www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my
PERCUMA 11 - 18 Ogos 2017, 18 - 25 Zulkaedah 1438
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
#SmartSelangor
PEDULI
Serahan Notis 5A
HAK RAKYAT
ED
Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kerana tanah ini bukan kepunyaan pemimpin tetapi milik mereka Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar
BERITA PENUH MUKA �
PKNS miliki aset RM�.�� bilion
PBT bangun prasarana rakyat
4
10
Pembangunan sukan lancar
Selesai masalah rumah terbengkalai
14
17
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 2
Terkini
PERCUMA
Utama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
KPN enggan respon, Azmin fail saman beri KPN peluang untuk melaksanakan kewajipan berkanunnya membawa balik Jho Low untuk siasatan tetapi kerana beliau tidak berminat, kita akan jumpanya di mahkamah,” katanya memetik laporan MalaysiaKini. Terdahulu, Khalid berkata, siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih berterusan, justeru beliau tidak mahu memberi respon terhadap tuntutan Mohamed Azmin. Notis tuntutan itu sebelum ini dimaklumkan Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, dalam kenyataan. Low disyaki terbabit dalam jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 406 atau Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Low yang tidak diketahui keberadaannya dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion ringgit dana itu didakwa dilesapkan, namun dinafikan.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas Ke-tua Polis Negara (KPN) itu tidak mahu memberi respon kepada notis tuntutan penangkapan dan ekstradisi Low Taek Jho atau Jho Low. Pada 1 Ogos lalu, Mohamed Azmin memfailkan notis itu menerusi peguam, Latheefa Koya yang menyatakan KPN diberi tempoh 14 hari daripada tarikh notis untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk undangundang yang akan diambil jika beliau gagal berbuat demikian. Latheefa berkata, anak guamnya itu tidak akan menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan untuk mengambil tindakan lanjut. “Mohamed Azmin mem-
Mohamed Azmin menyantuni penduduk setempat ketika bersarapan pagi di Restoren Kerisek, Bandar Seri Putra
Pilihan Raya Umum ke-14
Jangan remeh kematangan rakyat OLEH LIZAWATI MADFA
ED
KAJANG - Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak diingatkan untuk tidak merperkotak-katikkan kematangan rakyat dalam memilih kerajaan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejarah kemenangan PAKATAN di Selangor dan Pulau Pinang, pada Pilihan Raya Umum 2008 membuktikan rakyat bijak membuat keputusan. Katanya, peralihan tampuk kepimpinan di dua negeri itu berlangsung aman dan teratur tanpa
insiden tidak diingini. “Wahai perdana menteri, lihatlah di Selangor dan Pulau Pinang, rakyat memilih kerajaan baru, bahkan tiada masalah timbul dengan keputusan itu. “Saya jamin keadaan di Selangor selepas 2008 lebih sejahtera dan makmur berbanding sebelumnya. “Jadi, jangan sesekali kamu remehkan hak rakyat dalam melihat keadilan dan kebenaran ditegakkan,” katanya ketika Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota dan Pelancaran Bas Smart Sela-
ngor MPKj Laluan KJ02 dan KJ03, di sini, pada 5 Ogos lalu. Mohamed Azmin berkata, rakyat kini mempunyai kehendak lebih tinggi daripada kerajaan yang diundi mereka. “Tuntutan mereka bukan lagi sekadar longkang, parit dan dewan tetapi kerajaan yang bersih, bebas rasuah juga berintegriti,” katanya. Sebelum ini, Najib berkata, tindakan menukar kerajaan bukan jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malahan dikhuatiri lebih memudaratkan negara juga rakyat.
Bangun institusi keluarga bukan ‘robot’ SHAH ALAM - Agensi penguatkuasaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu dilatih secara efektif bagi menggilap potensi dan keupayaan pegawai melaksanakan pindaan perundangan baru di bawah Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (2). Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelaksanaannya sebagai jaminan pembentukan institusi kekeluargaan yang lebih dominan dan harmoni. “Jika kementerian dapat memberi jaminan, ia bukan sekadar pindaan yang diberikan perhatian tetapi usaha secara holistik memastikan pelaksanaan dan pe-nguatkuasaannya berjalan baik serta lancar.
“Saya percaya hasrat kementerian membangunkan institusi keluarga ini tercapai dan mendapat dukungan masyarakat, di luar sana,” katanya ketika sesi perbahasan Rang UndangUndang Keganasan Rumah Tangga Pindaan (2) di Dewan Rakyat, pada 25 Julai lalu. Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan rang undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan pembangunan institusi kekeluargaan negara. Mohamed Azmin berkata, penggubalan undang-undang sedia ada perlu diperkemas bagi memastikan inisiatifnya dapat dilaksanakan di peringkat Persekutuan.
Katanya, ia termasuk tumpuan terhadap agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Khidmat Krisis Sehenti di hospital awam, JKM dan Jabatan Peguam Negara. “Kita bukan sekadar membangunkan mesin atau robot tetapi institusi keluarga, maka untuk mengubah kehidupan sebuah keluarga dan kehidupan rumah tangga secara holistik, agensi penguatkuasa berwajib harus diberikan sumber adil serta berpatutan. “Agensi ini harus disiapkan latihan yang dapat mengangkat dan menggilap potensi serta keupa-yaan pegawai melaksanakan pindaan akta ini juga penyeliaan mencukupi bagi kita melaksanakannya," katanya.
Tak perlu ‘rahsiakan’ harga penilai bebas KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor bertegas dengan pendirian supaya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan harga yang dinyatakan penilai bebas, Deloitte berhubung pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jemaah menteri melalui KeTTHA gagal memaklumkan kepada Kerajaan Selangor nilai ditentukan Deloitte yang dilantik sendiri Kerajaan Persekutuan, sehingga hari ini. “Kementerian langsung tidak menyebut nilai ditentukan Deloitte dalam surat KeTTHA, bertarikh 26 Mei lalu. “Bukan soal Kerajaan Negeri tidak mengemukakan tawaran tetapi Kerajaan Persekutuan gagal menunjukkan satu nilai yang ditetapkan Deloitte kerana ‘dirahsiakan’,” katanya.
Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor berkata, Kerajaan Persekutuan perlu berkongsi jumlah harga yang dinyatakan supaya dapat diketahui umum. Menyentuh soal tarif, Mohamed Azmin pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri menjelaskan, ia bukan ditentukan Kerajaan Negeri sebaliknya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihaknya bersedia mengemukakan modul perniagaan. Kerajaan Negeri sebelum ini menyatakan tidak akan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Persekutuan yang mahu menaikkan tarif air, di Lembah Klang. Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam jawapannya berkata, harga dikemukakan penilai bebas tidak didedahkan kerana ia akan dijadikan rujukan sama ada apa yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu adil atau sebaliknya.
Utama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
3
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Serahan Notis 5A
Hampir �,��� permohonan lulus sejak ���� OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SEPANG - Hampir 2,000 permohonan milikan tanah diluluskan Kerajaan Negeri sejak pentadbiran Selangor diambil alih Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, pada September 2014. Terbaru, penantian puluhan tahun 45 penduduk Kampung Sri Tanjong berakhir selepas Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan Notis 5A di Dewan Orang Ramai, Taman Gemilang, di sini, pada 4 Ogos lalu. Lebih menggembirakan, penduduk juga diberi tempoh setahun untuk menjelaskan kadar premium antara RM300 hingga RM1,000. “Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kerana tanah ini bukan kepunyaan pemimpin tetapi milik mereka. “Kita tidak memberinya ketika kempen pilihan raya tetapi dilakukan Rabu setiap minggu, dalam
Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kerana tanah ini bukan kepunyaan pemimpin tetapi milik mereka
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN),” kata Mohamed Azmin di hadapan lebih 200 hadirin. Beliau berkata, premium dikira berdasarkan Kanun Tanah Negeri Selangor dan jauh lebih rendah berbanding nilai semasa tanah. Katanya, Kerajaan Negeri turut memberi jaminan akan membantu penduduk memiliki tanah berkenaan serta memastikan penduduk tidak terbeban.
Mohamed Azmin bergambar kenangan bersama penduduk yang menerima Notis 5A, di Sepang “Saya dimaklumkan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bahawa pihaknya bersedia mempertimbang untuk melangsaikan bayaran premium bagi keluarga
miskin dan tidak berkemampuan,” katanya. Majlis itu turut menyaksikan penyerahan bantuan pinjaman HIJRAH kepada 62 peserta berjumlah RM710,000.
Sumbangan lain termasuk Skim Peduli Sihat kepada 10 penerima, Foodstamp (10), Bantuan Input Pertanian (19) dan Bantuan Peningkatan Kualiti Ternakan dan Hasil Pengeluaran (2).
Borang isytihar kepentingan langkah kekang rasuah
ED
Mohamed Azmin menyantuni VKU ATM, Ahmad Abbas di kediamannya di Sungai Rasau, Sepang dan menyerahkan sumbangan
Masih ada yang peduli SEPANG - Kerajaan Negeri terus menyantuni Veteran Kelainan Upaya (VKU) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Turun Padang Daerah Sepang, pada 4 Ogos lalu. Di sebalik jadual padat, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sempat meluangkan masa singgah ke teratak VKU ATM, Ahmad Abbas, 84 di Batu 9, Sungai Rasau, Pulau Meranti, di sini. Anak sulung Ahmad, Osman Ahmad, 59, menyifatkan kunjungan Mohamed Azmin sebagai sesuatu yang istimewa buat pejuang tanah air seperti bapa-
nya. “Lebih sepuluh tahun, tiada orang yang ambil kisah atau ambil tahu perihal ayah kami. “Kami mampu bela ayah bukan mahu minta sedekah tetapi cukuplah pengorbanannya dihargai,” katanya sebak. Osman berkata, ayahnya menabur khidmat juga keringat lebih 22 tahun di dalam ATM dan bersara ketika memegang pangkat sarjan. “Ayah seorang yang berdedikasi dan berani, malahan dia pernah digelar ‘Harimau Berantai’. “Pada awal latihannya sebagai askar, beliau pernah menembak mati dua lelaki yang dipercayai ko-
munis, malahan hampir terkorban ketika bertugas di Sarawak,” ceritanya kepada SelangorKini. Menerusi Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi program kemasyarakatan dan kebajikan veteran ATM. Mohamed Azmin berkata, RM500,000 daripadanya disampaikan secara terus menerusi program ziarah yang diadakan setiap minggu secara bergilir, di setiap daerah. Sementara baki RM500,000 diperuntukkan terus ke dalam Tabung Pahlawan ATM.
DENGKIL - Budaya menandatangani borang pengisytiharan kepentingan dalam kalangan Exco sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimulakan sebagai pendekatan Selangor membanteras rasuah. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun dasar Kerajaan Negeri menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenteras rasuah, namun pihaknya mengambil pendekatan berbeza untuk tujuan sama. “Melafazkan ikrar mungkin satu pilihan tetapi setiap Exco wajib menandatangani borang pengisytiharan kepentingan supaya mereka mengisytiharkan sama ada mempunyai kepentingan atau tidak pada setiap kertas yang dibincangkan dalam mesyuarat. “Saya rasa, ini lebih efektif kerana setiap Exco perlu mengisytiharkan secara bertulis tidak mempunyai kepentingan sama ada diri-sendiri atau keluarga dalam setiap kertas yang dibincangkan,” katanya.
Melafazkan ikrar mungkin satu pilihan tetapi setiap Exco wajib menandatangani borang pengisytiharan kepentingan supaya mereka mengisytiharkan sama ada mempunyai kepentingan atau tidak
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang melakukan lafaz ikrar anti rasuah, pada 4 Ogos lalu. Bercakap kepada media pada Majlis Kenduri Rakyat di Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, beliau berkata, amalan itu turut dilakukan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum mesyuarat Ahli Lembaga PKNS dimulakan.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 4
Terkini
PERCUMA
Utama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Penduduk Perwira Jaya terima notis 5A
Kerajaan Negeri akhiri penantian
OLEH HAFIZAN TAIB
daulatan negara. Justeru, katanya, mereka wajar diberikan keutamaan bagi mendapat hak milikan tanah. “Kerajaan Negeri juga mengambil maklum nilai tanah yang tinggi di Selangor ekoran pembangunan pesat, di Lembah Klang. “Sebagai kerajaan peduli rakyat, maka Kerajaan Negeri memutuskan penduduk hanya perlu membayar RM1,000 dengan syarat tidak menjual tanah itu,” katanya. Dalam majlis berasingan, Mohamed Azmin turut menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada 10 pewaris dan RM286,000 kepada 35 peserta program HIJRAH di Kampung Bukit Sungai Putih, di sini.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
AMPANG - Kerajaan Negeri melulus dan menyegerakan penyerahan borang 5A kepada penduduk Kampung Perwira Jaya, di sini, kerana mereka berhak memilikinya. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengambil langkah segera menyelesaikan masalah yang berlarutan puluhan tahun itu. “Sebenarnya tidak perlu pohon, mengapa rakyat harus memohon bertahun-tahun kerana ia hak mereka. “Agenda utama kita ialah meluluskan notis 5A kepada rakyat bukan kepada pemimpin kerana mereka (pemimpin) tidak
berhak mendapat tanah kerajaan, di dalam Selangor,” katanya ketika Majlis Penyerahan Notis 5A di Kampung Perwira Jaya, di sini, pada 5 Ogos lalu. Pada majlis itu, seramai 20 pendudukan menerima notis berkenaan. Turut hadir, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Hamid Hussien. Pada masa sama Mohamed Azmin berkata, sebahagian besar penduduk yang mendiami kawasan itu seawal 1975 ialah anggota tentera yang mencurah bakti menjaga ke-
Mohamed Azmin diiringi Exco Perumahan, Dato’ Iskandar (kiri) menyerahkan notis 5A kepada penduduk Ampang
Pembangunan berkualiti demi manfaat rakyat
Mohamed Azmin (dua dari kanan) menukul batu-bata sebagai simbolik pecah tanah Dewan Komuniti Bandar Putera Mahkota
Pengurusan berintegriti kunci kejayaan
ang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK), pada 1 Julai 2015. Perkhidmatan percuma itu kemudiannya dikembangkan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDHS). Pada peringkat awal, perkhidmatan itu disediakan menerusi 52 bas dan 14 laluan sebelum ditambah kepada 98 bas dan 30 laluan, bermula Ogos lalu. Bermula awal Ogos lalu juga, Kerajaan Negeri menyediakan 98 bas Smart Selangor yang beroperasi menerusi 30 lalua, di seluruh Selangor. Pada 24 September ini, bas Smart Selangor ke-100 dijangka dilancarkan yang menjadikannya sebagai jumlah bas percuma tertinggi disediakan kerajaan negeri, di Malaysia.
