JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID MANIFESTASI KEPUASAN DAN KEREDAAN ALLAH SWT TERHADAP HAMBA Mariam binti Abd Majid ABSTRAK
Artikel ini membincangkan berkaitan pengertian kepuasan dan kaitannya dengan terminologi keredaan Allah SWT terhadap seseorang hamba. Ia turut memperincikan faktor-faktor yang membawa ke arah keredaan Alah SWT kepada hambaNya serta implikasinya. Data-data dalam artikel ini dikumpul menggunakan metode dokumentasi dan dianalisis secara kualitatif. Artikel ini membuktikan bahawa keredaan Allah SWT merupakan suatu manifestasi kepuasan terhadap para hamba-Nya yang taat beribadah selaras dengan tujuan penciptaan manusia, meletakkan rasa kecintaan yang mutlak kepada Allah dan rasul-Nya serta memiliki sifat takwa berdasarkan dalil-dalil naqli. Allah SWT mengurniakan pengiktirafan, keampunan dan ganjaran terhadap hamba yang diredaiNya. Kata kunci: Kepuasan dan Keredaan Allah, Faktor dan Implikasi Keredaan PENDAHULUAN Di akhir-akhir ini, masyarakat disogok dengan pelbagai ajaran-ajaran yang didakwa sebagai ajaran kerohanian yang dikatakan berupaya mengubat jiwa yang dilanda berbagai tekanan hidup yang mencabar pada hari ini. Namun malangnya, wujudnya di antara ajaran yang dibawa bagi mengubat rohani manusia adalah berunsur metos dan khayalan yang tidak berpegang kepada prinsip al-Quran dan al-Hadis (Khalili, 1996). Keimanan terhadap enam rukun iman berupaya melahirkan ketenangan dan ketenteraman jiwa bagi seseorang hamba (Sayyid Sabiq,1998) Firman Allah SWT:
260
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
”Orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenang kerana mengingati (berzikir) kepada Allah SWT. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT hati akan menjadi tenang”. Surah Al-Ra`d (13) : 28 Kemanisan iman dirasai oleh seseorang hamba yang beroleh keredaan Allah SWT (Ibn Ajibah, t.t). Reda Allah SWT merupakan salah satu ajaran kerohanian yang berupaya memberi ketenangan jiwa kepada seseorang manusia sekali gus menjadi suatu matlamat yang diimpikan oleh semua makhluk yang bergelar hamba. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa keredaan Allah SWT terhadap seseorang hamba adalah menghampiri makna kecintaan Allah SWT terhadap hambaNya (Al-Ghazali, 1968). Setiap insan yang beriman sentiasa bermujahadah untuk memupuk rasa kecintaan kepada Allah SWT agar beroleh keredaan Allah SWT (Othman Napiah, 2001). Firman Allah SWT; “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala ni’mat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!.
Surah Al-Fajr (89) : 28 Surah al-Fajr menerusi ayat 28 menjelaskan bahawa nafs hamba yang diredai Allah SWT akan menemui Allah SWT dalam keadaan diri yang penuh keredaan ( Al-Zuhayli, 1998). Keredaan Allah SWT merupakan manifestasi kepuasan Allah SWT terhadap kerana hambaNya yang telah menepati matlamat penciptaan manusia untuk taat beribadah dan berperanan sebagai khalifah. Implikasi keredaan Allah SWT terhadap hamba-Nya ditandai dengan pelbagai ganjaran 261
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID nikmat daripada Allah SWT yang menjadi harapan seluruh umat mukminin. Perbincangan artikel ini difokuskan kepada pengertian kepuasan dan perkaitannya dengan maksud keredaan serta faktor-faktor keredaan Allah SWT dan implikasi keredaan Allah SWT terhadap hambaNya berasaskan kepada dalil al-Quran dan al-Hadis. PENGERTIAN KEPUASAN DAN TERMINOLOGI KEREDAAN
KAITANNYA
DENGAN
Kepuasan dari perspektif Islam diasaskan tehadap perkataan puas dalam Bahasa Arab. Terdapat dua kalimah dalam Bahasa Arab yang menjelaskan makna puas iaitu raiya ) (رضيdan qana`a )( (قنعKamus Pustaka, 1985). Berasaskan Kamus Lisn al-`Arab raiya didefinisikan sebagai perkataan lawan kepada marah dan merupakan salah satu sifat hati manakala qana`a ditakrifkan dengan qana`a dengan diri bermaksud reda (Ibn al-Manr, t.t.). Takrifan yang sama ini juga dinyatakan berdasarkan Al-Qams al-Muh (al-Fairzd, 1978). Perkataan raiya bih ) (رضي بوdiertikan dengan ikhtrah wa qana`a bih ) (اختاره وقنع بوiaitu memilih dan berpuashati dengannya (Fu`ad Ifram Al-Bustani,1956). Ini menjelaskan perkataan riiya ( )رضيdan qana`a ( )قنعmembawa makna sama iaitu rasa kepuasan dengan apa yang ada (Mohd Khairi Zainuddin et.al, 2007). Penemuan makna yang sama ditemui dalam Al-Munjid al-Lughah Wa al-A`lm. (Al-Munjid Fi al-Lughah Wa al-`Alm (1987). Selain itu, perkataan raiya turut diertikan dengan makna iktaf ) (اكتفىiaitu cukup, ikhtrah wa qabilahu ) (اختاره و قبلوiaitu memilih dan menerimanya (Al-Mu`jam al-Wa 1982). Di antara ayat al-Quran menjelaskan perkataan radia bermakna puas terdapat dalam salah satu firman Allah SWT iaitu: ”Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya, Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; Dan sesungguhnya, ia tetap akan berpuashati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)”. 262
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 Surah al-Lail (92): 18-21
Ayat di atas menceritakan kisah Saidina Abu Bakar ra yang telah membelanjakan sebahagian hartanya untuk membebaskan Bilal semata-mata kerana Allah SWT. Harta yang dinafkahkan bukan untuk membalas jasa Bilal atau terhutang budi dengan kebaikan terhadapnya tetapi sumbangannya itu terbit dari hati yang suci semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT. Ketulusan Saidina Abu Bakar ini akan diganjari oleh Allah SWT dengan pahala dan ganjaran yang besar di hari Akhirat kelak. Nikmat ganjaran ini membuahkan rasa kepuasan di hati beliau seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas (Al-Zuhayli, 2007). Keredaan dan kepuasan yang dinikmati merupakan ganjaran yang paling berharga bagi orang yang ikhlas taat kepada Allah SWT (Sayyid Qutb, 1998). Seseorang hamba yang mengharapkan keredaan Allah SWT akan melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Kepuasan akan dirasai apabila dapat mencapai keredaan Allah SWT. Perkataan reda turut dinyatakan dalam ayat yang lain menerusi firman Allah SWT : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang redha (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) Kami,Surah Yunus (10): 7 Ayat ini menjelaskan bahawa mereka yang tidak percaya dan tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah SWT di akhirat kelak merasa reda (puas dan tenteram) dengan kehidupan dunia. Tafsiran) ال )يرجون لقاءناbererti tidak takut kepada azab Allah SWT dan tidak mengharapkan pahala daripada Allah SWT (Al-Mawardi , t.t.). Di samping itu, mereka juga tidak memperdulikan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT (Abdulmalik Abdulkarim Amrullah,1999).
263
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID Berikut adalah satu ayat al-Quran yang menyatakan perkataan qana`a bermakna reda dalam firman Allah SWT: “….maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian Yang lain) kepada orang-orang Yang tidak meminta dan Yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan Dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyuku”. Surah Yunus (22): 36 Ayat ini menjelaskan bahawa di antara ciri-ciri orang yang taat dan patuh kepada Allah SWT ialah memberi makan kepada orang yang reda dengan apa yang ada pada diri mereka dan yang meminta (alMaraghi, 1985). Perkataan ri adalah disebut dalam al-Quran berbanding perkataan qana`a yang memberi makna kepuasan Allah SWT terhadap hamba-Nya berbanding qana`a walaupun kedua perkataan adalah bermaksud puas. Al-Quran menggunakan kalimah ri bagi maksud kepuasan Allah SWT terhadap hamba-Nya berbanding penggunaan perkataan qana`a. Al-Jurjani mentakrifkan reda dengan makna menerima dengan senang hati terhadap kepahitan qada ( Al-Jurjani, 1971). Keredaan adalah maqam yang tertinggi bagi seseorang hamba dan merupakan buah atau hasil daripada mahabbah Allah SWT kepada hamba-Nya (Al-Palembani, t.t.) Berdasarkan tafsiran ayat-ayat al-Quran, perkataan reda didasari dari kalimah shahadah iaitu rangkuman dua bahagian kesaksian iaitu pertama; bermakna sesungguhnya saya tahu, saya jelaskan, saya iktiraf, saya beriktikad dan saya berikrar melalui lidah, perbuatan dan segala gerak geri anggota saya bahawa yang berhak dipatuhi, ditaati, disayangi dan diperhambakan ialah Allah SWT semata-mata, kedua; bererti menerima kenabian Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT dan taat menerima apa yang dibawa dan dijelaskan oleh baginda (Ab. Aziz Mohd Zin, 1991). Dua kalimah syahadah ini mempunyai makna dan nilai yang sangat tinggi dalam Islam kerana ia adalah simbol kesaksian mutlak yang dilafazkan oleh seorang muslim terhadap 264
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
keimanan dan kefarduan hukum Islam. Ia juga menjadi asas kepada rukun-rukun Islam yang lain serta kunci untuk memasuki syurga Allah SWT (Abd Al-Razzaq Nawfal, t.t.). Sehubungan dengan itu, perbincangan berikut berkaitan faktorfaktor yang membawa kepada keredaan Allah SWT terhadap hambaNya. FAKTOR KEREDAAN ALLAH SWT TERHADAP HAMBANYA Keredaan Allah SWT terhadap hamba bermaksud kepuasan Allah SWT terhadap hambaNya. Menerusi beberapa ayat al-Quran, perbincangan ditumpukan terhadap faktor-faktor Allah SWT reda atau berpuashati terhadap hambaNya. Ketaatan merupakan faktor kepuasan Allah SWT terhadap para hambaNya menepati matlamat penciptaan manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Surah adz-Dzaariyat (51): 56 Ayat ini menjelaskan bahawa matlamat penciptaan manusia dan jin adalah untuk taat beribadah kepada Allah SWT (Abdulmalik Abdulkarim Amrullah, 1999). Perkataan ibadah merupakan pengabdian mutlak seseorang hamba kepada Allah SWT (Abd. Wahab, 1998). Ketaatan merupakan manifestasi pengabdian mutlak seseorang hamba terhadap Allah SWT yang selaras dengan tujuan utama penciptaannya. Allah SWT reda dan berpuashati terhadap para hambaNya yang taat. Al-Quran menjelaskan fenomena kepuasan Allah SWT terhadap mereka yang taat kepadaNya serta RasulNya menerusi firman Allah SWT:
265
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID “Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit(tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang ta’at kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNyadengan azab yang tidak terperi sakitnya. Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan ta’at setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang terma’lum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan ta’at setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya” Surah al-Fath (48): 17-18 Ayat di atas menjelaskan peristiwa yang berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah sewaktu Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin berhasrat mengunjungi Mekah untuk melakukan umrah serta menziarahi keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Apabila sampai di Hudaibiyah, Rasulullah saw dan kaum muslimin berhenti dan mengutuskan Uthman bin Affan untuk pergi dahulu ke Mekah memberitahu tujuan kedatangan baginda dan kaum muslimin. Walau bagaimanapun, Uthman telah ditahan oleh kaum musyrikin dan selepas itu kedengaran berita yang menyatakan bahawa Uthman telah dibunuh. Sehubungan dengan itu, Rasulullah saw telah menganjurkan kaum muslimin agar melakukan bai`ah (janji setia) kepada baginda untuk memerangi kaum Quraisy. Semua kaum muslimin taat meletakkan bai`ah (janji setia) terhadap baginda sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas iaitu perjanjian yang dikenali sebagai Bai`ah alRidwan. Perjanjian yang dimetri ini telah menggetarkan kaum musyrikin dan berikutan itu, mereka telah melepaskan Uthman serta 266
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
mengirimkan seorang utusan untuk mengadakan perjanjian damai (sulh al-Hudaybiyyah) dengan kaum muslimin. Justru, Allah SWT menzahirkan rasa reda dan kepuasannya terhadap kaum Muslimin yang taat meletakkan bai`ah kepada Rasulullah saw. Allah SWT seterusnya memberi jaminan akan mengganjari mereka dengan kurniaan syurga yang terdapat sungai yang mengalir di bawahnya. Di samping itu, Allah SWT turut mengurniakan kemenangan serta rasa ketenangan di hati mereka (Al-Suyuti, 2000). Seterusnya antara faktor kepuasan Allah SWT terhadap hambaNya yang meletakkan rasa kecintaan mutlak terhadap Allah SWT dan rasulNya. Firman Allah SWT: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudarasaudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah SWT telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah SWT redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan ni`mat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
267
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID Surah al-Mujadalah (58 ): 22 Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT reda terhadap hambaNya yang tidak menjalinkan hubungan kasih sayang dengan golongan yang menentang Allah SWT dan RasulNya walaupun mereka adalah di kalangan anggota keluarga sendiri seperti ibu, bapa, anakanak, adik beradik, saudara mara mahu pun kaum sendiri. Sebagai ganjarannya, Allah SWT menanamkan benih-benih keimanan ke dalam hati mereka seterusnya memantapkan dengan cahaya serta petunjuk. Mereka akan dikurniakan syurga lantaran ketaatan ketika di dunia. Allah SWT reda kepada mereka dan dalam masa yang sama, turut merasa reda di atas ganjaran syurga yang dikurniakan kepada mereka di Hari Akhirat kelak (Al-Tabari,1992). Allah SWT berpuas hati terhadap hambaNya yang mengutamakan ketaatan dan kecintaan dengan tidak berbelah bagi kepada Allah SWT serta RasulNya berbanding kecintaannya kepada ibu bapa, anak-anak, keluarga dan saudara mara yang menentang Allah SWT dan rasulNya. Sebagai tanda kepuasan Allah SWT terhadap ketaatan hambaNya, Allah SWT meredai mereka dengan mengurniakan ganjaran syurga, pertolongan dan mereka turut berpuashati dengan limpahan ganjaran rahmat dan nikmat yang diterima daripada Allah SWT itu. Kepuasan Allah SWT terhadap seseorang hamba terbit hasil ketaatan seseorang hamba melaksanakan segala perintahNya dengan sepenuh jiwa dan raga (al-Mawdudi, 1991). Keredaan Allah SWT terhadap hamba merupakan antara nikmat yang hanya dapat dirasai oleh seseorang yang taat dan ikhlas melaksanakan ibadah. Ganjaran keredaan yang diterima pada ketika hidup di dunia mahupun ketika di Akhirat kelak adalah kurniaan rasa tenteram, senang, tenang, gembira, bahagia sebagai nikmat kurniaan Allah SWT. Allah SWT reda terhadap hambaNya yang istiqamah dalam ketaatannya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau beruas hati (dengan segala ni’mat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)” . Surah Al-Fajr (89): 28 268
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
Ayat ini merupakan seruan Allah SWT terhadap jiwa yang tenang agar kembali kepada Allah SWT dalam keadaan reda atau puas hati kerana bakal diganjari dengan pahala dan kedudukan yang mulia dalam syurga di akhirat kelak. Allah SWT reda dengan kepulangan mereka kerana mereka telah mengekalkan ketaatan terhadap Allah SWT ketika di dunia (Al-Zuhayli 1998). Kepuasan Allah SWT dapat digambarkan menerusi ayat ini apabila Allah SWT menjemput kepulangan para hambaNya dengan seruan yang sangat lembut lantaran ketaatan mereka ketika di dunia. Dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa keredaan Allah SWT akan diberikan terhadap para hambaNya yang bertakwa sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga `Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; kekallah mereka didalamnya selamalamanya; Allah redha akan mereka dan merekapun redha (serta bersyukur) akan ni’mat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya”. Surah al-Bayyinah (98): 7-8 Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan bahawa ciri sebaik-baik manusia ialah mereka beriman dan merealisasikan keimanannya dalam kehidupan serta beramal soleh iaitu melaksanakan segala perintah Allah SWT meliputi aspek ibadah, akhlak, amalan dan muamalah. Ciri-ciri tersebut adalah sifat seorang hamba yang takwa kepada Allah SWT. Mereka mempunyai hati yang sentiasa terikat dengan Allah SWT dalam segala tindakan sama ada zahir atau batin. Ketakwaan kepada Allah SWT adalah buah keimanan dan keyakinan yang mutlak seseorang hamba terhadap Allah SWT (Afzalur Rahman,1979). Allah SWT berpuashati terhadap para hambaNya yang bertakwa dan akan 269
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID mengganjarinya dengan syurga `Adn yang terdapat sungai yang mengalir dan akan kekal tinggal di dalamnya. Selain itu, ayat 5 dalam surah al-Ma’idah menjelaskan bahawa Allah SWT reda terhadap hambaNya yang benar dalam tutur kata serta perbuatannya. Firman Allah SWT: “Allah berfirman: “Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfa’at dari kebenaran mereka; mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar”. Surah al-Maidah (5):119 Ayat ini menjelaskan bahawa pada Hari Akhirat kelak, Allah SWT mengakui dan menghargai kebenaran orang yang benar seperti Nabi Isa a.s. dalam menyampaikan risalahNya serta pengikutnya yang taat. Allah SWT reda terhadap mereka lantas mengganjarinya dengan nikmat syurga dan mereka berpuashati terhadap pemberian nikmat Allah SWT tersebut (al-Zuhayli 1998). Allah SWT berpuas hati terhadap hambaNya yang bersifat benar dalam tutur kata dan tindakannya. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa keredaan Allah SWT terhadap seseorang hamba adalah hampir terhadap makna kecintaan Allah SWT terhadap hambaNya (Al-Ghazali, 1968). Menurut alPalembani, reda adalah maqam yang tertinggi bagi seseorang dan merupakan buah atau hasil daripada mahabbah Allah SWT (`Abd. AlSamad al-Palembani, t.t.). Ini bermakna, keredaan dan rasa kecintaan mempunyai perkaitan yang rapat. Kecintaan Allah SWT terhadap hamba melahirkan keredaanNya atau dengan kata lain, keredaan Allah SWT merupakan buah kecintaan Allah SWT terhadap para hambanya. Berdasarkan ayat-ayat yang dijelaskan di atas, didapati antara faktor-faktor keredaan atau kepuasan Allah SWT terhadap hambaNya ialah ketaatan kepadaNya, mengutamakan kecintaan terhadap Allah 270
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
SWT dan RasulNya, iltizam dalam ketaatan terhadap perintahNya dan memiliki sifat takwa. IMPLIKASI KEREDAAN ALLAH SWT TERHADAP MANUSIA Allah SWT mengurniakan pengiktirafan, keampunan dan ganjaran terhadap hamba yang diredhai-Nya. Kedudukan yang hampir dengan Allah SWT merupakan suatu pengiktirafan yang diberikan terhadap hamba-hambaNya yang sabar dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya. Al-Quran menjelaskan dalam firman Allah SWT: ”Dan ta’atlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah( menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. Surah al-Anfal (8): 46 Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT sangat hampir dengan orang mukmin yang taat, tabah serta sabar dalam kesusahan memerangi musuh Allah SWT. Dalam menafsirkan ayat tersebut, Wahbah Al-Zuhayli menjelaskan bahawa Allah SWT melarang berlakunya perbalahan di kalangan umat Islam kerana boleh melahirkan perasaan takut dan lemah di kalangan umat Islam (Al-Zuhayli et. Al 2007). Pengiktirafan Allah SWT meletakkan kedudukan mereka hampir sisiNya (
