanaan yang lebih baik, dan individuindividu yang mahu mendapatkan bank yang boleh membantu mereka mencapai matlamat kewangan mereka. Platform perbankan sejagat kami memberikan kami keupayaan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami secara komprehensif.
Lembaga Pengarah telah mengesyorkan dividen akhir sebanyak 15.0 sen, yang menjadikan jumlah dividen tahun ini kepada 22.0 sen, iaitu 9.5% lebih tinggi daripada jumlah dividen tahun lepas sebanyak 20.1 sen. Ini mewakili pembayaran 41% daripada keuntungan tahun ini dan sejajar dengan garis panduan kami untuk mengekalkan nisbah pembayaran dividen di antara 40% – 50%. Kami terus menghasilkan modal mencukupi untuk melabur dengan berhemah bagi memacu pertumbuhan Kumpulan dan menempatkan perniagaan kami ke arah prestasi keuntungan jangka panjang yang mampan.
Perjalanan AmConnective kami akan membantu kami ke arah perhubungan dalaman yang lebih baik, membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan, dan mengukuhkan kedudukan Kumpulan agar mampu bersaing dengan lebih baik dengan kumpulan perbankan sebaya yang lain. Ketika kami memanfaatkan teknologi-teknologi baharu untuk meningkatkan kerjasama di antara bahagian-bahagian serta merentasi sempadan geografi, kami akan membuka peluang-peluang untuk memenuhi lebih banyak keperluan pelanggan kami dengan lebih berkesan. Semasa jerayawara kami, amat menggembirakan apabila saya melihat kakitangan kami amat komited bekerja dengan lebih akrab, bersama-sama memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Tatkala inisiatif pengurusan perubahan dan penjenamaan baru kami dilaksanakan secara berperingkat, pelanggan kami akan dapat merasakan peningkatan ketangkasan Kumpulan kami.
Sebagai bukti kepada kekukuhan tadbir urus dan asas kewangan diperbaiki kami, Moody’s telah menaiktaraf penarafan kredit AmBank (M) Berhad kepada Baa1/P-2, dengan gambaran positif pada bulan Disember 2012. Selepas itu dalam bulan Januari 2013, RAM Ratings Services Berhad telah menyemak gambaran keseluruhan AMMB Holdings Berhad, AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad dan AmInvestment Bank
Pada bulan Jun 2012, kami telah melancarkan secara dalaman satu lembaran baru jenama Kumpulan dengan Visi – Sebagai sebuah kumpulan penyelesaian kewangan terpelbagai pilihan Malaysia, yang mempunyai jaringan perhubungan di peringkat antarabangsa, kami berasa bangga dapat membangunkan masa depan anda bersama kami. Kami akan mencapai visi ini melalui misi kami iaitu: Saling Berhubungan, Berkembang dan Prestasi Cemerlang. Serentak dengan itu kami menghalusi nilai jenama, personaliti dan saranan nilai kakitangan di bawah naungan “AmConnective”.
Pada TK2013, bagi sektor Perbankan Runcit, kami telah melaksanakan model lebih bertumpu pelanggan daripada pendekatan tradisional bertumpu produk, di kala kami menumpukan strategi kepada perekaan dan penawaran produk dan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan kewangan peribadi pelanggan kami yang berhubung kait dengan keutamaan hidup. Penggantian sistem perbankan teras kami sedang giat berjalan dan ia akan memberikan kami keupayaan baru untuk memberi penyelesaian yang disesuaikan kepada segmen pelanggan yang disasarkan. Kumpulan akan melaksanakan inisiatif secara berperingkat untuk mengukuhkan agenda tertumpu pelanggan kami dan memperelokkan kedudukan jenama kami yang disasarkan untuk menarik pelanggan mewah yang baru dan pelanggan segmen dipilih yang lain. Pelanggan telah mula menikmati rekabentuk cawangan kami yang diperbaharui di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Ia dimulakan di cawangan Taman Tun Dr Ismail dan menampilkan kaunter-kaunter triage yang diletakkan secara strategik di pintu masuk utama untuk membolehkan interaksi yang
6