ED
KAJANG - Kejayaan Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor kerana mempunyai kewangan kukuh melalui pengurusan telus dan berintegriti. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, formula kejayaan program itu gagal diikuti Kerajaan Negeri lain di Malaysi juga di peringkat Persekutuan. “Ada juga perkhidmatan diberikan diskaun 50 peratus yang disediakan kerajaan lain, namu sebulan sahaja tetapi kita beri percuma sampai ‘kiamat’. “Ada juga Kerajaan Negeri cuba meniru dengan menyediakan lima bas tetapi gagal diteruskan,” katanya ketika Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Komuniti Bandar Putera Mahkota dan Pelancaran Bas Smart Selangor MPKj Laluan KJ02 dan KJ03, di sini, pada 5 Ogos lalu. Perkhidmatan Bas Smart Selangor mula dilaksanakan di tiga pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Sub-
AMPANG - Pelaksanaan pembangunan berkualiti menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dalam usaha memberi kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pimpinan Kerajaan Negeri mengambil pendirian turun mendampingi rakyat dalam usaha menyelami dan memahami masalah dihadapi ke arah menjayakan pembangunan dirancang. Katanya, pembangunan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) amat membanggakan dengan pelbagai kemudahan termasuk
laluan jalan raya yang sempurna. “Saya amat gembira kerana sama ada projek pembinaan dewan komuniti, pemberian notis 5A, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) atau pelancaran bas Smart Selangor, semuanya pembangunan berkualiti yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. “Harapan Kerajaan Negeri adalah pembangunan yang mahu dilaksanakan di negeri ini perlu berkualiti,” katanya ketika Majlis Perasmian Bas Smart Selangor dan Dataran Transit MPAJ, di sini, pada 5 Ogos lalu. Mohamed Azmin berkata, walaupun pengangkutan awam bukan di bawah bidang kuasa Kera-
jaan Negeri, namun kepedulian tinggi terhadap keperluan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Katanya, setakat ini Kerajaan Negeri sudah melancarkan 93 bas Smart Selangor sebagai salah satu usaha memenuhi nisbah 60:40 (pengangkutan awam dan kenderaan persendirian). “Inilah satu-satunya negeri dalam dunia yang menyiapkan perkhidmatan bas percuma dengan teknologi canggih dan baru untuk memenuhi keperluan rakyat. “Di MPAJ, bukan sahaja kita tambah laluan tetapi dataran juga dibina menggunakan konsep pembangunan baru,” katanya.
Bersama kekalkan negeri termaju KAJANG - Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang dan peluang sewajarnya kepada pihak swasta untuk bersama membangun Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihak swasta adalah rakan Kerajaan Negeri dalam mengekalkan Selangor selaku negeri termaju dengan perkembangan ekonomi mampan. “Bukan tugas Kerajaan Ne geri melakukan perniagaan tetapi kita akan memberi sokongan dan menyediakan fasiliti membantu pihak swasta bersama menjayakan aspirasi memba-
ngun Selangor,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah dan Dewan Komuniti Suntex, Cheras, di sini. Projek berkenaan dibangunkan secara bersama antara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan pemaju, OSK Property Holdings Berhad. Ia adalah syarat dikenakan MPKj ke atas OSK kerana pasar sedia ada di tapak itu berada dalam keadaan uzur dan perlu dibangunkan semula seiring gaya moden Suntex. Dua pihak itu kemudian bersetuju membina dewan dan pasar di bawah satu bumbung di
atas tapak sedia ada seluas 2.76 ekar. Pasar basah disediakan di tingkat bawah bangunan sementara tingkat satu akan menempatkan dewan serbaguna dengan kemudahan dua gelanggang badminton dan pejabat pengurusan serta kemudahan gerai makan. Pembinaan dibuat menerusi dua fasa apabila fasa satu membabitkan perobohan pasar lama dan sudah selesai dijalankan. Fasa kedua pula membabitkan kerja pembinaan tapak yang sudah dimulakan Mac lalu dan dijangka siap sepenuhnya, pada Disember 2018.
Utama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Tuntut GST baru dapat RM��.�� juta
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Sedia kemudahan rakyat
PBT perlu lebih aktif
Walaupun kita tidak bersetuju dengan GST tetapi Selangor diakui sebagai negeri paling banyak menyumbang GST kepada Persekutuan
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KAJANG - Kerajaan Persekutuan hanya memulangkan RM52.09 juta dari RM105.17 juta tuntutan balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 12 pihak berkuasa tempatan, di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia menjadikan baki RM53.08 juta masih belum dipulangkan Kastam DiRaja Malaysia (Kastam) kepada PBT. Katanya, tuntutan itu merangkumi GST bagi tempoh April 2015 hingga 30 Jun lalu. “Ketua Pengarah Kastam berkata penangguhan bayaran balik dilakukan atas pelbagai alasan tidak munasabah. “Walaupun kita tidak bersetuju dengan GST tetapi Selangor diakui sebagai negeri paling banyak menyumbang GST kepada Persekutuan,” katanya. Pada 26 Julai lalu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam mendakwa, 12 PBT di Selangor menghantar penyata GST ‘diragui’ hingga menyebabkan pembayaran balik lebih RM36 juta tertangguh. Mengulas perkara itu, Mohamed Azmin sebelum ini ber-
5
Informasi
MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
kata, Perbendaharaan Negeri Selangor sudah diminta berhubung dengan semua PBT bagi memastikan tuntutan dibuat menepati proses ditetapkan. Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah turut kesal dengan kenyataan Kastam dan menggesa mereka mengguna kaedah lebih matang menyelesaikan isu terbabit.
Penduduk melihat reka bentuk Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota untuk aktiviti kemasyarakatan
ED
OLEH LIZAWATI MADFA
KAJANG - Pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan lebih aktif setara Kerajaan Negeri termasuk menggunakan peruntukan bagi menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan pentadbiran masing-masing. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rizab PBT juga bukan hak pihak tertentu, sebaliknya milik rakyat yang perlu dikembalikan. “Tanggungjawab PBT bukan untuk menabung tetapi pulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk kemudahan dan
prasarana. “Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyambut saranan ini dan membelanjakan sendiri peruntukan membina dewan komuniti setempat tanpa bantuan Kerajaan Negeri,” katanya ketika Majlis Pecah Tanah Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota, di sini, pada 5 Ogos lalu. Hadir sama, Exco Kanan Selangor, Dato’ Teng Chang Khim dan Yang DiPertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar. Terdahulu, Sayuthi dalam ucapan aluannya berkata, RM4 juta diperuntukkan MPKj bagi pembinaan dewan di atas tanah berke-
luasan satu ekar itu. “MPKj berharap ia dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk sekitar menjalankan aktiviti kemasyarakatan, keraian, sukan dan riadah,” katanya. Dewan dua tingkat berkeluasan 1,040 meter persegi itu dilengkapi tiga gelanggang badminton serta bilik menunggu VIP, bilik pengurusan, ruang persediaan, surau dan tandas. Reka bentuknya dilaksanakan secara in house di bawah Bahagian Pengurusan Projek, Jabatan Kejuruteraan MPKj dan dijangka mampu memuatkan sehingga 550 tetamu.
��% puas hati khidmat PBT SHAH ALAM - Kajian Merdeka Centre for Opinion Research (Merdeka Centre) mendapati tahap kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di Selangor mencapai 74 peratus, pada 2016. Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 18 peratus diikuti Majlis Perbandaran Klang (MPK) di tempat kedua. “Ia disusuli Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) dengan 12 peratus,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Kepada Pesara 2016 MPK di Shah Alam Convention Centre (SACC), di sini, pada 4 Ogos lalu. Beliau berkata, peratus aduan oleh responden juga menurun secara signifikan dari 21 peratus, pada 2015 kepada 15 peratus ( 2016). Katanya, perkembangan ter-
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syazwani Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
Mohd Amin baru itu adalah satu galakan kepada warga kerja MPK untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang di Selangor.
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 6
Terkini
PERCUMA
Utama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Skim Peduli Sihat
Ramai tak senang duduk
OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Ramai pihak tidak senang duduk melihat kejayaan Skim Peduli Sihat yang diperkenalkan Kerajaan Negeri, pada 24 Januari lalu. Skim di bawah kategori khas itu juga berjaya menerima 34,780 ahli berdaftar, sehingga 1 Ogos lalu. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia meliputi golongan asnaf berdaftar di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak yatim, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Katanya, kategori itu diwujudkan bagi memudahkan kumpulan B40 termasuk warga emas dan anak yatim yang belum berkeluarga atau bekerja juga bersara menyertai skim dengan peruntukan RM125 juta itu. “Rasa cemburu terhadap kejayaan pelaksanaan Skim Peduli Si-
hat terus membelenggu golongan yang tidak senang dengan usaha Kerajaan Negeri mengangkat kebajikan rakyat. “Tidak hairanlah jika Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan terbaru, Parti Gerakan tidak senang duduk dengan skim yang terus menerima sambutan menggalakkan ini,” katanya. Dr Daroyah berkata, prosedur permohonan skim sama dan menyeluruh di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) serta hanya boleh dibuat secara dalam talian juga perlu disahkan Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN. Katanya, jumlah keahlian rendah di DUN tertentu sama sekali tidak berhubung kait dengan dasar Kerajaan Negeri seperti didakwa Parti Gerakan. “Persepsi sesetengah DUN diketepikan atau wakil rakyatnya tidak berfungsi dengan baik adalah tidak benar kerana ADN juga Penyelaras DUN sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat. “Beberapa DUN yang disebut
Kerajaan Negeri menerima 237,523 permohonan untuk menjadi ahli Skim Peduli Sihat, sehingga kini memiliki keahlian sedikit itu berada di kawasan bandar dan besar kemungkinan pemohon tidak layak serta bukan tergolong dalam kum-
pulan B40,” katanya. Terdahulu, Parti Gerakan menyerahkan memorandum menggesa Kerajaan Negeri menjelaskan keper-
luan mewujudkan Kategori Khas selain memohon penjelasan berkenaan pendaftaran rendah di beberapa DUN seperti Bukit Gasing.
Abai kutipan sewa tidak sah KPKT
ED
SHAH ALAM - Tindakan Pejabat Pengurusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengutip sewa bulanan daripada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai jelas tidak sah. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad berkata, hal itu ekoran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih lagi pengurus bangunan sah pangsapuri terbabit. “Tindakan KPKT memungut sewa tidak sah kerana bangunan belum diserah Kerajaan Negeri kepada KPKT. “MBPJ masih menyelenggara PPR Lembah Subang, justeru saya menggesa penduduk jangan bayar sewa kepada KPKT tetapi bayar kepada MBPJ seperti biasa,” katanya kepada SelangorKini. Iskandar berkata, KPKT juga harus membayar RM60 juta kos penyelenggaraan dan baik pulih yang dijalankan MBPJ jika mahu mengambil alih pengurusan pangsapuri terbabit. Katanya, KPKT juga tidak mempunyai hak untuk menghalau penduduk, di PPR itu. Terdahulu, Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai tertekan apabila 'dipaksa' membayar sewa rumah kepada Pejabat Pengurusan PKT yang
Amir (dua kanan) bersama Yaakob (paling kanan) melawat salah sebuah gerai jualan yang menyertai Selangor Mega Food Festival 2017
Mega Food Festival sentiasa diperbaiki
Notis yang disebar melalui Whatsapp berhubung kutipan sewa di pangsapuri terbabit
beroperasi secara haram, sejak dua bulan lalu. Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A, B, C Fasa 2, Taman Putra Damai Petaling Jaya, Aziz Hashim berkata, keadaan itu menimbulkan kekeliruan kerana MBPJ tidak pernah menyerah kuasa pengurusan kepada mana-mana pihak termasuk KPKT. Badan itu juga mula mengeluarkan bil sewaan bagi Jun 2017 kepada penduduk dan memberi notis berbaur ugutan supaya menyertai mereka.
MBPJ masih menyelenggara PPR Lembah Subang, justeru saya menggesa penduduk jangan bayar sewa kepada KPKT tetapi bayar kepada MBPJ seperti biasa ISKANDAR SAMAD Exco Perumahan
SHAH ALAM - Penganjuran Selangor Mega Food Festival 2017 sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa sejak dilaksanakan kali pertama, pada 2015. Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, pesta makanan nombor satu di Malaysia itu berjalan lancar dan mendapat sambutan memberangsangkan. Pada masa sama, beliau turut memohon maaf kepada pengunjung acara itu ekoran program ‘Kendurian’ tidak dapat diadakan atas sebab tertentu. “Saya sebagai wakil penganjur dan Kerajaan Negeri memohon maaf atas isu yang berlaku tetapi kita dapat lihat kehadiran pe-
ngunjung sangat memberangsangkan. “Festival ini tidak kurangnya dengan pelbagai makanan lain bercirikan urban, tradisi dan kontemporari,” katanya kepada pemberita di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 6 Ogos lalu. Sementara itu, penganjur program ‘Kendurian Makan Sampai Pengsan’ mengambil keputusan melelong kira-kira 15 tan durian selepas terpaksa menangguhkan program terbabit ekoran durian berkenaan mengkal atau tidak masak sepenuhnya. Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan kerugian teruk selain mendapat permintaan daripada pelanggan yang mahu raja buah terbabit dilelong.
