TERMA & SYARAT (“T&S”) UNTUK KEMPEN “OH YEAH!” -HARTAWAN EMAS Terma-terma dan Syarat-syarat seperti berikut adalah tertakluk pada Bank Muamalat Malaysia Berhad (6175-W) (“BMMB”), Kempen “Oh Yeah!” TEMPOH KEMPEN 1. Kempen “Oh Yeah” (“Kempen”) akan bermula dari 08hb September 2017 sehingga 31hb Mac 2018 (“Tempoh Kempen”). KELAYAKAN 2. Kempen ini terbuka kepada semua para pelanggan individu baru dan sedia ada BMMB yang bermastautin di Malaysia (termasuk bukan pemastautin) 3. Individu dan/atau organisasi berikut adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen ini: • Pemilikan tunggal, Perkongsian dan Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan/ Organisasi yang bukan berasaskan keuntungan; Pemegang akaun korporat dan komersil; • Kakitangan tetap dan/atau kontrak BMMB dan Muamalat Invest Sdn Bhd (MISB); Ahli keluarga terdekat kakitangan BMMB dan MISB; • Individu yang berumur di bawah 18 tahun. 4. Untuk Akaun Bersama, pemegang akaun utama sahaja yang akan menjadi peserta yang layak. Bilangan penyertaan akan ditentukan mengikut jumlah setiap akaun tanpa mengira bilangan akaun bersama dalam akaun Simpanan-i di BMMB. 5. Akaun Simpanan Yang Mengambil Bahagian (Akaun Kempen) 5.1 Akaun Simpanan yang mengambil bahagian adalah Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” (“Akaun Kempen”) 5.2 Proses untuk menjadi pemegang akaun Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” ini adalah berbeza bagi pelanggan Akaun Simpanan BMMB sedia ada dan juga pelanggan baru, keterangan lanjut adalah seperti berikut:5.2.1 Pelanggan sedia ada: Merujuk kepada semua pemegang akaun sedia ada untuk mana-mana Akaun Simpanan BMMB (“Akaun Bukan Kempen”). Pelanggan dalam kategori ini layak untuk menyertai kempen dengan syarat memberikan kebenaran bertulis dengan mengisi ‘Borang Permintaan Perkhidmatan’ untuk menukarkan Akaun Bukan Kempen kepada Akaun Kempen.
TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 1
Dengan menandatangani ‘Borang Permintaan Perkhidmatan’, pelanggan telah mengakui untuk pertukaran produk dan memahami terma-terma dan syarat-syarat Akaun Bukan Kempen dan Akaun Kempen. Setelah tamat tempoh Kempen, Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” akan ditukar secara automatik kepada Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “ONE REACH” (“TARSA ONE REACH”). Selain pertukaran produk dari Akaun Bukan Kempen, pelanggan juga boleh memilih untuk membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” yang BARU untuk layak menyertai Kempen ini. Pemegang akaun sedia ada untuk Akaun-akaun Simpanan berikut TIDAK DIBENARKAN untuk menukar produk dari Akaun Bukan Kempen kepada Akaun Kempen untuk layak menyertai kempen tetapi mereka dikehendaki membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” yang BARU: i) Akaun Simpanan-i (Tawarruq) FMEP ii) Akaun Simpanan-i (Tawarruq) Salary Scheme Pemegang akaun sedia ada untuk Akaun-akaun Simpanan berikut TIDAK DIBENARKAN menyertai Kempen: i) Akaun Simpanan untuk individu berumur di bawah 18 tahun (Minor). ii) Akaun Simpanan-i (Tawarruq) Beestari.
