Polisi Privasi – Smiggle Ini adalah Polisi Privasi Just Group Limited ABN 97 096 911 410 (Just Group) dan kesemua anak-anak syarikatnya (kami). Smiggle adalah sebahagian daripada Just Group. Just Group adalah peruncit dan, sebagai tambahan kepada Smiggle, jenama-jenama peruncitan kami adalah termasuk Dotti, Jacqui E, Jay Jays, Just Jeans, Peter Alexander dan Portmans (jenama Just Group).
menghormati privasi anda dan undang-undang – komitmen kami kepada anda Kami mengakui bahawa maklumat peribadi anda adalah penting kepada anda dan kami mengambil kira kebimbangan anda tentang bagaimana dan apa maklumat peribadi yang dikumpulkan, digunakan dan dikongsikan. Hak-hak anda terhadap privasi adalah dilindungi oleh undang-undang,dan polisi ini tidak mengehadkan hak-hak tersebut. Kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda dan akan sentiasa mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan berhati-hati. Kami mematuhi semua undang-undang perlindungan data dan privasi yang terpakai dan undang-undang privasi dan kanun yang boleh menpengaruhi maklumat peribadi anda.
mengenai polisi privasi ini Tujuan dokumen ini adalah untuk menyatakan polisi-polisi kami berhubungan dengan pengumpulan, pemegangan, penggunaan dan penzahiran maklumat peribadi berkenaan seseorang individu. Maklumat peribadi bermakna maklumat (termasuk maklumat atau pendapat yang menjadi sebahagian daripada suatu pangkalan data), sama ada benar atau tidak, dan sama ada direkodkan dalam bentuk material atau tidak, mengenai seseorang individu yang mempunyai identiti yang nyata, atau yang semunasabahnya dapat dipastikan daripada maklumat atau pendapat. Maklumat sensitif (sebagai contoh pendapat politik atau maklumat kesihatan) adalah subset khusus maklumat peribadi yang tertakluk kepada keperluan undang-undang yang lebih ketat, walaubagaimanapun kami tidak mengumpul maklumat sensitif. Polisi Privasi ini juga menyatakan bagaimana anda boleh membuat aduan jika anda percaya hak-hak undangundang anda telah dilanggari. Privasi Polisi kami terpakai terhadap semua urusan anda dengan kami sama ada di salah satu daripada kedai-kedai kami, melalui pusat panggilan kami, melalui laman web kami atau mana-mana laman web jenama Just Group. Kami menggalakkan anda untuk menyemak laman web kami secara kerap untuk apa-apa kemas kini terhadap Polisi Privasi kami.
apakah maklumat peribadi yang kami kumpul? Dalam kebanyakan kes maklumat peribadi yang kami kumpul adalah diberikan oleh anda apabila anda membuat pesanan, mendaftar di laman web kami untuk menerima bahan-bahan pemasaran langsung, membuka akaun bersama kami atau untuk memberi maklum balas kepada kami. Maklumat peribadi mungkin termasuk:
•
nama dan butir-butir perhubungan (contohnya, alamat penghantaran, nombor telefon, alamat e-mel.);
•
tarikh lahir;
•
maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami; atau
•
maklumat transaksi.
Walaupun anda mempunyai pilihan untuk menggunakan nama samaran apabila berurusan dengan kami, kami tidak dapat menyediakan semua perkhidmatan kami melainkan jika anda menggunakan maklumat yang boleh dikenalpasti (contohnya, jika anda ingin menyempurnakan apa-apa transaksi dalam talian dengan kami, menggunakan perkhidmatan lay-by, mengambil bahagian dalam program kesetiaan kami atau menyertai promosi atau pertandingan). Jika anda ingin kekal tanpa nama apabila anda menggunakan laman web kami jangan mendaftar masuk atau memberikan apa-apa maklumat yang mungkin mengenal pasti anda.