Utama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
7
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS)
Prestasi pengurusan positif OLEH ERMIZI MUHAMAD
Pengauditan dijalankan mendapati secara keseluruhannya, prestasi pengurusan PLAS adalah sangat baik khususnya daripada segi pelaksanaan kursus, penggunaan kemudahan dan penilaian kursus oleh perserta
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Pengurusan Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) di bawah gerak kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mencapai prestasi positif bagi tahun berakhir 2016. Laporan Ketua Audit Negara 2016 (LKAN) bertarikh 31 Julai lalu menunjukkan pengurusan dan pentadbiran kursus berjalan mengikut piawaian ditetapkan, di peringkat Persekutuan. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, dokumen kurus serta rekod kewangan bagi 30 dari 56 kursus dilaksanakan PLAS, bermula 2014 hingga September 2016. “Pengauditan dijalankan mendapati secara keseluruhannya, prestasi pengurusan PLAS adalah sangat baik khususnya daripada segi pelaksanaan kursus, penggunaan kemudahan dan penilaian kursus oleh perserta,” menurut laporan itu. Penilaian elemen tafsiran mendedahkan penilaian kursus mendapat perolehan 94.9 peratus sementara pelaksanaan kursus sedia ada mencapai perolehan 100 peratus yang meletakkan PLAS kekal produktif. Bagaimanapun, LKAN mencadangkan pengurusan dan penyelenggaraan pencegahan ditambah baik ekoran
�,���km laluan basikal menjelang ����
ED
KAJANG - Selangor bakal menyediakan laluan basikal sepanjang 1,000 kilometer (km) di seluruh negeri menerusi kerjasama pihak berkuasa tempatan, dalam tempoh lima tahun lagi. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, PBT berstatus bandar raya perlu menyediakan 20km laluan basikal setiap tahun, sementara status perbandaran perlu menyediakan laluan 10km. “Bagaimanapun, kita bagi kelonggaran kepada PBT dengan status bandar raya menyediakan 15km dahulu, untuk tahun ini. “Jika mereka gagal, maka ia akan menjadi tunggakan untuk dibawa ke tahun
hadapan dengan menyediakan 35km laluan basikal,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Dewan Komuniti Bandar Bukit Mahkota dan Pelancaran Bas Smart Selangor Laluan KJ02 dan KJ03, di sini, baru-baru ini. Chang Khim berkata, laluan basikal itu adalah sebahagian agenda Kerajaan Negeri menyediakan rangkaian pengangkutan awam lengkap untuk rakyat Selangor. “Saya sendiri akan pantau supaya sasaran ini ditepati dan disempurnakan PBT berkaitan. “Ia memerlukan komitmen semua pihak bagi memastikan Selangor terus unggul dengan rangkaian pengangkutan awam sempurna dari rumah hingga ke destinasi,” katanya. Gambar hiasan
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
kurangnya inisiatif terhadap permasalahan dalaman. Ia termasuk tumpuan gerak kerja keselamatan dan keselesaan pengguna serta peserta kursus latihan awam negeri. Terdahulu, pengauditan dijalankan bagi menilai pengurusan PLAS melaksanakan piagam sedia ada bagi melatih penjawat awam negeri. Skop pengauditan meliputi aspek perancangan dan pelaksanaan serta pengurusan latihan PLAS, sepanjang tahun.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 8
Terkini
PERCUMA
Nasional SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Bayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
�� Ogos tarikh akhir pada 1MDB. "Apabila tiba masanya nanti, kami akan membuat bayaran dan menandatangani perjanjian lanjutan tempoh dengan mereka," katanya. Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan, kegagalan 1MDB membuat pembayaran kerana ‘masalah teknikal’ bukan kerana tiada wang. Pada 1 Ogos lalu, 1MDB memaklumkan IPIC pembayaran yang perlu dibuat pada 31 Julai 2017 akan dibayar bulan ini kerana menunggu dana yang seharusnya diterima bulan lalu. Pembayaran kepada IPIC itu dibuat menggunakan pelan rasionalisasi 1MDB.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diberi tempoh sehingga 31 Ogos ini untuk melunaskan hutang bernilai AS$603 juta yang sepatutnya dijelaskan, pada 8 ogos lalu. Memetik Malaysiakini, REUTER bersetuju melanjutkan tempoh bayaran terbabit. Mengikut perjanjian dicapai dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi melalui dua peringkat. Bayaran pertama iaitu kira-kira AS$600 juta perlu dibayar, pada 31 Julai lalu, namun gagal dipenuhi dan IPIC memberi tempoh tamba-
han lima hari lagi kepada syarikat kontroversi itu. Setakat ini, syarikat Mubadala yang bergabung dengan IPIC enggan memberi sebarang komen.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang dipetik BERNAMA berkata, 1MDB sedang berunding mendapatkan lanjutan tem-
poh bayaran balik hutang berkenaan. Bagaimanapun akhbar Straits Times Singapura melaporkan, permohonan itu sudah diberikan ke-
Siasat semula berdasarkan maklumat saman DOJ Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) menjejaskan integriti sistem kewangan Malaysia,” katanya. Memorandum itu turut menyatakan dakwaan penyaluran USD732.3 juta ke dalam akaun AmBank yang dimiliki Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak antara Februari 2011 hingga Jun 2014. Selain itu, USD620 juta turut didakwa dihantar ke luar negara, pada 26 Ogos 2013 daripada akaun AmBank sama ke akaun syarikat Tanore Finance Corporation di BSI Bank, Singapura. Wan Azizah bersama 30 ahli parlimen lain sebelum itu berarak dari Bangunan Parlimen ke Bank Negara sambil membawa kain rentang bertulis ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’. Memorandum itu diterima Ketua Pusat Perhubungan Bank Negara, Mazlan Arifin dan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik, Lee Poh Fong.
ED
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan menyerahkan satu memorandum menggesa Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim menyiasat semula skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan maklumat saman dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, BNM perlu menyiasat perkara itu secara proaktif dan telus serta bersedia memberi kerjasama berkenaan isu terbabit jika perlu demi rakyat Malaysia juga integriti sistem kewangan negara. “Kami juga meminta BNM menyiasat kesahihan pelaburan ‘unit’ yang pada seketika waktu bernilai USD2.318 bilion dan sebelum ini disimpan di dalam akaun Bank BSI, Singapura sebagai bank pemegang amanah. “Kami percaya kegagalan 1MDB menebus pelaburan ‘unit’ itu untuk membayar hutang kepada syarikat kerajaan Abu
Ahli Parlimen Pakatan Harapan memegang kain rentang dan kad berbentuk cincin berlian menuntut BNM menyiasat semula isu 1MDB
Kadar inflasi bandar dan kampung tiada beza SHAH ALAM - Kadar inflasi lima peratus di bandar dan luar bandar bagi Mac tahun ini menyebabkan harga barang di kedua kawasan itu tidak mempunyai perbezaan. Ketua Pengarah Jabatan Statistik, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, urbanisasi luar bandar kini mencapai 75 peratus dan kesan kenaikan harga barang di kampung serta bandar adalah sama dengan kadar inflasi mengecil kepada purata 4.2 peratus bagi suku pertama tahun ini. Katanya, keadaan itu berpunca daripada rangkaian teknologi
maklumat (IT) yang lengkap dan hubungan lebih baik antara kawasan bandar serta kampung. “Kenaikan kadar inflasi pada Januari hingga Mac tahun ini mengecil kepada 0.1 peratus berbanding purata perbezaan s 0.4 peratus hingga 0.5 peratus, sepanjang tiga tahun lalu. “Harga teh tarik di Putrajaya dan kampung juga sama,” katanya yang dipetik laporan Sin Chew Daily. Uzir berkata, bagi kawasan bandar, punca kadar inflasi meningkat dengan cepat pada tempoh itu adalah disebabkan
makanan dan minuman tidak beralkohol (4.2 peratus), pengangkutan (16 peratus) dan perkhidmatan riadah serta budaya (3.2 peratus). Manakala, bagi kawasan kampung pula, katanya, kenaikan paling ketara ialah makanan dan minuman tidak beralkohol 3.7 peratus, pengangkutan (17 peratus) dan perkhidmatan riadah serta budaya (2.7 peratus). Katanya, selain sewa rumah dan pengangkutan, harga perkhidmatan dan barang di kawasan kampung serta bandar hampir sama, khasnya produk IT
dan perkhidmatan. “Dulu, penduduk kampung menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan, tetapi sekarang semua orang mahu mencari lebih banyak wang untuk membuat perkara yang dikehendaki mereka khasnya melancong. “Perbelanjaan terbesar penduduk bandar ialah pengangkutan dan tempat tinggal, manakala bagi orang kampung pula ialah barang keperluan,” katanya. Kadar inflasi untuk suku pertama tahun ini meningkat 5.1 peratus berbanding tempoh
sama tahun lalu dikatakan berpunca daripada perbezaan besar harga minyak pada Mac tahun ini dan Mac 2016. “Harga minyak pada Mac 2016 ialah RM1.60 tetapi ia meningkat kepada RM2.29 pada Mac tahun ini, jadi perbezaannya besar,” katanya. Katanya, kadar inflasi untuk lima bulan pertama tahun ini membabitkan Januari dengan 3.2 peratus, Februari (4.5%), Mac (5.1%) April (4.4%) dan Mei (3.9%). Kadar inflasi menurun disebabkan kesan harga minyak berkurangan.
Nasional
9
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Bantuan kepada veteran ATM masih kecil berbanding jasa mereka kepada negara
Umum ‘gula-gula’ kepada veteran ATM
‘Hadiah’ Najib terlalu kecil OLEH SYAZWANI SUFIAN
ED
SHAH ALAM - Bantuan elaun sara hidup kepada pesara tentera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini bukan penyelesaian terbaik terhadap kemelut membabitkan golongan itu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, insentif itu dianggap masih terlalu minimum berbanding masalah sebenar dihadapi veteran itu. “Bantuan Bakti Negara (BBN) adalah bantuan tahunan kepada veteran tentera tidak berpencen, manakala bagi mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ia berjumlah RM1,200 setahun. “Ini bermakna mereka hanya menerima RM100 sebulan sedangkan bantuan sara hidup nelayan RM200 sebulan. “RM1,200 ibarat sama nilai sekali Ros-
mah Mansor potong rambut,” katanya dalam kenyataan. Nik Nazmi berkata, kiraan pencen veteran masih dibuat berdasarkan gaji pokok ketika mereka bekerja puluhan tahun lalu dengan hanya sedikit pelarasan. Katanya, alasan kemampuan kerajaan yang terhad untuk menaikkan kadar bagi semua pesara kerajaan juga disifatkan tidak wajar. “Veteran tentera umumnya bersara lebih awal dan mempunyai prospek pekerjaan terhad selepas meninggalkan perkhidmatan. “Itu sebab ramai yang hadir ke majlis bersama Najib meninggalkannya lebih awal,” katanya. Terdahulu, Najib mengumumkan sumbangan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan dalam Perhimpunan Veteran ATM. Najib turut mengumumkan lima insentif yang akan diperolehi veteran ATM tidak berpencen sempena Hari Pahlawan.
Indeks eksport merosot �.8% SHAH ALAM - Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan indeks nilai seunit eksport merosot 0.8 peratus kepada 111.6 mata berasaskan bulan ke bulan, pada Jun lalu. Ia disumbangkan bahan mentah tidak boleh dimakan (-4.3%), minyak galian (-2.6%) dan minyak, lemak binatang juga sayur-sayuran (-2.0%). Sementara itu, indeks volum eksport turut jatuh 7.2% kepada 123.1 mata ekoran bahan mentah tidak boleh dimakan (-20.0%), barang keluaran kilang (-10.9%) dan pelbagai barang keluaran kilang (10.1%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport merekodkan penurunan 8.3 peratus. Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan kejatuhan 7.5 dan 2.3 peratus.
Manakala pada Jun lalu, indeks nilai seunit import mencatatkan kejatuhan 0.7 peratus kepada 114.6 mata yang disumbangkan bahan mentah tidak boleh dimakan (-4.1%), minyak galian (-2.3%) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-0.5%). Sementara itu, indeks volum import turut menurun 14.0 peratus kepada 125.2 mata disumbangkan minyak galian (-30.3%), minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (-20.0%) serta bahan kimia(17.1%). Bagi data pelarasan musim, indeks volum import jatuh 13.7 peratus. Berasaskan tahun ke tahun, indeks nilai seunit import mencatatkan peningkatan 6.2 peratus, sebaliknya indeks volum import turun 2.3 peratus. Terma perdagangan Malaysia merekodkan penurunan 0.2 peratus kepada 97.3 mata, berbanding Mei lalu.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 10
Terkini
PERCUMA
Ekonomi SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Miliki aset bernilai tinggi
PKNS perlu terus kompetetif OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) disaran menjadi pemain kompetetif serantau ekoran memiliki aset RM5.93 bilion dan nilai aset kumpulan RM7.72 bilion. Dato' Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk mewujudkan daya saing tinggi, menghasilkan produk inovatif serta memastikan semua anak syarikat beroperasi dalam kerangka pelan strategik. “Sumber dan aset kewangan yang sangat besar ini menuntut pelaksanaan amalan tadbir urus korporat terbaik. “Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan PKNS perlu mematuhi protokol kewangan,” katanya ketika sembah ucapan sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Korporat PKNS, di sini, pada 1 Ogos lalu.
Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKNS berkata, perbadanan itu turut menandatangani Ikrar Integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disusuli 11 anak syarikatnya. Katanya, setiap Ahli Perbadanan PKNS juga wajib menandatangani Borang Pengisytiharan Kepentingan sebelum bermulanya Mesyuarat Ahli Perbadanan. “Ia bagi memastikan tiada kepentingan atas kertas yang dibentang dan dibincang dalam Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNS. “PKNS yakin usaha ini lebih efektif dan berkesan untuk melindungi kepentingan awam dan rakyat Selangor serta menghindari amalan rasuah. “Kerajaan Negeri turut mengambil langkah sama pada setiap Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN),” katanya.
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima cenderahati daripada KetuaPegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd Yusof sambil disaksikan Mohamed Azmin, pada 1 Ogos lalu
ED
Yayasan Selangor teroka bidang baru
SSDU menjadi badan menggerakkan Smart Selangor ilham Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Smart Selangor: Exco puji usaha SSDU
SHAH ALAM - Usaha Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) memperlihatkan inisiatif pelaksanaan Smart Selangor menerusi gerak kerja efektif dipuji Exco Kerajaan Negeri. Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Industri Kecil Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim turut menyambut baik inisiatif yang dimajukan itu. Malah, beliau turut mencadangkan beberapa keperluan lain untuk memperkembangkan inisiatif dan penambahbaikan sistem sedia ada. “Beliau turut menyatakan setiap gerak kerja dipantau dan diselia dengan efektif supaya rakyat boleh memperoleh manfaat
sepenuhnya, di samping memberi beberapa cadangan penambahbaikan sistem sedia ada,” kata kenyataan oleh Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI). Terdahulu, Chang Khim mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat SSDU bagi melihat operasi di Smart Selangor Command Centre serta memperoleh maklumat terkini berkenaan inisiatif Smart Selangor. Kunjungan beliau disertai Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman; Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, Mohd Yazid Sairi dan Timbalan Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah. Pengurus projek inisiatif Smart Selangor membentang-
kan perkembangan terkini beberapa projek seperti Bus Information System (BIS), Waze potholes reporting system, Aplikasi Pemantauan Persekitaran, Sistem Pemantauan Lampu Isyarat dan Sistem Perhubungan Rakyat (Community Opinion Online). SSDU adalah unit yang diberi mandat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menggerakkan Smart Selangor dengan menyelaraskan infrastruktur untuk penambahbaikan sistem, menjalinkan kolaborasi pihak berkepentingan, memudah cara dan mengurus penyedia perkhidmatan serta mencari solusi kepada isu disuarakan rakyat.
SHAH ALAM - Pengurusan Yayasan Selangor kini meluaskan operasi ke pelaburan komersial dan pembangunan hartanah secara optimum bagi menambah dana menampung pelajar tajaannya. Pengurus Kanan Yayasan Selangor, Zahura Zakry berkata, ia termasuk projek perumahan dengan anggaran pulangan RM15 juta serta pulangan 25 peratus daripada keuntungan pembangunan kasar. Katanya, ia adalah projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Sdn Bhd di atas tanah berkeluasan 7.5 ekar, di Kundang. “Begitu juga projek pembangunan sekolah antarabangsa seluas 17 ekar di Rimba Templer dengan pulangan RM68,000 sebulan. “Semua hasil pendapatan ini akan disalurkan untuk pembangunan pendidikan lebih mapan dan efisien bagi perancangan strategik lima tahun akan datang,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2016, baru-baru ini. Zahura berkata, projek lain termasuk tanaman sawit di Pulau Carey dengan Yayasan Selangor berjaya memperoleh 85 peratus
Semua hasil pendapatan ini akan disalurkan untuk pembangunan pendidikan lebih mapan dan efisien bagi perancangan strategik lima tahun akan datang
ZAHURA ZAKRY
Pengurus Kanan Yayasan Selangor daripada sasaran, tahun ini. Katanya, 100 ekar tanah Yayasan Selangor di Ulu Bernam juga sudah disewakan untuk projek ternakan ikan. “Antara projek yang sudah diiklankan secara Request For Proposal adalah projek pembangunan semula Bangunan Bukit Bintang, projek pembangunan PT647 di Pulau Carey untuk pembangunan industri seluas 1,200 ekar dan projek pembangunan tanah seluas 1.1 ekar di Shah Alam untuk dijadikan ibu pejabat Yayasan Selangor. “Projek lain termasuk pembangunan tanah Bukit Tinggi (seekar), Klang (16.59 ekar), Dengkil (15 ekar), Kuala Kubu Bharu (10 ekar) dan Ulu Yam (68 ekar),” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
ED
DIBUKA UNTUK JUALAN!
11
Album 12
Album
SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
01
ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada bakal haji di rumah mereka, di Taman Sementa Jaya
Arkib gambar oleh: SelangorKini
ED
SEKIAN LAMA MENANTI, JANJI MILIKAN TANAH DITEPATI
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
03
ADN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz turun padang berdialog bersama penduduk Pangsapuri Mesra Ria berhubung isu setempat
05
1
2 3
4 5
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menyantuni golongan belia dalam Kejohanan Futsal Majlis Sukan Negeri Selangor di kawasan beliau
13
02
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming menyertai Perasmian Pusat Komuniti Bergerak di Kampung Baru Seri Kembangan bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua dan ADN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
04
ADN Jeram, Dato’ Amiruddin Setro turun padang menziarahi dan meneliti kawasan kebakaran rumah di Jalan Tok Sulaiman, Kampung Jeram
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 14
Terkini
PERCUMA
Rencana SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Lahir ramai atlet cemerlang
Pembangunan sukan seiring gagasan Smart Selangor P
sa, pembangunan sukan di negeri itu dirancang secara tersusun serta sistematik bagi mencapai sasaran mengecapi kejuaraan peringkat kebangsaan. Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor melakukan perubahan terhadap pembangunan sukan negeri bersesuaian dengan rangka kerja dirancang Kementerian Belia dan Sukan, pada 2015, dengan pengenalan model pembangunan sukan Smart Selangor untuk dipraktikkan, di negeri itu. "Model pembangunan sukan Smart Selangor yang dirangka ini adalah struktur baru untuk tempoh 2016-2020 bagi dijadikan sebagai panduan kepada program sukan MSN Selangor ke arah lebih sistematik dan efisien. "Ia adalah gabungan stakeholder berkaitan iaitu Persatuan Sukan Negeri (PSN), Majlis Sukan Daerah (MSD) dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) secara khusus. "Struktur ini juga adalah sebagai penjenamaan semula bagi penyediaan blue print untuk dijadikan garis panduan Projek Sukan Malaysia 2016-2020 ke arah menuju kejuaraan," kata Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Mohd Zubir Idrus.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH HAFIZAN TAIB EMBANGUNAN sukan di Selangor berjalan lancar dan berterusan seiring dengan perkembangan sukan tanah air yang semakin maju serta mendapat tempat di hati rakyat keseluruhannya. Bertepatan dengan matlamat negara melahirkan ahli sukan cemerlang dan mencipta kejayaan membanggakan di peringkat kebangsaan juga antarabang-
Model pembangunan sukan Smart Selangor yang dirangka ini adalah struktur baru untuk tempoh 2016-2020 bagi dijadikan sebagai panduan kepada program sukan MSN Selangor ke arah lebih sistematik dan efisien MOHD ZUBIR
ED
Pengarah Eksekutif MSN Selangor
Tambah baik mutu sukan
Bermula pada tahun lalu, MSN Selangor membuat beberapa perubahan dasar untuk penambahbaikan pembangunan sukan yang berorentasikan kepada sukan tertentu atau sport bassed oriented sebelum ini. Walaupun program oriented berjaya melonjak Selangor dengan lapan kejuaraan, namun ia dilihat tidak relevan pada masa kini tambahan Sukan Malaysia (SUKMA) sudah menjadi satu medan sukan sangat kompetitif dan setiap negeri menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan kejuaraan. Berdasarkan struktur pembangunan itu, MSN Selangor akan menggerakkannya dengan mengintegrasikan program sedia ada daripada PSN, USPTN dan MSD apabila semuanya dapat disatu serta dijadikan model pembangunan sukan selain kaedah berkenaan dilihat pintar kerana banyak program dijalankan, di Selangor. MSN Selangor juga melaksanakan program Pusat Latihan Majlis Sukan Daerah (PLMSD) mulai Ogos tahun lalu dengan pembangunannya digerakkan sekumpulan pegawai bagi perbincangan dan tinjauan di daerah masing-masing untuk melihat jumlah program dijalankan oleh jabatan atau agensi berkenaan. Buat masa ini, tujuh daerah dikenal pasti terbabit dalam beberapa program pembangunan sukan dijalankan seperti USPTN daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) daripada Jabatan Pelajaran Selangor, Persatuan Sukan Daerah (PSD), Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP) daripada program kebangsaan, program sukan daripada majlis perbandaran atau majlis daerah termasuk kelab serta program persendirian yang berada di daerah masing-masing. "Melalui konsep Incorporated and Inter-
grated (2i), program pembangunan sukan di daerah dapat diaktifkan dengan kolobrasi bersama agensi atau jabatan terbabit dengan mengintegrasi program bersama MSN Selangor supaya ia dijalankan pihak lain yang mempunyai hala tuju sama. "Maka, program dijalankan tidak menjadi sia-sia kerana adanya MSN Selangor bagi memastikan hala tuju atlet yang berakhir dengan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dan mewakili negara ke peringkat antarabangsa," kata Mohd Zubir.
Persiapan rapi SUKMA 2018
MSN Selangor juga membuat persiapan rapi bagi menghadapi SUKMA 2018 di Ipoh, Perak, dalam usaha mengekalkan kejuaraan keseluruhan dikecapi di SUKMA 2016, di Kuching, Sarawak, tahun lalu. Untuk mengekalkan momentum kemenangan itu, MSN Selangor melalui Bahagian Pembangunan Sukan menggerakkan perancangan supaya program persediaan pasukan dimulakan seawal Oktober tahun lalu hingga September 2018 mengikut beberapa fasa ditetapkan. Kontinjen Selangor akan menyertai semua 29 acara dipertandingkan pada temasya sukan dwi tahunan itu dengan hanya menyenaraikan atlet yang mampu memberi saingan untuk mendapatkan pingat disasarkan. MSN Selangor menetapkan begitu kerana SUKMA bukan satu medan pendedahan kejohanan tetapi pertandingan dan seharusnya atlet yang dipilih sudah bersedia untuk bertanding. Antara aspek penting diberi perhatian bagi pelaksanaan program persediaan pasukan adalah kejurulatihan, penyediaan atlet, pusat latihan, peralatan latihan dan pertandingan, penyertaan pasukan ke kejohanan, pakej kebajikan atlet, pengurus pasukan serta program binaan pasukan.
ADN SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Fasiliti dewan DUN Batu Tiga
Tiada penyelewengan dana MARRIS OLEH ERMIZI MUHAMAD
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Kesulitan pejalan kaki diatasi BANGI - Pemaju Andaman PKNS sedia mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan penduduk berkenaan pagar yang dibina di laluan pejalan kaki, di Bandar Baru Bangi. Ahli Dewan Negeri Bangi, Shafie Ngah berkata, orang ramai diharap dapat bersabar dan memberi masa kepada pemaju untuk menangani masalah diajukan dengan sebaiknya. “Kami diberitahu pagar itu dibina bagi tujuan keselamatan orang awam seperti melindungi daripada aktiviti jenayah ragut. “Bagaimanapun, ia dibina begitu panjang dan tanpa pintu masuk juga keluar menyebabkan kesulitan kepada orang awam untuk bergerak dengan cepat ke sesuatu destinasi. “Jadi, penduduk minta pemaju dapat sediakan pintu di antara
pagar berkenaan bagi memudahkan penduduk,” katanya kepada SelangorKini. Pada 6 Ogos lalu, Shafie meluangkan masa kira-kira satu jam bagi melihat sendiri keadaan di pusat bandar, Bandar Baru Bangi itu. Turut serta, wakil pemaju dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi serta Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Shafie berkata, penduduk turut mengadu ketiadaan zebra-crossing yang turut menyukarkan penduduk melintas jalan terutama ketika kesesakan trafik. “Jadi, kita berharap pemaju turut mengambil perhatian aduan itu kerana pusat bandar ini menggunakan sistem jalan sehala. “Apabila sistem jalan sehala, maka zebra-crossing sememangnya diperlukan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menafikan berlaku penyelewengan kewangan membabitkan dana Sistem Maklumat RekodRekod Jalan Raya Malaysia (Marris) bagi tujuan pembaikan fasiliti dewan di DUN itu. Sebaliknya, beliau berkata, wujud salah faham berkaitan projek infrastruktur ekoran kesilapan pemasangan papan tanda daripada syarikat kontraktor, F.E Faeli Engineering. “Ia berpunca daripada kesilapan kontraktor yang memasang papan tanda dengan logo Marris kerana seharusnya projek berkenaan perlu diletakkan secara bertulis bahawa ia projek Kerajaan Negeri. “Saya tidak menyangka isu ini dipolitikkan dan cuma ingin nasihatkan, kalau mahu mengeluarkan kenyataan, tolong siasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu,” katanya ketika sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).
15
Informasi
Kontraktor diarah memohon maaf ekoran kesilapan memasang papan tanda tertera logo Marris
ED
Terdahulu, ADN Batang Kali, Dato’ Mat Nadzari Ahmad Dahlan mendakwa, berlaku penyelewengan dana berkenaan yang melanggar peruntukan Perkara 109 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. Beliau mendakwa, fasiliti pembangunan dewan di DUN Batu Tiga melanggar garis panduan penggunaan wang Marris seperti ditetapkan Perlembagaan. Sementara itu, Rodziah me-
negaskan kontraktor bertanggungjawab perlu membuat permohonan maaf berhubung kesilapan terbabit. “Saya sudah arahkan supaya permohonan maaf dibuat bagi membersihkan imej Kerajaan Negeri dengan jaminan perkara sama tidak berulang,” katanya. Peruntukan Marris disediakan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi menyelenggara jalan negeri.
Shafie (baju merah) meninjau keadaan pagar yang dibina di laluan pejalan kaki, di Bandar Baru Bangi
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 16
Terkini
PERCUMA
Hadiah Sastera Selangor SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Oleh HANIFF YUSOFF
S
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
aya tidak seperti remaja lelaki lain yang dunianya asyik bermain bola sepak pada waktu petang. Saya tidak tahu akan segala perihal yang berkaitan dengan bola sepak, apatah lagi menghafal nama-nama pemain berserta posisi masing-masing. Memang saya bukan jenis begitu. Sejujurnya saya tidak berminat untuk meletakkan diri saya berada dalam khalayak. Bersendiri tanpa rasa keseorangan (sebenarnya saya juga mempunyai sahabat tetapi bukan dalam kalangan manusia) adalah keterujaan yang tidak dapat ditafsirkan dengan puitis kata-kata. Cukuplah saya seorang merasainya. Saya tidak seperti rakan sebaya yang lain kerana saya begitu mencintai dunia yang saya cipta sendiri iaitu dunia di dalam bilik saya sendiri. Mungkin kehidupan yang saya jalani ini ada unsur-unsur keanehan yang tidak dapat diterima logik fikiran oleh manusia sejagat. Saya tidak peduli, menjalani kehidupan yang luar biasa, yakni lain daripada orang lain itu lebih baik sebenarnya daripada menghadap sesuatu klise! Menjadi bahan ejekan, kutukan dan pernah juga dicemuh setiap kali melangkah keluar dari dunia saya adalah perkara biasa yang selalu saya alami. Kendatipun saya disifatkan sebagai seorang yang pendiam dan adakala dilabel sebagai manusia pelik, saya tidak pernah memikirkannya pun. Tiada sebarang faedah pun untuk saya memikirkan kata-kata orang sedangkan banyak lagi perihal keseronokan yang patut saya utamakan. Awal-awal lagi kata-kata yang tidak memberikan motivasi pada saya atau saya kira serangan kata-kata tanpa pernah saya
undang, lekas-lekas saya buangnya ke dalam tong sampah. Selesai masalah. Ketika di sekolah, saya menjadi seorang yang sangat pendiam apabila berhadapan dengan rakan sebaya dan guru-guru. Saya tidak mengendahkan segala yang dituturkan mereka (selalunya herdikan). Saya pernah dipukul di tapak tangan kerana menjawab soalan matematik dengan salah di hadapan kelas. Saya menangis menahan sakit tetapi tiada sesiapa pun yang mengendahkan tangisan saya, manusia paling pelik di sekolah.
ED
Benar sekali lagumu berkata-kata mengajarku apa tak diajar guru sekolah pak, apa boleh kita duduk barang sebentar mahu kutanyakan lagu mana paling kau suka dan kali ini biar kunyanyikan atau kuteriakkan dengan suara paling senyap tiap kali kudengar denting tali gitarmu atau setelah membaca -surat untuk wakil rakyat
Pak, di negeriku banyak juga nyanyian politikus lagu-lagu marhean terlupakan sesekali kuingat kata M Nasir begini: ‘Selamatkan anak kita dari order baru politikus usang’ atau ‘jaga-jaga anak kita jangan sampai jadi hamba’ Dan akhirnya aku bingung di antara ribuan ilham penyair lain dan kerja-kerja seni makin diam tak melawan atau menanti rindu tertunda ketika kejahatan menjadi hidangan seharian kami telan, makan dan muntahkan. Suatu hari nanti, kami akan menyanyi terus lagu-lagu pembohongan penguasa angkuh dan teriak sepuitis lagu-lagumu, pak. N FAIZAL GHAZALI Jalan Tandang, Petaling Jaya.
Saya lebih selesa berbual mesra dengan tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan yang merayap-rayap di kawasan sekolah saya. Saya kongsikan kisah hidup dan masalah saya dengan tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan yang mendampingi saya. Saya meluahkan segala-galanya tentang perasaan, keperitan dan nasib hidup yang saya jalani kepada entiti-entiti ini. Kadang kala saya tergelak-gelak mendengar perkongsian cerita sang serangga tentang kisah keluarganya yang sungguh lucu. Alangkah bahagianya keluarga sang serangga, sendirian saya berbisik dalam hati. Persahabatan antara kami begitu akrab. Selalu juga saya membawa pulang serangga selepas waktu persekolahan untuk dijadikan teman bicara di dalam dunia saya iaitu di dalam bilik saya sendiri. Bilik saya ialah dunia saya yang tidak boleh dirasai oleh sesiapa waima orang yang berkongsi leluhur dengan saya. Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke dalamnya dan menutup pintu serapatnya, bilik ini berubah menjadi dunia saya yang hanya difahami oleh saya sahaja. Ya, dunia saya ialah sebuah bilik yang berbentuk petak, tidaklah sebesar mana tetapi cukuplah sekadarnya untuk saya seorang sebagai warga tetap yang mendiaminya. Televisyen yang berada di dalam bilik akan mula berterbangan tanpa pelepah sayap seolah-olah gembira menyambut kepulangan saya daripada sekolah pada setiap hari. Seperti di angkasa lepas, televisyen terapung-apung menjelajah sege-
nap ruang di dalam bilik saya. Langsir yang tergantung di jendela pula seolah-olah menari berirama membuat persembahan, menghiburkan saya yang begitu lelah dengan dunia luar dari bilik saya-sebuah dunia yang begitu kejam! Bilik saya ialah sebuah dunia yang amandamai, cuma peperangan selalu juga berlaku di luar bilik saya tanpa pernah saya merelakan. Saya benci dengan peperangan yang tidak pernah menemui kedamaian di luar bilik saya. Saya sendiri tidak mempunyai kuasa veto yang diberikan oleh mana-mana badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencampuri urusan dunia luar daripada bilik saya. Peperangan ini memang sukar menemui pendamaian memandangkan masing-masing menggunakan meriam egois. Mujur dunia saya meraikan kedamaian dan kerana itu sahabat-sahabat saya seperti pepatung serta rama-rama suka bertandang. Sahabat-sahabat saya juga gemar menonton televisyen sebenarnya. Kami bercanda sehingga terlupa di luar bilik saya ada peperangan yang begitu menakutkan. Suatu malam, belalang datang ke bilik saya dengan keadaan yang tercungapcungap. Mengekorinya juga ialah rama-rama, pepatung dan beberapa ekor serangga yang bersayap. Beberapa minit juga saya menantikan butir perkataan pertama keluar dari mulutnya. “Saya sebenarnya baru balik dari negeri Beringin Rendang. Ada perkhabaran penting yang akan disampaikan melalui saluran berita di televisyen.” Saya tahu belalang tidak pernah menipu, lalu segera saya mengejutkan televisyen yang sudah lama tidur nyenyak sebelum kedatangan belalang dan yang lain. Penyampai berita menyampaikan berita bahawa sastera sudah pupus dari dunia ini. Berita itu disampaikan dengan nada penuh sayu oleh pembaca berita sehingga beliau sendiri menitiskan air mata. Kami yang menontonnya juga seperti diayun-ayun perasaan dan semua yang hidup dalam dunia saya iaitu di dalam bilik saya ini tidak dapat menyeka air mata yang berjuraian. Jauh kami merenung tentang nasib sastera kami pada malam itu. Terlalu jauh.
Fokus SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
17
Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai
Giat pulih rumah kos rendah
TEPAT
rumah itu sudah siap sebelum ini, na- dah, Rumah Kos Sederhana Rendah mun kemudahan asas dan infrastruk- dan Rumah Kos Sederhana dengan dana RM20 juta disumbangkan Keratur tidak dilaksanakan. “Sehingga kini, projek itu jaan Negeri dan Lembaga Perumahan sedang dipulihkan dan kita dan Hartanah Selangor. berharap ia dapat disiapkan pada 30.5% tempoh ditetap- (32 projek) 50.5% PROJEK Sedang (53 projek kan,” katanya. PERUMAHAN dibaik 24,660 unit) Pada masa pulih TERBENGKALAI Berjaya sehingga Jun 2017 sama, Iskandar dibaik pulih 105 projek, 23,374 unit berkata, satu lagi projek membabitkan Pangsapuri Rimau Indah sedang dalam proses kajian dan penilaian oleh Worldwide Holdings Berhad yang akan menelan belanja RM13 juta. 19% Belum Program TEPAT mengudibaik tamakan Rumah Kos Renpulih
PERCUMA
Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai
TEPAT mengutamakan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana. Dana RM20 juta disumbangkan Kerajaan Negeri dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Peratus kos ditanggung Kerajaan Negeri dan pembeli untuk memulihkan sesuatu projek terbengkalai Projek Kerajaan Pembeli Negeri Rumah Kos Rendah (RM35,000 hingga RM42,000)
100%
Rumah Kos Sederhana Rendah (RM72,000)
80%
20%
Rumah Kos Sederhana (RM100,000)
70%
30%
Harga jualan RM101,000 hingga RM200,000
40%
60%
Harga jualan RM201,000 hingga RM300,000
30%
70%
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Dua projek terbengkalai sedang giat dipulihkan di bawah Tabung Pemulihan Projek Terbangkalai (TEPAT) ketika ini. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, dua projek itu membabitkan Kampung Desa Mawar di Kuala Selangor dan Pangsapuri Rimau Indah, di Shah Alam. Katanya, projek pembesaran Kampung Desa Mawar itu dengan peruntukan RM6.36 juta yang akan dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dijangka siap, pada 28 Mac 2018. “Projek membabitkan 499 unit
Informasi
0%
PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)
KENYATAAN TAWARAN
1. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-
Perihal Kerja/No. Tender/ Harga Dokumen
1.
LIGHT VEHICLES REPAIR AND MAINTENANCE FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD.
No. Tender: AIS/OS/ T1/8/2017 Harga Dokumen*: RM530.00
Bil. 2. 1.
Syarat Pendaftaran
HEAVY VEHICLES REPAIR AND MAINTENANCE FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD.
Tarikh Jual Dokumen
Tarikh : 17/8/2017
Atau
18 / 8 / 2017 hingga 30 / 8 / 2017
Masa : 10.00 Pagi
2. MOF Kod Bidang 220104 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan – Kenderaan Bawah 3 Ton) Nota:-
Tender ini adalah untuk kategori kereta, 4WD dan van sahaja.
Tarikh Tutup Tender 6 / 9 / 2017
ED No. Tender: AIS/OS/T3/8/2017 Harga Dokumen*: RM318.00
Nama Pegawai Untuk Dihubungi :En. Yang Heirul (019-288 4946)
Dokumen Tender TIDAK DIJUAL Kepada Petender Yang TIDAK HADIR
Atau
Tarikh Jual Dokumen
Tarikh : 17/8/2017
2.MOF Kod Bidang 220104 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan – Kenderaan Bawah 3 Ton)
18 / 8 / 2017 hingga 30 / 8 / 2017
Masa : 10.00 Pagi
Dan
Nota:-
MOTORCYCLES REPAIR AND MAINTENANCE FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD.
Tempat : Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kod Bidang 220105 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan –Kenderaan Melebihi 3 Ton)
3.
Taklimat & Lawatan Tapak (Diwajibkan)
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Sebagai tambahan, petender dikehendaki memiliki keupayaan dan pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan baikpulih enjin, alat hawa dingin kenderaan dan tayar untuk semua kenderaan di pejabat-pejabat Air Selangor.
No. Tender: AIS/OS/T2/8/2017 Harga Dokumen*: RM318.00 2.
Tarikh Jual Dokumen / Tutup Tender
Tarikh Tutup Tender 6 / 9 / 2017
Tender ini adalah untuk kategori lori, water tanker, bas dan forklift.
Tempat : Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur Nama Pegawai Untuk Dihubungi :En. Yang Heirul (019-288 4946)
Dokumen Tender TIDAK DIJUAL Kepada Petender Yang TIDAK HADIR
Sebagai tambahan, petender dikehendaki memiliki keupayaan dan pengalaman dalam kerja-kerja berkaitan baikpulih enjin, alat hawa dingin kenderaan dan tayar untuk semua kenderaan di pejabat-pejabat Air Selangor. 1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tarikh Jual Dokumen
Tarikh : 17/8/2017
Atau
18 / 8 / 2017 hingga 30 / 8 / 2017
Masa : 10.00 Pagi
2. MOF Kod Bidang 220102 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan –Motosikal) Nota:-
Semua kenderaan di pejabat-pejabat Air Selangor
Tarikh Tutup Tender 6 / 9 / 2017
Tempat : Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur Nama Pegawai Untuk Dihubungi :En. Yang Heirul (019-288 4946)
Dokumen Tender TIDAK DIJUAL Kepada Petender Yang TIDAK HADIR
2. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan mulai tarikh dokumen dijual pada waktu pejabat di Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur. Sila hubungi No. 03-2088 5798 / 5385 untuk sebarang pertanyaan urusan pembelian dokumen tender. 3. Dokumen dijual secara ‘softcopy’ dan tuan/puan dikehendaki membawa pen drive yang bebas dari virus bagi pembelian dokumen tersebut. Sekiranya pentender tidak membawa pen drive, caj bayaran akan dikenakan sebanyak DUA KALI GANDA HARGA TENDER untuk pembelian secara ‘Hardcopy’. 4. Setiap petender hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja berbentuk ‘Hardcopy’.
5. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki membuat pembayaran secara Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank yang dibuat atas nama “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.” sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima. 6. Jika tidak hadir sendiri, wakil syarikat/kontraktor hendaklah membawa surat pengesahan wakil yang telah ditauliahkan. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. 7. Wakil-wakil kontraktor/syarikat hendaklah membawa sijil asal berkaitan; SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) atau KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (Jika bertaraf bumiputera) berserta salinannya. 8. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan pada tarikh tender ditutup di alamat : Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur pada hari tersebut tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tersebut. 9. Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini boleh diakses melalui laman web https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 Walaupun notis Tender ini dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., penganugerahan kepada penender yang berjaya untuk kerja-kerja/pembekalan yang disebutkan di atas juga boleh diberikan oleh mana-mana anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. *Harga dokumen tender/sebut harga termasuk 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP)/Goods & Services Tax (GST).
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 18
Terkini
PERCUMA
PBT SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Perkhidmatan bandar dan luar bandar
Bas Percuma Smart Selangor ke-��� dilancar �� September wangan kukuh, kita sediakan perkhidmatan bas percuma di bandar dan luar bandar,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Laluan KJ02 dan KJ03 di sini, pada 5 Ogos lalu . Hadir sama, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim serta Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Sayuthi Bakar. Dengan pelancaran itu, MPKj kini menerima dua laluan menjadikan tiga laluan dan lapan bas secara keseluruhannya. Mula beroperasi pada 1 Januari 2016, laluan pertama KJ01 mencatatkan 788,000 penumpang, setakat 31 Di-sember 2016. Sejak awal Januari hingga 30 Jun lalu, KJ01 mencatatkan
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH LIZAWATI MADFA
KAJANG - Bas Percuma Smart Selangor yang ke-100 bakal dilancar pada 24 September ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata, Selangor mempunyai 93 bas yang disediakan secara percuma di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), seluruh negeri. Katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM32 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang terunggul, di Malaysia. “Ia memang membabitkan kos yang agak besar tetapi Kerajaan Negeri sedia menanggungnya untuk kemudahan rakyat. “Walaupun perkhidmatan pengangkutan awam bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi atas dasar tanggungjawab dengan kedudukan ke-
Mohamed Azmin bersama Chang Khim (kanan) menaiki Bas Percuma Smart Selangor pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Laluan KJ02 dan KJ0,3 di Kajang, pada 5 Ogos lalu
438,000 penumpang, menjadikan jumlah keseluruhan 1.2 juta penumpang, sejak dilancarkan.
Sepang miliki �� Bas Smart Selangor
ED
SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menerima lapan bas dan dua laluan baru bagi perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor, di daerah itu. Majlis Pelancaran Laluan Bas Smart Selangor disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, di sini, pada 4 Ogos lalu. Dengan pelancaran itu, MPSepang kini memiliki tiga laluan dan 10 bas yang beroperasi di daerah itu, bermula jam 6 pagi hingga 10 malam. Pada awal tahun ini, perkhidmatan Bas Smart Selangor di MPSepang mencatatkan 23,255 penumpang dan meningkat kepada 29,906 penumpang, pada Julai lalu. Pada 18 Julai lalu, Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS) serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim mengumumkan sebanyak 98 bas Smart Selangor beroperasi di 30 laluan di seluruh negeri, bermula bulan ini. Katanya, ia membabitkan pertambahan 46 bas dan 16 laluan baru dengan peruntukan RM20 juta. Selain MPSepang, empat PBT lain turut menerima dua laluan baru iaitu Majlis Bandaraya Shah
Mohamed Azmin merasmikan gimik pelancaran Bas Smart Selangor bagi kawasan MPSepang
Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). PBT lain yang menerima satu laluan adalah Majlis Perbandaran Kajang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDHS). MBSA turut menerima lapan bas baru, MPAJ (tujuh), MPS (enam), MPSJ, MPK dan MPKj masing-masing empat, MDKS (dua), manakala MDKL, MDHS juga MDSB masing-masing menerima sebuah bas baru.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa mula menjadi Dato’ Menteri Besar pada 24 Sep-
tember 2014 dan tahun ini adalah ulang tahun ketiga beliau menjawat jawatan nombor satu itu.
Ampang Jaya terima laluan baru
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka dua lagi laluan Bas Smart Selangor yang beroperasi dalam tempoh setahun dengan kos operasi ditanggung Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan itu. Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussian berkata, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Selangor Bil.3/2017 pada 20 Disember 2016, MPAJ akan menanggung kos laluan LRT Cempaka dan Taman Bukit Teratai membabitkan jarak 6.2 kilometer (km). “Bas Smart Selangor turut melintasi Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Aman. MPAJ akan menanggung operasi tiga bas dalam tempoh setahun dengan kos termasuk Cukai Bara-ngan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM939,690,” katanya. Bagi laluan yang ditanggung Kerajaan Negeri, ia bermula di Bandar Baru Ampang (Pangsapuri Sri Nilam) menyelusuri Taman Cahaya dan Taman Dagang Jaya (Aeon Big Ampang). Membabitkan jarak perjalanan keseluruhan 12.3km dan empat bas, kos operasi termasuk GST yang ditanggung berjumlah RM1.252 juta.
Bas Smart Selangor turut melintasi Jalan Pandan Utama dan Jalan Pandan Aman serta MPAJ akan menaggung operasi tiga bas dalam tempoh setahun dengan kos termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM939,690 ABDUL HAMID HUSSIAN Yang Dipertua MPAJ
Laluan itu dipecahkan kepada dua laluan bergerak serentak bagi mengelakkan tempoh perjalanan lama iaitu AJ02A melalui Jalan Wawasan (Sri Nilam)-Taman Ampang Mewah-Taman Cahaya-Jalan Dagang Besar-Jalan Ampang (LRT Ampang). AJ02B melalui Jalan Wawasan (Sri Nilam)-Jalan Ampang (Waterfront)-Jalan Taman Putra (Aeon Big Ampang)-Taman Sri Baru (Ampang Campuran).
PBT SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
19
PERCUMA
MBSA pecah �� tanjakan haram Pertanyaan Hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Sebanyak 13 tanjakan (ramp) haram dipecahkan dengan lapan premis berdepan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Bersepadu Memecah Tanjakan, barubaru ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kos memecah tanjakan berjumlah RM1,500 akan dikenakan kepada pemilik atau penyewa premis yang membina tanjakan tanpa kebenaran. Katanya, tindakan itu mula berkuatkuasa, pada 1 Julai lalu. “Pemilik premis yang ingin menggunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan dinasihat membuat permohonan sewaan petak khas terlebih dahulu. “Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan dan kompaun akan dikenakan kepada pemilik ingkar,” katanya dalam kenyataan. Shahrin berkata, pihaknya turut mengeluarkan enam kompaun sepanjang operasi dijalankan di Jalan Opera U 2, Seksyen 15 dan Jalan Kristal J 7/J, Seksyen
Mohamad Yasid mengambil peluang mencuba perkhidmatan I-Kiosk di Ibu Pejabat MPK
Cara mudah bayar cukai taksiran
MPK perkenal I-Kiosk OLEH NORHAYATI UMOR
ED
KLANG - Bagi memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran cukai taksiran, Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan mesin deposit tunai I-Kiosk pertama di pihak berkuasa tempatan. Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, mesin yang berfungsi setiap hari selama 24 jam itu boleh menerima bayaran tunai, cek, kad kredit dan kad debit serta dijangka memudahkan juga mempercepatkan urusan pembayaran. Katanya, mesin itu juga mampu memberikan baki tunai dan menerima transaksi kad kredit sehingga RM 1,500 bagi satu transaksi. “Maklumat bayaran akan dikemas kini secara real time dan berintegrasi dengan sistem sedia ada. “Kesilapan melalui mesin juga akan dapat mengelakkan risiko kesilapan mengira dan penerimaan wang palsu serta menepati spesifikasi ciri keselamatan tu-
nai yang ditetapkan Bank Negara Malaysia,” katanya kepada SelangorKini. Norfiza berkata, transaksi kutipan serta baki wang yang tersimpan di dalam mesin dapat dipantau dari pejabat, pada bila-bila masa melalui sistem pengkalan data. I-Kiosk itu dirasmikan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, di Ibu Pejabat MPK. Ia turut dilengkapi modul berteknologi tinggi antaranya pengesahan identiti melalui sitem biometrik yang diintegrasikan dengan padanan cap jari pelanggan bagi tujuan pengesahan individu. Selain itu, pelanggan turut dimudahkan dengan komunikasi melalui perbualan video di mesin itu secara langsung antara pegawai jika memerlukan khidmat bicara. “MPK menggalakkan orang ramai menggunakan mesin ini selepas waktu bekerja dan pada hujung minggu bagi mengelakkan kesesakan di kaunter ketika hari bekerja,” katanya.
03-55105133 sambungan . 1477, 1657 dan 1658.
7.
Katanya, penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan adalah satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). “Terdapat 20 kategori perniagaan yang layak memohon sewaan tempat letak kereta khas untuk tujuan perniagaan. “Ia termasuk kedai membaiki atau menjual kereta atau motosikal, kedai menjual perabot, klinik, ruang pameran kereta atau motosikal serta pasaraya atau kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang,” katanya.
JABATAN KERJA RAYA KENYATAAN TENDER
Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/ PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:Pejabat yang Memanggil Tender
Tajuk Projek
Taraf/Jenis Syarikat*
Gred, Kategori, Pengkhususan/ Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/ Kelas, Kepala & Sub Kepala
Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DENAI ALAM SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN
BP(T)
PPK, SPKK, STB & UPEN
JKR/SEL/ (N)/023(T)/2017
Gred : G7
Kategori : B
Pengkhususan: B04
Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Bahagian RM950.00 Bahagian Kontrak & Kontrak & Ukur Bahan, (Draf Bank/ Ukur Bahan, JKR Kiriman JKR Negeri Selangor. Wang/ Selangor Wang Pos) Tingkat 1, 14/08/2017 Bangunan (Isnin) Atas Nama SSAAS Bendahari 40582 Sehingga Negeri Shah Alam, Selangor Selangor 28/08/2017 (Isnin) Pada: Pada: 05/09/2017 (Selasa) Sebelum/ Pada Jam 12.00 tengahari.
Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Wakil Kontraktor yang Sah sahaja. Untuk maksud ini, Wakil Kontraktor dikehendaki membawa Surat Wakil. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kontrak & Ukur Bahan , JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447754/7579
Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/ syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan) *Jenis Syarikat Tempatan:
T1 A1 A2
- Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara) - Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara. - Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 20
Terkini
PERCUMA
Pendidikan SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
MoU UNISEL-Global Peace Mission (GPM)
IPT pertama iktiraf sukarelawan OLEH NAZLI IBRAHIM
UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dan Ahmad Azam menandatangani MoU bagi pihak UNISEL dan GPM. Antara persefahaman dimeterai adalah mengadakan kerjasama dalam bidang berkaitan pengembangan kerja sukarelawan, kemanusiaan, latihan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pelajar juga diberi pendedahan melalui kerjasama perkongsian kepakaran antara dua belah pihak seperti latihan kesukarelawanan, pengupayaan komuniti, bantuan kemanusiaan dan bimbingan dalam bidang sukarelawan.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) muncul institusi pengajian tinggi pertama memberi pengiktirafan rasmi terhadap sumbangan sukarelawan dalam kerja kemanusiaan dan keamanan. Pengerusi Global Peace Mission (GPM), Ahmad Azam Abdul Rahman, berkata, langkah UNISEL membabitkan kira-kira 250 pelajarnya menyertai misi kemanusiaan dalam dan luar negara turut meningkatkan imej negeri itu, di peringkat global. “Nama UNISEL itu sendiri secara langsung menaikkan lagi nama Selangor dan Malaysia.
“Selain menaikkan nama Selangor, pembabitan pelajar UNISEL dalam aktiviti sukarelawan juga mampu melahirkan graduan berkualiti,” katanya kepada SelangorKini pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNISEL dan GPM, di UNISEL Kampus Shah Alam, di sini. Ahmad Azam berkata, penga-laman kerja sukarelawan di dalam dan luar negara yang diperolehi menyebabkan mereka lebih cekal menghadapi cabaran semasa selain mempunyai hubungan kerja meluas hingga peringkat antarabangsa. Terdahulu, Naib Canselor
Dr Mohammad Redzuan Othman (dua dari kanan) dan Ahmad Azam (dua dari kiri) bersama MoU berkait sukarelawan
Tajaan pelajar Yayasan Selangor terus meningkat
ED
Yayasan Selangor komited melatih pelajar dalam pembangunan akademik, sahsiah dan kerjaya SHAH ALAM - Jumlah pelajar Yayasan Selangor terus mencatatkan peningkatan ketara kepada 5,500 berbanding hanya 1,200 pelajar, pada 2011. Pengurus Kanannya, Zahura Zakry berkata, Yayasan Selangor juga menambah penajaan pelajar di 64 sekolah berbanding hanya
20 sekolah, dalam tempoh sama. Katanya, hal itu jelas menunjukkan komitmen Yayasan Selangor dalam memperkasa pembangunan pendidikan dan pencapaian cemerlang pelajar, di negeri itu. “Antara kemudahan dinikmati pelajar termasuk kelas bimbingan, biasiswa, program aka-
demik serta pembangunan sahsiah dan kerjaya,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor 2016, baru-baru ini. Zahura berkata, Yayasan Selangor turut melangkah laju menjalin kerjasama dengan rakan strategik pintar seperti Per-
badanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Universiti Selangor (UNISEL). Beliau berkata, pihaknya turut menjalin hubungan strategik menerusi program JV (ComnetYS) meliputi program motivasi dan akademik. “Selain diberi kepercayaan
menjalankan program Tuition Online, kita juga dapat menggunakan segala kemudahan di PPAS untuk program pelajar. “Tahun ini juga, kita akan adakan Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor peringkat kebangsaan di UNISEL, Bestari Jaya,” katanya.