5.2.2 Pelanggan baru: Para pelanggan baru perlu membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah”. Setelah tamat tempoh Kempen, Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” akan ditukar secara automatik kepada Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “ONE REACH” TARSA ONE REACH. KRITERIA-KRITERIA PENYERTAAN KEMPEN 6. Kriteria-kriteria untuk menyertai kempen dan layak untuk hadiah-hadiah cabutan adalah seperti berikut:6.1 Deposit minima dalam Akaun Kempen Bagi pelanggan Sedia Ada (seperti perkara No 5.2.1) yang memilih untuk pertukaran produk (dari Akaun Bukan Kempen ke Akaun Kempen) hendaklah menambah (top-up) deposit minima sebanyak RM1,000 ke dalam Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah”. Untuk pelanggan Baru (seperti perkara No. 5.2.2) dan pelanggan Sedia Ada yang memilih untuk membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” yang BARU perlu mendeposit jumlah minima RM1,000 ke dalam Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah”. Mata Terkumpul (“MT”) adalah berdasarkan Purata Baki Harian (PBH) bulanan di mana bagi setiap RM1,000 PBH, peserta yang layak akan mendapat 1 MT (pengiraan berasaskan jumlah yang dibundarkan ke bawah)
TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 2
Formula untuk mengira PBH adalah seperti berikut:Jumlah terkumpul baki harian terakhir dalam setiap bulan tertentu Jumlah hari dalam bulan tertentu Contoh jumlah bilangan MT berdasarkan PBH adalah seperti ilustrasi yang berikut:Pelanggan membuka Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” pada 20hb Januari 2018 Bulan
Januari 2018
Februari 2018
Mac 2018
60,000
35,800
96,570
12* *(dari 20 -31 Jan)
28
31
= 60,000 / 12 hari = 5,000
= 35,800 / 28 hari = 1,278.57
= 96,570 / 31 hari = 3,115.16
= 5,000 /1,000 = 5 EP
= 1,278.57 /1,000 = 1 EP
= 3,115.16 /1,000 = 3 EP
Jumlah terkumpul baki harian bulanan (RM) Jumlah hari Purata Baki Harian (PBH) Bulanan (RM) Jumlah bilangan MT berhak untuk cabutan
6.2 Peruntukan untuk deposit minima RM1,000 Deposit minima berjumlah RM1,000 akan diperuntukkan (“earmark”) dalam Akaun Kempen selama tujuh (7) bulan (iaitu Tempoh Peruntukan) bermula dari tarikh peletakan deposit; Contoh untuk Tempoh Peruntukan adalah seperti yang tertera di bawah:Tarikh Peletakan Deposit RM1,000
Tempoh Peruntukan
1
20/11/2017
20/11/2017 hingga 19/06/2018
2
15/09/2017
15/09/2017 hingga 14/04/2018
3
06/02/2018
06/02/2018 hingga 05/09/2018
6.3 Perlaksanaan ‘Surat Kebenaran Tidak Boleh Batal’ Untuk tujuan peruntukan (“earmarking”), peserta yang layak hendaklah melaksanakan ‘Surat Kebenaran Tidak Boleh Batal” (dengan mengisi dan menandatangani dokumen tersebut) yang disediakan oleh cawangan semasa peletakan deposit RM1,000 dibuat dalam Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah”.
TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 3
Sekiranya amaun RM1,000 yang diperuntukkan dalam Akaun Kempen dibatalkan, dikeluarkan atau dilepaskan (sebahagian atau penuh) dalam tempoh yang diperuntukkan, atas apa jua sebab, akan membatalkan kelayakan peserta untuk cabutan hadiah 6.4 Keperluan untuk Dana Baharu Semua peletakan deposit ke dalam Akaun Kempen dalam kempen mestilah dibuat menggunakan Dana Baharu. ‘Dana Baharu’ merujuk kepada wang atau dana yang bukan berasal dari mana-mana akaun deposit BMMB sedia ada Deposit, sama ada secara tunai mahupun cek boleh dibuat melalui Kaunter, Mesin Deposit Tunai, transaksi Terminal Deposit Cek ataupun mana-mana cara deposit yang dibenarkan oleh pihak BMMB. Deposit cek adalah tertakluk kepada pengesahan oleh pihak Bank dan hanya akan diambil kira dan diterima kelayakan apabila cek telah dikreditkan ke dalam Akaun Kempen tersebut. HADIAH 7. Peserta yang layak berhak untuk mendapat hadiah Cabutan Bulanan dan hadiah Cabutan Utama yang ditawarkan di bawah kempen ini, butiran hadiah adalah seperti berikut:7.1 Hadiah Bulanan
Hadiah
Jumlah pemenang untuk setiap negeri / kumpulan negeri**
Jumlah negeri/ kumpulan negeri**
Jumlah pemenang bulanan
Jumlah keseluruhan pemenang bulanan (7 bulan)
10 gm Bar Emas bercetak (“Gold minted bar”) untuk setiap pemenang
4
11
44
308
