Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 1.0
UMUM
1.1
1.2
Terma dan Syarat ("T&S") yang dinyatakan di sini akan diguna pakai bagi semua produk deposit konvensional MBSB seperti Akaun Simpanan Wise Saver, Akaun Simpanan Cheeky, Akaun Simpanan CashRich, Akaun Deposit Tetap dan Akaun Deposit Tetap 49’ers. Produk-produk ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Malaysia yang relevan.
2.0
PEMBUKAAN AKAUN
2.1
Pembukaan akaun hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh MBSB dengan memberikan dokumen yang diperlukan dan maklumat yang dikehendaki sebagai mematuhi prosedur MBSB untuk pembukaan akaun. Penerimaan apa-apa permohonan bagi pembukaan akaun dan berterusannya akaun ini keseluruhannya adalah mengikut budi bicara MBSB.
2.2
Deposit yang diterima adalah dalam Ringgit Malaysia (“RM”) sahaja;
2.3
Berikut adalah ciri-ciri bagi produk deposit konvensional MBSB; 2.3.1
2.3.2
Akaun Simpanan Wise Saver; 2.3.1.1.
Akaun ini dibuka kepada individu (residen dan bukan residen) sekurangkurangnya berumur lapan belas (18) tahun; dan bukan individu seperti perniagaan milikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab, organisasiorganisasi yang tidak berasaskan keuntungan dan badan-badan kebajikan;
2.3.1.2.
Individu boleh membuka akaun peribadi mereka atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun seramai tiga (3) orang;
2.3.1.3.
Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.1.4.
Kadar faedah untuk akaun simpanan ini ialah 2.25% setahun atau manamana kadar seperti yang dinyatakan oleh MBSBdari masa ke semasa.
Akaun Simpanan Cheeky; 2.3.2.1.
Akaun ini dibuka kepada individu yang berumur kurang daripada lapan belas (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh Pemegang Amanah;
2.3.2.2.
Pemegang amanah merupakan ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan dibenarkan untuk mengendalikan akaun manakala kanak-kanak tersebut menjadi benefisiari akaun;
2.3.2.3.
Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM20.00 atau sebarang jumlah seperti yang dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.2.4.
Kadar faedah untuk akaun simpanan ini ialah 3.10% setahun bagi baki akaun sehingga RM 50,000 atau mana-mana kadar seperti yang dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa. Untuk baki akaun berjumlah lebih daripada RM
Page 1 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 50,000, kadar faedah ialah 2.50% setahun atau mana-mana kadar seperti yang dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa; 2.3.2.5.
2.3.3
2.3.4
Apabila benefisiari mencapai umur lapan belas (18) tahun, semua faedahfaedah yang tertakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan. Pelanggan hendaklah pergi ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk urusan pertukaran akaun simpanan tersebut.
Akaun Simpanan CashRich; 2.3.3.1.
Akaun ini dibuka kepada individu sahaja (residen dan bukan residen) yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun;
2.3.3.2.
Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun adalah tiga (3) orang;
2.3.3.3.
Deposit awal pembukaan akaun ini adalah RM 100.00 atau mana-mana jumlah sebagaimana dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.3.4.
Kadar faedah untuk akaun simpanan ini ialah 2.68% setahun atau manamana kadar yang dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa.
Akaun Deposit Tetap; 2.3.4.1
Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) yang telah mencapai usia lapan belas (18) tahun; dan bukan individu iaitu perbadanan korporat, syarikat-syarikat komersial, badan-badan kerajaan, perusahaan kecil sederhana ("PKS"), perkongsian, perniagaan pemilikan tunggal, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan badan-badan kebajikan;
2.3.4.2
Individu adalah layak untuk membuka akaun peribadi mereka atau akaun bersama tertakluk kepada bilangan maksimum pemegang akaun adalah tiga (3) orang;
2.3.4.3
Bagi bukan individu, semua entiti-entiti syarikat yang sah mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
2.3.4.4
Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 1,000.00 atau manamana jumlah sebagaimana yang dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.4.5
Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar faedah bagi akaun ini ditentukan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.4.6
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.
Page 2 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat
2.3.5
2.3.6
Akaun Deposit Tetap (“49ers”): 2.3.5.1
Akaun ini dibuka untuk individu (residen dan bukan residen) berumur 49 tahun dan ke atas. Akaun ini menawarkan kadar faedah yang lebih menarik berbanding akaun deposit tetap yang biasa;
2.3.5.2
Individu adalah layak untuk membuka akaun atas nama sendiri sahaja;
2.3.5.3
Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 1,000.00 atau sebarang jumlah sebagaimana dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.5.4
Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar faedah bagi akaun ini ditentukan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.5.5
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.
Akaun Deposit Tetap (Pemegang Amanah); 2.3.6.1.
Akaun ini dibuka untuk individu berumur kurang daripada umur (18) tahun dengan syarat akaun tersebut dikendalikan oleh pemegang amanah; Syarikat-syarikat, perniagaan perkongsian, persatuan-persatuan dan kelabkelab adalah tidak dibenarkan untuk membuka akaun ini;
2.3.6.2
Pemegang amanah merupakan ibu/bapa dan/atau penjaga yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dibenarkan untuk mengendalikan akaun manakala kanak-kanak tersebut akan menjadi benefisiari akaun;
2.3.6.3
Apabila benefisiari mencapai had umur lapan belas (18) tahun, semua faedah-faedah yang tertakluk di bawah akaun ini akan dibatalkan. Pelanggan hendaklah pergi ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk urusan penukaran akaun tersebut.
2.3.6.4
Deposit awal untuk pembukaan akaun ini adalah RM 1,000.00 atau sebarang jumlah sebagaimana dinyatakan oleh MBSB dari masa ke semasa;
2.3.6.5
Tempoh penempatan deposit adalah di antara satu (1) bulan sehingga maksimum enam puluh (60) bulan atau seperti yang dinyatakan oleh MBSB. Kadar faedah bagi akaun ini ditentukan oleh MBSB dari masa ke semasa.
2.3.6.6
Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan bagi akaun ini.
3.0
KADAR FAEDAH
3.1
Akaun Simpanan Wise Saver / Akaun Simpanan Cheeky / Akaun Simpanan CashRich 3.1.1.
MBSB atas budi bicara boleh memberi kadar faedah ke atas mana-mana deposit yang dibuat oleh Pelanggan. Kadar faedah mungkin berubah dari masa ke semasa seperti
Page 3 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat yang dinyatakan oleh MBSB dan akan dikreditkan secara bulanan atau pada manamana waktu yang ditentukan MBSB; 3.1.2.
3.2.
4.0
Kadar faedah akan dikira berdasarkan baki harian atau mana-mana kadar lain seperti yang ditentukan oleh MBSB mengikut budi bicaranya. Pengkreditan faedah akan ditunjukkan apabila Pelanggan mengemukakan buku akaun simpanan mereka kepada MBSB untuk dikemaskini.
Akaun Deposit Tetap / 49’ERS / Akaun Deposit Tetap (“Pemegang Amanah”) 3.2.1.
MBSB akan memberi kadar faedah kepada pemegang akaun dan ianya berdasarkan kadar faedah semasa seperti yang dinyatakan oleh MBSB dan tertakluk kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa.
3.2.2.
Kadar faedah akan dipaparkan melalui notis-notis di Pusat Jualan dan Perkhidmatan (SSC) MBSB atau notis di laman web MBSB atau mana-mana medium yang sesuai untuk rujukan Pelanggan.
DEPOSIT
4.1
Deposit boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atau pemindahan telegrafik atau pemindahan dari akaun MBSB yang lain atau mana-mana medium yang lain seperti yang dibenarkan oleh MBSB;
4.2.
Deposit seperti yang dinyatakan pada klausa 4.1 hendaklah dibuat dengan melengkapkan slip deposit, di mana boleh didapati di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB. Apabila Pelanggan melakukan transaksi deposit pada akaun mereka, mereka akan menerima satu salinan slip deposit, mengandungi tandatangan pegawai cawangan bertugas;
4.3.
Bagi mana-mana penempatan deposit yang dibuat melalui cek, akaun tersebut adalah sah hanya selepas penjelasan cek. Cek-cek atau instrumen-instrumen deposit yang lain yang tidak dapat ditunaikan akan dikembalikan kepada Pelanggan di alamat terakhir yang didaftar dengan MBSB melalui pos tertakluk ke atas risiko-risiko dan perbelanjaan sendiri;
4.4.
Buku Akaun Simpanan akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa pembukaan akaun Simpanan;
4.5
Sijil Deposit Tetap akan dikeluarkan kepada Pelanggan semasa penempatan akaun deposit tetap tersebut.
5.0
PENGELUARAN WANG
5.1
Akaun Simpanan Wise Saver / Akaun Simpanan Cheeky / Akaun Simpanan CashRich 5.1.1. Setiap pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh Pelanggan bagi pemegang akaun individu, Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky dan penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bukan individu di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan atau mana-mana Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang lain;
Page 4 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 5.1.2. Pelanggan hendaklah membawa bersama buku Akaun Simpanan mereka berserta dokumen pengenalan diri mereka seperti yang diperlukan oleh MBSB dan perlu melengkapkan borang pengeluaran ketika ingin membuat pengeluaran. 5.2.
Akaun Deposit Tetap / 49’ERS / Akaun Deposit Tetap (“Pemegang Amanah”) 5.2.1. Sebarang pengeluaran hendaklah dibuat oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan sahaja, pengeluaran di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang lain tidak dibenarkan; 5.2.2. Pemegang akaun perlu hadir di cawangan di mana akaun diselenggarakan dan mengemukakan Sijil Akaun Deposit Tetap untuk membuat pengeluaran kecuali terdapat kebenaran bertulis oleh pemegang akaun atau penandatangan yang diberi kuasa bagi mengarahkan Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun diselenggarakan untuk memindahkan amaun ke mana-mana akaun simpanan yang tertentu seperti yang dinyatakan ketika pembukaan akaun. 5.2.3. Pengeluaran separa adalah tidak dibenarkan; 5.2.4. Bagi pengeluaran pra-matang daripada akaun deposit tetap, syarat-syarat berikut akan diguna pakai;-
6.0
5.2.4.1.
Pengeluaran pra-matang merujuk kepada pengeluaran akaun deposit tetap sebelum tarikh matang;
5.2.4.2.
Tiada faedah akan dibayar jika pengeluaran pra-matang dibuat sebelum lengkap tempoh tiga (3) bulan;
5.2.4.3.
Jika pengeluaran pra matang dibuat selepas tempoh tiga bulan tetapi kurang daripada tempoh kontrak, kadar faedah yang dibayar akan dikira pada kadar separuh daripada bulan penempatan yang telah lengkap.
5.2.4.4.
Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa MBSB menentukan setiap amaun yang dibayar kepada Pelanggan bagi Akaun Deposit Tetap kecuali jika berlaku kesilapan yang nyata, adalah muktamad, konklusif dan terikat ke atas Pelanggan.
PEMBAHARUAN DEPOSIT
6.1
Sekiranya tarikh matang jatuh pada bukan hari bekerja, mana-mana arahan pembaharuan deposit oleh Pelanggan akan dibawa pada hari bekerja yang berikutnya. Walau bagaimanapun, faedah akan terus terkumpul dan dibayar sehingga tarikh pembaharuan tersebut.
6.2
Jika Pelanggan tidak memperbaharui akaun deposit tetap selepas tempoh matang, MBSB akan memperbaharui akaun tersebut secara automatik setelah tamat tempoh penempatan sedia ada.
Page 5 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 6.3
Bagaimanapun, pembaharuan secara automatik ini adalah terpakai bagi jumlah tempoh tidak melebihi daripada tujuh (7) tahun, jika tidak, ianya akan tertakluk kepada klausa 19.0 di bawahnya;
6.4
Sebarang perubahan ke atas kadar faedah bagi pembaharuan akaun deposit tetap adalah berdasarkan kadar faedah semasa MBSB yang dipaparkan melalui notis-notis di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB atau skrin visual atau terminal atau laman web MBSB seperti di alamat www.mbsb.com.my atau melalui mana-mana kaedah yang dianggap sesuai oleh MBSB. Perubahan kadar faedah hanya akan berkuatkuasa selepas tamat tempoh penempatan sedia ada. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan cadangan perubahan tersebut, Pelanggan boleh menamatkan penempatan akaun deposit tetap mereka dengan sewajarnya.
7.0
CAGARAN SEBAGAI SEKURITI
7.1
Akaun Deposit Tetap boleh dicagarkan sebagai sekuriti bagi sesuatu pelaksanaan atau tanggungan atau liabiliti bagi mana-mana Pelanggan MBSB, yang mana berkenaan. Melainkan yang dinyatakan, Akaun Deposit Tetap tidak boleh dicagarkan dengan apa-apa alasan yang lain.
8.0
PENGGABUNGAN DAN HAK UNTUK MENOLAK SELESAI
8.1
MBSB, sebagai tambahan ke atas mana-mana lien am atau mana-mana hak yang berkaitan di bawah undang-undang, boleh pada bila-bila masa, dengan notis yang secukupnya, menggabungkan atau menyelaraskan mana-mana atau kesemua akaun kemudahan (jika ada) dengan liabiliti Pelanggan terhadap MBSB dengan melupuskan atau memindahkan mana-mana jumlah atau jumlah terkini bagi salah satu akaun kredit atau akaun-akaun MBSB yang lain ke atas keperluan daripada mana-mana liabiliti kepada MBSB sama ada yang akaun utama atau cagaran atau akaun bersama atau akaun berasingan;
8.2
Pelanggan bersetuju sekiranya terdapat keadaan di mana Pelanggan ingkar dalam pembayaran mana-mana keberhutangan (samaada yang benar, luar jangka, semasa atau masa hadapan) yang kena dibayar kepada MBSB samaada secara perseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain termasuk faedah atau caj ("Keberhutangan"), MBSB berhak untuk membekukan sebahagian Baki Yang Ada bersamaan dengan jumlah keseluruhan bayaran ingkar Keberhutangan dan memberi tujuh (7) hari notis kepada Pelanggan untuk melangsaikan bayaran ingkar Keberhutangan;
8.3
Jika Pelanggan gagal untuk melangsaikan bayaran ingkar Keberhutangan dalam tempoh tujuh (7) hari tersebut, MBSB berhak untuk menolak sepenuhnya mana-mana bahagian Baki Yang Ada dengan jumlah penuh bayaran ingkar Keberhutangan (walaupun ianya melibatkan pengeluaran awal sebarang Akaun Deposit Tetap sebelum tarikh matang);
8.4
Bagi mengelak sebarang kekeliruan, hak MBSB untuk menolak selesai di sini boleh dilaksanakan oleh MBSB: 8.4.1 walaupun ke atas Akaun Bersama, walaupun keberhutangan kena dibayar oleh mana-mana Pemegang Akaun Bersama kepada MBSB; 8.4.2 di mana Baki Yang Ada di dalam Akaun adalah kredit bersama Akaun lain kepunyaan Pemegang Akaun yang mempunyai baki debit dengan jumlah yang kena dibayar kepada MBSB; dan
Page 6 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 8.4.3
walaupun berlakunya kematian ke atas Pemagang Akaun, kebankrapan/ketidakmampuan bayar (insolvency), kedudukannya dengan pemiutang atau apa-apa prosiding perundangan terhadap Pemegang Akaun.
9.0
PERKONGSIAN
9.1
Pelanggan perlu memaklumkan kepada MBSB dengan segera secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas rakan kongsi, pertukaran nama bagi akaun atau pertukaran penandatangan yang diberi kuasa.
10.0 BUKU AKAUN SIMPANAN 10.1 Buku Akaun Simpanan tidak boleh dipindah milik ataupun ditukar hakmilik dan ianya hendaklah dikemukakan di kaunter premis MBSB bagi setiap transaksi pengeluaran; 10.2 Sebarang bayaran yang dibuat oleh MBSB apabila pengemukaan Buku Akaun Simpanan oleh Pemegang Amanah bagi Akaun Simpanan Cheeky dan oleh penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bukan-individu, hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti pembayaran yang dibuat kepada Pelanggan secara peribadi dan MBSB tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan atau mana-mana pihak yang lain; 10.3 Buku Akaun Simpanan tidak boleh diubah atau dipinda terhadap mana-mana perkara yang berkaitan dengan transaksi sama ada oleh Pelanggan atau oleh mana-mana pihak lain. Pelanggan perlu memeriksa Buku Akaun Simpanan dan berpuas-hati bahawa setiap transaksi yang dibuat adalah betul sebelum meninggalkan premis MBSB; 10.4 Buku Akaun Simpanan perlu dikemukakan kepada MBSB apabila dikehendaki oleh MBSB bagi setiap faedah atau transaksi yang belum dikemaskini. Buku ini adalah sebagai rujukan Pelanggan dan tidak semestinya memaparkan baki akaun yang betul disebabkan deposit mungkin dibuat atau terdapat sebarang caj-caj dikenakan tanpa sebarang entri dibuat di dalam Buku Akaun Simpanan; 10.5 Entri yang terdapat di dalam Buku Akaun Simpanan adalah tidak sah melainkan ianya direkodkan oleh mesin pencetak MBSB. 11.0 KELAYAKAN DEPOSITOR BAGI SESUATU KONTRAK 11.1 Pelanggan mestilah mempunyai kapasiti untuk menyertai sesuatu kontrak. Di bawah polisi MBSB, hanya individu yang berumur lapan belas (18) tahun adalah layak untuk membuka akaun peribadi mereka. Seseorang kanak-kanak juga boleh membuka akaun mereka dengan syarat akaun tersebut hendaklah dibuka bersama dan hanya dikendalikan oleh ibu bapa / penjaga ("Pemegang Amanah"); 11.2 Akaun Simpanan boleh ditutup di atas permintaan Pelanggan, mengikut undang-undang atau atas budi bicara MBSB. MBSB berhak untuk membekukan akaun tersebut jika berlakunya kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman daripada pemegang akaun. 12.0 KEHILANGAN / KEROSAKAN BUKU AKAUN SIMPANAN 12.1 Sekiranya buku Akaun Simpanan hilang atau rosak, Pelanggan dengan serta-merta hendaklah memaklumkan MBSB dengan datang sendiri ke Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB yang
Page 7 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat terdekat. MBSB akan mengenakan caj untuk setiap pengeluaran buku simpanan yang diganti baru tertakluk kepada Pelanggan menandatangani Surat Indemniti standard MBSB;
13.0 KEHILANGAN / KEROSAKAN SIJIL AKAUN DEPOSIT TETAP 13.1 Pelanggan hendaklah menyimpan Sijil Akaun Deposit Tetap dengan selamat dan dikehendaki untuk melaporkan dengan segera secara bertulis kepada MBSB jika berlaku kehilangan atau kecurian. Penggantian Sijil Akaun Deposit Tetap yang telah hilang boleh dilakukan sekiranya Surat Indemniti telah ditandatangani, tertakluk kepada bayaran telah dibuat bagi duti setem dan caj perkhidmatan sebanyak RM 15.00 atau sebarang jumlah yang dimaklumkan oleh MBSB dari masa ke semasa; 13.2 Penggantian Sijil Akaun Deposit Tetap hanya boleh dilakukan di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB di mana akaun ini diselenggarakan di mana ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang mengawal operasi Akaun Deposit Tetap.
14.0 PENUTUPAN AKAUN 14.1 MBSB berhak untuk menutup akaun Pelanggan di atas permintaan mereka mengikut undangundang atau atas budi bicara MBSB; 14.2 Akaun boleh ditutup / ditamatkan jika berlakunya mana-mana perkara berikut:i) Pelanggan telah bankrap atau muflis; atau ii) Pengeluaran oleh Pelanggan ke atas semua atau sebahagian daripada jumlah deposit yang diletakkan; atau iii) Pelanggan melakukan pelanggaran pada mana-mana terma dan syarat yang tertakluk; atau iv) Arahan daripada mana-mana agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. 14.3 Di samping hak MBSB yang terkandung dalam Fasal 14.2 di atas, Pelanggan bersetuju bahawa MBSB berhak untuk menutup mana-mana akaun menurut budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberi sebarang sebab, dengan memberi notis yang mencukupi kepada Pelanggan (dimana dianggap sesuai); 14.4 Pelanggan hendaklah mematuhi semua kehendak MBSB dan juga prosedur untuk penutupan akaun, termasuk bayaran apa-apa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh MBSB bagi penutupan akaun ini (jika ada). 15.0 JIKA BERLAKU KEMATIAN 15.1 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan dengannya, jika berlaku kematian ke atas salah seorang pemegang akaun bersama, MBSB boleh menahan manamana baki kredit atau baki terkini atau baki terkemudian ke mana-mana akaun peribadi atau akaun bersama atau mana-mana sekuriti yang dimiliki pemegang akaun bersama atas arahan dan tanpa prejudis ke atas hak MBSB untuk menggabungkan atau penyelarasan yang tertakluk di sini atau hak-hak MBSB yang berkaitan dengan mana-mana baki akaun atau sekuriti yang timbul daripada mana-mana tuntutan cagaran lien atau mana-mana langkah di mana MBSB fikirkan perlu diambil berdasarkan mana-mana tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain;
Page 8 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 15.2 Sekiranya pemegang akaun adalah Muslim atau salah seorang pemegang akaun bersama adalah Muslim telah meninggal dunia, pemegang akaun yang satu lagi akan menerima wang si mati sebagai pentadbir yang dilantik (wasi') serta kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki akaun berdasarkan undang-undang harta pusaka (fara'id), MBSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan samaada pentadbir yang dilantik (wasi’) mengagihkan harta tersebut berdasarkan mana-mana undang-undang substantif atau undang-undang harta pusaka (fara'id). 16.0
PERUBAHAN DALAM BUTIRAN
16.1 Pelanggan hendaklah memberi notis dengan segera kepada MBSB secara bertulis mengenai pertukaran alamat surat menyurat, dan/atau nombor telefon / telefon bimbit / faks / e-mel dan/atau butiran lain yang direkodkan dengan MBSB; 16.2 Pertukaran alamat Pelanggan dengan apa-apa cara sekalipun tidak akan berkuatkuasa / mengikat ke atas MBSB kecuali notis sebenar mengenai pertukaran alamat telah diterima dan diakui sah oleh MBSB; 16.3 Semua komunikasi yang dihantar melalui pos atau ditinggalkan di alamat terakhir Pelanggan yang berdaftar dengan MBSB hendaklah dianggap telah dihantar dengan sewajarnya dan diterima oleh Pelanggan. 17.0 FI DAN CAJ 17.1 MBSB berhak mengenakan fi dan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh MBSB kepada Pelanggan seperti yang dipersetujui / dipohon oleh Pelanggan; 17.2 Butir-butir fi dan caj yang dikenakan oleh MBSB boleh didapati di Pusat Jualan dan Perkhidmatan MBSB atau laman sesawang MBSB; 17.3 MBSB boleh pada bila-bila masa di atas budi bicaranya yang mutlak dengan notis bertulis dihantar kepada Pelanggan atau melalui mana-mana medium yang difikirkan sesuai oleh MBSB, mengubah kadar semasa dan/atau jumlah bayaran fi atau caj yang perlu dibayar oleh Pelanggan. Perubahan tersebut adalah berdasarkan dengan mana-mana keperluan Syariah atau undang-undang yang berkaitan dan akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan pada notis tersebut, di mana penguatkuasaannya adalah tidak kurang daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis tersebut; 17.4 Sekiranya terdapat mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh MBSB kepada Pelanggan adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), maka amaun CBP di atas fi dan caj tersebut itu adalah ditanggung dan dibayar oleh Pelanggan.
18.0 AKAUN DORMAN / TIDAK AKTIF 18.1. Akaun dorman ditakrifkan sebagai akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi untuk tempoh satu tahun. Surat peringatan akan dihantar kepada Pelanggan sekiranya akaun tersebut akan menjadi dorman; 18.2. Bagi akaun dorman dengan jumlah baki sehingga RM10.60 (termasuk CBP), MBSB mengikut budi bicaranya boleh menutup akaun tersebut dan menyerap bakinya sebagai caj;
Page 9 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 18.3. Bagi akaun dorman dengan jumlah baki melebihi RM10.60 (termasuk CBP), MBSB akan mengenakan yuran perkhidmatan tahunan sebanyak RM10.60 (termasuk CBP) sehingga jumlah baki yang selebihnya dipindahkan sebagai wang tidak dituntut menurut Akta Wang Tidak Dituntut 1965 (sila rujuk perenggan 19.0 seperti di bawah bagi klausa Akta Wang Tak Dituntut 1965); 18.4. Tiada caj dikenakan ke atas pengaktifan akaun dorman.
19.0 AKTA WANG TIDAK DITUNTUT 1965 19.1 Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965, wang yang tidak dituntut adalah bermaksud kesemua jumlah wang di dalam akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekali pun oleh pemilik untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh (7) tahun. Wang yang tidak dituntut kemudiannya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut (RUM). Sebelum dana daripada sesuatu akaun dorman dipindahkan kepada RUM itu, notis akan diberikan kepada Pelanggan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum pemindahan berlaku. 20.0 PINDAAN KE ATAS TERMA DAN SYARAT 20.1 MBSB berhak untuk menambah, memadam atau mengubah mana-mana atau kesemua T&S ini pada bila-bila masa tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan dari pihak berkuasa. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa selepas tempoh dua puluh satu (21) hari daripada tarikh notis dipaparkan di premis MBSB atau mana-mana medium komunikasi yang difikirkan sesuai oleh MBSB. 21.0 UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG MENTADBIR 21.1 Perjanjian ini adalah ditadbir oleh, ditafsirkan dan digunakan selaras di bawah bidang kuasa dan undang-undang di Malaysia; 21.2 Pihak-pihak yang terlibat hendaklah mematuhi setiap peruntukan bagi undang-undang bertulis yang harus mereka patuhi termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan mana-mana Akta, Enakmen atau Ordinan atau undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan atau lain-lain perundangan subsidiari di bawah Akta, Enakmen atau Ordinan atau mana-mana arahan, perintah, keperluan atau arahan yang diberikan pihak berkuasa di bawah undang-undang bertulis. 22.0 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (PDPA) 22.1. Pelanggan dengan ini mengisytiharkan dan bersetuju bahawa mana-mana data/maklumat (termasuk data peribadi) yang berkaitan atau yang dirujuk atau berkaitan dengan permohonan Pelanggan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal Pelanggan sama ada di sini atau kemudiannya pada permohonan ini mungkin boleh digunakan atau didedahkan oleh MBSB bagi tujuan pemprosesan permohonan ini atau bagi menyediakan perkhidmatan seterusnya atau lain-lain produk dan perkhidmatan dan/atau pemasaran langsung (jika berkenaan) untuk berkomunikasi dengan Pelanggan bagi tujuan tersebut. 23.0 PENGISYTIHARAN 23.1 Pelanggan dengan ini mengisytiharkan bahawa semua kenyataan dan dokumen yang disertakan berhubung dengan permohonan ini adalah lengkap dan betul berdasarkan pengetahuan dan pemahaman mereka.
Page 10 of 11
Produk Deposit Konvensional MBSB Terma dan Syarat 24.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT 24.1 MBSB dibenarkan / diberi kuasa untuk mendedahkan, mengguna pakai, dan mendapatkan mana-mana maklumat berhubung Pelanggan, akaun atau perkara-perkara yang berkaitan selaras dengan mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan atau arahan atau MBSB di atas budi bicaranya yang dianggap sesuai atau diperlukan serta MBSB tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan dalam apa jua alasan bagi pendedahan yang sedemikian. [Tamat]
Page 11 of 11