Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat
1.0
UMUM
1.1
Terma-terma dan syarat-syarat ("T&S") yang dinyatakan di sini akan diguna pakai bagi semua produk deposit Islamik MBSB seperti Akaun Simpanan Wadi'ah-i, Akaun Simpanan Cheeky-i, Akaun Simpanan CashRich-i, Akaun Pelaburan Am-i, Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i dan Deposit Money Market-i;.
1.2
Produk-produk ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Malaysia dan prinsip-prinsip Syariah.
2.0
KONSEP SYARIAH YANG DIGUNA PAKAI
2.1
Berikut adalah konsep-konsep Syariah yang diguna pakai ke atas produk deposit Islamik MBSB; 2.1.1 Wadi’ah Yad Dhamanah: 2.1.1.1
Berdasarkan prinsip Wadi'ah Yad Dhamanah di mana barangan atau deposit yang disimpan dengan pihak yang diamanahkan (Penyimpan) yang bukan pemilik, dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya;
2.1.1.2
Wadi'ah Yad Dhamanah adalah kontrak simpanan terjamin di mana kebenaran untuk menggunakan aset di dalam jagaan telah diberikan oleh Penyimpan (Pendeposit) dan Penjaga (MBSB) akan menjamin aset yang telah diletakkan di bawah jagaannya;
2.1.1.3
Pendeposit akan memberi kebenaran kepada MBSB untuk menguruskan kesemua atau mana-mana bahagian daripada wang tersebut dalam manamana perniagaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembiayaan atau pelaburan) yang mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah;
2.1.1.4
Pendeposit tidak berhak ke atas mana-mana keuntungan tetapi Penyimpan boleh memberi pulangan kepada pendeposit sebagai tanda penghargaan (Hibah).
2.1.2 Mudarabah: 2.1.2.1
Berdasarkan prinsip Mudarabah yang tiada sekatan di mana satu perjanjian dimeterai antara pemberi dana (Pendeposit) dan usahawan (Institusi Kewangan).
2.1.2.2
Melalui konsep ini, Pendeposit bersetuju untuk meletak sejumlah wang tertentu dari semasa ke semasa bagi tempoh tertentu bertujuan untuk mengambil bahagian dalam keuntungan yang dijana daripada dana pelaburan Institusi Kewangan. Pulangan keuntungan yang diperoleh daripada jumlah pelaburan (jika ada) akan diagihkan di antara Institusi Kewangan dengan Pendeposit berdasarkan Nisbah Perkongsian Keuntungan ("NPK") yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak semasa kontrak dimeterai.
Page 1 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 2.1.2.3
Sekiranya berlaku kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh Pendeposit, kecuali dalam kes-kes di mana terdapat bukti kecuaian dan/atau salah-laku yang disengajakan oleh Institusi Kewangan dalam menguruskan dana Pendeposit. Dana-dana yang diterima melalui akaun Mudarabah akan digunakan tanpa sekatan dalam pelbagai jenis pelaburan dan pembiayaan selaras dengan kehendak Syariah.
2.1.3 Komoditi Murabahah: 2.1.3.1
Komoditi Murabahah atau Tawarruq ditakrifkan sebagai jualan barangan pada kos dan ditambah keuntungan pada kaedah bayaran tertunda di mana aset dijual secara tunai kepada pihak ketiga. Di bawah konsep ini, Pelanggan melantik Institusi Kewangan untuk membeli komoditi bagi pihak Pelanggan daripada broker terlibat dan menjual semula komoditi tersebut kepada Institusi Kewangan melalui kontrak Murabahah secara bayaran tertunda;
2.1.3.2
Pelanggan melantik MBSB untuk bertindak sebagai ejen bagi setiap pembelian dan jualan komoditi berdasarkan T&S ini. MBSB hanya bertindak sebagai ejen Pelanggan, dan tidak mengambil kira, atau mempunyai sebarang andaian atau apa-apa obligasi tambahan, atau mempunyai apa-apa kaitan/hubungan dengan Pelanggan selain daripada yang tertera di dalam T&S ini;
2.1.3.3
Setelah bayaran dibuat oleh Pelanggan di mana harga komoditi adalah setara dengan jumlah deposit dengan MBSB, MBSB akan membeli komoditi tersebut daripada peniaga atau pembekal komoditi;
2.1.3.4
Pelanggan seterusya akan menjual komoditi tersebut kepada MBSB berdasarkan kontrak Murabahah secara bayaran tertunda. Harga jualan adalah mewakili: i) ii)
Jumlah deposit; dan Keuntungan ke atas deposit
Pengiraan Harga Jualan adalah berdasarkan formula seperti berikut: i)
Pengiraan Keuntungan: Keuntungan = P X R X T/365 Di mana: P = Jumlah Prinsipal R = Kadar Keuntungan (%) diberi semasa penempatan deposit T = Tempoh (bilangan hari, dari tarikh penempatan deposit sehingga tarikh matang)
ii)
Pengiraan bagi Harga Jualan (Murabahah): Harga Jualan (Murabahah) = Jumlah Deposit + Keuntungan (jumlah keuntungan diterima)
Page 2 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat Ilustrasi: Jumlah Deposit Kadar Keuntungan Tempoh
RM10,000.00 3.60% 12 bulan
Bilangan Hari
365
Tarikh Penempatan
1/1/2015
Tarikh Matang
1/1/2016
Kadar Keuntungan Harga Jualan (Murabahah)
RM360.00 RM10,360.00
3.0
PEMBUKAAN AKAUN
3.1
Pelanggan yang membuat penempatan deposit di dalam produk deposit Islamik MBSB buat pertama kalinya dikehendaki untuk melengkapkan dan menandatangani Borang Permohonan Pembukaan Akaun, Borang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"), Borang Pengakuan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing ("FATCA"), Deposit Slip dan lain-lain borang yang dikehendaki sekiranya diperlukan.
3.2
Penempatan deposit seterusnya yang ditempatkan oleh Pelanggan yang sama adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan Pembukaan Akaun. Melainkan jika diarahkan oleh Pelanggan sebaliknya, mandat yang diberikan di dalam Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini adalah terpakai bagi setiap deposit yang berikutnya;
3.3
Deposit yang diterima adalah di dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”) sahaja.
3.4
Berikut adalah ciri-ciri bagi produk deposit Islamik di MBSB; 3.4.1
Akaun Simpanan Wadi’ah-i; 3.4.1.1.
Akaun ini berasaskan konsep Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah;
3.4.1.2.
Akaun ini dibuka kepada individu (residen dan bukan residen) yang sekurang-kurangnya berumur lapan belas (18) tahun; dan bukan individu seperti perniagaan milikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab, Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan badan-badan kebajikan;
3.4.1.3.
Individu boleh membuka akaun peribadi mereka atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang;
3.4.1.4.
Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa.
Page 3 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 3.4.2
3.4.3
3.4.4
Akaun Simpanan Cheeky-i; 3.4.2.1.
Akaun ini berasaskan konsep Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah;
3.4.2.2.
Akaun ini dibuka kepada individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh seorang pemegang amanah;
3.4.2.3.
Pemegang amanah merupakan seorang ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut menjadi benefisiari akaun;
3.4.2.4
Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.2.5
Apabila benefisiari mencapai umur lapan belas (18), semua faedah yang tertakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan berkuatkuasa pada bulan berikutnya. Akaun Simpanan Cheeky-i secara automatik akan ditukarkan kepada Akaun Simpanan Wadi'ah beserta dengan ciri-ciri dan faedah-faedah yang berkaitan dengannya.
Akaun Simpanan CashRich-i; 3.4.3.1.
Akaun ini berasaskan konsep Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah;
3.4.3.2.
Akaun ini terbuka kepada individu sahaja (residen dan bukan residen) yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun;
3.4.3.3.
Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang;
3.4.3.4.
Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM 100.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa.
Akaun Pelaburan Am-i; 3.4.4.1
Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Mudarabah;
3.4.4.2
Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun; dan bukan individu iaitu perbadanan korporat, syarikat-syarikat komersial, badan-badan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan;
3.4.4.3
Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum seramai tiga (3) orang pemegang akaun;
Page 4 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat
3.4.5
3.4.6
3.4.4.4
Bagi bukan individu, semua entiti yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
3.4.4.5
Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 1,000.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.4.6
Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.4.7
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.
Deposit Bertempoh-i: 3.4.5.1
Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah;
3.4.5.2
Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia lapan belas (18) tahun dan bukan individu iaitu syarikat korporat, syarikat komersial, badan-badan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuanpersatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan;
3.4.5.3
Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum seramai tiga (3) orang pemegang akaun;
3.4.5.4
Bagi bukan individu, semua entiti yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
3.4.5.5
Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.5.6
Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.5.7
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.
Deposit Bertempoh Junior-i (“JTD-i”); 3.4.6.1.
Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah;
3.4.6.1.
Akaun ini dibuka untuk individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dan tertakluk kepada akaun tersebut dikendalikan oleh seorang pemegang amanah. Syarikat-syarikat, pertubuhan korporat, perkongsian, persatuan-persatuan dan kelab-kelab adalah tidak dibenarkan untuk membuka akaun JTD-i;
Page 5 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat
3.4.7.
3.4.6.2.
Pemegang amanah merupakan seorang ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun tersebut manakala kanak-kanak tersebut akan menjadi benefisiari akaun;
3.4.6.3.
Apabila benifisiari tersebut mencapai had umur lapan belas (18) tahun, semua faedah-faedah yang tetakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan berkuatkuasa setelah tamatnya tempoh matang penempatan. Sebarang pembaharuan akaun yang berikutnya akan berdasarkan Akaun Deposit Bertempoh-i dengan ciri-ciri dan faedah-faedah yang berkaitan dengannya;
3.4.6.4.
Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 500.00 atau sebarang jumlah sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.6.5.
Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan bagi akaun ini akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
3.4.6.6.
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.
Deposit Pasaran Wang-i; 3.4.7.1.
Akaun ini berdasarkan konsep Syariah Komoditi Murabahah.
3.4.7.2. Akaun ini dibuka untuk bukan individu sahaja iaitu badan-badan korporat, badan-badan kerajaan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa awam, syarikat-syarikat multi-nasional dan lain-lain; 3.4.7.3. Tempoh penempatan deposit bagi akaun ini adalah di antara satu (1) hari sehingga tiga ratus enam puluh lima (365) hari atau sebarang tempoh sebagaimana yang dimaklumkan oleh MBSB. Kadar keuntungan akan ditentukan oleh MBSB dari semasa ke semasa.
4.0
HIBAH / KADAR KEUNTUNGAN
4.1
Akaun Simpanan Wadi’ah-i / Akaun SImpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i 4.1.1.
MBSB mengikut budi bicaranya mutlak boleh memberi Hibah kepada pemegang akaun sebagai tanda penghargaan. Hibah (jika ada) mungkin berbeza dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditentukan oleh MBSB dan akan dikreditkan secara bulanan atau pada bila-bila waktu yang ditentukan MBSB;
4.1.2.
Hibah, (jika ada), akan dikira berdasarkan baki harian atau apa-apa kadar lain seperti yang mungkin ditentukan oleh MBSB mengikut budi bicaranya. Pengkreditan hibah, jika ada, akan ditunjukkan apabila Pelanggan mengemukakan buku Akaun Simpanan-i mereka kepada MBSB untuk dikemaskini.
Page 6 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 4.2.
4.3.
5.0
Akaun Pelaburan Am-i 4.2.1.
MBSB akan memberi keuntungan dalam bentuk dividen kepada pemegang akaun di mana keuntungan yang dibayar tidak akan lebih rendah daripada Nisbah Perkongsian Keuntungan antara kedua-dua pihak;
4.2.2.
Nisbah Perkongsian Keuntungan bermakna nisbah perkongsian keuntungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk dikongsi di antara Pelanggan sebagai Pembekal Modal dan MBSB sebagai usahawan;
4.2.3.
Sebarang komunikasi mengenai kadar keuntungan sebelum penempatan Akaun Pelaburan Am-i adalah pada kadar Indikatif dan pulangan sebenar hanya akan ditentukan selepas tarikh matang penempatan.
Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 4.3.1.
Kadar keuntungan ke atas penempatan deposit ditentukan terlebih dahulu semasa penempatan/ pembaharuan seperti yang dinyatakan pada slip Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i;
4.3.2.
Pelanggan boleh mengeluarkan keuntungan yang dibayar dalam tempoh masa penempatan, walau bagaimanapun, sekiranya Pelanggan membuat keputusan untuk menamatkan Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i sebelum tempoh matang, MBSB berhak untuk menarik semula keuntungan yang dikeluarkan oleh Pelanggan daripada jumlah pokok semasa pengeluaran dilakukan.
DEPOSIT
5.1
Deposit boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atau pemindahan telegrafik atau pemindahan dari akaun selain MBSB atau mana-mana medium yang lain seperti yang dibenarkan oleh MBSB;
5.2.
Deposit seperti yang dinyatakan pada klausa 5.1 hendaklah dibuat dengan melengkapkan slip deposit, di mana boleh didapati di premis MBSB. Apabila Pelanggan melakukan transaksi deposit pada akaun mereka, mereka akan menerima satu salinan slip deposit yang mengandungi tandatangan Pegawai cawangan yang diberi kuasa;
5.3.
Bagi mana-mana penempatan deposit yang dibuat melalui cek, akaun tersebut adalah sah hanya selepas penjelasan cek. Cek-cek dan instrumen-instrumen deposit yang lain yang mana tidak dapat ditunaikan akan dikembalikan kepada pelanggan di alamat terakhirnya yang diketahui melalui pos biasa tertakluk ke atas risiko-risiko dan perbelanjaan sendiri;
5.4.
Buku Akaun Simpanan-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa pembukaan Akaun Simpanan-i;
5.5
Sijil Akaun Pelaburan Am-i akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun tersebut;
5.6
Slip Deposit Bertempoh-i atau Slip Deposit Bertempoh Junior-i akan diberikan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun tersebut.
Page 7 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat
6.0
TRANSAKSI PENGELUARAN
6.1
Akaun Simpanan Wadi’ah-i / Akaun Simpanan Cheeky-i / Akaun Simpanan CashRich-i
6.2
6.3
6.1.1
Setiap pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh Pelanggan bagi pemegang akaun individu, Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun-akaun bukan individu di cawangan asal atau mana-mana cawangan MBSB yang lain;
6.1.2
Pelanggan hendaklah membawa bersama buku Akaun Simpanan-i mereka berserta dokumen pengenalan diri mereka seperti yang diperlukan oleh MBSB dan perlu melengkapkan borang pengeluaran ketika ingin membuat pengeluaran.
Akaun Pelaburan Am-i 6.2.1
Sekiranya Pelanggan bercadang untuk menamatkan Akaun Pelaburan Am-i, Pelanggan hendaklah mengisi borang pengeluaran dan borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa dan yang berdaftar dengan MBSB;
6.2.2
Sebarang pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa di cawangan asal sahaja, pengeluaran di cawangan-cawangan MBSB yang lain tidak dibenarkan;
6.2.3.
Pemegang akaun perlu hadir di cawangan asal dan mengemukakan Sijil Akaun Pelaburan Am-i untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan cawangan asal untuk memindahkan amaun tersebut ke mana-mana akaun deposit yang khusus seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun;
6.2.4.
Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Pelaburan Am-i, kecuali jika berlaku kesilapan ke atas pengiraan keuntungan, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan;
6.2.5.
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan.
Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 6.3.1
Sekiranya Pelanggan bercadang untuk menamatkan Akaun Deposit Bertempoh-i / Akaun Deposit Bertempoh Junior-i, Pelanggan hendaklah melengkapkan borang pengeluaran dan ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa dan yang berdaftar dengan MBSB;
6.3.2
Setiap pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun sahaja atau penandatangan yang diberi kuasa di cawangan asal sahaja. Pengeluaran di cawangancawangan lain tidak dibenarkan.
Page 8 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 6.3.3.
Pemegang akaun perlu hadir di cawangan asal dan mengemukakan Slip Deposit Bertempoh-i atau Slip Deposit Bertempoh Junior-i untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan cawangan asal untuk memindahkan amaun ke mana-mana akaun simpanan seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun.
6.3.4.
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan.
7.0
PENGELUARAN AWAL / PRA-MATANG
7.1
Akaun Pelaburan Am-i 7.1.1
7.2
Sekiranya Pelanggan-Pelanggan membuat pengeluaran pra-matang sebelum tempoh matang akaun mereka sebelum tempoh tarikh matang, syarat-syarat berikut akan diguna pakai: i)
Bagi setiap penempatan di bawah tempoh tiga (3) bulan, keuntungan tidak akan dibayar jika penempatan dikeluarkan sebelum lengkap sepenuhnya dalam tempoh kontrak; atau
ii)
Bagi penempatan melebihi tempoh tiga (3) bulan yang mana deposit tersebut dikeluarkan sebelum tamatnya tempoh tiga (3) bulan, tiada keuntungan akan dibayar; dan
iii)
Bagi tempoh kontrak melebihi tiga (3) bulan, keuntungan yang dibayar akan dikira pada kadar separuh daripada kadar keuntungan semasa MBSB bagi bulan penempatan yang telah lengkap, dengan syarat penempatan minimum tiga (3) bulan telah dipenuhi.
Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 7.2.1
Jika berlaku penamatan sebelum tempoh tarikh matang atau pengeluaran awal bagi pembayaran Harga Jualan (Murabahah), Pelanggan bersetuju bahawa MBSB akan membayar suatu jumlah yang kurang daripada Harga Jualan (Murabahah) yang dipersetujui berdasarkan yang berikut: i)
Jika tempoh deposit adalah tiga (3) bulan atau kurang daripadanya, dan tempoh matang belum dipenuhi atau jika tempoh deposit melebihi tiga (3) bulan dan di mana penempatan tersebut dikeluarkan sebelum tamatnya tempoh tiga (3) bulan, pengeluaran awal adalah dibenarkan oleh MBSB tertakluk kepada persetujuan pelanggan memberi rebat / ibra' di mana tiada keuntungan akan dibayar;
ii)
Jika tempoh deposit melebihi tiga (3) bulan dan pengeluaran dibuat selepas memenuhi tempoh tiga (3) bulan tetapi sebelum tempoh matang, pengeluaran awal adalah dibenarkan oleh MBSB tertakluk kepada persetujuan pelanggan memberi rebat / ibra' berdasarkan pengiraan seperti berikut: Rebat / Ibra’ = Harga Jualan Murabahah - [(P x R x T/365 x 50%) + P]
Page 9 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat Di Mana: Harga Jualan Murabahah = Jumlah Prinsipal + Keuntungan P = Jumlah Prinsipal T = Bilangan hari lengkap R = Kadar Kentungan (Bulan Lengkap)
8.0 8.1
8.2
7.2.2
Bagi pengeluaran awal/pra-matang, MBSB boleh mengenakan caj-caj kepada pelanggan di atas mana-mana pegangan, urusan pengendalian dan caj-caj broker / caj-caj yang dikenakan oleh mana-mana pihak ketiga bagi penjualan dan pembelian komoditi di mana ianya akan ditolak daripada jumlah bayaran Harga Jualan (Murabahah);
7.2.3.
Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i, kecuali jika berlaku kesilapan ke atas pengiraan keuntungan, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan.
PEMBAHARUAN DEPOSIT Akaun Pelaburan Am-i 8.1.1.
Sekiranya tarikh matang jatuh pada hari tidak bekerja, setiap arahan pembaharuan deposit oleh Pelanggan akan dilaksanakan pada hari bekerja berikutnya. Walau bagaimanapun, keuntungan akan terus terkumpul dan dibayar sehingga tarikh pembaharuan tersebut.
8.1.2.
Jika Pelanggan tidak memperbaharui Akaun Pelaburan Am-i selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada.
8.1.3.
Walaubagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini adalah terpakai bagi jumlah tempoh yang tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 21.0 di bawahnya;
8.1.4.
Sebarang perubahan ke atas nisbah perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan indikatif ke atas Akaun Pelaburan Am-i yang diperbaharui, ianya adalah mengikut kadar keuntungan semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di cawangan MBSB atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui mana-mana kaedah sekalipun yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan nisbah perkongsian keuntungan dan kadar keuntungan indikatif hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan cadangan perubahan tersebut, Pelanggan boleh menamatkan penempatan akaun GIA-i dengan sewajarnya.
Deposit Bertempoh-i dan Deposit Bertempoh Junior-i 8.2.1.
Jika Pelanggan tidak membaharui Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada dan peruntukan di bawah klausa 2.1.3.4 adalah terpakai bagi pengiraan Harga Jualan (Murabahah)
Page 10 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat
8.2.2.
Walaubagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini hanya terpakai bagi jumlah tempoh tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 21.0 di bawahnya;
8.2.3.
Sebarang perubahan ke atas kadar keuntungan bagi Deposit Bertempoh-i atau Deposit Bertempoh Junior-i yang diperbaharui tertakluk kepada kadar keuntungan semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di premis cawangan atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui apa jua kaedah yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan ke atas kadar keuntungan hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan cadangan perubahan, Pelanggan boleh menamatkan kontrak Komoditi Murabahah tersebut.
9.0
CAGARAN SEBAGAI SEKURITI
9.1
Akaun Pelaburan Am-i atau Deposit Bertempoh-i boleh dicagarkan sebagai sekuriti bagi sesuatu pelaksanaan atau tanggungan atau liabiliti bagi mana-mana pelanggan MBSB, yang mana berkenaan. Melainkan yang dinyatakan, Akaun Pelaburan Am-i dan Deposit Bertempohi tidak boleh dicagar dengan apa-apa alasan yang lain.
10.0
HAK UNTUK PENOLAKAN DAN PENYELARASAN
10.1 MBSB, sebagai tambahan ke atas mana-mana lien am atau mana-mana hak yang berkaitan di bawah undang-undang, boleh pada bila-bila masa, dengan notis yang secukupnya, menggabungkan atau menyelaraskan mana-mana atau kesemua akaun kemudahan (jika ada) dengan liabiliti Pelanggan terhadap MBSB dengan melupuskan atau memindahkan manamana jumlah atau jumlah terkini bagi salah satu akaun kredit atau akaun-akaun MBSB yang lain ke atas keperluan daripada mana-mana liabiliti kepada MBSB sama ada yang akaun utama atau cagaran atau akaun bersama atau akaun berasingan.
11.0 PERKONGSIAN 11.1 Pelanggan perlu memaklumkan kepada MBSB dengan segera secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas rakan kongsi, pertukaran nama bagi akaun atau pertukaran penandatangan yang diberi kuasa.
12.0 BUKU AKAUN SIMPANAN-i 12.1 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh dipindah milik ataupun ditukar hakmilik dan ianya hendaklah dikemukakan di kaunter premis MBSB bagi setiap transaksi pengeluaran; 12.2 Sebarang bayaran yang dibuat oleh MBSB bagi pengemukaan Buku Akaun Simpanan-i oleh Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky-i dan oleh penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bukan-individu, adalah mempunyai kesan yang sama seperti pembayaran dibuat kepada Pelanggan secara peribadi dan MBSB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan atau mana-mana pihak yang lain;
Page 11 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 12.3 Buku Akaun Simpanan-i tidak boleh diubah atau dipinda terhadap mana-mana perkara yang berkaitan dengan transaksi sama ada oleh Pelanggan atau oleh mana-mana pihak lain. Pelanggan perlu memeriksa Buku Akaun Simpanan-i dan berpuas-hati bahawa setiap transaksi yang dibuat adalah betul sebelum meninggalkan premis MBSB; 12.4 Buku Akaun Simpanan-i perlu dikemukakan kepada MBSB apabila dikehendaki oleh MBSB untuk setiap hibah atau transaksi yang belum dikemaskini. Buku ini adalah sebagai rujukan Pelanggan dan tidak semestinya memaparkan baki akaun yang betul disebabkan deposit mungkin dibuat atau terdapat sebarang caj-caj dikenakan tanpa sebarang entri dibuat di dalam Buku Akaun Simpanan-i; 12.5 Entri yang terdapat di dalam Buku Akaun Simpanan-i adalah tidak sah melainkan ianya direkodkan oleh mesin pencetak MBSB. 13.0 KELAYAKAN DEPOSITOR UNTUK BERKONTRAK 13.1 Pelanggan mestilah mempunyai kapasiti untuk menyertai sesuatu kontrak. Di bawah polisi MBSB, hanya individu yang berumur lapan belas (18) tahun adalah layak untuk membuka akaun peribadi mereka. Seseorang kanak-kanak juga boleh membuka akaun mereka dengan syarat akaun tersebut hendaklah dibuka bersama dan hanya dikendalikan oleh ibu bapa / penjaga ("Pemegang Amanah"); 13.2 Akaun Simpanan-i boleh ditutup di atas permintaan Pelanggan, mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB. Akaun boleh dihentikan jika berlakunya kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman pada pemegang akaun. 14.0 KEHILANGAN BUKU AKAUN SIMPANAN-i 14.1 Sekiranya buku Akaun Simpanan-i hilang atau musnah, Pelanggan dengan serta-merta hendaklah memberi notis secara bertulis kepada MBSB untuk memaklumkan mengenai kehilangan atau kemusnahan buku tersebut. Semasa mengemukakan bahan bukti atau pelaksanaan ganti rugi dengan sejumlah bayaran yang ditentukan MBSB, MBSB boleh menutup akaun utama Pelanggan dan membuka akaun yang baru; 14.2 Jika buku Akaun Simpanan-i telah rosak, MBSB boleh menghantar buku akaun tersebut dengan sejumlah bayaran yang ditentukan MBSB, menggantikan buku yang rosak atau mengeluarkan buku akaun simpanan baru kepada Pelanggan.
15.0 KEHILANGAN SIJIL AKAUN PELABURAN AM-i / SLIP DEPOSIT BERTEMPOH-i 15.1 Pelanggan hendaklah menyimpan Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i dengan selamat dan dikehendaki untuk melaporkan dengan segera secara bertulis kepada MBSB jika berlaku kehilangan atau kecurian. Penggantian Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i yang telah hilang boleh dilakukan sekiranya Surat Indemniti telah ditandatangani, tertakluk kepada bayaran telah dibuat bagi duti setem dan caj perkhidmatan sebanyak RM 15.00 atau apa-apa jumlah yang dimaklumkan oleh MBSB dari semasa ke semasa;
Page 12 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 15.2 Penggantian Sijil Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i hanya boleh dilakukan di cawangan MBSB di mana akaun tersebut dibuka di mana ianya tertakluk kepada terma dan syarat operasi yang mengawal Akaun Pelaburan Am-i / Slip Deposit Bertempoh-i.
16.0 PENUTUPAN AKAUN 16.1 MBSB berhak untuk menutup akaun Pelanggan di atas permintaan Pelanggan mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB; 16.2 Akaun boleh ditutup / ditamatkan jika berlakunya mana-mana perkara berikut:i) Pelanggan telah bankrap atau muflis; atau ii) Pengeluaran oleh Pelanggan ke atas semua atau sebahagian daripada jumlah deposit yang diletakkan; atau iii) Pelanggan melakukan pelanggaran pada mana-mana terma dan syarat yang tertakluk; atau iv) Arahan daripada mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang.
17.0 JIKA BERLAKU KEMATIAN 17.1 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan dengannya, jlka berlaku kematian ke atas salah seorang pemegang akaun bersama, MBSB boleh menahan manamana baki kredit atau baki terkini atau baki terkemudian ke mana-mana akaun peribadi atau akaun bersama atau mana-mana sekuriti yang dimiliki pemegang akaun bersama atas arahan dan tanpa prejudis ke atas hak MBSB untuk menggabungkan atau penyelarasan yang tertakluk di sini atau hak-hak MBSB yang berkaitan dengan mana-mana baki akaun atau sekuriti yang timbul daripada mana-mana tuntutan cagaran, lien atau mana-mana langkah di mana MBSB fikirkan perlu diambil berdasarkan mana-mana tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain; 17.2
Sekiranya pemegang akaun adalah Muslim atau salah seorang pemegang akaun bersama adalah Muslim telah meninggal dunia, pemegang akaun yang satu lagi akan menerima wang si mati sebagai pentadbir yang dilantik (wasi') serta kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki akaun berdasarkan undang-undang harta pusaka (fara'id), MBSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan sama ada pentadbir yang dilantik (wasi’) mengagihkan harta tersebut berdasarkan mana-mana undang-undang substantif atau undang-undang harta pusaka (fara'id).
18.0 PERTUKARAN ALAMAT 18.1 Semua penyata akaun dan surat-menyurat yang dihantar kepada Pelanggan di alamat terakhir yang diketahui dan berdaftar dengan MBSB adalah dianggap telah dihantar dengan sepatutnya. Sebarang pertukaran pada alamat surat-menyurat Pelanggan hendaklah dimaklumkan kepada MBSB secara bertulis dan ditandatangani oleh Pelanggan. Hal ini adalah penting bagi memastikan bahawa semua komunikasi yang dibuat akan sampai kepada Pelanggan dengan segera.
Page 13 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat
19.0 CAJ DAN YURAN 19.1 MBSB boleh pada bila-bila masa di atas budi bicaranya yang mutlak dengan notis bertulis dihantar kepada Pelanggan (melalui mana-mana medium yang difikirkan sesuai oleh MBSB), mengubah kadar semasa dan/atau jumlah bayaran caj atau yuran yang perlu dibayar oleh Pelanggan. Perubahan tersebut adalah berdasarkan dengan mana-mana keperluan Syariah atau undang-undang yang berkaitan dan akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan pada notis tersebut, di mana penguatkuasaannya adalah tidak kurang daripada tempoh 21 hari dari tarikh notis tersebut. 20.0 AKAUN DORMAN / AKAUN TIDAK AKTIF 20.1
Akaun dorman ditakrifkan sebagai akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi untuk tempoh satu tahun. Surat peringatan akan dihantar kepada Pelanggan sekiranya akaun tersebut akan menjadi dorman;
20.2
Bagi akaun dorman dengan jumlah baki sebanyak RM10, MBSB menurut budi bicaranya boleh menutup akaun tersebut dan menyerap bakinya sebagai caj;
20.3
Bagi akaun dorman dengan jumlah baki melebihi RM10, MBSB akan mengenakan yuran perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 sehingga jumlah baki yang selebihnya dipindahkan sebagai wang tidak dituntut menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (sila rujuk perenggan 21.0 seperti di bawah bagi klausa Akta Wang Tak Dituntut 1965);
20.4
Tiada caj akan dikenakan ke atas pengaktifan akaun dorman.
21.0 AKTA WANG TIDAK DITUNTUT 1965 21.1 Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang yang tidak dituntut bermaksud kesemua jumlah wang di dalam akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekali pun oleh pemilik untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun. Wang yang tidak dituntut kemudiannya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut (RUM). Sebelum dana dari sesuatu akaun dorman dipindahkan kepada RUM itu, notis akan diberikan kepada Pelanggan sekurangkurangnya 21 hari sebelum pemindahan berlaku.
22.0 PINDAAN KE ATAS TERMA DAN SYARAT 22.1 MBSB berhak untuk menambah, memadam atau mengubah mana-mana atau kesemua T&S ini pada bila-bila masa, tertakluk ke atas prisip-prinsip yang dibenarkan oleh Syariah. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa selepas tempoh dua puluh satu (21) hari daripada tarikh notis dipaparkan di premis MBSB atau mana-mana medium komunikasi yang difikirkan sesuai oleh MBSB.
23.0 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENTADBIR 23.1 Perjanjian ini adalah ditadbir oleh, ditafsirkan dan digunakan selaras dengan bidang kuasa dan undang-undang di Malaysia;
Page 14 of 15
Produk Deposit Islamik MBSB Terma dan Syarat 23.2 Pihak-pihak yang terlibat hendaklah mematuhi setiap peruntukan bagi undang-undang bertulis yang harus mereka patuhi termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi dan mana-mana Akta, Enakmen atau Ordinan atau undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan atau lain-lain perundangan subsidiari di bawah Akta, Enakmen atau Ordinan atau mana-mana arahan, perintah, keperluan atau arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa di bawah undang-undang bertulis.
24.0 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 24.1. Pelanggan dengan ini mengisytiharkan dan bersetuju bahawa mana-mana data/maklumat (termasuk data peribadi) yang berkaitan atau yang dirujuk atau berkaitan dengan permohonan Pelanggan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal Pelanggan sama ada di sini atau kemudiannya pada permohonan ini mungkin boleh digunakan atau didedahkan oleh MBSB bagi tujuan pemprosesan permohonan ini atau bagi menyediakan perkhidmatan seterusnya atau lain-lain produk dan perkhidmatan dan/atau pemasaran langsung (jika berkenaan) untuk berkomunikasi dengan Pelanggan bagi tujuan tersebut. 25.0 PENGISYTIHARAAN 25.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan bahawa semua kenyataan dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan betul berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka.
26.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT 26.1 MBSB dibenarkan/diberi kuasa untuk mendedahkan, mengguna pakai, dan mendapatkan mana-mana maklumat berhubung dengan Pelanggan, akaun atau perkara-perkara yang berkaitan selaras dengan mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan atau arahan atau MBSB di atas budi bicaranya yang dianggap sesuai atau diperlukan serta MBSB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan dalam apa jua alasan bagi pendedahan yang sedemikian.
[Tamat]
Page 15 of 15