mengapa kami mengumpul maklumat peribadi anda? Selain daripada apa-apa tujuan yang dimaklumkan kepada anda pada masa pengumpulan, kami mengumpul, memegang, menggunakan dan menzahirkan maklumat peribadi anda supaya kami boleh: •
menyempurnakan transaksi dan mentadbir hubungan kami dengan anda (termasuk bayaran balik dan perkhidmatan lay-by);
•
menyiasat dan menjawab soalan, komen atau maklum balas berhubung dengan produk atau perkhidmatan kami;
•
lebih memahami keperluan dan pilihan anda dan memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda;
•
memberikan anda maklumat tentang produk atau perkhidmatan kami;
•
mengenal pasti dan memaklumkan kepada anda tentang produk lain, perkhidmatan atau tawaran yang mungkin menarik perhatian anda;
•
memudahkan pengendalian, dan penyertaan anda dalam program kesetiaan;
•
memudahkan pengendalian, dan penyertaan anda dalam promosi dan pertandingan;
•
memantau aktiviti di laman web kami (untuk tujuan menjaga sekuriti laman web);
•
mengumpulkan pangkalan data pelanggan untuk membolehkan kami memasarkan jenama Just Group dengan lebih tepat;
•
mematuhi obligasi undang-undang kami (termasuk obligasi yang berhubungan dengan hal-hal kesihatan dan keselamatan atau hal-hal berhubung dengan pekerja kami atau pemohon pekerjaan kami);
•
membantu kami memperolehi pemahaman yang lebih baik mengenai kesukaan dan ketidaksukaan anda, bagi memperbaiki laman web kami, strategi pemasaran dan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami secara amnya.
Alamat emel anda Kami hanya akan merekodkan alamat e-mel anda jika anda berikan kepada kami. Kami hanya akan menggunakannya untuk menghantar kepada anda maklumat yang anda minta mengenai sebarang perkhidmatan atau produk yang dibekalkan oleh kami melalui laman web, atau bagi kegunaan lain yang anda telah berikannya. Ia tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan yang tidak dibenarkan atau dizahirkan tanpa kebenaran anda (kecuali yang dibenarkan oleh undang-undang). Dengan memberikan kami alamat e-mel anda, anda telah memberi persetujuan anda untuk menerima bahan-bahan pemasaran langsung daripada kami bersama-sama dengan jenama Just Group yang lain atau pihak ketiga yang dipilih dengan teliti. Jika anda tidak ingin memberi persetujuan atau menerima sebarang komunikasi daripada kami, anda boleh memilih pautan ‘unsubscribe’ di bahagian bawah mana-mana emel yang kami telah hantar kepada anda, atau anda boleh memaklumkan
[email protected].
Tiada Spam Sebagai komitmen kami untuk mengekalkan privasi anda, Just Group tidak akan membenarkan mesejmesej elektronik komersial yang tidak diminta atau ‘spam’. Kami hanya akan menghantar mesej elektronik komersial (iaitu. E-mel) dengan persetujuan nyata atau disimpulkan penerima untuk menerimanya.
Pertandingan Apabila anda memasuki pertandingan melalui laman web kami, saluran media sosial atau di kedai-kedai kami, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan maklumat untuk memenuhi syarat-syarat penyertaan. Penyertaan merupakan persetujuan peserta bahawa maklumat peribadi mereka akan digunakan oleh jenama Just Group untuk mengumpul pangkalan data pelanggannya dan untuk tujuan pemasaran. Just Group boleh memberikan anda tawaran promosi bersama yang bersempena dengan pihak ketiga yang lain. Tawaran promosi ini dibentuk selaras dengan keperluan anda, tetapi jika anda tidak mahu menerima maklumat ini, anda boleh memilih pautan ‘unsubscribe’ di bahagian bawah manamana e-mel yang kami telah hantar kepada anda, atau anda boleh memaklumkan
[email protected].
Maklumat yang dikumpul secara automatik - cookies dan lainlain Setiap kali anda melawat laman web kami, pelayan kami secara automatik akan merekodkan maklumat mengenai penggunaan anda terhadap laman web kami melalui cookies dan data clickstream. Cookies adalah maklumat cebisan kecil yang disimpan oleh pelayar anda pada komputer anda atau peranti mudah alih. Cookies dan data clickstream digunakan untuk mengekalkan sesi maklumat di antara pelayar anda dan laman web kami dan mengenal pasti perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan laman web seperti masa, tarikh dan URL halaman yang anda lawati, alamat IP anda, lokasi dan pelayar perisian anda. Sesetengah komputer dan peranti mudah alih juga membenarkan lokasi anda untuk dikongsi bersama dengan kami (sering dirujuk sebagai data geolokasi). Kebanyakan pelayar boleh memaklumkan anda apabila suatu cookie baru diterima, atau membenarkan anda mematikan cookie atau
perkhidmatan geolokasi semua sekali. Menamatkan perkhidmatan ini mungkin bermakna sesetengah ciri-ciri di laman web kami tidak terdapat untuk anda. Kami menggunakan maklumat yang diperolehi daripada cara ini untuk mengetahui kecenderungan anda supaya kami boleh memperbaiki laman web kami dan perkhidmatan yang ditawarkan melaluinya.
bila kami menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga Kami sentiasa perlu memberikan maklumat peribadi anda kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan sebahagian daripada penghantaran perkhidmatan kami. Organisasi-organisasi yang berkaitan adalah termasuk syarikat: •
yang terlibat dalam penyediaan, pengurusan dan pengendalian produk atau perkhidmatan anda seperti pembekal pihak ketiga, organisasi Just Group yang lain, rakan kongsi program kesetiaan dan pertalian, pencetak, perkhidmatan pos dan pusat panggilan;
•
yang merupakan jenama Just Group atau pihak ketiga yang telah dipilih dengan teliti yang ingin memberitahu anda tentang produk atau perkhidmatan mereka yang mungkin memenuhi keperluan dalam talian dan gaya hidup anda, promosi atau peluang-peluang lain dengan lebih baik.
•
yang terlibat dalam penyelengaraan, mengkaji semula dan pembangunan sistem perniagaan, prosedur dan infrastruktur termasuk ujian atau menaik taraf sistem komputer kami;
•
yang terlibat dalam memberikan nasihat undang-undang dan cukai;
•
yang terlibat dalam pemindahan semua atau sebahagian aset atau perniagaan suatu organisasi Just Group;
•
yang terlibat dalam sistem pembayaran termasuk institusi kewangan, pedagang dan organisasi pembayaran;
•
sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, sebagai contoh, kepada kerajaan atau badan kawal selia untuk tujuan berkenaan kesihatan atau keselamatan awam, pencegahan atau pengesanan aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk melindungi hasil awam; atau
•
apabila anda telah memberi persetujuan anda.
Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan oleh kami untuk tujuan sekunder: •
di mana anda telah bersetuju bagi penggunaan atau penzahiran; dan
•
jika anda secara munasabah mengharapkan kami untuk menggunakan atau menzahirkan maklumat tersebut bagi tujuan sekunder yang berkaitan secara langsung dengan tujuan utama pengumpulan; atau
•
jika dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau oleh mahkamah / tribunal;
•
jika kami percaya dengan secara munasabah ia adalah perlu untuk aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang.
Disebabkan kami beroperasi di seluruh Australia dan New Zealand (dan, di dalam kes Smiggle, Malaysia, Hong Kong, Singapura dan United Kingdom), dan seperti yang telah dinyatakan di atas kerana kami menggunakan pihak ketiga untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan penghantaran kami, sesetengah penggunaan dan penzahiran oleh pihak ketiga mungkin berlaku di luar daripada negara mastautin anda. Negara-negara di mana pemberi perkhidmatan ini terletak adalah berbeza, tetapi termasuk Australia, New Zealand, Malaysia, Hong Kong, Singapura, United Kingdom dan USA. Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke luar negara dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa mana-mana penerima di luar negara tidak melanggar undang-undang atau prinsip privasi yang berkaitan.
menyimpan maklumat peribadi anda yang tepat dan terkini Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami, menggunakan atau menzahirkan adalah tepat, lengkap, terkini dan relevan, dengan mengambil kira tujuan penggunaan atau penzahiran. Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan hal ini berlaku. Dengan cara ini, kami dapat memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik. Jika anda percaya maklumat peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, tidak terkini, tidak relevan atau mengelirukan, sila maklumkan kami (lihat Hubungi Kami). Kami akan mengambil langkah yang munasabah dalam keadaan tersebut untuk membetulkan maklumat tersebut bagi memastikan, dengan mengambil kira tujuan ia disimpan, maklumat tersebut adalah tepat, terkini, relevan dan tidak mengelirukan.
privasi anda di internet laman web kami Kami berhati-hati untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami di laman web kami dilindungi daripada penyalahgunaan, gangguan dan kehilangan, akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian atau penzahiran. Sebagai contoh, laman web kami mempunyai sistem keselamatan elektronik di tempatkan, termasuk penggunaan firewall dan data enkripsi. Pengenal pasti pengguna, kata laluan atau kod akses yang lain juga boleh digunakan untuk mengawal akses kepada maklumat peribadi anda.
Pautan ke laman lain Anda mungkin boleh mengakses ke laman web luar dengan mengklik pada pautan yang disediakan oleh kami. Laman-laman web yang lain tidak tertakluk kepada piawaian, polisi dan prosedur privasi kami. Anda perlu menghubungi atau menyemak semula laman-laman web yang lain secara langsung untuk menentukan piawaian, polisi dan prosedur privasi mereka.
bagaimana saya boleh mengakses maklumat peribadi saya? Anda boleh mendapat akses kepada maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami. Ini adalah tertakluk kepada beberapa pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Faktorfaktor yang mempengaruhi hak untuk akses termasuk:
•
ketidakupayaan untuk memuaskan kami mengenai identiti anda sebagai pemohon;
•
maklumat yang diperlukan oleh kami tidak mencukupi untuk menjejaki maklumat peribadi yang anda minta untuk akses;
•
akses yang akan menimbulkan ancaman serius terhadap nyawa atau kesihatan atau keselamatan mana-mana individu atau kesihatan awam atau keselamatan;
•
akses yang akan memberi kesan tidak munasabah terhadap privasi orang lain;
•
permintaan yang remeh atau menyusahkan;
•
akses yang akan menzahirkan maklumat penilaian dihasilkan oleh kami berhubung dengan proses membuat keputusan komersil yang sensitif;
•
akses yang menyalahi undang-undang;
•
akses yang akan menjejaskan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh suatu badan penguatkuasaan;
•
prosiding penyelesaian pertikaian undang-undang dengan anda di mana maklumat tersebut tidak boleh diakses dalam proses penzahiran dalam prosiding tersebut;
•
akses yang tidak dibenarkan sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah undang-undang atau perintah mahkamah / tribunal.
Kami akan memberikan anda sebab jika kami tidak membenarkan akses (kecuali sehingga tahap yang mengambil kira alasan-alasan bagi penolakan tersebut, ia adalah tidak munasabah untuk berbuat demikian). Sila hubungi kami jika anda memerlukan satu borang permohonan akses (lihat Hubungi Kami).
Sekuriti Kami mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi semua maklumat peribadi atau syarikat dari penyalahgunaan, kehilangan, gangguan, akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian atau penzahiran. Maklumat anda disimpan dengan selamat sama ada dalam bentuk elektronik atau fizikal. Sebagai contoh, hanya kakitangan yang memerlukan akses kepada maklumat akan diberi akses. Segala maklumat, peribadi, syarikat atau sulit disimpan di dalam premis yang selamat atau dalam pangkalan data elektronik yang memerlukan log masuk dan kata laluan. Sesetengah maklumat disimpan untuk beberapa tahun untuk mematuhi keperluan undang-undang yang terpakai. Sebarang maklumat peribadi yang tidak lagi diperlukan akan dimusnahkan atau dijadikan tidak boleh dikenalpasti. Dari semasa ke semasa dan selaras dengan dugaan pelanggan dan perubahan perundangan, polisi privasi dan prosedur kami akan disemak semula, dan jika perlu, dikemaskini. Polisi ini kali akhir dikemaskini pada Mac 2014.
menghubungi kami atau membuat aduan Jika anda mempunyai apa-apa isu yang anda ingin bangkitkan kepada kami, atau anda inginkan salinan cetak Polisi Privasi kami, ingin membuat aduan atau ingin membincangkan sebarang isu mengenai Polisi Privasi kami, maka anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Privasi kami yang telah dilantik oleh kami untuk memberi bantuan kepada anda. (P.O Box 2196 Richmond South Vic 3121,
[email protected].)