Notis Privasi Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda Notis Privasi ini menggariskan bagaimana Kumpulan Syarikat KLCC memproses data peribadi anda dari segi bagaimana kami melindungi data peribadi di dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). “KLCC” atau “kami” di dalam Notis ini merujuk secara individu atau bersama entiti di dalam Kumpulan Syarikat KLCC termasuk syarikat induk, anak syarikat, syarikat usaha sama dan syarikat sekutu. Persetujuan Anda Penting Apabila anda berhubung dengan kami andn mungkin diperlukan untuk memberi data peribadi anda. Dengan memberikan data peribadi anda, bermaksud anda bersetuju membenarkan kami untuk memproses data peribadi itu berdasarkan garispanduan yang tertera dalam Notis Privasi ini. Anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan data peribadi atau menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Namun demikian, jika anda gagal untuk memberikan data peribadi tersebut atau menarik balik persetujuan anda, kami mungkin tidak berupaya untuk memberikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda secara berkesan mahupun berterusan. Jenis Data Peribadi Yang Diperolehi Data peribadi merujuk kepada informasi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada seseorang individu, yang boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau maklumat lain yang berada dalam simpanan KLCC.
Ini termasuklah data peribadi sensitif,
(contohnya kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik dan kepercayaan agama) dan pendapat peribadi individu tersebut.
Antara jenis maklumat yang diperolehi termasuk dan tidak terhad kepada nama, alamat, nombor untuk dihubungi, umur, jantina, pekerjaan, status perkahwinan, informasi lain seperti pendapatan, nombor kad identiti atau paspot, tempat dilahirkan, sejarah kredit dan sejarah transaksi. Terdapat dua kategori data peribadi iaitu maklumat yang diberi kerana wajib dan maklumat tambahan yang diberi secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan adalah untuk memastikan kami boleh memberi maklumat mengenai produk atau perkhidmatan kami. Tanpa data peribadi tersebut, kami tidak dapat memberikan produk atau perkhidmatan kami kepada anda. Data peribadi yang diberi secara sukarela adalah maklumat bukan wajib yang diberikan kepada kami. Sekiranya anda tidak memberinya, kami masih boleh memberikan produk atau perkhidmatan kami kepada anda. Data peribadi wajib dan sukarela berbeza untuk setiap produk dan perkhidmatan serta akan dinyatakan dimana perlu. Cara Data Peribadi Diperolehi 1.
Daripada maklumat yang diberi secara lansung oleh anda;
2.
Apabila anda berhubung dengan kami secara bertulis; melalui mel elektronik; perbualan telefon; perbualan dengan pekerja kami; atau sebarang cara:
Semasa membeli dan/atau menyerahkan dokumen tender;
Menyatakan atau mendaftarkan hasrat, atau membuat pertanyaan tentang peluang tender atau perniagaan; peluang pekerjaan; atau perkhidmatan dan produk kami
Menjawab sebarang soal selidik kami
Berkunjung ke pejabat atau premis kami
Mengemukakan aduan dengan kami
Memberikan maklum balas atau ulasan kepada kami
Menghubungi kami untuk sebarang perkara
3.
Daripada maklumat yang kami dapati dari punca yang telah anda beri kebenaran
4.
