PERNIAGAAN INSURAN KOPERASI KAKITANANG BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD TUJUAN Tujuan utama prosedur ini diwujudkan adalah untuk menjadi garis panduan kepada KOBANAS menjalankan aktiviti insuran. JENIS-JENIS INSURAN Terdapat dua jenis perniagaan insuran utama yang dikendalikan oleh pihak KOBANAS. • •
Insuran Hayat (Takaful Berkelompok) Insuran Motor
Insuran Hayat (Takaful Keluarga Berkelompok) Insuran ini terbahagi kepada beberapa pelan berkelompok iaitu: •
Pelan Takaful Barakah
•
Pelan Takaful Mutiara Plus
•
Pelan Takaful Kredit Berkelompok
Takaful Barakah Tujuan Diwujudkan bagi membantu anggota koperasi disamping mempunyai insuran perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua. Syarat-Syarat Penyertaan • • •
Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan. Had umur dari 18 tahun sehingga 54 tahun. Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada Peserta dan pasangan.
Jumlah Sumbangan dan Perlindungan Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM12,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM24,000. Takaful Barakah melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.
Jadual Perlindungan Sumbangan Bulanan (RM)
Kematian
Keilatan Menyeluruh Kekal
Biasa (RM)
Kemalangan (RM)
Biasa (RM)
Kemalangan (RM)
10
12,000 + AP
24,000+AP
(1,200sethn x 10 thn) +AP
(1,200sethn x 10 thn) +(12,000sethn x 10 thn)
20
24,000 + AP
48,000+AP
(2,400sethn x 10 thn) +AP
(2,400sethn x 10 thn) +(24,00sethn x 10 thn)
30
36,000 + AP
72,000+AP
(3,600sethn x 10 thn) +AP
(3,600sethn x 10 thn) +(36,000sethn x 10 thn)
40
48,000 + AP
96,000+AP
(4,800sethn x 10 thn) +AP
(4,800sethn x 10 thn) +(48,000sethn x 10 thn)
50
60,000 + AP
120,000+AP
(6,000sethn x 10 thn) +AP
(6,000sethn x 10 thn) +(60,000sethn x 10 thn)
60
72,000 + AP
144,000+AP
(7,200sethn x 10 thn) +AP
(7,200sethn x 10 thn) +(72,000sethn x 10 thn)
70
84,000 + AP
168,000+AP
(8,400sethn x 10 thn) +AP
(8,400sethn x 10 thn) +(84,000sethn x 10 thn)
80
96,000 + AP
192,000+AP
(9,600sethn x 10 thn) +AP
(9,600sethn x 10 thn) +(96,000sethn x 10 thn)
90
108,000 + AP
216,000+AP
(10,800sethn x 10 thn) +AP
(10,800sethn x 10 thn) +(108,000sethn x 10 thn)
100
120,000 + AP
240,000+AP
(12,000sethn x 10 thn) +AP
(12,000sethn x 10 thn) +(120,000sethn x 10 thn)
Takrif Keilatan • • • • • • •
Kehilangan kedua-dua belah tangan Kehilangan kedua-dua belah kaki Kehilangan sebelah tangan dan kaki Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan Kehilangan kedua-dua belah mata Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya
Jumlah Simpanan Daripada jumlah sumbangan ini 57 % akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 43 % akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru’. Simpanan 57 % ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun. Pembahagian Keuntungan Pelaburan Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80 % kepada Peserta dan 20 % kepada Syarikat Insuran.
Perbelanjaan Pengkebumian Selain daripada sumbangan yang dinyatakan di atas pihak insuran juga akan membayar perbelanjaan pengkebumian sekiranya kematian melibatkan peserta. Sumbangan bulanan (RM)
Perbelanjaan Pengkebumian (RM)
10 20 30 40 50 60 - 100
500 600 700 800 900 1,000
Pengecualian pemeriksaan kesihatan Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa. Cara-cara Penyertaan Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS. Pihak KOBANAS akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui. Pihak KOBANAS akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan. Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional. Cara membuat tuntutan Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut: • • • •
Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan atau ketua bahagian. (bagi kematian) Salinan surat pengesahan doktor. (bagi keilatan kelkal menyeluruh) Kad Pengenalan waris/penuntut. Surat pengesahan penuntut.
Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful
Nasional akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diberikan kepada pihak penuntut. Takaful Mutiara Plus Tujuan Diwujudkan bagi membantu anggota koperasi disamping mempunyai insuran perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua. Syarat-Syarat Penyertaan • • •
Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan. Had umur dari 18 tahun sehingga 55 tahun pada harijadi akan datang. Umur matang Peserta tidak akan melebihi 60 tahun.
Jumlah Sumbangan dan Perlindungan Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM17,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM34,000. Takaful Barakah Plus melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.
Jadual Perlindungan Sumban gan Bulanan (RM)
10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
Kematian Biasa (RM) 17,000 + AP 34,000 + AP 51,000 + AP 68,000 + AP 85,000 + AP 102,000 + AP 119,000 + AP 136,000 + AP 153,000 + AP 170,000 + AP
Kemalan gan (RM) 34,000+ AP 68,000+ AP 102,000 +AP 136,000 +AP 170,000 +AP 204,000 +AP 238,000 +AP 272,000 +AP 306,000 +AP 340,000 +AP
Keilatan Menyeluruh Kekal Biasa (RM) 17,000 + AP 34,000 + AP 51,000 + AP 68,000 + AP 85,000 + AP 102,000 + AP 119,000 + AP 136,000 + AP 153,000 + AP 170,000 + AP
Kemalang an (RM) 34,000+A P 68,000+A P 102,000+ AP 136,000+ AP 170,000+ AP 204,000+ AP 238,000+ AP 272,000+ AP 306,000+ AP 340,000+ AP
Manfaat Harian Wad Hospital
Manfaat Pengebumian Anggota (RM)
15
2,000
Pasan gan (RM) 2,000
30
2,000
2,000
500
45
2,000
2,000
500
60
2,000
2,000
500
75
2,000
2,000
500
90
2,000
2,000
500
105
2,000
2,000
500
120
2,000
2,000
500
135
2,000
2,000
500
150
2,000
2,000
500
Takrif Keilatan • • • • • • •
Kehilangan kedua-dua belah tangan Kehilangan kedua-dua belah kaki Kehilangan sebelah tangan dan kaki Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan Kehilangan kedua-dua belah mata Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya
Jumlah Simpanan Daripada jumlah sumbangan ini 43 % akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 57 % akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru’. Simpanan 43 % ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun. Pembahagian Keuntungan Pelaburan Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80 % kepada Peserta dan 20 % kepada Syarikat Insuran.
Anak (RM) 500
Pengecualian pemeriksaan kesihatan Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa. Cara-cara Penyertaan Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS. Pihak KOBANAS akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui. Pihak KOBANAS akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan. Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional. Cara membuat tuntutan Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh atau permohonan manfaat hospital bersama-sama dengan dokumendokumen yang diperlukan seperti berikut: • • • • •
Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan atau ketua bahagian. (bagi kematian) Salinan surat pengesahan doktor. (bagi keilatan kekal menyeluruh) Salinan resit hospital. (bagi tuntutan hospital) Kad Pengenalan waris/penuntut. Surat pengesahan penuntut.
Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diserahkan kepada pihak penuntut.
Pelan Takaful Kredit Berkelompok Tujuan Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Utama ke atas baki pinjaman yang masih tertunggak disebabkan kematian atau keilatan kekal menyeluruh anggota yang membuat pinjaman di KOBANAS. Tujuan lain yang penting juga adalah bagi menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan, secara tidak langsung mengurangkan senarai hutang lapuk yang tidak dituntut. Mengurangkan risiko publisiti buruk yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada penjamin. Ciri-ciri Am Pelan Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap anggota yang berjaya mendapatkan kemudahan pembiayaan pinjaman daripada KOBANAS. Tarikh penyertaan Pelan ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan dan akan tamat mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir. Penyertaan Pelan ini dilindungi aelama 24 jam sehari seluruh dunia. Pelan ini hanya akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada KOBANAS. Syarat-syarat kelayakan Anggota yang telah berjaya mendapatkan kemudahan pembiyaan pinjman daripada KOBANAS. Jumlah minimum penyertaan adalah sebanyak RM1,000 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM25,000 mengikut kelulusan pihak KOBANAS. Had umur untuk pelan ini adalah daripada 18 hingga 58 tahun. Tempoh maksimum pembiyaan adalah selama 10 tahun. Manfaat Takaful Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai Pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat takaful ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki kemudahan pembiayaan yang masih tertunggak.
