KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (357-02046721) (KOOP INSTITUSI NO. 37)
d/a Maktab Koperasi Malaysia, 103 Jalan Templer, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-7957 1481 / 7964 9119 Faks : 03-7954 3957 E-mel :
[email protected]
KEPADA SEMUA ANGGOTA NOTIS DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 25 Sukacita dimaklumkan kepada semua anggota Koperasi kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi bagi kali Ke-25 akan diadakan sepertimana berikut : TARIKH : MASA : TEMPAT :
27 DISEMBER 2012 JAM 9 PAGI AUDITORIUM DATO’ABDUL MAJID, MAKTAB KOPERASI MALAYSIA
AGENDA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.
15. 16.
Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan (4) empat Anggota Lembaga untuk menentu sahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan ; Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan ke -24 bertarikh 29 Disember 2011; Menimbang Laporan-laporan lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi bersama laporan juruaudit dan Pandangan Suruhanjaya; Memilih Anggota Lembaga untuk mengisi kekosongan bagi mereka yang gugur mengikut giliran ; Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan 2012/2013; Meluluskan elaun-elaun kepada Anggota Lembaga; Meluluskan perlantikan satu panel yang terdiri tidak kurang daripada dua firma audit untuk dipilih salah satu daripadanya mengaudit akaun-akaun koperasi; Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan koperasi ; Menentukan had maksimum keberhutangan; Menimbang dan meluluskan Pembahagian Keuntungan Koperasi bagi tahun 2011/2012; Mendengar , menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain koperasi yang suatu notis tidak kurang daripada TUJUH HARI telah diberikan, Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi; Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan yang suatu notis tidak kurang daripada TUJUH HARI telah dikemukakan kepada koperasi yang dikemukakan oleh anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga; Meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman;dan Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut Akta dan Peraturan ,jika ada.
Sekian, terima kasih. Dengan perintah Lembaga,
(HASRIN ABU HASSAN) Setiausaha Koop MKM, Bertarikh : 1 DISEMBER 2012
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
i
ISI KANDUNGAN PERKARA
BAHAGIAN
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25
i
Isi Kandungan Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25
ii
Sekapur Sirih
iii
Pengenalan Koop MKM Berhad
iv
Catatan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24
1
Laporan Lembaga
2
Pandangan Suruhanjaya
3
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
3
Laporan Juruaudit Luar Koperasi
4
Laporan Berkanun Lembaga
4
Laporan Kewangan Koperasi yang telah diaudit
4
Anggaran Belanjawan Koperasi bagi tahun 2012/2013
4
Senarai Anggota Lembaga yang gugur Senarai Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Senarai Panel Juruaudit Luar
5
Sekapur Sirih.... ------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
ii
Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat lagi koperasi kita berdiri kukuh sehingga ke hari ini walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dari luar serta dalam. Terima kasih tak terhingga kepada semua pihak terutamanya barisan Anggota Lembaga yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai perjuangan koperasi ini. Tidak lupa juga kepada pihak Pengurusan koperasi yang telah bersama-sama berusaha meningkatkan prestasi dan kejayaan koperasi. Bagi Jawatankuasa Audit Dalaman yang menjadi pemantau perjalanan koperasi juga diucapkan terima kasih. Kepada anggota koperasi pula, tanpa sokongan kalian, semua ini tiada bererti kerana jatuh dan bangunnya sesebuah koperasi adalah ditangan anda.
Perubahan sentiasa berlaku dalam dunia pada hari ini. Tidak kira dari sudut ekonomi, teknologi, pengurusan, sistem, cara perhubungan, pelanggan dan pelbagai lagi. Memahami keadaan ini dengan baik akan memberi kelebihan kepada koperasi untuk bersaing dalam pasaran. Namun begitu, matlamat penubuhan koperasi adalah untuk memberi produk dan perkhidmatan terbaik kepada anggota perlu diutamakan. Arah tuju koperasi mesti jelas agar matlamat yang hendak dicapai dapat difahami dan disokong oleh semua pihak. Ini dapat menggambarkan erti koperasi yang sebenar dalam samasama berusaha untuk memajukan
koperasi dari segenap sudut.
Sehubungan itu,
perancangan strategik dan tersusun perlu disediakan agar penglibatan koperasi dalam pelbagai aktiviti memberi keuntungan dan manfaat kepada semua anggota koperasi.
Akhir kata dari saya, selaku Pengerusi Koop Mkm Bhd, saya memohon agar semua anggota memberi sokongan sepenuhnya dan marilah kita berdoa agar Koperasi kita ini terus berdaya saing menghadapi cabaran dunia perniagaan masa kini serta sentiasa menabur bakti kepada semua anggotanya. Amin
Sekian , Wassalam. Hjh Julia Bee Ramjan Pengerusi, Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
iii ------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
PENGENALAN KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia atau lebih dikenali dengan KOOP MKM telah ditubuhkan pada 16/05/1987 di bawah Akta Koperasi 1993 .Matlamat penubuhan adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya selaras dengan prinsip koperasi. Sementara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kepenggunaan kepada anggota.
