7.0
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal selidik dan ujian pasca . Saya juga telah menerangkan secara jelas tentang cara mengumpul data untuk setiap peringkat yang berbeza. Tujuan saya menggunakan kaedah pengumpulan data tersebut adalah untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah mencukupi supaya dapat memberi bukti dan sokongan yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.
7.1
Ujian Dalam kajian tindakan ini, saya telah melaksanakan dua jenis ujian iaitu ujian
pra dan ujian pasca. Setiap peserta diberi masa sebanyak 40 minit untuk menyiapkan kedua-dua ujian tersebut. Bentuk soalan ujian adalah melengkapkan jadual sifir 2- 5. Setiap jadual sifir mempunyai sepuluh soalan sahaja. Murid dikehendaki duduk secara berasingan bagi mengelakkan berlakunya kes peniruan jawapan rakan sebaya semasa ujian sedang dijalankan. Sebelum memulakan pengajaran, saya telah menjalankan ujian pra kepada empat orang peserta kajian bagi melihat sejauh mana murid memahami tentang konsep pendaraban sebelum saya memperkenalkan teknik ENIS. Tujuan saya melaksanakan ujian pra sebelum memulakan pengajaran adalah untuk mengenal pasti betapa seriusnya murid-murid mengalami masalah tentang penguasaan kemahiran sifir 2 hingga 5 supaya saya boleh merancang pengajaran dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pemikiran mereka. 37
Pada peringkat pelaksanaan tindakan terakhir, saya telah menggunakan kaedah ujian pasca untuk mengumpul maklumat yang lebih lanjut dan kukuh. Daripada ujian pasca yang telah saya laksanakan, jawapan murid dapat menunjukkan keupayaan mereka menguasai konsep pendaraban. Justeru, prestasi pencapaian murid dijadikan sebagai salah satu bahan bukti dan sokongan untuk mencapai objektif kajian tindakan ini. Contoh soalan ujian pra dan pasca ditunjukkan dalam Lampiran G.
7.2
Pemerhatian Pada peringkat 1, 2 dan 3, saya telah menggunakan borang pemerhatian dan
rakaman video untuk membuat pemerhatian. Setiap kali selepas sesi bimbingan dengan peserta, saya telah mencatatkan maklumat penting atau refleksi kendiri dalam borang pemerhatian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap perkembangan dan tingkah laku Janet, Zoey, Alex dan Brian. Borang pemerhatian juga terdapat catatan refleksi kendiri untuk mencatat kekuatan dan kelemahan murid semasa menguasai teknik ENIS. Pemerhatian ini juga mencatatkan tentang pendapat, perasaan dan pandangan saya terhadap sebelum dan selepas memperkenalkan teknik ENIS kepada empat orang peserta tersebut. Bagi peringkat 1, tujuan saya menggunakan borang pemerhatian ini adalah untuk mencatat keupayaan murid menguasai kemahiran sifir melalui penggunaan teknik ENIS. Dengan ini, saya dapat membuat permerhatian yang lebih mendalam mengenai perubahan yang berlaku pada peserta saya dan peristiwa yang telah berlaku di luar jangkaan saya. Manakala di peringkat 2, murid diberi peluang melukis konsep pendaraban di papan paparan selepas saya menunjukkan teknik melukis tersebut. Saya juga telah 38
membuat permerhatian ke atas keupayaan murid melukiskan konsep pendaraban di papan paparan. Tujuan saya pada peringkat kedua ini adalah untuk melihat kebolehan murid menguasai konsep iaitu boleh melukis dengan kemas untuk mewakili kumpulan dan setiap ahli bilangan dalam kumpulan di peringkat konkrit. Dalam proses pemerhatian, saya telah mencatatkan kesilapan yang dilakukan oleh murid untuk menunjukkan bahawa mereka masih belum menguasai teknik melukis yang telah diajar. Setelah murid dibimbing pada setiap sesi bimbingan, saya telah mencatatkan perkembangan dan tingkah laku murid terhadap cara belajar sifir melalui teknik melukis serta membuat refleksi kendiri untuk membuat penilaian terhadap kesesuaian teknik melukis digunakan dalam kajian ini. Pada peringkat 3, saya telah membuat pemerhatian ke atas keupayaan murid menulis ayat matematik di papan paparan. Setelah murid menguasai konsep pendaraban melalui peringkat konkrit dan perwakilan, saya juga membuat pemerhatian ke atas kebolehan murid menyatakan ayat matematik dan jawapan secara spontan, cepat serta betul. Segala perkembangan dan tingkah laku murid yang saya perhatikan telah dicatat di borang pemerhatian dengan jelas dan teliti. Tujuan saya menggunakan teknik permerhatian ini di peringkat Simbolik ini adalah untuk menilai kesesuaian penggunaan teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kemahiran sifir darab 2-5. Contoh borang pemerhatian saya adalah seperti di Rajah 8.
39
Rajah 8. Contoh borang pemerhatian.
7.3
Rakaman video Rakaman video juga digunakan di setiap peringkat untuk merakamkan
keadaan murid menggunakan Joyboard, situasi murid melukis konsep pendaraban di papan paparan dan aktiviti permainan Jom Darab. Tujuan saya menggunakan rakaman video ini adalah untuk memudahkan saya merujuk semula proses pengajaran yang telah dilaksanakan supaya dapat melihat kekuatan dan kelemahan serta perkembangan peserta dalam menyusun objek melalui penggunaan Joyboard, dan keupayaan murid melukis konsep pendaraban. Kelebihan rakaman video ini membantu saya menganalisis semula keadaan pembelajaran murid dan membimbing saya membuat refleksi terhadap amalan pengajaran secara berkesan.
40
7.4
Temu bual Dalam proses pelaksanaan peringkat 1 , saya telah menggunakan kaedah
temu bual untuk berkomunikasi dengan peserta secara berkumpulan. Tujuan saya menggunakan kaedah temu bual ini adalah untuk mendapatkan pendapat, pandangan, perasaan dan cadangan serta kefahaman peserta tentang kesesuaian penggunaan teknik ENIS dalam proses pembelajaran konsep pendaraban. Semasa sesi temu bual berlangsung, saya menggunakan rakaman video untuk merakamkan keseluruhan keadaan supaya saya boleh mendengar dan melihat semula serta menterjemahkan perbualan ke dalam bentuk transkrip. Contoh transkrip temu bual secara kumpulan antara pengkaji dengan peserta kajian adalah di Rajah 9.
Rajah 9. Transkrip temu bual secara berkumpulan. Temu bual juga dijalankan pada peringkat ini sebanyak tiga kali. Bentuk soalan temu bual adalah separa struktur. Saya juga mengemukakan soalan tambahan kepada peserta saya untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut dan memahami pemikiran peserta dengan baik. Jawapan yang diberikan oleh peserta telah membantu saya membuat penilaian terhadap keupayaan murid menggunakan bahan manipulatif untuk menguasai konsep pendaraban dengan berjaya atau tidak. 41
Selepas berbincang hasil kerja murid, saya menemu bual peserta secara berkumpulan. Tujuan saya menggunakan kaedah temu bual ini di peringkat 2 adalah untuk membantu saya meneroka pemikiran peserta melalui perbualan tentang pendapat dan perasaan mereka terhadap kaedah melukis konsep pendaraban bagi sifir 2 hingga 5. Melalui sesi temu bual dengan peserta, saya dapat menilai sejauh mana kesesuaian teknik ENIS ini digunakan untuk membantu murid menguasai pemahaman konsep pendaraban. Setiap sesi temu bual dengan peserta, saya telah berusaha membina hubungan yang mesra dan baik dengan peserta supaya dapat menggalakkan peserta berani meluahkan perasaan dan idea terhadap keseluruhan proses pembelajaran melalui teknik ENIS. Pada peringkat 4, murid telah menduduki satu ujian pasca di Bilik Pemulihan Khas. Selepas itu, saya pun menjalankan sesi temu bual dengan empat orang peserta. Saya telah mengemukakan lima soalan yang berbentuk separa struktur untuk mengetahui tentang pengetahuan, pemahaman, perasaan dan pendapat peserta kajian selepas menguasai konsep pendaraban melalui teknik ENIS. Semasa murid berkongsi pengalaman mereka, saya memberi perhatian yang sepenuhnya untuk mendengar dan cuba menggambarkan perasaan peserta serta benar-benar memahami perasaan dan fikiran peserta secara menyeluruh. Perbualan antara pengkaji dengan peserta kajian telah dirakam dan dicatat semula dalam bentuk transkrip supaya dapat membaca semula pandangan yang dikongsi oleh peserta kajian terhadap penggunaan teknik ENIS. Melalui transkrip yang ditunjukkan di Rajah 9, saya boleh mengkategorikan dan merumus isi-isi penting yang telah disampaikan oleh peserta dengan baik. Justeru itu, kaedah temu bual ini digunakan di setiap peringkat dapat membantu saya menganalisis persepsi
42
murid terhadap penggunaan teknik ENIS dengan baik. Jadual 3 menunjukkan rumusan tentang pelaksanaan temu bual pada peringkat 1, 2 dan 4. Jadual 3 Ringkasan Pelaksanaan Temu Bual Peringkat
P1
P2
P3
P4
Jumlah
Bilangan temu bual
3
3
-
3
9
Bilangan transkrip temu bual
3
3
-
3
9
7.5
Analisis dokumen Selain itu, analisis dokumen berbentuk lembaran kerja dan kuiz telah
digunakan di peringkat 2 ini. Saya juga telah menyediakan lembaran kerja kepada murid dengan mengikut perancangan jadual pelaksanaan tindakan. Daripada hasil latihan dan lembaran kerja, saya boleh mengumpul data tentang perkembangan murid menguasai konsep mendarab melalui kaedah melukis. Data tersebut juga merupakan data yang penting dan boleh dipercayai untuk membuktikan tahap perkembangan murid dalam proses pembelajaran sifir darab. Setiap kali selepas saya menyemak hasil kerja murid, saya mesti berbincang dengan peserta kajian tentang kesilapan yang dilakukan oleh mereka semasa menjawab soalan serta membimbing mereka membetulkan kesilapan tersebut secara beransur maju. Oleh itu, kelemahan dan kekuatan murid belajar sifir melalui teknik melukis dapat ditonjolkan secara jelas daripada jawapan pada lembaran kerja dan kuiz yang diberi. Contoh hasil lembaran kerja bertulis pertama, kedua dan ketiga ditunjukkan dalam Lampiran H.
43
Apabila murid menguasai cara menulis ayat Matematik di peringkat ke-3, saya telah memberi latihan intensif kepada murid untuk mengukuhkan kemahiran mengira. Selepas menyemak hasil latihan murid, saya mengumpul data dengan menganalisis lembaran kerja murid dari segi kekuatan dan kelemahan murid menjawab soalan. Kemudiannya, saya juga membuat perbandingan antara latihan yang lepas dengan latihan yang kini bagi keempat-empat orang peserta kajian. Sehubungan itu, ia dapat menunjukkan sejauh mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap konsep dan kemahiran bagi sifir 2 hingga 5 melalui teknik ENIS. Contoh lembaran kerja pertama dan kedua tentang menulis ayat matematik berpandukan gambar rajah bagi empat orang peserta seperti ditunjukkan dalam Lampiran I.
7.6
Soal Selidik Pada peringkat 4 ini, soal selidik telah digunakan untuk melihat persepsi
murid terhadap penggunaan teknik ENIS dalam penguasaan kemahiran bagi sifir darab 2 hingga 5. Terdapat jumlah sepuluh soalan disediakan dalam borang soal selidik. Item yang dibina dalam bentuk ayat pendek dan mudah difahami oleh peserta Tahun 3 supaya mereka dapat memberi gerak balas yang cepat dan tepat. Kandungan soal selidik yang digunakan adalah berkaitan dengan pengetahuan, minat, perasaan dan pemahaman terhadap pengunaan teknik ENIS. Maka, soalan-soalan disusun mengikut urutan yang bersesuaian dari peringkat awal sehingga ke peringkat akhir supaya dapat memandu peserta menjawab item-item soalan selidik secara berperingkat. Gerak balas dan maklumat yang diberi dalam soal selidik dapat menonjolkan pendapat dan pandangan peserta terhadap teknik baru yang diperkenalkan untuk mempelajari konsep pendaraban. Contoh soal selidik adalah 44
seperti dalam Lampiran J. Dengan itu, peserta hanya perlu memberi jawapan yang ringkas iaitu memilih “Ya” atau “Tidak”. Secara keseluruhannya, kaedah pengumpulan data yang telah saya gunakan pada setiap peringkat adalah untuk kegunaan menjawab soalan-soalan kajian ini. Saya juga telah meringkaskan jenis-jenis data yang telah dikumpulkan dalam bentuk jadual untuk memudahkan pembaca memahami secara jelas dan berperingkat. Ringkasan bagi jenis-jenis data dikumpulkan untuk menjawab soalan kajian ada di dalam Lampiran K.
45