Terma & Syarat Peti Deposit Keselamatan
Alliance Bank Malaysia Berhad (88103-W)
1 DEFINISI Dalam Terma dan Syarat ini, ungkapan: "Perjanjian" bermaksud Perjanjian Sewa Peti Deposit Keselamatan yang dilaksanakan antara Bank dan Penyewa. "Bank" bermaksud Alliance Bank Malaysia Berhad dan semua cawangannya di mana penyewaan Peti disediakan. "Peti" bermaksud Peti Deposit Keselamatan yang disewa oleh Penyewa. "Penyewa" bermaksud orang (atau jika lebih daripada seorang, secara kolektif orang-orang) atau entiti yang dinamakan dalam Perjanjian Sewa Peti Deposit Keselamatan. Jika Penyewa terdiri daripada lebih daripada satu orang atau terdiri daripada firma/syarikat yang terdiri lebih daripada seorang rakan kongsi/pengarah, semua syarat dalam Terma & Syarat ini akan dianggap dibuat oleh dan mengikat mereka secara bersama dan berasingan.
2 SYARAT TERDAHULU 2.1
Syarat awal untuk menyewa Peti adalah Penyewa hendaklah mempunyai satu akaun perbankan dengan Bank dan akaun tersebut hendaklah dikekalkan selagi Peti itu disewakan kepada Penyewa. Penutupan atau penamatan akaun tersebut hendaklah disifatkan sebagai arahan oleh Penyewa untuk menamatkan penyewaan Peti tersebut, melainkan jika diputuskan sebaliknya oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya.
3 SEWA, DEPOSIT DAN CAJ-CAJ LAIN 3.1
Penyewa dikehendaki untuk membayar sewa terlebih dahulu, bersama-sama dengan deposit untuk dua (2) kunci dan hendaklah menandatangani Perjanjian dengan Bank untuk menyewa Peti di bawah Terma dan Syarat ini.
3.2
Sewa bagi penyewaan Peti dikenakan secara tahunan atau mengikut tempoh lain seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan perlu dibayar oleh Penyewa terlebih dahulu.
3.3
Bank berhak untuk mengubah kadar sewa yang perlu dibayar mengikut budi bicara mutlaknya. Apa-apa perubahan dalam jumlah sewa hendaklah berkuat kuasa serta merta daripada tarikh akhir pembayaran sewa berikutnya selepas perubahan tersebut, selepas memberi notis yang cukup tentang sebarang perubahan kepada Penyewa, sebelum perubahan itu dilaksanakan.
3.4
Bayaran sewa tidak akan dikembalikan kepada Penyewa jika penyewaan itu dihentikan sebelum tamat tempoh penuh yang diambil.
3.5
Deposit sebanyak RM200 untuk kunci kepada Peti Keselamatan hendaklah dibayar apabila menandatangani Perjanjian dengan Bank untuk menyewa Peti Keselamatan. Deposit akan dipulangkan kepada Penyewa apabila Penyewa menyerahkan Peti Keselamatan kosong dan dua (2) kunci tersebut kepada Bank, tertakluk kepada hak Bank untuk menggunakan deposit itu untuk membayar apa-apa wang yang kena bayar kepada Bank di bawah terma dan syarat ini dan diambil jumlah keseluruhannya jika kunci tidak dipulangkan atau jika kunci baru diperlukan.
3.6
Jumlah yang dikenakan di sini merangkumi Cukai Barangan dan Perkhidmatan ("GST") serta lain-lain cukai yang boleh dikenakan oleh undang-undang pada masa hadapan. Setelah pelaksanaan apa-apa cukai tersebut pada masa hadapan dan di mana berkenaan, Bank berhak untuk mendapatkan semula cukai itu daripada Penyewa.
4 KUNCI 4.1
Setelah Penyewa membayar deposit kunci, Penyewa akan diberikan dua (2) kunci untuk digunakan bagi Peti Keselamatan. Kuncikunci ini kekal sebagai harta Bank dan mesti dikembalikan kepada Bank apabila tamatnya penyewaan dan tiada kunci lain selain daripada yang dikeluarkan oleh Bank boleh digunakan. Tiada orang lain selain daripada orang yang diberi kuasa (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 5.1) akan dibenarkan untuk menggunakan kunci.
4.2
Kedua-dua kunci mestilah diserahkan kepada Bank dalam keadaan baik apabila Perjanjian ditamatkan. Apabila kunci hilang, Penyewa mestilah memaklumkan kepada Bank dengan segera. Sekiranya berlaku kehilangan kunci atau kegagalan untuk mengembalikan kunci kepada Bank atau jika perlu mendapatkan kunci baharu, deposit akan diambil oleh Bank. Kunci baharu boleh dikeluarkan kepada Penyewa apabila deposit yang ditetapkan serta caj dan perbelanjaan yang dikenakan untuk apa-apa perubahan yang perlu atau penggantian termasuk kos kunci baharu telah dibayar.
4.3
Pada setiap masa, semasa waktu perbankan, Penyewa hendaklah membenarkan Bank untuk mempunyai akses kepada Peti Keselamatan bagi maksud memeriksa keadaannya, untuk membuat apa-apa pembaikan atau pelarasan (jika perlu) tetapi Bank tidak boleh dianggap mengetahui apa-apa artikel yang disimpan dan tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa kandungan di dalam Peti Keselamatan tersebut.
4.4
Apa-apa pembaikan atau penggantian kunci untuk Peti Keselamatan atau kunci hanya boleh dilakukan oleh Bank dan jika pembaikan bukanlah akibat haus dan lusuh yang munasabah, pembaikan atau penggantian peti atau kunci akan dibayar oleh penyewa. Page 2 of 7
5 OPERASI DAN AKSES 5.1
Hanya Penyewa sahaja yang mempunyai akses kepada Peti Keselamatan pada masa-masa yang munasabah pada waktu perniagaan Bank tertakluk kepada apa-apa peraturan sebagaimana yang akan dibuat oleh Bank dari semasa ke semasa. Penyewa bagaimanapun boleh memberi kuasa kepada orang lain ("orang yang diberi kuasa") untuk akses kepada Peti Keselamatannya di bawah Mandat yang dilaksanakan pada borang di Bank dan dengan itu orang tersebut disifatkan mempunyai kuasa penuh daripada Penyewa untuk mengambil atau berurusan dengan kandungan Peti Keselamatan.
5.2
Akses akan dibenarkan kepada Penyewa/setiap Penyewa hanya atas permohonan bertulis yang ditandatangani olehnya dengan tandatangan yang sama seperti yang diberikan olehnya pada kad tandatangan Peti Deposit Keselamatan; atau untuk mana-mana orang yang diberi kuasa oleh mana-mana satu atau lebih daripada penyewa pada permohonan yang sama yang ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dengan tandatangan yang sama seperti yang diberikan olehnya pada kad tandatangan Peti Deposit Keselamatan tersebut.
5.3
Bank boleh, atas budi bicaranya, menghendaki kad pengenalan atau lain-lain tanda pengenalan tambahan dikemukakan dan mungkin memerlukan cap getah, selain daripada, dan bukannya bagi menggantikan, tandatangan.
5.4
Sebarang arahan daripada Penyewa kepada Bank berkenaan dengan Peti Keselamatan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Penyewa tertakluk kepada mod operasi Peti Keselamatan. Sebarang arahan sedemikian hendaklah berkuat kuasa apabila diterima oleh Bank.
5.5
Bank berhak untuk menghalang akses kepada Peti Keselamatan kepada mana-mana orang jika difikirkan bahawa orang yang meminta akses itu tidak mempunyai kuasa daripada Penyewa untuk akses tersebut.
5.6
Bank berhak untuk menggantung hak akses Penyewa kepada Peti Keselamatan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, dan untuk tempoh tertentu atau tempoh mengikut budi bicara mutlak Bank tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu, dan tanpa memberi sebarang sebab untuknya termasuk tanpa prasangka kepada perkara umum yang tersebut di atas: (a) (b)
(c) (d)
Sekiranya berlaku keadaan kecemasan atau untuk membuat apa-apa perubahan atau pembaikan kepada Peti Keselamatan, atau bagi tujuan keselamatan; atau Sekiranya Bank menerima notis atas perintah mahkamah terhadap Penyewa atau sekiranya berlaku apa-apa isu perundangan, lampiran, tindakan atau prosiding lain yang berkaitan dengan Penyewa atau Peti Keselamatan atau Perjanjian ini; atau Jika dikehendaki oleh undang-undang atau untuk mematuhi mana-mana undang-undang; atau Pertikaian antara Penyewa bersama Peti Keselamatan tersebut.
6 LARANGAN PENGGUNAAN Penyewa tidak boleh memindah milik Perjanjian ini atau sublet Peti Keselamatan, mahu pun membenarkan mana-mana orang selain daripada orang yang diberi kuasa, akses atau menggunakan Peti Keselamatan atau mana-mana bahagiannya, atau membenarkannya digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada menyimpan barang-barang berharga dan harta lain yang bukannya bahan letupan, mudah terbakar, cecair atau yang bersifat haram atau berbahaya atau menyakitkan hati atau pada pendapat Bank mungkin mengganggu, jika tidak Bank berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta merta.
7 PENGECUALIAN DAN PENGASINGAN LIABILITI 7.1
Bank tidak boleh dianggap untuk menjadi baili kepada kandungan Peti Keselamatan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan tidak akan terjejas oleh apa-apa notis amanah atau ekuiti yang bercantum dengan kandungan tersebut atau mana-mana bahagiannya.
7.2
Bank tidak boleh dianggap mengetahui akan apa-apa yang disimpan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berkenaan terhadap kandungan Peti Keselamatan walau apa pun sebab yang timbul.
7.3
Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh Penyewa atau mana-mana orang yang diberi kuasa dan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan cop palsu oleh manamana orang atau pihak berkuasa yang palsu atau penggunaan setem getah tanpa kebenaran daripada Penyewa untuk mendapatkan akses kepada Peti Keselamatan.
Page 3 of 7
8 PENAMATAN 8.1
Sewa hendaklah dibayar bagi tempoh satu (1) tahun lebih awal. Jika Penyewa tidak mahu lagi meneruskan penyewaan Peti Keselamatan, mereka hendaklah memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Bank sebelum tamat tempoh sewa setiap tahun. Jika notis tidak diberikan dan jika kedua-dua kunci tidak dipulangkan pada atau sebelum tarikh akhir, penyewaan Peti Keselamatan akan dianggap disambung untuk setahun lagi. Walau bagaimanapun, Bank boleh pada bila-bila masa semasa penerusan sewa, memberi notis satu bulan sebelum menamatkannya. Untuk Penyewa Bersama, liabiliti Penyewa di bawah ini akan menjadi liabiliti bersama dan berasingan.
8.2
Jika sewa gagal dibayar apabila tiba masanya, sama ada diminta atau tidak, atau untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat ini, Penyewa atau mana-mana orang yang diberi kuasa tidak mempunyai apa-apa hak akses kepada Peti Keselamatan tetapi akan tetap bertanggungjawab untuk membayar sewa. Dalam keadaan itu, Bank hendaklah memberi notis kepada Penyewa atau manamana daripada mereka di alamat terakhir yang didaftarkan dengan Bank, meminta bayaran sewa yang kena dibayar atau jika melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini. Jika selepas satu (1) bulan selepas pemberian notis itu, dan jika ada wang yang masih belum dibayar atau apa-apa syarat yang masih tidak dipenuhi, Bank tanpa menjejaskan sebarang remedi lain, bebas untuk membuka Peti Keselamatan tersebut dalam apa cara yang difikirkannya patut, tanpa perlu memberi sebarang notis.
8.3
Peti Keselamatan akan dibuka di hadapan seorang pegawai Bank dan seorang peguam panel yang akan membuat inventori kandungan Peti Keselamatan dan mengekalkan kandungan pada risiko Penyewa di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkannya patut pada kos dua kali ganda sewa tahunan yang kena dibayar. Inventori dibuat dan disahkan oleh peguam panel yang akan menjadi bukti muktamad terhadap Penyewa, waris, pengganti dan pemegang serah hak (termasuk Pegawai Pemegang Harta) dan terhadap mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai tuntutan ke atas apa-apa jenis harta dalam Peti dan dalam mana-mana prosiding mahkamah.
8.4
Jika wang yang dituntut masih belum dibayar atau syarat masih tidak dipenuhi selepas dua (2) bulan dalam tempoh selanjutnya, Bank boleh, dengan serta-merta tanpa sebarang notis, atas tanggungan Penyewa, menjual kesemua atau sebahagian daripada kandungan di dalam Peti Keselamatan melalui lelongan awam atau perjanjian persendirian dan menggunakan hasil jualan terhadap bayaran apa-apa wang yang kena bayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini dan pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang mungkin disebabkan oleh penjualan itu. Jika terdapat apa-apa lebihan daripada hasil jualan, Bank boleh, atas budi bicaranya, memegang wang lebihan tersebut tanpa faedah bagi pihak Penyewa sehingga dituntut oleh Penyewa tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965.
8.5
Selepas penamatan Perjanjian, Penyewa hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kedua-dua kunci kepada Bank dan mengeluarkan semua kandungan dari Peti Keselamatan. Peti Keselamatan yang kosong bersama kuncinya itu akan diserahkan balik kepada Bank dalam keadaan baik.
8.6
Mana-mana salah seorang daripada Penyewa bersama Peti Keselamatan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan syarat bahawa syarat untuk mengendalikan Peti Keselamatan adalah "Salah seorang untuk menandatangani/Mengendali".
9 KEMATIAN / PENGGULUNGAN / PEMBUBARAN 9.1
Untuk Penyewa Tunggal: 9.1.1 Sekiranya berlaku kematian Penyewa, wakil di sisi undang-undang yang menunjukkan Pemberian Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dan kunci asal Peti Keselamatan, mungkin boleh mengakses Peti Keselamatan dan membukanya, dan mengeluarkan semua kandungan di dalamnya, dan tindakan ini akan menamatkan Perjanjian secara automatik. 9.1.2 Mengikut budi bicaranya, Bank boleh, tanpa bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, sebelum Pemberian Probet atau Surat Kuasa Mentadbir ditunjukkan kepada Bank, membenarkan, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut, mana-mana orang yang menuntut sebagai berhak untuk mentadbir harta Penyewa yang telah meninggal untuk membuka Peti dan memeriksa kandungannya bagi tujuan penyediaan inventori kandungannya di hadapan seorang pegawai Bank dan saksi yang akan ditentukan oleh Bank (seperti peguam panel Bank, peguam yang mewakili orang yang menuntut sebagai berhak untuk mentadbir harta Penyewa yang telah meninggal atau peguam yang mewakili waris terdekat Penyewa yang telah meninggal) dan apa-apa di dalam ini boleh menjejaskan liabiliti penyewaan Peti Keselamatan yang akan diteruskan sehingga Peti Keselamatan diserahkan kepada Bank. Walau bagaimanapun orang itu tidak akan dibenarkan untuk mengambil mana-mana kandungan kecuali kertas Wasiat, di mana orang tersebut telah dilantik menjadi wasi, dan Bank dibenarkan untuk menyimpan satu salinan dokumen itu. 9.1.3 Apa-apa kuasa yang telah diberikan kepada orang yang diberi kuasa oleh Penyewa yang telah meninggal untuk akses kepada Peti Keselamatan masih terus sah sehingga notis bertulis tentang kematian itu diberikan kepada Bank di mana setiap kuasa tersebut akan secara automatik berhenti dan ditentukan.
9.2
Bagi Penyewa Bersama: 9.2.1 Untuk Penyewa bersama dengan mod operasinya di mana semua Penyewa perlu menurunkan tandatangan, Bank berhak untuk membekukan Peti Keselamatan tersebut apabila notis bertulis tentang kematian salah seorang Penyewa bersama diterima. Penyewa yang masih hidup boleh diberi akses kepada Peti Keselamatan selepas menandatangani dokumen akses yang berkaitan dan menunjukkan kunci asal Peti Keselamatan untuk mengambil atau menguruskan kandungan Peti Page 4 of 7
Keselamatan tersebut dan tiada apa di dalam ini boleh menjejaskan liabiliti sewa Peti Keselamatan yang akan diteruskan sehinggalah Peti Keselamatan itu diserahkan kepada Bank. 9.2.2 Untuk Penyewa bersama dengan mod operasinya di mana semua Penyewa perlu menurunkan tandatangan, Bank berhak untuk membekukan Peti Keselamatan tersebut apabila notis bertulis tentang kematian salah seorang Penyewa bersama diterima, dan Bank boleh atas budi bicara mutlaknya, tanpa bertanggungjawab atas sebarang kerugian, membenarkan manamana orang yang menuntut sebagai berhak untuk mentadbir harta Penyewa yang telah meninggal dan apabila menunjukkan kunci Peti Keselamatan, untuk membuka Peti dan memeriksa kandungannya di hadapan seorang pegawai Bank dan seorang saksi bebas (seorang peguam panel atau mana-mana pihak ketiga). Walau bagaimanapun, orang itu tidak dibenarkan untuk mengeluarkan apa-apa kandungan kecuali arahan bersama yang diterima oleh Bank dari kedua-dua wakil diri di sisi undangundang bagi Penyewa bersama yang telah meninggal dan Penyewa bersama yang masih hidup. 9.2.3 Pihak Bank tidak akan terikat untuk menyiasat atau dianggap sebagai mempunyai apa-apa pengetahuan atau notis, yang sebenar atau tersirat atau konstruktif, sama ada mana-mana kandungan di dalam Peti Keselamatan tersebut dimiliki oleh Penyewa bersama yang telah meninggal. Tempoh kontrak akan diteruskan selepas kematian mana-mana Penyewa dan akan mengikat wakil diri Penyewa bersama yang telah meninggal. 9.2.4 Mana-mana kuasa yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa oleh Penyewa yang telah meninggal untuk akses kepada Peti Keselamatan akan terus sah sehinggalah notis bertulis tentang kematian itu diberikan kepada Bank di mana setiap kuasa tersebut akan secara automatik berhenti dan ditetapkan. 9.3
Bagi Syarikat Berhad, Persatuan, Kelab atau Persatuan: 9.3.1 Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam sub-klausa 9.3.2 dalam perjanjian ini, hak akses kepada Peti Keselamatan oleh Penyewa atau mana-mana orang yang diberi kuasa akan ditamatkan sekiranya berlaku pembubaran Penyewa atau dalam kes sebuah syarikat, meluluskan resolusi untuk penggulungan sukarela atau dibuat oleh Mahkamah penggulungan dengan syarat Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti berkenaan akses tersebut dan sehingga Bank telah menerima notis sebenar resolusi untuk penggulungan atau Perintah penggulungan oleh Mahkamah. 9.3.2 Sekiranya berlaku pembubaran atau penggulungan Penyewa, Bank boleh, atas pilihannya (dan atas apa-apa bukti yang difikirkannya perlu ditunjukkan) membenarkan sesiapa yang mengaku sebagai pelikuidasi atau penerima bagi Penyewa dan atau penasihat undang-undang mereka di hadapan seorang pegawai Bank untuk memeriksa kandungan Peti Keselamatan dan membuat inventori daripadanya dan selepas itu pelikuidasi atau penerima hendaklah mempunyai kuasa untuk berurusan dengan kandungan Peti Keselamatan dan disifatkan sebagai Penyewa Peti Keselamatan, menggantikan Penyewa asal tertakluk kepada Terma dan Syarat. 9.3.3 Setelah pembubaran atau penggulungan Penyewa, apa-apa kuasa yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa untuk mempunyai akses kepada Peti Keselamatan akan terus sah sehingga notis pembubaran atau penggulungan itu diberikan kepada Bank, di mana setiap kuasa itu secara automatiknya akan terhenti dan ditentukan.
10 HAK TOLAKAN 10.1 Bank berkuasa untuk mendebitkan akaun deposit penyewa untuk sewa, fi dan caj dan semua jumlah lain yang kena bayar oleh Penyewa di bawah Perjanjian ini dan terma dan syarat ini sebagaimana dan apabila tiba masanya. 10.2 Bank berhak pada bila-bila masa dan dengan notis kepada Penyewa, menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun Penyewa, termasuk akaun sendiri atau akaun bersama dengan mana-mana orang lain (sama ada simpanan semasa atau dalam sebarang bentuk lain) dan menolak atau memindahkan sebarang jumlah wang yang ada dalam jumlah kredit pada manamana satu atau lebih akaun-akaun tersebut, bagi memenuhi obligasi dan tanggungan Penyewa kepada Bank di bawah Perjanjian dan terma dan syarat ini. Jika apa-apa gabungan tolakan atau pemindahan tersebut memerlukan pertukaran dari satu mata wang kepada yang lain, Bank diberi kuasa untuk melaksanakan penukaran tersebut pada kadar tukaran semasa Bank sendiri (seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank) .
11 INDEMNITI Penyewa hendaklah menanggung rugi Bank dan tuntutan, permintaan, tindakan, prosiding, kerugian indemniti penuh dan semua liabiliti lain dalam apa dialami oleh Bank berhubung dengan atau dalam kandungan di dalam Peti Keselamatan, melainkan pihak Bank atau keingkaran secara sengaja.
pada setiap masa menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap semua dan perbelanjaan termasuk kos guaman antara peguam cara dan klien atas dasar jua bentuk atau jenis dan yang timbul yang boleh dibuat, diambil, ditanggung atau apa-apa cara yang timbul daripada Perjanjian ini, Terma dan Syarat ini dan/atau jika liabiliti yang timbul adalah semata-mata disebabkan oleh kecuaian melampau
Page 5 of 7
12 TELEKOMUNIKASI Tertakluk kepada pengesahan yang sewajarnya, pihak Bank boleh bergantung kepada dan bertindak ke atas apa-apa arahan secara lisan atau bertulis yang diterima daripada pelanggan melalui apa-apa cara yang boleh diterima oleh pihak Bank menurut budi bicaranya termasuk tetapi tidak terhad kepada, melalui telefon, permohonan secara dalam talian atau faksimili. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pelanggan dalam apa-apa cara sekiranya pihak Bank bertindak dengan jujur atas arahan itu walaupun didapati kemudiannya bahawa arahan tersebut tidak diberikan oleh pelanggan, atau bagi apa-apa salah faham atau kesilapan, kehilangan, kelewatan, atau kerugian yang dialami akibat daripada tindakan Bank menuruti atau menyetujui dengan arahan atau permintaan tersebut.
13 PERPINDAHAN PET KESELAMATAN Bank berhak, pada bila-bila masa, dengan memberi sekurang-kurangnya satu (1) bulan notis terlebih dahulu (atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank) kepada Penyewa untuk memindahkan Peti Keselamatan. Penempatan semula Peti Keselamatan boleh dilakukan apabila habis tempoh notis tersebut.
14 INSURANS 14.1 Meskipun Bank akan melaksanakan semua langkah berjaga-jaga yang biasa, Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, perbelanjaan, kerosakan atau kerugian lain yang ditanggung oleh Penyewa yang timbul melainkan jika kerugian itu disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau Bank atau keingkaran secara sengaja. Dalam apa jua kes, liabiliti Bank hanyalah terhad kepada RM10,000. 14.2 Oleh itu Penyewa dinasihatkan untuk menginsuranskan sebarang item yang mempunyai nilai di dalam Peti Keselamatan dengan Bank demi kepentingan mereka sendiri
15 NOTIS Apa-apa notis yang dihantar kepada Penyewa ditujukan kepada beliau di alamat terakhir yang didaftarkan dengan Bank akan disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepada Penyewa melalui perjalanan pos biasa. Perubahan alamat Penyewa tidak akan berkuat kuasa atau mengikat Bank kecuali jika Penyewa telah memberikan Bank notis sebenar akan perubahan alamat tersebut.
16 PENGUBAHAN SYARAT 16.1 Bank berhak, setelah memberi notis bertulis terlebih dahulu kepada Penyewa, untuk mengubah, menyemak atau menukar manamana satu atau lebih peruntukan Terma dan Syarat ini dan/atau menyemak semula sewa tahunan yang kena bayar dan apa-apa fi dan caj lain yang kena bayar pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dalam mana-mana cara yang berikut yang disifatkan notis yang mencukupi kepada Penyewa: (a) (b) (c) (d)
Mempamerkan notis di premis dan laman web Bank; atau Bank menghantar notis kepada Penyewa di alamat terakhir yang diketahui; atau Iklan dalam akhbar utama pilihan Bank; atau Melalui mel elektronik atau dengan cara makluman lain yang boleh dipilih oleh Bank.
16.2 Perubahan, penyemakan atau penukaran akan terpakai pada tarikh kuat kuasa yang ditentukan oleh Bank. Pengekalan atau penggunaan Peti Keselamatan selepas tarikh penguatkuasaan apa-apa perubahan, penyemakan atau perubahan syarat-syarat ini akan dianggap sebagai penerimaan terhadap perubahan, penyemakan atau perubahan tanpa itu keraguan oleh Penyewa 16.3 Jika Penyewa tidak menerima perubahan, penyemakan atau penukaran itu, Penyewa mestilah menamatkan sewa Peti Keselamatan dengan memberi notis bertulis terlebih dahulu dan menyerahkan semua kunci kepada Bank dan peruntukan yang berkaitan dengan penamatan akan digunapakai. .
17 AM 17.1 Sekiranya berlaku pertikaian atau percanggahan Terma dan Syarat ini yang melibatkan antara versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Inggeris, maka Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris sebagai dokumen sumber asal akan mengatasi versi Bahasa Malaysia dalam penyelesaian atau resolusi pertikaian atau percanggahan tersebut. 17.2 Penyewa dengan ini mengesahkan bahawa dia telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Penyata Notis & Pilihan Prinsip Bank - Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang boleh didapati di laman web Bank di www.alliancebank.com.my dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini dalam pemprosesan maklumat peribadi Penyewa. Bagi mengelakkan keraguan, Penyewa bersetuju bahawa Penyata Notis & Pilihan Prinsip tersebut hendaklah dianggap digabungkan melalui rujukan ke dalam Terma dan Syarat ini.
Page 6 of 7
18 UNDANG-UNDANG MENTADBIR Terma dan Syarat ini ditadbir oleh dan mengikut undang-undang Malaysia. Penyewa dengan ini bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
19 PENDEDAHAN MAKLUMAT Penyewa bersetuju secara mutlak dan memberi kuasa kepada Bank dan pegawainya dan pekerjanya untuk mendedahkan dan memberi segala maklumat mengenai butir-butir Pelanggan dan hal ehwal (kewangan atau sebaliknya), butiran akaun, hubungan dengan Bank, terma-terma perjanjian dan perkara lain yang berhubungan dengan Pelanggan atau perniagaannya dan operasi kepada mereka-mereka seperti di bawah dengan mengikut cara yang sedemikiannya dan setakat mengikut budi bicara mutlak yang Bank fikirkan perlu: (a)
(b) (c) (d)
(e) (f) (g) (h) (i) (j) (k)
(l)
Syarikat-syarikat berkaitan dengan Bank menurut Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 atau mana-mana syarikat bersekutu Bank (Bank bersama-sama dengan yang tersebut di atas syarikat-syarikat berkaitan/bersekutu secara kolektifnya dirujuk sebagai "Alliance Bank Group") dan pemegang serah hak dan pengambil alih perniagaan. Untuk mengelakkan keraguan, pendedahan kepada Alliance Bank Group adalah untuk memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan/atau Alliance Bank Group dengan syarat bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan dibantah oleh Penyewa dengan pemberitahuan bertulis kepada Bank; mana-mana orang bagi atau berkaitan dengan apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapatkan kembali wang yang kena dibayar dan perlu dibayar oleh Penyewa kepada Bank; badan-badan kawal selia, agensi kerajaan, pihak berkuasa cukai, polis, badan-badan penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah, kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia termasuk di bawah Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat; bank atau institusi kewangan lain termasuk Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation (Malaysia) Berhad (jika berkenaan) dan mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan maklumat tersebut, atau pihak berkuasa/agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, atau mana-mana agensi yang ditubuhkan oleh Persatuan Bank-bank Malaysia/Persatuan Bank-bank Islam di Malaysia; Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, Sistem Maklumat Cek Tidak Laku, biro kredit, agensi pelaporan kredit dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan mengumpul dan menyediakan maklumat kredit; akauntan Bank, juruaudit, peguam, penasihat, perunding dan/atau ejen lain yang diberi kuasa seperti yang diperlukan untuk pelaksanaan fungsi, tugas dan obligasi yang sepatutnya kepada Bank dan Alliance Bank Group; pembekal perkhidmatan kepada Bank, calon, ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Bank dan syarikat-syarikat berkaitan atau bersekutu dengannya untuk menjalankan fungsi dan aktiviti Bank; mana-mana entiti yang disifatkan oleh Bank sebagai patut, dengan mengambil kira kepentingan awam, dakwaan penipuan/ pemalsuan / apa-apa jenayah yang didakwa dilakukan melalui Akaun dan/atau oleh Penyewa; pihak keselamatan / penjamin atau mana-mana pihak yang menyediakan cagaran berkenaan dengan Kemudahan; pihak luar yang mungkin diperlukan untuk sebarang pelaksanaan korporat / aktiviti usaha wajar dijalankan oleh Bank dan/atau Alliance Bank Group; mana-mana pihak yang pada masa depan menyatakan hasratnya untuk mengambil alih kepentingan / pegangan saham dalam Bank/menurut apa-apa cadangan pengaturan, komposisi, penggabungan, pemerolehan / penstrukturan semula antara Bank dan pihak-pihak terlibat; dan mana-mana orang atau entiti yang lain dengan persetujuan Penyewa terlebih dahulu.
Penyewa dengan ini bersetuju secara mutlak dengan pendedahan tersebut dan mengesahkan bahawa Bank, Kumpulan Perbankan Alliance, pegawai dan pekerjanya tidak akan bertanggungjawab atas pemberian maklumat itu atau bagi sebarang akibat pergantungan yang diletakkan pada maklumat yang diberikan mengikut syarat-syarat yang terkandung di sini.
Page 7 of 7