VISI Menjadi Institusi Koperasi Yang Cemerlang MISI Menjadi Institusi koperasi yang cemerlang melalui perkhidmatan dan produk yang berfokuskan anggota, pelanggan dan komuniti dengan mengutamakan kualiti, inovasi, keprihatinan dan integriti. HAK DAN KEWAJIPAN DAN LIABILITI ANGGOTA Bagi maksud seksyen 28 Akta, tiap-tiap pemohon yang telah diterima menjadi anggota dan telah menjelaskan fee masuk harga penuh seratus unit syer akan memperolehi hak,kewajipan dan liabiliti sebagai anggota koperasi AKTIVITI KOPERASI -
Tabung melalui modal yuran dan simpanan Pendidikan dan Kebajikan anggota Pembiayaan mengikut sistem syariah Pasarmini dan Cafe Bakeri
-
Kontrak bekalan makanan Perkhidmatan perbekalan (Cenderamata, Baju, Sistem UBS, Perabot ) - Katering (Majlis-majlis rasmi, Perkahwinan, sewaan kanopi, kad perkahwinan ( pakej) -
Perbekalan Baju T-shirt, Uniform, Cenderamata
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN iv ------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
PENGURUS UMUM
EKSEKUTIF AKAUN
PEMBANTU TADBIR
BAKERI
Chief Baker
Chief Baker Assistant
Pastri Chef
PASAR MINI & KAFE
PEMANDU
STOR
Penyelia
Pemandu Van
Penyelia
Penolong Penyelia
v ------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
PENTADBIRAN DAN PERJAWATAN KOOP MKM BAGI SESI 20011/2012 ANGGOTA LEMBAGA Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari Anggota Lembaga
: : : : : : :
Pn.Hjh. Julia Bee Ramjan Pn.Hjh. Armi Zainudin En. Hasrin Abu Hassan Pn. Hamidah Mohd Jos Pn. Rafedah Juhan En. Mohd Nusi Abd. Rahman Pn. Hjh. Siti Fatimah Sajadi Pn. Najmah Nawawi Pn. Hjh. Rahimah Abd. Samad Cik Noraesyah Shaari Pn. Azlifah Abas Datu Zahirudin Datu Tambuyung
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa
: : : : :
En Mohd. Shahron Anuar Said Pn. Haslinda Sujak En. Ju Shamsudin Safian En. Mohd. Rasid Abd Hair Pn. Asiah Abd. Rahman
Pengurus Umum Eksekutif Akaun Pembantu Tadbir Penyelia Stor Chef Bakeri Penolong Chef Bakeri Penyelia Pasarmini Pembantu Bakeri Pembantu Bakeri Pemandu
: : : : : : : : : :
En. Sabri Alang Mohamad En. Mohd Zuhair Md Sharif Pn. Norhana Talib En Omar Bujang En. Mohd Aswad Md Yaacof Cik Norliza Azais
JURUAUDIT LUAR
:
Noh And Associates
BANK
:
CIMB Islamic
TELEFON
:
03-79571481
FAKS
:
03-79543957
Laman Web dan E-mail
:
www.koopmkm.com.my /
KAKITANGAN KOOP MKM
En. Mohd Norhafiz Abd. Rahman -
[email protected]
LAPORAN TAHUNAN 20011/12 DARIPADA LEMBAGA ------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Pihak Anggota Lembaga Koop MKM dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Lembaga berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi 2011/2012.
1.0
KEANGGOTAAN
Sepanjang sesi 2011/12 yang bermula 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012, bilangan keanggotaan Koop MKM telah berubah.
Ini adalah kerana pengemaskinian
keanggotaan telah dilakukan dengan mengenalpasti senarai nama anggota yang telah membuat pembayaran saham sepenuhnya. Selain itu, proses ini juga cuba mengenalpasti anggota yang telah tamat dan juga anggota yang telah meninggal dunia untuk tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian, isu keanggotaan ini amat diberi perhatian kerana kewujudan koperasi adalah untuk keperluan anggota. Proses kemasukan dan penamatan anggota akan diperkemaskinikan secara berterusan dan dipantau. Jumlah Anggota pada 30 JUN Peratus Naik/(Turun)
2006 247 8.3%
2007 255 3.2%
2008 265 4%
2009 273 3%
2010 351 28.6%
2011 353 0.6%
2012 275 - 22.1%
Jumlah Anggota 400 300
351 247
255
265
273
353 275
200 Jumlah Anggota
100 0 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 TAHUN
2.0
LAPORAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KAKITANGAN
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Sepanjang sesi 2011/12, Koop MKM Berhad telah mengalami banyak pertukaran (keluar-masuk) samada dalam struktur Lembaga dan juga Pengurusan. Namun begitu, Koop MKM Berhad masih lagi ditadbir dan diurus oleh 12 orang Lembaga dan 7 orang kakitangan setakat ini. Bagi memastikan pemantauan perjalanan pentadbiran dan pengurusan dilaksanakan dengan baik, Lembaga telah melantik 5 orang Jawatankuasa Audit Dalaman seperti mana yang termaktub di dalam sek.42A untuk menjalankan kerjakerja audit dalaman. 2.1 Kakitangan Koperasi
Pentadbiran Koperasi dan urusan aktiviti-aktiviti perniagaan koperasi ditadbir oleh Pengurus Koperasi .Segala urusan anggota koperasi dan pelanggan dibuat di pejabat koperasi yang menempatkan 3 orang kakitangan iaitu Pembantu Tadbir,Eksekutif Akaun dan Pengurus Koperasi .
Bagi setiap aktiviti atau projek samada jangka panjang atau pendek, Pengurus Koperasi akan menyelia dan akan berbincang dengan Lembaga yang mengetuai sesebuah Jawatankuasa Kecil untuk tindakan. Segala maklumat dan isu akan diperbincangkan dalam mesyuarat Lembaga yang diadakan seboleh-bolehnya sebulan sekali. Namun begitu sekiranya ada perkara yang dapat diselesaikan secara mudah dan cepat Pengurus Koperasi perlu menyelesaikannya dengan langkah terbaik. Jawatankuasa Kecil juga turut bersidang mengikut keperluan bersama Pengurus Koperasi bagi melicinkan operasi koperasi. Lembaga juga ada mengadakan mesyuarat bersama kakitangan untuk meminta pandangan dan pendapat untuk kebaikan bersama selain mengeratkan silaturahim. Koop MKM Berhad telah melakukan penyelarasan gaji selaras dengan kehendak gaji minimum kepada beberapa kakitangan koperasi yang terlibat. 2.2 Naiktaraf
Pada tahun 2012, Koop MKM Berhad telah mendapat geran untuk terlibat dalam program TUKAR yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Perubahan wajah, susunan layout dan sistem pembelian juga telah dilakukan seperti yang dikehendaki. Pasarmini telah dijenamakan sebagai Coop Mart. Selain itu, kakitangan juga diberi latihan dan penerangan bagi
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
memastikan
program
ini
dilaksanakan
dengan
baik.
Selain
itu,
permohonan
perkhidmatan Unifi telah dilakukan bagi meningkatkan perhubungan dan rangkaian sesama anggota, pelanggan dan juga pembekal. Ini bagi mempercepatkan operasi tempahan, mendapatkan maklumat serta penambahan pengetahuan dikalangan kakitangan. Pengisian-pengisian maklumat lain akan ditambah dari semasa ke semasa terutamanya dalam Laman Web Koop MKM Berhad.
2.3 Kedudukan Kakitangan
Jumlah keseluruhan kakitangan adalah seramai 7 orang Pejabat Koperasi Unit Bekalan Unit Pasarmini dan Kafe Unit Bakeri Pemandu JUMLAH
3.0
3 1 1 2 7
MESYUARAT LEMBAGA
Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan Koop MKM, pihak Anggota Lembaga telah mengadakan
mesyuarat
sekurang-kurangnya
sekali
bagi
setiap
bulan
untuk
membincangkan agenda seperti yang telah ditetapkan dalam UUK Koop MKM.
Anggota Lembaga juga telah mewujudkan 6 Jawatankuasa yang membantu mengurus dan menjalankan aktiviti. Jawatankuasa ini juga telah mengadakan mesyuarat pada masa-masa tertentu yang difikirkan perlu. Selain itu, koperasi juga turut mengadakan mesyuarat pengurusan dan kakitangan bagi mengenalpasti masalah berkaitan pengurusan dan aktiviti koperasi. Mesyuarat Khas juga kadang-kadang diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang memerlukan perbincangan dan mendapat keputusan segera.
Senarai kehadiran Anggota Lembaga dalam mesyuarat Lembaga sepanjang Januari 2012 – Disember 2012 ditunjukkan dalam jadual berikut:-
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Bil.
KEHADIRAN ANGGOTA LEMBAGA
29/1 2/11
27/1
21/2
23/3
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.
Pn. Julia Bee Ramjan - Pengerusi Pn. Hjh. Armi Hj. Zainudin – Timb. Pengerusi/JKK Kebajikan Hasrin Abu Hassan - Setiausaha Pn. Hamidah Mohd Jos – Pen. Setiausaha Pn. Rafedah Juhan – Bendahari En.Mohd Nusi Abd. Rahman – Pen. Bendahari Pn. Najmah Nawawi – JKK Projek & Perkhidmatan Pn. Azlifah Abas – JKK Projek & Perkhidmatan Pn. Siti Fatimah Sajadi – JKK Promosi & Buletin Cik Noraesyah Saari – JKK Bakeri Pn. Rahimah Abd. Samad – JKK Peruncitan En. D. Zahiruddin D. Tambuyong – JKK Kontrak & Bekalan Pn. Norhayati Abdul Rahman – JKK Projek & Perkhidmatan Hj. Ramlan Kamsin – JKK Bakeri Pn. Hjh. Nurizah Noordin – Bendahari
Lantikan
27/4
15/6
26/7
14/8
Lantikan Lantikan Letak Jawatan Letak Jawatan Letak Jawatan
3.1 Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi Pihak Lembaga berharap supaya Undang-undang Kecil Koop MKM Berhad dapat persetujuan semula semua angota untuk diluluskan pada mesyuarat agung pada kali ini. Undang-Undang Kecil ini telah dibawa semasa MAT yang terdahulu. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan Undang-undang Kecil terlewat untuk didaftarkan.
4.0
JAWATANKUASA KOPERASI
Sepanjang sesi 2011/12 sebanyak 6 Jawatankuasa yang dibentuk bagi mentadbir dan mengurus aktiviti koperasi telah menjalankan aktiviti mengikut perancangan yang telah dipersetujui melalui mesyuarat Lembaga. Jawatankuasa ini juga melibatkan anggota untuk membantu Lembaga menjalankan aktiviti dengan lancar. Berikut adalah jawatankuasa yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti dengan dipengerusikan oleh anggota Lembaga yang dilantik melalui mesyuarat Lembaga. I. II. III. IV. V. VI. 4.1
JK Bakeri JK Projek & Perkhidmatan JK Promosi & Buletin JK Kebajikan & Pendidikan JK Peruncitan & Pengguna JK Kontrak & Bekalan
- Pn. Julia / Cik Noraesyah - Pn. Najmah / Pn. Azlifah - Pn Hjh Siti Fatimah - Pn. Hjh Armi - Pn. Hjh. Rahimah - Datu Zahirudin
LAPORAN JKK BAKERI
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
20/9
22/10
Pengerusi Bersama Setiausaha AJK
4.1.1
-
Pn Hjh. Julia bt Ramjan / Cik Noraesyah Saari Pn Hazimah bt Ramli Pn Nasibah Ahmad Pn. Siti Maimunah Jerni En. Azizul Aziz Pn Hasnah Laili Mutasar
Aktiviti Pengeluaran
Aktiviti Bakeri Koop MKM yang mula diusahakan pada tahun 2005 dengan penjualan roti dan kek kini telah dikembangkan kepada pelbagai jenis roti, biskut, pizza dan kek. Sepanjang tahun kewangan 2011/2012, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi bakeri. Bakeri Koop MKM masih meneruskan aktiviti seperti pengeluaran produk bakeri untuk majlis-majlis seperti Hari Koperasi Negara, tempahan dari koperasi-koperasi, tempahan Hari Raya dan majlis rasmi. Di samping itu, kita juga terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak MKM, SKM dan ANGKASA dengan membuka gerai jualan untuk mempromosikan produk bakeri kepada orang ramai. Memandangkan berlaku pertukaran polisi berkenaan dengan pendaftaran sijil HALAL, Jawatankuasa terpaksa menangguhkan permohonan sijil tersebut sehingga koperasi mendapat tempat yang sesuai dan diiktiraf oleh badan persijilan halal. 4.1.2
Prestasi
Daripada akaun untung rugi bakeri, aktiviti ini mula menunjukkan keuntungan (RM2,792.07) berbanding tahun lepas ( - RM18,903.54). Ini disebabkan oleh berlaku peningkatan jualan produk bakeri pada tahun 2012. Jawatankuasa juga telah melaksanakan pemantauan pembelian bahan mentah sebelum pengeluaran bakeri dijalankan.
4.1.3
Perancangan
Langkah-langkah yang akan diambil dan mula dijalankan seperti berikut:
1. Kakitangan akan diberikan latihan lengkap mengenai pengurusan bakeri, mutu kerja, dan penambahbaikan resipi untuk penghasilan produk-produk baru. 2. Pembekal-pembekal telah dikenalpasti bagi membekalkan bahan-bahan terus dari kilang dengan harga lebih murah. 3. Pengurusan stok bahan mentah akan dinaik taraf dan diperketatkan. 4. Mempergiatkan akiviti pemasaran untuk mendapatkan lokasi baru.
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Bagi meningkatkan lagi prestasi, Jawatankuasa mengalu-alukan cadangan dan sokongan daripada anggota untuk penambahbaikan produk bakeri.
4.2
LAPORAN JKK PROJEK & PERKHIDMATAN
Pengerusi Pen. Pengerusi Setiausaha AJK
4.2.1
-
Pn. Najmah binti Nawawi Pn. Azlifah binti Abas Cik Norsyeirawani Shari En. Amiruddin Muhamad Salim Pn. Norhayati Abdul Rahman En. Mohd. Johari Khairil Anuar En. Mohd. Irwan Abd. Malek
Peranan Ahli Jawatankuasa
Jawatankuasa Projek dan Perkhidmatan (JPP) meneruskan projek-projek yang sedia ada di samping beberapa projek baru. Sehingga kini, terdapat lima projek yang sedang dijalankan iaitu projek Tempat Letak Kereta (MKM Jalan Tandang), projek Belajar Memandu (kerjasama dengan Metro Driving), projek sewa rumah pelajar (pelajar jangka panjang MKM), dan projek Pembekalan Buku. JPP tidak begitu agresif untuk menjalankan banyak projek pada satu-satu masa kerana ingin melihat kemajuan setiap projek yang ada sebelum mencadangkan projek yang baru. 4.2.2 Secara
Laporan Projek keseluruhannya,
pendapatan
koperasi
2012
dari
aktiviti
Projek
dan
Perkhidmatan menunjukkan peningkatan untung bersih sebanyak RM53,585.63 (425.51%) berbanding untung bersih 2011 hanya RM12,593.17. Penyumbang utama pendapatan diperoleh dari Projek Tempat Letak Kereta dan Sewa Parking. Sepanjang tahun kewangan Julai 2011 hingga Jun 2013, berikut merupakan projek yang dipantau oleh JPP ini.
i. Projek Sewa Parking Projek ini mula dijalankan Disember 2011. Keuntungan yang diperoleh amat memberangsangkan kerana kos yang terlibat hanya kos lesen (tahunan) dan komisen kepada penjaga letak kereta. Pelanggan projek ini boleh memilih untuk membayar secara
bulanan
atau
harian.
Walau
bagaimanapun,
JPP
berhasrat
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
untuk
menambahbaikkan kemudahan letak kereta dengan memasang lampu bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang meletak kenderaan sehingga malam. Sehubungan itu, JPP sedang berusaha untuk menambah lot letak kereta kerana permintaan yang tinggi.
ii. Projek Belajar Memandu Projek pemanduan ini dijalankan dengan kerjasama dengan syarikat Metro Driving Berhad. Beberapa perjumpaan telah dibuat dan mereka bersetuju untuk melantik Koperasi Kakitangan MKM sebagai agen untuk menarik pelajar dan lain-lain koperasi untuk berkursus dan belajar memandu kereta dengan syarikat Metro Driving. Dari semasa ke semasa, promosi dijalankan untuk memaklumkan kepada anggota, pelajar kursus panjang MKM, koperasi, dan orang ramai melalui buletin koperasi, laman sesawang koperasi dan facebook koperasi serta individu. iii. Projek Sewa Rumah
Projek ini berjalan seperti biasa. Walau bagaimanapun, beberapa rumah telah dipulangkan kepada pemilik kerana ramai pelajar lebih berminat untuk menjadi penginapan sendiri. JPP bercadang untuk menghentikan projek ini jika didapati sambutan tidak memuaskan. iv. Projek Pembekalan Buku
Koperasi Kakitangan MKM merupakan salah satu panel pembekal buku kepada Maktab Koperasi Malaysia. Oleh itu, kebanyakan tempahan buku diperoleh dari Unit Perpustakaan MKM. v. Pendapatan Sewa Tapak Mesin
Pihak koperasi dari semasa ke semasa memastikan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin. Koperasi mendapati permintaan jualan air selepas waktu kerja amat menggalakkan dari pelajar kursus panjang dan kursus pendek. Sehubungan itu, sebanyak dua buah mesin minuman (vending machine) ditempatkan di MKM Jalan Templer dan sebuah di MKM Jalan Selangor. Selain itu, bagi memudahkan staf MKM, pelajar dan lain-lain pelanggan menambah nilai telefon bimbit, koperasi juga
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
menyediakan mesin tambah nilai yang ditempatkan di hadapan perpustakaan MKM. Setiap tapak mesin dikenakan sewa RM100.00 sebulan.
Memandangkan jualan air mendapat permintaan tinggi, JPP mencadangkan koperasi membuat kajian pasaran sama ada koperasi patut membeli sendiri mesin minuman sendiri dan meletakkan di kawasan yang strategik. Semua urusan penyelenggaraan akan diuruskan oleh syarikat tersebut. 4.2.3
Prestasi
i.
Projek Parking
Bagi tahun kewangan Julai 2011 hingga Jun 2012, aktiviti ini membolehkan koperasi memperoleh pendapatan yang memberangsangkan. Jumlah kutipan bersih bagi sewa tempat letak kereta adalah sebanyak RM22,277.50 sepanjang bulan Disember 2011 hingga Jun 2012 berbanding perbelanjaan hanya berjumlah RM2654.50. Komisyen sebanyak RM300 mulai diberi Mac 2012 kepada penjaga letak kereta secara bulanan kerana pendapatan dari bayaran letak kereta harian melebihi RM2000.00 sehari. Rajah 1 menunjukkan pendapatan bulanan projek ini. Didapati projek ini menyumbang 41.57 peratus bagi keseluruhan untung bersih aktiviti projek dan perkhidmatan. Rajah 1: Pendapatan Projek Tempat Letak Kereta di Jalan Tandang, PJ
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
ii.
Projek Sewa Rumah
Rajah 2 menunjukkan hanya 6.88 peratus keuntungan bersih projek Sewa Rumah berbanding tahun sebelumnya untuk keseluruhan aktiviti Projek dan Perkhidmatan. Pendapatan bersih projek ini berjumlah RM9160.75 sahaja. Walaupun sebanyak empat buah rumah ditamatkan perjanjian, dan perabot dan peralatan terpaksa dilelong, secara keseluruhannya pendapatan projek ini masih memberikan keuntungan. Rajah 2: Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Sewa Rumah
iii.
Projek Pembekalan Buku
Prestasi pembekalan buku kepada MKM bagi 2012 ditunjukkan di Rajah 3. Secara keseluruhan menunjukkan peningkatan yang amat tinggi iaitu 260.24 peratus berbanding 2011. Ia menunjukkan jumlah keuntungan bersih sebanyak RM21,947.38. Peningkatan pendapatan dalam projek ini diharapkan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang.
Rajah 3: Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Sewa Rumah
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
iv.
Projek Belajar Memandu
Prestasi projek ini agak dingin walaupun promosi dijalankan dengan giat. Sehingga kini hanya seorang anggota yang mengambil lesen kereta. Anggota membuat pinjaman dari koperasi, dan koperasi menerima caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Projek ini patut diteruskan kerana koperasi akan menerima komisen dari Metro Driving di atas pelajar yang berdaftar melalui koperasi. 4.2.4
Projek Akan datang
JPP dari semasa ke semasa membuat tinjauan projek baru tanpa melibatkan kos terhadap koperasi. Berikut merupakan projek yang dicadangkan.
Bil
Idea/Aktiviti
Status
Pengawal keselamatan
Perbincangan telah dijalankan dengan syarikat pengendali pengawal keselamatan. Koperasi akan memperoleh komisen jika mendapat pelanggan.
2.
Projek Cuci Kereta
Projek ini dijalankan mulai Oktober 2012 dengan sewaan tapak di MKM Jalan Tandang sebanyak RM400.00 sebulan.
3.
Pembelian tanah dan bangunan
JPP mencadangkan tabung khas untuk membeli tanah dan bangunan.
1.
4.2.5
Kesimpulan
Koperasi merupakan milik anggota dan JPP hanyalah pelaksana untuk mencari projek-projek yang berpotensi yang akhirnya memberi manfaat kepada keseluruhan anggota. Justeru, JPP mengalu-alukan sebarang cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk dijalankan. Pandangan dan cadangan dari anggota semua sangatlah diharapkan dalam membantu JPP mengenal pasti projek yang berdaya saing dan maju. Kerjasama dan idea anggota koperasi diharapkan dapat menjadikan prestasi koperasi lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu.
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
4.3
LAPORAN JKK PROMOSI & BULETIN
Pengerusi Setiausaha AJK
4.3.1
-
Pn. Hjh. Siti Fatimah Sajadi En.Mohd. Hasrulnizan Kusaini Pn.Rosidah Rashid
Peranan Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat ALK Bil1/2012, memutuskan Jawatankuasa Promosi dan Buletin diasingkan fungsinya dari Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan dengan peruntukan dua orang anggota jawatankuasa. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mempromosi produk dan perkhidmatan KOOP MKM dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa-kawatankuasa KOOP MKM yang lain melalui media utama promosi iaitu Buletin KOOP. Ini bermakna kerjasama daripada jawatankuasa–jawatankuasa lain amat diperlukan bagi sumbangan maklumat yang perlu dipromosikan. Selain dari itu, promosi juga dilaksanakan melalui laman web,Facebook dan poster. 4.3.2
Promosi Melalui Buletin
Bagi sesi 2011/2012 ini Jawatankuasa telah merancang untuk menerbitkan tiga keluaran buletin sebagaimana diputuskan di dalam Mesyuarat ALK. Setakat ini dua keluaran telah diterbitkan manakala buletin ketiga diterbitkan sempena Mesyuara Agung Tahunan KOOP MKM kali ke 25. Jawatankuasa telah memutuskan format keluaran yang standard bagi setiap keluaran
dari segi warna layout dan header buletin. Keluaran pertama
buletin menyiarkan laporan berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) koperasi kali ke 24 serta keputusan-keputusan penting yang telah dipersetujui semasa MAT serta laporan
prestasi dan pencapaian KOOP MKM sepanjang sesi 2010/2011. Setiap
keluaran juga dimuatkan dengan iklan-iklan produk dan perkhidmatan
KOOP MKM
seperti produk bakeri, katering, lot parkir, petak laman niaga, bekalan ayam segar, kelas memandu Metro Driving dan produk-produk lain di samping promosi menarik keanggotaan baru KOOP MKM. Buletin keluaran kedua pula memberi fokus kepada menyebarkan maklumat mengenai bentuk-bentuk pinjaman yang
disediakan oleh
KOOP MKM seperti Bai Al Inah dan Bai' Bithaman Ajil. Buletin keluaran ketiga pula memaparkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang telah menjana pendapatan kepada KOOP MKM di samping lain-lain aktiviti sosial yang telah dijalankan.
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Memandangkan sebahagian besar anggota merupakan kakitngan MKM, lazimnya setiap keluaran disebarkan kepada anggota melalui emel MKM. Alternatif lain sebaran ialah melalui buletin yang dicetak dengan bilangan yang terhad dan ditempatkan di kaunter KOOP Mart MKM, pejabat KOOP MKM dan di unit-unit tertentu untuk sebaran anggota. Buletin ini juga dimuatnaik ke laman web rasmi KOOP-MKM untuk sebaran yang lebih meluas. 4.3.3
Promosi Melalui Laman Web dan Facebook
Dewasa ini, laman web dan Facebook merupakan media penting untuk penyebaran maklumat atau
promosi berkesan. Promosi melalui media ini memerlukan tindakan
kemskini yang kerap dan berterusan bagi memastikan laman web sentiasa dikunjungi dan mendapat kepercayaan pengunjungnya. Laman web dan Facebook ini perlu di kemaskini dengan makluman-makluman atau hebahan-hebahan semasa berkaitan aktiviti KOOP MKM dan wajar dikendali oleh petugas yang tetap. Mesyuarat ALK telah memutuskan bahawa tugas ini wajar dilaksanakan oleh kakitangan KOOP MKM dengan terlebih dahulu mendapat bimbingan dari pihak jawatankuasa. Sehubungan itu, Pn Rosidah Rashid ( pensyarah
pusat INFOTEC) telah memberikan kursus khas atau
bimbingan kepada kakitangan KOOP MKM yang diberi tanggungjawab mengendali laman web dan Facebook MKM. Sebahagian maklumat asas di dalam laman web telah telah terlebih dahulu dikemaskini oleh beliau. Walau bagaimanapun promosi ini kurang berkesan
kerana
KOOP
MKM
mengalami
masalah
kakitangan
yang
diberi
tanggungjawab sering bertukar ganti.
