APPENDIX ii
Kempen Akaun Simpanan Oh Yeah! BMMB Terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut adalah tertakluk kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (“BMMB”) (6175-W), Kempen Akaun Simpanan Oh Yeah! 1. Cabutan Bertuah Hadiah-Hadiah untuk Kempen Akaun Simpanan Oh Yeah! (“Kempen”) akan bermula dari 1 Januari 2013 sehingga 30 Jun 2013 (“Tempoh Kempen”). 2. Kempen ini adalah terbuka kepada para pelanggan baru dan sedia ada BMMB yang bermastautin di Malaysia. 3. Berikut adalah individu-individu dan/atau organisasi-organisasi yang tidak layak menyertai kempen:Pemegang akaun korporat dan komersial; dan/atau Kakitangan BMMB sama ada tetap atau kontrak Individu berumur 18 tahun kebawah 4. Untuk Akaun Bersama, pemegang akaun utama sahaja yang akan menjadi peserta yang layak. Bilangan penyertaan akan ditentukan pada setiap akaun tanpa mengira bilangan akaun bersama dalam akaun simpanan di BMMB. 5. Pemilihan pemenang 5.1 Dalam menentukan para pemenang Kempen, sistem Mata Terkumpul (MT) digambarkan seperti di bawah. Oleh itu, semakin banyak deposit, semakin tinggi peluang meraka untuk menang: 5.1.1 Pelanggan BMMB tanpa Akaun Simpanan Oh Yeah-i; Pelanggan dikehendaki menambah baki sedia ada dengan membuka akaun di bawah nama Akaun Simpanan Oh Yeah-i dengan deposit permulaan minima sebanyak RM10. Sebagai syarat untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan dikehendaki untuk mengekalkan purata baki harian minima sebanyak RM1,000. Untuk setiap RM1,000, pelanggan akan layak mendapat sebanyak 1 MT (Mata Terkumpul). 5.1.2 Pelanggan sedia ada Akaun Simpanan Oh Yeah-i; Pelanggan sedia ada Akaun Simpanan Oh Yeah-i, dikehendaki menambah baki sedia ada dengan deposit permulaan minima sebanyak RM1,000. Page 1 of 5
Sebagai syarat untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan dikehendaki untuk mengekalkan purata baki harian minima sebanyak RM1,000. Untuk setiap RM1,000, pelanggan akan layak mendapat sebanyak 1 MT (Mata Terkumpul). 5.1.3 Pemegang akaun adalah tidak digalakkan untuk membuat pengeluaran keluar daripada akaun simpanan sepanjang tempoh Kempen. 5.1.4 Deposit, sama ada secara tunai mahupun cek boleh dibuat melalui kaunter, Mesin Deposit Terminal, Mesin Cek Deposit ataupun mana-mana cara deposit yang dibenarkan oleh pihak BMMB. 5.2 Deposit cek adalah tertakluk kepada pengesahan oleh pihak Bank dan hanya akan diambil kira dan diterima kelayakan apabila cek telah dikreditkan ke dalam akaun tersebut. Deposit cek hanya diterima di dalam gandaan RM1,000. Pemegang akaun (tertakluk kepada perkara 3) berpeluang menyertai Cabutan BMMB seperti yang berikut: 5.2.1 Cabutan Bulanan Calon yang layak akan disenarai pendek secara rawak melalui sistem. Calon yang telah disenarai pendek dan telah berjaya memenangi satu (1) hadiah di dalam Cabutan Bulanan tidak layak untuk memenangi hadiah lain dalam bulan tersebut. Walau bagaimanapun, pemenang tersebut layak untuk Cabutan Bulanan seterusnya. Terdapat sejumlah 50 orang pemenang bulanan bagi setiap bulan dari Januari 2013 sehingga May 2013. 5.2.2 Cabutan Utama Calon akan disenarai pendek secara rawak melaui sistem pada bulan terakhir kempen (Jun 2013). Pemenang hadiah Cabutan Bulanan layak untuk dipilih sebagai calon pemenang di dalam Cabutan Utama. Terdapat sejumlah 2 orang pemenang bagi bulan Jun 2013. 5.3 Pemenang akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan pemenang di mana keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, mahupun bantahan tidak akan dilayan bagi mana-mana situasi. 6. Notis pemberitahuan pemenang 6.1 Pemenang akan diberitahu melalui surat, mel dan/atau panggilan telefon. Namanama pemenang akan dipaparkan di laman sesawang BMMB www.muamalat.com.my dan/atau surat khabar yang terpilih.
