Teknik Menjawab Soalan SPM 2015
1
Pendidikan Moral SPM Kod 1225 Kertas 1: Ujian bertulis
Bahagian A: Soalan Struktur Bahagian B: Soalan Esei Kertas 2: Kerja Kursus 2
Bahagian A: Soalan Struktur Soalan Tanya Nilai
Soalan Tanya Maksud Nilai Soalan Tanya Nilai dan Huraian Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian
Lanjutan Soalan Tanya Fakta Soalan Tanya Fakta dan Huraian Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) 3
Soalan Tanya Nilai Contoh soalan:
Apakah nilai ……… [1 markah] Nyatakan dua nilai ……… [2 markah] Contoh jawapan: Amanah Kepercayaan kepada Tuhan
4
Soalan Tanya Maksud Nilai Contoh soalan: Jelaskan maksud nilai … [2/3/? markah] Berikan definisi bagi nilai ……… [2/3/? markah] Contoh jawapan: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain 5
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam ponteng sekolah. [4 markah] Format jawapan: NH Ayat N: Watak + Nilai Ayat H: Bagaimana? / Mengapa? (Bukan
sekadar menggunakan definisi atau kata kunci) NH (2 markah) dan NH (2 markah)
6
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Apakah teknik untuk menulis huraian lanjutan? Tanya soalan “bagaimana” pada nilai yang anda guna. Katakan guna nilai harga diri:
“Bagaimanakah” murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri agar tidak terlibat dlm ponteng sekolah? Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk. Jawapannya: Contohnya, murid-murid harus menjaga nama baik diri dan keluarganya dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah 7
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Selain soalan “bagaimana” …… Tanya soalan “mengapa” pada nilai yang anda guna. Katakan guna nilai mematuhi peraturan dan undang-
undang: “Mengapakah” murid-murid harus mematuhi peraturan dan undang-undang? Fikir kk tetapi jangan hanya guna kk. Jawapannya: Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah. 8
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Contoh jawapan: i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga
diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. (Huraian – Bagaimana?) ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar
peraturan sekolah. (Huraian – Mengapa?) 9
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Kalau tulis jawapan guna definisi/kk, boleh tak? i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga
diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan dengan tidak terlibat dlm ponteng sekolah. (def) 1 MARKAH SAHAJA! ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Mereka harus menerima peraturan dengan tidak terlibat dlm ponteng sekolah. (kk) 1 MARKAH SAHAJA! Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah 10
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,
dinasihatkan tambah 1 ayat huraian: i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan (def). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah(Ayat Huraian – Bagaimana?).
11
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Sekiranya calon masih ingin guna definisi/kk,
dinasihatkan tambah 1 ayat huraian: ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima peraturan (kk) dengan tidak terlibat dalam ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat Huraian – Mengapa?). Perhatian: “tidak terlibat dlm ponteng sekolah” dipetik dari situasi soalan – tidak dianggap sebagai huraian. 12
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan
definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1 ayat: i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus ada keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan dengan menjaga nama baik diri dan keluarga supaya tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian – Bagaimana?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH… 13
Soalan Tanya Nilai dan Huraian Terdapat jawapan di buku rujukan mencantumkan
definisi/kk dengan ayat huraian dan menjadi 1 ayat: ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus menerima peraturan (kk) kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah (Ayat Huraian – Mengapa?). JAWAPAN BEGINI PUN BOLEH…
14
Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan Contoh soalan:
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar menjauhi gejala ponteng sekolah. [6 markah] Format jawapan: NHBagaimana? HMengapa? Ayat N: Watak + Nilai Ayat H: Bagaimana? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci) Ayat H: Mengapa? (Bukan sekadar menggunakan definisi atau kata kunci)
NHH (3 markah) dan NHH (3 markah) 15
Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga
diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah (Ayat Huraian – Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka akan dipandang serong oleh masyarakat (Ayat Huraian – Mengapa?). (Perhatian: perkataan “Contohnya” mahu tulis / tak mahu tulis pun boleh.) 16
Soalan Tanya Nilai dan Huraian serta Huraian Lanjutan ii. Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturan dan undang-undang. Contohnya, mereka harus akur kepada peraturan sekolah dengan menjauhi gejala ponteng sekolah(Ayat Huraian – Bagaimana?). Hal ini demikian kerana mereka akan dikenakan tindakan demerit jika ditangkap oleh pihak sekolah(Ayat Huraian – Mengapa?). (Perhatian: perkataan “Contohnya” mahu tulis / tak mahu tulis pun boleh.) 17
Soalan Tanya Fakta
Contoh soalan: Berikan tiga cara ……… [3 markah] Nyatakan dua kesan ……… [2 markah] Senaraikan tiga kebaikan ……… [3 markah] Cadangkan dua usaha ……… [2 markah] Tujuan: Menilai KBKK Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5 Jangan tulis “amalan nilai” sebagai jawapan Perlu tulis ayat fakta 18
Soalan Tanya Fakta Contoh soalan:
Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta agar dapat mengelakkan kemalangan di jalan raya. [3 markah] Jawapan: i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu. ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik. iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas. 19
Soalan Tanya Fakta serta Huraian Contoh soalan: Huraikan tiga cara ……… [6 markah] Terangkan dua kesan ……… [4 markah] Jelaskan tiga kebaikan ……… [6 markah] Cadangkan dua usaha ……… [4 markah]
Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi
perlu diikuti dengan huraian Fakta + Huraian Cara untuk menulis ayat huraian: Tanya soalan “Bagaimana?” Tanya soalan “Mengapa?”
20
Soalan Tanya Fakta serta Huraian Contoh soalan:
Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu kereta agar dapat mengelakkan kemalangan di jalan raya. [6 markah] Jawapan: i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu. (Soalan: “Bagaimana” tidak mengantuk?) Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi sebelum memandu. 21
Soalan Tanya Fakta serta Huraian ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.
(Soalan: “Bagaimana” pasti kereta dalam keadaan baik?) Servis kereta lebih kerap. iii)Mematuhi segala peraturan lalulintas.
(Soalan: “Bagaimana” mematuhi peraturan lalulintas?) Jangan memandu ketika mabuk.
22
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak… [2 markah] (i) __________________________________ (ii) __________________________________ Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii) Tuliskan jawapan seperti tulis ayat fakta, bukannya “amalan nilai” 23
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak… [4 markah] (i) ___________________________________ (ii) ___________________________________ Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii) Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dgn ayat contoh / huraian lanjutan Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan 24
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Bagaimanakah anda menghargai…? Terangkan dua jawapan anda. [4 markah] ______________________________________ ______________________________________ ______________________________________ Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian lanjutan Fakta + Contoh
25
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Adakah anda bersetuju….? Kemukakan alasan anda. [2 markah] _____________________________________ _____________________________________ Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan Berikan respon (1 markah) Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon mengikut baki markah 26
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Adakah anda bersetuju….? Kemukakan alasan anda dengan terperinci. [3 markah] _____________________________________ _____________________________________ Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan Berikan respon (1 markah) Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon mengikut baki markah Alasan perlu dihuraikan. Huraian diambil kira.
27
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Apakah perasaan anda….? Berikan dua alasan anda. [3 markah] _______________________________________ _______________________________________ Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan Berikan respon (1 markah) Tuliskan alasan/fakta yg menyokong respon mengikut baki markah Dua alasan perlu berasingan. Huraian tidak diambil kira.
28
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Bolehkah peristiwa tersebut dielakkan? Berikan hujah anda secara terperinci berdasarkan nilainilai murni. [4 markah] _______________________________________ _______________________________________ Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan Berikan respon (1 markah) Tuliskan hujah yg menyokong respon mengikut baki markah Nilai diwajibkan, Huraian lanjutan diperlukan. NHH (3 markah)
29
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Contoh soalan:
Apakah rumusan yang boleh dibuat melalui ketiga-tiga gambarajah di atas? [1 markah] _______________________________________ _______________________________________ Format jawapan untuk menulis rumusan ialah WTK dalam SATU ayat: Watak + Tindakan + Kesan Contoh jawapan: Rakyat (Watak) harus menyokong Kempen Membaca (Tindakan) supaya dapat melahirkan masyarakat yang berilmu. (Kesan).
30
Rumusan: Soalan Struktur Aspek penyoalan
Markah Jawaban yg perlu diberi ditulis
Terangkan maksud nilai…
1/2/3 ?
Definisi sahaja
Nyatakan 1 nilai…
1
N sahaja
Berikan 2 nilai…
2
N1 & N2
Terangkan 2 nilai…
4
N1,H1,N2,H2 ATAU N1,P1,H1,N2,P2,H2
Huraikan 2 nilai…
6
Senaraikan 2 kesan…
2
F1,F2
Cadangkan 2 cara…
4
F1,H1,F2,H2
KBAT
???
??? 31
Soalan Struktur: Setiap Soalan Dibenarkan Tambah 1 Jawaban Aspek penyoalan
Mark Jawaban yg perlu ah ditulis
Jawaban tambahan
Terangkan maksud nilai…
1/2/3? Definisi
+ Definisi
Nyatakan 1 nilai…
1
N1
+ N2
Berikan 2 nilai…
2
N1 & N2
+ N3
Terangkan 2 nilai…
4
N1,H1,N2,H2 ATAU + N3,H3 ATAU N1,P1,H1,N2,P2,H2 + N3,P3,H3
Terangkan 2 nilai…
6
Senaraikan 2 kesan... 2
F1,F2
+ F3
Cadangkan 2 cara…
4
F1,H1,F2,H2
+ F3,H3
KBAT
???
???
???+1 32
Bahagian B: Soalan Esei Contoh soalan bertanyakan nilai:
Terangkan dua nilai… [10 markah] b) Huraikan tiga nilai… [10 markah] c) Wajarkah…? Beri hujah anda berdasarkan nilainilai… [10 markah] Contoh soalan yg tidak bertanyakan nilai: a) Terangkan lima cara… [10 markah] b) Mengapakah…? Huraikan alasan anda. [10 markah] c) Setujukan anda…? Huraikan tiga alasan… [10 markah] 33 a)
Soalan Esei (Kalau Tulis Format NPCPC, Berapa markah?) Nilai = kata kunci / definisi = 1 markah Ayat N: watak + nilai (1 markah) Ayat P: watak + kata kunci 1 + isu / situasi soalan
(N = KK) Ayat C: contoh / huraian lanjutan (1 markah) Ayat P: watak + kata kunci 2 + isu / situasi soalan (N = KK) Ayat C: contoh / huraian lanjutan (1 markah) 34
Pemarkahan Bagi Esei (KBAT) Soalan Bertanyakan Nilai 3N+7H 2N+8H 1N+9H
Soalan Tidak Bertanyakan Nilai 3N+7H 2N+8H 1N+9H 10 H
Jumlah markah 10 m 10 m 10 m 10 m
Nilai: maksimum 3 Markah Huraian: maksimum 7 Markah *Dengan andaian jawapan bagi soalan tersebut mempunyai 3 nilai dan ke atas. **Fakta/Contoh/Huraian/Huraian Lanjutan semuanya dianggap H
35
Kalau bukan format NPCPC, Format ??? Ada 2 jenis format untuk dipilih: Boleh tulis Nilai (N) kemudian disokong dengan Contoh (C) dan/atau Huraian Lanjutan (H) Boleh tulis Fakta (F) kemudian disokong dengan Contoh
(C) dan/atau Huraian Lanjutan (H) Bagi soalan yg bertanyakan nilai, jawapan calon perlu ada sekurang-kurangnya SATU amalan Nilai (N) kemudian disokong dengan Contoh (C) dan/atau Huraian Lanjutan (H) Bagi soalan yang tidak bertanyakan nilai, jawapan calon ada/tiada amalan nilai pun boleh 36
Format NCH (Guna Nilai) Mula dengan ayat Nilai, kemudian disokong
dengan C dan/atau H. Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi setiap Nilai (N) yang anda guna, tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada nilai tersebut. Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C) / Huraian lanjutan (H). Katakan N1: Kerajinan C1: bagaimana? Contohnya…. H1: mengapa? Hal ini demikian kerana…. Hal ini demikian supaya…. 37
Format FCH (Tanpa Guna Nilai) Mula dengan ayat Fakta, kemudian disokong
dengan C dan/atau H. Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi setiap Fakta (F) yang anda guna, tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada Fakta tersebut. Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C) / Huraian lanjutan (H). Katakan F1: bijak memilih kawan C1: bagaimana? Contohnya…. H1: mengapa? Hal ini demikian kerana…. Hal ini demikian supaya…. 38
Soalan Esei (KBAT) – Tanpa Guna Nilai Contoh soalan: Terangkan lima cara… [10 markah] Setiap cara diikuti dengan 1 contoh/huraian 1 cara + 1 contoh/huraian = 2 markah Oleh itu, tulis 5 cara + 5 contoh/huraian = 10 markah Nasihat saya: 5 cara + 5 contoh + 5 huraian Jika ketandusan “cara”, boleh guna amalan nilai sebagai ganti “cara” Bilangan huraian tidak terhad 39
Soalan Esei (KBAT) – Tanpa Guna Nilai Contoh soalan:
Setujukan anda…? Huraikan tiga alasan… [10 markah] Beri respon = 1 markah 1 alasan + 1 contoh + 1 huraian = 3 markah Oleh itu, tulis 3 alasan + 3 contoh + 3 huraian = 9 markah Nasihat saya: 5 alasan + 5 contoh + 5 huraian Jika ketandusan “alasan”, boleh guna amalan nilai sebagai ganti “alasan” Bilangan jawapan tidak terhad 40
Cara Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH & FCH Nilai yang perlu diamalkan ialah rasional. Mereka harus menyedari kesan buruk ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana pelajaran mereka akan terabai disebabkan oleh pengaruh rakan. Nilai yang perlu diamalkan ialah bertanggungjawab. Mereka harus memainkan peranan sebagai murid sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan yang cerah. Nilai yang perlu diamalkan ialah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus akur pada peraturan 41
Cara Menulis Esei (KBAT) – Gabungan NCH & FCH (Bersambung) sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan tindakan demerit kerana telibat dalam ponteng sekolah. Murid-murid harus menjaga imej diri dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Mereka tidak harus mencemarkan nama baik diri. Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat. Mereka harus menjauhi perbuatan ponteng dengan rajin datang ke sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah. 42
Cara Lain Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH & FCH: Nilai dikumpulkan dlm perenggan 1, yg saki baki dlm perenggan ke-2 Nilai-nilai yang perlu diamalkan ialah rasional, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka harus memainkan peranan sebagai murid sekolah agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan yang cerah. Mereka harus akur pada peraturan sekolah. Hal ini demikian supaya mereka tidak dikenakan tindakan demerit kerana terlibat dalam ponteng sekolah. Mereka harus menyedari kesan buruk ponteng sekolah. Hal ini 43
Cara Lain Menulis Esei (KBAT) Gabungan NCH & FCH: Nilai dikumpulkan dlm perenggan 1, yg saki baki dlm perenggan ke-2 (bersambung) demikian kerana pelajaran mereka akan terabai. Muridmurid harus menjaga imej diri dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Mereka tidak harus mencemarkan nama baik diri. Hal ini demikian supaya mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat. Mereka harus menjauhi perbuatan ponteng dengan rajin datang ke sekolah. Mereka harus hadir ke sekolah setiap hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah. 44
Pengagihan Masa Yang Betul Bahagian Peruntukan Masa A (Struktur) B (Esei)
8 soalan x 10 minit untuk setiap soalan
2 soalan x 20 minit untuk setiap soalan 1 soalan tambahan x 20 minit Semak jawapan Jumlah
Jumlah Masa 80 minit
40 minit 20 minit 10 minit 150 minit 45
terima kasih kerana sudi mendengar.
46