4.3.4
Promosi Melalui Poster
Pihak jawatankuasa juga menjalankan promosi melalui poster-poster yang ditampal di tempat-tempat yang strategik di MKM seperti di ruang punch card, KOOP Mart MKM dan papan-papan makluman. Antara promosi yang dibuat melalui media ini adalah promosi menarik minat kakitangan untuk menjadi anggota dan promosi pinjaman tunai sehingga RM20,000.
Selain itu kaedah promosi ini juga dijalankan bagi maksud
tindakan segera jawatankuasa lain seperti promosi Jawatankuasa Projek dan Perkhidmatan untuk jualan perabot terpakai rumah sewaan KOOP MKM.
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
4.3.5
Promosi Melalui Persembahan Multimedia
Persembahan multimedia juga merupakan satu kaedah promosi semasa yang berkesan. Bagi tujuan ini pihak jawatankuasa telah mengiklankan Pertandingan Persembahan Multimedia Koperasi melalui poster-poster sebanyak dua kali. Kali pertama iklan menawarkan hadiah sebanyak RM100 kepada pemenang yang dibuka kepada pelajarpelajar jangka panjang MKM. Memandangkan tiada penyertaan, iklan kedua dikeluarkan dengan menawarkan RM100 bagi tempat pertama, RM70 bagi tempat kedua dan RM50 bagi tempat ketiga dan dibuka kepada pelajar dan kakitangan MKM. Walau bagaimanapun, sehingga tarikh tutup tiada sebarang penyertaan, justru projek ini ditangguhkan.
4.3.6
Kesimpulan
Usaha-usaha membuat promosi dan hebahan telah giat dijalankan oleh pihak jawatankuasa. Namun, diakui bahawa promosi atau hebahan masih kurang berkesan kerana perbagai masalah. Tinjauan kasar mendapati masih ramai anggota yang tidak mendapat sebaran maklumat melalui emel kerana masalah pangkalan data anggota tiada alamat emel. Sebahagian anggota yang merupakan kakitangan MKM pula tidak membaca emel Buletin KOOP MKM kerana memberi keutamaan emel tugas rasmi. Promosi melalui laman web dan Facebook juga kurang berkesan kerana masalah kakitangan yang sepatutnya mengendalikan laman web dan facebook sering bertukar ganti walaupun latihan demi latihan telah diberikan. Justru, bagi mengatasi masalah ini, sebaran buletin berbentuk naskah cetakan berwarna yang lebih menarik dicadangkan sebagai kaedah penyampaian maklumat yang lebih efektif. Sumbangan bahan-bahan berita mengenai perancangan dan perkembangan aktiviti-aktiviti koperasi dari pihak jawatankuasa-jawatankuasa lain juga dijangka mampu memberi sokongan kepada kelancaran penulisan buletin dan penyebarannya.
4.4
LAPORAN JKK KEBAJIKAN & PENDIDIKAN
Pengerusi Setiausaha AJK
- Pn. Hjh. Armi Zainuddin - Pn. Zaiton binti Mustapa - Pn. Hamidah bt. Mohd. Jos (meletak jawatan pada 30 Sept. 2012) - Pn. Nor Azlina bt. Kassim (dilantik pada 1 Okt. 2012) - En. Mohd. Khairil b. Abd. Hadi (dilantik pada 1 Sept. 2012)
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Jawatankuasa ini telah mengadakan sebanyak 6 kali mesyuarat sehingga Disember 2012. Tarikh-tarikh mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :1. 2. 3. 4. 5. 6.
Bil. 1/2011 Bil. 2/2011 Bil. 3/2011 Bil. 4/2011 Bil. 5/2011 Bil. 6/2011
-
1 Februari 2012 25 April 2012 11 Jun 2012 4 Oktober 2012 20 November 2012 14 Disember 2012
Dalam tempoh setahun, JKP telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :4.4.1
Ceramah
Sebanyak enam (6) program ceramah telah diadakan sepanjang tahun 2012 termasuk dua (2) adalah anjuran bersama. Empat (4) ceramah di bawah jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan. Bil 1.
2.
3. 4.
Ceramah Penipuan Gores dan Menang
Pemahaman dan Pembahagian “Harta Sepencarian”
Pendidikan Anggota Infaq Lil-Waqf
Tarikh
Penceramah
12 Januari 2012
15 Jun 2012
Supt. Ahmad Noordin bin Ismail Penolong Pengarah Operasi / Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah, Komersil, Bukit Aman. En. Mohd. Zulkifli b. Ismail Timb. Ketua Pengarah As-Salihin Trustee Bhd. Pn. Roziah bt. Mohamed Pegawai Latihan, Pusat CALL
12 Julai 2012
20 Disember 2012 Penceramah dari ANGKASA
Dua (2) ceramah adalah anjuran bersama. Bil
Ceramah
Tarikh
1.
Ceramah Kesihatan - Diet Seimbang
5 April 2012
2.
Jujur dalam Pekerjaan, Berkat dalam Kehidupan
29 Jun 2012
Anjuran Bersama
PUSPANITA MKM MKM
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
4.4.2 Kebajikan Menziarahi dan melawat anggota yang uzur, melahirkan anak, berkahwin dan sebagainya adalah menjadi perkara penting yang diberikan perhatian di samping memberikan sedikit sumbangan seperti berikut :-
Bil.
4.4.3
Perkara
Kuantiti
Jumlah (RM)
1.
Perkahwinan
2
400.00
2.
Kelahiran
6
300.00
3.
Khairat Kematian
6
2,000.00
4.
Bersara
3
900.00
Jumlah
17
3,600.00
Hadiah Hari Lahir Anggota
ALK telah memutuskan bahawa hadiah hari lahir anggota akan diberikan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM20.00 bagi setiap anggota yang akan diberi pada hari pendaftaran Mesyuarat Agung ke 25 (27 Disember 2012). Pemberian wang tunai ini diberikan setelah mendapat maklum balas daripada anggota.
4.4.4
Hadiah Pelajaran
Sebagai dorongan dan galakan dalam pelajaran, saguhati akan diberikan kepada anakanak anggota yang telah mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan Matrikulasi.
Hadiah pelajaran ini akan diumum
dan
disampaikan selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan.
4.4.5
Lawatan
Satu lawatan telah diadakan ke Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan pada 28 – 30 September 2012. mengikutinya.