KUIS meterai MoU bersama � institusi KUALA LUMPUR - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) antara fakulti Pengajian Peradaban Islam dengan empat institusi lain bagi memperkasa sistem pendidikan Islam. Rektor KUIS, Prof Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri berkata, tiga institusi tempatan itu ialah Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darus Syifa ), Yayasan Restu, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan sebuah institusi luar negara, Universitas Islam As-Syafi iyyah Ja-
karta, Indonesia. Beliau berkata, pihaknya yakin kerjasama dari empat institusi itu dapat ditingkatkan sehingga ke peringkat antarabangsa. “Kita yakin kolaborasi ini dapat memantapkan sistem pendidikan Islam antaranya program berbentuk pengajian diploma perubatan Islam dengan kerjasama Darus Syifa . “Manakala dengan YADIM program berbentuk dakwah dilaksanakan, sementara Universitas Islam As-Syafi iyyah kita rancang persidangan dengan mereka, di samping mengadakan program
pertukaran pelajar dan kakitangan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat (IRSYAD 2017) di TM Convention Center, di sini, pada 1 Ogos lalu. Pada masa sama, Dr Abdul Halim berkata, IRSYAD 2017 yang memasuki tahun ketiga mengumpulkan ahli akademik, ulama , pembuat dasar dan cendekiawan bagi menangani isu semasa berkenaan pengajian Islam. “Pelbagai topik dan isu berkaitan syariah, perundangan Islam,
KUIS komited meneruskan usaha memartabat dan mempergiat pendidikan Islam dakwah, usuluddin, Quran dan Sunnah, Tahfiz dan Qiraat serta bahasa Arab akan dibentangkan. “Seminar kali ini juga untuk
mengenal pasti isu berkaitan pengajian Islam secara teori dan praktikal dengan mengemukakan solusi,” katanya.
Agama SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Kerajaan Negeri agih RM220,000
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
21
PERCUMA
Imarah surau dan masjid OLEH AFIX REDZUAN
WAKTU SOLAT SELANGOR 11-18 OGOS 2017 18-25 Zulkaedah 1438H
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
DENGKIL - Usaha mengimarahkan institusi ibadah di Selangor diteruskan menerusi sumbangan RM220,000 bagi pembangunan masyarakat setempat khususnya masjid dan surau, di daerah Sepang, pada 4 Ogos lalu. Majlis disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti bagi menampung kos baik pulih dan naik taraf membabitkan empat surau serta satu masjid. Surau Al-Husna, Taman Desa Sentosa, Kampung Sungai Merab; Surau Al-Islah, Sungai Merab; Surau Al-Zaid, Bukit Bangkong dan Surau Al Islah Bukit Kampung Pulau Meranti masingmasing menerima RM50,000, sementara Masjid Meranti menerima RM20,000. Nazir Masjid Meranti, Abdul Hadi Abdullah berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak membantu menampung kos menukar permaidani dewan solat utama yang menelan kos hampir RM200,000. “Kita sudah membuat bayaran separuh dan kini dalam proses mengumpul dana bagi menyelesaikan baki. “Syukur dengan sumbangan Kerajaan Negeri kita boleh selesaikan baki
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
Mohamed Azmin meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat dam menyertai Majlis Kenduri Rakyat
bayaran,” katanya. Pada majlis sama, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) turut menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada lima institusi masyarakat iaitu Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Sekolah Rendah Agama (SRA) Putra Perdana, Surau Al-Islah Batu 10, Masjid Pulau Meranti dan SRA Pulau Meranti Selain itu, SRA Pulau Meranti, SRA Jenderam Hulu, SRA Sungai Buah, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Al Hijrah
Desa Pinggiran Putra dan KAFAI Jannatul Ma’wa masing-masing menerima bantuan komputer. Terdahulu, Mohamed Azmin dalam lawatan kerjanya ke Sepang mengambil pendekatan santai menunggang motosikal ke Masjid Meranti bagi menunaikan solat Jumaat. Beliau bersama penduduk setempat bergerak secara konvoi dari rumah persinggahan, di Pondok AZZMO GuestHouse, Kampung Pulau Meranti.
11 Jumaat 5:43 5:53 7:11 1:21 4:39 7:28 8:39 12 Sabtu 5:43 5:53 7:11 1:21 4:39 7:27 8:39 13 Ahad 5:43 5:53 7:11 1:21 4:38 7:27 8:39 14 Isnin 5:43 5:53 7:10 1:21 4:37 7:27 8:38 15 Selasa 5:43 5:53 7:10 1:21 4:37 7:27 8:38 16 Rabu 5:43 5:53 7:10 1:20 4:36 7:26 8:37 17 Khamis 5:43 5:53 7:10 1:20 4:36 7:26 8:37 18 Jumaat 5:43 5:53 7:10 1:20 4:35 7:26 8:37 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
11 Jumaat 5:45 5:55 7:12 1:23 4:41 7:30 8:42 12 Sabtu 5:45 5:55 7:12 1:23 4:41 7:30 8:41 13 Ahad 5:45 5:55 7:11 1:23 4:40 7:29 8:41 14 Isnin 5:45 5:55 7:11 1:23 4:40 7:29 8:40 15 Selasa 5:45 5:55 7:11 1:23 4:39 7:29 8:40 16 Rabu 5:45 5:55 7:11 1:23 4:38 7:29 8:40 17 Khamis 5:45 5:55 7:11 1:22 4:38 7:28 8:39 18 Jumaat 5:45 5:55 7:11 1:22 4:37 7:28 8:39
Tumpu usaha banteras zina, bukan berpolemik
ED
SHAH ALAM - Perbuatan zina wajar diberi perhatian berbanding isu nama anak tidak sah taraf berbin atau berbintikan nama bapa biologinya, kata Mufti Selangor, Dato Setia Mohd Tamyes Abd Wahid. Katanya, isu hangat dibangkitkan kini hanya menyebabkan kekeliruan nasab umat Islam dan mengundang pelbagai masalah dalam pelaksanaan undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perwalian, hadhanah (penjagaan anak) serta pengagihan harta pusaka bagi orang Islam. Bagaimanapun, katanya, keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sebagai badan penyelaras di peringkat pusat berkenaan anak tidak sah taraf juga perlu dihormati bagi mengelakkan kekeliruan dan perpecahan umat. “Perlu ditegaskan menurut Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 fatwa disiarkan dalam Warta hendaklah mengikat orang Islam di Selangor sebagai ajaran agamanya dan menjadi kewajipannya di sisi Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu. “Seksyen sama juga memperuntukkan sesuatu fatwa yang diwartakan perlu diiktiraf semua mahkamah di dalam negeri berkenaan berhubung semua perkara yang dinyatakan di dalamnya,” katanya dalam kenyataan. Mohd Tamyes berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor juga menyokong tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang masih merujuk kepada keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu pendaftaran bagi anak tidak sah taraf membabitkan orang Islam kerana berkaitan dengan hukum syarak.
STATUS ANAK TIDAK SAH TARAF l Anak
dilahirkan tanpa nikah sama ada hasil zina, rogol atau melalui cara saintifik bertentangan hukum syarak
l Anak
dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu ‘imkan al-dukhul’ dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah
l Anak
dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu ‘iimkan al-dukhul’ selepas akad sah, namun demikian terdapat pengakuan daripada suami atau isteri bahawa anak yang lahir itu hasil persetubuhan luar nikah
“Kita juga mengalu-alukan tindakan JPN melalui Jabatan Peguam Negara merayu keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan MAIS akan memohon kebenaran mencelah dalam rayuan terbabit. “Ini adalah sebagai usaha memelihara agama dan memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini selaras kehendak hukum syarak dan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan juga Negeri,” katanya. Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Selangor membuat fatwa berdasarkan seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang diwartakan pada 28 April 2005 yang menghuraikan keadaan boleh mengesahkan status anak itu sebagai anak tidak sah taraf.
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
PELAWAAN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BERPAKAIAN SERAGAM BERSENJATA DAN TIDAK BERSENJATA DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR DAN DI TAPAK SEMENTARA SIMPANAN JENTERA BERAT DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM SELAMA 2 TAHUN. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN PADA 10/08 /2017 (KHAMIS) JAM 10.00 PAGI BILIK MESYUARAT GEMILANG 1, TINGKAT 4, PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR. NO. SEBUTHARGA
: SH/ PTGS/06/ 2017
KOD BIDANG PENDAFTARAN : 220402 DAN 220801
SKOP DAN TUGAS SEPERTI DI LAMPIRAN B & C
KAWALAN KESELAMATAN
TARIKH IKLAN: 08 OGOS 2017 (SELASA)
TARIKH DAN MASA TUTUP TAWARAN 15 OGOS 2017 (SELASA) 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebutharga di atas hendaklah di serahkan ke alamat seperti berikut :PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR TINGKAT 4 , BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 40576 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN Pembekal-pembekal yang dipelawa menyertai sebut harga di atas adalah dikehendaki membawa Sijil Asal Kementerian Kewangan beserta salinan serta mengemukakan surat pengesahan pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membeli dokumen tersebut. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dilakri serta ditulis bil. Sebut Harga dan Butiran Tawaran di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor seperti alamat di atas pada atau sebelum 15 Ogos 2017 jam 12.00 tengahari.
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI 22
Terkini
PERCUMA
Kebajikan SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
Rasai dunia kerjaya di Kidzania
Rai pelajar cemerlang Orang Asal OLEH SYAZWANI SUFIAN
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PKNS di Kidzania, Mutiara Damansara, pada 8 Ogos lalu. Program anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Negeri Selangor (PKPI) itu khusus memberdaya pelajar Orang Asal untuk lebih kreatif dan inovatif dalam aspek pendidikan
juga pembangunan kendiri. Pada majlis itu, turut diadakan majlis Penyampaian CSR PKNS kepada Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Negeri Selangor (PKPI) berjumlah RM50,000. Shahir berkata, program itu adalah siri pertama daripada beberapa program Orang Asal yang diadakan selain Program Peningkatan Sahsiah Diri Remaja Orang Asal dan Program Rumahku Syurgaku. "MAIS komited dalam membangunkan ekonomi ummah ma-
syarakat Orang Asal di negeri ini dengan menganjurkan beberapa prgram kerjasama secara berterusan seperti Jalinan Kasih Orang Asli Menggapai Bintang sebanyak tiga siri. "Selain mementingkan pembangunan pendidikan, kita juga prihatin terhadap permasalahan muallaf dalam kalangan Orang Asal dengan mengadakan beberapa program dakwah bagi mendekati kehidupan mereka," katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
DAMANSARA - Seramai 35 pelajar dalam kalangan Orang Asal yang cemerlang dalam peperiksaan diraikan dalam program Jalinan Kasih Kanak-Kanak Orang Asal, di Kidzania, di sini. Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Ahamd Shahir Makhtar berkata, pelajar berumur 10 hingga 12 tahun dibawa menjalankan aktiviti di KidZania secara percuma bagi menyuntik semangat
mereka merasai dunia pekerjaan menerusi program itu. "Di dalam KidZania, mereka didedahkan dengan pelbagai suasana kerja dan mereka diberi peluang merasainya supaya bercita-cita tinggi, di samping memberi semangat untuk lebih cemerlang dalam pembelajaran. "Selain itu, program ini juga dapat membangunkan jati diri serta merangsang kemahiran dan kreativiti di peringkat awal usia," katanya.
KENYATAAN TENDER
BAGI KERJA - KERJA PEMBERSIHAN AWAM DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
103002-H
KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.
