English | Bahasa Malaysia HONG LEONG BANK BERHAD (97141-X)
AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT Atas pertimbangan Hong Leong Bank Berhad (”HLB”) bersetuju untuk membenarkan Pelanggan untuk membuka dan mengendalikan akaun matawang asing dengan HLB atas permintaan Pelanggan, Pelanggan dengan ini adalah bersetuju dengan rasminya dan bertanggungjawab untuk membuka dan mengendalikan akaun matawang asing mengikut Terma dan Syarat Umum Bagi Akaun yang akan digunapakai ke atas Terma dan Syarat Akaun Matawang Asing melainkan sebaliknya apa yang dinyatakan di sini :1. 1.1
Definasi & Interpretasi Terma dan expresi di bawah akan mempunyai makna-makna yang diperuntukkan kepada mereka melainkan konteks sebaliknya memerlukan : (a) ‘Akaun’ bermaksud mana-mana satu akaun atau akaun-akaun (sama ada akaun semasa, akaun deposit tetap atau sebarang akaun yang dibenarkan oleh pihak Bank) dalam apa jua matawang asing yang diterima untuk dibuka oleh pihak Bank atau akan dibuka oleh Pelanggan dengan Bank dari semasa ke semasa; dan (b) 'Ringgit Malaysia' or 'RM' bermaksud matawang yang sah digunakan di Malaysia.
2. 2.1
Pembukaan Akaun Akaun boleh dibuka dalam sebarang matawang asing (selain daripada Ringgit Malaysia) yang diterima oleh pihak Bank setelah mendapat rujukan diterima oleh HLB dan semua dokumen diperlukan oleh HLB. Pelanggan bersetuju melengkapkan sebarang dokumen atau membuat sebarang tindakan yang diperlukan oleh HLB pada masa sekarang atau masa hadapan berhubungan dengan Akaun dan sebarang servis berkaitan.
3. 3.1
Operasi Akaun Pelanggan akan mengendalikan Akaun tersebut dengan memberi arahan bertulis dan di mana perlu melalui borang dan instrumen yang ditetapkan oleh HLB dari semasa ke semasa. Semua transaksi untuk deposit atau pengeluaran dari Akaun hanya dibenarkan dalam bentuk draf bank, pemindahan atau sebarang kaedah yang ditetapkan oleh HLB. Peraturan-peraturan di bawah akan diterima pakai :(a) tiada buku cek akan dikeluarkan bagi Akaun di mana akaun itu ialah akaun semasa; dan (b) tiada tunai atau wang kertas dalam apa jua matawang yang ditransaksikan ke atas Akaun tersebut
3.2
Semua transaksi berkenaan Akaun hanya boleh dijalankan di cawangan Bank di mana akaun itu dibuka. Transaksi di cawangan Bank lain adalah tidak dibenarkan ke atas Akaun tersebut.
4. 4.1
Deposit Ke Dalam Akaun HLB boleh pada bila-bila masa dan pada budi bicara mutlaknya menolak sebarang deposit yang mungkin didepositkan atau memulangkan semua atau sebahagian daripada deposit tersebut tanpa perlu memberi sebarang penjelasan.
4.2
Hasil daripada draf, cek atau instrumen lain untuk dikreditkan ke dalam Akaun (“Dana tersebut”) hanya akan dikreditkan ke dalam Akaun tersebut setelah cawangan HLB di mana Akaun itu dibuka telah menerima Dana tersebut. Sebarang Dana, pada budi bicara HLB, yang dikreditkan ke dalam Akaun tersebut sebelum kutipan ataupun
JAN 2014
Page 1 of 6
HONG LEONG BANK BERHAD (97141-X)
bayaran terakhir akan dikreditkan ke dalam Akaun tersebut bergantung kepada penerimaan muktamad oleh HLB. Sekiranya HLB tidak atas sebarang alasan, menerima sebarang Dana ataupun jika cek, draft ataupun instrumen tak laku, HLB adalah layak pada bila-bila masa untuk menarik balik sebarang kredit (sebahagian atau keseluruhannya) daripada Akaun tersebut. Pelanggan hendaklah melepaskan HLB daripada sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh HLB dan HLB adalah berhak untuk mendebit Akaun untuk jumlah tersebut. 4.3
Untuk tujuan sebarang kutipan bagi pihak Pelanggan, HLB adalah berhak untuk mengikut pertimbangan muktamad dengan menggunakan sebarang kaedah yang ditentukan oleh pihak HLB untuk memperolehi hasil daripada kutipan tersebut.
4.4
Sekiranya dalam keadaan di mana pihak Bank tidak mungkin dapat mengemukakan sebarang cek ataupun instrumen yang dikirimkan oleh Pelanggan dalam tempoh masa sah yang telah ditentukan, atau untuk menasihati pihak bank yang membuat penyerahan dalam tempoh masa tertentu tentang ketiadaan bayaran atau ketiadaan penerimaan, HLB adalah tidak bertanggungjawab ke atas Pelanggan dan Pelanggan dengan ini melepaskan sebarang hak untuk mengambil tindakan ke atas Bank.
4.5
Deposit adalah dalam matawang Akaun yang berkenaan.
5. 5.1
Pengeluaran Daripada Akaun HLB pada bila-bila masa dan di atas budi bicara mutlaknya boleh menolak sebarang pengeluaran atau menghadkan jumlah yang boleh dikeluarkan.
5.2
Semua bayaran atau pemindahan dikuatkuasakan oleh HLB akan didebitkan ke dalam Akaun pada tarikh yang ditentukan oleh HLB.
5.3
Sekiranya jumlah amaun daripada pesanan ataupun arahan diberikan oleh Pelanggan melebihi baki kredit Akaun tersebut, HLB adalah berhak, pada budi bicara mutlaknya, untuk menentukan pesanan atau arahan mana yang akan dikuatkuasakan, sama ada keseluruhannya atau sebahagian, tanpa mengambil kira tarikh penghantaran atau penerimaan.
5.4
Bayaran atau pemindahan daripada Akaun tersebut adalah dalam matawang Akaun berkenaan atau pada pilihan HLB, Ringgit Malaysia. Sekiranya HLB membuat sebarang bayaran atau pemindahan daripada Akaun tersebut dalam matawang lain selain daripada matawang Akaun itu, HLB adalah berhak, di atas budi bicara mutlaknya, untuk menukar matawang Akaun tersebut kepada matawang lain pada kadar tukaran yang ditentukan oleh HLB.
6. 6.1
Penutupan Akaun Penutupan ke atas Akaun samada oleh HLB atau Pelanggan, HLB di atas budi bicaranya boleh menahan sejumlah amaun bersamaan dengan sebarang liabiliti yang belum jelas oleh Pelanggan kepada HLB (samada pada masa sekarang atau masa hadapan).
7. 7.1
Akaun Semasa Matawang Asing HLB adalah tidak dipertanggungjawabkan untuk membayar sebarang faedah ke atas Akaun tersebut di mana Akaun itu adalah akaun semasa.
JAN 2014
Page 2 of 6
HONG LEONG BANK BERHAD (97141-X)
7.2
Sekiranya Akaun itu adalah akaun semasa, Akaun itu tidak boleh terlebih keluar seperti yang dibenarkan oleh HLB dan, sekiranya dibenarkan, sebarang amaun terlebih keluar akan dibayar balik bila ada permintaan dan sehingga pembayaran dibuat, akan dikenakan faedah pada kadar yang ditentukan oleh HLB.
7.3 (a)
Penyata Bank HLB adalah berhak pada bila-bila masa untuk menarikbalik sebarang kredit yang tersalah masuk ke dalam Akaun tersebut atau atas sebab Pelanggan telah mengubah kedudukan kreditnya. Sebarang baki debit berpunca daripada penarikanbalik kredit adalah hutang Pelanggan kepada HLB yang akan dibayar balik atas permintaan HLB dan akan dikenakan faedah pada kadar bunga yang ditentukan oleh HLB sehingga pembayaran semula oleh Pelanggan.
8. 8.1
Akaun Deposit Tetap Matawang Asing Pelanggan boleh menyimpan sebarang jenis matawang asing ke dalam deposit tetap (“Deposit Tetap”) tertakluk kepada amaun, tempoh untuk deposit tetap tersebut dan kadar faedah yang dipersetujui oleh HLB. HLB boleh atas budi bicara mutlaknya dan dari semasa ke semasa, meminta amaun minima untuk simpanan deposit tetap tersebut. Sekiranya HLB bersetuju untuk menerima Deposit Tetap, HLB adalah dibenarkan dan diberikuasa untuk mendebit Akaun berkenaan bagi tujuan simpanan deposit tetap tersebut.
8.2
Pengeluaran Deposit Tetap sama ada sebahagian ataupun keseluruhan sebelum tarikh matang hanya boleh dilakukan dengan persetujuan HLB, tertakluk kepada sebarang syarat yang mungkin dikenakan oleh HLB di atas budi bicara mutlaknya, termasuk sebarang kerugian faedah bagi Deposit Tetap tersebut.
8.3
HLB adalah berhak untuk menolak sebarang cukai tertahan, duti atau caj belum berbayar daripada sebarang pendapatan ataupun faedah atas jumlah deposit Pelanggan.
8.4
Kecuali untuk penyerahhakan, pemindahan, caj ataupun cagaran terhadap Deposit Tetap yang di dalam milikan pihak Bank atau mana-mana cawangannya sebagai jaminan, Deposit Tetap tidak boleh diserahhakan, dicaj, dicagarkan atau dipindahmilikkan, sama ada melalui pengesahan ataupun sebaliknya, oleh Pemegang Akaun.
9. 9.1
Pematuhan Dengan Undang-Undang, Peraturan Dan Hukum Oleh Pelanggan Pelanggan berjanji dengan HLB bahawa Pelanggan akan sentiasa mematuhi pada setiap masa semua undang-undang, syarat, peraturan, arahan, garis panduan (sama ada mempunyai kuatkuasa undang-undang atau sebaliknya) termasuk semua syarat kelayakan dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan perundangan atau pihak berkuasa ataupun agensi (kerajaan atau sebaliknya), dalam perkara berkaitan atau pembukaan dan operasi Akaun. Pelanggan berjanji akan serta-merta memaklumkan HLB secara bertulis sekiranya berada dalam keadaan melanggar undang-undang, syarat, peraturan, arahan dan garis panduan.
10. 10.1
Cukai Dan Risiko Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa terdapat risiko dalam urusniaga matawang asing termasuk tetapi tidak terhad kepada risiko akibat perubahan kadar tukaran, penilaian dan penurunan nilai matawang, cukai, pemindahan secara paksa atau perubahan di dalam polisi kerajaan atau sebarang sebab yang di luar kawalan HLB.
JAN 2014
Page 3 of 6
HONG LEONG BANK BERHAD (97141-X)
Pelanggan adalah bersetuju bahawa HLB berhak and diberikuasa untuk membuat sebarang pertukaran atau pertukaran semula matawang asing yang dikehendaki oleh undang-undang dan / atau mengikut Terma dan Syarat ini untuk sebarang bayaran, pemotongan, cukai tertahan atau sebarang cukai atau levi dan HLB tidak akan dipertanggungjawabkan oleh Pelanggan atau mana-mana pihak lain untuk sebarang kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan atau pihak lain untuk sebarang pertukaran atau pertukaran semula. 11. 11.1
Tolak Selesai Tanpa menjejaskan dan sebagai tambahan kepada sebarang remedi untuk tolak selesai yang HLB ada dibawah undang-undang mana-mana bidang kuasa berkaitan, HLB boleh melaksanakan pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu kepada Pelanggan sebarang hak untuk tolak selesai, penggabungan atau penyatuan antara apa-apa jumlah dalam mana-mana akaun yang dipegang oleh Bank dan sebarang liabiliti ke atas HLB atau apa-apa pelucuthakan, pengekalan atau cagaran ke atas sebarang jumlah yang dipegang oleh HLB sejajar dengan dan tertakluk kepada undangundang Malaysia tidak termasuk berikut : (a) jumlah yang dipegang oleh HLB adalah dalam matawang asing yang berbeza daripada apa yang dihutang, terhutang atau ditanggung oleh HLB; atau (b) jumlah yang dipegang oleh HLB belum sampai tarikh matang dan belum dibayar kepada Pelanggan; atau (c) jumlah dihutang, terhutang atau ditanggung oleh HLB pada masa ini perlu dibayar; atau (d) jumlah yang dipegang oleh HLB berada dalam bidang kuasa atau cawangan HLB yang lain daripada jumlah dihutang atau terhutang atau ditanggung oleh HLB.
11.2
Sekiranya sebarang jumlah yang dipegang oleh HLB adalah dalam matawang yang berbeza daripada yang dihutang, terhutang atau ditanggung oleh HLB, HLB adalah berhak dan diberikuasa untuk menukarkan matawang tersebut kepada matawang yang diterima oleh HLB atas kos yang ditanggung oleh Pelanggan.
12. 12.1
Liabiliti HLB tidak akan dipertanggungjawabkan, dan akan dilindungi oleh Pelanggan sepenuhnya daripada sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti lain yang dialami oleh Pelanggan atau HLB yang berpunca : (a)
(b)
akibat daripada HLB bertindak di atas sebarang arahan ataupun komunikasi berdasarkan niat baik mempercayai Pelanggan atau orang lain yang diberikuasa oleh Pelanggan untuk memberi dan menghantar arahan atau komunikasi kepada HLB; atau akibat daripada sebarang kesilapan atau kegagalan di dalam transmisi sebarang arahan atau komunikasi tersebut.
12.2
HLB tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas Pelanggan atau orang lain di atas sebarang kerugian yang dialami secara langsung atau tidak langsung oleh Pelanggan tanpa mengira keadaan.
13. 13.1
Bayaran Perkhidmatan, Caj dan Kos HLB adalah berhak untuk mengenakan bayaran perkhidmatan, kos lain dan caj-caj yang berkaitan ke atas semua cek, draf, intrumen lain yang dideposit atau dikeluarkan daripada Akaun dan semua urusniaga, termasuk caj perkhidmatan bank, komisen, bayaran pos, caj kabel. HLB mempunyai hak mutlak untuk mengubah bayaran
JAN 2014
Page 4 of 6
HONG LEONG BANK BERHAD (97141-X)
perkhidmatan dan caj-caj lain pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu kepada Pelanggan dan Pelanggan dengan ini memberi kuasa kepada HLB untuk mendebit Akaun atau menolak sebarang bayaran, komisen dan caj daripada amaun tersebut tanpa perlu memberi notis lagi kepada Pelanggan. 14. 14.1
Notis Apa-apa pemberitahuan dari HLB kepada pelanggan yang diberikan dalam mana-mana cara berikut :(a)
melalui pos biasa atau pos berdaftar atau kurier atau serahan tangan yang dihantar kepada atau ditinggalkan di alamat terakhir diketahui yang berdaftar dengan HLB bagi Pelanggan dan akan dianggap diterima oleh Pelanggan dalam tempoh tiga (3) Hari Niaga selepas pengiriman jika dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar dan dalam tempoh dua (2) Hari Niaga selepas penghantaran jika dihantar melalui kurier atau setelah diakui penerimaannya jika melalui serahan tangan; atau
(b)
melalui notis am dalam satu akhbar utama atau diposkan di premis cawangan HLB atau pada skrin visual melalui computer atau terminal visual atau di laman web “www.hlb.com.my”, dan notis akan dianggap telah dihantar atau berkuat kuasa dari tarikh notis tersebut disediakan atau tarikh yang dinyatakan dalam notis.
14.2 Sebarang notis (tidak termasuk apa-apa arahan ke atas urusan Akaun tersebut) yang perlu dihantar oleh Pelanggan kepada HLB mestilah dihantar ke cawangan berkenaan di mana Akaun itu dibuka melalui pos biasa atau pos berdaftar atau dihantar secara kurier atau ditinggalkan di cawangan HLB berkenaan dan akan dianggap telah diterima oleh HLB apabila diperakui penerimaannya oleh HLB. 14.3
Pelanggan akan segera memaklumkan HLB secara bertulis berkenaan sebarang perubahan di dalam alamat surat menyurat, telefon dan nombor faksimili terkini.
15. 15.1
Pendedahan Selain daripada pendedahan yang dibenarkan di bawah Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Pelanggan membenarkan secara mutlak HLB, pegawai dan pekerja mereka untuk mendedahkan dan memberi segala maklumat mengenai Kemudahan Pinjaman/Kemudahan Pembiayaan, Perjanjian ini , sekarang dan masa depan, akaun Pelanggan dan apa-apa perkara yang berhubungan dengan Pelanggan atau perniagaan dan operasinya kepada : (a) institusi kewangan lain yang memberikan atau yang bercadang untuk memberikan apa-apa kemudahan kredit/pembiayaan kepada Pelanggan, Biro Kredit Pusat atau mana-mana biro kredit pusat yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation, mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan yang diberikan kuasa oleh undang-undang untuk mendapatkan maklumat tersebut atau pihak berkuasa / agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana agensi yang ditubuhkan oleh persatuan bank-bank di Malaysia; (b) mana-mana syarikat semasa atau yang akan datang yang boleh dikaitkan dengan atau berkaitan dengan HLB (seperti yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965), termasuk wakil dan pejabat cawangan dan wakil-wakil mereka masing-masing dan juga anak-anak syarikat induk HLB ini;
JAN 2014
Page 5 of 6
HONG LEONG BANK BERHAD (97141-X)
(c) Pihak-Pihak pemberi cagaran atau mana-mana pihak yang bercadang untuk menyediakan jaminan berkenaan dengan Kemudahan Pinjaman/Kemudahan Pembiayaan; (d) juruaudit HLB, peguam dan / atau ejen lain yang berkaitan dengan tuntutan wang yang terhutang dan kena dibayar di bawah ini ; dan (e) penasihat profesional HLB, pembekal perkhidmatan, penerima namaan, ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang terlibat dalam penyediaan produk dan perkhidmatan kepada atau oleh HLB dan syarikat-syarikat berkaitan atau bersekutu dengannya. Pelanggan dengan ini bersetuju secara mutlak dengan pendedahan tersebut dan mengesahkan bahawa HLB, pegawai dan pekerjanya tidaklah menanggung sebarang liabiliti untuk memberikan maklumat itu atau akibat daripada penggantungan maklumat yang diberikan mengikut Perjanjian ini. " 16. 16.1
Perwakilan dan Waranti Pelanggan dengan ini mengesahkan semua perwakilan dan waranti yang diberikan kepada HLB di dalam permohonan adalah benar dan betul dan akan kekal benar dan betul selagi Akaun tersebut masih kekal dengan HLB. Pelanggan berjanji akan segera memaklumkan HLB sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas maklumat yang telah diberikan kepada HLB.
17. 17.1
Undang-Undang yang Berkuatkuasa Terma dan Syarat ini akan ditadbir and tafsir selaras dengan undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk patuh kepada bidang kuasa tidak eksklusif oleh mahkamah-mahkamah Malaysia atau Sabah dan Sarawak atau mana-mana mahkamah lain yang kompeten kerana Bank atas budi bicara mutlak boleh memilih untuk mengemukakan dan perkhidmatan mana-mana proses guaman boleh dilaksanakan dengan apa-apa cara yang dibenarkan oleh undang-undang.
17.2
Akaun akan tertakluk kepada syarat dan peraturan dan arahan daripada Persatuan Bank-Bank Malaysia, Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kewangan yang bersesuaian dan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa di HLB.
JAN 2014
Page 6 of 6