إن اهلل مع الصابرين
) merupakan tanda keredaan Allah SWT
terhadap hambaNya yang meletakkan ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah SWT dan RasulNya. Seterusnya, Allah SWT mengiktiraf orang yang sangat bertakwa dalam kalangan hamba-Nya dengan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT. Ia merupakan bukti keredaan Allah SWT terhadap hambaNya. Firman Allah SWT:
271
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. Surah al-Hujurat (49): 13 Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa. Takwa bermakna melakukan ketaatan kepada Allah SWT berdasarkan nur (petunjuk) daripada Allah SWT dengan harapan memperolehi pahalaNya. Ahmad Mustafa alMaraghi dalam tafsir al-Maraghi, menjelaskan bahawa sifat takwa meletakkan martabat kemuliaan yang tertinggi seseorang hamba dan juga membezakan kedudukan seseorang hamba di sisi Allah SWT (AlMaraghi 2001). Selain Allah SWT memberi pengiktirafan dengan kedudukan yang hampir dan mulia di sisiNya, seseorang hamba yang diredhai memperolehi keampunan daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya :
272
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
“Sesungguhnya orang lelaki yang Islam serta orang perempuan yang Islam, dan orang lelaki yang beriman serta orang perempuan yang beriman, dan orang lelaki yang ta’at dan orang perempuan yang taat, dan orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki yang sabar serta orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang lelaki yang bersedekah serta orang perempuan yang bersedekah, dan orang lelaki yang berpuasa serta orang perempuan yang berpuasa, dan orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang lelaki yang memelihara kehormatannya, dan orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,- Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampuanan dan pahala yang besar”. Surah al-Ahzab (33): 35 Menurut kitab Tafsir al-Azhar, ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memberi keampunan dan pahala kepada hambaNya yang memiliki ciri-ciri yang disebut dalam ayat tersebut di atas iaitu Islam, beriman, taat, benar, sabar, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatan dan selalu mengingat Allah SWT (Abdul Malik Abdul Karim Amrullah 1999). Kesemua ciri yang tertera menerusi ayat di atas merupakan sifat seorang hamba yang taat. Lantaran itu, sebagai tanda keredaan Allah SWT, mereka dikurniakan keampunan serta pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw (Al-Bukha- ri-, S.ah. -ih al-Bukha- ri-, Kitab al-i-ma- n, bab tat. awwu‘ qiya- m Ramad. a- n, no. 37; dan Muslim, S.ah. -ih. Muslim, kitab s. ala- t al-musa- firi-n, bab al-targhi-b fi- qiya- m Ramad. a- n, no. 759):
273
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID
ِ َ َن رس ضا َن إِميَانًا َ َصلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ق َ ال َم ْن قَ َام َرَم َ ول اللَّه ُ َ َّ أ ِ ِ و َّم ِم ْن َذنْبِ ِه ْ َ َ احت َسابًا غُفَر لَهُ َما تَ َقد Maksudnya: ”Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang berqiam (menghidupkan malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu”. (Riwayat al-Bukhari) Allah SWT memberi keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan oleh hambaNya yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap Allah SWT seperti mendirikan sembahyang tahajud dan seumpamanya. Dalam tafsiran yang lain, Imam Nawawi berpandangan bahawa menghidupkan Ramadan bererti menunaikan solat tarawih yang khusus pada bulan Ramadan yang mulia (Ahmad