BAHASA MELAYU SPM 2013
SPM 2013 BAHASA MALAYSIA – SOALAN LATIHAN TAMBAHAN KARANGAN RANGSANGAN TAJUK 1 TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA
Industri Pelancongan Pengenalan Malaysia memiliki pelbagai destinasi yang menarik. - telah dijadikan sebagai kawasan pelancongan - mampu menarik ramai pelancong ke negara kita - pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan untuk tujuan ini. Idea-idea utama Menyediakan pelbagai prasarana yang canggih dan lengkap. - memberi keselesaan kepada para pelancong - tidak serik untuk datang ke Malaysia pada masa-masa akan datang - memuji-muji negara kita dan menceritakan kepada orang lain Menawarkan sistem pengangkutan yang moden dan cepat. - tiba ke destinasi pelancongan tanpa mengambil masa yang lama - tambangnya pula dikawal oleh kerajaan supaya berpatutan - menimbulkan perasaan puas hati dalam kalangan pelancong 1
BAHASA MELAYU SPM 2013
Mengadakan promosi dalam dan di luar negara. - sentiasa berterusan melalui media massa - promosi yang diadakan merangkumi pelbagai pakej pelancongan yang menarik - memastikan pakej yang ditawarkan menepati cita rasa pelancong Menengahkan keistimewaan yang ada di negara kita. - pantai yang indah,tempat-tempat bersejarah dan kawasan tanah tinggi yang menarik - para pelncong mempunyai pelbagai pilihan - memperkenalkan tempat-tempat beli-belah bertaraf dunia Penutup Industri pelancongan mampu memberi pulangan yang lumayan - meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia - menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia - setanding dengan destinasi pelancongan di negara lain TAJUK 2 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA
2
BAHASA MELAYU SPM 2013
Tempat-tempat menarik di Malaysia. Pengenalan Malaysia memiliki banyak tempat yang menarik. - dijadikan destinasi pelancongan yang utama - mampu menarik ramai pelancong dalam mahupun luar negara - setaraf dengan destinasi pelancongan di dunia Isi-isi Penting Malaysia terkenal dengan gua-gua yang menarik. - sebagai contoh Gua Niah yang terdapat di Sarawak - menarik ramai pengunjung yang ingin melihat keindahannya - berjaya menarik ribuan pelancong dalam setahun Keindahan di negara kita memang tidak dapat dinafikan lagi. - memiliki pesisiran pantai dan laut yang menarik. - sesuai dijadikan tempat beristirehat dan berkelah - pantai Port Dickson,pantai Pulau Langkawi dan pelbagai lagi. Negara kita juga memiliki keunikan semulajadi. - Rantau Abang misalnya,menjadi tempat penyu mendarat. - bertelur di kawasan ini dan kemudiannya balik semula ke laut - menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat penyu-penyu ini secara lebih dekat. Melaka pula terkenal dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah. - banyak tinggalan penjajah terdapat di negeri ini. - antaranya Tugu A.Farmosa,Bangunan Stadhuy’s dan banyak lagi - memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman apabila berkunjung ke sini. Penutup Sudah terang lagi bersuluh,Malaysia sesuai untuk dikunjungi. - menawarkan pelbagai pilihan destinasi kepada para pelancong - memberi kepuasan kepada para pengunjungnya - setaraf dengan pusat pelancongan yang ada di dunia ini
3
BAHASA MELAYU SPM 2013
KATEGORI DIRI / INDIVIDU / REMAJA TAJUK 1 Peranan Generasi Cemerlang Kepada Negara Pengenalan Generasi muda merupakan tiang negara dan kesinambungan untuk memimpin negara pada masa akan datang. - mestilah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi,perilaku yang baik dan semangat juang yang kental - ciri-ciri ini amat penting supaya kesejahteraan negara tetap utuh di samping kemajuan yang berterusan - untuk memperoleh generasi yang sebegini bukanlah perkara yang mudah - pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan oleh kerajaan terutama dari sekolah rendah lagi IDEA-IDEA UTAMA Generasi yang cemerlang dapat meneruskan kemajuan negara dan merealisasikan Wawasan 2020. - memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang baik politik,ekonomi mahupun sosial. - kemajuan berjalan dengan lancar kerana negara memiliki tenaga pakar yang setanding dengan negara luar - berasa bangga apabila setiap kemajuan yang dicapai terlaksana oleh kepakaran rakyat negara kita sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada tenaga luar - satu persatu kemajuan dan kejayaan dapat dicipta di negara kita. Negara tidak bergantung kepada kepakaran dari luar. - tidak mengeluarkan kos yang tinggi kerana memiliki tenaga profesional tempatan - pelbagai projek dan pembangunan dapat dijalankan dengan segera - tiada masalah yang timbul berbanding penggunaan tenaga luar - sesuatu projek yang dirancang berjaya disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan Generasi yang cemerlang mampu mengurangkan masalah dalaman negara. - kesejahteraan negara terjamin dan masalah sosial dapat dikurangkan - generasi yang cemerlang tidak mudah terjebak dalam gejala sosial - lebih banyak menumpukan masa mereka terhadap kerjaya dan amanah yang dipikul - sesuai dengan kebolehan mereka kerana golongan ini memiliki ilmiah yang tinggi dan lepasan daripada pusat pengajian tinggi dalam mahupun luar negara 4
BAHASA MELAYU SPM 2013
Golongan ini turut berperanan sebagai role model kepada adik-adik mereka. - Datuk Dr.Sheikh Muzaffar sebagai contoh yang terbaik dalam bidang angkasa lepas yang dilahirkan di negara kita - menjadi idola dan ikutan kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah mahupun murid di sekolah rendah - lebih banyak generasi cemerlang yang wujud di negara kita,lebih banyak manfaatnya akan melimpah kepada negara - masyarakat juga akan berasa bangga manakala negara terus mencipta nama Menaikkan imej negara di mata luar dan negara kita akan sentiasa dihormati oleh negara lain. - sebagai bukti, golongan profesional negara yang sedang melakukan pemasangan paip yang menelan belanja berbilion ringgit di Arab Saudi. - golongan profesional dari negara kita juga kini sedang membangunkan Afrika Selatan dan beberapa buah negara yang lain - mendapat kepercayaan negara luar atas kemampuan generasi cemerlang dari negara kita - pengalaman generasi cemerlang negara ini sebenarnya mampu memanfaatkan negara sendiri mahupun negara luar yang memerlukan perkhidmatan mereka PENUTUP Sudah terang lagi bersuluh,generasi cemerlang memang amat diperlukan oleh negara. - usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang ini pula bukanlah jalan yang mudah - Kementerian Pelajaran Malaysia pula haruslah lebih peka dalam usaha melahirkan generasi ini agar tidak lupus ditelan zaman - Pengajaran dan pembelajaran yang ada di negara kita wajar sentiasa dikaji agar sinonim dengan era kemajuan yang melanda - Bak kata pepatah, ” Benih yang baik,jika dilontarkan ke laut pasti akan menjadi pulau ”.
5
BAHASA MELAYU SPM 2013
KATEGORI SERANTAU / GLOBAL / ANTARABANGSA TAJUK 1 Sumbangan Kaum Wanita Dalam Pembangunan Negara Pengenalan Wanita pada hari ini tempatnya bukan lagi diceruk dapur. - ramai wanita yang berkelulusan tinggi dan taraf mereka semakin hampir dengan kaum lelaki - terlibat dalam pelbagai bidang dan berjaya memecah monopoli lelaki - ada yang lebih berjaya dan mengukir nama di negara kita - sama-sama menyumbang tenaga dalam membangunkan negara Isi-isi Penting Sentuhan kaum wanita jelas terbukti dalam bidang pendidikan. - ramai yang menceburkan diri sebagai guru dan pensyarah di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi - statistik menunjukkan bahawa kaum Hawa ini telah menguasai bidang pendidikan sehingga mengalahkan kaum Adam - golongan ini memiliki daya kesabaran yang tinggi dan pada masa yang sama bersikap tegas dalam mendidik anak bangsa - ramai antara mereka yang kini menjawat jawatan yang tinggi dalam Kementerian Pelajaran seperti Datuk Norizan Bapoo. Kaum wanita pada hari ini juga banyak yang menceburkan diri dalam bidang beruniform seperti anggota tentera,polis,imigresen dan pelbagai lagi - mereka berani menghadapi cabaran dan begitu lasak seperti kaum lelaki - sanggup meredah hutan,lautan dan segala dugaan dalam menjalankan tugas demi negara - jiwa dan fizikal mereka kini tidak lagi boleh dipandang rendah - jelas terbukti apabila ketua pengarah trafik di negara kita kini disandang oleh seorang wanita Dalam bidang pentadbiran negara,ramai kaum wanita yang kini telah menjawat jawatan menteri. - Datuk Sahrizat Abdul Jalil contohnya yang memegang jawatan Menteri Perpaduan Dan Pembangunan Wanita di negara kita - hal ini membuktikan bahawa masyarakat kini telah mempercayai dan berasa yakin bahawa kaum wanita turut mampu memimpin masyarakat 6
BAHASA MELAYU SPM 2013
- pada masa yang sama ramai yang memegang jawatan tinggi di negara kita seperti Datuk Zetty Aziz Gabenor Bank Negara dan ramai lagi - jasa dan sumbangan golongan ini memang amat berkesan dalam pembangunan negara Dunia koperat negara kita juga berjaya melahirkan ramai tokoh perniagaan yang dikenali ramai - senario ini membuktikan bahawa mereka juga berjaya memecahkan dunia koperat yang dahulunya dimonopoli oleh kaum lelaki - sanggup bekerja siang dan malam dalam memajukan perniagaan masing-masing - ada yang bermula dari bawah dan bukan dilahirkan sebagai seorang ahli koperat - siapa yang tidak mengenali Datuk Maznah seorang wanita yang mempunyai syarikat keselamatan yang terkenal di negara kita Dalam membicarakan isu ini, kaum wanita di negara kita kini terserlah dalam pelbagai bidang. - kaum wanita ada di mana-mana seperti dalam sektor pertanian,perladangan dan perikanan - sektor perindustrian pula dimonopoli oleh golongan ini sejak dari dulu lagi - membuktikan bahawa sumbangan kaum wanita ini ada di mana-mana sahaja - menjana pendapatan yang lumayan kepada negara dan secara tidak langsung memartabatkan imej mereka di mata dunia Penutup Tuntasnya,sumbangan wanita terhadap pembangunan negara kini hampir setaraf dengan kaum lelaki. - ramai wanita telah menempa nama dalam pelbagai bidang di negara kita - berdedikasi,berkelulusan tinggi dan sesetengahnya lebih berjaya dan menonjol berbanding kaum lelaki - perlu diteruskan kerana sentuhan mereka telah memacu negara ke arah sebuah negara yang maju dan pesat membangun - tidak wajar diperlekeh dan diperkecil-kecilkan kemampuan mereka kerana kaum hawa ini lebih berdedikasi,bermotivsi,berkelulusan tinggi dan memiliki pemikiran kelas pertama
7
BAHASA MELAYU SPM 2013
TAJUK 2 Kepentingan Hutan Dalam Kehidupan Pengenalan Hutan merupakan khazanah semula jadi yang amat berharga kepada semua kehidupan di dalam dunia ini. - telah diwarisi sejak zaman nenek moyang hingga hari ini - perlu dipulihara dan dijaga dan bukannya diperkosa dengan sesuka hati - disemaikan kepada masyarakat supaya menyayangi hutan dalam sanubari mereka. - agar hutan di negara kita tidak pupus pada suatu hari nanti Isi-isi utama Hutan memainkan peranan penting kepada setiap kehidupan di muka bumi ini. - menjadi habitat flora dan fauna sejak zaman – berzaman. - tempat pembiakan dan supaya pelbagai spesis yang hidup ini tidak pupus - menjadi tatapan daripada generasi ke generasi yang lain - mendatangkan kerugian yang amat besar andainya nanti sesetengah daripada flora dan fauna yang dulunya menjadi kebanggan negara kini berada dalam lipatan sejarah Hutan menjadi kawasan tadahan hujan yang penting kepada setiap kehidupan termasuk manusia. - menyalurkan air yang bersih yang membentuk sungai - membebaskan gas oksigen untuk keselesaan pelbagai kehidupan - melakukan aktiviti harian dengan lancar tanpa sebarang masalah - dapat menjalani kehidupan dengan selesa tanpa sebarang masalah Khazanah ini juga merupakan sumber mentah bagi memenuhi keperluan manusia. - membekalkan kayu untuk pembuatan pelbagai jenis perabot - menghasilkan pelbagai jenis herba untuk ubat-ubatan tradisional - sumber utama untuk membuat kertas melalui pelbagai jenis kayu-kayan - sumber utama dalam perubatan tradisional dalam menghasilkan bahan-bahan perubatan Hutan menjadi tempat kawalan suhu bumi sekiranya cuaca terlalu panas. - menyerap kepanasan yang berlebihan akibat faktor cuaca - menjadi penghalang ribut taufan dengan menahan angin yang terlalu kencang - mengelakkan berlakunya hakisan tanah yang buruk 8
BAHASA MELAYU SPM 2013
- mendatangkan musibah kepada manusia seperti yang berlaku di negara-negara lain di dunia ini Kawasan hutan juga menjadi tarikan pelancongan dalam dan luar negeri. - mempunyai pelbagai jenis air terjun,jeram dan sungai yang cantik - memiliki pelbagi jenis flora seperi bungaan,cendawan,kayu- kayan - menawarkan kehidupan yang unik seperti harimau,rusa,burung dan pelbagai lagi - sesetengah daripada spesis flora dan fauna ini tidak terdapat di negara yang lain dan merupakan satu kebanggaan di negara kita Penutup Hutan perlu dipulihara daripada musnah akibat perbuatan manusia. - kegiatan pembalakan haram atau secara besar-besaran - kesan pembangunan yang tidak dirancang atau membuta tuli - hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap golongan yang memusnahkan khazanah negara ini - terus kekal untuk manfaat anak cucu kita pada masa depan
9