Justeru, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mempelawa kontraktor - kontraktor yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM Kod Bidang - 221002 dan 221003) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja - kerja berikut:Bil 1
2
Nombor & Nama Tender Kerja - Kerja Pembersihan Awam di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
Harga Dokumen Bagi Setiap Set
Tempoh Jualan Dokumen
Bilik Tender
Tarikh Tutup
KDEBWM/MPK/C-47/09/2017 : Zon PK 47 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1, (Jalan Batu Nilam 1 Hingga Jalan Batu Nilam 5 dan Jalan Bayu Tinggi 1A Hingga Jalan Bayu Tinggi 2B Seperti di Dalam Peta KDEBWM/MPK/C-48/09/2017 : Zon PK 48 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Perumahan dan Komersial Di Sebahagian Taman Kota Pendamar serta Sebahagian Kawasan Perumahan dan Perindustrian Sobena Jaya, termasuk Flat Taman Suria Pendamar, Flat Pendamar A dan B, seperti Di Dalam Peta KDEBWM/MPK/C-49/09/2017 : Zon PK 49 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Kawasan Perniagaan Sobena Jaya (Jalan Selat Selatan 1 Hingga Jalan Selat Selatan 6), Industri Sobena Jaya (Jalan Selat Selatan 21 Hingga Jalan Selat Selatan 26B), Taman Kota Pendamar (Lorong 1A Hingga Lorong Permai 2G) Seperti Di Dalam Peta
4
KDEBWM/MPK/C-50/09/2017 : Zon PK 50 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Perumahan Dan Kawasan Perniagaan Di Taman Bukit Cemerlang, Taman Intan, Sungai Rasau Dan Taman Rashna serta kawasan Perindustrian dan IKS di Sungai Rasau, Seperti Di Dalam Peta
5
KDEBWM/MPK/C-51/09/2017 : Zon PK 51 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Perumahan Dan Rumah Kedai Di Taman Bukit Kuda, Taman Summit, Taman Desa Impian, Taman Puncak, Kg. Bukit Kuda serta di Taman Aman, Taman Kg. Kuantan, Kg. Kuantan Seperti Di Dalam Peta
RM150.00
08 hingga 09 Ogos 2017 (9:00am - 5:00pm)
A
Sebelum Jam 05:00 Petang 16 Ogos 2017 (Rabu)
ED
3
6
KDEBWM/MPK/C-52/09/2017 : Zon PK 52 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Perumahan Dan Kawasan Perniagaan Di Pusat Bandar Klang Utara Seperti Di Dalam Peta
7
KDEBWM/MPK/C-53/09/2017 : Zon PK 53 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Perumahan Dan Kawasan Perniagaan Di Jalan Kapar Dan Jalan Meru, Taman Meru, Taman Timur Selatan Seperti Di Dalam Peta
8
KDEBWM/MPK/C-54/09/2017 : Zon PK 54 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Perumahan Dan Rumah Kedai Taman Bunga Melor, Taman Haji Ismail, Taman Seri Pinang, Taman Pinang Seperti Di Dalam Peta
9
KDEBWM/MPK/C-55/09/2017 : Zon PK 55 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Perumahan Dan Rumah Kedai Taman Pauh Kijang, Taman Bahagia, Taman Jasa Ria, Taman Istimewa, Taman Mewah Jaya, Taman Harapan, Kg. Batu Belah Taman Indah, Taman Sungai Agas Seperti Di Dalam Peta
10
KDEBWM/MPK/C-56/09/2017 : Zon PK 56 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Jalan Sumazau 1A Hingga 1J, 2A, 2B, 3 Hingga 3H, Jalan Rodat 1 Hingga 21, Jalan Mahligai 4A hingga 4D Bandar Bukit Raja dan Taman Mutiara Bukit Raja 1 dan 2 termasuk Flat Mutiara Bukit Raja (Jalan Mahkota 1), Seperti Di Dalam Peta
11
KDEBWM/MPK/C-57/09/2017 : Zon PK 57 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Kawasan Jln Sg Keramat Kawasan Kedai, IKS dan Kilang Di Jln Sg Kermat 1,2,3,4,5,6, Jln Batu 6,8,11,20, Jln Sg Batu Enam 50/KU6 Hingga 54/KU6, Persiaran Sg Keramat serta Kawasan Perniagaan dan Perumahan (Jalan Sungai Keramat 41 hingga Jalan Sungai Keramat 47) Seperti Di Dalam Peta
12
KDEBWM/MPK/C-58/09/2017 : Zon PK 58 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Kawasan Taman Klang Utama (Jln Sg Keramat 8 Hingga 41, Lebuh Sri Pekan, Lebuh Sg Puloh,) seperti Di Dalam Peta
13
KDEBWM/MPK/C-59/09/2017 : Zon PK 59 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Seluruh Kawasan Taman Cempakasari, Dan Taman Klang Utama (Jln Sg Puloh 5-14, Lebuh Sri Pekan, Lebuh Sg Puloh, Jln Sg Keramat 8B), Kampung Batu 4, Taman Sungai Agas, Taman Indah Seperti Di Dalam Peta
14
KDEBWM/MPK/C-60/11/2017 : Zon PK 60 Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Di Perumahan Dan Perniagaan Taman Selatan, Taman Palm Grove,Taman Kim Chuan, Taman Radzi dan Taman Telok Gadong Besar Seperti Di Dalam Peta
Petender perlu melayari laman sesawang “www.kdebwm.com” untuk mendapatkan akses masuk ke dalam sistem tender dan seterusnya membuat pilihan dokumen tender mengikut nombor dan nama tender seperti di atas. Slip pilihan tender perlu dicetak dan dibawa semasa membuat pembayaran. Pembayaran bagi setiap set dokumen tender yang dibeli boleh menggunakan wang tunai yang disertakan dengan salinan sijil pendaftaran KKM dan UPEN yang masih sah dan akses bagi muat turun dokumen tender akan diberikan mengikut tempoh masa seperti yang telah ditetapkan di atas pada waktu pejabat di alamat berikut; KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. BILIK KAYANGAN 5, ARAS BAWAH, PLAZA PERANGSANG, PERSIARAN PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 03-5511 4344
Dokumen Tender yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nombor Tender dan Nama Zon (seperti tertera pada dokumen tender) dan dimasukkan ke dalam BILIK TENDER “A” di alamat berikut; KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. ARAS 10, BANGUNAN AFFIN BANK SHAH ALAM (BABSA), LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN Nota: Sila pastikan dokumen tender yang telah lengkap dihantar sebelum tarikh tutup dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas bagi mengelakkan tender anda ditolak.
Sukan SelangorKini 11 - 18 Ogos 2017
23
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Klinik Badminton Perangsang Selangor
Latih Orang Asal dan anak yatim OLEH AFEEQA AFEERA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PETALING JAYA - Seramai 100 pelajar Orang Asal dan anak yatim mengikuti Klinik Badminton Sukan Untuk Semua anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) di Champion Arena, Kayu Ara, di sini, baru-baru ini. Pengarah Bersekutu, Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, program itu memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan terpinggir mempelajari ilmu dan menggalakkan mereka menceburi bidang sukan. Katanya, penyertaan membabitkan pelajar berusia 11 hingga 14 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Melut dan SK Bukit Tampoi dari daerah Sepang, SK Bukit Lanjan, Petaling Jaya serta Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Gombak. “Perangsang Selangor melantik J World Sports untuk melaksanakan lapan program seumpamanya tahun ini dengan menyasarkan pembabitan 750 peserta.
Peserta bergambar kenangan selepas menerima latihan badminton di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS)
“Siri pertama bermula pada Mei lalu dengan 46 peserta dari National Autism Society of Malaysia mengikuti program kendalian bekas pemain badminton kebangsaan, Jason Wong,” katanya. Sementara itu, Pengasas Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Yusof Noordin berkata, pihaknya bersyukur dengan keprihatinan
Cabaran Yamaha NVX sasar bakat baru permotoran
ED
KUALA LUMPUR - Cabaran Yamaha NVX diperkenalkan bagi mencari bakat baru sukan permotoran yang dijalankan pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, pada 5 dan 6 Ogos lalu. Pengarah Safe Aim Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, perlumbaan itu membabitkan penyertaan 20 remaja belasan tahun yang bercita-cita mengikut jejak langkah pelumba negara seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin.
Perangsang Selangor terhadap nasib anak yatim di rumah itu. “Selain berpeluang bermain di gelanggang serba lengkap, mereka juga dapat mempelajari kemahiran asas badminton daripada jurulatih profesional serta menjalani gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan,” katanya.
Program ‘Sukan Untuk Semua’ membabitkan lapan jenis sukan iaitu badminton, boling, renang, berbasikal, bola sepak, skuasy, sepak takraw dan memanah dengan perbelanjaan RM1.45 juta bagi 2017. Jumlah keseluruhan dana yang sudah dibelanjakan menerusi RSS dari 2011 hingga kini adalah RM5.1 juta.
SUKANUN: MBSA rangkul � emas, � perak
Katanya, ia dianjurkan dengan kerjasama Hong Leong Yamaha menggunakan motosikal skuter baru dilancarkan, Yamaha NVX 155. “Perlumbaan menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada serta pada masa sama, pelumba yang melepasi ujian pemilihan dipanggil menjalani satu sesi latihan kendalian Yamaha. “Latihan sebagai proses menyesuaikan diri dan dapat mengendalikan jentera dengan baik ketika di litar,” katanya. Beliau berkata, pengenalan kategori itu juga menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan dalam usaha melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.
Pasukan mewakili MBSA berjaya meraih pingat emas dalam dua acara di SUKANUN
Skuter Yamaha NVX 155 menjadi taruhan bagi mencungkil bakat baru dalam sukan permotoran negara
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul dua emas dan satu perak, sekali gus meraih tempat kelima dalam aksi Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2017, baru-baru ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pingat emas diraih menerusi acara Bola Tampar lelaki dan Sepak Takraw Beregu, sementara perak dikutip menerusi acara Dart Berpasukan. “Penyertaan MBSA di SUKANUN 2017 adalah salah satu usaha menggalakkan dan membudayakan kakitangan supaya bergiat aktif dalam sukan,” katanya dalam kenyataan. SUKANUN 2017 berlangsung di Banda-
raya Melaka, pada 21 Julai hingga 27 Julai lalu membabitkan 19 acara. MBSA mengambil bahagian di dalam sembilan acara iaitu Bola Sepak 9 Sepasukan Terbuka, Bola Sepak 9 Sepasukan Veteran, Sepak Takraw antara Regu, Futsal Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Lelaki, Tenpin Boling Berpasukan Wanita, Bola Tampar Lelaki, Dart Berpasukan dan Golf Berpasukan. Kontinjen MBSA turut disertai 117 kakitangan dan diketuai Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin. Kontinjen Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) muncul juara keseluruhan SUKANUN 2017, naib juara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sementara Universiti Teknologi MARA (UiTM) di tempat ketiga.
Klinik Badminton Perangsang Selangor
23
Pentingkan aspek keselamatan
Baik pulih stadium siap �� Ogos baik pulih bumbung Stadium Shah Alam bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat untuk perlawanan bola sepak Liga Malaysia dan temasya Sukan Sea 2017, pada bulan ini. Kerajaan Negeri menyegerakannya termasuk mengkaji kos bagi memastikan proses berjalan lancar. Bahagian bumbung stadium itu mendapat perhatian ramai apabila terdapat objek terjatuh ekoran hujan lebat ketika perlawanan persahabatan Malaysia B-22 menentang Myanmar B-22, pada Julai lalu. Insiden itu menyebabkan perlawanan dihentikan beberapa minit. Amirudin sebelum ini turut memaklumkan, Kerajaan Negeri merancang pengurusan stadium itu diambil alih pengurusan lebih profesional bagi jangka masa panjang tetapi perlu dikaji semula supaya bertepatan dengan value for money dan pelan pembangunan sekitar kawasannya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH NORHAYATI UMOR
Pengurusan stadium sedang mengkaji keadaan padang bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat terutama ketika Sukan Sea 2017
SHAH ALAM - Kerja membaik pulih bumbung Stadium Shah Alam yang rosak, baru-baru ini dijangka siap 90 peratus menjelang 11 Ogos ini, kata Amirudin Shari. Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, kerja pembaikan bumbung terbabit setakat ini berjalan lancar seperti dirancang. “Tiada masalah kerana semua kemudahan sudah dinaik taraf cuma makan sedikit masa. “Bagaimanapun, kita sedang menunggu maklum balas daripada penganjur jika ada keperluan tambahan,” katanya. Pada masa sama, Amirudin berkata, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dijangka akan melawat stadium berkenaan, pada 11 Ogos ini. Terdahulu, Kerajaan Negeri mem-
Kesilapan mudah perangkap PKNS
Bagi Ketua Pasukan PKNS FC, Mohd Fauzan Dzulkifli, kekeliruan komunikasi barisan pertahanan menyebabkan mereka terpaksa melepaskan gol pertama buat Perak dengan mudah. Katanya, tidak adil untuk menyalahkan rakan lain, namun beliau percaya PKNS FC akan memandang ke hadapan mengutip mata dalam baki perlawanan Liga Super. Sementara itu, Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menyifatkan PKNS FC bukan lawan mudah walaupun merakam tiga kemenangan berturut-turut sejak mengendali pasukan. Katanya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persembahan pemainnya selain berazam mengejar pasukan kelompok atas menduduki tempat terbaik Liga Super, musim ini.
ED
IPOH - Sven Gartung tidak mampu menyembunyikan kekecewaan terhadap kekalahan 2-0 PKNS FC kepada Perak dalam tempoh seminggu ketika aksi Liga Super, di Stadium Perak, pada 5 Ogos lalu. Walaupun pemainnya mempamerkan aksi cemerlang pada babak pertama, namun kesilapan mudah pada awal babak kedua mengubah rentak permainan Red Ants. “Kita banyak membantu Perak menjaringkan dua gol, tambahan gagal menyempurnakan sepakan penalti. “Kita perlu menilai semula persembahan menghadapi baki saingan,” kata Jurulatih PKNS FC itu. Katanya, membenarkan pemain Perak memegang bola terlalu lama memberi kesan besar kepada mereka kerana PKNS FC sedia maklum Perak akan cuba menggunakan hantaran jauh merencana serangan. “Pada pandangan saya, kita kehilangan bola terlalu mudah. Walaupun cuba merencana serangan di bahagian depan tetapi ketinggalan 2-0 adalah sukar untuk bangkit,” katanya.
SUKSES ����: Petaling bolot lima emas SHAH ALAM - Petaling menguasai acara berbasikal Sukan Selangor (SUKSES) 2017 dengan membolot lima emas dalam pertandingan di Bagan Lalang, Sepang, pada 1 Ogos lalu. Dalam acara akhir 120km Lepas Beramai-Ramai Lelaki, kontinjen itu memperoleh emas pertama melalui Muhammad Fitri Sahahril, mengatasi cabaran rakan sepasukan, Muhammad Amir Imran Norahdi (Petaling) dan Muhammad Afiq Zamri (Gombak) untuk gangsa. Persembahan cemerlang diteruskan pasukan 120km Lepas Beramai-Ramai Lelaki Berpasukannya yang mengalahkan Kuala Langat (perak) Hulu Selangor (gangsa). Tiga pingat lagi diperoleh menerusi Nurfasihah Adila Mohammad Yusni (80km Lepas Beramai-Ramai Perempuan dan Sprint Wanita) serta Muhammad Amir Imran Norahdi (Sprint Lelaki). Dalam senarai pungutan pingat, Petaling selaku juara bertahan menduduki tangga teratas dengan 16 emas, empat perak dan 11 gangsa diikuti Hulu Langat (14 emas, 12 perak, 11 gangsa), Hulu Selangor (11 emas, enam perak, lima gangsa), Sepang (tujuh emas, lapan perak, sembilan gangsa) dan kelima, Kuala Selangor (tujuh emas, tiga perak, 12 gangsa).
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985