TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN • Markah penuh 30 dibahagikan kepada: Isi 20 markah Bahasa 10 markah Panduan mengira perkataan • Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: nama khas (Kota Bharu) perkataan berulang/kata ganda (cara-cara) penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas) tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran (Yang Amat Berhormat) • Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan diperiksa. Dibolehkan lebih 5 pp untuk menyempurnakan frasa/ayat. • Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah. 1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan… 2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan… 3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan Contoh sinonim: • kesan/akibat/implikasi/impak • langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi • masalah/halangan/kekangan • faedah/kepentingan/manfaat/kebaikan/keistimewaan • Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab • Tujuan/matlamat/objektif • Ciri-ciri/kriteria/elemen
SOALAN SPM 2010 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Subjek Sinonim Keterangan Sasaran/Impak Lokasi
: : : : :
Petikan membincangkan kelebihan/keistimewaan/manfaat makan coklat terhadap manusia/dalam kehidupan manusia (jika bersesuaian)
Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan kelebihan makan coklat dalam kehidupan manusia
Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh semua orang. Hal ini menyebabkan industri berasaskan koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara. Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat dan vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut. Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau
bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut. Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti. Isi Tersurat: S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8
pengambilan coklat dapat melegakan otot coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk
Isi Tersirat: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8
membuka lebih banyak ladang koko/menggalakkan penanaman koko mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat mempelbagaikan produk berasaskan coklat menjadikan produk coklat hasil eksport negara mewujudkan Jabatan/Kementerian khusus mempromosikan kempen kebaikan coklat penggunaan teknologi moden dalam industri coklat
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) Kesimpulan: Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai promosi agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.
CONTOH RUMUSAN LENGKAP: Petikan membincangkan kelebihan makan coklat dalam kehidupan manusia. Antara kebaikan makan coklat ialah pengambilan coklat dapat melegakan otot. Coklat juga dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang. Seterusnya,pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks .Tambahan pula, coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Lagipun, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok. Cara-cara memajukan industri coklat ialah kerajaan memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat. Selain itu, pengeluar mempelbagaikan produk berasaskan coklat. Pihak media massa juga berperanan mempromosikan kempen kebaikan makan coklat dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai promosi agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang. (119 patah perkataan)