Apabila dibenarkan oleh undang-undang
Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Data peribadi anda boleh diproses oleh kami untuk tujuan berikut:
Untuk tujuan pentadbiran
Untuk mempertimbang permohonan anda bagi produk/perkhidmatan kami
Untuk tujuan kontrak/menjalankan urusniaga berkenaan produk/perkhidmatan yang ditawarkan/diberikan kepada anda
Untuk memberikan anda produk/perkhidmatan yang dimohon
Untuk mentadbir dan menguruskan produk/perkhidmatan yang diberi (termasuk untuk mengenakan bayaran, memproses pembayaran, kutipan hutang, akaun & cukai)
Untuk memberi maklumbalas terhadap pertanyaan serta aduan dan menyelesaikan sebarang pertikaian
Untuk fungsi dalaman syarikat seperti mengumpul maklumat statistik, publisiti, kajian pemasaran tanpa mendedahkan anda sebagai seorang individu
Untuk berhubung dengan anda dan memberikan anda maklumat yg dipohon
Untuk mewujud dan mengendalikan hubungan perniagaan di antara KLCC dan anda
Untuk memproses sebarang komunikasi yang telah anda beri (contohnya pertanyaan, aduan dan maklum balas)
Untuk menyelenggarakan rekod berkaitan sekuriti, dakwaan atau lain-lain tujuan undang-undang
Untuk urusan keselamatan tetamu / penyewa / bangunan / premises kami
Untuk mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan
Untuk sebarang tujuan yang diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang, pertauran atau pihak berkuasa
Perkongsian Data Peribadi Data peribadi anda akan disimpan sulit. Namu demikian, bagi membolehkan kami memberikan produk dan perkhidmatan yang berkesan dan berterusan, dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, kami mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan:
Rakan-rakan stratergik kedua–dua KLCC dan Kumpulan Syarikat PETRONAS
Dengan jabatan–jabatan dalaman KLCC dan/atau Kumpulan Syarikat PETRONAS
Agen dan pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa oleh kami untuk aktiviti, perkhidmatan atau program yang telah tertera dalam perjanjian kontrak kami
Pembekal perkhidmatan kewangan
Pihak-pihak yang telah anda benarkan
Penguatkuasa peraturan serta agensi kerajaan berhak mendapatkan data peribadi anda jika diberi kelulusan oleh pihak mahkamah
Perkongsian data peribadi anda turut meliputi perpindahan maklumat ke luar negara jika perkhidmatan yang diminta oleh anda memerlukan kami untuk melakukannya. Kami juga berhak untuk memindahkan data peribadi anda ke luar negara untuk tujuan penyimpanan data. Perkongsian data peribadi sensitif hanya akan dilakukan setelah persetujuan didapati daripada anda. Bagaimana kami melindungi data peribadi anda Kami amat mengutamakan keselamatan data peribadi anda.
Kami akan mengambil segala
tindakan dari segi fizikal, teknikal dan organisasi untuk memberi jaminan bahawa data peribadi anda selamat dan sulit. Sekiranya kami perlu memberikan data peribadi anda kepada manamana agen yang diberi kuasa oleh kami, kami akan memastikan data peribadi anda dijamin selamat dan sulit oleh pihak tersebut. Tempoh Data Peribadi Disimpan Dalam Pangkalan Data Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi perlu untuk memenuhi tujuan ia diterima atau untuk mematuhi undang-undang, peraturan, perakaunan, dan keperluan kami untuk melindungi kepentingan KLCC. Selepas pada itu, data peribadi anda akan dimusnahkan. Cara-cara Untuk Mengakses, Membetulkan dan Mengemaskinikan Data Peribadi Kami komited untuk memastikan data peribadi anda tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda dengan tujuan pembetulan atau kemas kini, dan juga untuk menarik balik kebenaran anda.
Kami mungkin akan mengambil beberapa
langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi sebarang permintaan. Sekiranya anda ingi menarik balik kebenaran anda, ia mungkin mengambil masa sehingga dua puluh satu (21) hari untuk kami melaksanakan permintaan anda. Perubahan Bagi Notis Privasi Ini Kami mungkin akan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa.
Jika terdapat
sebarang perubahan, kami akan memaklumkan kepada anda menerusi laman web kami. Sila periksa Notis Privasi ini dari semasa ke semasa agar anda sentiasa mengetahui cara-cara kami melindungi data peribadi anda. Notis Privasi ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai data peribadi anda, sila hubungi kami di
[email protected]. Sekiranya anda ingin mengakses data peribadi anda untuk mengemaskini atau membetulan data peribadi anda, atau untuk menarik balik kebenaran anda, sila hantarkan permintaan secara bertulis kepada: Ketua, Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Undang-Undang & Perkhidmatan Korporat Tingkat 33, Menara Dayabumi Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur. Notis Privasi ini bertarikh 1 Februari 2014.
Kami percaya anda bersetuju dan membenarkan kami memproses data peribadi anda selaras dengan terma-terma Notis ini. Terima Kasih untuk perhatian anda.