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Surat kepada Para Pemegang Saham (Samb.) lebih baik dengan pelanggan. Duta Perkhidmatan akan menjadi titik sentuh utama pelanggan sebaik sahaja mereka memasuki cawangan-cawangan kami, memberikan penerangan yang lebih jelas tentang produk, membantu pelanggan menjalankan transaksi dan memainkan peranan penting dalam aktiviti jualan silang. Semenjak pelancaran Perbankan Utama AmSignature pada tahun lepas, kami kini memiliki tiga pusat Perbankan Utama sepenuhnya yang dilengkapi dengan pusat sky-lounge dan beberapa cawangan utama terpilih menawarkan perbankan utama di lokasi strategik untuk memberikan pelanggan-pelanggan runcit mewah kami layanan istimewa dan akses serantau. Kami sentiasa meneroka peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi komersil untuk memberikan keistimewaan bertambah nilai kepada pelanggan-pelanggan kami. Satu contoh terbaru ialah kerjasama dengan pakar perancangan harta, Rockwills, untuk melancarkan kad percuma seumur hidup berjenama bersama, yang direka khas untuk menyediakan penjimatan kepada pelanggan-pelanggan perkhidmatan Rockwills, polisi kemasukan ke hospital dan insurans. Melalui kerjasama dengan Travelex, pakar tukaran wang asing terkemuka di dunia, pelanggan-pelanggan kami kini boleh menikmati kemudahan membuat tukaran asing dalam 42 jenis matawang. Permintaan khusus untuk matawang yang tidak tersenarai juga boleh dibuat di beberapa cawangan terpilih di seluruh negara. Untuk para pelanggan korporat pula, barubaru ini kami melancarkan penyelesaian perbankan internet korporat yang baru, AmTrade. AmTrade membolehkan permohonan perdagangan dan dokumen sokongan dihantar dalam talian dan direka untuk membolehkan pelanggan perniagaan mempercepatkan transaksi dagangan antarabangsa dan tempatan, menjana kecekapan yang lebih dan membolehkan perniagaan berkembang dengan lebih pantas. Menyempurnakan dua pengambilalihan strategik Kami mengambilalih syarikat insurans am Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad (“Kurnia”) dan MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd (“MBF Cards”) untuk perbankan runcit dalam TK2013. Pengambilalihan Kurnia meletakkan kami sebagai syarikat insurans am terbesar dan
Integrasi kedua-dua syarikat sedang berjalan dan kami kini berusaha menyiapkan sinergi yang diunjurkan. Gabungan himpunan pelanggan daripada kedua-dua pengambilalihan membentangkan peluang pasaran yang menarik untuk rangkaian produk dan perkhidmatan yang besar daripada seluruh Kumpulan. Tan Sri Azman Hashim beramah mesra dengan kakitangan Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad sebelum majlis Mengalu-alukan Kurnia ke dalam Kumpulan AmBank bermula.
penginsurans kenderaan nombor satu di Malaysia. Kami menginsuran kira-kira satu bagi setiap lima kereta di Malaysia (21% pegangan dalam insurans kenderaan) dan pegangan 12% untuk insurans am melalui premium ditaja jamin kasar yang dikeluarkan. Liputan geografi luas kami, berserta dengan gabungan pengedaran bankasurans dan tenaga kerja agensi melebihi 7,600 orang membolehkan akses mudah kepada para pelanggan. Kami berada di kedudukan baik dalam menghadapi liberalisasi pasaran dan perniagaan tanpa tariff sepenuhnya bermula tahun 2016.
Tan Sri Azman Hashim bersalaman dengan kakitangan MBF Cards (M’sia) Sdn Bhd di majlis untuk mengalu-alukan kedatangan mereka ke Kumpulan AmBank.
Pengambilalihan MBF Cards amat berpadanan dengan keutamaan strategik dan aspirasi Perbankan Runcit kami iaitu memacu perkembangan deposit dan pendapatan bukan-faedah, membina pengurusan kekayaan kami dan menambah aset berkualiti dalam segmen yang disasarkan. Dengan lebih daripada 45,000 tenaga kerja saudagar dan pengkalan boleh terima kad tergabung sebanyak RM2.3 bilion, kami sekarang berada di kedudukan Ketiga Terbesar dalam perniagaan pengambilalihan saudagar dan telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai syarikat dengan boleh terima kad keenam terbesar.
