Terma & Syarat Deposit Islamik
Alliance Islamic Bank Berhad (776882-V)
Sah untuk Akaun Asas Semasa-i / Akaun Semasa-i / Akaun Alliance Hybrid-i / Akaun Alliance Elite-i / Akaun Asas Simpanan-i / Akaun Simpanan-i / Akaun Alliance My eSavings-i / Junior Smart Saver-i / Alliance Deposit Bertempoh-i / Deposit Bertempoh Junior Smart-i / Kad Debit Islamik Undang-undang Berkenaan Kesemua produk yang disenaraikan di atas ditadbir di bawah undang-undang yang berkaitan di Malaysia, keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, terma dan syarat Alliance Islamic Bank Berhad (“Bank”), keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank dan peraturan perbankan yang berkuat kuasa pada tarikh pembukaan akaun atau seperti yang dipinda, digubal atau diguna pakai selepas itu. Sebarang perubahan sedemikian adalah berkuat kuasa selepas pemberitahuan kepada pendeposit menerusi iklan, paparan notis di cawangan Bank atau apa-apa cara lain yang dianggap sesuai oleh Bank. Syariah Kontrak Berkenaan 1. Wadi`ah Yad Dhamanah Ini adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Wadi'ah Yad Dhamanah di mana barangan atau wang didepositkan dengan pihak lain (“depositori”) yang bukan pemilik, untuk disimpan dengan selamat. Oleh kerana Wadi'ah Yad Dhamanah adalah simpanan dengan jaminan, Bank sebagai depositori dalam kes ini, menjadi penjamin dan dengan itu menjamin pembayaran balik keseluruhan jumlah deposit, atau mana-mana bahagiannya, yang masih berada di dalam akaun pendeposit, apabila diminta. Pendeposit di dalam kata lain, memberi persetujuan kepada Bank untuk berurusan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian wang yang ada di dalam kredit akaun mereka dalam mana-mana perniagaan perbankan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembiayaan atau pelaburan) yang tidak bercanggah dengan prinsip Syariah. Pendeposit tidak berhak mendapat apa-apa daripada keuntungan tetapi depositori boleh memberikan hibah kepada pendeposit sebagai tanda penghargaan. Walaubagaimanapun, Bank tidak bertanggungjawab untuk membayar hibah kepada pendeposit. 2. Komoditi Murabahah Prinsip Komoditi Murabahah atau Tawarruq melibatkan jual beli aset (“komoditi”) dengan pendedahan harga kos aset dan kadar keuntungan. Pelanggan (“Pendeposit”) melantik Bank sebagai ejen untuk membeli komoditi dari pembekal dan kemudian menjual komoditi kepada Bank secara bayaran tertangguh. Seterusnya, pihak Bank menjual komoditi semula kepada pihak ketiga. Pada penghujung tempoh matang deposit, pihak Bank akan memulangkan wang deposit beserta kadar keuntungan yang telah ditetapkan kepada Pendeposit. Pelantikan Bank sebagai ejen pelanggan untuk menjalankan pembelian dan penjualan komoditi hendaklah menurut terma dan syarat-syarat di atas. Bank hanya akan bertindak sebagai ejen Pendeposit dan tidak akan dianggap atau disifatkan telah bersetuju, apa-apa obligasi tambahan atau mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Pendeposit selain daripada yang telah diperuntukan di dalam Terma dan Syarat Deposit Islamik ini. Sebagai ejen Pendeposit, pihak Bank seharusnya, semasa tempoh deposit atau sebarang pembaharuannya, mempunyai autoriti yang berikut: a) untuk melakukan dan melaksanakan segala tindakan berkenaan dengan pembelian komoditi secara tunai ("Transaksi Belian") melalui perjanjian pembelian, sijil dan/atau instrumen lain dan berunding dengan peniaga komoditi atau pembekal bagi pihak Pendeposit berhubung dengannya; dan b) untuk menjual komoditi tersebut atas dasar bayaran tertangguh kepada Bank pada kos ditambah keuntungan ("Harga Jualan Murabahah") bagi pihak Pendeposit dan untuk melakukan dan melaksanakan segala tindakan berhubung dengannya ("Transaksi Jualan"). Pelanggan boleh meminta sebut harga di mana-mana cawangan Alliance Bank dan Bank hendaklah Page 2 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
menyediakan sekurang-kurangnya satu sebut harga atas permintaan. Setelah menerima sebut harga sedemikian daripada Bank, pelanggan hendaklah memberikan pengesahan kepada Bank (jika beberapa sebut harga disediakan) melalui surat elektronik atau telefon berkenaan harga pilihan sebelum Bank membeli komoditi bagi pihak pelanggan. Sebut harga adalah tertakluk kepada perubahan pasaran dalam harga komoditi pada setiap hari. Nota: Harga Jualan Murabahah merujuk kepada jumlah prinsipal ditambah dengan keuntungan di mana keuntungan dikira berdasarkan formula berikut: Jumlah Prinsipal x Kadar x Bilangan Hari 365/366 Bank akan, dalam melaksanakan tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti untuk Transaksi Belian dan/atau Transaksi Jualan, bertindak secara jujur dan demi kepentingan Pendeposit. Harga Jualan Murabahah mewakili: a) jumlah deposit dan b) hasil/pulangan atas deposit Dana yang diterima melalui akaun ini akan digunakan oleh Bank tanpa sekatan untuk pelaburan dan pembiayaan yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah. Kontrak jualan dan belian di antara Bank dan pelanggan boleh dimansuhkan apabila: a) sama ada pihak Bank atau pelanggan melaksanakan pilihan yang saling dipersetujui untuk menamatkan kontrak jualan dan belian dalam tempoh masa yang telah dipersetujui; b) sama ada pihak bank atau pelanggan melaksanakan pilihan untuk menamatkan kontrak jualan dan beli disebabkan pelanggaran terma dan syarat untuk fasiliti; atau c) kedua-dua pihak berkontrak saling bersetuju untuk menamatkan kontrak jualan dan belian. 3. Ijarah (dengan Ujrah) Merujuk kepada perkhidmatan Ijarah (sewaan) yang dilanggani oleh pelanggan untuk penggunaan perkhidmatan Kad Debit Islamik atau kemudahan Bank berdasarkan ujrah (yuran) tertentu. Pembukaan Akaun 1. Akaun Asas Semasa-i /Akaun Semasa-i Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Wadi`ah Yad Dhamanah. Akaun Semasa-i disediakan bagi perbadanan, perkongsian, pemilik tunggal, persatuan, kelab dan pertubuhan serta individu. Akaun Asas Semasa-i hanya disediakan untuk individu dan industri kecil dan sederhana (IKS) sahaja. Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun dan waras fikiran layak untuk membuka akaun di bawah nama peribadi. Untuk membuka Akaun Asas Semasa-i/Akaun Semasa-i, pelanggan perlu diperkenalkan dengan sewajarnya oleh orang atau firma yang sudah dikenali oleh Bank dan dengan deposit awal tidak kurang daripada RM500.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Jika nama pelanggan disenaraihitamkan dalam rekod Sistem Maklumat Cek Tidak Laku (DCHEQS), Bank berhak untuk menutup akaun pelanggan.
Page 3 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
2. Akaun Alliance Hybrid-i/Akaun Alliance Elite-i Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Wadi`ah Yad Dhamanah. Untuk membuka Akaun Alliance Hybrid-i/Akaun Alliance Elite-i, pelanggan dikehendaki mendepositkan jumlah minima RM250.00 untuk akaun tanpa kemudahan buku cek atau RM500.00 untuk akaun dengan kemudahan buku cek atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Hanya individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun dan waras fikiran layak untuk membuka sama ada Akaun Peribadi atau Akaun Bersama Alliance Hybrid-i/Akaun Alliance Elite-i. Syarikat, perkongsian, persatuan dan kelab tidak layak membuka akaun. Pencadang tidak diperlukan apabila membuka Akaun Alliance Hybrid-i/Akaun Alliance Elite-i. Akaun semasa dan/atau simpanan lain boleh dibuka dan dikendalikan selanjutnya bersama Akaun Alliance Hybrid-i/ Akaun Alliance Elite-i. Untuk pelanggan yang memegang Akaun Alliance Hybrid-i/Akaun Alliance Elite-i dengan kemudahan buku cek, Bank berhak untuk menutup akaun pelanggan jika nama pelanggan disenaraihitamkan dalam rekod Sistem Maklumat Cek Tidak Laku (DCHEQS). 3. Akaun Asas Semasa-i /Akaun Semasa-i/Akaun Alliance Hybrid-i/ Akaun Alliance Elite-i dengan kemudahan buku cek Apabila membuka mana-mana akaun di atas, Bank diberi kuasa untuk menjelaskan dan mematuhi semua cek, nota janji dan arahan lain yang dikeluarkan dan semua bil diterima bagi pihak pemegang akaun, untuk mematuhi semua arahan yang diberikan bagi atau berkenaan dengan mana-mana akaun tersebut dalam apa jua bentuk bagi pihak pemegang akaun apabila resit bagi wang yang didepositkan dengan Bank di mana-mana akaun atas nama pemegang akaun, jika cek, nota janji hutang, perintah, bil atau arahan tersebut telah ditandatangani oleh pemegang akaun, rakan kongsi, pengarah atau oleh penandatangan yang diberi kuasa sama ada akaun tersebut mempunyai baki kredit atau debit. 4. Akaun Asas Simpanan-i /Akaun Simpanan-i Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Wadi`ah Yad Dhamanah. Akaun Asas Simpanan-i hanya disediakan untuk individu. Kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun mesti diiringi oleh ibu bapa atau penjaga undang-undang untuk membuka Akaun Penjaga. Akaun boleh dibuka dengan deposit awal tidak kurang daripada RM20.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya RM20.00 atau jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Bank mesti disimpan di dalam akaun. Akaun Simpanan-i disediakan untuk individu, persatuan, kelab dan pertubuhan. Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 12 tahun dibenarkan untuk membuka Akaun Simpanan-i atas nama peribadi. Akaun Simpanan-i boleh dibuka dengan deposit awal tidak kurang daripada RM250.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Jumlah minima RM20.00 atau jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Bank mesti disimpan di dalam akaun. Semua persatuan, pertubuhan dan kelab yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan layak membuka akaun. Walau bagaimanapun, arahan jelas untuk pengendalian akaun mesti disediakan kepada Bank. Penerimaan dan perlanjutan Akaun Simpanan-i adalah di atas budi bicara Bank.
Page 4 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
5. Akaun Alliance My eSavings-i Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Wadi`ah Yad Dhamanah. Akaun Alliance My eSavings-i disediakan untuk individu sahaja. Individu yang telah mencapai usia sekurangkurangnya 18 tahun layak untuk membuka Akaun Alliance My eSavings-i atas nama peribadi. Alliance My eSavings-i boleh dibuka dengan deposit awal tidak kurang daripada RM250.00 atau jumlah yang dimaklumkan oleh Bank dari masa ke masa. Jumlah minima RM20.00 atau sebarang jumlah lain yang mungkin ditentukan oleh Bank mesti disimpan di dalam akaun. Penerimaan dan perlanjutan Akaun Alliance My eSavings-i adalah di atas budi bicara Bank. Pembukaan Akaun Alliance My eSavings-i boleh dilakukan melalui allianceonline untuk pengguna allianceonline sedia ada yang telah melanggan modul transaksi *. Sebagai alternatif, pembukaan akaun boleh dilakukan di mana-mana cawangan kami. Pembukaan Akaun Bersama hanya terdapat di cawangan. * Pengguna allianceonline dengan modul transaksi adalah pengguna yang boleh melaksanakan pemindahan dana pihak ketiga melalui allianceonline. 6. Junior Smart Saver-i (JSS-i) Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Wadi`ah Yad Dhamanah. Junior Smart Saver-i (JSS-i) adalah akaun Pemegang Amanah dengan manfaat tambahan Kad Debit Islamik di mana ibu bapa/penjaga undang-undang ("Pemegang Akaun") adalah pemegang akaun utama manakala kanakkanak adalah benefisiari. Benefisiari mestilah seorang individu yang berumur di bawah 18 tahun. Permohonan untuk membuka akaun mesti dibuat oleh Pemegang Akaun. Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 12 tahun layak untuk membuka akaun JSS-i atas nama peribadi mereka. Pemegang Akaun dikehendaki menandatangani Surat Indemniti (dengan RM10.00 setem duti) semasa pembukaan akaun. Hanya seorang (1) ibu bapa atau penjaga undang-undang dan seorang (1) benefisiari bagi setiap akaun dibenarkan. Syarikat, perkongsian, persatuan dan kelab adalah tidak layak untuk JSS-i. Pemegang Akaun boleh membuka JSS-i dengan deposit permulaan sebanyak RM100.00 atau jumlah yang akan dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya RM10.00 atau sebarang jumlah lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank mesti dikekalkan di dalam akaun pada setiap masa. Penerimaan dan perlanjutan JSS-i adalah di atas budi bicara Bank. 7. Alliance Deposit Bertempoh-i Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Komoditi Murabahah/Tawarruq. Alliance Deposit Bertempoh-i (ATD-i) disediakan untuk pelanggan individu dan mana-mana organisasi perniagaan atau bukan perniagaan. Individu yang telah mencapai usia sekurang-kurangnya 18 tahun layak untuk membuka akaun ATD-i atas nama perseorangan atau bersama. Tempoh bagi ATD-i adalah dari 1 hingga 60 bulan. Jumlah simpanan minima ialah RM5,000.00 untuk tempoh sebulan dan RM500.00 untuk tempoh 2 hingga 60 bulan. Dalam pembukaan akaun ATD-i, anda mestilah bersetuju dengan terma dan syarat berkaitan akaun ATD-i. Penerimaan dan perlanjutan akaun tersebut adalah mengikut budi bicara bank. Page 5 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
8. Deposit Bertempoh Junior Smart-i (JSTD-i) Akaun in berdasarkan prinsip Syariah Komoditi Murabahah/Tawarruq. JSTD-i hanya disediakan untuk pelanggan individu. Pelanggan individu mestilah berumur 18 tahun ke bawah dan akaun mestilah dibuka secara bersama dengan ibu bapa/penjaga undang-undang di mana ibu bapa/penjaga undang-undang adalah pemegang akaun utama manakala kanak-kanak adalah benefisiari. Permohonan pembukaan akaun mesti dibuat oleh Pemegang Akaun. Hanya seorang (1) ibu bapa atau penjaga undang-undang dan seorang (1) benefisiari bagi setiap akaun dibenarkan. Syarikat, perkongsian, persatuan dan kelab adalah tidak layak untuk JSTD-i. Tempoh bagi JSTD-i terbuka dari 12 hingga 60 bulan dengan jumlah simpanan minima RM500.00. Dengan pembukaan akaun JSTD-i, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat berkaitan akaun JSTD-i. Penerimaan dan perlanjutkan akaun tersebut adalah mengikut budi bicara bank. 9. Kad Debit Islamik Kad Debit Islamik dikeluarkan berdasarkan prinsip Syariah "Ijarah". Dalam konteks Kad Debit Islamik, ijarah merujuk kepada sewaan yang dengannya Pemegang Kad bersetuju untuk menyewa kemudahan/perkhidmatan Kad Debit Islamik daripada Bank dengan bayaran tahunan (ujrah). Hanya satu (1) jenis Kad Debit Islamik sebagaimana yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara akan dikeluarkan bagi setiap akaun. Dalam kes akaun bersama, Kad Debit Islamik hanya dikeluarkan untuk pemegang akaun utama. Pemegang akaun akan menanggung kerugian Bank atas segala tindakan, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman atas dasar peguamcara dan anakguam) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank daripada penggunaan Kad Debit Islamik oleh pemegang akaun utama. Penggunaan Kad Debit Islamik adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di sini, termasuk syarat-syarat untuk Perkhidmatan allianceonline, dan mana-mana terma dan syarat yang berkaitan dengan akaun, serta kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkenaan kepada Bank dari semasa ke semasa. Untuk Kad Debit Islamik, ibubapa atau penjaga undang-undang dikehendaki menandatangani Surat Indemniti bagi pengurusan penggunaan kad debit oleh kanak-kanak/ akaun benefisiari. 10. Akaun Bersama Anda memberi kuasa kepada Bank untuk menempatkan semua wang yang diterima dari akaun salah seorang daripada anda ke bahagian kredit akaun bersama dan menyerahkan sebarang dokumen dan sekuriti yang mungkin dipegang oleh Bank atas akaun bersama kepada salah seorang daripada anda atau anda berdua. Akaun Bersama yang mana: dalam apa jua cara tidak menghadkan permintaan am dibuat atas permintaan salah seorang daripada anda, satu pendahuluan kepada anda melalui pembiayaan atau kemudahan Cashline Facility-i atau dalam apa jua cara lain dengan atau tanpa cagaran dan anda bertanggungjawab secara bersama dan berasingan terhadap pembayaran balik sebarang wang yang didahulukan kepada salah seorang daripada anda atas akaun tersebut bersama keuntungan yang dikenakan. pada bila-bila masa kepada salah seorang daripada anda, Bank boleh menggabungkan atau menyatukan mana-mana atau semua akaun sama ada di atas nama individu atau nama bersama dengan sebarang liabiliti kepada Bank dan mengimbangi atau memindahkan sebarang jumlah atau nilai kredit dalam manamana satu atau lebih akaun tersebut kepada atau untuk melunaskan mana-mana liabiliti anda kepada Bank atau mana-mana akaun lain atau untuk apa-apa hal lain, dan sama ada liabiliti tersebut adalah liabiliti sebenar atau luar jangka, utama atau cagaran atau secara bersama atau berasingan. Page 6 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
dikendalikan dengan seorang penandatangan sah, arahan daripada mana-mana satu pemegang Akaun Bersama, akan diterima oleh Bank dan arahan tersebut adalah mengikat pemegang Akaun Bersama lain. Jika sebelum bertindak atas arahan yang diterima daripada seorang pemegang Akaun Bersama, Bank menerima arahan bertentangan daripada seorang lagi pemegang Akaun Bersama, Bank boleh membuat keputusan untuk bertindak hanya atas mandat semua pemegang Akaun Bersama bagi Akaun Bersama tersebut, walaupun Akaun Bersama tersebut hanya memerlukan seorang penandatangan sah. 11. Akaun Asing Akaun Asing dibenarkan untuk dibuka bagi pelanggan mengikut Foreign Exchange Administration Rules (FEAR) atau mana-mana peraturan lain yang berkaitan. 12. Akaun Penjaga Akaun Penjaga ialah akaun yang di selenggara oleh penjaga untuk seseorang di bawah umur, dalam kes ini kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dan/atau 18 tahun (kecuali Akaun Asas Semasa-i dan Akaun Semasai). 13. Akaun Wasi dan Pentadbir Seorang wasi boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang telah dilantik oleh pewasiat (si mati) untuk tujuan menguruskan harta pusaka pewasiat menurut arahan yang terkandung dalam wasiat terakhir pewasiat. Seorang pentadbir dilantik oleh mahkamah apabila seseorang meninggal dunia tanpa wasiat atau apabila wasi yang dilantik telah meninggal dunia atau beliau menolak pelantikan atau hilang kelayakan. Kad Debit Islamik tidak dibenarkan bagi akaun jenis ini. Deposit Semua cek dan lain-lain yang dihantar kepada Bank melalui pos untuk dikreditkan ke dalam akaun anda mesti “dipalang” dengan dua garis selari merentasi muka cek dan diiringi oleh surat atau slip deposit lengkap supaya tiada keraguan tentang cara cek akan digunakan. Deposit tunai/cek dan instrumen lain hendaklah dibuat dengan mengisi slip deposit yang berkenaan, yang boleh didapati di Bank. Apabila anda membuat deposit ke dalam akaun anda, anda akan menerima satu salinan, yang ditandatangan oleh Pegawai Bank yang sah, atau disahkan oleh mesin teler. Cek diterima untuk kutipan sahaja dan resit sementara tidak dianggap sebagai cek yang telah didepositkan ke dalam akaun anda dan telah dijelaskan. Anda hanya boleh mengeluarkan wang selepas masa yang mencukupi telah cukup tempoh untuk cek yang tidak sah laku dipulangkan. Walaupun segala usaha dibuat untuk memproses semua slip deposit pada hari penerimaan, cek, kiriman wang draf dan lain-lain, yang dikemukakan pada waktu petang mungkin tidak sempat dijelaskan kepada Bank lain pada hari yang sama dan akan dihantar untuk penjelasan pada hari perniagaan berikutnya. Tempoh bagi setiap bank berbeza dan kami bersedia memberikan anda maklumat lanjut sekiranya diminta. Notis cek tidak laku akan diberikan secepat mungkin apabila diterima oleh Bank. Cek dan instrumen lain yang didepositkan dan menjadi tidak laku akan dipulangkan ke alamat terakhir anda yang diketahui melalui pos prabayar biasa atas risiko dan perbelanjaan anda sendiri. Pengeluaran 1. Untuk Akaun Asas Semasa-i/ Akaun Semasa-i/ Akaun Alliance Hybrid-i/ Akaun Alliance Elite-i dengan kemudahan buku cek Pengeluaran boleh dibuat (i) melalui penunaian cek tunai di kaunter juruwang Bank; atau (ii) di mana-mana Page 7 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
Mesin Pengeluaran Tunai Bank (ATM); atau (iii) atau rangkaian ATM (MEPS) di mana Bank ialah ahli; atau (iv) menerusi pemindahan dana dalam talian allianceonline; atau (v) melalui slip pengeluaran yang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh pelanggan (hanya untuk kategori pelanggan yang terpilih). 2. Untuk Akaun Asas Simpanan-i /Akaun Simpanan-i/Akaun Alliance Hybrid-i/ Akaun Alliance Elite-i tanpa kemudahan buku cek Pengeluaran tunai boleh dibuat (i) secara peribadi di cawangan di mana akaun tersebut dibuka; atau (ii) secara peribadi di mana-mana cawangan; atau (iii) di mana-mana ATM Bank atau rangkaian ATM (MEPS) di mana Bank ialah ahli; atau (iv) menerusi pemindahan dana dalam talian allianceonline. Bagi Akaun Asas Simpanan-i/ Akaun Simpanan-i, pelanggan hendaklah membawa buku akaun simpanan dan slip pengeluaran dan hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani apabila membuat pengeluaran di kaunter. Bank berhak untuk meminta anda menunjukkan dokumen pengenalan diri sebelum membuat pembayaran. 3. Untuk Akaun Alliance My eSavings-i Pengeluaran boleh dibuat (i) secara peribadi di mana-mana ATM Bank atau mana-mana rangkaian ATM (MEPS) di mana Bank ialah ahli; atau (ii) secara peribadi di kaunter mana-mana cawangan Bank di Malaysia dengan caj urusan di kaunter RM5.00 untuk setiap transaksi; atau (iii) menerusi pemindahan dana dalam talian allianceonline. Bank berhak untuk meminta anda menunjukkan dokumen pengenalan diri sebelum membuat pembayaran. 4. Untuk Junior Smart Saver-i Pemegang akaun dibenarkan membuat pengeluaran tunai di mana-mana cawangan Bank bagi amaun yang ditentukan oleh pemegang akaun seperti baki yang sedia ada dalam akaun. Borang pengeluaran mesti dilengkapkan dan ditandatangani oleh pelanggan apabila membuat pengeluaran tunai. Untuk pengeluaran melalui Kad Debit Islamik, pengeluaran maksima hendaklah mengikut had maksima yang ditetapkan oleh pemegang akaun semasa pembukaan akaun. Had maksima untuk pengeluaran Kad Debit Islamik adalah RM500.00 sebulan dan pemegang akaun dibenarkan menukar kepada had yang lebih rendah iaitu RM400.00, RM300.00, RM200.00 dan RM100.00 melalui kaunter di mana-mana cawangan bank. Hanya ibu atau bapa atau penjaga undang-undang yang sah dibenarkan untuk menukar had. Pengeluaran melalui kad debit boleh dibuat di mana-mana ATM Bank atau mana-mana rangkaian ATM (MEPS) di mana Bank adalah ahli dan pengeluaran terhad kepada jumlah maksima bulanan ditentukan oleh permintaan pemegang akaun. Had adalah termasuk had transaksi point-of-sale (POS). Sebarang pengeluaran wang tunai yang melebihi had maksima bulanan boleh dilakukan melalui kaunter di mana-mana cawangan bank atau melalui pemindahan dalam talian allianceonline. Bank berhak untuk meminta anda menunjukkan dokumen pengenalan diri sebelum membuat sebarang pembayaran. Simpanan Tetap Akaun ATD-i dan JSTD-i berkuat kuasa apabila penempatan tunai, penerimaan dana daripada pindahan akaun atau penjelasan cek/luar kawasan tempatan dilakukan. Anda dikehendaki memaklumkan kepada Bank pada masa penempatan untuk arahan deposit pada tarikh matang. Sekiranya tiada sebarang arahan, Bank boleh melanjutkan penempatan deposit untuk tempoh yang sama. Page 8 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
Pembaharuan Dan Pengeluaran Untuk ATD-i/JSTD-i Anda dikehendaki mengemukakan resit/ sijil ATD-i/JSTD-i yang sah untuk pembaharuan atau pengeluaran sijil ATD-i/ JSTD-i. Semua pihak dengan ini bersetuju bahawa kontrak Komoditi Murabahah/Tawarruq akan diperbaharui secara automatik apabila tamat tempoh penempatan kontrak Komoditi Murabahah/Tawarruq. Pelanggan hendaklah memberitahu Bank secara bertulis terlebih dahulu jika pelanggan perlu / berhasrat untuk menamatkan apa-apa kontrak Komoditi MurabahahTawarruq. Sebarang perubahan terhadap kadar keuntungan untuk pembaharuan kontrak Komoditi Murabahah/Tawarruq hendaklah disampaikan kepada pelanggan oleh Bank melalui notis yang dipaparkan di cawangan atau dalam apaapa cara yang difikirkan patut oleh Bank. Apa-apa perubahan terhadap kadar keuntungan hanya akan berkuat kuasa apabila habis tempoh penempatan yang lazim. Jika pelanggan tidak bersetuju dengan perubahan yang dicadangkan, pelanggan perlu menamatkan kontrak Komoditi Murabahah/Tawarruq dan menutup akaun pada tarikh matang atau pra-mengaturkan Bank untuk menutup akaun tersebut apabila matang. Pelanggan berhak untuk mengeluarkan deposit pada tarikh matang. Untuk pengeluaran-pengeluaran lain selain daripada tarikh matang (pengeluaran pra-matang), Bank berhak untuk menjelaskan permintaan tersebut tertakluk kepada kewujudan dana yang belum digunakan untuk pelaburan dan penerimaan notis daripada pelanggan mengikut amalan lazim. Bagi pengeluaran pra-matang, pelanggan hendaklah memberi rebat (ibra’) kepada keuntungan yang dipersetujui pada masa penempatan deposit dan keuntungan tidak akan dibayar untuk sebarang pengeluaran sebelum tamat tempoh 3 bulan. Pengeluaran ATD-i boleh dilakukan melalui allianceonline. Dalam keadaan sedemikian, resit/sijil ATD-i yang tamat dianggap batal tanpa mengira sama ada sijil asal ATD-i dikembalikan kepada Bank. Pengeluaran sebahagian daripada deposit tidak dibenarkan sepanjang tempoh ATD-i / JSTD-i. Jika deposit itu dikeluarkan sebelum tarikh matang, keuntungan yang kena dibayar, jika ada, akan mengikut kaedah-kaedah Persatuan Institusi Perbankan Islam di Malaysia yang berkuat kuasa. Pelanggan boleh meminta pembaharuan automatik untuk JSTD-i. Apabila pelanggan telah mencapai umur maksima 18 tahun dan bagi tempoh matang pelaburan, prinsipal dan keuntungan akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pelanggan. Pindahan jumlah prinsipal dan keuntungan ke dalam akaun pihak ketiga adalah tidak dibenarkan. Keuntungan/ Hibah 1. Untuk Akaun Semasa-i Bank di atas budi bicaranya boleh memberikan Hibah kepada pemegang akaun sebagai tanda penghargaan. Sekiranya baki purata bulanan anda berada di bawah RM1,000.00, yuran setengah tahun sebanyak RM10.00 atau jumlah yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank akan dikenakan. 2. Untuk Akaun Simpanan-i Hibah mungkin diberikan atas budi bicara mutlak Bank pada kadar yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa, dan akan dikreditkan setiap setengah tahun atau selang masa lain yang akan ditentukan oleh Bank. Hibah, jika ada, akan dikira berasaskan baki harian atau menggunakan sebarang kaedah lain yang akan ditentukan atas budi bicara mutlak Bank. Anda hendaklah mengemukakan buku simpanan untuk mencatatkan hibah, jika ada yang diberikan oleh Bank.
Page 9 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
3. Untuk Akaun ATD-i dan JSTD-i Keuntungan yang perlu dibayar bergantung kepada kadar keuntungan yang dipersetujui seperti yang dinyatakan di dalam resit penempatan ATD-i dan JSTD-i. Bank akan mengkreditkan keuntungan (jika ada) daripada ATD-i kepada akaun ATD-i atau akaun semasa atau simpanan pelanggan pada tarikh matang. Bagi JSTD-i , Bank akan mengkreditkan keuntungan (jika ada) daripada JSTD-i kepada akaun JSTD-i atau akaun simpanan pelanggan pada tarikh matang. Bayaran keuntungan mesti dikreditkan ke dalam akaun milik pelanggan. Cek Anda hendaklah menggunakan cek yang hanya disediakan oleh Bank pada setiap masa untuk pengeluaran daripada akaun anda. Apabila anda mengeluarkan cek, sila pastikan jumlah, dalam perkataan dan angka ditulis dengan jelas dan dengan cara di mana kemasukan mana-mana perkataan atau angka boleh dielakkan. Satu garisan yang dilakar “--------” atau perkataan “only” atau “sahaja” hendaklah ditambah selepas jumlah yang dinyatakan dalam perkataan. Bank menghadkan deposit cek yang perlu dibayar kepada pemegang akaun sahaja. Cek hanya boleh dibayar kepada pemegang akaun seperti nama pemegang akaun yang diselenggarakan di Bank dan boleh didepositkan ke dalam akaun tersebut. Cek pihak ketiga tidak dibenarkan untuk didepositkan ke dalam akaun tersebut. Anda hendaklah memastikan bahawa dana yang mencukupi dikekalkan dalam akaun anda pada setiap masa bagi pembayaran cek yang dikeluarkan. Caj sebanyak RM100.00 akan dikenakan bagi setiap cek yang dikembalikan disebabkan dana yang tidak mencukupi di dalam akaun semasa anda. Amaran akan dikeluarkan selepas cek pertama dikembalikan kerana dana yang tidak mencukupi. Pihak Bank berhak untuk melaporkan kepada Biro Maklumat Cek (DCHEQS) dan menutup akaun jika tiga atau lebih cek yang dikeluarkan oleh pemegang akaun dipulangkan oleh Bank disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi, dalam tempoh dua belas bulan, dalam satu tahun kalendar. Bank berhak untuk menolak cek jika tandatangan pemegang akaunnya berbeza daripada tandatangan spesimen yang diberikan kepada Bank. Tiada sebarang pindaan boleh dibuat di atas cek. Bank berhak untuk tidak menerima dan memulangkan cek yang pada pendapat mutlak Bank memaparkan sebarang bentuk pindaan (sama ada mempunyai tandatangan balas anda atau selainnya). Jika anda mahu menghentikan penunaian cek, anda mesti memberi kami butiran penuh cek yang hendak dibatalkan secara bertulis dan menandatangani surat dengan cara yang sama seperti cek yang ditulis atas akaun anda. Arahan untuk menghentikan pembayaran boleh dibuat menerusi allianceonline. Memandangkan terdapat risiko bagi cek yang hilang sebelum disempurnakan, anda hendaklah menyimpan buku cek di tempat yang selamat. Bank berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan RM15.00 atau jumlah lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa termasuk untuk melaksanakan setiap arahan menghentikan bayaran. Untuk cek tarikh hadapan yang dipulangkan, bayaran RM10.00 bagi setiap cek akan dikenakan kepada penerima. Permohonan bagi buku cek baru hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan bercetak Bank atau menggunakan kemudahan allianceonline Bank. Anda hendaklah memastikan bahawa semua helaian cek ada dalam buku cek baru semasa anda menerimanya daripada kami dan wakil yang boleh dipercayai dihantar untuk mengutip buku cek jika anda tidak dapat berbuat demikian secara peribadi. Jangan berikan cek daripada buku cek anda kepada orang lain atau meminjam cek daripada orang lain, kerana ada kemungkinan bahawa cek ini diguna pakai untuk akaun yang salah. Apabila Bank menerima atau menanggung liabiliti untuk atau atas permintaan anda, sebarang dana atau sekuriti atau barangan berharga lain milik anda yang didepositkan ke dalam Bank akan secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan Bank berhak untuk mengekalkan dana atau mana-mana bahagian daripadanya dan juga menolak cek anda sehingga liabiliti dijelaskan. Cek hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan yang tidak bertentangan dengan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, Bank tidak bertanggungjawab untuk menyemak dan/atau memastikan cek itu dikeluarkan ekslusif hanya untuk tujuan tersebut seperti yang dinyatakan dan kewajipan anda tidak dalam apa-apa cara prejudis atau terjejas atau Page 10 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
dikurangkan oleh sebab cek itu dikeluarkan untuk tujuan lain (sama ada atau tidak Bank menerima notis tentang hal berkaitan). Anda akan menanggung kerugian Bank, sebagai Bank kutipan, bagi sebarang kerugian yang mungkin ditanggung oleh Bank disebabkan oleh Bank menjamin sebarang pengendorsan, pelepasan, atau mana-mana cek yang dikemukakan atas permintaan khusus anda dalam apa jua keadaan. Buku Simpanan Buku simpanan ini tidak boleh dipindah milik atau diserah hak serta mesti dikemukakan di kaunter untuk setiap transaksi. Jumlah bagi setiap deposit dan pengeluaran akan dicatatkan dalam buku simpanan. Sebarang pembayaran yang dibuat oleh Bank setelah dikemukakan buku simpanan mempunyai kesan yang sama jika pembayaran telah dibuat secara peribadi kepada anda dan Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda alami atau yang dialami oleh mana-mana pihak lain. Hal berkaitan transaksi di dalam buku simpanan ini tidak boleh dipinda atau diubah sama ada oleh anda atau manamana pihak lain. Anda hendaklah menyemak buku simpanan anda sehingga anda berpuas hati bahawa catatan yang betul telah dibuat sebelum meninggalkan Bank. Buku simpanan hendaklah dikemukakan kepada Bank apabila dan jika diperlukan oleh Bank bagi mencatatkan sebarang keuntungan/dividen atau transaksi yang belum dicatatkan. Buku simpanan ini adalah untuk rujukan anda dan tidak semestinya menunjukkan baki yang betul bagi akaun kerana deposit mungkin dibuat atau caj dikenakan tanpa dicatatkan dalam buku simpanan anda. Catatan di dalam buku simpanan tidak sah melainkan dicetak oleh mesin atau sebaliknya memaparkan tandatangan pegawai Bank yang diberi kuasa. Keupayaan Pendeposit untuk Membuat Kontrak Anda mesti berupaya untuk membuat kontrak. Di bawah dasar polisi Bank, hanya seorang individu yang mencapai usia 18 tahun boleh membuka akaun di bawah nama peribadi. Seseorang di bawah umur juga boleh membuka akaun tetapi akaun hendaklah dibuka secara bersama dan dikendalikan hanya oleh ibu bapa/penjaga undang-undang. Akaun Asas Simpanan-i/Akaun Simpanan-i boleh ditutup atas permintaan pelanggan, dengan cara kuat kuasa undang-undang atau atas budi bicara Bank. Sesuatu akaun boleh dihentikan apabila berlaku kematian, kemuflisan atau ketidaksiuman pemegang akaun. Tanggungjawab Pendeposit Buku cek/buku simpanan/sijil deposit bertempoh-i hendaklah disimpan dengan selamat dalam pegangan anda sendiri dan Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda alami jika atas kecuaian anda sendiri, atau mana-mana orang memperolehi buku cek/buku simpanan/sijil deposit bertempoh-i dan mendapat wang milik anda melalui penipuan. Kehilangan Buku Simpanan Apabila berlaku kehilangan atau kemusnahan buku simpanan ini, anda hendaklah serta merta memaklumkan kepada Bank secara bertulis tentang kehilangan atau kemusnahannya. Selepas mengemukakan bukti dan mendapat indemniti serta bayaran yang ditentukan oleh Bank, pihak Bank boleh menutup akaun yang sedia ada dan membuka akaun baru. Penggantian Buku Simpanan Jika buku simpanan lusuh atau rosak, Bank boleh, selepas diserahkan buku simpanan tersebut dan pembayaran jumlah yang dinyatakan oleh Bank, menggantikan buku simpanan yang rosak atau mengeluarkan buku simpanan baru kepada anda. Page 11 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
Kehilangan Sijil Anda hendaklah serta merta memaklumkan kepada Bank secara bertulis tentang kehilangan sijil ATD-i/JSTD-i. Selepas pengesahan penerimaan dan bayaran duti setem dijelaskan tertakluk kepada caj semasa, Bank akan mengeluarkan resit baru kepada anda. Akaun Terlebih Keluar Sila pastikan akaun anda tidak menjadi terlebih keluar melainkan anda telah membuat pengaturan khas terlebih dahulu dengan Bank. Di mana aturan khas telah dibuat, jumlah yand didahulukan oleh Bank (“Amaun Terlebih Keluar”) hendaklah dianggap sebagai pinjaman daripada Bank (pemberi pinjaman) kepada anda (peminjam) berdasarkan kontrak Syariah Qard. Amaun Terlebih Keluar hendaklah bersifat sementara dan hendaklah dibayar oleh anda pada hari yang sama atau atas permintaan daripada Bank. Bayaran RM100.00 atau jumlah lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Bank akan dikenakan ke atas setiap cek tidak laku disebabkan oleh tidak cukup dana. Cashline Facility-i disediakan untuk pendahuluan bukan sementara dan boleh dimohan secara berasingan. Penyata Akaun 1. Untuk Akaun Semasa-i/ Akaun Alliance Hybrid-i/Akaun Alliance Elite-i Satu penyata akaun yang memaparkan semua transaksi akaun akan dihantar sekali sebulan kepada anda melalui medium elektronik kecuali kami menerima arahan sebaliknya. Anda hendaklah menyemak catatan dalam penyata akaun dan melaporkan serta-merta kepada Bank secara bertulis jika terdapat sebarang kesilapan di dalamnya. Sekiranya tiada aduan diterima dalam masa 14 hari dari tarikh penyata akaun, semua catatan di dalamnya akan dianggap betul. Bank berhak untuk membuat pembetulan apabila dan di mana perlu jika Bank temui sebarang kesilapan. 2. Untuk Akaun Alliance My eSavings-i/Junior Smart Saver-i Satu penyata akaun yang memaparkan semua transaksi dalam akaun boleh disemak di allianceonline. Penyata disediakan untuk tempoh 6 bulan sahaja. Cukai Pegangan Cukai Pegangan atau sebarang bentuk caj atau cukai, yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke masa, akan dipotong pada masa pembayaran dividen. Penutupan Akaun Untuk Akaun Semasa-i/ Akaun Alliance Hybrid-i/ Akaun Alliance Elite-i Bank berhak untuk menutup akaun anda dengan memberikan notis melalui pos biasa yang dialamatkan ke alamat biasa atau alamat terakhir yang diketahui atau dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Bank, yang tidak terikat untuk memberikan sebarang sebab untuk berbuat demikian. Penghantaran notis hendaklah dianggap telah dibuat pada masa surat seharusnya dihantar dalam urusan pos biasa atau apabila komunikasi tersebut dihantar. Selepas penutupan akaun oleh pihak anda atau oleh bank, semua cek yang belum digunakan hendaklah menjadi hak milik Bank dan dikembalikan kepada Bank. Page 12 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
Untuk Akaun Alliance My eSavings-i Apabila anda menutup akaun dalam masa enam (6) bulan dari tarikh akaun dibuka, yuran RM20.00 akan dikenakan. Penutupan Akaun Bersama
Akaun Simpanan-i Sebarang permohonan untuk menutup akaun bersama hendaklah mengikut syarat operasi akaun seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan untuk Akaun Peribadi/Bersama.
Akaun Semasa-i Sebarang permohonan untuk menutup akaun bersama mesti disahkan dengan semua pemegang akaun.
Penutupan Akaun Secara Automatik 1. Untuk Akaun Asas Simpanan-i /Akaun Simpanan-i Apabila anda mengeluarkan seluruh baki akaun, atau jika pada bila-bila masa baki dalam akaun anda adalah RM10.00 atau lebih rendah dan akaun sudah tidak aktif selama satu (1) tahun, maka apabila notis diberikan, akaun anda akan ditutup secara automatik. Jumlah baki akan dianggap sebagai caj perkhidmatan atau diuruskan dengan apa jua cara yang dianggap sesuai oleh Bank. 2. Untuk Akaun Alliance My eSavings-i Apabila anda mengeluarkan seluruh baki akaun anda, atau pada bila-bila masa baki dalam akaun anda adalah RM10.00 dan akaun sudah tidak aktif selama enam puluh (60) hari, maka apabila notis diberikan, akaun anda akan ditutup secara automatik. Jumlah baki akan dianggap sebagai yuran perkhidmatan atau diuruskan dengan apa jua cara yang dianggap wajar oleh Bank. 3. Untuk Junior Smart Saver-i Apabila anda mengeluarkan seluruh baki akaun anda, atau pada bila-bila masa baki dalam akaun anda adalah RM10.00 atau kurang dan akaun sudah tidak aktif selama satu (1) tahun, maka, apabila notis diberikan, akaun anda akan ditutup secara automatik. Jumlah baki akan dianggap sebagai caj perkhidmatan atau dikendalikan dengan sebarang cara yang dianggap wajar oleh Bank. Penukaran Akaun Untuk Junior Smart Saver-i sahaja Apabila kanak-kanak mencapai usia 18 tahun, semua manfaat di bawah JSS-i akan dibatalkan berkuat kuasa pada bulan berikut selepas kanak-kanak mencapai usia 18 tahun. JSS-i secara automatik akan ditukar kepada Akaun Alliance My eSavings-i mengikut seperti nama asal dalam akaun JSS-i. Nombor akaun JSS-i akan dikekalkan dan digunakan untuk Akaun Alliance My eSavings-i tersebut. Pemegang akaun dan benefisiari boleh mengunjungi mana-mana cawangan Bank jika anda memilih untuk membuka akaun simpanan pilihan anda yang lain dalam masa 30 hari sebelum benefisiari mencapai usia 18 tahun. Kutipan Instrumen Boleh Niaga Untuk Akaun Asas Simpanan-i/Akaun Simpanan-i Hasil kutipan semua bil, nota, cek dan instrumen lain yang dihantar kepada Bank untuk kutipan tidak boleh digunakan sehingga ia telah direalisasi walau apa pun catatan yang dibuat dalam buku simpanan oleh Bank. Anda hendaklah secara individu bertanggungjawab dalam kes mana-mana item kutipan menjadi tidak laku atau sekiranya Page 13 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
berlaku pertikaian atau tuntutan tidak wajar yang timbul daripada kutipan tersebut. Apabila item kutipan dipulangkan kepada Bank dalam bentuk tidak berbayar, Bank berhak untuk mendebitkan item tersebut kepada akaun anda. Polisi Komunikasi, Notis dan Pemberitahuan Pihak Bank boleh menghantar penyata, notis, pemberitahuan dan bentuk komunikasi lain sedemikian kepada anda sama ada ke alamat surat-menyurat anda atau menerusi media elektronik seperti e-mel atau sms ke maklumat hubungan anda seperti di dalam rekod terbaru Bank atau dalam apa jua cara lain yang dianggap wajar oleh Bank. Tertakluk kepada pengesahan yang sewajarnya, pihak Bank boleh bergantung kepada dan bertindak ke atas apa-apa arahan secara lisan atau bertulis yang diterima daripada pelanggan melalui apa-apa cara yang boleh diterima oleh pihak Bank menurut budi bicaranya termasuk tetapi tidak terhad kepada, melalui telefon, permohonan secara dalam talian atau faksimili. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab kepada pelanggan dalam apa-apa cara sekiranya pihak Bank bertindak dengan jujur atas arahan itu walaupun didapati kemudiannya bahawa arahan tersebut tidak diberikan oleh pelanggan, atau bagi apa-apa salah faham atau kesilapan, kehilangan, kelewatan, atau kerugian yang dialami akibat daripada tindakan Bank menuruti atau menyetujui dengan arahan atau permintaan tersebut. Notis Perubahan Alamat dan Tandatangan Semua penyata, surat-menyurat dan komunikasi yang dihantar ke alamat terakhir anda yang diketahui, e-mel, telefon, faks atau bentuk hubungan lain sedemikian menurut rekod Bank hendaklah dianggap sebagai telah dihantar dengan sewajarnya. Sebarang perubahan kepada alamat, emel, telefon, faks, atau sebarang bentuk hubungan lain mesti dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh anda mengikut Tandatangan Spesimen yang dikemukakan kepada Bank dan dimaklumkan dengan segera kepada Bank secara bertulis. Sebarang perubahan tersebut juga boleh dibuat menerusi allianceonline atau pusat panggilan Bank. Sila gunakan tandatangan yang sama bagi semua cek, dokumen dan surat-menyurat dengan Bank, seperti pada Kad Spesimen yang dikemukakan kepada kami pada semasa anda membuka akaun. Jika anda mahu menukar tandatangan, sila hubungi Bank untuk berbuat demikian. Akta Wang Tak Dituntut 1965 Anda dinasihati untuk memastikan akaun anda kekal aktif kerana adalah menjadi keperluan di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 bahawa sebarang wang di bahagian kredit akaun yang tidak dikendalikan sepanjang tempoh tujuh (7) tahun perlu diwartakan sebagai “Wang Tak Dituntut”, dan 12 bulan selepas itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan yang disenggarakan oleh Kerajaan. Caj Perbankan Bank berhak untuk mengenakan yuran bagi mana-mana perkhidmatannya yang diberikan kepada anda pada kadar yang dinyatakan oleh Bank sekurang-kurangnya 21 hari sebelum perubahan dibuat. Semua caj perbankan yang perlu dibayar hendaklah didebitkan daripada akaun anda. Percukaian Melainkan dinyatakan secara khusus, segala caj Bank tidak termasuk sebarang cukai semasa dan cukai masa depan yang mungkin dikenakan (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (“GST”)) di bawah undang-undang yang berkaitan. Pada tarikh kuat kuasa pelaksanaan bagi cukai sedemikian pada masa depan dan sekiranya berkenaan, Bank berhak untuk memperoleh semula cukai tersebut daripada anda. Hak untuk Menolak Selesai Di samping sebarang lien am atau sebarang hak serupa lain yang layak diterimanya di bawah undang-undang, Bank boleh pada bila-bila masa, menggabungkan atau menyatukan semua akaun Perbankan dengan liabiliti anda kepada Bank dan menolak selesai atau memindahkan sebarang jumlah dalam kredit mana-mana atau semua akaun Page 14 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
Perbankan untuk atau bagi memenuhi liabiliti anda kepada Bank sama ada liabiliti tersebut kepada Bank adalah utama atau sandaran atau bersama dan berasingan. Sekiranya Berlaku Kematian (Peruntukan untuk pemegang akaun yang masih hidup) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa ke atasnya, apabila berlaku kematian manamana satu pemegang akaun bersama, Bank boleh menahan sebarang baki kredit sekarang atau selepas itu yang berada dalam akaun atas nama bersama anda dan sebarang sekuriti yang dipegang di bawah nama bersama anda bagi pihak pemegang akaun yang masih hidup tanpa menjejaskan hak penyatuan dan pengimbangan Bank yang terkandung di dalam ini, atau hak Bank berhubung dengan baki atau sekuriti yang timbul daripada sebarang lien, gadaian, sandaran, tuntutan balas atau selainnya atau (kepada sebarang langkah yang dianggap oleh Bank sesuai untuk diambil berasaskan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak lain selain daripada pemegang akaun yang masih hidup). Jika pemegang akaun atau pemegang akaun bersama beragama Islam meninggal dunia, waris yang sah akan menerima wang tersebut sebagai pentadbir yang dilantik (wasi ') dan akan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki kredit mengikuti undang-undang harta pusaka ( fara'id ). Bank tidak bertanggungjawab untuk memastikan sama ada waris yang sah sebagai pentadbir (wasi ) telah mengagihkan aset mengikut mana-mana undang-undang substantif atau undang-undang harta pusaka ( fara'id ). Liabiliti untuk Kerugian Anda tidak akan mempertanggungjawabkan Bank dalam apa jua cara bagi sebarang kerugian yang ditanggung disebabkan pengendalian mana-mana akaun yang anda buka dengan Bank kecuali kerugian tersebut disebabkan secara jelas oleh kecuaian Bank. Indemniti Anda dengan ini bersetuju untuk membayar ganti rugi dan menanggung sepenuhnya kerugian Bank pada setiap masa daripada dan terhadap sebarang tindakan, prosiding, tuntutan, kerugian, kerosakan, kos, caj dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman (atas dasar “peguam cara-pelanggan”) yang mungkin dialami, dihadapi dan/atau ditanggung oleh Bank berhubung dengan atau yang timbul daripada Bank bersetuju terhadap permintaan anda dan membenarkan anda menyenggara dan/atau mengakses kemudahan/perkhidmatan yang dimohon. Pengubahsuaian dan Pindaan kepada Terma dan Syarat Bank berhak untuk menyemak semula mana-mana keperluan dari segi nilai atau angka termasuk baki, caj, yuran dan bilangan transaksi dan sebarang nilai lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam fasal yang berkaitan dan keterangan brosur dari masa ke masa. Bank berhak untuk menambah, menukar dan mengubah suai atau meminda mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis terlebih dahulu dan penambahan, perubahan dan pengubahsuaian tersebut hendaklah dipaparkan dari masa ke masa di Bank dan/atau diiklankan di akhbar dan laman web. Melalui tindakan tersebut, Pendeposit dianggap menerima notis penambahan, perubahan, pindaan atau pengubahsuaian tersebut. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Semua deposit Islamik adalah layak untuk perlindungan oleh PIDM, tertakluk kepada Terma dan Syarat PIDM. Pendedahan Maklumat Anda bersetuju secara mutlak dan memberi kuasa kepada Bank dan pegawainya dan pekerjanya untuk mendedahkan dan memberi segala maklumat mengenai butir-butir anda dan hal ehwal (kewangan atau sebaliknya), butiran akaun, hubungan dengan Bank, terma-terma perjanjian dan perkara lain yang berhubungan dengan anda atau Page 15 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
perniagaan dan operasi anda kepada mereka-mereka seperti di bawah dengan mengikut cara yang sedemikiannya dan setakat mengikut budi bicara mutlak yang Bank fikirkan perlu: (a) Syarikat-syarikat berkaitan dengan Bank menurut Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 atau mana-mana syarikat bersekutu Bank (Bank bersama-sama dengan yang tersebut di atas syarikat-syarikat berkaitan/bersekutu secara kolektifnya dirujuk sebagai "Kumpulan Alliance Bank") dan pemegang serah hak dan pengambil alih perniagaan. Untuk mengelakkan keraguan, pendedahan kepada Kumpulan Alliance Bank adalah untuk memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan/atau Alliance Bank Group dengan syarat bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan dibantah oleh anda dengan pemberitahuan bertulis kepada Bank; (b) mana-mana orang bagi atau berkaitan dengan apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapatkan kembali wang yang kena dibayar dan perlu dibayar oleh anda kepada Bank; (c) badan-badan kawal selia, agensi kerajaan, pihak berkuasa cukai, polis, badan-badan penguatkuasaan undangundang dan mahkamah, kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia termasuk di bawah Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat; (d) bank atau institusi kewangan lain termasuk Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation (Malaysia) Berhad (jika berkenaan) dan mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan maklumat tersebut, atau pihak berkuasa/agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, atau mana-mana agensi yang ditubuhkan oleh Persatuan Bank-bank Malaysia/Persatuan Bankbank Islam di Malaysia; (e) Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, Sistem Maklumat Cek Tidak Laku, biro kredit, agensi pelaporan kredit dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan mengumpul dan menyediakan maklumat kredit; (f) akauntan Bank, juruaudit, peguam, penasihat, perunding dan/atau ejen lain yang diberi kuasa seperti yang diperlukan untuk pelaksanaan fungsi, tugas dan obligasi yang sepatutnya kepada Bank dan Alliance Bank Group; (g) pembekal perkhidmatan kepada Bank, calon, ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Bank dan syarikat-syarikat berkaitan atau bersekutu dengannya untuk menjalankan fungsi dan aktiviti Bank; (h) mana-mana entiti yang disifatkan oleh Bank sebagai patut, dengan mengambil kira kepentingan awam, dakwaan penipuan/ pemalsuan / apa-apa jenayah yang didakwa dilakukan melalui Akaun dan/atau oleh anda; (i) pihak keselamatan / penjamin atau mana-mana pihak yang menyediakan cagaran berkenaan dengan Kemudahan; (j) pihak luar yang mungkin diperlukan untuk sebarang pelaksanaan korporat / aktiviti usaha wajar dijalankan oleh Bank dan/atau Alliance Bank Group; (k) mana-mana pihak yang pada masa depan menyatakan hasratnya untuk mengambil alih kepentingan / pegangan saham dalam Bank/menurut apa-apa cadangan pengaturan, komposisi, penggabungan, pemerolehan / penstrukturan semula antara Bank dan pihak-pihak terlibat; dan (l) mana-mana orang atau entiti yang lain dengan persetujuan anda terlebih dahulu. Anda dengan ini bersetuju secara mutlak dengan pendedahan tersebut dan mengesahkan bahawa Bank, Kumpulan Alliance Bank, pegawai dan pekerjanya tidak akan bertanggungjawab atas pemberian maklumat itu atau bagi sebarang akibat pergantungan yang diletakkan pada maklumat yang diberikan mengikut syarat-syarat yang terkandung di sini. Penggantungan/Pembekuan Akaun Bank berhak semata-mata atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa untuk menggantung dan/atau membekukan pengendalian dan/atau menamatkan satu atau lebih daripada akaun, kemudahan dan/atau perkhidmatan anda yang disenggarakan dengan dan/atau dimohon daripada Bank pada masa ini dan untuk tempoh yang dianggap sesuai oleh Bank. Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA) Keperluan di bawah Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA) membentuk sebahagian daripada terma dan syarat yang mengawal hubungan anda dengan Bank dan hendaklah mengikat anda secara sepenuhnya.
Page 16 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i
Definisi Istilah orang A.S atau orang Amerika Syarikat bermakna orang yang diterangkan dalam seksyen 7701(a)(30) Kod Hasil Dalam Negeri: (a) seorang rakyat atau pemastautin Amerika Syarikat, (b) sebuah perkongsian Amerika Syarikat, (c) sebuah perbadanan Amerika Syarikat, (d) mana-mana harta pusaka (selain daripada harta pusaka yang pendapatannya, daripada sumber di luar Amerika Syarikat yang tidak berkaitan secara efektif dengan urusan perdagangan atau perniagaan di dalam Amerika Syarikat, tidak termasuk dalam pendapatan kasar di bawah Kod Hasil Dalam Negeri), dan (e) mana-mana amanah jika i) Sebuah Mahkamah di Amerika Syarikat dapat melaksanakan pengawalseliaan utama terhadap pentadbiran amanah. ii) Satu atau lebih orang Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk mengawal semua keputusan penting amanah tersebut Anda memberi kuasa/kebenaran dan bersetuju bahawa; i) Alliance Islamic Bank Berhad, atau mana-mana sekutunya, termasuk cawangannya (secara kolektif Bank”) boleh melaporkan maklumat anda kepada pihak berkuasa tempatan atau asing dan/atau pihak berkuasa cukai (jika perlu) menurut keperluan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing A.S. seperti yang ditetapkan di bawah undangundang, ketetapan, perjanjian atau garis panduan atau arahan kawal selia yang berkuat kuasa. ii) Bank boleh menahan daripada akaun saya jumlah yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan atau asing dan/atau pihak berkuasa cukai menurut keperluan Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing seperti yang ditetapkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, peraturan, perjanjian atau garis panduan atau arahan kawal selia yang berkuat kuasa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat yang diberikan kepada Bank yang menjadikan saya orang A.S. atau seorang yang ingkar (orang yang gagal mematuhi permintaan sewajarnya untuk maklumat bagi menentukan jika akaun dimiliki orang A.S.), Bank berhak untuk menamatkan, menggantung, membatalkan dan/atau menarik balik akaun anda dan/atau kemudahan yang diberikan kepada anda. Pembukaan/pengendalian akaun bagi orang yang cacat penglihatan Orang Buta (Pemegang Akaun) yang celik huruf/tidak celik huruf boleh membuka Akaun Deposit untuk dikendalikan secara individu/bersama dengan kehadiran teman/rakan/saudara orang buta tersebut yang boleh melihat. Semasa akaun dibuka, penurunan tandatangan/cap jari oleh Pemegang Akaun perlu disaksikan oleh teman/rakan/saudara orang buta tersebut sebagai Saksi 1 dan disaksikan oleh Pegawai Bank sebagai Saksi 2. Untuk menjalankan urusan di kaunter, Pemegang Akaun hendaklah menurunkan cap jari atau tanda beliau di hadapan pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan identiti orang tersebut. Pegawai Bank hendaklah menjelaskan terma dan syarat yang terpakai atas akaun kepada orang buta tersebut.
Page 17 of 17
Versi Januari 2017/T&C/Deposit-i