TERMA DAN SYARAT DEPOSIT DAY @ AFFINBANK 2016 1.
2. 3.
4. 5.
6.
7.
8.
Affin Bank Berhad mempersembahkan DEPOSIT DAY, yang menawarkan barang hadiah dan kadar promosi Deposit Tetap (FD) kepada pelanggan yang layak tertakluk pada terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini. Tempoh promosi bermula dari 1 Julai 2016 dan berakhir pada 31 Julai 2016. Apa-apa lanjutan tempoh selepas itu akan diputuskan mengikut budi bicara mutlakAFFINBANK. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada, termasuk pekerja AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa kadar keutamaan disediakan untuk pekerja AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC. Sumber dana yang diletakkan di bawah Kempen ini tidak boleh diambil daripada Akaun Deposit Konvensional atau Islam sedia ada yang lain dengan Kumpulan AFFINBANK. Promosi ini terpakai untuk Dana Baharu sahaja. Dana Baharu ditakrifkan sebagai:a. Tunai, GIRO Antara Bank, dana baharu yang diterima melalui pindahan telegraf dari bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dalam tempoh satu minggu dari tarikh deposit; b. Perolehan yang wujud daripada penebusan dana ekuiti dan unit amanah yang didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA. Yang berikut tidak boleh dianggap sebagai “Dana Baharu”: a. Pindahan dana antara bank, iaitu pindahan dana daripada akaun ABB/AIBB lain (sama ada simpanan, semasa, deposit tetap, Pelaburan Am dan/atau Deposit-i Bertempoh) di bawah nama akaun yang sama; b. Pindahan antara cawangan dalam ABB/AIBB di bawah nama akaun yang sama. Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) yang layak di bawah kempen ini adalah seperti yang berikut: a. Simpanan Asas b. Simpanan Biasa (berdasarkan Buku Simpanan) c. Simpanan Penyata d. Affin Plus e. Affin Gold (berdasarkan Buku Simpanan dan Penyata) f. Akaun Semasa Asas g. Akaun Semasa Individu h. Deposit Tetap Biasa Dengan menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak:a. bersetuju dan membenarkan maklumat berhubung dengan CASA Peserta diproses, dikumpul, digunakan dan disimpan oleh AFFINBANK bagi tujuan Kempen ini; b. bersetuju bahawa terma dan syarat sedia ada yang mengawal semua Akaun Deposit hendaklah terus terpakai; c. dianggap telah membaca, memahami dan dengan ini bersetuju dengan nyatanya untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini dan bersetuju bahawa keputusan AFFINBANK adalah yang terakhir, mengikat dan muktamad. Rayuan, surat-menyurat, pertanyaan atau bantahan tidak akan dilayan; dan d. bersetuju dan membenarkan AFFINBANK menggunakan nombor telefon Peserta yang berdaftar untuk tujuan pemasaran dalam AFFINBANK dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.
Copyright 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
BUTIRAN PROMOSI 1) Hadiah Promosi Deposit 9.
Untuk menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak mesti mendepositkan jumlah deposit tunggal dalam mana-mana salah satu daripada Produk yang Layak untuk melayakkan satu (1) barangHadiah seperti yang ditetapkan dalam jadual di bawah:-
Bil. 1 2
10. 11.
12. 13.
14. 15. 16. 17.
18.
19.
20. 21. 22. 23.
Hadiah* Pengisar Makanan Bekas Makanan 2 dalam 1
Jumlah Deposit Minimum
Tempoh Peruntukan
Penalti
30,000
4 bulan
TBC
10,000
4 bulan
3
Koleh Teh
5,000
4 bulan
4
Payung
1,000
-
5
Buku Nota
250
-
Akaun Penyertaan
TBC TBC
CASA
TBC TBC
Peserta yang Layak (berasaskan per CIF) dibenarkan mengambil maksimum lima hadiah sahaja selagi peserta memenuhi kriteria kelayakan bagi setiap Hadiah. Jika jumlah peruntukan bagi Produk yang Layak dibatalkan, ditarik balik atau dilepaskan dalam tempoh kurang daripada tempoh peruntukan yang ditetapkan atas apa jua sebab, AFFINBANK mempunyai hak mutlak untuk menolak jumlah penalti yang berikut daripada CASA Peserta yang Layak. Akaun mesti mempunyai deposit tambahan bersamaan dengan penanda aras yang dikehendaki bagi jumlah hadiah berbanding garis dasarsetakat 30 Jun 2016. Peserta yang Layak (termasuk semua pemegang akaun bersama yang lain, bagi Akaun Bersama) dikehendaki menandatangani Surat Peruntukan/Indemniti untuk menyertai Kempen dan berhak mendapat Hadiah. Setelah memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, Peserta yang Layak berhak mendapat hadiah. Hadiah termasuk produk/barang seperti yang ditetapkan di bawah Fasal 9. Hadiah akan diberikan berdasarkansiapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada. Hadiah tidak boleh dipindah milik, diniagakan dan ditukar dengan wang tunai, kredit atau benda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Hadiah di bawah Kempen ini tidak termasuk apa-apa aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan/atau bahan promosi kerana ia adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. AFFINBANK berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan yang sama nilainya pada bila-bila masa dan/atau menambah atau mengurangkan bilangan Hadiah. Peserta yang Layak bertanggungjawab membayar apa-apa cukai, kos sampingan dan/atau caj lain yang berkaitan dengan mana-mana hadiah. AFFINBANK tidak akan bertanggunganke atas apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/atau ganti rugi yang disebabkan oleh mana-mana Hadiah dan/atau ketidakpatuhan oleh mana-mana ejen/ pembekal/pengedarnya. Peserta yang Layak hanya boleh mengambil Hadiah mereka daripada Cawangan Pegangan Akaundi mana peruntukan deposit dibuat. Hadiah boleh diambil oleh Peserta yang Layak di cawangan dalam tempoh 6 hingga 12 minggu dari tarikh peruntukan ke atas deposit dibuat. Peserta yang Layak tidak layak menyertai promosi atau kempen CASA lain oleh AFFINBANK. AFFINBANK TIDAK bertanggungan dalam apa jua cara sekalipun, ke atas apa-apa kejadian yang timbul daripada apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok,
Copyright 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
24.
25.
26.
sekat masuk kerja, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem dalam apa jua bentuk, campur tangan manusia yang tidak dibenarkan dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan pemprosesan Kempen. AFFINBANK tidak bertanggungan, sama ada secara langsung atau yang berbangkit, ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau walau apa jua yang ditanggung oleh Peserta yang Layak disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagian, daripada penyertaan mereka dalam Kempen dan/atau Hadiah. AFFINBANK menafikan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipanyang berkaitan dengan Hadiah. AFFINBANK tidak memberikan representasi atau waranti terhadap kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk kegunaan Hadiah dan tidak bertanggungjawab menggantikan apa-apa Hadiah yang hilang, dicuri atau cacat disebabkan oleh kecacatan pada bahan atau mutu kerja pengilang yang di bawah waranti atau sebaliknya. Peserta yang Layak hendaklah berurusan secara terus dengan pengilang dan/atau wakil penjual yang dibenarkan untuk mendapatkan maklumat tentang waranti, tuntutan, dan/atau terma dan syarat yang berkaitan khusus untukpemasangan, spesifikasi, penggunaan atau pengendalian Hadiah. Apa-apa risiko kerosakan atau kehilangan Hadiah akan dipertanggungjawabkan kepada Peserta yang Layak semasa penghantaran Hadiah tersebut kepada mereka. AFFINBANK tidakakan bertanggungan atau bertanggungjawab mengenal pasti atau menggantikan apa-apa Hadiah yang cacat, hilang, rosak atau dicuri.
2) Putar dan menang 1.
2. 3. 4. 5.
6.
7.
8.
9.
Peserta yang Layak yang membuka akaun Deposit Tetap dengan jumlah deposit minimum RM30,000 dalam tempoh tiga (3) bulan layak menyertai satu (1) cabutan penyertaanuntuk memenangi Putar dan Menang. Pemenang akan dikenal pasti oleh AFFIN BANK BERHAD yang akan memenangihadiah Deposit Tetap dua belas (12) bulan bernilai RM500. Bilangan pemenang terhad kepada dua (2) orang bagi setiap cawangan AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC. Kadar Faedah bagi hadiah Deposit Tetap akan ditentukan oleh pelanggan yang akan memutar ‘Roda Impian’ di cawangan selepas pelanggan dikenal pasti. Kumpulan AFFINBANK berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah/menyemak/meminda mekanisme/proses pemilihan seperti yang dianggap sesuai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Mekanisme/proses pemilihanakan ditentukan sepenuhnya oleh Kumpulan AFFINBANK dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-apa alasan sekalipun. Keputusan Kumpulan AFFINBANK adalah muktamad dan apa-apa pertikaian berkaitannya tidak akan dilayan. Pemenang akan dihubungi oleh Kumpulan AFFINBANK secepat yang mungkin melalui nombor telefon terkini pemenang, sepertiyang dipaparkandalam sistem Kumpulan AFFINBANK pada bila-bila masa dalam waktu pejabat. Jika pemenang gagal menjawab panggilan telefon apabila dihubungi oleh Kumpulan AFFINBANK, pemenang tersebut dianggap sebagai tidak layak, dan Kumpulan AFFINBANK berhak memilih Peserta lain yang Layak bermula dengannama teratas dalam senarai simpanan sebagai pemenang. Langkahini akan diulang sehingga pemenang ditentukan. Apabila hadiah Deposit Tetap ditebus sebelum matang (pengeluaran/penutupan awal), syarat yang berikut terpakai: a. Faedah tidak akan dibayar ke atas mana-mana deposit 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan yang tidak mencapai tempoh penuh. b. Faedah tidak akan dibayar ke atas mana-mana Deposit Tetap bagi 3 bulan dan ke atas, jika ditebus sebelum cukup tempoh 3 bulan itu. c. Selain keadaan yang dinyatakan dalam (i) & (ii) di atas, faedah akan dibayar untuk bulan penuh seperti yang berikut: d. Kadar yang akan dibayar ke atas Deposit Tetap yang ditebus sebelum cukup tempoh hendaklah ½ (separuh) daripada kadar papan biasa bagi setiap bulan penuh. Pengeluaran sebahagian daripada Deposit Tetap adalah tidak dibenarkan.
Copyright 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
3. Cabutan Bertuah 1. Peserta yang Layak mesti membuka akaun baharu atau tambahan minimum RM100 ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan bagi melayakkan mereka membuat satu Cabutan Bertuah. 2. Pelanggan berpeluang mendapat satu hadiah percuma daripada mana-mana satu (1) yang berikut sepanjang tempoh kempen: a. Set rias tangan dan kuku - TBC b. Set alat tulis - TBC c. Lampu suluh LED mini - TBC d. Kalendar meja - TBC 3. Hadiah akan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada. 4. Hadiah tidak boleh dipindah milik, diniagakan dan ditukar dengan wang tunai, kredit atau benda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Hadiah di bawah Kempen ini tidak termasuk apa-apa aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan/atau bahan promosi kerana ia adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. 5. Peserta yang Layak hanya boleh mengambil Hadiah merekadaripada Cawangan Pegangan Akaun di mana peruntukan deposit dibuat. 6. AFFINBANK TIDAK bertanggungan dalam apa jua cara sekalipun, ke atas apa-apa kejadian yang timbul daripada apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk kerja, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem dalam apa jua bentuk, campur tangan manusia yang tidak dibenarkan dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan pemprosesan Kempen. 7. AFFINBANK tidak bertanggungan, sama ada secara langsung atau yang berbangkit, ke atas apa-apa kehilangan,kerosakan atau walau apa jua yang ditanggung oleh Peserta yang Layak yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagian, daripada penyertaan mereka dalam Kempen dan/atau Hadiah. 8. AFFINBANK menafikan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan yang berkaitan dengan Hadiah. AFFINBANK tidak memberikan representasi atau waranti terhadap kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk kegunaan Hadiah dan tidak bertanggungjawab menggantikan apa-apa Hadiah yang hilang, dicuri atau cacat disebabkan oleh kecacatan pada bahan atau mutu kerja pengilang yang di bawah waranti atau sebaliknya. Peserta yang Layak hendaklah berurusan secara terus dengan pengilang dan/atau wakil penjual yang dibenarkan untuk mendapatkan maklumat tentang waranti, tuntutan dan/atau terma dan syarat yang berkaitan khusus untukpemasangan, spesifikasi, penggunaan atau pengendalian Hadiah. 9. Apa-apa risiko kerosakan atau kehilangan Hadiah akan dipertanggungjawabkan kepada Peserta yang Layak semasa penghantaran Hadiah tersebut kepada mereka. AFFINBANK tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab mengenal pasti atau menggantikan apa-apa Hadiah yang cacat, hilang, rosak atau dicuri.
Am 1. Terma dan Syarat Amyang terpakai bagi semua akaun deposit/produk/perkhidmatan hendaklah terpakai pada setiap. 2. Kumpulan AFFINBANK berhak, selepasmemberikan notis sewajarnya, meminda, menghapuskan dan/atau menambahmana-mana terma dan syarat ini. Pelanggan bersetuju bahawa penyertaan berterusan dalam Kempen ini akan membentuk penerimaan terhadap terma dan syarat ini (seperti yang diubah suai dan diubah dari semasa ke semasa). Pelanggan bersetuju untuk sentiasa mengakses laman web kami bagi melihat terma dan syarat sertamemastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung apa-apa pertukaranatau perubahanterma dan syarat tersebut. 3. “Terma dan Syarat”ini, termasuk apa-apa pindaan, penghapusan atau penambahan, hendaklah mengatasi apa-apa peruntukan atau representasi yang terkandung dalam manamana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 4. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan “Terma dan Syarat” yang dinyatakan. 5. Semua terma dan syarat yang ditetapkan dalam dokumen inihendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikutundang-undang Malaysia. 6. Promosi ini berakhir pada 31 Julai 2016. Walau bagaimanapun, Bank berhak menghentikan promosi sebaik sahaja promosi ini mencapai had yang dikehendaki walaupun sebelum tarikh promosi berakhir. Apa-apa lanjutan tempoh selepas itu akan diputuskan mengikut
Copyright 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
budi bicara mutlakAFFINBANK. 7. Notis privasi seperti yang terkandung dalam laman web kami www.affinbank.com.my hendaklah sentiasa terpakai. Fasal Privasi Pelanggan hendaklah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Affin Bank Berhad (“Kumpulan AFFINBANK”) yang disiarkan di laman webnya sertafasal yang dinyatakan dalam dokumen ini, yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah dianggap sebagai telah dimasukkansebagai rujukan dalam Perjanjian ini. Jika Pelanggan memberikan maklumat peribadi dan/atau kewangan berkaitan pihak ketiga, termasuk maklumat berkaitan waris terdekat dan tanggungan (bagi individu) mereka atau maklumat berkaitan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan penyedia sekuriti (untuk syarikat), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan dengan Kumpulan AFFINBANK atau melanggan produk dan perkhidmatan Kumpulan AFFINBANK, Pelanggan mengesahkan: i) persetujuanmereka telah diperoleh dan/atau berhak memberikan maklumat ini kepada Kumpulan AFFINBANK dan untuk kegunaan Kumpulan AFFINBANK mengikutperjanjian ini; ii) bersetuju memastikan maklumat peribadi dan kewangan bagi pihak ketiga yang dinyatakanadalah tepat; dan iii) bersetuju memaklumkan kepada Kumpulan AFFINBANK secara bertulis jika terdapat apaapa perubahan penting pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. JikaPelanggan mengarahkan Kumpulan AFFINBANK melaksanakanapa-apa bentukurus niaga rentas sempadan (termasuk membuat atau menerima pembayaran), butiran berkaitan urus niaga rentas sempadantersebut(termasuk maklumat berkaitan dengan mereka yang terlibat dalamurus niaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, dan maklumat berkenaan boleh di akses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berhubung dengan tugas mereka yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Semasamengarahkan Kumpulan AFFINBANK dan/atau ejennya membuat apa-apa urus niaga rentas sempadan bagi pihak Pelanggan, Pelanggan bersetuju dengan pendedahan yang dinyatakandi atas bagi pihaknya dan pihak lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk pada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai bagi Kumpulan AFFINBANK (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Pelanggan bersetuju bahawa Kumpulan AFFINBANK, pedagang dan rakan strategiknya boleh menghubungi Pelanggan untuk memaklumkan tentang produk, perkhidmatan sertatawaran, yang mungkin menarik minat Pelanggan atau memberikan manfaat kewangan kepadaPelanggan. Kumpulan AFFINBANK boleh berkomunikasi melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan oleh Pelanggan. Walau bagaimanapun, Pelangganboleh menghubungi Kumpulan AFFINBANK pada bila-bila masa jika merekatidak lagi berhasrat untukmenerima komunikasi pemasaran daripada Kumpulan AFFINBANK, ahli lain Kumpulan AFFINBANK dan/atau pedagang sertarakan kongsi strategik kami dengan mengunjungi mana-mana cawangannya. Pelanggan sedar bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web Kumpulan AFFINBANK mengandungi maklumat standardberhubung dengan produk dan perkhidmatan lain yang tidak boleh dihapuskantanpa menjejaskan penyampaian/penyediaanperkhidmatan dan/atau produk Kumpulan AFFINBANK, pengendalian akaun dan/atau kemudahan Pelanggan dengan Kumpulan AFFINBANK, dan/atau kos tambahan kepada Pelanggan.
Copyright 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)
Kumpulan AFFINBANK boleh menggunakan agensi rujukan kredit bagi membantu membuat keputusan, sebagai contoh, apabila terdapat keperluan untuk: i) ii)
menyemak maklumatpermohonan kredit dan berkaitan kredit atau kemudahan lain; menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio Pelanggan; dan/atau mendapatkan semulahutang.
Pelanggan akan dihubungkan oleh agensi rujukan kredit kepadamana-mana nama lain yang sedang digunakan atau telah digunakan sertamana-mana pemohon bersama dan berasingan. Kumpulan AFFINBANK juga boleh berkongsi maklumat tentang Pelanggan dan caraPelanggan menguruskan akaun/kemudahan merekadengan agensi penarafan atau rujukankredit yang berkenaan. Kumpulan AFFINBANK dengan ini berhak meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan akan memaklumkan kepada Pelanggan terlebih dahulu secara bertulis dan menyiarkan apa-apa pindaan tersebut di laman webnya dan/atau dengan meletakkan notis di ruang bank atau lokasi utama di cawangannya. Fasal ini tidak akan menjejaskan mana-mana fasal lain dalam Terma dan Syarat ini atau dalam keperluan kawal selia BNM yang menyediakan peruntukan untuk pendedahan maklumat.
Layak mendapat perlindungan PIDM
Copyright 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)