Takrif Keilatan Menyeluruh •
Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria penglihatan di kedua-dua belah mata
•
Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan
•
Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki
•
Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan
Pengiraan Kadar Sumbangan Takaful Pengiraan sumbangan adalah berdasarkan kepada: • • •
Umur akan datang Tempoh Kemudahan pembiyaan pinjman Jumlah pembiyaan yang diluluskan
Cara-cara Penyertaan Penyertaan adalah dikhaskan kepada pembiayaan pinjaman anggota melebihi RM1,000. Cara Pembayaran Bagi pinjaman tunai pihak KOBANAS akan membuat pemotongan terus daripada pinjaman yang diluluskan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Bagi pinjaman barangan pembayaran akan dibuat melalui pemotongan gaji anggota mengikut kadar yang telah ditetapkan. Cara membuat tuntutan Memandangakan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh peminjam bersamasama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut: • • •
Salinan sijil kematian peserta. Salinan surat pengesahan doktor. (bagi keilatan kelkal menyeluruh). Jumlah baki pinjaman yang masih belum bebayar.
Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional akan membuat bayaran kepada KOBANAS dan seterusnya diselaraskan dengan baki pinjaman anggota.
Insuran Motor Tujuan Insuran motor diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota KOBANAS terutamanya dan kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui insuran kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berinjin. Wakil Insuran Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan insuran motor ini. Syarikat insuran tersebut adalah seperti berikut: Allianz Insuran Dikhususkan kepada mana-mana anggota-anggota yang ingin memperbaharui insuran secara konvensional. Etiqa Takaful Dikhususkan kepada mana-mana anggota-anggota yang ingin memperbaharui insuran secara Islam. Cara Pembiayaan Terdapat dua cara pembiayaan skim insuran motor yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu: •
Pembiayaan melalui tunai
Pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota KOBANAS dan bukan anggota KOBANAS. •
Pembiayaan melalui Pinjaman.
Pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota-anggota KOBANAS sahaja. Cara Permohonan Pembiyaan Melalui Tunai 1. Perkhidmatan insuran secara tunai ini terbuka kepada anggota KOBANAS, Kakitangan BSN dan orang luar. 2. Pengiraan Premium Insuran adalah dikira mengikut jadual kuasa padu (CC) kenderaan disertai jadual rate Insuran dan harga pasaran semasa. 3. Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pemohon mestilah mengemukakan dokumen seperti berikut : • •
Borang cadangan Insuran hendaklah diisi sepenuhnya dan ditandatangani oleh pencadang. Salinan Kad Pengenalan Pencadang hendaklah disertakan.
• •
Salinan geran kenderaan. Polisi insuran sedia ada untuk tujuan pengesahan ‘Non Claim Bonus’(NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak insuran sebelum pengiraan dibuat. Cara Permohonan Pembiyaan Melalui Pinjaman 1. Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja. 2. Anggota akan memohon terlebih dahulu sebutharga insuran yang hendak diperbaharui di pejabat KOBANAS melalui pegawai yang ditugaskan. Pengiraan Premium Insuran hendaklah dikira mengikut jadual kuasa padu kenderaan (CC) disertai rate Insuran dan harga pasaran semasa. Pinjaman ini juga termasuk cukai jalan pada tahun berkenaan. 3. Setelah anggota berpuashati dengan sebutharga yang dikemukakan anggota perlu mengisi Borang Pinjaman Jangka Pendek untuk Pinjaman Insuran dengan mengemukakan dokumen seperti berikut: • • • • • •
Borang pinjaman yang telah diisi dengan sempurna. Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/cawangan. Pengiraan Insuran yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insuran. Salinan Kad Pengenalan Polisi insuran yang lama Salinan Geran Kederaan
4. Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima..