TERMA DAN SYARAT AKAUN EMAS BIBDS Dengan menandatangani Borang Permohonan Emas (“Borang Permohonan”), Saya/Kami dengan ini memohon dan membenarkan BIBD Securities Sdn. Bhd. (“BIBDS”) untuk membuka Akaun-Akaun Perdagangan atau Akaun- Akaun (“Akaun”) di bawah nama Saya/Kami dan pada bila-bila masa seterusnya membuka akaun-akaun lain atas arahan Saya/Kami. Saya/Kami memahami bahawa BIBDS mengikut budi bicaranya boleh dan tanpa memberi sebarang sebab untuk menolak permohonan Saya/Kami. Atas pertimbangan BIBDS membuka Akaun, Saya/Kami dengan ini bersetuju untuk terikat dan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berikut (selepas ini dirujuk sebagai “Terma ini”) sebagaimana boleh dipinda dan ditambah dari semasa ke semasa oleh BIBDS:-
1.
Tujuan Saya/Kami dengan ini mengesahkan bahawa BIBDS berkongsi sama dalam perniagaan emas fizikal dengan Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad (“rakan niaga BIBDS”). Dalam hal ini, BIBDS menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan emas fizikal kepada pelanggan-pelanggannya yang sedia ada atau pelanggan-pelanggan yang berpotensi bagi tujuan pelaburan. Emas fizikal ini dibeli daripada atau dijual kepada rakan niaga BIBDS.
Dengan menggunakan perkhidmatan ini, Saya/ Kami dari semasa ke semasa memberi arahan atau arahan-arahan kepada BIBDS untuk membeli atau menjual komoditi emas tulen 999.9 dalam apa juga bentuk (“Emas”) di bawah Akaun.
Di bawah Terma ini, dua (2) jenis Emas dan denominasinya adalah:Kepingan Emas: 50g dan 100g Jongkong Emas: 500g dan 1kg
2.
Aplikasi Kontrak Shariah Saya/Kami mengesahkan bahawa Akaun akan kendalikan berdasarkan kontrak-kontrak Islam Wakalah dan Bai’ dengan cara-cara berikut:(a)
1|Page
melalui Wakalah atau agensi, Saya/Kami dengan ini melantik BIBDS sebagai ejen Saya/Kami untuk membeli dan menjual Emas bagi pihak saya/kami, memberi arahan kepada rakan niaga BIBDS untuk menyimpan Emas di premis rakan niaga BIBDS jika Saya/Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut dan melakukan halhal lain yang berkaitan dengan Emas dan;
(b)
di bawah Bai’, di mana pembelian atau penjualan emas akan dibuat oleh BIBDS dan rakan niaga BIBDS sebagai wakil Saya/Kami secara lani (spot basis).
3.
Syarat-Syarat Membuka Akaun
3.1
Saya/ Kami mengakui bahawa pembukaan Akaun adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh BIBDS mengikut budi bicara mutlaknya dan seterusnya juga adalah tertakluk kepada Saya/Kami menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang dikehendaki oleh BIBDS. BIBDS boleh mengubah syarat-syarat tersebut pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis minima sekurangkurangnya satu (1) minggu kepada saya/kami.
3.2
Saya/Kami mengakui bahawa bagi Pelanggan selain pemegang akaun Persendirian, pelanggan-pelanggan hendaklah memberikan mandat atau resolusi lembaga yang membenarkan pegawai mereka yang diberi kuasa untuk berurusan secara langsung dengan BIBDS bagi semua perkara yang berkaitan dengan Emas.
3.3
Autoriti BIBDS untuk bertindak adalah berdasarkan mandat atau resolusi lembaga (tertakluk kepada perubahan) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Klausa 3.2 di atas dan akan berterusan dan terus berkuatkuasa sepenuhnya sehingga mandat atau resolusi lembaga bertulis menamatkan kuasa autoriti berkenaan telah diterima oleh BIBDS.
3.4
Setelah membuka Akaun, Saya/Kami akan dikehendaki untuk mengekalkan Akaun dengan BIBDS bagi memudahkan pembayaran untuk perdagangan Emas sama ada secara debit langsung atau mengkreditkan hasil jualan Emas, dan bagi apa-apa yuran dan/atau caj yang mungkin dikenakan ke atas Saya/Kami yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan operasi Akaun.
3.5
Saya/Kami dengan ini membenarkan BIBDS untuk mendebit Akaun Saya/Kami bagi pembelian dan penjualan Emas atau apa-apa yuran dan/atau caj lain yang mungkin ditanggung oleh BIBDS berkaitan dengan operasi Akaun.
4.
Pengakuan
4.1
Dengan membuka Akaun, Saya/Kami menyatakan dan menjamin bahawa Saya/Kami mempunyai kapasiti yang sepenuhnya di sisi undang-undang, hak, kuasa dan autoriti sepenuhya untuk memasuki kontrak bagi pembelian dan penjualan Emas.
4.2
Saya/Kami dengan ini mengesahkan bahawa Saya/Kami telah dinasihati untuk membaca dan memahami isi kandungan Terma ini dan keputusan untuk membuka Akaun adalah berdasarkan pertimbangan Saya/kami sepenuhnya dan/atau atas nasihat bebas yang diperolehi tanpa bergantung pada apa-apa nasihat yang diberikan oleh BIBDS atau wakilnya.
2|Page
4.3
Saya/Kami dengan ini mengesahkan bahawa untuk menyertai transaksi Emas, Saya/Kami juga hendaklah mengekalkan akaun dengan Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (“BIBD”).
4.4
Saya/Kami memahami dan dengan ini bersetuju untuk menanggung sebarang kerugian yang timbul daripada turun naik di dalam harga emas dan bersetuju bahawa BIBDS tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara sekalipun kepada Saya/Kami untuk sebarang kekurangan atau pengurangan ke atas nilai Emas yang dibeli di bawah Akaun dan bagi apa-apa kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan lain yang ditanggung dan dialami oleh Saya/Kami.
4.5
Apabila dikehendaki, Saya/Kami hendaklah menyerahkan kepada BIBDS mana-mana maklumat/penyata kewangan yang diperlukan untuk tujuan obligasi laporan pengawalseliaan atau untuk sebarang sebab yang difikirkan munasabah atau perlu oleh BIBDS.
5.
Pembelian Emas dan Penghantaran
5.1
BIBDS boleh atas arahan Saya/Kami membeli Emas daripada rakan niaga BIBDS mengikut Borang Pesanan Pembelian Emas dan selaras dengan peruntukan-peruntukan Terma ini. Setiap pesanan belian adalah dilakukan oleh Saya/Kami pada Hari Perniagaan. Untuk tujuan Terma ini “Hari Perniagaan” adalah bermaksud waktu perniagaan biasa pada hari kalendar BIBDS dibuka untuk perdagangan.
5.2
Saya/Kami mengakui bahawa terdapat Yuran Pemprosesan yang ditetapkan bagi setiap pesanan pembelian Emas saya/kami dan saya/kami bersetuju untuk membuat pembayaran berkenaan dengan yuran tersebut. Saya/Kami seterusnya mengakui bahawa mana-mana pengeluaran semula nota kontrak akan dikenakan bayaran kepada saya/kami mengikut yuran seperti dalam Jadual A yang dilampirkan bersama Perjanjian ini.
5.3
Saya/Kami dengan ini mengakui bahawa pembelian permulaan minima Emas adalah tidak boleh kurang daripada LIMA PULUH (50) gram Emas atau kuantiti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh BIBDS dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
5.4
Saya/Kami bersetuju bahawa bagi setiap dan pesanan belian seterusnya, adalah seperti berikut: LIMA PULUH (50), SERATUS (100), LIMA RATUS (500) gram dan SATU (1) kilogram Emas.
5.5
Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa BIBDS boleh, enggan melaksanakan pesanan belian Emas Saya/Kami dan/atau menawarkan Saya/Kami dengan kuantiti alternatif jika sekiranya kuantiti Emas tertentu seperti yang diminta oleh Saya/Kami tidak ada.
3|Page
5.6
Saya/Kami dengan ini mengakui bahawa setelah pesanan pembelian tersebut selesai, Saya/Kami boleh memilih untuk: (a)
menerima penyerahan fizikal Jongkong Emas dan/atau Kepingan Emas tertakluk kepada yuran penghantaran, perbelanjaan dan apa-apa yuran lain yang dilampirkan di dalam Jadual A di sini; atau
(b)
menyimpan dengan selamat Kepingan Emas dan/atau Jongkong Emas dengan rakan niaga BIBDS.
5.7
Saya/Kami mengakui dan bersetuju bahawa untuk penghantaran fizikal hendaklah pada kuantiti minimum DUA (2) kilogram bagi setiap penghantaran atau kuantiti minimum lain sebagaimana yang ditetapkan oleh BIBDS dari semasa ke semasa dengan memberikan notis yang mencukupi.
5.8
BIBDS, boleh mengikut budi bicara mutlaknya, menawarkan Saya/Kami “perkhidmatan penghantaran berkumpulan” bagi penghantaran Jongkong Emas dan/atau Kepingan Emas di mana Saya/Kami mengakui bahawa kos penghantaran akan dikongsi bersama dengan pelanggan-pelanggan yang telah memohon perkhidmatan tersebut mengikut kadar berat emas yang dihantar dan faktor-faktor lain yang akan ditetapkan secara mutlak oleh BIBDS.
6.
PENGUTIPAN EMAS
6.1
Saya/Kami bersetuju bahawa apabila Jongkong Emas dan/atau Kepingan Emas telah tiba di Negara Brunei Darussalam, BIBDS akan memaklumkan Saya/Kami tarikh yang dipersetujui bagi pengutipan Emas. Pengutipan Emas hendaklah dibuat dalam masa tiga (3) hari dari tarikh pemberitahuan.
6.2
Saya/Kami bertanggungjawab untuk memeriksa Emas bagi memastikan Emas tersebut mempunyai berat yang betul dan dalam keadaan yang baik sebelum mengesahkan penerimaannya dan sebelum meninggalkan ibu pejabat BIBD. Di samping itu, Saya/Kami mengesahkan dan bersetuju bahawa setelah diambil, Emas tersebut tidak boleh dikembalikan dan/atau ditukar.
6.3
Jika Saya/Kami gagal untuk mengutip Emas dalam masa yang ditetapkan, Saya/Kami bertanggungjawab untuk membayar kos penyimpanan harian pada kadar Ringgit Brunei Dua Puluh (BND20.00) sahaja sehari termasuk mana-mana / semua caj / kos yang ditanggung oleh BIBDS yang berkaitan dengan penyimpanan Emas berkenaan.
6.4
Saya/Kami mengakui bahawa tidak akan ada perlindungan Takaful berikutan dengan Klausa 6.3 di atas dan Saya/Kami seterusnya bersetuju bahawa BIBDS berhak untuk mendebit Akaun Saya/Kami bagi semua atau sebarang caj yang dikenakan. Emas tersebut hanya boleh diserahkan kepada Saya/Kami setelah caj-caj yang dikenakan telah dibayar.
4|Page
6.5
Walau apa pun yang tersebut di atas, jika Saya/Kami gagal mengutip Emas dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh kutipan yang dipersetujui, Saya/Kami bersetuju dan membenarkan BIBDS untuk menjual Emas berkenaan kepada mana-mana pembeli yang berminat atau pihak ketiga disebabkan oleh kegagalan Saya/Kami untuk mengutip Emas tersebut. Baki bersih daripada penjualan Emas ditolak dengan apa-apa caj yang perlu dibayar kepada BIBDS akan dikreditkan ke Akaun Saya/Kami.
6.6
Saya/Kami akan melindungi BIBDS daripada sebarang kerugian dan terus melepaskan BIBDS daripada menanggung kerugian daripada apa-apa kerosakan, kos atau kerugian termasuk akan tetapi tidak terhad kepada keseluruhan tempoh penyimpanan Emas dan penjualan Emas yang tidak dikutip oleh BIBDS.
7.
Harga Belian
7.1
Harga belian yang lazim semasa bagi mana setiap pembelian yang dilakukan oleh Saya/Kami hendaklah disebut harga dalam Dollar Singapura (SGD) atau matawang asing lain sebagaimana yang ditentukan oleh BIBDS dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya bagi setiap gram dan pembayaran untuk harga belian yang akan dilakukan oleh Saya/Kami adalah di dalam Ringgit Brunei (BND) dan adalah tidak termasuk mana-mana perkhidmatan yang berkaitan dan cukai tempatan, jika ada.
7.2
Saya/Kami hendaklah memastikan bahawa terdapat dana yang mencukupi di dalam Akaun pada setiap masa bagi membolehkan BIBDS untuk membuat bayaran berkenaan dengan mana-mana pembelian Emas dan dengan ini membenarkan BIBDS untuk mendebit Akaun Saya/Kami untuk bayaran tersebut. Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa BIBDS tidak mempunyai kewajipan untuk melaksanakan sebarang pembelian jika tidak ada dana yang mencukupi di dalam Akaun Saya/Kami.
7.3
Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa jika BIBDS membeli Emas di bawah harga yang dinyatakan dalam Pesanan Belian yang dikeluarkan oleh BIBDS, perbezaan harga itu akan dikira sebagai komisyen BIBDS kerana bertindak selaku ejen Saya/Kami.
8.
Penyimpanan Emas dengan rakan niaga BIBDS
8.1
Jika Saya/Kami memilih untuk menyimpan Emas dengan rakan niaga BIBDS, Saya/Kami akan melengkapkan ruangan pilihan simpanan di dalam Borang Pesanan Belian Emas dan bertanggungjawab untuk membayar caj-caj yang ditetapkan tertakluk kepada klausa 8.2 di bawah.
8.2
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan niaga BIBDS untuk menyimpan Emas sebagai wakil Saya/Kami diperuntukkan dalam Jadual A disini.
5|Page
8.3
Perkhidmatan adalah tertakluk kepada ketersediaan tempat penyimpanan dan apa-apa syarat-syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh rakan niaga BIBDS dari semasa ke semasa.
9.
Pemeriksaan atau Pengutipan Emas di premis rakan niaga BIBDS
9.1
Saya/Kami mengakui dan bersetuju bahawa jika Saya/Kami membuat keputusan untuk memeriksa atau mengutip Emas tersebut, Saya/Kami boleh atas perbelanjaan sendiri pergi ke Pusat Perkhidmatan Emas Al Rajhi, Kuala Lumpur, Malaysia untuk tujuan tersebut tertakluk kepada Saya/Kami memenuhi semua syarat-syarat di dalam klausa 9.3.
9.2
Saya/Kami mengakui bahawa tidak ada caj dikenakan bagi tiga puluh (30) hari pertama daripada tarikh pembelian Emas. Selepas tamat tempoh tiga puluh (30) hari, rakan niaga BIBDS akan mengenakan Yuran Perkhidmatan sebanyak Ringgit Brunei Sembilan Puluh (BND90.00) sahaja.
9.3
Saya/Kami mengakui bahawa syarat-syarat berikut digunapakai jika Saya/Kami berhajat untuk memeriksa atau mengutip Emas Saya/Kami:
9.4
(a)
Untuk memaklumkan BIBDS sekurang-kurangnya lima (5) Hari Perniagaan sebelum pemeriksaan atau pengutipan Emas;
(b)
Untuk mengambil Surat Kuasa (“Surat”) daripada BIBDS sebelum lawatan;
(c)
Surat berkenaan hanya boleh dibuka oleh kakitangan Pusat Perkhidmatan Emas Al Rajhi. Jika Surat berkenaan telah diusik atau kelihatan telah dibuka sebelum lawatan tersebut, pelanggan tidak akan dibenarkan untuk memeriksa atau mengutip Emas mereka;
(d)
Pelanggan hendaklah menyerahkan Surat bersama dengan pasport yang sah atau bentuk pengenalan yang lain kepada kakitangan Pusat Perkhidmatan Emas Al Rajhi;
(e)
Caj dikenakan yang digunapakai untuk pemeriksaan emas di Pusat Perkhidmatan Emas Al Rajhi adalah sebagaimana yang terkandung di dalam Jadual A di sini.
(f)
Wakil pelanggan tidak dibenarkan untuk memeriksa atau mengutip Emas tersebut. Jika wakil adalah Pentadbir bagi harta pusaka/waris, Emas tersebut boleh dihantar ke Negara Brunei Darussalam menurut klausa 6 dan 13 di sini.
Saya/Kami mengakui dan bersetuju bahawa BIBDS tidak boleh pada bila-bila masa di bawah apa-apa kewajiban atau obligasi untuk melayan sebarang permohonan ganti rugi atau tuntutan yang timbul dari kecuaian dan kelalaian Saya/Kami semasa memeriksa atau mengutip Emas di Pusat Perkhidmatan Emas Al Rajhi.
6|Page
10.
Penjualan Emas
10.1
Saya/Kami mengakui dan bersetuju bahawa saya akan memberi arahan kepada BIBDS untuk menjual Emas yang disimpan dengan selamat oleh rakan niaga BIBDS pada Hari Perniagaan dan hendaklah disertakan dengan berikut: (a)
Resit asal atau nota kontrak bukti Pembelian dari BIBDS;
(b)
Borang Pesanan Penjualan Emas yang lengkap dan/atau;
(c)
Dokumen-dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BIBDS.
10.2
Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa bagi penjualan Emas, BIBDS hanya menerima transaksi mengikut denominasi yang ditetapkan.
10.3
Saya/Kami bersetuju bahawa yuran pemprosesan Ringgit Brunei Dua Puluh Lima (BND25.00) sahaja dikenakan kepada Saya/Kami bagi setiap transaksi Penjualan Emas.
10.4
Bagi mengelakkan keraguan, Saya/Kami mengakui dan memahami bahawa BIBDS tidak akan pada bila-bila masa di bawah apa-apa kewajiban atau obligasi untuk membeli atau membeli semula Emas dalam keadaan-keadaan berikut:(a)
mana-mana Emas yang dikeluarkan dari rakan niaga BIBDS;
(b)
mana-mana Emas yang dihantar ke Negara Brunei Darussalam atas permintaan Saya/Kami dan atas kos dan perbelanjaan Saya/Kami sendiri;
(c)
menurut perkara (a) dan (b) di atas, BIBDS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang pampasan yang timbul dari apa-apa jua tuntutan yang berkaitan dengan Emas.
10.5
Tertakluk kepada klausa 10.1 di atas, BIBDS akan mengeluarkan nota kontrak yang memperincikan kuantiti Emas yang dijual, nombor siri dan nilai Emas pada masa arahan jualan tertakluk kepada keadaan.
10.6
Hasil jualan hendaklah dikreditkan ke Akaun Saya/Kami selepas transaksi jualan atau tempoh lain yang mungkin ditetapkan oleh BIBDS dan dipersetujui oleh Saya/Kami dari semasa ke semasa.
10.7
Saya/Kami mengakui dan bersetuju bahawa sebarang arahan kepada BIBDS untuk menjual Emas tidak boleh ditarik balik setelah BIBDS menerima arahan tersebut dan kuantiti Emas hendaklah tidak boleh kurang daripada LIMA RATUS (500) gram bagi Jongkong Emas dan LIMA PULUH (50) gram bagi Kepingan Emas (atau kuantiti minimum lain sebagaimana yang ditentukan oleh BIBDS dari semasa ke semasa).
7|Page
11.
Harga Jualan
11.1
Harga Jualan semasa akan disebut harga oleh BIBDS dalam Dollar Singapura (SGD) atau mana-mana matawang asing lain yang mungkin ditentukan oleh BIBDS dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya bagi setiap gram pada masa transaksi dan harga Emas yang ada akan dikreditkan ke Akaun Saya/Kami adalah dalam Ringgit Brunei (BND) dan adalah tidak termasuk apa-apa perkhidmatan berkaitan dan cukai tempatan (jika ada).
11.2
Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa jika BIBDS mampu menjual Emas lebih daripada harga yang dinyatakan di dalam Borang Pesanan Jualan Emas yang dikeluarkan oleh BIBDS, perbezaan harga akan dikira sebagai komisyen BIBDS yang bertindak selaku ejen Saya/Kami.
11.3
Sekiranya berlaku sebarang perbezaan di dalam harga Emas, BIBDS berhak untuk membatalkan mana-mana transaksi jualan Emas yang disebut harga dengan harga yang salah dan wang akan dikembalikan kepada Saya/Kami dan Emas akan kekal berada di dalam simpanan rakan niaga.
12.
Pemindahan Hak Milik Emas
12.1
Saya/Kami dengan ini mengakui bahawa Saya/Kami adalah bebas untuk memindah Emas kepada sesiapa saja (“Pemilik Baru”) sebagai hadiah, jualan atau sebaliknya. Semua terma dan syarat-syarat di sini akan dikenakan kepada Pemilik Baru.
12.2
Saya/Kami mengakui bahawa Pemilik Baru hendaklah mempunyai kapasiti disisi undangundang untuk membuka dan mengekalkan Akaun sebelum pemindahan hak milik.
12.3
Jika Saya/Kami berhajat untuk memindah Emas kepada Pemilik Baru sementara Emas masih disimpan oleh rakan niaga BIBDS, Saya/Kami hendaklah terlebih dahulu mengeluarkan Emas dari simpanan rakan niaga BIBDS. Saya/Kami bersetuju untuk membayar kos pemindahan Emas dan apa-apa kos lain yang berkaitan dengan pemindahan tersebut sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual A di sini.
12.4
Jika Pemilik Baru memerlukan BIBDS atau rakan niaganya untuk menyimpan Emas bagi pihaknya, Pemilik Baru hendaklah mempunyai Akaun dengan BIBDS, mengeluarkan surat notis pemindahan hak milik Emas dan melengkapkan dan menghadapkan borang-borang berkenaan sebagaimana yang ditetapkan oleh BIBDS. BIBDS akan mengeluarkan resit baru dan Pemilik Baru hendaklah menerima dan menandatangani Terma baru.
8|Page
13.
Kematian atau Ketidakupayaan/Kecacatan
13.1
Sekiranya berlaku ketidakupayaan/kecacatan ke atas Saya/Kami, BIBDS berhak untuk bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh Saya/Kami atau sesiapa sahaja tertakluk kepada pematuhan kepada syarat-syarat atau prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh BIBDS mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa.
13.2
Jika berlaku kematian, apa-apa tuntutan berkenaan dengan Emas hendaklah dibuat oleh Pentadbir harta si mati dan disertakan dengan salinan asal Surat Pentadbiran (Letter of Administration).
14.
Penamatan Perkhidmatan Simpanan
14.1
Jika Saya/Kami berhajat untuk mengeluarkan Emas Saya/Kami dari simpanan rakan niaga BIBDS, Saya/Kami adalah berhak untuk berbuat demikian dengan memberikan notis secara bertulis kepada BIBDS mengenai dengan niat Saya/Kami.
14.2
Sebaik sahaja notis bertulis diberikan kepada BIBDS, Saya/Kami mengarahkan BIBDS untuk menguruskan penghantaran Emas ke Negara Brunei Darussalam mengikut proses penghantaran seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 5 di sini dan dengan bayaran yang telah ditetapkan sebagaimana terkandung di dalam Jadual A Perjanjian ini. Selain itu, Saya/Kami boleh memilih untuk mengutip Emas secara peribadi di premis rakan niaga BIBDS atas kos dan perbelanjaan Saya/Kami sendiri menurut Klausa 9 di sini.
14.3
Tertakluk kepada Klausa 14.2 di atas dan setelah mendapat pengesahan dari rakan niaga BIBDS, BIBDS akan mengkredit ke dalam Akaun Saya/Kami mana-mana baki dari caj simpanan yang telah dibayar bagi tahun tertentu.
15.
Penutupan Akaun
15.1
Saya/Kami bersetuju untuk mematuhi prosedur yang telah ditetapkan bagi menutup Akaun sebagaimana yang ditentukan secara mutlak oleh BIBDS.
15.2
Akaun tersebut akan dianggap ditutup setelah pengeluaran semua Emas yang ada dalam Akaun Saya/Kami atau apabila baki tidak ada langsung atau kosong melalui penguatkuasakan undang-undang.
15.3
Walau apa pun dalam Klausa 15.1 di atas, Saya/Kami mengakui bahawa BIBDS adalah bebas untuk menutup Akaun pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberikan sebarang alasan.
9|Page
16.
Notis Saya/Kami mengakui bahawa BIBDS boleh menyampaikan mana-mana / semua Notis kepada Saya/Kami melalui apa-apa bentuk komunikasi yang dianggap sesuai oleh BIBDS.
17.
Lain-lain Hal
17.1
BIBDS tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan penipuan oleh mana-mana pihak ketiga.
17.2
Jika sekiranya berlaku di mana BIBDS tersalah kredit akaun Saya/Kami, BIBDS berhak pada bila-bila masa untuk menarik balik kemasukan tersebut dan/atau menuntut jumlah berkenaan daripada Saya/Kami tanpa memberi notis atau sebarang pampasan kepada Saya/Kami.
17.3
BIBDS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian secara tidak langsung, sampingan atau berbangkit atau kerosakan kepada Saya/Kami.
17.4
Pindaan kepada Terma ini (material atau sebaliknya) dianggap dilaksanakan apabila notis telah diberikan kepada Saya/Kami. Semua komunikasi yang dibuat oleh BIBDS dalam Klausa 16 hendaklah disifatkan telah diterima atau disampaikan kepada Saya/Kami.
17.5
Terma ini dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut Undang-Undang Negara Brunei Darussalam dan Saya/Kami bersetuju tanpa boleh menarik diri untuk menyerahkan semua percanggahan kepada bidang kuasa ekslusif Mahkamah-Mahkamah Negara Brunei Darussalam.
17.6
Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa pengiraan dan pembayaran Zakat (jika ada) adalah tanggungjawab Saya/Kami sepenuhnya.
17.7
Saya/Kami bertanggungjawab ke atas pembayaran mana-mana cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa (jika ada) yang berkaitan dengan pembelian dan penjualan Emas.
17.8
Jika sekiranya terdapat ketidakseragaman dalam versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris pada Terma ini, versi Bahasa Inggeris adalah digunapakai.
10 | P a g e
Jadual A JADUAL BAYARAN PERKARA
KETERANGAN
1.
A) Bagi Setiap transaksi pembelian emas: (i) Yuran penyimpanan = Berat X 0.5% x Harga jualan Bank bagi setiap gram x (Jumlah bulan / 12 bulan) Harga bagi setiap gram = jumlah belian / berat emas
Yuran Penyimpanan di Al Rajhi Bank Malaysia:
(ii) 6% GST Jumlah yuran penyimpanan = yuran penyimpanan + 6% GST B) Bagi tahun-tahun seterusnya: Yuran penyimpanan = Berat x 0.5% x Harga jualan Bank bagi setiap gram Harga bagi setiap gram = jumlah belian / berat emas (ii) 6% GST Jumlah yuran penyimpanan = yuran penyimpanan + 6% GST
Contoh Pengiraan:
Bagi Setiap transaksi pembelian emas: A) Seandainya Pelanggan A melabur SGD 2,766.40, untuk 50 gram Emas pada bulan Ogos 2015. Pelanggan A akan dikenakan caj SGD 4.89 bagi tahun 2015. 50 gm x 0.5% x 55.32 x 4/12 = $ 4.61 Jumlah yuran penyimpanan = 4.61 + 0.28 = $4.89 Bagi Setiap Tahun / Tahun Berikutnya B) Seandainya nilai Emas ialah SGD 2,766.40 bagi 50 gm Emas pada 1 Jan 2015, Pelanggan A akan dikenakan caj sebanyak SGD 14.66 bagi tahun 2015. 50 gm x 0.5% x 55.32 = $ 13.83 Jumlah yuran penyimpanan = 13.83 + 0.83 = $14.66
11 | P a g e
2. Yuran Takaful:
A) Bagi Setiap transaksi pembelian: (i) Yuran Takaful = Berat x 0.30 x baki tempoh (jumlah bulan / 12 bulan) (ii) 6% GST Jumlah Yuran Takaful = Yuran Takaful + 6% GST
B) Bagi Setiap Tahun atau Tahun-Tahun Berikut (i) Yuran Takaful = Berat (gram) x 0.3 (ii) 6% GST Jumlah Yuran Takaful = Yuran Takaful + 6% GST
Contoh Pengiraan:
Bagi Setiap transaksi pembelian: A) Seandainya Pelanggan A melabur SGD 2,766.40, bagi 50 gram Emas pada bulan Ogos 2015. Pelanggan A akan dikenakan caj sebanyak SGD 5.30 bagi tahun 2015. 50g x 0.30 x (4/12 bulan) = SGD5.00 Jumlah Yuran Takaful = 5 + 0.30 = $5.30
Bagi Setiap Tahun atau Tahun-Tahun Berikut B) Seandainya nilai Emas ialah SGD 2,766.40 bagi 50 gm Emas pada 1 Jan 2015, Pelanggan A akan dikenakan caj SGD 15.90 bagi tahun 2015. 50g x 0.30 = SGD 15 Jumlah Yuran Takaful = 15 + 0.90 = $15.90
12 | P a g e
3.
Penghantaran daripada AlRajhi kepada BIBDS
BND2,000.00 bagi setiap 2kg atau kurang bagi kepingan Emas/ Jongkong Emas
4.
Penerbitan Semula Nota Kontrak
BND2.00 atau apa-apa jumlah yang akan ditetapkan oleh BIBDS dari semasa ke semasa.
5.
Pemindahan Emas kepada Pemilik Baru
BND10.00 bagi setiap Nota Kontrak
6.
Yuran Pemprosesan BIBDS
BND25.00 bagi setiap Perdagangan
7.
Pemeriksaan Emas di Premis Rakan Niaga BIBDS
30 hari pertama dari tarikh pembelian - Percuma Selepas 30 hari dari tarikh pembelian – Caj B$90.00 akan dikenakan dan akan didebit dari akaun pelanggan
* Sila ambil perhatian bahawa BIBDS berhak untuk mengkaji semula yuran penyimpanan dan yuran takaful dari semasa ke semasa. BIBDS akan memberikan notis yang munasabah kepada pelanggan mengenai sebarang pindaan melalui apa-apa cara yang BIBDS anggap sesuai dan penyemakan itu akan secara konklusif mengikat pelanggan.
13 | P a g e