Page 2 of 5
7. Hadiah-hadiah 7.1 Hadiah hendaklah didaftarkan di atas nama pemenang (jika berkenaan). 7.2 Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar (kepada tunai atau kepada saiz yang berbeza, warna, atau model selain daripada hadiah ditentukan oleh BMMB untuk hadiah-hadiah cabutan) dan tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini. 7.3 Pemenang Kempen ini hendaklah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang, jika berkenaan. Bagi hadiah kenderaan, kos pendaftaran, insurans/takaful, cukai jalan dan pengangkutan (jika ada) hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. BMMB akan membuat bayaran untuk hadiah-hadiah kenderaan sahaja (tertakluk kepada budi bicara pihak BMMB dari masa ke semasa). 7.4 Sebaik sahaja kenderaan telah didaftarkan di bawah nama pemenang, pemenang hendaklah bertanggungjawab terhadap semua perkara-perkara yang yang berkaitan dengan kenderaan berkenaan dan BMMB hendaklah dilepaskan daripada apa-apa liabiliti atau tanggungjawab ke atas kenderaan tersebut. BMMB mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 8. Tuntutan hadiah 8.1 Pemenang dikehendaki menuntut hadiah dalam tempoh 21 hari dari hari pengumuman nama-nama pemenang, hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan sekiranya gagal berbuat demikian. 8.2 Untuk menuntut hadiah, pemenang mesti mengemukakan kad pengenalan mereka untuk pengesahan dan juga perlu menandatangani borang / perisytiharan (jika ada) sebagaimana yang dikehendaki oleh BMMB. 8.3 Di dalam kes kematian di mana pemegang akaun adalah pemenang cabutan, tuntutan hadiah hanya boleh dibuat oleh benefisiari kepada simati dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian. 9. Pengesahan dan Penguatkuasaan 9.1 BBMB berhak untuk menukar atau meminda mana-mana aspek di dalam Kempen atau mana-mana bahagian di dalam terma-terma dan syarat-syarat ini tanpa notis terlebih dahulu. 9.2 BMMB berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan terhadap Kempen ini oleh BMMB, pemegang akaun adalah tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Page 3 of 5
BMMB untuk mana-mana kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh pemegang akaun secara langsung atau tidak langsung terhadap pembatalan, penamatan atau pengantungan tersebut. 9.3 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pemegang akaun adalah dianggap telah membaca dan memahami serta bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma dan Syarat-syarat ini beserta agensi terma-terma dan syarat-syarat yang dilantik dan dengan secara tidak boleh batal membenarkan BMMB untuk mendedahkan informasi mengenai butir-butir pemegang akaun kepada pihak lain yang secara langsung atau tidak langsung menganjur serta mempromosikan Kempen ini. BMMB mempunyai hak eksklusif untuk mengumumkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. Kepunyaan dalam bentuk borang kempen (jika ada), nama-nama dan gambar-gambar pemenang adalah milik BMMB. 9.4 BMMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kecederaan atau kehilangan nyawa dan barang-barang beharga atau mana-mana kerosakan walau apa pun atau bagaimana jua pun yang dialami atau ditanggung secara berterusan oleh pemegang akaun yang timbul atau akibat langsung atau tidak langsung secara keseluruhan atau sebahagian daripada penyertaan atau hadiah yang dimenangi dalam kempen ini atau sebagai akibat dari tindakan atau peninggalan dari bahagian BMMB. BMMB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana kegagalan untuk melaksanakan mana-mana tanggungjawab yang berkaitan dengan kempen ini disebabkan oleh kejadian alam semulajadi, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, kebakaran, banjir atau mana-mana situasi di luar kawalan BMMB. 9.5 Yang tersimpan dan tidak terkecuali untuk Terma-terma dan Syarat-syarat khusus kempen yang tertulis di sini, segala terma dan syarat lain yang termaktub di dalam Terma dan Syarat akaun simpanan di bawah konsep Al-Mudharabah haruslah diguna pakai. 9.6 Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau percanggahan di antara Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam versi Bahasa Inggeris dan terjemahannya, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Sekiranya terdapat ketidakselarasan di antara Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan mana-mana risalah, bahan-bahan pemasaran atau promosi yang berkaitan dengan kempen atau promosinya, Terma-terma dan Syarat-syarat ini haruslah diguna pakai. 9.7 Jika pemenang diketahui tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini atau menebus hadiah yang diberikan, BMMB berhak untuk membatalkan atau mengambil semula hadiah dan menganugerahkan hadiah yang sama kepada pemenang yang lain sebagaimana yang dapat ditentukan oleh BMMB dengan sepadannya. Walaupun seperti di atas, jika berlaku kematian pemenang yang memegang akaun individu, BMMB akan mendepositkan hadiah kemenangan ke akaun pemenang Page 4 of 5
tersebut dan saudara terdekat si mati akan berhak terhadap hadiah tersebut setelah mengemukakan Surat Kuasa Tadbir dan/atau apa-apa dokumen lain yang di perlukan oleh BMMB. Jika berlaku kematian pemenang yang memegang akaun bersama, klausa ‘survivorship’ akan terpakai.
Page 5 of 5