Seramai 25 orang anggota Koop. MKM dan keluarga telah
Bayaran untuk mengikuti lawatan ini adalah sebanyak RM 100.00
(anggota), RM 120.00 (bukan anggota) dan RM 60.00 (kana-kanak berumur dan 4 – 12 tahun).
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Tempat-tempat yang telah dilawati adalah seperti berikut :Tarikh Negeri
Tempat
29 Sept. Kelantan
Pasar Siti Khadijah dan Rantau Panjang
30 Sept. Terengganu
Pasar Payang, Masjid Kristal, Kilang Keropok Lekor di Kuala Terengganu Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu
30 Sept. Lawatan Khas
Pada keseluruhannya, lawatan tersebut telah berjaya dan berjalan seperti yang dirancang. 4.5
LAPORAN JKK PERUNCITAN & PENGGUNA
Pengerusi Bendahari Setiausaha AJK
4.5.1
-
Pn. Hjh Rahimah bt. Abdul Samad Pn. Zarina bt. Ab. Azais Pn. Fadzilah bt. Ahmad Pn. Arfizawati bt. Abd. Hadi En. Abu Bakar b. Ramle En. TZ Mohd Fitree b. Zakaria
Program Tukar
Pada 19/4/2012 Pasarmini Koop MKM telah terlibat dengan Program TUKAR diabawah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kini Pasarmini Koop MKM telah di tukar kepada CoopMart. Pertukaran ini telah dilaksanakan dengan rasminya oleh Menteri Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Datuk Seri Ismail bin Sabri. CoopMart kini menjual produk jenama Coo1Malaysia seperti Susu, tepung, Santan peket, garam, chili sauce, sardine dan lain-lain lagi barang-barang kering.
Dengan transformasi ini mengubah imej pasarmini menjadi lebih ceria dan
suasana yang selesa kepada pelanggan. 4.5.2
Rakan Dagang Bank Rakyat
Sempena pertukaran Pasarmini Koop MKM kepada CoopMart, Koop MKM juga telah rakan dagang Bank Rakyat dengan pelancan Kad Diskaun Pengguna. Dengan memiliki kad diskaun ini pengguna boleh menikmati diskaun pembelian dari CoopMart.
4.5.3
Cafeteria
AJK diberi tanggungjawab dalam pengurusan Café. Lisa Catering telah dilantik untuk menyediakan makanan kepada staf dan peserta kursus jangka panjang.
AJK juga
bertanggung jawab juga memantau Café di tapak MKMi Jalan Tandang
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
4.5.4
Menu 1 Malaysia
Sebagai menyahut seruan kerajaan Menu 1Malaysia telah dilancarkan pada 15 Mei 2012 di Cafeteria MKM di Jalan Tandang. Harga Menu 1Malaysia ialah RM2.00 untuk set sarapan dan RM4.00 untuk set makan tengahari.
4.5.5
Promosi
Dalam usaha meningkatkan lagi jualan dan mempromosikan barangan cenderahati CoopMart beberapa langkah telah diambil seperti mengadakan jualan di Skylight MKM dan membuka booth di Seminar-seminar anjuran MKM didalam dan luar MKM. Barangbarang cenderahati juga telah dipamerkan di Lobi Auditorium sebagai langkah mempromosikan kepada peserta kursus. 4.6
LAPORAN JKK KONTRAK & BEKALAN MAKANAN
Pengerusi Bendahari Setiausaha AJK
4.6.1
-
En Datu Zahiruddin Datu Tambuyong Pn Zaleha Yusuf Pn Halimah Rabiah Pn Aishah Ariffin En Abdul Razak Osman Pn Sharifah Norashikin Pn Khadijah Abdullah Tn Hj Idris Malek
Peranan Jawatankuasa
Jawatankuasa yang dilantik memainkan peranan penting dalam memastikan sistem operasi Jawatankuasa bekalan dan katering bergerak lancar dengan pemantauan dan penelitian dalam masalah-masalah yang dihadapi dan seterusnya mencari jalan penyelesaian. Bertindak seiring dengan kakitangan koperasi dan menjadi satu pasukan yang menjamin kejayaan projek Jawatankuasa Bekalan Makanan dan Katering sebagai punca pendapatan utama bagi Koperasi Maktab Kerjasama Malaysia Berhad.
4.6.2
Laporan Jawatankuasa
Berikutan dengan kenaikan harga sejak akhir - akhir ini yang kian meruncing ,lantaran keadaan ekonomi global yang tidak stabil menjadikan ia satu cabaran getir bagi pihak Jawatankuasa
untuk
mencari
alternatif
bagi
memaksimumkan
pendapatan
Jawatankuasa dan Koperasi secara amnya.
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Kalau dilihat pada prestasi tahun ini , kadar keuntungan
mula berganjak secara
mendadak jika dibandingkan keuntungan pada beberapa tahun lepas. Tindakan yang lebih drastik telah diambil bagi memastikan kadar keuntungan tidak akan berada di takuk lama dan akan terus meningkat naik. Antara langkah yang dimaksudkan adalah dengan mengenalpasti dan menganalisa harga-harga yang ditawarkan oleh pembekal sedia ada ,serta menambah pembekal-pembekal baru, Selain daripada itu, memastikan amalan kawalan stok yang lebih kemas dan sistematik diwujudkan. Pihak Jawatankuasa bertekad untuk berusaha dengan lebih gigih dalam usaha untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi dan terbaik .Setiap ahli Jawatankuasa yang dilantik sentiasa perlu menitikberatkan perlaksanaan tanggungjawab yang berdedikasi tinggi dan berhemah khusus bila ia melibatkan perihal koperasi agar lebih meyakinkan bagi mendapatkan kejayaan projek pada masa akan datang. 4.6.3
Aktiviti i. Bahagian Stor
Berikut adalah jumlah yang dicatatkan bagi tempahan dari Maktab Koperasi Malaysia bagi bulan Julai 2011 hingga Jun 2012; Data ini di catatkan dari bulan Julai 2011 hingga Jun 2012 BIL AKTIVITI 1 2 3
Mesyuarat di MKM Ceramah Kursus JUMLAH
BILANGAN TEMPAHAN
540 38 110
688
JUMLAH PENGGUNA 6189 4495 3375
14,059
- Data ini di ambil dari stor Koperasi MKM
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
ii. Aktiviti katering. Perkhidmatan katering kian bergerak aktif beroperasi dengan menerima pelbagai tempahan katering dari pelanggan luar dan dalam untuk majlis rasmi mahupun sosial antaranya seperti majlis perkahwinan, mesyuarat agung Koperasi, jamuan hari raya dan sebagainya. Kalau dilihat pada keuntungan , ianya tidaklah besar mana tetapi perkhidmatan ini menjadi pelengkap untuk pihak Jawatankuasa untuk mencapai pendapatan tambahan dan juga sebagai sumbangan pada kebajikan koperasi MKM. Sehubungan itu, perkhidmatan katering koop kini berkembang dari menerima tempahan dalaman ke tempahan ke luar kawasan. Tempahan luar dikelola oleh kakitangan koop dan dengan kerjasama panel katering luar yang dilantik oleh ahli Jawatankuasa dan Lembaga Koperasi. Koop Katering MKM, selain daripada menyediakan menu dengan harga berpatutan. Pihak Koop Katering MKM juga turut menyediakan perkhidmatan penyewaan kanopi, juru gambar dan segala kelengkapan yang diperlukan untuk majlis. 4.6.4 Prestasi i.
