http://mhdazlan.wordpress.com
Modul Pembelajaran Kendiri – Huraian Teknik Menjawab Tajuk Kelab dan Persatuan. Soalan Percubaan SPM 2011 – Negeri Johor (Hakcipta soalan – JPN Johor). 3. Butir-butir berikut adalah berhubung dengan Kelab Rekreasi Banang, Batu Pahat: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Yuran tertunggak Yuran terdahulu Akhbar dan majalah terakru Stok Alat tulis
1 Januari 2010 RM 1300 225 170 110 140 80 50 -
31 Disember 2010 RM ? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120 Yuran masuk 230 Belian minuman 660 Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670 Derma 12 000 Air dan elektrik 790 Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000 Jualan minuman 1 100 Insurans 250 Akhbar dan majalah 130 Alat tulis 90 Baki h/b 15 600 20 310 (c) Maklumat Tambahan: i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos. ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis. iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010. (b) Akaun Yuran. (c) Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang (d) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disemberi 2010 (e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010. (f) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010. (g) Apakah perbezaan antara belanja hasil dan belanja modal?
20 310
http://mhdazlan.wordpress.com
Jawapan: (a) Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010.
Untuk kelab dan persatuan, ekuiti pemilik dikenali sebagai dana terkumpul. Jadi untuk soalan (a), sebenarnya pelajar perlu mengira ekuiti pemilik (dana terkumpul) pada awal tempoh perakaunan iaitu pada 1 Januari 2010. Rumus untuk mengira Ekuiti Pemilik ialah: Ekuiti Pemilik = Aset – Liabiliti Pelajar perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk mengira dana terkumpul awal. Maklumat tersebut ialah item aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010. Rujuk kepada petikan soalan, bahagian yang perlu telah diwarnakan kuning seperti di bawah. Pelajar perlu mahir mengkelaskan item-item aset dan liabiliti dengan tepat. Petikan soalan: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan - aset Stok minuman -aset Pemiutang minuman - liabiliti Penghutang minuman - aset Yuran tertunggak - aset Yuran terdahulu - liabiliti Akhbar dan majalah terakru - liabiliti Stok Alat tulis
1 Januari 2010 RM
31 Disember 2010 RM
1300 225 170 110 140 80 50 -
? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM 1 120 Baki b/b – aset (baki awal bank) 560 Pemiutang minuman Yuran masuk 230 Belian minuman 660
Pelajar perlu menyusun jawapan seperti di bawah, iaitu menyusun item-item aset terlebih dahulu untuk ditolak dengan item-item liabiliti pada 1 Januari 2010 (rujuk rumus di atas). Nota: Walaupun soalan mungkin tidak meminta jawapan Dana Terkumpul Awal, pelajar tetap perlu mengira Dana Terkumpul Awal untuk dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira.
http://mhdazlan.wordpress.com
RM
Penyata Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010 Aset Alatan Sukan Stok Minuman Penghutang Minuman Yuran Tertunggak Bank
RM
1300 225 110 140 560 2 335
Tolak : Liabiliti Pemiutang Minuman Yuran Terdahulu Akhbar dan majalah terakru
170 80 50 300 2 035
Dana Terkumpul pada 1 Januari 2010
(b) Akaun Yuran.
Penyediaan Akaun Yuran adalah kemahiran yang mesti dikuasai oleh pelajar. Tujuan penyediaan Akaun Yuran adalah untuk mengira yuran sebenar yang akan dipindahkan ke Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Akaun Yuran adalah akaun yang merekod yuran ahli. Butiran yang terkandung dalam Akaun Yuran ialah baki-baki yuran tertunggak dan yuran terdahulu, yuran diterima tahun semasa dan yuran lapuk. Yuran sebenar (butiran Pendapatan dan Perbelanjaan) adalah angka pengimbang seperti format Akaun Yuran di bawah: Format Akaun Yuran: A
+
Yuran tertunggak awal
Baki b/b
Yuran sebenar ke P&P (*angka pengimbang)
Pend & Perb
Yuran terdahulu akhir
Baki h/b
B
=
L
+
Akaun Yuran xx Baki b/b xx*
xx xxx
E
+ H
xx
Yuran terdahulu awal
Bank
xx
Yuran diterima (dari Penerimaan & Pembayaran)
Yuran Lapuk
xx
Baki h/b
xx xxx
Yuran tertunggak akhir
Memahami butiran Akaun Yuran. 1. Yuran tertunggak adalah aset. Jadi baki yuran tertunggak awal (Baki b/b) dimasukkan ke Akaun Yuran disebelah debit (rujuk persamaan perakaunan yang disertakan). Cara mudah untuk memasukkan baki yuran tertunggak akhir (Baki h/b) ialah dengan menyilangkan ke sebelah kredit (lihat anak panah oren). 2. Yuran terdahulu adalah liabiliti. Jadi baki yuran terdahulu awal (Baki b/b) dimasukkan ke Akaun Yuran disebelah kredit (rujuk persamaan perakaunan yang disertakan). Cara mudah untuk memasukkan baki yuran terdahulu akhir (Baki h/b) ialah dengan menyilangkan ke sebelah debit (lihat anak panah hijau). 3. Butiran Bank adalah hasil. Jadi, ia dimasukkan ke sebelah kredit Akaun Yuran.