Kami memulakan operasi Takaful Keluarga pada tahun lepas dan ia akan terus berkembang melalui pengedaran produk-produknya kepada pelangganpelanggan Kumpulan AmBank dan pada masa yang sama melebarkan pengedaran melalui kerjasama dengan rakan kongsi dan agensi bankasurans pihak ketiga. Kami kini sedang mencari rakan kongsi strategik untuk kedua-dua operasi Insurans Hayat dan Takaful Keluarga dalam usaha membesarkan skala dan kecanggihan perniagaan ini. “AmInvest” – penjenamaan semula Bahagian Pengurusan Dana Tahun ini kami memperkenalkan jenama baru untuk Bahagian Pengurusan Dana (FMD) iaitu “AmInvest”. Jenama AmInvest, dengan slogan korporat – Membantu anda menguruskan pelaburan dalam dunia yang berubah-ubah – memberikan identiti berbeza untuk memasarkan dan menghebahkan kepada para klien global kami penyelesaian pelaburan yang kami tawarkan. Sejak penubuhannya, semangat penerajuan dan inovatif AmInvest telah membolehkan syarikat untuk membangun secara signifikan. Sehingga 31 Mac 2013, aset di bawah pengurusannya adalah kira-kira RM33 bilion, memberikan AmInvest kedudukan salah satu rumah pengurusan dana Ketiga Tertinggi di Malaysia. Pengiktirafan komitmen ke arah kecemerlangan Di Kumpulan AmBank, kami percaya bahawa perkhidmatan cemerlang adalah kunci kepada pembangunan dan kejayaan jangka panjang francais kami. Sejak sekian lama, kami telah menumpukan keupayaan dan sumber untuk membantu para klien kami mencapai objektif mereka. Komitmen kami terhadap kecemerlangan telah diiktiraf melalui berbagai anugerah merentasi pelbagai bahagian perniagaan. Bahagian Perbankan Pelaburan kami memenangi anugerah secara konsisten merentasi pasaran modal hutang, perbankan persendirian dan perniagaan pengurusan dana. Di majlis Anugerah
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Asset Triple A Islamic Finance Awards 2012, AmInvestment Bank telah dianugerahkan untuk Sukuk Korporat Terbaik bagi sukuk Projek Lebuhraya Usahasama bernilai RM30.6 bilion, di mana AmInvestment Bank telah bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama dan Pengurus Buku Bersama.
mengesahkan rekod cemerlang kami dalam menyediakan perkhidmatan tukaran asing terbaik, di peringkat tempatan dan serantau dan juga ianya membuktikan kepercayaan yang diletakkan oleh para klien kami, yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multi nasional dan korporat tempatan.
Bahagian Perbankan Persendirian AmInvestment Bank memenangi anugerah Perkhidmatan Perbankan Persendirian Terbaik – Perkhidmatan Pejabat Keluarga, Malaysia, menurut kajian Euromoney Private Banking Survey 2012, mengesahkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan terbaik kepada pelanggan kami.
AmIslamic Bank memenangi Bank Korporat Terbaik Asia di Anugerah 2012 Islamic Business and Finance Awards.
Melalui platform komprehensif kelas aset berbeza untuk keperluan pelaburan klien-klien institusi, korporat dan runcit, AmInvest telah membuktikan bahawa ia secara konsisten mencapai prestasi melebihi tanda aras dan menetapkan nada inovasi dan amalan industri. Anugerah utama yang dimenangi oleh AmInvest, yang menggambarkan kecemerlangan selama lebih daripada 30 tahun bagi kedua-dua kategori pengurusan dana konvensional dan patuh shariah termasuk: •
Kumpulan Dana Terbaik Keseluruhan, Kumpulan Dana Bon Terbaik untuk tahun keenam berturut-turut, dan Dana Bon Ringgit Malaysia Terbaik (selama lima tahun) untuk tahun kelima berturut-turut (Anugerah Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2013)
•
Syarikat Pengurusan Pelaburan Terbaik di Malaysia bagi tahun kedua berturut-turut (Anugerah Pengurusan World Finance 2013)
•
Anugerah Rumah Dana Terbaik Malaysia di bawah kategori Anugerah Pasaran (Anugerah AsianInvestor Investment Performance Awards 2013)
•
Rumah Pengurusan Aset Islam di Malaysia (Anugerah Asset Triple A Islamic Finance Awards 2012)
Dalam Bahagian Pasaran, perkhidmatan tukaran asing dan derivatif kami telah diiktiraf di Anugerah Tahunan Alpha Southeast Asia Best Financial Institution Awards 2012 keenam di mana kami telah dianugerahkan Bank FX Terbaik bagi Korporat dan Institusi Kewangan di Malaysia. Penganugerahan tersebut
Pusat Perhubungan AmBank mendapat enam anugerah di majlis penganugerahan ke-13 Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (“CCAM”) 2012, menggambarkan keutamaan yang kami letakkan dalam memastikan saluran kami melayan pelanggan dengan baik. Membangunkan modal insan dan membentuk pemimpin Untuk menjadi sebuah syarikat yang dinamik, kami perlu menggalakkan budaya cemerlang dan mengamalkan keupayaan kepimpinan. Kami telah melabur jumlah yang besar dalam latihan, pengekalan bakat, dan pembentukan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran dan pembangunan berterusan untuk menjadikan Kumpulan AmBank tempat bekerja yang hebat bagi kakitangan kami. Kami mendapatkan maklum balas secara aktif melalui Kaji Selidik Kakitangan Kumpulan dan penglibatan kakitangan untuk memahami bagaimana kami boleh
7
memperbaiki prestasi kerja dan kepuasan karier mereka kerana kami memahami bahawa asas pengalaman pelanggan yang luar biasa bermula daripada kakitangan yang bermotivasi tinggi. Indeks penglibatan kakitangan kami semakin bertambah baik di sepanjang tiga tahun yang lepas. Usaha kami juga telah menghasilkan peningkatan signifikan meliputi beberapa dimensi kepuasan kakitangan di sepanjang tempoh dua tahun, termasuk dalam hal-hal komunikasi, imej organisasi dan kedudukan daya saing, pembangunan karier dan latihan, dan juga kepimpinan. Mencipta kelainan dalam komuniti Kami sangat komited dalam usaha menjana kejayaan masyarakat dengan menyumbangkan masa, bakat dan dana kami untuk memacu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat di seluruh Malaysia dan menaja berbagai acara bagi menyokong projek komuniti. Program Komuniti AmBank MyKasih diberikan peruntukkan tahunan sebanyak RM1 juta bagi tujuan ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan termasuk program anak angkat pelajar yang memberikan bantuan kewangan untuk persekolahan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah sehingga Tingkatan Lima, dan penganjuran majlis amal untuk golongan kurang bernasib baik. Di samping itu melalui kelab sukan Kumpulan AmBank, kakitangan kami juga
Tan Sri Azman Hashim mengagihkan Zakat Perniagaan bagi AmIslamic Bank kepada beberapa rumah kebajikan dan pertubuhan amal di seluruh negara.
8
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Surat kepada Para Pemegang Saham (Samb.) baki dalam akaun matawang asing serta penggunaan suit produk Family First untuk menguruskan dana mereka. Untuk insurans am, Insurance Australia Group Ltd (“IAG”) memainkan peranan utama dalam perkongsian kepakaran yang membawa kepada pembaikan secara konsisten dalam keuntungan dan menyokong pengambilalihan dan integrasi berterusan dengan Kurnia, di waktu kami melebarkan skala sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa hadapan. Perkongsian strategik global dengan ANZ dan IAG akan menjadi komponen utama dalam memacu Kumpulan untuk terus maju dan rancangan-rancangan untuk usaha kerjasama yang lebih besar sedang diatur. Tan Sri Azman Hashim di majlis pelancaran dan menandatangani Bon dan Sukuk Dagangan Bursa (“ETBS”), bersama dengan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, sambil diperhatikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II.
secara aktif melibatkan diri mereka dalam penganjuran acara dan menyumbang kepada aktiviti-aktiviti amal. Perkongsian strategik bertambah nilai Kerjasama dengan Australia and New Zealand Banking Group (“ANZ”) terus berkembang dengan kukuh. Perkongsian amalan terbaik, perancangan akaun bersama dan rujukan pelanggan dua hala membolehkan kami membangunkan aliran pendapatan baru dan pada masa yang sama dapat melancarkan produk berinovatif dengan cepat ke dalam pasaran. Untuk klien-klien kami, Perjanjian Prinsip-Prinsip Perniagaan (“BPA”) dengan ANZ memudahcarakan rujukan merentasi sempadan dan keupayaan pengagihan merentasi 32 negara, membolehkan kami membantu pelanggan kami mencapai cita-cita pembangunan mereka. Kami terus meneroka peluang kerjasama yang baru, dengan memanfaatkan gabungan kekuatan kedua-dua Kumpulan untuk perkembangan dalam pengurusan tunai, pengurusan kekayaan, pasaran modal konvensional dan Islam, pembiayaan projek dan transaksi dagangan antarabangsa. Dalam bidang peruncitan, Perbankan Utama AmSignature membolehkan pelanggan mewah kami mendapat perkhidmatan peribadi khusus untuk keperluan mereka. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Australia untuk melanjutkan pelajaran telah mendapati akaun AmBank-ANZ Get Set kami sangat berguna. Ini terbukti daripada penambahan bilangan dan
