Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
KOPERASI KAKITANGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BERHAD ATURAN-ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI JIMAT CERMAT DAN PEMBIAYAAN WANG 1.0
TAJUK
(1)
Aturan-aturan ini adalah dinamakan “Aturan-aturan bagi menjalankan aktiviti Jimat Cermat dan Pembiayaan Wang Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi MARA Berhad”
(2)
Aturan-aturan ini diwujudkan dibawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) dan (x) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini dan Suruhanjaya.
2.0
TUJUAN
Tujuan Aturan-aturan ini diwujudkan ialah untuk :-
(a)
Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan jimat cermat, Pembiayaan membeli barangan / perkhidmatan, Pembiayaan Pendidikan (IPT), Pembiayaan Rawatan Bersalin, Pembiayaan kerana Umrah / Ziarah dan lain-lain perkhidmatan kepada anggota.
(b)
Menjelaskan aktiviti itu dengan sempurna dan
(c)
Mengawal akan perjalanan aktiviti itu.
3.0
CARUMAN BULANAN ANGGOTA
(i)
Modal bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi daripada caruman yuran bulanan anggota-anggota seperti berikut :
PENDAPATAN (Gaji Pokok)
CARUMAN MINIMUM (Yuran Bulanan)
RM4001 – Ke atas RM3001 – RM4000 RM2001 – RM3000 RM1001 – RM2000 RM1000 – Ke bawah
RM 130.00 RM 100.00 RM 90.00 RM 60.00 RM 50.00
(ii)
Sekiranya ada tambahan, hendaklah dibuat dengan gandaan RM10.00 melalui borang yang disediakan oleh pihak Lembaga Koperasi.
4.0
JENIS PEMBIAYAAN
(i)
Pembiayaan Tunai 90% Yuran Terkumpul.
Pembiayaan 90% daripada jumlah yuran telah dibayar. Pembiayaan ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau jaminan daripada anggota-anggota lain kerana jaminannya adalah di atas wang yuran anggota yang meminjam itu sendiri.
(ii)
Pembiayaan Tunai Berjamin Pembiayaan berjamin adalah dihadkan kepada 25 bulan gaji TERMASUK ELAUN-ELAUN atau RM100,000.00 mengikut mana yang kurang. Pembiayaan ini hendaklah dijamin oleh anggota yang layak menjamin atas perkiraan amaun yang dipinjamkan seperti butiran dibawah:
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
AMAUN YANG DIPINJAM
PENJAMIN
RM1,000.00 Hingga - 2 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan RM10,000.00 di bawah RM2,000.00 atau; - 1 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM2,000.00 atau; - Tiada penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM5,000.00 atau; - Tiada penjamin jika mempunyai caruman terkumpul melebihi RM10,000.00. RM10,001.00 Hingga - 2 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di RM30,000.00 bawah RM4,000.00 atau; - 1 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM4,000.00 atau; - Tiada penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM7,000.00 atau; - Tiada penjamin jika mempunyai caruman terkumpul antara RM15,000.00 hingga RM30,000.00 RM30,001.00 Hingga - 2 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di RM50,000.00 bawah RM5,000.00 atau; - 1 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM5,000.00 atau; - Tiada penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM8,000.00 atau; - Tiada penjamin jika mempunyai caruman terkumpul melebihi RM30,000.00 RM50,001.00 Hingga - 2 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan di RM100,000.00 bawah RM7,000.00 atau; - 1 Orang penjamin bagi anggota yang pendapatan telah melebihi RM7,000.00.
Bilangan penjamin tertakluk kepada jumlah yuran terkumpul.
Jumlah jaminan yang dikenakan hendaklah meliputi keseluruhan pembiayaan ini.
Pembiayaan Tunai bertindih boleh dipertimbangkan selepas anggota melunaskan 80% daripada jumlah pembiayaan asal melalui potongan gaji dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang sah.
Pembiayaan Membeli Barangan/Perkhidmatan.
(iii)
Pembiayaan ini diberikan kepada anggota-anggota yang bertujuan membeli peralatan dan aktiviti jualan barangan dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Pembiayaan Khas hanya untuk aktiviti membeli peralatan.
Pembiayaan Kecemasan
(iv)
Lembaga bolehlah meluluskan segera permohonan pembiayaan kecemasan ini kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pembiayaan jenis ini tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumendokumen yang sah.
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
(v)
Pembiayaan Pendidikan (IPT)
Pembiayaan ini diberi kepada diri anggota atau tanggungannya bagi membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi (IPT). Jumlah pembiayaan adalah dihadkan kepada RM2,500.00 atau yang mana kurang bagi pendaftaran kali pertama sahaja. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Pembiayaan Rawatan Bersalin.
(vi)
Pembiayaan ini diberikan kepada anggota atau isteri/isteri-isteri untuk tujuan di atas. Jumlah pembiayaan adalah dihadkan kepada RM2,000.00 atau yang mana kurang. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Pembiayaan Mengerjakan Umrah/Ziarah.
(vii)
Pembiayaan ini diberikan kepada diri anggota atau tanggungannya bagi membiayai perbelanjaan bagi mengerjakan Umrah/Ziarah. Jumlah pembiayaan adalah mengikut kelayakan pembiayaan. Tempoh bayaran balik tidak melebihi 36 bulan ansuran. Kelayakan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
5.0
MAKSUD PEMBIAYAAN
Pembiayaan-pembiayaan itu mengikut pertimbangan Lembaga hendaklah bagi maksudmaksud yang berguna dan mendatangkan kebaikan kepada anggota.
6.0
BAYARAN PERKHIDMATAN
Setiap permohonan pembiayaan akan dikenakan bayaran perkhidmatan yang ditetapkan oleh Anggota Lembaga seperti berikut;
1 Tahun – 5 Tahun = 4% Lebih 5 Tahun – Kurang 10 Tahun = 5%
7.0
KOS KHIDMAT PEMBIAYAAN
Kos khidmat pembiayaan dikenakan di atas jumlah pembiayaan yang diberi, yang ditetapkan oleh Lembaga Koperasi dibayar sama banyak beransur-ansur tiap-tiap bulan dalam tempoh yang sama dengan tempoh pokoknya. Bayaran hutang yang melebihi masa, akan ditetapkan kos khidmatnya. Sewaktu menghitung kos perkhidmatan di atas pembiayaan tu, maka pecahan-pecahan satu bulan yang lebih daripada 15 hari adalah dikira sebagai satu bulan penuh dan pecahan yang kurang dari 15 hari adalah dikira sebagai setengah bulan.
8.0
TEMPOH BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN
Lembaga hendaklah menetapkan tempoh bayaran balik bagi sesuatu jenis pembiayaan itu. Tempoh maksimum bagi membayar balik pembiayaan itu hendaklah tidak lebih daripada 180 bulan.
9.0
KELAYAKAN MEMOHON PEMBIAYAAN
(i)
Anggota yang telah diterima masuk menjadi anggota selama tiga bulan dan telah menyempurnakan ansuran bayaran yuran/syer bagi tempoh yang tersebut dan tidak mempuyai apa-apa baki hutang dengan koperasi adalah layak untuk memohon pembiayaan wang daripada koperasi.
(ii)
Pekerja-pekerja koperasi yang telah disahkan jawatan adalah layak memohon pembiayaan daripada koperasi. Jenis pembiayaan yang boleh diberi kepada pekerja-pekerja koperasi ialah pembiayaan berjamin sekurang-kurangnya empat orang anggota yang layak menjamin.
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
(iii) 10.0
Anggota Lembaga adalah dibenarkan meminjam dan tidak boleh menjamin sesuatu pembiayaan tempoh di dalam jawatannya sebagai anggota Lembaga.
PENJAMIN
(i)
Tiap-tiap orang anggota hanya boleh menjamin tidak lebih daripada dua orang peminjam pada sesuatu masa.
(ii)
Kecuali pembiayaan biasa, peminjam-peminjam hanya diberi kepada anggotaanggota dengan dua atau lebih penjamin-penjamin yang menjadi anggota koperasi. Sekurang-kurangnya itu seorang penjamin hendaklah menanggung kesemua pembiayaan itu setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 80% daripada yuran anggota yang menjamin yang telah dibayar olehnya. Jika tiada boleh didapati seorang penjamin yang boleh menanggung kesemua jumlah pembiayaan setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 80% daripada yuran anggota yang menjamin itu, maka Lembaga boleh membenarkan dua orang atau lebih penjamin-penjamin menanggung di antara mereka kesemua jumlah pembiayaan itu.
(iii)
Jumlah had tanggungan seseorang anggota kepada koperasi ini sama ada sebagai peminjam atau penjamin atau kedua-duanya, ialah sebanyak dua puluh lima bulan gajinya ditambah dengan jumlah yurannya yang telah dibayar. Suatu daftar yang boleh menunjukan jumlah tanggungan seseorang anggota itu sebagai peminjam dan atau penjamin hendaklah diselenggarakan oleh koperasi.
(iv)
Adalah menjadi kewajipan Lembaga menentukan penjamin-penjamin baru dilantik apabila diketahui bahawa penjamin bagi sesuatu pembiayaan itu mati atau berhenti menjadi anggota ataupun tidak mampu untuk menyempurnakan syarat-syarat jaminannya.
(v)
Seseorang peminjam yang gagal memberitahu Lembaga akan kematian atau tidak kemampuan penjamin-penjaminnya di dalam menyempurnakan tanggungan-tanggungannya akan dituntut membayar balik dengan serta merta peminjam yang diberi kepadanya.
11.0
PERMOHONAN PEMBIAYAAN
(i)
Semua permohonan pembiayaan disediakan oleh Lembaga.
hendaklah
dibuat
di
atas
borang
yang
(ii)
Permohonan-permohonan (kecuali permohonan pembiayaan kecemasan) hendaklah disampaikan sekurang-kurangnya lima belas hari sebelum Lembaga mengadakan mesyuarat bagi menimbangkannya.
(iii)
Permohonan pembiayaan kecemasan hendaklah disampaikan pada bila-bila masa yang diperlukan bersekali dengan kenyataan dan bukti-buktinya kepada Jawatankuasa Pembiayaan.
Bendahari atau Pengurus Besar adalah berkuatkuasa untuk meluluskan permohonan ini dengan serta merta dan melaporkan kepada mesyuarat Lembaga akan datang.
(iv)
Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahlulu menentukan bahawa borangborang pemohonan mereka dan dokumen-dokumen sampingannya diisi dengan sempurna dan ditandatangan. Kecuaian di segi ini akan menyebabkan permohonan ditolak dan anggota yang berkenaan akan diminta membuat permohonan semula yang mana ianya akan dipertimbangkan di dalam mesyuarat Lembaga yang akan menjelang selepas daripada mesyuarat Lembaga yang akan datang ini.
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
(v)
Penerimaan permohonan-permohonan tersebut hendaklah didaftarkan di dalam Daftar Permohonan Pembiayaan dan diberi angka pendaftaran dan kemudian diasingkan mengikut jenis-jenis pembiayaan yang diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga untuk memproses permohonanpermohonan itu pada tarikh permohonan-permohonan itu ditutup.
(vi)
Pemohon-pemohon pembiayaan biasa adalah dikecualikan daripada menyertakan kenyataan-kenyataan yang boleh menyokong permohonan mereka. Apa yang perlu ialah menyatakan sebab-sebab sahaja.
Pembiayaan bertindih membeli peralatan hanya boleh dibenarkan selepas enam (6) bulan ansuran dibayar melalui potongan pendidikan (IPT), umrah atau pembiayaan rawatan bersalin.
Pembiayaan tunai bertindih dan budibicara Anggota Lembaga Koperasi mengikut keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan.
12.0
MEMPROSES BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN
(i)
Semua borang permohonan pembiayaan (kecuali permohonan pembiayaan kecemasan) akan diproses oleh jawatankuasa Pembiayaan yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 44(2)(v).
(ii)
Bahagian pengurusan yang diwujudkan dibawah Undang-undang Kecil 44(2)(o) adalah bertanggungjawab dari segi menentukan kelayakan si pemohon dan penjamin-penjaminnya dan rekodkan kelayakan-kelayakan mereka itu di dalam Daftar Pembiayaan dan Penjamin. Bahagian ini juga perlu menentukan bahawa di pejabat-pejabat pihak berkuasa yang berkenaan setelah didapati bahawa kelayakan si pemohon itu boleh diperakukan. Sebuah daftar mengenai cagaran asset anggota-anggota hendaklah diselenggara dan dikemaskinikan.
(iii)
Sehari selepas tarikh tutup permohonan, iaitu lebih kurang dua minggu sebelum mesyuarat Lembaga akan diadakan bahagian pengurusan koperasi hendaklah menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembiayaan untuk diproses:
(a) (b) (c) (d) (iv)
senarai permohonan-permohonan pembiayaan; fail anggota-anggota yang memohon Pembiayaan mengikut angka pendaftaran Pembiayaan dan borang-borang permohonan sampingannya dan kenyataan-kenyataan yang menyokong permohonan pembiayaan; daftar kelayakan peminjam dan penjamin; dan daftar cagaran asset anggota-anggota.
Di dalam menjalankan tugas memproses permohonan pembiayaan Jawatankuasa Pembiayaan ini hendaklah menitik beratkan dari segi:
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
ini,
kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani; kelayakan si pemohon dan penjamin-penjamin; cagaran jika diperlukan dan pendaftaran cagaran-cagaran tersebut ; kesanggupan si pemohon untuk memberi kuasa kepada Jabatannya supaya memotong gajinya untuk membayar bayaran-bayaran dan caruman-caruman kepada koperasi ini ; pengesahan tujuan pembiayaan itu dipohon ; kedudukan baki pembiayaan yang lalu yang mana cadangan-cadangan pemohon hendaklah diperolehi bagi menjelaskannya ; dan memastikan bahawa jumlah bayaran balik pembiayaan caruman kepada koperasi tidak melebihi 75% dari jumlah potongan gaji bulanan pemohon.
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
13.0
TINDAKAN JAWATANKUASA PEMBIAYAAN
(i)
Setelah kerja-kerja memproses permohonan pembiayaan ini selesai maka perakuan terhadapnya hendaklah dibentangkan bagi permohonan-permohonan yang boleh diluluskan di dalam suatu senarai.
(ii)
Pemohon-pemohon yang permohonan mereka terpaksa ditolak disebabkan kurang penjamin atau permohonan mereka melebihi had yang mereka layak meminjam atau permhonan mereka tidak disertakan dengan kenyataankenyataan yang kuat bagi menyokong permohonan atau borang-borang tidak dilengkapkan dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulanpembetulan dapat dibuat dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan di dalam mesyuarat Lembaga yang akan bersidang.
(iii)
Pemohon-pemohon yang permohonan mereka boleh diluluskan hendaklah diberitahu segera supaya surat perjanjian pembiayaan dapat dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon dan penjamin-penjaminnya. Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika pihak Koperasi dan pihak pemohon bersetuju agar surat perjanjian ini diisi dan ditandatangani terlebih dahulu iaitu semasa pemohon mengemukakan permohonan.
(iv)
Pengerusi Jawatankuasa Pembiayaan setelah membuat perakuan-perakuan, hendaklah menyerahkan segala-galanya kepada Bendahari Kehormat untuk tindakan selanjutnya khasnya dari segi penyediaan cek dan baucer.
14.0
MENIMBANGKAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN DALAM MESYUARAT LEMBAGA
(i)
Apabila Lembaga bermesyuarat bagi menimbangkan permohonan pembiayaan daripada anggota-anggota, permohonan-permohonan tersebut hendaklah dipertimbangkan mengikut giliran berpandukan kepada angka pendaftaran yang ada dicatatkan pada borang-borang permohonan pembiayaan.
(ii)
Jumlah pembiayaan yang akan diluluskan pada tarikh mesyuarat tersebut hendaklah diasaskan kepada jumlah kumpulan wang untuk pembiayaan yang ada berbaki di dalam akaun bank pada tarikh mesyuarat itu diadakan.
(iii)
Di dalam mengambil keputusan meluluskan sesuatu pembiayaan, Lembaga hendaklah berpegang kepada prinsip ‘yang dahulu didahulukan’ dan bukannya atas prinsip ‘yang mustahak dan yang kecil didahulukan’.
(iv) Di antara perkara-perkara penting yang harus dibincang oleh Lembaga semasa menimbangkan permohonan-permohonan pembiayaan termasuklah: (a) Adakah si pemohon itu layak meminjam? (b) Berapa banyakkah kelayakannya meminjam? (c) Adakah jumlah pembiayaan yang ia layak memohon? (d) Penjamin-penjaminnya layak, menjamin? (e) Adakah tujuan meminjam itu sejajar dengan tujuan atau tujuan-tujuan yang disebutkan di dalam Undang-undang Kecil Koperasi? (5)
Setelah Lembaga berpuas hati di atas kedudukan permohonan-permohonan itu, maka Lembaga bolehlah menimbangkan pula cadangan-cadangan si pemohon mengenai cara-cara membayar balik pembiayaan itu dan jika tidak bersetuju di atas cadangan-cadangan balas atau mengenakan syarat-syarat dan cara-cara membayar balik pembiayaan itu.
(6)
Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan pembiayaan itu hendaklah dicadangkan dan disokong oleh Anggota Lembaga dan mendapat suara terbanyak semasa pengundian. Kelulusan atau penolakan itu hendaklah juga dicatatkan di dalam Daftar Permohonan Pembiayaan.
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
15.0
MENOLAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN
Maka hendaklah semata-mata berada di dalam kuasa Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan pembiayaan itu, menghadkan jumlah pembiayaan yang dipohon dan menolak mana-mana anggota daripada menjadi penjamin-penjamin.
Anggota-anggota tidaklah boleh menuntut bahawa pembiayaan ini adalah sebagai satu daripada hak-haknya sepertimana yang tersebut di bawah Undang-undang Kecil 15.
16.0
MEMBAYAR WANG PEMBIAYAAN
(i)
Semua bayaran wang pembiayaan (kecuali pembiayaan kecemasan) hendaklah dilakukan seminggu selepas mesyuarat Lembaga yang meluluskannya.
(ii)
Sebelum bayaran-bayaran diperbuat, Pengerusi, Kehormat Koperasi hendaklah memastikan bahawa:
(a) (b) (c) (d)
(iii)
(iv)
Setiausaha
dan
Bendahari
surat-surat perjanjian telah siap disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak berkenaan ; baucer pembiayaan telah disiapkan untuk ditandatangani; jumlah pembiayaan yang diluluskan direkodkan di dalam daftar pembiayaan ; dan daftar Penjamin telah sempurna diselenggarakan
Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang sahaja. Bayaran-bayaran pembiayaan hendaklah dibuat melalui pos berdaftar aku terima (AR regester), jika tempat tinggal pemohon itu berjauhan dari pejabat koperasi atau menyerahkannya kepada pemohon sendiri jika ianya datang mengambilnya di pejabat. Penyerahan-penyerahan seumpama ini hendaklah diakui oleh penerimanya di dalam Daftar Penyerahan dokumen dan pos dan jika menerimanya melalui pos, pemohon itu hendaklah membuat pengakuan terima di dalam baucer yang dikirimkan bersama yang mana hendaklah dikembalikan kepada Koperasi dengan secepat mungkin.
17.0
PERMOHONAN MENANGGUH ATAU MENGURANGKAN BAYARAN KEMBALI PEMBIAYAAN
Di dalam keadaan-keadaan yang terkecuali, Lembaga bolehlah membenarkan penangguhan atau pengurangan di atas sebarang bayaran ansuran pinjaman dengan syarat bahawa permohonan kerana penangguhan atau pengurangan itu telah dipersetujui oleh penjamin-penjamin. Maka tidak akan diberi penangguhan atau pengurangan itu kerana sebab-sebab kecuaian anggota dari segi pentadbiran kewangan sendiri.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan bukti penjelasan dan pengesahan daripada penjamin-penjamin. Tempoh penangguhan tidak melebihi 12 bulan bagi satu pembiayaan.
18.0
MENGEMBALIKAN BALIK PEMBIAYAAN DENGAN SEGERA
Pembiayaan, hendaklah dibayar balik dengan serta-merta dengan kos khidmat dengan tiada kelewatan dan dengan tidak terikat kepada mana-mana syarat yang pembiayaan itu diberikan di dalam perkara yang berikut:
(i)
Jika anggota yang meminjam itu berhenti menjadi anggota kerana apa-apa sebab juapun;
(ii)
Jika seseorang daripada penjamin-penjaminnya berhenti menjadi anggota dan peminjam gagal mengadakan seseorang penjamin lain yang memuaskan Lembaga;
Aturan Menjalankan Aktiviti Jimat Cermat & Pembiayaan Wang
(iii)
Jika pembiayaan yang diberikan itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak disebutkan di dalam borang permohonan;
Jika mana-mana ansuran pembiayaan terlewat dibayar selama lebih dari tiga bulan;
(iv)
(v)
Dibuktikan bahawa sikap dan kejujuran peminjam itu terhadap koperasi ini adalah berlawanan dengan kepentingan Koperasi.
19.0
MENDAPATKAN PEMBIAYAAN YANG TIDAK DIBAYAR
Maka hendaklah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi untuk mendapatkan balik pembiayaan yang telah diberikan bersekali dengan kos khidmatnya jika bayaranya tidak diterima lebih daripada tiga bulan daripada penjamin-penjamin peminjam atau pembiayaan yang dikecualikan penjamin, hutangnya akan dituntut oleh peguam Koperasi.
20.0
TANGGUNGJAWAB LEMBAGA
Jika Lembaga mungkir dengan sebab lalai dari mengambil tindakan terhadap peminjampeminjam yang membayar lewat maka adalah menjadi tanggungan Lembaga bersamasama menanggung mana-mana kerugian dialami oleh Koperasi.
21.0
ANGGOTA TIDAK BOLEH BERHENTI MELAINKAN PEMBIAYAAN TELAH DIBAYAR BALIK
Apabila seseorang anggota telah mengambil pembiayaan atau menjadi penjamin bagi sesuatu pembiayaan dan pemohonnya hendak berhenti daripada menjadi anggota tidaklah diluluskan sehingga tempoh pembiayaannya bersama kos khidmat telah dijelaskan dan tanggungan sebagai penjamin dihapuskan.
22.0
PERUNTUKKAN UNTUK KEGUNAAN BAGI MAKSUD BELANJAWAN TAHUNAN
(1)
Lembaga hendaklah memperuntukan cadangan peruntukan jumlah wang yang akan dikeluarkan sebagai pembiayaan mengikut jenis-jenis pembiayaan bagi tiaptiap bulan di dalam anggaran belanjawan tahunan ini, akan dapat dipratikkan dengan lebih berkesan dan ini akan memudahkan Lembaga merancang pelaburan dan sebagainya.
(2)
Kawalan terhadap wang peruntukan ini bolehlah diadakan kelonggaran sedikit untuk menjaga kepentingan keperluan anggota-anggota dari segi pembiayaan.
23.0
Lembaga hendaklah membentangkan untuk makluman anggota-anggota di dalam mesyuarat agung tahunan Koperasi, laporan-laporan mengenai aktiviti ini dan rancanganrancangannya bagi masa-masa yang akan datang untuk diterima dan diluluskan.
24.0
Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-undang Kecil 79 (1) Koperasi ini. Aturan-aturan ini telah diterima dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi pada 29.8.1996