NOTIS PENTING KEPADA SEMUA PEGUAM, ORANG AWAM
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA BERIKUT MESTILAH DIPATUHI:-
ARAHAN-ARAHAN
1. SEMUA KES AKAN MULA DISEBUT PADA PUKUL 8.30 PAGI. JIKA PEGUAM TIDAK DAPAT HADIR PADA MASA TERSEBUT, SILA MAKLUMKAN KEPADA STAF YANG BERTUGAS.
2. SILA PASTIKAN BAHAWA PERCUBAAN PENYAMPAIAN BN/CP DIBUAT KE ATAS ALAMAT CARIAN KAD PENGENALAN JD SEBELUM PERMOHONAN SS DIBUAT DI MAHKAMAH INI. JIKA PERKARA INI TIDAK DIBUKTIKAN KEPADA MAHKAMAH, MAKA PERMOHONAN SS TIDAK AKAN DIDENGAR SEHINGGA PERKARA INI DIBUKTIKAN.
3. PERMOHONAN PERLANJUTAN MASA BN DAN PENYERAHAN BN SECARA SS HENDAKLAH DIBUAT DI DALAM PERMOHONAN YANG BERASINGAN. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN INI AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN PERLANJUTAN MASA SAHAJA YANG AKAN DIBENARKAN.
4. DERAF PERINTAH PERLANJUTAN MASA BN DAN DERAF PERINTAH SS BAGI BN/CP DAN NOTIS HENDAKLAH DIFAILKAN BERSAMA-SAMA PERMOHONAN BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGELUARAN DERAF. DERAF YANG DIFAILKAN MESTILAH MENGIKUT FORMAT DAN PEKELILING BIL. 4/2010 DAN ISI DERAF MESTILAH DIISI OLEH PEGUAM DAN PEGUAM MESTILAH MENANDATANGANI DERAF. KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN INI AKAN MENGAKIBATKAN DERAF TIDAK DIPROSES DAN DIPULANGKAN KEPADA PEGUAM.
5. PEGUAM DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA-SAMA DERAF PP & PP BESERTA DERAF WARTA PADA HARI PENDENGARAN CP DAN DERAF MESTILAH MENGIKUT FORMAT DAN PEKELILING BIL. 4/2010 BAGI MEMUDAHKAN KELULUSAN DAN PEMULANGAN DERAF PADA HARI YANG SAMA ATAU DIMASUKKAN KE DALAM BOX PADA HARI YANG SAMA. DERAF PP & PP YANG TIDAK MENGIKUT FORMAT TIDAK AKAN DILULUSKAN DAN DIKEMBALIKAN KEPADA PEGUAM.
6. DERAF-DERAF PERINTAH YANG LAIN HENDAKLAH MENGIKUT PEKELILING BIL. 4/2010 DAN KEGAGALAN MEMATUHI PEKELILING TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN DERAF DIKEMBALIKAN TANPA KELULUSAN.
7. SILA NYATAKAN SECARA SPESIFIK NAMA AKHBAR TEMPATAN UNTUK PERMOHONAN SS.
8. SALINAN PERINTAH BERSIH HENDAKLAH DIFAILKAN OLEH PEGUAM DALAM MASA 7 HARI DARI TARIKH DERAF DILULUSKAN DAN DITERIMA.
BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2010
PENOLONG KANAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: .......................................... BER
:
EX-PARTE :
.............................................. (NO. K/P.:...........................)
........................................
DI HADAPAN PENOLONG KANAN PENDAFTAR ............-nama penuh PKP-................. PADA 20 OKTOBER 2010
DALAM KAMAR
PERINTAH ATAS PERMOHONAN Pemiutang Penghakiman melalui Saman Dalam Kamar (Ex Parte) bertarikh 20 September 2010 DAN SETELAH MEMBACA Afidavit-afidavit yang difailkan di sini DAN kehadiran peguam dikecualikan, ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Notis Kebankrapan/Petisyen Pemiutang diserahkan kepada Penghutang Penghakiman secara penyampaian ganti seperti berikut:(i)
(ii)
Dengan menampalkan satu salinan Notis Kebankrapan/Petisyen Pemiutang beserta dengan satu salinan perintah penyampaian ganti ini di Papan Notis Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan di alamat/alamat-alamat terakhir penghutang penghakiman yang diketahui iaitu.............................; Dengan mengiklankan satu Notis sekali di dalam akhbar tempatan bernama.......................
DAN ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa penampalan dan pengiklanan tersebut hendaklah dianggap penyampaian sempurna dan cukup ke atas penghutang penghakiman 7/14 hari selepas tarikh akhir penampalan atau pengiklanan tersebut dan kos permohonan ini hendaklah menjadi kos dalam kausa. Bertarikh pada 20 Oktober 2010 .......................................... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur
PERINTAH ini telah difailkan oleh ..............-nama dan alamat firma peguam pemiutang penghakiman-.......................
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ..........................................
BER:
.............................................. (NO. K/P.:...........................)
EX-PARTE :
........................................
NOTIS Kepada:....... -Nama penghutang penghakiman-........... .....-Alamat-...............
AMBIL PERHATIAN bahawa suatu Notis Kebankrapan telah dikeluarkan terhadap kamu di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur oleh ......-nama pemiutang-.......beralamat.................................... dan Mahkamah telah memerintahkan bahawa Notis Kebankrapan ini diserahkan kepada kamu secara penyampaian ganti dengan menampalkan sesalinan perintah dan Notis Kebankrapan ini di Papan Notis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan di alamat terakhir kamu yang diketahui di ............................................................... dan dengan mengiklankan satu Notis sekali di dalam akhbar tempatan bernama.......................dan penampalan dan pengiklanan tersebut hendaklah dianggap penyampaian sempurna dan cukup ke atas kamu 7/14 hari selepas tarikh akhir penampalan atau pengiklanan tersebut. Notis Kebankrapan ini boleh diperiksa oleh kamu atas permohonan kamu di Mahkamah ini. Bertarikh pada 20 Oktober 2010 .......................................... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
NOTIS ini telah difailkan oleh ........-nama dan alamat firma peguam pemiutang penghakiman-.........................
DRAFT SAMPLE 01
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: ..........................................
BER:
.............................................. (NO. K/P.:...........................)
EX-PARTE :
........................................ NOTIS
Kepada:....... Nama penghutang penghakiman ........... ...... Alamat...............
AMBIL PERHATIAN bahawa suatu Petisyen Pemiutang telah dikemukakan terhadap kamu di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur oleh .....-nama pemiutang-........beralamat..........................dan Mahkamah telah memerintahkan bahawa Petisyen Pemiutang ini diserahkan kepada kamu secara penyampaian ganti dengan menampalkan sesalinan perintah dan Petisyen Pemiutang ini di Papan Notis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan di alamat terakhir kamu yang diketahui di ............................................................... dan dengan mengiklankan satu Notis sekali di dalam akhbar tempatan bernama.......................dan penampalan dan pengiklanan tersebut hendaklah dianggap penyampaian sempurna dan cukup ke atas kamu 7/14 hari selepas tarikh akhir penampalan atau pengiklanan tersebut. DAN AMBIL PERHATIAN bahawa Petisyen Pemiutang ini akan di dengar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur (Bahagian Kebankrapan) pada 20 November 2010 jam 8.30 pagi dan kamu dikehendaki hadir pada hari tersebut dan sekiranya kamu gagal hadir, Mahkamah boleh memasukkan perintah penerimaan dan penghukuman ke atas kamu. Petisyen Pemiutang ini boleh diperiksa oleh kamu atas permohonan kamu di Mahkamah ini. Bertarikh pada 20 Oktober 2010 .......................................... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur NOTIS ini telah difailkan oleh .............-nama dan alamat firma peguam pemiutang penghakiman-........................
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: .......................................... BER
:
EX-PARTE :
.............................................. (NO. K/P.:...........................)
........................................
DI HADAPAN PENOLONG KANAN PENDAFTAR ............-nama penuh PKP-................. PADA 20 OKTOBER 2010
DALAM KAMAR
PERINTAH ATAS PERMOHONAN Pemiutang Penghakiman melalui Saman Dalam Kamar (Ex Parte) bertarikh 20 September 2010 DAN SETELAH MEMBACA Afidavit-afidavit yang difailkan di sini DAN kehadiran peguam dikecualikan, ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Notis Kebankrapan bertarikh 15 Julai 2010 dilanjutkan tempohnya selama 12 bulan lagi mulai dari .......-tarikh baru BN....hingga.........-tarikh luput baru BN-......dan kos permohonan ini hendaklah menjadi kos dalam kausa.
Bertarikh pada 20 Oktober 2010 .......................................... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur
PERINTAH ini telah difailkan oleh ..............-nama dan alamat firma peguam pemiutang penghakiman-.......................
DRAFT SAMPLE 02
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: .......................................... BER
:
.............................................. (NO. K/P.:.......................)
EX-PARTE :
........................................
PERINTAH PENERIMAAN ATAS PETISYEN PEMIUTANG ATAS PETISYEN bertarikh 20 Oktober 2009 oleh ......nama Pemiutang....... beralamat........................,Pemiutang, yang difailkan pada 20 Oktober 2009 DAN SETELAH MEMBACA Petisyen Pemiutang DAN SETELAH MENDENGAR Cik/Encik.........., peguam bagi Pemiutang dan dalam ketidakhadiran/kehadiran Penghutang dan menyatakan kepada Mahkamah bahawa perbuatan kebankrapan berikut telah dilakukan iaitu; bahawa Penghutang telah gagal mematuhi kehendakkehendak di dalam Notis Kebankrapan bertarikh 10 Januari 2009 yang telah diserahkan secara penyampaian kediri/ganti pada 15 Februari 2009. SUATU PERINTAH PENERIMAAN adalah dengan ini dibuat terhadap ....nama Penghutang dan No. K/P......., beralamat .......................... dan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia adalah dengan ini diberi kuasa sebagai penerima aset Penghutang tersebut.
Bertarikh pada 10 Oktober 2010 .......................................... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur
NOTA: Penghutang Penghakiman yang tersebut di atas adalah dikehendaki, dengan serta merta selepas sahaja penyerahan perintah ini ke atasnya/peguamcaranya untuk menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Wilayah
Persekutuan, Tingkat 8, Pertama Kompleks, Jalan Tuanku Abdul Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.
PERINTAH PENERIMAAN ini difailkan oleh .....-nama dan alamat firma peguam Pemiutang-......
DRAFT SAMPLE 03
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) DALAM PERKARA KEBANKRAPAN NO.: .......................................... BER
:
.............................................. (NO. K/P.:..............................)
EX-PARTE :
........................................
PERINTAH PENGHUKUMAN MENURUT PETISYEN bertarikh 20 Oktober 2009 terhadap......nama Penghutang dan No. K/P-...............beralamat................................., yang mana perintah penerimaan telah dibuat pada 20 Oktober 2010 dan atas permohonan ........-nama pemiutang-.......... beralamat................., Pemiutang DAN SETELAH MEMBACA Petisyen Pemiutang DAN SETELAH MENDENGAR Cik/Encik.............., peguam bagi pihak Pemiutang dan dalam ketidakhadiran/kehadiran Penghutang.
ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Penghutang tersebut adalah dengan ini dihukum BANKRAP.
Bertarikh pada 20 Oktober 2010 .......................................... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur
PERINTAH PENGHUKUMAN ini telah difailkan oleh........-nama dan alamat firma peguam pemiutang-.............