Tinjauan dan Prospek untuk TK2014 Perkembangan ekonomi Malaysia dalam tahun 2013 dijangka akan dikekalkan oleh penggunaan swasta dan pengembangan pelaburan. Persekitaran luar tetap mencabar memandangkan pemulihan ekonomi beberapa rakan dagangan utama masih tidak menentu. Pelaburan swasta tempatan, yang disokong oleh Program Transformasi Ekonomi (“ETP”) dijangka akan memainkan peranan utama sementara kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskalnya. Dengan peralihan selepas pilihanraya yang berjalan lancar, kerajaan dijangka akan mengekalkan fokusnya ke atas pengekalan momentum perkembangan dan memudahcarakan pelan transformasi ekonomi jangka panjang. Bagi industri perbankan tempatan, ekonomi yang sederhana dan persaingan berasaskan harga bagi pinjaman dan deposit akan memberi kesan ke atas margin. Persekitaran ekonomi yang lebih sukar mungkin akan memberi tekanan ke atas penambahbaikan trend kualiti aset. Berdasarkan perkembangan ini, pelan strategik Kumpulan AmBank dirumus untuk terus menjana pertumbuhan baik bagi tempoh tiga tahun akan datang. Pengarah Urusan Kumpulan kami akan menerangkan hal ini dengan lebih jelas di dalam perutusannya. Penghargaan Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dr Robert John Edgar dan Encik Alexander Vincent Thursby yang telah meletak jawatan daripada
Lembaga AMMB Holdings Berhad di atas sumbangan mereka kepada Kumpulan. Dr Edgar, sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, dalam tahun 2007 telah memainkan peranan penting dalam membangunkan perkongsian di antara ANZ dan Kumpulan AmBank, dan kemudiannya beliau juga telah memainkan peranan penting dalam Lembaga Pengarah melalui pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan. Encik Thursby mengambil alih sebagai wakil kanan ANZ dalam Lembaga Pengarah dalam tahun 2010 apabila Dr Edgar bersara daripada ANZ, dan sangat aktif melibatkan diri beliau di dalam Lembaga Pengarah dalam memacu agenda pengembangan Kumpulan AmBank. Kami akan merindui kehadiran dan nasihat bijaksana mereka. Kami dengan sukacitanya mengalualukan Tetuan Gilles Planté dan Shayne Cary Elliott sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif. Encik Elliot yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan ANZ, dan Encik Planté, Ketua Pegawai Eksekutif ANZ untuk rantau Asia Pasifik, memiliki kelayakan cemerlang sebagai jurubank antarabangsa. Kami teruja untuk mendapatkan sumbangan mereka sebagai ahli Lembaga Pengarah. Bagi pihak Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad dan semua kakitangan kami, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas keyakinan berterusan anda terhadap kami dan masa hadapan Kumpulan AmBank. Melangkah ke hadapan, saya yakin dengan bakat dan semangat pengurusan dan kakitangan, perkongsian strategik dengan kerjasama rapat serta pelaburan terancang akan meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk memacu pertumbuhan Kumpulan di masa hadapan.
Tan Sri Azman Hashim Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Kuala Lumpur 27 Jun 2013
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
9
KUMPULAN DANA TERBAIK
PEMENANG Kumpulan Dana Bon Terbaik Dana Bon RM Terbaik (Lebih 5 Tahun) The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2013
Syarikat Pengurusan Aset Islam Terbaik, Malaysia (2 tahun berturut-turut) The Asset Triple A Awards for Islamic Finance 2013 Syarikat Pengurusan Aset Terbaik, Malaysia (4 tahun berturut-turut) The Asset Triple A Investment Awards 2013 Syarikat Dana Islam Terbaik, Malaysia Syarikat Sukuk Terbaik, Malaysia Bon Asia, Mata Wang Tempatan Terbaik (3 & 5 Tahun) Asia Asset Management Best of the Best Awards 2012
Syarikat Pengurusan Pelaburan Terbaik, Malaysia World Finance Investment Management Awards 2013
Syarikat Dana Terbaik, Malaysia AsianInvestor Investment Performance Awards 2013
Produk Dana Islam Paling Cemerlang KLIFF Islamic Finance Awards 2012
Mengurus pelaburan dalam dunia yang sentiasa berubah
Layari aminvest.com atau hubungi 03-2032 2888