** Hadiah-hadiah diperuntukkan untuk setiap 11 negeri/kumpulan negeri yang dikategorikan seperti berikut: Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka/ Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah/Perlis and Sabah/Sarawak
TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 4
7.2 Hadiah Utama
Hadiah
Jumlah pemenang
1 kg Bar Emas (“Gold Bar”) untuk setiap pemenang
3
CABUTAN UNTUK PEMILIHAN PEMENANG 8. Berdasarkan kriteria kelayakan, peserta yang layak berpeluang menyertai Cabutan BMMB adalah seperti berikut: 8.1 Cabutan Bulanan Calon yang layak akan disenarai pendek secara rawak melalui sistem. Sekiranya tiada pemenang yang layak di dalam Cabutan Bulanan tertentu, hadiah yang diperuntukkan untuk bulan tersebut akan dibatalkan. Sebarang penutupan Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” akan membatalkan kelayakan untuk Cabutan Bulanan kempen. 8.2 Cabutan Utama Calon akan disenarai pendek secara rawak melalui sistem pada bulan April 2018. Pemenang hadiah Cabutan Bulanan layak untuk dipilih sebagai calon pemenang di dalam Cabutan Utama. Sebarang penutupan Akaun Simpanan-i (Tawarruq) “Oh Yeah” akan membatalkan kelayakan untuk Cabutan Utama kempen. 8.3 Pemenang akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan pemenang dan keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, mahupun bantahan tidak akan dilayan bagi mana-mana situasi. 9. Notis Pemberitahuan Pemenang 9.1 Pemenang akan diberitahu melalui surat rasmi dan/atau panggilan telefon/perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman sesawang BMMB www.muamalat.com.my, Facebook dan/atau surat khabar yang terpilih. 9.2 Sekiranya BMMB tidak dapat menghubungi pelanggan yang menang dalam masa 30 hari kalendar dengan sedaya upaya menggunakan saluran biasa komunikasi (iaitu panggilan telefon, SMS, surat) berdasarkan rekod yg sedia ada di BMMB, BMMB berhak memilih pemenang lain yang layak sebagai pengganti. 9.3 Satu tarikh akan ditentukan oleh BMMB untuk majlis penyampaian hadiah (jika ada) dan TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 5
semua pemenang perlu patuh pada yang berikut: Wajib untuk semua pemenang hadir semasa majlis penyampaian hadiah; Semua pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon/SMS dan/atau surat untuk butiran majlis penyampaian hadiah; dan Sekiranya ada pemenang yang tidak dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah atas sebab yang sah, pegawai yang menyelia Kempen akan menjadualkan tarikh baru untuk mengambil hadiah tersebut di cawangan BMMB yang terdekat dengan pemenang. PRIZES REDEMPTION 10. Tuntutan Hadiah 10.1 Pemenang dikehendaki menuntut hadiah dalam tempoh 21 hari setelah adanya hadiah tersebut untuk diambil (yang mana akan dimaklumkan oleh BMMB). Hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan sekiranya gagal berbuat demikian. 10.2 Untuk menuntut hadiah, pemenang mesti mengemukakan kad pengenalan mereka untuk pengesahan dan juga perlu menandatangani borang/perisytiharan (jika ada) sebagaimana yang dikehendaki oleh BMMB. 10.3 Dalam kes kematian pemenang cabutan, tuntutan hadiah hanya boleh dibuat oleh benefisiari kepada simati dalam tempoh 12 bulan dari tarikh si mati berserta Surat Pentadbiran dan/atau dokumen-dokumen sokongan yang diterima pakai oleh BMMB. Sekiranya gagal, BMMB berhak untuk membatalkan hadiah dan memilih pemenang cabutan lain. Jika berlaku kematian pemenang yang memegang akaun bersama, konsep ‘survivorship’ akan diguna pakai. 10.4 Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik, juga tidak boleh ditukar dengan wang tunai (merujuk kepada hadiah Utama), kredit atau seumpamanya. 10.5 Hadiah-hadiah yang tertera adalah tertakluk kepada stok sedia ada. BMMB berhak untuk mengganti hadiah tersebut dengan mana-mana hadiah yang mempunyai nilai yang sama jika diperlukan tanpa memberi makluman terlebih dahulu kepada pemenang. 10.6 Hadiah-hadiah yang ditunjukkan dalam iklan dan lain-lain bahan pemasaran (jika ada) adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan rekabentuk sebenar mungkin berbeza. UMUM 11. Pengesahan dan Penguatkuasaan 11.1 BMMB berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan terhadap Kempen ini oleh BMMB, pemegang akaun tidak layak TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 6
untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada BMMB untuk mana-mana kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh pemegang akaun secara langsung atau tidak langsung terhadap pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 11.2 Semua pelanggan Kempen yang layak adalah secara peribadi bertanggungjawab untuk semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan, di bawah undang-undang yang terpakai, jika ada, dan kos pemasangan, jika berkenaan berhubung dengan hadiah dan kempen. 11.3 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pemegang akaun adalah dianggap telah membaca dan memahami serta bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini beserta terma-terma dan syarat-syarat dari agensi yang dilantik dan dengan secara tidak boleh batal sekali gus membenarkan BMMB untuk mendedahkan informasi mengenai butir-butir pemegang akaun kepada pihak lain yang secara langsung atau tidak langsung menganjur serta mempromosikan Kempen ini. BMMB mempunyai hak eksklusif untuk mengumumkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. Borang Kempen (jika ada), nama dan gambar pemenang ialah milik BMMB. 11.4 BMMB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan barang-barang berharga atau mana-mana kerosakan walau apa pun atau bagaimana jua pun yang dialami atau ditanggung secara berterusan oleh pemegang akaun yang timbul atau akibat langsung atau tidak langsung secara keseluruhan atau sebahagian daripada penyertaan atau hadiah yang dimenangi dalam Kempen ini atau akibat daripada tindakan atau peninggalan dari bahagian BMMB. BMMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kegagalan untuk melaksanakan mana-mana tanggungjawab yang berkaitan dengan kempen ini disebabkan oleh kejadian alam semulajadi, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, kebakaran, banjir atau mana-mana situasi di luar kawalan BMMB. 11.5 Bagi perkara yang tersimpan dan tidak terkecuali untuk Terma-terma dan Syarat-syarat khusus kempen yang tertulis di sini, segala terma dan syarat lain yang termaktub dalam Terma dan Syarat akaun Simpanan-i di bawah konsep Tawarruq haruslah diguna pakai. 11.6 Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau percanggahan di antara terma dan syarat dalam versi Bahasa Inggeris dan terjemahannya, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara terma dan syarat ini dan mana-mana risalah, bahan-bahan pemasaran atau promosi yang berkaitan dengan kempen atau promosinya, terma dan syarat di dalam versi Bahasa Inggeris haruslah di guna pakai. 11.7 Jika pemenang diketahui tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini atau menebus hadiah yang diberikan, BMMB berhak untuk membatalkan atau mengambil semula hadiah dan menganugerahkan hadiah yang sama
TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 7
kepada pemenang yang lain sebagaimana yang dapat ditentukan oleh BMMB yang sepadan dengannya. 11.8 BMMB mempunyai hak dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut untuk mengubah, menambah, memadam, meminda, mengubahsuai dan/atau mengubah mana-mana Terma dan Syarat ini dengan memberikan sekurang-kurangnya minimum dua puluh satu (21) hari notis terdahulu dan notis akan disiarkan di laman web BMMB di www.muamalat.com.my atau dengan cara lain yang dianggap sesuai oleh BMMB. Pelanggan yang menyertai Kempen ini dianggap telah mengakses laman web BMMB dan mempunyai pengetahuan mengenainya dan telah bersetuju dengan sebarang perubahan atau perubahan kepada Terma dan Syarat ini. Pelanggan bersetuju bahawa penyertaan mereka yang berterusan dalam Kempen ini akan menjadi penerimaan mereka terhadap Terma dan Syarat ini (yang berubah atau diubah). 11.9 Terma Dan Syarat ini ditadbir oleh dan ditafsirkan di bawah undang-undang Malaysia. 11.10 Terma & Syarat ini termasuk hak budi bicara dan/atau kuasa yang diberikan kepada mana-mana pihak di bawah dokumen ini adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip Shariah.
TERMA & SYARAT (“T&S”) KEMPEN OH YEAH!
MUKASURAT 8