Bekalan Makanan (Stor)
Melihat pada pencapaian terkini menunjukan, peningkatan keuntungan yang amat ketara sebanyak 75% dari tahun sebelumnya 2011 iaitu RM 59,899.86 kepada RM 105,019.16 pada tahun 2012 .Kenaikan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah memastikan langkah penjimatan dengan mengawal belian barang yang perlu sahaja dan berusaha memastikan barang belian yang diperolehi pada harga yang terendah .Oleh itu kos belian dapat di turunkan kepada kadar 5% daripada tahun sebelumnya. Jika dilihat pada aspek jualannya pula, pihak Jawatankuasa telah berjaya
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
meningkatkan peratusan jualan berbanding dengan tahun sebelumnya sebanyak 11% iaitu dari RM 304,038.04 kepada RM 337,104.60 pada tahun ini. Manakala pebelanjaan kos tetap menunjukan sedikit penurunan sebanyak 2% dari tahun sebelumnya dan ini juga menjadi penyumbang pada peningkatan pendapatan Jawatankuasa ini. ii.
Secara
Prestasi Katering
keseluruhannya,
aktiviti
katering
bagi
tahun
2011/2012
menunjukkan
peningkatan sebanyak 16% dari segi keuntungannya iaitu RM 23,243.45 bagi tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya 2011 sebanyak RM19,994.45. Peningkatan positif sekurang-kurangnya menjadi motivasi untuk Koop Katering meningkatkan pendapatan jualan dan mutu perkhidmatannya di masa akan datang.
4.6.5
Pandangan dan harapan
Akhir sekali, pihak J/kuasa
ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memberi sokongan, kerjasama, pandangan dan cadangan dalam usaha membuat penambahbaikan bagi meningkatkan lagi prestasi Jawatankuasa Bekalan Makanan dan Katering sama ada secara langsung dan tidak langsung bagi memajukan lagi Jawatankuasa ini. Segala pandangan dan cadangan dari semua anggota amatlah di harapkan dalam memajukan koperasi kita pada tahun-tahun
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
yang mendatang. Adalah menjadi harapan agar semua ahli Jawatankuasa dan ahli koperasi agar
bersama-sama giat membantu memakmur dan memajukan koperasi
serta memastikan perjuangan yang dilakukan adalah untuk kepentingan bersama.
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
ANGGOTA LEMBAGA KOOP MKM BERHAD 2011/2012 ANGGOTA LEMBAGA 2009 2010 2011 2012 Pn. Julia Bee Ramjan - Pengerusi G/L Pn. Hjh. Armi Hj. Zainudin – Timb. Pengerusi/JKK Kebajikan G/L G Hasrin Abu Hassan – Setiausaha G/L ( Letak Jawatan) Tn Hj Ramlan b Kamsin L Pn Nurizah Noordin L Pn Norhayati ABd Rahman L (Lucut Jawatan – UUK 37) Pn. Rafedah Juhan – Bendahari G/L a. Menggantikan pergiliran En Ashaari b. Letak Jawatan Pn. Najmah Nawawi – JKK Projek & Perkhidmatan G/L Pn. Siti Fatimah Sajadi – JKK Promosi & Buletin L Cik Noraesyah Saari – JKK Bakeri G/L Pn. Rahimah Abd. Samad – JKK Peruncitan L En. D. Zahiruddin D. Tambuyong – JKK Kontrak & Bekalan L G Pn. Hamidah Mohd Jos – Pen. Setiausaha G (menggantikan Tn Hj Ramlan) En.Mohd Nusi Abd. Rahman – Pen. Bendahari G (menggantikan Pn Nurizah) Pn. Azlifah Abas – JKK Projek & Perkhidmatan G (menggantikan Pn Norhayati)
2013 G
2014
G G G G G G G G G
SENARAI ALK YANG GUGUR BAGI SESI 2011/2012 1. Pn. Hjh. Armi Hj. Zainudin (mengikut giliran) 2. En. D. Zahiruddin D. Tambuyong (mengikut giliran) 3. Pn Rafedah Juhan (Meletak jawatan) 4. En Hasrin Abu Hassan ( Meletak jawatan) 5. Pn Hamidah Mohd Jos (Gugur kerana menggantikan ALK) 6. En.Mohd Nusi Abd. Rahman (Gugur kerana menggantikan ALK) 7. Pn. Azlifah Abas (Gugur kerana menggantikan ALK) 8. Pn Siti Fatimah Sajadi ( Meletak jawatan) 9. Pn Hjh Rahimah Abd Samad ( Meletak jawatan) JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN KOOP MKM BERHAD 2011/2012 Bil. 1. 2. 3. 4. 5.
ANGGOTA
JAWATAN
En. Mohd Shahron Anuar Said Pn. Haslinda Sujak Ju Shamsudin Safian En. Mohd Rasid Abd. Hair Pn. Asiah Abd Rahman
Pengerusi Setiausaha AJK AJK AJK
SENARAI CADANGAN SEKURANG-KURANGNYA DUA PANEL JURUAUDIT LUAR Bil. 1. 2.
Panel Tetuan Sahir & Co Tetuan Noh & Associates
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
2013
------------------------------------------------------------------------------------------------Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad