NOTIS PRIVASI Dokumen ini menerangkan dasar privasi ("Dasar Privasi") Spring Energy Sdn Bhd ("Spring Energy" "kami," atau "kami" dalam terma-‐terma yang mana ungkapan-‐ungkapan hendaklah termasuk, di mana konteks tersebut menerimanya, mana-‐mana anak-‐anak syarikat berkaitan, syarikat-‐syarikat bersekutu, entiti-‐entiti yang dikawal bersama dan syarikat-‐syarikat gabungan) yang berkaitan dengan data peribadi yang dipegang oleh Spring Energy. Spring Energy mengambil serius terhadap privasi anda kerana kami tahu anda juga berpandangan sedemikian. Spring Energy komited untuk memproses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh Spring Energy ("Data Peribadi") selaras dengan Dasar Privasi ini dan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA") untuk perlindungan data peribadi. Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti dan ambil perhatian bahawa kami boleh mengubah dari semasa ke semasa. Jika pada bila-‐bila kami mengubah Dasar Privasi ini dalam cara yang membolehkan kami untuk mengendalikan data peribadi anda dengan cara yang sangat berbeza, kami akan memaklumkan anda melalui e-‐mel atau cara lain, dan anda akan mempunyai pilihan sama ada kami boleh menggunakan Data Peribadi anda dengan cara yang baru. Untuk tujuan Notis ini: •
• •
•
"Data peribadi" bererti apa-‐apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan lain-‐lain maklumat yang kami miliki Notis ini adalah berkaitan dengan anda hanya jika anda adalah seorang individu Di mana pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan dalam satu perkongsian atau lain-‐lain badan perseorangan yang tidak diperbadankan, pemberian Notis Privasi ini adalah ditujukan kepada semua rakan kongsi atau semua pemegang jawatan (mengikut mana berkenaan) pelanggan tersebut, pembekal atau rakan kongsi perniagaan yang mana data yang dipungut dan / atau diproses oleh kami untuk tujuan-‐tujuan yang dinyatakan di sini ungkapan "anda", "kamu" atau apa-‐apa perkataan lain yang asalnya sama atau ungkapan yang serupa bermaksud pelanggan, pembekal atau rakan kongsi perniagaan
Apakah PDPA? Notis ini diberikan berlandaskan kepada tujuh (7) Prinsip-‐Prinsip Perlindungan Data di dalam PDPA seperti yang dinyatakan di bawah: 1. Prinsip Am. Kami tidak akan memproses data peribadi anda kecuali anda telah memberikan persetujuan anda untuk pemprosesan data. 2. Notis dan Prinsip Pilihan Kami akan memberitahu anda secara bertulis mengenai tujuan yang sah yang mana data peribadi anda dikumpulkan dan sama ada ia adalah wajib bahawa anda memberikan data peribadi anda
3. Prinsip Pendedahan. Tiada data peribadi boleh didedahkan tanpa kebenaran anda. 4. Prinsip Keselamatan. Kami akan mengambil langkah-‐langkah praktikal untuk melindungi data peribadi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. 5. Prinsip Penyimpanan. Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang sah di mana ia telah diperolehi untuknya. 6. Prinsip Integriti Data. Kami akan mengambil langkah-‐langkah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan dikemaskinikan dan hanya berkaitan kepada tujuan yang sah yang mana ia diperolehi. 7. Prinsip Akses. Kami akan memberikan anda akses kepada data peribadi anda sendiri yang dipegang oleh kami supaya anda boleh menyemak dan membetulkan apa-‐apa yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau data tidak dikemaskini. Mengapa Spring Energy mengumpul Data Peribadi? Spring Energy adalah pengeluar terkemuka dan pembekal produk kuari berkualiti tinggi, Asphalt premix dan konkrit. Untuk mengendalikan perniagaan kami, kami perlu mengumpul beberapa maklumat berkaitan dengan orang yang kami berurusan dengannya. Mengumpul data peribadi juga diperlukan dalam keadaan tertentu untuk kami memenuhi kewajipan undang-‐undang. Dengan memberikan mana-‐mana data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju bahawa kami akan mengumpul, menyimpan, memproses dan menggunakan data peribadi bagi mana-‐mana tujuan-‐tujuan berikut: • • • •
untuk menilai kesesuaian anda untuk memberikan kami dengan barang-‐barang dan perkhidmatan-‐perkhidmatan untuk menilai permohonan-‐permohonan/ permintaan-‐permintaan anda untuk membuka akaun dengan kami untuk menjalankan pemeriksaan yang sesuai untuk kepercayaan kredit dan penipuan untuk mengurus dan mengekalkan akaun-‐akaun anda dengan kami
• •
untuk menyediakan perkhidmatan-‐perkhidmatan dan produk-‐produk berkaitan untuk mentadbir dan mengurus perkhidmatan-‐perkhidmatan dan produk-‐produk tersebut, termasuk mencajkan, bil dan mengutip hutang-‐hutang untuk mentadbir, mengurus dan / atau menguatkuasakan transaksi-‐transaksi komersial untuk mendapatkan maklumat kredit mengenai permohonan anda untuk kredit komersial daripada badan-‐badan / agensi pelaporan kredit untuk mendapatkan rujukan kredit mengenai anda dari pembekal-‐pembekal kredit lain untuk menghubungi dan berkomunikasi dengan anda dan / atau mana-‐mana orang atau syarikat-‐syarikat lain yang diwakili oleh anda untuk mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami mematuhi tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko untuk mempertimbangkan permohonan-‐permohonan untuk pekerjaan untuk mempromosi dan memasarkan perkhidmatan-‐perkhidmatan atau produk-‐produk lain yang kami anggap mungkin menarik bagi anda, melainkan jika anda menghubungi kami untuk mengeluarkan anda dari senarai mel kami
• • • • • • • •
Data Peribadi Yang Kami Pegang Spring Energy menghadkan data peribadi yang dipegang kepada apa yang berkaitan untuk pembekalan atau pemasaran perkhidmatan-‐perkhidmatan / produk-‐produk kami atau selainnya dan dalam menjalankan perniagaan. Data peribadi yang Spring Energy pegang termasuk butir-‐butir nama, tarikh lahir, pasport / kad pengenalan dan nombor, alamat semasa, telefon / nombor telefon bimbit, alamat e-‐mel, akaun bank dan maklumat-‐maklumat rujukan kredit dan pekerjaan. Sumber Data Peribadi Spring Energy biasanya mengumpul Data Peribadi: -‐ (a) secara langsung daripada anda sebagai pelanggan kami, pembekal, pekerja, rakan kongsi perniagaan, pemohon dll .; (b) borang-‐borang permohonan yang dikemukakan oleh anda untuk kredit komersial; (c) daripada sumber-‐sumber yang boleh didapati secara umum; (d) daripada badan-‐badan pelaporan kredit, pembekal-‐pembekal kredit lain dan biro kredit industri. Kami boleh memproses data peribadi yang diberikan dan dipersetujui oleh anda dan mendapatkan maklumat data peribadi anda dari CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), pihak-‐pihak berkuasa/ syarikat-‐syarikat swasta dan/ atau mana-‐mana sumber umum lain yang mana Spring Energy mempunyai akses kepadanya yang berhubungan dengan tujuan-‐tujuan yang dihuraikan di atas. Akibat Keengganan / Kegagalan untuk Menyediakan Data Peribadi Anda Kegagalan untuk mendapatkan Data peribadi anda akan membawa kepada yang berikut: • •
kami tidak akan dapat mengekalkan kepelangganan anda dengan kami; kami tidak akan dapat memberikan perkhidmatan-‐perkhidmatan yang diperlukan dan yang diminta oleh anda;
•
• •
kami tidak akan dapat menyediakan rangkaian penuh manfaat dan/ atau melaksanakan tanggungjawab-‐tanggungjawab kami di bawah mana-‐mana kontrak/ perjanjian yang berpotensi atau sedia ada dengan anda; kami tidak akan dapat memberikan anda apa-‐apa notis, perkhidmatan dan maklumat yang telah kemas kini yang mana anda minta; menjejaskan permohonan anda untuk sebarang tujuan di atas.
Bagaimana Kami Melindungi Data Peribadi Spring Energy menggunakan perlindungan teknikal, pentadbiran, dan fizikal yang sesuai untuk melindungi daripada kerugian yang dijangka, akses yang tidak dibenarkan, kerosakan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, dan pendedahan yang tidak wajar. Pendedahan maklumat peribadi -‐ Pihak Ketiga yang mana kami boleh mendedahkan data peribadi Spring Energy mempunyai hak untuk mendedahkan apa-‐apa data peribadi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran jika ia dianggap perlu untuk memenuhi mana-‐mana undang-‐undang, peraturan, proses undang-‐undang, atau permintaan kerajaan. Dalam ini, Spring Energy akan mematuhi dengan ketat kepada perlindungan privasi dan kerahsiaan yang sesuai. Organisasi-‐organisasi yang mana Spring Energy biasanya mendedahkan maklumat termasuk: • • • • • • •
syarikat subsidiari dan badan-‐badan korporat berkaitan dengan kami pembekal-‐pembekal perkhidmatan sumber luar, termasuk mereka yang menguruskan logistik dan fungsi-‐fungsi teknologi maklumat data dan gaji bagi pihak kami kerajaan dan pihak berkuasa pengawalan dan organisasi lain, sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-‐undang agensi pelaporan kredit dan pemeriksaan penipuan pembekal-‐pembekal kredit yang lain bagi tujuan-‐tujuan kredit seperti kepercayaan kredit dan pembiayaan penasihat-‐penasihat profesional kami, termasuk akauntan-‐akauntan, juruaudit-‐juruaudit dan peguam-‐peguam kami wakil-‐wakil (sebagai contoh: penasihat undang-‐undang)
Penyimpanan Data Spring Energy menyimpan maklumat dalam bentuk salinan cetakan dan dalam secara elektronik. Jika maklumat adalah dalam bentuk cetakan dan bersifat sensitif, seperti gaji atau maklumat kredit, Spring Energy akan mengambil langkah-‐langkah tertentu untuk memastikan maklumat tersebut selamat, seperti menyimpannya di tempat yang berkunci. Maklumat elektronik disimpan menggunakan sistem IT terkawal Spring Energy. Di mana Spring Energy tidak lagi memerlukan apa-‐apa maklumat peribadi yang dipegang oleh kami untuk tujuan-‐tujuan yang dinyatakan di atas, kami akan memusnahkan maklumat tersebut. Kami
boleh menyimpan data peribadi untuk suatu tempoh dalam sistem-‐sistem sandaran kami. Kami juga boleh menyimpan maklumat-‐maklumat untuk suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-‐undang, kontrak, atau keperluan pengauditan. Hak-‐Hak Anda untuk meminta akses Dan Pertanyaan-‐Pertanyaan Anda boleh pada bila-‐bila masa selepas ini meminta untuk akses kepada, atau permintaan untuk retifikasi atau pembetulan terhadap Data Peribadi anda (tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan), atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan kami, mengikut mana-‐mana yang berkenaan, bagaimanapun tertakluk kepada pengecualian-‐pengecualian dan sekatan-‐sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah PDPA. Kami akan mengambil semua langkah-‐langkah yang munasabah untuk membuat perubahan yang diminta dengan segera. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi: PEGAWAI PRIVASI Tel: 03-‐77281331-‐Sambungan 115 Faks: 03-‐77266810 Perubahan-‐Perubahan kepada Notis Privasi ini Kami berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu.