MAQASID SYARIAH SEBAGAI PENDEKATAN BAGI REALISASI AJARAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU PROSPEK
Oleh Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid
Pendahuluan: “Maqasid Syariah” bermaksud objektif Syariah Islam dalam menentukan dasar dan pelan tindakan Islam sebagai panduan hidup manusia dalam mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ia bukan suatu method tetapi pendekatan. Bagi seorang pelajar Syariah, kenyataan ini memberi erti bahawa ia bukan suatu cara menentukan atau memungut data penyelidikan tetapi satu pendekatan dalam menganalisis data-data berkenaan untuk sampai kepada kesimpulan. Seorang “Faqih” atau penyelidik yang berpendekatan begini biasa disebut sebagai “Maqasidi”(objectivist), iaitu yang sentiasa melihat kepada “Objektif” berbanding “Format”. Pendekatan lain yang bertentangan dengan pendekatan ini biasa dikenali sebagai “Syakl”, iaitu yang lebih melihat kepada bentuk atau format. Orang yang berpendekatan seperti ini disebut sebagai “Syakli” (Formalist), iaitu yang sentiasa melihat kepada rupa bentuk. Bagaimana pun persoalannya bukan hitam putih. Maksudnya semata-mata melihat kepada objektif sahaja atau format sahaja. Sebaliknya ia merupakan persoalan keutamaan atau nisbah. Seorang “Maqasidi” meskipun lebih melihat kepada objektif tetapi mengambil kira juga bentuk yang berkaitan. Begitulah juga seorang “Syakli” meskipun menitik beratkan format tetapi tetap mengambil kira objektif disebalik ketetapan berkenaan.
Latar Belakasng: Sejak zaman Rasulullah lagi kecenderongan yang agak berbeza antara dua pendekatan “Maqasidi” dan “Syakli” ini telah dapat dilihat. Meskipun al1
Quran hanya satu dan Nabi Muhammad juga hanya satu tetapi para sahabah mempunyai ciri-ciri akademik dan intelektual yang berbeza. Perbezaan ini diperakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w., malah diiktiraf oleh Baginda sebagai unsur yang memperkayakan pentafsiran tentang Islam itu sendiri dan memberi ruang yang cukup bagi umat Islam untuk memilih kecendrongan sendiri dalam merealisasikan Islam dalam kehidupan masing-masing. Dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda “ “اصحابي كالنجوم بايهم اقتديتم اهتديتم, yang lebih kurang bermaksud “ Para Sahabat saya sama seperti bintang-bintang (di Langat). Dengan siapa saja kamu berpandukan kamu tetap akan mendapat petunjuk”. Dalam satu hadis lain Baginda bersabda “ “ اختالف اصحابي رحمة, yang lebih kurang bermaksud “Perbezaan pendapat di kalangan para sahabat saya merupakan satu rahmat”. Apabila sekumpulan para sahabat sewaktu berada jauh daripada Baginda Rasulullah s.a.w. berjunub dan tidak ada air untuk membersihkan junub masing-masing, mereka melakukan tayammum sebagai cara alternatif. Bagaimana pun mereka melakukan tayammum berkenaan berasaskan kecenderongan masing-masing dalam mentafsirkan hukum yang berkaitan. Satu gulongan melakukan tayammum seperti yang dilakukan untuk tujuan bersolat, sementara gulongan kedua pula bertayammum dengan cara meratakan debu keseluruh badan sama seperti mandi junub iaitu dengan meratakan air keseluruh badan. Apabila mereka semua balik ke Madinah dan menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. apa yang telah berlaku Baginda terus menjelaskan bahawa kedua-dua method atau pendekatan itu sama saja. Maksudnya tayammum masing-masing adalah sah. Dari sini dapat dilihat, meskipun kesemua mereka menggunakan method “Qiyas” dalam memilih alternatif berkenaan namun mereka berbeza pendekatan dalam melakukan qiyas berkenaan. Merereka yang berpendekatan “Maqasidi” melihat persoalan berkenaan dari perspektif objektif. Bagi mereka, oleh kerana objektif bagi melaukan tayammum itu ialah untuk membersihkan diri daripada “Hadath”, iaitu kekotoran maknawi bagi membolehkan mereka melakukan ibadat solat maka perbezaan antara “Hadath Kecil” dan “Hadath besar” tidak releven lagi. Kerana itu mereka memilih untuk melakukan tayammum dalam bentuk yang sama dengan apa yang dilakukan bagi tujuan bersolat. Tetapi bagi mereka yang berpendekatan Syakli pula melihat dari 2
perspektif yang berbeza, iaitu bentuk tayammum yang akan dilakukan itu. Bagi mereka persoalannya bukan objektif bersuci semata-mata tetapi bersuci dengan cara dan format yang tertentu. Maka oleh kerana mandi junub perlu dilakukan dengan meratakan air keseluruh tubuh badan maka begitulah juga bertayammum untuk membersihkan junub, iaitu hadith besar. Dalam sejarah perundangan Islam ada satu pemerhatian yang pepular dibuat oleh Abu Ja’far al-Mansur khalifah kedua Bani Abbas. Atas cadangan Abdullah Ibn al-Muqaffa’ bagi tujuan menulis satu teks undang-undang yang selaras bagi semua mahkamah beliau meminta al-Imam Malik menulis teks tersebut dalam bentuk yang sederhana, iaitu dengan mengelak daripada pandangan yang terlalu ketat oleh Abdullah Ibn Umar, atau terlalu longgar oleh Abdullah Ibn Abbas atau terlalu janggal oleh Abdullah Ibn Mas’ud. Berasaskan kepada permintaan inilah al-Imam Malik menulis kitab al-Muwatta`, iaitu kitab Hadis dan Fiqh yang pertama sekali ditulis dalam sejarah pengajian Syariah dan yang kekal menjadi rujukan utama pengajian Syariah sampai sekarang ini. Dari segi sejarah pengajian Syariah pendekatan “Maqasid Syariah” ini berasaskan kepada pandangan dalam mazhab Maliki. Bagi sesetangan para penulis, Mazhab Maliki boleh disifatkan sebagai mazhab yang paling pragmatik berbanding mazhab-mazhab Fiqh yang lain. Bagaimana pun, asas penerimaan terhadapnya sangat jelas terdapat dalam Mazhab Syafi’i. Ini dapat dirujuk kepada pandangan-pandanga al-Imam al-Syafi’I sendiri dan para pengikut beliau seperti al-Imam al-Juwaini yang dikenali sebagai Imam al-Haramain itu dan murid beliau al-Imam al-Ghazali. Malah bagi para penulis tentang sejarah perkembangan pemikiran “Maqasid Syariah” al-Mam al-Juwaini dan al-Imam al-Ghazali terlibat dengan secara langsung memperlengkapkan lagi konsep berkenaan dalam kitab-kitab tulisan mereka. Selaras dengan sifat mazhab Maliki sebagai mazhab paling pragmatik berbanding mazhab-mazhab Fiqh yang lain, maka boleh dikatakan bahawa pendekatan “Maqasidi” ini merupakan pendekatan paling peragmatik berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain terutama pendekatan “Syakli” yang kita huraikan di atas. Di samping itu ia kelihatan lebih realistik, libral, prograsif dan radikal, berbanding dengan pendekatan “Syakli” yang kelihatannya lebih telus, konsisten, tradisional dan konservatif. Kerana itu kadang-kadang orang menggelarkan golongan berpendekatan “Syakli” sebagai 3
tradisionalis, sementara yang berpendekatan “Maqasidi” pula sebagai reformis. Dari suatu sudut yang lain pula pendekatan “Maqasidi” ini , lebih bersifat berfikir secara “Makro”, sementara pendekatan “Syakli” pula boleh disifatkan sebagai berfikir secara “Mikro”. Kerana itu fikiran orang yang berpendekatan “Maqasidi”lebih komprehensif dan menyuluruh (horizontal), sementara fikiran orang yang berpendekatan “Syakli” pula lebih terperinci dan mendalam (vertical).
Konsep Maqasid Syariah: . Asas pemikiran bagi “Maqasid al-Syariah” ialah kepercayaan bahawa di sebalik hukum yang ditentukan oleh Allah ada objektif yang hendak dicapai. Kecuali dalam perkara ibadat yang sifat nya dogmatic (Ta’abbudi), objektif ini dapat difahami oleh para ulama. Sebalik nya para ulama berpendekatan “Syakli” berpendapat objektif berkenaan tidak mungkin difahami oleh sesiapa kecuali oleh Allah. Maka peranan para ulama bukan menentukan pencapaian objektif berkenaan tetapi mempastikan bahawa perbuatan berkenaan dilakukan dengan begitu rupa supaya bertepatan dengan spespikasi yang ditentukan oleh Syariah Islam. Perbezaan pendapat ini sebelum nya berlaku dalam bidang ilmu Tauhid. Persoalan yang menjadi asas kepada perbincangan ialah, samada “Perbuatan Allah” (Af’alullah) itu dilakukan “bersebab”(Mu’allal) atau “tanpa sebab” (Ghaira mu’allah)? Apabila persoalan ini kemudiannya timbul dalam bidang perhukuman, golongan yang berpendapat bahawa perbuatan Allah itu “bersebab” percaya bahawa di sebalik setiap hukum yang ditentukan oleh Allah itu ada objektif yang hendak dicapai. Sementara golongan yang berpendapat bahawa perbuatan berkenaan berlaku “tanpa sebab” berpendapat tidak ada objektif yang boleh difahami oleh sesiap disebalik hukum berkenaan. Hasil nya golongan pertama, iaitu yang digelar sebagai golongan “Maqasidi” tadi berpendapat dalam melaksanakan apa-apa hukum Islam, kecuali dalam bab ibadat yang sifatnya dogmatic (Ta’abbudi) amat penting sekali 4
mempastikan bahawa objektif sebenar daripada hukum itu dicapai. Sementara bentuk atau format nya adalah perkara kedua. Sedangkan golongan kedua pula berpendapat tidak ada objektif yang perlu dipastikan pencapaiannya oleh pelaksana hukum berkenaan kerana segala-gala nya terserah kepada Allah. Apa yang penting ialah melakukan perbuatan berkenaan tepat dengan bentuk yang diarahkan oleh Syariat Islam. Secara umum nya kedua-dua aspek berkenaan sangat penting dalam melahirkan sesuatu yang baik dan bernilai tinggi. Bagaimana pun persoalan mungkin timbul apabila terdapat pertentangan kepentingan antara kedua nya. Mana satu yang perlu lebih diutamakan? Apabila Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa zakat dikenakan keatas tamar, zabib, gandum dan bali, maka para ulama yang berpendekatan “Syakli”, akan menegaskan bahawa zakat tanaman akan dipungut dari empat jenis hasil tanaman berkenaan sahaja kerana itulah yang disebut dalam hadis Rasulullah. Tetapi mereka yang lebih objektif akan berkata empat jenis makanan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu memberi erti bahawa yang dikenakan zakat ialah apa saja makanan ruji masyarakat setempat. Kerana pada zaman Rasulullah empat jenis makanan itulah yang bersifat ruji. Dengan itu di Malaysia ia dikenakan keatas padi kerana beras merupakan makanan ruji dalam masyarakat ini. Mereka yang lebih objektif pendiriannya akan berkata bukan kerana empat jenais makanan itu bersifat ruji tetapi kerana keempat-empat jenis makanan itu merupakan komuditi utama yang menghasilkan pendapatan lumayan kepada pengusahanya. Maka oleh kerana itu zakat dinega ini bukan sahaja dikenakan keatas padi tetapi juga getah dan kelapa sawit. Kerana ketiga-tiga jenis hasil tanaman ini merupakan hasil perttanian utama bagi masyarakat peladang dalam negara ini yang boleh memberi mereka kekayaan. Kerana bagi para ulama berpendekatan Maqasidi apa yang paling penting ialah objektif memungut zakat dari golongan yang berada untuk diagihkan kepada golongan yang tidak berada dan sebagainya. Mengikut keyakinan para ulama Maqasidi, objektif yang hendak dicapai oleh setiap hukum yang ditentukan oleh Allah itu ialah “Menghasilkan Kebaikan “( )جلب المنفعةdan “Menolak Keburukan” ( المضرة/ )درء المفسدةdalam kehidupan manusia. Tujuan inilah yang disebut sebagai “Maqsad/Maqasid” atau objektif kepada Syariah Islam, iaitu yang menjadi inti kepada Syariah berkenaan 5
samada dalam menentukan hukum atau melaksanakannya dalam kehidupan manusia. Berasaskan kepada pendekatan “Maqasidi”ini konsep “Baik” (Maslahah) dan “Buruk” (Mafsadah/Madharrah) inilah yang menentukan sifat hukum yang hendak ditentu atau diamalkan. Sedangkan faktor lain tidak lebih daripada unsur-unsur luaran yang biasa nya menjamin terlaksana nya “penghasilan kebaikan” ( )جلب المنفعةdan “Penolakan terhadap keburukan” ( المضرة/)دفع المفسدة ini. Sehingga ada yang mengatakan (Ibn al-Qaiyim) bila ada maslahah di situ ada Syariah. Maksud nya: Antara kedua nya tetap akan bersama dan tidak akan pernah berpisah.
Walau bagaimana pun pembahagian kepada dua unsur; positif dan negatif ini tidak melahirkan dualisme yang terpisah secara hitam putih. Kerana diperakui tiada “Maslahah” seratus peratus dan tiada “Mafsadah” seratus peratus dalam kehidupan manusia di dunia ini. Maka persoalan nya ialah masalah imbangan antara baik dan buruk.
Kategori Maslahah dan Mafsadah: Dalam menentukan perimbangan ini, “Maqasid” atau objektif berkenaan dibahagikan oleh para ulama kepada tiga kategori keutamaan: 1. Maqasid Dharuriyah (Objektif asas ) 2. Maqasid Hajiyah (Objektif Perlu) 3. Maqasid Tahsiniyah/Takmiliyah (Objektif mewah/Tambahan) Objektif-objektif berkenaan dihuraikan oleh para ulama seperti di bawah: 1. Maqasid Dharuriyah (Objektif Asas) Ia paling diutamakan kerana ia menyentuh servival seseorang/sesuatu masyarakat. Mengikut para fuqaha Maqasid atau objektif ini merangkumi lima perkara yang dikenali sebagai “Lima Kepentingan Asas”, iaitu: 6
a.
Agama (al-Din)
b.
Nyawa (al-Nafs)
c.
Akal atau minda (al-’Aql)
d.
Harta (al-Mal)
e.
Maruah dan Keturunan (al-Muru`ah/ al-Nasab)
2. Maqasid Hajiyah(Objektif Perlu) Objektif ini berada pada keutamaan kedua selepas Dharuriyat. Malah dalam beberapa keadaan keutamaanya ditingkatkan sejajar dengan kedudukan dharuriyat. Tidak seperti kepentingan “Dharuriyat” , para ulama kelasik tidak menentukan berapa jenis atau bagaimana coraknya yang dikatakan “Objektif Hajiyat” itu. Sebaliknya mereka berpendapat ia perlu dirumuskan berasaskan realiti hidup semasa berdasarkan prinsip hidup yang sejajar dengan garis panduan Islam.
3. Maqasid Tahsiniyah (Objektif mewah/ tambahan) Objektif ini mendapat keutamaan paling rendah Kerana ia melibatkan kemewahan dan keselisaan sahaja. Bagaimana pun, dalam sesetengah keadaan keutamaan nya akan ditingkatkan sejajar dengan Maqasid Hajiyah kalau diperlukan. Sama juga dengan “Objektif perlu” tiada ketentuan daripada para ulama kelasik tentang apa dan bagaimana sifatnya objektif terakhir ini. Sebaliknya ia perlu dirumuskan berasaskan realiti hidup semasa berdasarkan prinsip hidup yang digariskan oleh Islam
7
Untuk lebih mudah difahami kita boleh menggunakan rajah berbentuk pyramid. Di sebelah bawahnya, iaitu kepentingan asas merupakan yang paling utama. Kemudian diikuti oleh kepentingan atau keperluan biasa dan seterusnya keperluan mewah. Apa yang hendak diterangkan melalui rajah ini ketiga-tiga kepentingan dan keperluan ini boleh turun naik nisbahnya berasaskan keadaan semasa masyarakat berkenaan. Misalnya bagi masyarakat Islam di Malaysia yang sentiasa bergelut dengan masalah survival maka bahagian bawah pyramid itu perlu mendapat ruang yang betul-betul luas. Tapi bagi sebuah masyarakat Islam yang tidak berhadapan dengan masalah survival seperti mereka yang hidup di Timur Tengah ia boleh dikurangkan sedikit nisbahnya dan nisbah keperluan mewah boleh ditambah sedikit. Bagaimana pun semuanya tertakluk kepada falsapah hidup Islam yang mementingkan survival dari kemewahan dalam keadaan mana sekalipun.
Antara Langkah Positif dan Negatif: Dalam semua kategori berkenaan terdapat kedua-dua langkah positif dan negatif. Langkah positif direalisasikan dalam bentuk penghasilan (Jalb alMasoleh), sementara langkah negatif direalisasikan dalam bentuk pencegahan (Daf’ al-Mafasid/al-Madharrah) Kedua-dua langkah ini perlu berimbang, dan perimbangan berkenaan hanya boleh diabaikan apabila resiko keburukan terlalu rendah, dimana percapaian perlu diutamakan, atau berada pada tahap segnifikan tertentu dimana pencegahan perlu diutamakan. Berasaskan kepada kategori keutamaan ini rujukan silang (Cross reference) akan dilakukan antara “Maslahah” yang diharapkan dan “Mafsadah” yang mungkin berbangkit, iaitu sepertimana yang diistilahkan oleh pengurusan moden sekarang sebagai”Pengurusan risiko”(Risk management) ()ادارة المخاطر. Ada tiga neraca (sekurang-kurang nya) yang boleh digunakan dalam proses pengutamaan ini: a. Bersikap objektif dan tidak cenderong kesebelah (bias) dalam keskes yang jelas. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: 8
« الحالل بيّن والحرام بيّن...» b.
Sentiasa mengelak dari mengambil resiko haram:
«»اذا اجتمع بين الحالل والحرام قدّم الحرام « »دفع المفسدة مقدم على جلب المصلحة
c. Bijak mengimbangi antara penghasilan faedah dan resiko buruk dalam keadaan yang tidak jelas «...»وما بينهما متشابهات d.
Bersikap konservatif dalam kes-kes yang beresiko tinggi:
« »فمن حام حول الحمى يوشك أن يقع فيه Penentuan sikap antara mengambil faedah dan berhadapan dengan risiko buruk merupakan suatu perhitongan yang rumit kerana: a. Dalam semua kebaikan ada resiko buruk, dan dalam semua keburukan ada faedah yang boleh dihasilkan. b. Apa saja faedah perlu dilupakan kalau ia boleh menyebabkan resiko buruk yang lebih besar c. Resiko buruk yang boleh diabaikan, size nya boleh ditentukan oleh faedah yang mungkin dapat dihasilkan d. Fahaman peribadi yang subjektif boleh mempengaruhi keputusan sampai mencorakkan pendirian penyelidik berkenaan sebagai konservatif atau libral.
Realisasi Ajaran Islam Melalui Pendekatan Maqasidi. Bagi memudahkan perbincangan ini elok rasanya realisasi ajaran Islam itu dibicarakan di bawah empat perkara pokok sahaja dengan mengabaikan perkara-perkara lain yang boleh dianggap tidak sangat mendesak di negara ini. Keempat-empat pokok persoalan berkenaan ialah: 9
1. 2. 3. 4.
Politik dan pemerintahan Perundangan dan pentadbiran Ekonomi dan Kewangan Kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Politik dan Pemerintahan: Dalam Islam, politik dan pemerintahan merupakan antara agenda utama yang berkait dengan realisisi ajarannya. Sehingga ada para ulama yang berkata kadang-kadang kuasa itu lebih berkesan daripada Quran. Ulama lain pernah berkata, kebatilan yang diurus dengan teratur mungkin boleh mengatasi kebenaran yang diurus dengan kucar kacir. Kata al-Syekh Muhammad Abduh, autokrasi yang diurus dengan baik lebih berkesan daripada demokrasi yang diurus dengan tidak terkawal. Sehubungan dengan itu, pendekatan maqasidi lebih cenderong kepada dasar politik yang pragmatis memandangkan di Malaysia terdapat apa yang disebut sebagai perkongsian hidup bersama diantara berbagai bangsa dan agama. Bagaimana pun pragmatism di sini jangan difahami sebagai penolakan terhadap sebarang ideology dan semata-mata berpandukan kepada “Kepentingan dan faedah” ( )المنفعةsahaja. Sebaliknya ia perlu dilihat dalam kerangka perbandingan antara “Fundamentalisme dan pragmatism” Sebagai termaklum, Islam mempunyai ideology yang jelas dalam politik dan pemerintahan, iaitu menegakkan sebuah pemerentahan Islam yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi persoalannya apakah suatu pendekatan yang lebih berkesan dalam merealisasikan objektif berkenaan dalam realiti yang ada bagi Malaysia sekarang baik diperingkat tempatan mahu pun antarabangsa? Penerimaan dunia terhadap sistem demokrasi terbuka yang berdasarkan satu orang satu orang satu undi merupakan satu realiti yang tidak boleh diabaikan dengan begitu sahaja. Kerana itu penubuhan pergerakan politik Islam yang bersifat pragmatik adalah sangat penting bagi menjamin bahawa sebuah negara Islam boleh ditubuhkan dengan sokongan majority samada dari kalangan umat Islam atau masyarakat bukan Islam di negara ini. 10
Dengan berpandukan kategori “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang di digariskan di atas bolehlah dirumuskan bahawa objektif utama yang hendak dicapai dalam sebuah negara berkenaan adalah perkara-perkara berikut: 1. Kedudukan agama Islam sebagai agama negara terjamin dalam kerangka kebibasan beragama yang terkawal di bawah kuasa perlembagaan dan undang-undang 2. Tahap keselamatan dan kesihatan individu serta masyarakat yang tinggi dan terkawal berasaskan initiative dan kuatkuasa 3. Tahap pendidikan yang bermutu tinggi disetiap peringkat serta kawalan yang ketat terhadap apa saja yang boleh menghilang atau merusakkan kewarasan berfikir dan bertindak masyarakat umum. 4. Pencapaian ekonomi yang baik bagi keseluruhan masyarakat dan pembahagian rezki yang saksama bagi setiap individu serta kawalan yang berkesan terhadap keselamatan harta benda 5. Kesucian marwah diri dan masyarakat dibawah pengaruh ketinggian akhlak dan kuatkuasa undang-undang yang berkesan. Selain daripada objektif utama ini terdapat objektif-objektif lain yang bersifat keperluan biasa dalam pembangunan sesebuah negara seperti infra –struktor yang menekankan kebaikan umum dan mengelak daripada unsur bermewah secara melampau dan melupakan diri daripada prinsip dan gaya hidup yang ideal.
Perundangan dan Pentadbiran: Dalam aspek ini keadilan menjadi objektif utama. Sementara bagaimana ianya direalisasikan terserah kepada keadaan. Walau bagaimana pun oleh kerana Islam dalam beberapa hal menentukan format tertentu sebagai asas kepada pelaksanaan undang-undang bagi mencapai objektif keadilan ini, sepertimana yang terkandung dalam Hudud dan sebagainya maka format berkenaan perlu diambil kira. Walau bagaimana pun pentafsiran dan penyusaian yang berterusan semua format berkenaan dengan kehendak semasa perlulah dilakukan menerusi pembaharuan fiqh dengan syarat tidak bertentangan atau melanggar perinsip-perinsip utama yang terdapat dalam sistem berkenaan. 11
Sehubungan dengan ini pendekatan maqasidi mempunyai objektif untuk menegakkan sistem kehakiman dan sistem pentadbiran awam yang bebas daripada kuasa politik yasng sifatnya berubah-ubah dari masa kesemasa. Objektif ini berdasarkan kepada keperluan mempunyai sistem kehakiman dan pentadbiran awam yang mantap dan tidak terjejas dengan perubahan kuasa politik dalam negara. Dengan berpandukan kategori “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang digariskan di atas objektif utama yang hendak dicapai oleh sistem perundangan dan pentadbiran awam berasaskan pendekatan “Maqasidi” ini ialah:
1. Menyediakan sistem perundanag dan pentadbiran awam yang mampu melindungi kedudukan Islam sebagai agama negara dalam kerangka kebibasan beragama yang dilindungi oleh perlembagaan negara. 2. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang mampu menjamin keselamatan dan kesejahteraan diri setiap warga masyarakat dan negara baik yang bersifat fizikan mahu pun spiritual 3. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang boleh menjaga kepentinga pendidikan dan pembinaan nilai intelektual bagi setiap warga negara dalam berbagai bidang yang sesuai dengan keperluan semasa, serta mmencegah apa saja amalan atau aktiviti yang boleh menggangu kewarasan berfikira setiap indu dalam masyarakat. 4. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang mampu menggalakkan pertubuhan ekonomi dan kewangan dalam negara dan mencegah apa saja kegiatan yang boleh menghalang pembinaan berkenaan atau mengganggu setiap harta baik yang bersifat awam atau individu 5. Menyediakan sistem perundangan dan pentadbiran awam yang mampu menjaga maruah masyarakat dan menghalang daripada berlakunya maksiat dan keburukan lain yang mengganggu kemurnian hidup setiap individu dan masyarakat. 12
Ekonomi dan Kewangan: Dalam Islam, ekonomi dan kewangan merupakann salah satu agenda besar dibawah sebuah negara dan pemerintahan. Sehiunggakan terdapat kata-kata masyhur yang bermaksud bahawa kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. Oleh kerana itu sebuah pemerintahan Islam perlu memberi tumpuan yang serius terhadap bidang ini dan mempastikan bahawa seluruh rakyatnya bekerja kuat bagi mencapai objektif berkenaan. Berasaskan perinsip “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang dihuraikan di atas bolehlah dirumuskan bahawa pendekatan maqasidi mempunyai objektif utama dalam bidang ini yang dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Menyediakan pelan pembangunan ekonomi berasaskan perinsip Islam yang menekankan kesejahteraan masyarakat beragama. Bagi tujuan kebahagian dunia dan akhirat 2. Membendong dan mengawal segala sifat pemborosan dan penyelewengan ekonomi dan kewangan yang boleh merosakkan kesejahteraan diri dan tubuh badan masyarakat seluruhnya 3. Menyediakan infra-struktor ekonomi dan kewangan bagi tujuan pembangunan setiap peringkat pendidikan bagi semua lapisan masyarakat 4. Menyediakan infra struktor bagi memngawal penyalahgunaan kuasa ekonomi dan kewangan bagi kepentingan yang tidak sah atau wajar 5. Menyediakan infra-struktor bagi menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang sihat bnerasaskan nilai murni dan akhlak mulia
Kekeluargaan dan Kemasyarakatan: Dalam Islam keluarga merupakan yunit asas kepada pembinaan masyarakat. Kerana itu pembinaan masyarakat yang sejahtera banyak bergantung kepada pembentukan keluarga yang baik dan setabil
13
Berasaskan perinsip “Maslahah” dan “Mafsadah” sepertimana yang dihuraikan di atas, pendekatan “Maqasidi” mempunyai objektif utama yang hendak dicapai dalam bidang ini dan boleh dihuraikan seperti berikut:
1. Menjamin terbentuknya keluarga dan masyarakat beragama berasaskan kerangkan kebibasan beragama secara harmunis berpandukan kepada jaminan perlembagaan 2. Menjamin keselamatan keluarga dan masyarakat daripada apa saja bentuk pencerubuhan yang boleh menganggu kesejahteraan diri dan anggota setiap warga negara 3. Melahirkan keluarga dan masyarakat terpelajar yang tinggi nilai intelektual mereka dan menjamin bahawa setiap keluarga dalam masyarakat mempunyai peluang untuk meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat. 4. Menghapuskan atau mengurangkan nisbah kemiskinan di kalangan keluarga dalam masyarakat 5. Mengawal maruah keluarga dan masyarakat agar tidak dicemari oleh nilai-nilai negatif kepada keluarga itu sendiri dan masyarakat umaum.
Penutup: Sejauh mengenai perinsip dan teori , apa yang dihuraika di atas boleh disifatkan sebagai suatu gagasan yang mantap. Pewacanaan yang berkait dengannya telah berlaku denganmantap dan teratur baik dalam bentuk kuliah umum dan khusus, seminar dan persidangan mahu pun juga penulisan buklu dan artikal. Walau bagaimana pun, dalam aspek realisasi dan pelaksanaan huraian diatas masih bersifat percubaan yang memerlukan wacana lanjud dalam berbagai segi. Apa yang hendak dikemukakan dalam bahagian tersebut ialah bahawa pendekatan Maqasidi merupakan suatu pendekatan yang cukup libral dalam merealisasikan ajaran Islam dalam negara ini tanpa perlu kepada langkah-langkah politicking yang banyak. Dengan kata lain, dari perspektif “Maqasid Syariah” negara Malaysia sekarang boleh dikatakan sudah berada atas landasan yang betul kearah 14
merealisaasikan ajaran Islam yang menyeluruh. Walau bagaimana pun masih banyak kerja yang perlu dilakukan, iaitu yang bersifat pengisihan kembali atau fine tuning agar perjalanannya tidak tersasar. Apa yang dilakukan sejak daripada usaha mempepularkan “Penerapan Nilai-Nilai Islam” , “Pembentukan Masyarakat Madani” , “Islam Hadhari” dan yang terakhir ini “Wasatiyah” merupakan siri-siri pengisihan kembali yeng bererti bagi menjamin bahawa pergerakan kearah mencapai tahap pelaksanaan Islam sepenuhnya dalam negara ini berjalan dengan lancer. Selain daripada usaha-usaha pengisihan semula atau fine tune yang telah, sedang dan akan dibuat masih banyak usaha-usaha lain yang diperlukan. Antaranya apa yang khabarnya sedang diusahakan sekarang iaitu “Indeks Pencapaian Islam”. Berasaskan kepada indeks ini kita boleh mengukur sejauh mana ajaran Islam telah terlaksana dalam negara ini dan apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menambahkan lagi kejayaanya. Adalah suatu langkah yang sangat baik bila “Maqasid Syariah” dijadikan sebagai asas bagi pengukuran berkenaan kerana perinsipnya cukup kelas dan konsisten.Berbanding dengan pendekatan satu lagi, iaitu “Syakli” yang banyak menekankan format. Kadangkalan pendekatan kedua ini berhadapan dengan berbagai persoalan remeh sehingga kadangkala melibatkan persoalan apakan perbezaan sebenar antara Islam dalam bentuknya yang mutlak dan murni dan budaya arab yang sentiasa mempengaruhi pentafsirannya di sepanjang abad sejak dulu sampai sekarang.
Wallahu a’lam
15
16