METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUALITATIF JABATAN PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SRI LAYANG, GENTING HIGHLANDS
Metodologi Kajian Tindakan Pendekatan kajian (Definisi)
Instrumen Kaedah mengumpul data Analisis data
Pendekatan Kajian 1. Kuantitatif Objektif Kajian Persoalan Kajian
2. Kualitatif • Pilih pendekatan mengikut keperluan kajian • Pengkaji hendaklah mempunyai kemahiran penyelidikan untuk membuat kajian • Pengkaji boleh menggunakan lebih dari satu teknik pengumpulan data dari kedua-dua pendekatan
Pendekatan Kualitatif Penyelidikan yang datanya adalah bersifat subjektif yang diperoleh melalui percakapan, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan dengan fenomena yang dikaji.
Instrumen Kajian
Alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul data.
Contoh alat kajian kualitatif
1
Pemerhatian
2 Temu bual 3
Analisis dokumen
Teknik Mengumpul Data Pemerhatian Proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal seperti tingkahlaku, cara melaksanakan sesuatu, keadaan persekitaran dan sebagainya Dijalankan secara sistematik (ada tujuan, mengikut masa yang ditentukan, mengikut peraturan dsb) Boleh mencatat nota (nota lapangan) dan membuat rakaman (video) terhadap pemerhatian yang dijalankan
Boleh dilakukan melalui dua cara: 1. Pemerhatian Berstruktur
Aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu
Penyelidik memerhati,mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti
Penyediaan senarai semak amat membantu
1. Pemerhatian Berstruktur Contoh : Memerhati tingkah laku murid yang menumpukan atau tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Jadual pemerhatian digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yahg dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan. •Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi •Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas •Berangan-angan •Berjalan dari satu tempat ke tempat lain •Membuat kerja lain •Menganggu murid lain secara fizikal •Mencuba untuk menarik perhatian •Mengasah pensel •Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)
2. Pemerhatian Tidak Berstruktur
Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti yang telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan fokus pemerhatian. Perlu juga tentukan tingkahlaku responden yang ada kaitan dengan perkara yang dikaji.
Temu Bual dan Protokol Temu Bual Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (face-to face) atau melalui percakapan telefon antara penyelidik dengan orang yang ditemu bual (responden). Protokol temu bual adalah senarai yang mengandungi soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temu bual yang dijalankan.
Teknik temu bual berstruktur – Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal Setiap subjek hendaklah diberi soalan yang sama Contoh : • Sudah berapa lama tuan menjadi Guru Besar/Penolong Kanan? • Berapa bilangan muri-murid di sekolah ini?
Teknik temu bual separa berstruktur – Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkan jawapan responden. Contoh : Penyelidik :Bagaimana tanggapan guru-guru sekolah ini terhadap tuan sejak menjadi Guru Besar / Penolong Kanan di sekolah ini? Responden:Baik Penyelidik :Boleh tuan jelaskan maksud baik?
Teknik temu bual tidak berstruktur (Temu bual terbuka) Temu bual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan terlebih dahulu, temu bual ini selalunya secara spontan. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden. Contoh : Peperiksaan UPSR dan PMR,akan dimansuhkan apa pandangan tuan tentang cadangan tersebut?
Analisis Dokumen Proses mengumpul data kajian melalui penyelidikan, penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji Dokumen adalah sumber data yang paling mudah, murah dan cepat untuk diperoleh kerana ia telah ada Contoh dokumen adalah diari, jurnal, sukatan pelajaran, Buku Rancangan Mengajar Harian, kertas peperiksaan, ujian bulanan, buku kedatangan, gambar, carta dan sebagainya Penyelidik hanya perlu menyaring maklumat yang perlu diperoleh. Jika perlu minta kebenaran untuk membuat salinan bagi memudahkan kerja
ANALISIS DOKUMEN Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji juga merupakan sumber paling mudah kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh jenis dokumen yang boleh digunakan dalam kajian tindakan termasuklah : •Sukatan pelajaran •Minit mesyuarat panitia •Kertas peperiksaan dan ujian •Tugasan dan latihan murid •Bahagian yang berkaitan dalam buku teks •Keputusan peperiksaan bulanan, semester dan peperiksaan awam
Analisis Data
Pemerhatian berdasarkan sembilan (9) aktiviti direkodkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual yang ditunjukkan pemerhatian terhadap murid dilakukan sebanyak 10 kali untuk melihat apakah aktiviti yang dilakukan. (Sebagai contoh murid ‘Q’ didapati telah menjalankan paling banyak aktiviti 80%) dan aktiviti-aktiviti ini merangkumi i. pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas. ii. Berangan-angan. iii. Berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat lain. Jadual Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah Murid
P Q R S T
Pemerhatian (skan) 1
2
3 2 6
4 2 7 5 1
1
3
4
5
6
7
8
4
8 2 7
3
3 5 1
8
3 6
6 5
5
9
10
3
2
5 8
1
% 40 80 50 50 60
Pemerhatian : Penggunaan nota lapangan (field notes) Contoh : Jadual pemerhatian berdasarkan kronologi peristiwa guru lewat masuk ke kelas penggunaan nota lapangan Peristiwa (Event) Jam menunjukkan pukul 7.35 pagi, murid-murid kelas 3A masih beratur di luar kelas kerana guru masa pertama masih belum datang. 10 minit kemudian guru A datang dengan tergesa-gesa dan menyuruh muridmurid masuk ke kelas. Sambil berdiri murid-murid member i salam kepada guru A. Guru A menjawab salam dan menyuruh murid-murid duduk. Begitu juga dengan guru A juga duduk. Guru A menyuruh murid-murid membuka buku teks sambil bertanya kepada murid-murid pelajaran yang lepas. Guru A masih lagi duduk sambil membelekbelek buku teks di tangannya. Guru A sekali lagi bertanya kepada murid-murid tentang pelajaran lepas. Muridmurid berbisik sesama sendiri. Seorang murid angkat tangan dan memberitahu guru tidak masuk kelas minggu lepas. Jam telah menunjukkan jam 7.55 pagi, guru A menyuruh murid-murid membuka halaman 15 dan membuat latihan yng terdapat dalam buku teks berkenaan. Ada murid yang mengeluarkan buku nota dan ada yang tidak berbuat apa-apa. Guru A masih lagi duduk di kerusinya. Loceng sekolah berbunyi jam 8.05 pagi, guru A bangun dari kerusi sambil mengemas bukunya kemudian menyuruh murid-murid terus membuat latihan dan guru A berjalan keluar meninggalkan kelas 3A.
Catatan Guru lewat masuk kelas
Berfikir dan mengingat semula Termenung
Koding Temu Bual Jadual 1 : Faktor-faktor Murid-murid Tahun 5 C Ponteng Kelas Respond Murid
Kod
Soalan : Apakah yang menyebabkan kamu tidak masuk kelas Guru X setiap kali masa pengajarannya? Murid 1
Boringlah cikgu setiap kali masa cikgu x dia suka membebel. Bukannya sekejap lama pula tu. Yang silap seorang saja, tetapi yang kena marah satu kelas Cikgu tak mengajar bukannya menarik, mata saya mengantuk, itu yang saya keluar dari kelas.
1 1 1
Murid 2
Saya tak fahamlah cikgu x mengajar. Dia seorang sahaja yang bercakap, lepas itu dia tanya. Saya tak minat sebab itu saya keluar kelas cikgu x
3 3
Murid 3
Saya tak faham cikgu x mengajar sebab kelas selalu bising dan cikgu x diamkan saja
3 2
Penentuan Kod 1. Faktor Guru Guru suka membebel Guru selalu marah Pengajaran tidak menarik 2. Suasana Kelas Kelas bising 3. Faktor Murid Tidak faham Tidak berminat
Contoh Proses Analisis: Analisis Dokumen Kehadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari – Mac 2010 Bil
Ketidakhadiran Dalam Bulan Januari – Mac 2010
Nama
1
A
15
2
B
10
3
C
16
4
D
12
5
E
13
6
F
10
7
G
15
8
H
17
9
I
10
10
J
12
Analisis Dokumen Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Bulan Januari – Jun 2010 Bil
Nama
Ketidakhadiran Sebelum Tindakan Jan-Mac 2010
Ketidakhadiran Selepas Tindakan April-Jun 2010
1
A
15
2
2
B
10
0
3
C
16
5
4
D
12
0
5
E
13
0
6
F
10
0
7
G
15
2
8
H
17
3
9
I
10
1
10
J
12
1
Graf Ketidakhadiran Murid Tahun 6 Cempaka Januari – Jun 2010
Sampel dan Pensampelan
Sampel sebahagian daripada populasi Sampel yang dipilih mesti bersifat representatif
Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka dipilih
Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut Sampel hendaklah terdiri daripada populasi
JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling)
JENIS-JENIS PENSAMPELAN
Pensampelan Bertujuan (Purposive Sampling) 1. Tentukan responden agar sesuai dengan tujuan kajian (Populasi yang khusus: orang portugis; Baba-Nyonya; pengikut parti) 2. Sesuai untuk kajian awal. 3. Sesuai untuk penerokaan 4. Uji soal selidik 5. Untuk dapatkan maklum balas segera
Sekian, terima kasih