bin `Ali Ibn Hajar al-`Asqalani, 1993). Demikianlah, dikurniakan pengiktirafan, keampunan dan ganjaran ketika di dunia dan di akhirat bagi hamba yang memperolehi keredaan Allah SWT. KESIMPULAN Allah SWT berpuashati dan reda kepada golongan hamba yang taat beribadah kepada Allah SWT serta berperanan sebagai khalifah di muka bumi iaitu selaras dengan matlamat penciptaan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT selaku pencipta seluruh manusia. Hambahamba yang beroleh keredaan Allah SWT akan beroleh pengiktirafan, keampunan serta ganjaran daripada Allah SWT. RUJUKAN 1. `Abd Al-Razzq Nawfal (t.t.), Al-Shahdah Awwal Rukn Min Arkn al-Islm, .Beirt: Dr al-Kutub al-`Arabi. 2. `Abd. Al-Samad al-Palembani (t.t.), Siyar al-Salikin, j.4. Singapura:Pustaka Nasional Singapura. 3. Ab. Aziz Mohd Zin (1991), Syahadah, Ibadah, Asabiah, Dakwah, Malaysia: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd. 274
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
4. Abd. Wahab (1998), Ibadah Asas Persoalan, Pelaksanaan Dan Penghayatan, Selangor: Pustaka Al-Irshad. 5. Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1999), Tafsir Al-Azhar, j. 8, c. 3, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. 6. Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (1999), Tafsir Al-Azhar, j. 5, c. 3. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. 7. Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (1999), Tafsir Al-Azhar, j. 9, c. 3, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd. 8. Abi al-Hasan `Ali al-Bari Al-Mawardi (t.t.), Al-Nukat Wa al`Uyun Tafsr al-Mawardi, j. 2. Beirt: Dr al-Kutub al`Ilmiyyah. 9. Abi Ja`far Muhammad Bin Jarr al-abari (1992), Tafsr alabari, j.12. Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah. 10. Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1968), Ihya’ `Ulum al-Din, j.4. Kaherah: Mu`assasah al-Halabi Wa Shurakah. 11. Afzalur Rahman (1979), Tuhan Perlu Disembah: Ekspolarasi Makna Dan Manfaat Salat Bagi Hamba, Hasmiyah Rauf (terj.), Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta. 12. Ahmad bin `Ali Ibn Hajar al-`Asqalani (1993), Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab Fadl Man Qam Ramadan, no 2009, j. 4, Beirut: Dar al-Fikr. 13. Ahmad Mutaf al-Maraghi (2001), Tafsr al-Marghiy, Muhamad Thalib (terj.), j.11. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14. Ahmad Mutaf al-Maraghi (2001), Tafsr al-Marghy, j.6. Beirt: Dr al-Ihy’ al-Tur al-Arabiy. 15. Al-Jurjaniy, Abu Hasan `Ali bin Muhammad (1971), Al-Ta`rift, Dr al-Tunisiyyah. 16. Al-Mu`jam al-Wast (1982), c. 2. j. 1-2. T.T.P: T.P. 17. Al-Munjid F al-Lughah Wa al-`Alm (1987), c. 28. Dr alMashriq:Beirt. 18. Al-Palembani, `Abd. Al-Samad (t.thn.), Siyr al-Sikn, Jilid IV, Singapura: Pustaka Nasional Singapura. 19. Fu`ad Ifrm Al-Bustani (1956) Munjid al-Tulb, c. 33, Lubnn: Dr al-Masyruq 20. Jall al-Din `Abd al-Rahman bin Abi Bakr Al-Suy (2000), Al-Durur al-Manthur Fi al-Tafsr al-Ma’thur, j. 6. Lubnan: Dr al-Kutub al-`Ilmiyyah. 21. Kamus Pustaka Melayu-Arab (1985), Kuala Lumpur: Darulfikir, h. 584. 22. Khalili Al-Bamar (1996), Ajaran Tareqat, Selangor: Pustaka Ilmi. 275
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS MARIAM BINTI ABD MAJID 23. Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin & Mohd Fuad Mohd `Isa (2007), Al-Miftah Kamus Moden Arab-Melayu-Inggeris, T.T.P.:Al-Azhar Media Enterprise. 24. Othman Napiah (2001), Ahwal dan Maqamat Dalam Ilmu Tasawuf, Johor: Univ. Teknologi Malaysia. 25. Sayyid Abu al-`Ala al-Mawdudi (1991), Let Us Be Muslims, c. 3, K.Lumpur: A.S. Noordeen. 26. Sayid Sabiq (1998), Aqidah Islam, Terj; Moh. Abdul Rathomy, Selangor : Klang Book Centre. 27. Sayyid Qutb (1998), Fi ill al-Qurn, j.6, Kherah: Dr alMashruq. 28. Wahbah al-Zuhayli (1998), al-Tafsr al-Munr Fi al-`Aqidah Wa al-Shari`ah Wa al-Manhaj, j. 29. Damshiq: Dr al-Fikr. 29. Wahbah al-Zuhayli, M Bassam Rusydi Zain, M. Wahbi Sulaiman, M. Adnan Salim (2007), Ensiklopedia Al-Quran, Jakarta: Gema Insani.
276