Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI Ranhill Holdings Berhad, Kumpulan Syarikat Ranhill dan Kumpulan Syarikat Ranhill Bersekutu, entiti dikawal bersama dan syarikat gabungan (secara kolektif, "Kumpulan"), menghormati privasi individu berkenaan mengenai data peribadi. Kenyataan Privasi ini dirumuskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( "Akta"). Bagi tujuan Penyata Privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Bagi tujuan Kenyataan Privasi ini, "kami" atau "kita" akan merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan dan "anda" akan merujuk kepada diri anda dan mana-mana orang atau syarikat lain yang diwakili oleh anda, dimana anda sendiri menyediakan Data Peribadi tersebut. Pengumpulan Maklumat Peribadi Data peribadi dikumpulkan daripada pelbagai sumber tetapi tidak terhad kepada:a. Maklumat yang telah di berikan kepada kami melalui
[email protected],
[email protected] dan/atau apa juga cara b. Maklumat daripada pihak ke tiga termasuk rujukan dan c. Maklumat yang diperolehi sendiri oleh kami daripada sumber-sumber sah yang lain
Dengan memberikan data-data peribadi kepada syarikat, anda dengan ini bersetuju bahawa syarikat akan mengumpulkan, menyimpan, dan menggunaan Data Peribadi tersebut untuk tujuan:
a. menjalankan dan/atau melaksanakan obligasi kontrak kami b. menawarkan perkhidmatan daripada Kumpulan c. memproses borang dan permohonan
d. memproses invois dan pembayaran e. Menyimpan rekod supaya kami boleh mentadbir, menyokong, memperbaiki dan memajukan servis kepada anda f. di mana pihak ketiga memperoleh atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam manamana syarikat dalam Kumpulan; g. untuk tujuan audit / pemeriksaan oleh mana-mana pihak bagi apa jua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan Kumpulan; h. memenuhi mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perniagaan dan untuk membuat pendedahan di bawah sebarang undangundang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang, garis panduan, pekeliling, kod yang berkenaan kepada kami dan / atau i. untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan atau bagi membantu tujuan untuk Kumpulan.
Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada individu dan/atau syarikat yang diwakili oleh anda untuk memberikan Data Peribadi kepada kami bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas dan didedahkan kepada pihak yang dinyatakan dibawah. Sila ambil perhatian bahawa saluran pemberi maklumat kami adalah sangat dilindungi dan anda akan kekal tidak diketahui (tanpa nama) melainkan anda memilih yang sebaliknya.
Menggunakan Maklumat Peribadi Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan dirahsiakan dan dengan persetujuan anda kami akan mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau di luar negara) Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan yang
dinyatakan di atas: a. mana-mana orang, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan / atau pengawal atur industri yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian menurut mana-mana undang-undang; b. syarikat-syarikat bersekutu kami, juruaudit, perunding, peguam, akauntan dan penasihat kewangan atau golongan profesional yang lain yang dilantik berhubung dengan perniagaan kami; c. pembekal perkhidmatan dan produk pihak ketiga atau pihak lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh kami untuk memudahkan urusan anda dengan kami; dan / atau d. mana-mana organisasi / orang yang menyediakan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, ‘mailhouse’, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program kesetiaan dan perkhidmatan keselamatan untuk operasi, pentadbiran Kumpulan dan keperluan pembangunan.
Kami mungkin juga akan terpaksa memberikan maklumat peribadi anda jika keadaan memaksa dari segi undang-undang, jika keadaan terpaksa untuk (i) menurut dengan kehendak mana-mana badan undang-undang, arahan mahkamah atau proses undangundang, atau (ii) untuk melindungi dan menjaga hak dan kepentingan Kumpulan Menjamin data anda Kumpulan akan mengambil langkah teknikal dan langkah organisasi yang munasabah untuk mengelakkan dari sebarang kehilangan, salah guna, pengubasuaian atau kemusnahan dari maklumat peribadi anda dan untuk melindungi kesucian maklumat peribadi tersebut. Kumpulan akan menyimpan semua Data Peribadi yang anda berikan pada pelayan yang selamat
Mengemaskini kenyataan ini Kami mempunyai hak untuk meminda Pernyataan Privasi ini untuk mematuhi perubahan dalam operasi perniagaan kami atau undang-undang dan peraturanperaturan yang berkaitan dengan undang-undang perlindungan data dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Anda dinasihatkan untuk mengunjungi Pernyataan Privasi ini sekali-sekala untuk memastikan anda biasa dengan apa-apa perubahan. Laman sesawang lain Laman sesawang ini mengandungi pautan kepada laman sesawang lain. Bagaimanapon,
setelah
anda
selesai
menggunakan
pautan
tersebut
untuk
meninggalkan lama sesawang ini, anda patut tahu bahawa kami tidak mempunyai apaapa kuasa terhadap lama sesawang lain. Oleh sebab itu, kami tidak akan bertanggungjawab untuk dasar privasi atau amalan mana-mana pihak ketiga. Anda dinasihatkan untuk menjalankan langkah berjaga-jaga dan melihat pernyataan privasi yang terpakai untuk laman web yang dipersoalkan. Kontrak Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda kepada Kumpulan untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis ke alamat berikut:
Ranhill Holdings Berhad Alamat: Level 15, Wisma Perkeso No. 155, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Email:
[email protected] No Tel.: 603 – 2685 5200 No Fax.: 603 – 2685 5286 Sila ambil perhatian bahawa walau apa pun penarikan semula kebenaran anda, Kumpulan masih boleh meneruskan untuk memproses Data Peribadi anda dalam keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan sebagaimana yang dikehendaki di bawah syarat-syarat kontrak. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Pernyataan Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Akses dan Pembetulan Data Peribadi Anda meminta untuk akses kepada dan / atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Kumpulan di alamat yang dinyatakan di atas. Dimaklumkan bahawa Kumpulan mempunyai hak untuk: a. menolak permintaan anda untuk mengakses dan / atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda mengikut cara yang diperuntukkan dalam / dibenarkan di bawah Akta; dan / atau b. mengenakan bayaran sebagaimana yang dibenarkan di bawah Akta untuk memproses permintaan anda untuk akses / memadam Data Peribadi anda.
Walau apa pun akses yang diberikan kepada anda atau mana-mana pembetulan Data Peribadi anda dilakukan, Penyata Privasi ini adalah tetap sah dan berkesan pada setiap masa.