http://mhdazlan.wordpress.com
4. Butiran Yuran Lapuk adalah bergu daripada Akaun Yuran Lapuk (Dt. Yuran Lapuk, Kt. Yuran) 5. Butiran Pendapatan & Perbelanjaan adalah angka pengimbang. Angka ini diperolehi dengan menjumlahkan butiran kredit dan ditolak dengan butiran debit dalam Akaun Yuran. Jadi sekarang pelajar perlu mengenalpasti butiran yang diperlukan untuk menyediakan Akaun Yuran. Rujuk petikan soalan di bawah, butiran itu telah diwarnakan hijau: Petikan soalan: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Yuran tertunggak Yuran terdahulu Akhbar dan majalah terakru Stok Alat tulis
1 Januari 2010 RM 1300 225 170 110 140 80 50 -
31 Disember 2010 RM ? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120 Yuran masuk 230 Belian minuman 660 Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670 Derma 12 000 Air dan elektrik 790
Jawapan Akaun Yuran adalah seperti berikut: Akaun Yuran 140 Baki b/b
Rujuk baki Yuran tertunggak 1 Jan 2010
Baki b/b
Yuran sebenar ke P&P (*angka pengimbang RM80+RM5440+RM60RM140-RM120)
Pendapatan & Perbelanjaan*
5320
Bank
Baki h/b
120
Baki h/b
Rujuk baki Yuran terdahulu 31 Dis 2010
5880
80
5440
60
rujuk baki Yuran terdahulu 1 Jan 2010 rujuk butiran Yuran ahli dari Akaun Penerimaan & Pembayaran.
rujuk baki Yuran tertunggak 31 Dis 2010
5580
*Amaun yuran RM5320 akan dipindahkan ke Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan sebagai butiran pendapatan, bukannya Yuran ahli RM5440.
http://mhdazlan.wordpress.com
(c) Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang
Akaun Kawalan Penghutang disediakan untuk mengira jualan kredit. Pelajar perlu memasukkan baki awal dan baki akhir Akaun Kawalan Penghutang beserta butiran lain yang memberi kesan kepada Penghutang. Berikut dihuraikan serba sedikit tentang penyediaan Akaun Kawalan Penghutang. Format Akaun Kawalan Penghutang: A Baki awal penghutang
Baki b/b
Jualan kredit (*angka pengimbang)
Jualan*
+
B
=
L
+
E
Akaun Kawalan Penghutang xx Butiran lain yang mengurangkan xx penghutang
Butiran lain yang menambahkan penghutang
+ H
xx
xx Baki h/b
xx
xxx
Baki akhir penghutang
xxx
Setelah mendapatkan jualan kredit, pelajar perlu mengira jumlah jualan seperti di bawah: Jumlah jualan = Jualan Kredit + Jualan Tunai (dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran)
Akaun Kawalan Pemiutang disediakan untuk mengira belian kredit. Pelajar perlu memasukkan baki awal dan baki akhir Akaun Kawalan Pemiutang beserta butiran lain yang memberi kesan kepada Pemiutang. Berikut dihuraikan serba sedikit tentang penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang. Format Akaun Kawalan Pemiutang: A
+
B
=
L
+
E
Akaun Kawalan Pemiutang Butiran lain yang xx Baki b/b mengurangkan pemiutang Belian*
Baki akhir pemiutang
Baki h/b
xx xxx
Butiran lain yang menambahkan pemiutang
+ H
xx
Baki awal pemiutang
xx
Belian kredit (*angka pengimbang)
xx xxx
Setelah mendapatkan belian kredit, pelajar perlu mengira jumlah belian seperti di bawah: Jumlah belian = Belian Kredit + Belian Tunai (dari Akaun Penerimaan dan Pembayaran)
http://mhdazlan.wordpress.com
Untuk menyediakan Akaun kawalan, pelajar perlu mengetahui sumber maklumat yang diperlukan di dalam soalan. Rujuk petikan soalan di bawah, butiran yang diperlukan telah diwarnakan. Petikan soalan: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Yuran tertunggak Yuran terdahulu Akhbar dan majalah terakru Stok Alat tulis
1 Januari 2010 RM 1300 225 170 110 140 80 50 -
31 Disember 2010 RM ? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120 Yuran masuk 230 Belian minuman 660 Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670 Derma 12 000 Air dan elektrik 790 Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000 Jualan minuman 1 100 Insurans 250
*Butiran Akaun Kawalan Penghutang berwarna biru dan Akaun Kawalan Pemiutang berwarna ungu. Akaun Kawalan Penghutang Rujuk baki Penghutang Baki b/b 110 Bank
980
rujuk butiran Penghutang minuman di dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran
170
rujuk baki Penghutang minuman pada 31 Dis 2010
Minuman pada 1 Jan 2010 Jualan kredit (*angka pengimbang RM980+RM170-RM110)
Jualan*
1040 Baki h/b 1150
Rujuk butiran Pemiutang Minuman di dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran
Bank
Rujuk baki Pemiutang minuman pada 31 Dis 2010
Baki h/b
1150
Akaun Kawalan Pemiutang 1120 Baki b/b
Belian*
170
rujuk baki Pemiutang minuman 1 Jan 2010
1080
Belian kredit (*angka pengimbang RM1120+RM130-RM170)
130 1250
1250
http://mhdazlan.wordpress.com
(d) Akaun Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
Bagi kelab yang menjalankan perniagaan, pelajar perlu menyediakan Akaun/Penyata Perdagangan untuk mengira untung atau rugi perniagaan tersebut. Contoh-contoh biasa istilah perniagaan yang disoal dalam tajuk Kelab & Persatuan antaranya ialah Perdagangan Minuman, Perdagangan Restoran dan Perdagangan Kantin. Butiran yang perlu dimasukkan ke dalam Akaun Perdagangan ini hanyalah yang berkaitan dengan perniagaan itu sahaja. Selain daripada jualan dan belian, cara untuk mengenalpasti item lain Akaun Perdagangan ini ialah melalui penggunaan perkataan yang sama dengan Akaun Perdagangan itu, contohnya jika Akaun Perdagangan Kantin, butiran yang berkenaan mungkin Upah kantin dan Air dan elektrik kantin (perhatikan penggunaan perkataan kantin). Sebelum itu, pelajar perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk menyediakan Akaun Perdagangan Minuman ini. Rujuk petikan soalan di bawah: Petikan soalan: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Yuran tertunggak Yuran terdahulu Akhbar dan majalah terakru Stok Alat tulis
1 Januari 2010 RM 1300 225 170 110 140 80 50 -
31 Disember 2010 RM ? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120 Yuran masuk 230 Belian minuman 660 Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670 Derma 12 000 Air dan elektrik 790 Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000 Jualan minuman 1 100 Insurans 250 Akhbar dan majalah 130
Butiran yang diperlukan telah diwarnakan kuning.
http://mhdazlan.wordpress.com
Format Akaun/Penyata Perdagangan ini adalah sama dengan format yang telah dipelajari untuk milikan tunggal. Jawapan untuk soalan ini sengaja ditunjukkan dalam format penyata. Jualan ini diperoleh dengan menambahkan jualan kredit Akaun Kawalan Penghutang RM1040 dan jualan minuman tunai RM1100
Penyata Perdagangan Minuman bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM RM Jualan 2140
Belian ini diperoleh dengan menambahkan belian kredit Akaun Kawalan Pemiutang RM1080 dan belian minuman tunai RM660
Tolak: Kos Jualan Stok awal minuman
Rugi minuman diperoleh kerana Jualan adalah kurang daripada Kos Jualan RM2140 – RM2465 = – RM325
225
Belian (+) Upah kedai minuman
1740 670 2410 2635 (170)
(-) Stok akhir minuman Kos jualan Rugi Minuman
2465 325
Cabang perniagaan kelab ini akan turut menyumbang kepada pendapatan keseluruhan kelab. Oleh itu, keuntungan atau kerugian bersih daripada komponen perniagaan ini akan dicatat di dalam Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan Kelab. Sekiranya Akaun / Penyata Perdagangan perniagaan mencatatkan keuntungan, untung ini akan dipindahkan ke bahagian pendapatan di dalam Akaun Pendapatan & Perbelanjaan. Sekiranya Akaun / Penyata Perdagangan perniagaan mencatatkan kerugian, rugi ini akan dipindahkan ke bahagian perbelanjaan di dalam Akaun Pendapatan & Perbelanjaan. Jadi untuk soalan ini, Rugi Minuman RM325 akan dicatatkan di bahagian perbelanjaan di dalam Akaun / Penyata Pendapatan & Perbelanjaan kelab.
(e) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.
Terlebih dahulu, kita lihat format Penyata Pendapatan & Perbelanjaan: Penyata Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir ... Pendapatan Senaraikan pendapatan hasil di sini, contohnya: Yuran xx Kutipan pertandingan xx xx Tolak: Perbelanjaan Senaraikan perbelanjaan hasil di sini, contohnya: Air dan elektrik Akhbar dan majalah Lebihan / Kurangan
xx xx (xx) xx
http://mhdazlan.wordpress.com
Bagi menjawab pecahan soalan ini, pelajar perlu mahir membuat pelarasan. Terlebih dahulu, pelajar perlu mengenalpasti item yang perlu dibuat pelarasan selain daripada pelarasan yang disebut di dalam maklumat tambahan. Salah satu cara mengenalpasti item pelarasan ialah butiran itu disebut lebih daripada sekali di dalam soalan. Tak faham? Rujuk petikan soalan di bawah: Petikan soalan: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan Stok minuman Pemiutang minuman Penghutang minuman Yuran tertunggak Yuran terdahulu Akhbar dan majalah terakru Stok Alat tulis
1 Januari 2010 RM 1300 225 170 110 140 80 50 -
31 Disember 2010 RM ? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120 Yuran masuk 230 Belian minuman 660 Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670 Derma 12 000 Air dan elektrik 790 Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000 Jualan minuman 1 100 Insurans 250 Akhbar dan majalah 130 Alat tulis 90 Baki h/b 15 600 20 310
20 310
(c) Maklumat Tambahan: i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos. ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis. iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil
Perhatikan butiran yang telah diwarnakan di atas mengikut pasangan warna yang sama. itulah yang dimaksudkan butiran disebut lebih daripada sekali dalam soalan. Jadi butiran-butiran ini perlu dibuat pelarasan oleh pelajar.
http://mhdazlan.wordpress.com
Huraian Pelarasan: 1. Susut nilai alatan sukan. SN = 10% x (RM1300 + RM1000) = RM230 (direkod sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan) Huraian: Baki awal alatan sukan pada 1 Januari 2010 RM1300 mesti ditambah dengan belian alatan sukan RM1000 untuk mendapatkan kos alatan sukan sebelum didarabkan dengan kadar susut nilai yang dinyatakan. Biasanya untuk tajuk Kelab dan Persatuan, tarikh belian aset bukan semasa tidak begitu dititikberatkan dalam mengira susut nilai. Baki awal aset boleh sahaja terus ditambah dengan kos belian aset baru dalam mengira susut nilai (dengan andaian tarikh belian aset baru itu tidak dinyatakan). Nilai alatan sukan pada 31 Disember 2010 = RM2300 – RM230 = RM2070 (direkod sebagai Aset bukan semasa di dalam Kunci Kira-kira) 2. Akhbar dan Majalah. Pada 1 Januari 2010, terdapat baki akhbar dan majalah terakru sebanyak RM50. Pelajar perlu faham, mengikut asas akruan, belanja ini adalah belanja tahun 2009 yang telah diambil kira dalam penyediaan penyata kewangan 2009. Jadi, baki ini perlu ditolak daripada pembayaran akhbar dan majalah tahun semasa. Akhbar dan majalah = RM130 – RM50 = RM80 3. Alat tulis Merujuk kepada Akaun Penerimaan & Pembayaran, terdapat belian alat tulis bernilai RM90. Pada 31 Disember 2010, terdapat stok alat tulis bernilai RM30. Ini bermaksud, alat tulis bernilai RM30 belum habis digunakan. Jadi pelajar perlu mengira belanja alat tulis yang telah digunakan untuk direkodkan sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan. Belanja alat tulis = RM90 – RM30 = RM60
Huraian maklumat tambahan: 1. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis. Derma ini mempunyai tujuan khas, jadi penerimaan derma ini dikelaskan sebagai pendapatan modal dan tidak direkod di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan, tetapi akan direkodkan di dalam Kunci Kira-kira di bahagian dana terkumpul. 2. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil. Ini bermaksud, yuran masuk akan direkodkan sebagai pendapatan di dalam Penyata Pendapatan & Perbelanjaan.
http://mhdazlan.wordpress.com
Jawapan Penyata Pendapatan & Perbelanjaan adalah seperti berikut: Yuran RM5320 daripada butiran Pendapatan & Perbelanjaan dalam Akaun Yuran
Rujuk huraian maklumat tambahan no. 2
Penyata Pendapatan & Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 Pendapatan
Yuran
5320
Yuran masuk
230* 5550
Butiran-butiran ini adalah daripada sebelah kredit Akaun Penerimaan & Pembayaran. Pelajar perlu memasukkan butiran Perbelanjaan hasil. Butiran yang terlibat dengan pelarasan perlu diambil angka pelarasan.
Tolak: Perbelanjaan
Rujuk huraian pelarasan no. 1
Air dan elektrik
790
Insurans
250
Akhbar dan majalah
80*
Alat tulis
60*
Susut nilai alatan sukan
230*
Rugi minuman
325
Daripada Penyata Perdagangan Minuman
(1735) Lebihan
* Rujuk huraian pelarasan.
3815
http://mhdazlan.wordpress.com
(f) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010.
Perlu diingat bahawa Kunci Kira-kira adalah penyata yang mengandungi butiran aset, liabiliti dan dana terkumpul (ekuiti pemilik). Pelajar perlu mengenalpasti kesemua butiran yang diperlukan pada tarikh Kunci Kira-kira, jadi untuk soalan ini pada tarikh 31 Disember 2010. Rujuk petikan soalan, butiran yang diperlukan telah diwarnakan ungu. Petikan soalan: (a) Aset dan liabiliti pada 1 Januari 2010:
Alatan Sukan - aset Stok minuman -aset Pemiutang minuman - liabiliti Penghutang minuman - aset Yuran tertunggak - aset Yuran terdahulu - liabiliti Akhbar dan majalah terakru - liabiliti Stok Alat tulis - aset
1 Januari 2010 RM
31 Disember 2010 RM
1300 225 170 110 140 80 50 -
? 170 130 170 60 120 30
(b) Berikut adalah maklumat kewangan kelab: Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 RM RM Baki b/b 560 Pemiutang minuman 1 120 Yuran masuk 230 Belian minuman 660 Yuran ahli 5 440 Upah kedai minuman 670 Derma 12 000 Air dan elektrik 790 Penghutang minuman 980 Alatan Sukan 1 000 Jualan minuman 1 100 Insurans 250 Akhbar dan majalah 130 Alat tulis 90 Baki h/b – aset 15 600 (baki akhir bank)
20 310 (c) Maklumat Tambahan: i. Semua alatan sukan disusutnilai pada kadar 10% setahun atas kos. ii. Derma yang diterima adalah untuk membina gelanggang tenis. iii. Yuran masuk hendaklah dianggap sebagai penerimaan hasil
20 310
http://mhdazlan.wordpress.com
Jawapan Kunci Kira-kira adalah seperti berikut: Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010 RM
RM
RM
Aset Bukan Semasa Alatan sukan
Rujuk huraian pelarasan No. 1
2070
Aset Semasa Stok minuman
170
Bank
15600
Yuran tertunggak
Daripada senarai aset dan liabiliti pada 31 Disember 2010 (rujuk soalan pecahan a). Baki bank ialah daripada Akaun Penerimaan dan Pembayaran.
60
Penghutang
170
Stok alat tulis
30 16030
Tolak: Liabiliti Semasa Yuran terdahulu
120
Pemiutang
130 250
Modal Kerja
15780 17850
Daripada jawapan (a) Penyata Dana Terkumpul 1 Januari 2010
Dana Terkumpul Daripada jawapan (e) Penyata Pendapatan & Perbelanjaan
Rujuk huraian maklumat tambahan no. 1
Dana terkumpul awal
2035
(+) Lebihan
3815
(+) Derma
12000
Dana terkumpul akhir
17850
Selamat mengulangkaji © Hakcipta 2012 Blog Cikgu Azlan