Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016
Isi • Maksud Kata Tanya • Jenis-jenis soalan: – Literal – Inferens – Penilaian – Penghayatan – Semantik
Kata Tanya
Maksud
Apa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang sesuatu benda, perkara, situasi, perasaan atau keadaan
Siapa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang seseorang
Berapa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang jumlah, bilangan atau masa
Di mana
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang sesuatu tempat
Kata Tanya
Maksud
Mengapa
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang sesuatu sebab dan akibat
Bila
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang masa
Bagaimana Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi tentang cara atau keadaan sesuatu perkara dilakukan atau berlaku Pada pendapat kamu
Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi yang merujuk pendapat, pandangan atau pengalaman sedia ada kamu
Jenis-jenis Soalan 1) 2) 3) 4) 5)
Literal Inferens Penilaian Penghayatan Semantik
1) Literal • berasaskan makna sebenar
Literal • Memerlukan jawapan yang tertera secara jelas dalam teks bacaan tersebut.
• Mengenal pasti dan mengingat kembali butir-butir yang telah dibaca.
Literal 1) 2) 3) 4)
Apa Mengapa Bagaimana Siapa
Literal: Apa • Cara menjawab: – Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks – Tidak perlu ubah perkataan – Digalakkan menulis semula batang soalannya di dalam jawapan – Jika ada disebutkan nama, tulis semula namanya dan JANGAN gunakan kata ganti nama ‘dia’, ‘ia’ atau sebagainya
Contoh Soalan Kata Tanya
• Apakah yang membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusan Farah? Batang soalan
Latihan Puan Zaidah tersenyum bangga apabila mendengar nama Farah diumumkan. Nampaknya Farah tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya. Hasilnya, Farah terpilih sebagai penerima Anugerah Pelukis Muda Antarabangsa Terbaik. “Sudah tiba masanya aku mengubah pendapatku. Aku tidak sepatutnya menentang keputusannya dahulu,” fikir Puan Zaidah.
(Dipetik dari kertas PSLE 2015) Apakah yang membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusan Farah? Jawapan:
Jawapan
Pemilihan Farah sebagai penerima Anugerah Pelukis Muda Antarabangsa Terbaik telah membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusan Farah. Batang soalan
Literal: Mengapa • Cara menjawab: – Batang soalan harus ditulis dahulu – Kata hubung ‘kerana’ selepas batang soalan – Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks – Tidak perlu ubah perkataan
Contoh Soalan Kata Tanya
• Mengapakah Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor ? Batang soalan
Latihan Sememangnya, Puan Zaidah amat berharap Farah dapat memilih pekerjaan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah. Kata Puah Zaidah, kalau Farah menjadi doktor, Farah dapat berbakti kepada masyarakat. Puan Zaidah benar-benar hampa apabila Farah akhirnya menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelukis wajah dan lengan di Taman Tema Mega. (Dipetik dari kertas PSLE 2015)
Mengapakah Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor? Jawapan: Batang soalan
Jawapan
Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor kerana beliau mahu Farah memilih pekerjaan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah dan membolehkan Farah berbakti kepada masyarakat.
Literal: Siapa • Cara Menjawab: – Soalan pokok harus ditulis dahulu – Kata pemeri ‘ialah’ selepas pokok soalan – Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks
Contoh Soalan Kata Tanya
Siapakah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek? Batang soalan
Latihan Zakir melintasi pintu bilik ayahnya. Tiba-tiba, dia terdengar namanya disebut. Dia pun mendiamkan diri di balik pintu. Perbualan antara ibu dan ayahnya jelas kedengaran. Zakir hampir tidak percaya apa yang didengari. Tidak sangka bahawa Zakir rupa-rupanya anak angkat kepada Puan Shidah dan Encik Malek. Siapakah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek? Jawapan: Jawapan
Batang soalan
Zakir ialah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek.
Literal: Bagaimana • Cara Menjawab: – Soalan pokok harus ditulis dahulu – Kata hubung ‘dengan / untuk’ selepas pokok soalan – Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks
Contoh Soalan Kata Tanya
Bagaimanakah tabiat belajar ‘Aku’? Batang soalan
Latihan Aku mengamalkan sifat tidak malu untuk bertanya kepada guru sekiranya aku kurang memahami mana-mana bahagian dalam pelajaranku. Aku juga memastikan aku mengulang kaji pelajaranku secepat mungkin agar tidak lupa apa yang telah aku pelajari. Tabiat bertangguh-tangguh tidak sepatutnya diamalkan oleh pelajar kerana tabiat itu sangat merugikan.
Bagaimanakah tabiat belajar ‘Aku’? Jawapan:
Batang soalan
Jawapan
Tabiat belajar ‘Aku’ adalah dengan memastikan dia mengulang kaji pelajarannya secepat mungkin supaya tidak lupa apa yang diajarkan.
Inferens • Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan bagi soalan • Memberikan bukti-bukti • Meneliti sebab dan akibat • Membuat interpretasi • Meramalkan tindakan
Contoh Soalan Berikan dua perkara yang dilakukan oleh Ayah untuk memperoleh ilmu dan pengalaman.
Latihan Sudah 20 tahun Datuk mengusahakan perniagaan membaiki jam. Sebelum itu, Datuk telah menimba ilmu dan pengalaman dengan bekerja di beberapa buah syarikat jam. Minat terhadap jam telah mendorong Ayah untuk mengambil pendekatan yang sama. Pada hari-hari dia tidak bekerja pula, Ayah akan menghabiskan masanya dengan menolong Datuk. (Dipetik dari kertas PSLE 2014)
Berikan dua perkara yang dilakukan oleh Ayah untuk memperoleh ilmu dan pengalaman.
Jawapan:
Batang soalan
Jawapan 1
Perkara pertama yang dilakukan Ayah ialah Ayah telah bekerja di beberapa buah syarikat jam. Perkara kedua adalah pada masa yang sama, Ayah membantu Datuk di dalam perniagaannya pada hari-hari Ayah tidak bekerja. Jawapan 2
Penilaian • Menilai keterangan yang terdapat di dalam teks dengan teliti • Membuat pertimbangan • Memberikan pandangan kritis
Contoh Soalan “Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut” Apakah perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muka.
Latihan “Susah untuk melukis rama-rama pada wajah seseorang jika dahinya tidak luas. Terpaksalah Farah mencadangkan lukisan yang sesuai dengan bentuk wajahnya. Ada pula yang mempunyai kulit wajah yang tidak begitu cerah,” cerita Farah.
Nampaknya, Farah juga harus pandai memilih warna yang sesuai dengan warna kulit para pelanggannya. Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Memang layak Farah meneruskan impiannya. (Dipetik dari kertas PSLE 2015) ‘Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.’ Apakah perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabarancabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muka? Jawapan:
Batang soalan
Perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muda ialah pertama, Farah bijak memilih warna yang sesuai dengan warna kulit pelanggannya dan kedua, Farah mahir mencadangkan Jawapan lukisan yang sesuai dengan bentuk wajah pelanggannya.
Penghayatan • Memberi rumusan atau pengajaran berdasarkan petikan teks yang diberi • Menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan maklumat yang terdapat di dalam teks • Dapat menjana idea baharu • Contoh soalan: – Berikan 1 pengajaran yang kamu raih dari cerita ini. – Nyatakan satu sifat Siti yang boleh kita contohi
Contoh Soalan Nyatakan sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah.
Latihan “Sebenarnya, Ibu cemburu akan Farah. Kalaulah Ibu kreatif seperti Farah, tentu masa terluang dapat Ibu isi dengan kegiatan melukis. Tetapi, bukankah lebih baik Farah jadi doktor?” pujuk Puan Zaidah apabila Farah menyuarakan hasrat untuk mendalami bidang lukisan dahulu. (Dipetik dari kertas PSLE 2015) Nyatakan sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah. Jawapan:
Batang soalan
Jawapan
Sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah ialah sifat kreatif.
Semantik • Perlu beri makna/ terangkan maksud bagi perkataan yang berhuruf tebal.
Contoh Soalan Berdasarkan petikan karangan di atas, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan. a) i) muram ii) keputusan iii) mengenang b) Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud teringat akan seseorang atau sesuatu ialah _________________________________.
Latihan Semenjak Liyana mengetahui bahawa dia seorang anak angkat, dia sentiasa termenung. Beribu-ribu persoalan bermain di mindanya hingga menjejaskan prestasinya di sekolah. Mengapakah ibu kandungnya sanggup memberikannya kepada orang lain? Pernahkah keluarganya terfikir tentang dirinya? Dahulu, Liyana seorang anak yang periang dan peramah. Kebelakangan ini, Liyana menjadi muram dan pendiam. Ibunya risau melihat perubahan pada diri Liyana dan dia berbincang dengan suaminya. Mereka mengambil keputusan untuk membawa Liyana berjumpa keluarga kandungnya pada minggu itu. Walaupun Liyana mahu berjumpa dengan keluarga kandungnya, dia tetap mengenang jasa baik keluarga angkatnya yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya. Berdasarkan petikan karangan di atas, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan. i) muram ______________________________________________________ ii) keputusan ______________________________________________________ iii) mengenang ______________________________________________________
Hafiz berasa hampa. Dia tawar hati hendak membantu Dani. Dia terkenang kembali ketika dia pertama kali membantu Dani.
Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud teringat akan seseorang atau sesuatu ialah _________________________________.