DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Jesin (“Jesin”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi kamu. Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan sedia ada/masa depan, semua pembekal dan semua pekerja kami berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI Dalam perjalanan urusan anda dengan kami, Kumpulan Jesin dan subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikatnya (dirujuk secara kolektif sebagai “Jesin” atau “kami” dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini), kami akan meminta anda untuk membekalkan data peribadi anda (“Data Peribadi”), bagi membolehkan kami untuk memasuki transaksi dengan anda atau menghubungi anda mengenai perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan perniagaan kami. Ini adalah relevan bagi proses perniagaan kami, pelaksanaannya, termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan berkenaan dengan produk akan datang, pelancaran produk baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan rakan kongsi perniagaan dalam projek atau perbandaran kami. 2. DATA PERIBADI 1. 2.1 Jenis-jenis Data Peribadi Data Peribadi tersebut mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang-undang serupa lain yang terpakai dan mungkin merangkum tetapi tidak terhad kepada maklumat berikut: a) nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/paspot, alamat, jantina, bangsa, agama, wargenegara, maklumat perhubungan, alamat e-mel, pekerjaan; b) jenis-jenis pinjaman yang dipohon, dan maklumat-maklumat pihak ketiga seperti orang untuk dihubungi semasa kecemasan, wakil-wakil yang telah diberikan kuasa, kontraktor, peguam, dan pembiaya; c) nama, alamat, nombor kad pengenalan pengenal dan nombor telefon; d) rekod pekerjaan dan pampasan , pendidikan, maklum balas majikan, prestasi kerja, tindakantindakan disiplin, rujukan-rujukan dan apa jua butiran yang lain berkenaan majikan-majikan dahulu atau rujukan yang dibekalkan kepada kami, nama dan maklumat majikan anda seperti alamat dan nombor telefon; e) cara komunikasi yang dipilih, maklumat berkenaan bank, kad kredit, nama bank dan lain-lain maklumat berkaitan bank, nombor fail cukai, nombor EPF, nombor SOCSO; f)
lain-lain data peribadi relevan yang dimaklumkan oleh anda (jika ada).
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
1
2. 2.2 Sumber Data Peribadi Jesin mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada kamu atau secara tidak langsung daripada wakil-wakil kamu di sisi undang-undang, agen-agen dan/atau majikan melalui cara-cara yang sah, seperti tetapi tidak terhad kepada yang berikut: a. perjanjian-perjanjian dan kontrak-kontrak untuk penjualan dan pembelian hartanah-hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami; b. borang-borang kami (sama ada elektronik atau cetakan) untuk pelancaran baru, pameran bergerak hartanah, “showcases”, pameran-pameran atau mana-mana acara promosi yang lain; c.
boring permintaan rasmi untuk maklumat yang ditujukan kepada anda oleh pekerja atau ejen kami;
d. sebarang e-mel atau surat-menyurat yang kami terima daripada anda yang meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan; e. apa-apa bentuk maklumat/data yang telah diberikan melalui di laman web kami atau manamana laman web dikontrakkan oleh kami; f.
sebarang komunikasi secara bertulis atau pertuturan yang disampaikan kepada kami sebelum dan semasa berurusan dengan anda;
g. apa-apa rujukan daripada seseorang dengan butiran peribadi yang telah disahkan; h. surat tawaran daripada institusi kewangan (tempatan dan asing) untuk pinjaman pradiluluskan/pinjaman yang diluluskan; i.
kad-kad perniagaan atau makluman lain-lain yang diberikan di pejabat/pameran kami atau diberi kepada pekerja, ejen, broker atau rakan-rakan kami;
j.
apa-apa dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk berkanun dan pulangan) yang telah dihantar kepada kami untuk pemprosesan;
k.
sebarang maklumat yang kami fikirkan perlu atau relevan dari masa ke semasa berkaitan hubungan komersial kamu bersama kami.
Tiada masa langsung berkenaan apa-apa Data Peribadi akan dibeli oleh kami atau diperolehi dengan apa cara komersial melalui pembelian atau perdagangan yang tidak sah dan menyalahi undang-undang Data peribadi pangkalan data atau senarai. 3. TUJUAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI Data Peribadi tersebut akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami untuk tujuan-tujuan berikut:
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
2
a. penyampaian kepada anda notis, maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk semasa dan masa hadapan kami dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut serta pelancaran produk baru, acara, acara promosi dan pertandingan; b. menyediakan dan melaksanakan semua dokumen dan perjanjian yang diperlukan dengan anda seperti yang berkaitan dengan transaksi penjualan dan pembelian, dan untuk menjalankan kewajipan di bawah perjanjian tersebut untuk produk, perkhidmatan, dan/atau harta kami yang diperlukan bagi menjalankan dan mentadbir perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan pentadbiran jualan dan pengurusan harta serta transaksi sub-jualan, pembiayaan semula dan jualan melalui lelongan; c.
pemungutan pembayaran tertunggak;
d. tujuan-tujuan yang diperuntukkan dalam mana-mana perkhidmatan atau produk tertentu yang ditawarkan oleh kami atau rakan kongsi perniagaan kami; e. untuk mentadbir dan menjalankan prosedur pengurusan hubungan pelanggan dan bakal pelanggan kami; f.
penyimpanan rekod dalaman kami dan audit;
g. menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran, profil pelanggan dan pembangunan perniagaan serta penyelidikan pemasaran dan analisis statistik dan tinjauan pelanggan mengenai projek, produk dan/atau perkhidmatan kami; h. penilaian kredit, pemeriksaan kewangan dan latar belakang jika dan apabila perlu; i.
mematuhi sebarang undang-undang atau keperluan peraturan dan membuat pendedahan yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undangundang kecil, garis panduan, pekeliling, dan/atau kod yang terpakai dan juga untuk pencegahan jenayah;
j.
membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, surat biasa, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media social tentang produkproduk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran terdahulu anda;
k.
milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/hartanah, jagaan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan kecacatan;
l.
perkhidmatan pasca milikan kosong, seperti keselamatan, program ganjaran kesetiaan pelanggan dan/atau sebarang perkhidmatan tambah-nilai yang kami tawarkan kepada anda (jika ada);
m. sebarang transaksi komersial lanjut berkenaan projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami.
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
3
4. PENDEDAHAN DATA PERIBADI Secara umumnya, kami akan menyimpan Data Peribadi yang dibekalkan secara sulit. Anda dengan ini bersetuju, membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang berkenaan: a. apa-apa orang, agensi kerajaan, autoriti berkanun, pengawal industri dan/atau pihakpihak yang berkenaan yang mana kami diwajib atau diperlukan untuk berbuat demikian menurut apa-apa undang-undang; b. pembekal kemudahan awam dan utiliti; c.
apa-apa syarikat berkenaan dan/atau anak syarikat Jesin Group , termasuk yang diperbadankan pada masa depan;
d. rakan-rakan dan sekutu perniagaan kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan dengan perniagaan kami; e. juruaudit, pakar perunding, peguam, akauntan atau penasihat kewangan atau professional yang lain yang dilantik oleh kami berhubung dengan perniagaan kami; f.
pembekal pihak ketiga, syarikat/entiti pengurusan pihak ketiga, subkontraktor atau pihakpihak lain yang difikirkan perlu;
g. penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh kami berhubung dengan program ganjaran kesetiaan kami, bagi tujuan penyampaian hadiah yang ditebus dan perkhidmatan. Maklumat yang kami dikumpul tidak dijual, diberikan kepada, atau sebaliknya dikongsi dengan organisasi-organasi lain untuk tujuan komersial atau tujuan lain-lain. Selaras dengan undangundang, kami hanya akan mendedahkan maklumat yang minima yang difikirkan perlu untuk Tujuan seperti yang dinyatakan dan akan mengambil langkah-langkah untuk menjaga integriti dan keselamatan Data Peribadi tersebut. 5. AKIBAT KEENGGANAN/KEGAGALAN MEMBEKALKAN/MENGEMASKINI DATA PERIBADI Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami adalah secara sukarela dan anda tidak dipaksa untuk membuat sebarang pendedahan yang tidak rela. Kegagalan membekalkan Data Peribadi mungkin akan mengakibatkan kesan-kesan seperti berikutnya yang mana kami tidak akan bertanggunjawab di atas sebarang akibat yang timbul daripadanya: a. ketidakupayaan pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian dan/atau
Perjanjian
Jual
Beli/tender/Surat
Penganugerahan/Kontrak
Pekerjaan
berkenaan jualan hartanah, produk-produk dan/atau perkhidmatan kami, untuk tujuan pembinaan atau untuk pengambilan sumber manusia;
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
4
b. ketidakupayaan kami untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang diminta c.
ketidakupayaan untuk kami mengumum kepada anda berkenaan produk dan/atau pelancaran terkini kami;
d. kegagalan menyempurnakan transaksi-transaksi komersial berkenaan projek-projek, produk-produk dan/atau servis-servis kami; e. kegagalan untuk mematuhi apa-apa undang-undang, regulasi, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan dan/atau kanun yang terpakai terhadap kami. 6. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses dalam cara yang selamat. Kawalan-kawalan, polisi-polisi dan langkah-langkah pentadbiran dan keselamatan yang sesuai akan dilaksanakan, setakat yang dapat dilaksanakan, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. Kami akan, setakat yang dapat dilaksanakan, cuba mengelakkan pemprosesan yang tidak dibenarkan dan/atau melanggar undang-undang, dan kehilangan, kemusnahan atau kerosakan yang tidak disengajakan kepada Data Peribadi anda. 7. PEMINDAHAN DAN PERKONGSIAN DATA Sekiranya dianggap perlu dan sesuai untuk tujuan penyimpanan, pemprosesan data atau menyediakan perkhidmatan bagi anda, kami akan memindah Data Peribadi anda kepada ahli kumpulan syarikat atau pihak ketiga atau pembekal produk atau perkhidmatan, dengan syarat secara sulit dan kawalan keselamatan yang serupa. 8. PERSETUJUAN PIHAK KETIGA Sekiranya anda telah membekalkan data peribadi pihak ketiga (contohnya, orang hubungan kecemasan anda, wakil-wakil yang diberikan kuasa, kontraktor, peguam, ahli kewangan) kepada kami, kami bergantung kepada anda untuk memperoleh dengan secukupnya terlebih dahulu persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membolehkan kami untuk memproses data peribadi mereka berkenaan Tujuan tersebut. 9. HAK AKSES DAN PEMBETULAN Anda mempunyai hak untuk meminta akses dan sekiranya perlu, pembetulan kepada Data Peribadi anda di dalam rekod-rekod kami, dengan membayar fi yang ditetapkan dimana perlu. Anda mempunyai hak untuk:
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
5
a. meminta akses kepada Data Peribadi anda di dalam rekod-rekod kami untuk tujuan verifikasi; b. meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda jikalau maklumat tersebut adalah tidak tepat, salah nyata, ketinggalan zaman atau tidak lengkap; c.
meminta bahawa Data Peribadi anda hanya akan disimpan untuk memenuhi tujuantujuan pengumpulan maklumat tersebut;
d. meminta agar kami menyatakan atau menjelaskan dasar dan prosedur berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami; e. memaklumkan kepada kami bantahan anda tentang penggunaan Data Peribadi anda bagi tujuan pemasaran; f.
menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang diberikan sebelum ini, dalam keadaan yang tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
10. KEBENARAN Sekiranya anda memberikan atau terus membekalkan Data Peribadi kepada kami, anda dianggap telah memberikan kebenaran untuk mengumpul, menyimpan atau memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di dalam Notis ini dan notis-notis lain yang dikeluarkan dibawah Seksyen 7 dalam Akta Perlindungan Data Peribadi (“PDPA”) oleh kami. 11. BAHASA Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris. Di dalam keadaan di mana terdapat ketidakseragaman, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan digunapakai. 12. PILIHAN PRIVASI ANDA DAN CARA MENGHUBUNGI KAMI Anda boleh meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi atau mengehadkan pemprosesan yang sama pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada kami melalui:
Bahagian
Sales & Marketing Department
Alamat
No. 26 & 27, Jalan Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
No. Telefon
04-423 5800
No. Faks
04-423 5801
Alamat Emel
[email protected]
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
6
Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda juga harus disalurkan kepada kami melalui cara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Dasar Privasi kami, sila baca Dasar Privasi kami di http://www.jesin.com.my/privacy.asp. 13. PINDAAN-PINDAAN PADA DASAR Kumpulan Jesin, dari masa ke semasa, perlu atau dikehendaki menukar Dasar Perlindungan Data Peribadi kami untuk mematuhi atau menjadi selaras dengan perubahan dalam undangundang dan peraturan yang terpakai serta operasi dan dasar perniagaan kami. Jesin berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan yang terlebih dahulu dan akan memaklumkan kepada anda sebarang pemindaan melalui laman web kami, emel ataupun melalui kaedah komunikasi yang lain.
Jesin Group | Dasar Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi
7