JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
METODOLOGI PERUMIAN DAN PENTAHQIQAN KITABKITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN Luqman Hakeem Bin Rusdi ABSTRAK
Kitab Tafsir Nur al-Ihsan di datangkan dengan skrip tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan merumi dan mentahqiq terhadap kitab Tafsir Nur alIhsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku, makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Hasil kajian ini mendapati sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan, beberapa kaedah perumian dan pentahqiqan juga turut diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap baris ayat al-Qur’an dan teks kitab berkenaan. Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh generasi pada masa kini. PENGENALAN Perumian adalah satu proses mengalih tulisan iaitu daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi. Di dalam proses untuk merumikan terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, penulis cenderung untuk menggunakan metodologi tertentu, iaitu sistem ejaan dan tulisan yang menggunakan kaedah penulisan mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2001), rasional pemilihan buku ini adalah kerana kandungan di dalamnya memuatkan 165
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI sistem ejaan dan tulisan terkini bahasa Malaysia yang mana mengikut Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia (PUEBBM) 1972. Selain mendatangkan definisi perumian, sistem ejaan dan sistem penulisan bahasa Melayu Rumi, dalam kajian ini juga disertakan maklumat ataupun metodologi perumian yang kesemuanya berteraskan kepada buku-buku terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Seterusnya, kaedah pentahqiqan pula merupakan satu kaedah bagaimana untuk mengenalpasti keabsahan dan keterbolehpakaian sesuatu sumber itu diambil khususnya sumber yang berkaitan dengan al-Hadith. Selain itu juga penulis akan membuat penambahbaikan dengan meletakkan nombor ayat dan bilangan ayat dibawah tajuk disamping memberikan definisi terhadap perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Untuk perkataan-perkataan bahasa Melayu klasik, penulis akan sedaya upaya untuk merujuk berpandukan kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2010), bagi istilah-istilah bahasa Arab dan istilah-istilah fiqh, penulis akan merujuk kepada Kamus Bahasa Arab-Melayu Dewan dan juga Kamus Peristilahan Fiqh. PERUMIAN Menurut peristilahan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) edisi keempat, rumi bermaksud huruf atau abjad dalam bahasa Melayu dan bahasa moden yang lain yang bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf Z, yang berasal daripada kerajaan Rom Kuno, huruf Romawi, huruf Roman, huruf Latin. Manakala istilah merumikan pula merujuk kepada menyalin mahupun menulis ke dalam tulisan Rumi, perumian pula merujuk kepada perihal merumikan tulisan, sebagai contoh merumikan tulisan Jawi. Setelah kita melihat pentakrifanpentakrifan terhadap maksud perkataan rumi diatas, maka menurut pandangan penulis, perumian disini adalah bermaksud satu proses mengalih tulisan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan dengan menggunakan metodologi tertentu tanpa mengubah dan menukar makna dan isi kandungannya disamping memperbaiki ejaan-ejaan yang tersalah dan memberikan kefahaman setelah ianya dirumikan, proses perumian ini juga sedikit sebanyak memperbaiki lagi sistem ejaan yang disesuaikan mengikut sistem tulisan bahasa Malaysia masa kini.
166
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU (JAWI-RUMI) Pada peringkat permulaan, usaha-usaha transliterasi Jawi-Rumi telah dilakukan oleh beberapa orang sarjana terhadap tulisan Jawi klasik dalam sebahagian daripada naskhah-naskhah Melayu ciptaan abad ke16 hingga ke-18. Daripada penelitian dan penerbitan semula manuskripmanuskrip, antara lain oleh C.O. Blagden1 (1930-1932), Ph.S. van Ronkel2 (1908), W.G. Shellabear (1898) dan G.W.J. Drewes (1955), sekadar contoh dapatlah dilihat disini tiga jenis transliterasi Rumi daripada Jawi klasik iaitu: (Ismail Dahaman, 2007:222) i) Ejaan Rumi menurut kaedah ejaan Belanda yang terdapat dalam glosari Elbinck tahun 1604. ii) Ejaan Rumi menurut kaedah ejaan Inggeris dalam transliterasi daripada surat Ternate tahun 1521 dan 1522 serta manuskrip-manuskrip abad ke-17 yang diselenggarakan oleh Shellabear (1898). iii) Ejaan Rumi bahasa Indonesia dalam transliterasi daripada surat Acheh tahun 1600 dan transliterasi teks Burda. Dari sinilah bermulanya titik tolak permulaan di mana proses perumian mula dilakukan dari hari ke hari. Oleh itu, di dalam merumikan kitab Tafsir Nur al-Ihsan, perlunya satu metodologi atau lebih tepat lagi satu sistem ejaan yang praktikal dan terkini untuk merumikan teks-teks kitab tafsir yang tersedia dengan skrip tulisan Jawi klasik. Terdapat beberapa sistem yang telah tersedia dicipta diantaranya ialah: Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904) Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolah umum adalah sama dan seragam dengan semua yang digunakan dalam kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an (Asmah Omar, 2008:92). Pedoman Ejaan Rumi Wilkinson dihasilkan berdasarkan Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun olehnya pada tahun 1903. 1
Manuskrip yang diterbitkan oleh beliau ialah dua pucuk surat yang dipercayai surat dalam tulisan Jawi yang tertua pernah ditemukan iaitu surat dengan nama Sultan Abu Hayat dari Ternate yang bertarikh 1521, beliau menyiarkan fotograf kedua-dua dokumen tersebut dengan transliterasi Rumi beserta terjemahan bahasa Inggeris. 2
Antara manuskrip-manuskrip Jawi ciptaan abad ke-17 yang diterbitkan oleh beliau termasuklah sepucuk surat perjanjian tentang harga lada yang ditulis di Acheh pada tahun 1600. Fotografi teksnya yang asal yang mengandungi lebih kurang 135 perkatan dalam 14 baris diterbitkan bersama-sama transliterasi Rumi dengan ejaan bahasa Indonesia.
167
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. (Ismail Dahaman, 2007:245). Dalam kaedah ini penulis melihat bahawasanya sistem ini tidak sesuai di gunakan untuk merumikan kitab Tafsir Nur al-Ihsan, memandangkan ianya dicipta berdasarkan bunyi dan ejaan sebutan Inggeris. Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940) Sistem ejaan tersebut yang sekarang ini dikenali sebagai “Sistem Ejaan Rumi Za‟ba” walaupun mempunyai beberapa kelemahan, telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan dalam urusan rasmi di tanah air sejak tahun-tahun 40-an lagi. (Asmah Omar, 2008:92). Sistem ejaan Rumi Za‟ba terus digunakan sehinggalah sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dikaji semula dan diselaraskan pada awal tahun 70-an. (Ismail Dahaman, 2007:257). Sistem ejaan Za‟aba dilihat merupakan satu sistem yang terkehadapan berbanding dengan sistem ejaan Wilkinson kerana ianya dicipta oleh orang Melayu walaupun mempunyai beberapa kelebihan dari segi pengejaannya berbanding Ejaan Wilkinson, namun ianya juga tidak dirasakan sesuai untuk dijadikan sistem bagi kajian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini. Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943) Ejaan Rumi yang dikenali Ejaan Fajar Asia ialah kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah dwi mingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula tahun 1943 di bawah Zainal „Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Ejaan ini digunakan pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, selepas berakhir pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1945 dan Tanah Melayu kembali kepada pemerintahan British, ejaan ini terhenti penggunaannya dan Ejaan Za‟aba digunakan. (Asmah Omar, 2008:93). Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam sistem ejaan Wilkinson dan dalam sistem ejaan Za‟ba. (Ismail Dahaman, 2007:290). Walaupun sistem ejaan ini dilihat lebih baik berbanding Ejaan Wilkinson dan Ejaan Za‟ba dari sudut grafem, namun ianya juga tidak menepati untuk digunakan sebagai sistem ejaan di dalam kajian terhadap Tafsir Nur al-Ihsan, kerana ianya masih lagi tidak mempunyai pedoman dan transliterasi yang konsisten.
168
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1972) Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan ejaan Rumi baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tahun 1972. Ejaan Rumi baru yang terkenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) di Malaysia dan Pedoman Edjaan Bahasa Indonesia Jang Disempurnakan (PEBIJD) di Indonesia itu ialah hasil daripada perancangan bahasa pada peringkat supranasional dalam bidang ejaan, iaitu salah satu langkah permulaan dalam bidang perancangan bahasa bagi negara-negara yang berbahasa Melayu di rantau ini. (Ismail Dahaman, 2007:353). Penulis melihat Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) ini merupakan satu sistem yang sesuai untuk digunakan di dalam penyempurnaan kajian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini kerana ianya lengkap dan terkini diantara kesemua sistem-sistem yang ada. SISTEM EJAAN RUMI BARU BAHASA MALAYSIA 1972 (SERBBM) Di dalam tahun 1900 sehingga 1959, pelbagai sistem ejaan dan tulisan telah diperkenalkan. Perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu bermula pada tahun 1902 di mana sistem-sistem ejaan tersebut diubah suai dan disesuaikan dengan bunyi vokal dari masa ke masa. (Ismail Dahaman, 2007:241-241). Pelbagai sistem ejaan yang dicipta dari dahulu umpamanya Sistem Ejaan Rumi Wilkinson, Sistem Ejaan Rumi Za’ba, Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia, Sistem Ejaan Rumi PBMUM dan banyak lagi sistem-sistem ejaan yang dicipta bagi memudahkan dan melestarikan setiap padanan Jawi ke dalam padanan Rumi. Setiap sistem ejaan mempunyai kelebihannya tersendiri bermula daripada sistem ejaan rumi Wilkinson sehinggalah sistem ejaan PBMUM, namun kesemua sistem-sistem ejaan ini tidaklah lengkap dan sempurna dari sudut padanan dan tidak mempunyai satu pedoman yang khusus apatah lagi untuk digunakan di dalam metodologi perumian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini. Justeru itu, penulis cenderung untuk menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) untuk merumikan teks-teks kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini. Relevan pengambilan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) ini sebagai metodologi perumian terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan adalah penulis menganggapnya sebagai satu sistem ejaan yang lengkap dan sempurna. Ianya mempunyai suatu sistem ejaan, iaitu aturan-aturan ejaan dan 169
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI pengejaan yang kebaikannya mengatasi semua sistem ejaan Rumi yang ada sebelum ini. (Ismail Dahaman, 2007:354). SERBBM mengatur kaedah tentang abjad Rumi, pelambangan vokal, pelambangan konsonan, penggunaan huruf, penyukuan kata, pelambangan diftong, penulisan awalan, penulisan kata depan, penulisan partikel, penulisan kata ganti singkat, penulisan kata majmuk, dan penulisan kata ulang yang kesemuanya didekati daripada sudut perubahan atau pembaharuan yang dilakukan berbanding dengan sistem-sistem ejaan lama. (Asmah Omar, 2008:93). Selain daripada itu, SERBBM adalah satu sistem terbaik di Malaysia di bawah olahan dan pantauan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana ianya disusun dan segala sistemnya diolah berdasarkan kepada Pedoman Umum Ejaan Baru Bahasa Malaysia (PUEBBM)3, dan segala senarai lengkap pengejaan kata diterbitkan dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (DERBM) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. PADANAN HURUF JAWI-RUMI Diantara permasalahan untuk merumikan sesuatu ejaan adalah ketiadaan satu sistem pedoman ataupun padanan yang sesuai atau disesuaikan dengan bunyi sesuatu vokal dan abjad. Untuk merumikan kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang tersedia dengan sistem tulisan Jawi maka perlunya diketahui padanan ejaan Jawi-Rumi yang terkini. Sesungguhnya abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun sebagaimana Jadual 3.1: (DBP, 2008:78-79) Jadual 3.1 Padanan Huruf Jawi-Rumi Huruf Jawi
Nama Alif
Padanan Rumi a
ب
Ba
b
ت
Ta
t
ة
Ta marbutah
t/h
ث
Sa (tha)
s, (th)
ج
Jim
j
ا
3
Pedoman Umum Ejaan Baru Bahasa Malaysia adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, cet.1, 1975, hlm.54.
170
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
چ
Ca
c
ح
Ha (ha)
h, (h)
خ
Kha (khO)
kh
د
Dal
d
ذ
Zal (Dhal)
z, (dh)
ر
Ra (rO)
r
ز
Zai
z
س
Sin
s
ش
Syin
sy, (sh)
ص
Sad (sOd)
s, (s)
ض
Dad (dOd)
d, (d)
ط
Ta (tO)
t, (t)
ظ
Za (zO)
z, (z)
ع
Ain (ʕain)
غ ڠ ؼ
Ghain
awal:a,i,u akhir:k, (‟) gh
Nga Fa
ng f
ڤ
Pa
p
ؽ
Qaf
k,q, (q)
ؾ ڬ ؿ
Kaf
k
Ga Lam
g l
ـ
Mim
m
ف
Nun
n
ك ۏ ق
Wau
w,u,o
Va Ha
v h
171
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
ء
Hamzah
م
Ya
ل
Ye (ye)
ڽ
nya
awal:gugur akhir:k,(‟) y,i,e taling e pepet akhir ny a
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka 2001 Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada bahasa Arab. Catatan 2: Huruf ( ۃta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t, dan t bagi padanan transliterasi. (DBP, 2001:71-72) METODOLOGI PERUMIAN JAWI-RUMI Sesungguhnya di dalam membuat padanan huruf dan cara menulis ejaan terhadap tulisan Jawi dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, didapati secara keseluruhannya ianya sesuai dengan padanan-padanan huruf Jawi-Rumi sebagaimana padanan diatas, namun terdapat beberapa permasalahan di dalam memadankan huruf-huruf Jawi yang kadangkala boleh mempunyai dua padanan huruf Rumi, ataupun boleh membawa kepada makna dan sebutan yang lain. Diantara cara penulisan perumian yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut: Perumian terhadap Huruf Hamzah Perumin huruf-huruf yang melibatkan huruf hamzah yang ditulis sebagai pemisah antara dua huruf vokal ketika mana ditulis di dalam tulisan Jawi, maka padanan Rumi bagi hamzah samada ai,au dan ui, di tengah kata yang berpola KVVK. Contohnya sebagaimana Jadual 3.2: Jadual 3.2 Perumian huruf hamzah Ejaan Jawi Padanan Rumi pais ڤاءيس
عاءيب ڤاؤس بوءيه
aib paus buih 172
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
غاءيب
ghaib
i) Istilah Serapan daripada Bahasa Arab Istilah serapan ialah istilah ataupun kata atau perkataan atau istilah serapan yang berasal daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf hamzah ditulis seperti kedudukannya dalam bahasa sumber. Contohnya sebagaimana Jadual 3.3: Jadual 3.3 Istilah serapan daripada bahasa Arab Ejaan Jawi
Padanan Rumi wuduk
كضوء امالء اخفأ انبيأ مأموـ
imlak ikhfak anbia makmum
ii) Huruf hamzah yang bertemu huruf vokal alif waw dan ya Huruf hamzah yang bertemu huruf vokal alif, waw dan ya di tengah kata terutamanya kata terbitan dan kata majmuk, maka padanan Rumi yang sesuai adalah dengan memadankannya dengan ejaan ai, au dan ui. Contohnya sebagaimana Jadual 3.4: Jadual 3.4 Huruf hamzah bertemu vokal alif, waw dan ya Ejaan Jawi
Padanan Rumi setiausaha
ستياءكسها يأيت تاتأكسها ڤنچأيندرا
iaitu tatausaha pancaindera
173
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI Huruf ta-marbutah dalam Kata Serapan daripada Bahasa Arab Huruf ta-marbutah iaitu ( ۃhuruf ta simpul), dalam kata serapan daripada bahasa Arab melambangkan fonem [t] atau [h] sebagai kelainan sebutan (sekiranya kelainan sebutan tidak membezakan makna). Contohnya sebagaimana Jadual 3.5: i)
Bunyi [t] dengan ejaan ta marbutah ()ۃ:
Jadual 3.5 Huruf ta marbutah Ejaan Jawi
Padanan Rumi adat
عادة عورة طبيعة ii)
aurat tabiat
Bunyi [h] dengan ejaan ta marbutah ()ۃ: Ejaan Jawi
Padanan Rumi fatihah
فاحتة مدرسة سورة iii)
madrasah surah
Bunyi [t] atau [h] dengan ejaan ta marbutah ()ۃ: Ejaan Jawi
Padanan Rumi akibat/akibah
عاقبة هداية كيفية مصيبة
hidayat/hidayah kaifiat/kaifiah musibat/musibah
Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab 174
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan sememangnya terdapat banyak penggunaan perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Arab. Justeru itu, untuk memudahkan pengalihan tulisan daripada Jawi (Arab) kepada Rumi, satu kaedah untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus adalah dengan dieja seperti ejaaan asal dalam bahasa Arab. Contohnya sebagaimana Jadual 3.6: Jadual 3.6 Pengejaan kata serapan daripada bahasa Arab Ejaan Jawi
Padanan Rumi wuduk
كضوء كقوؼ تيمم سجود زكاة حديث
wuquf tayamum sujud zakat hadith (hadith)
Selain itu juga huruf alif maqsurah ( )ىyang melambangkan bunyi vokal [a] dalam ejaan asal bahasa Arab dikekalkan demikian dalam ejaan Jawi dan dieja dengan vokal [a] dalam Rumi. Contohnya: Ejaan asal Arab
Ejaan Jawi
موسى عيسى اهلل تعاىل دعول فتول تقول
موسى عيسى اهلل تعاىل دعول فتول تقول
Padanan Rumi Musa Isa Allah ta‟ala dakwa fatwa takwa
Penulisan Kata Ulang Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, terdapat banyak kata ulang yang digunakan oleh pengarang di dalam memberikan penerangan dan penafsirannya terhadap ayat-ayat al-Quran, maka metodologi penulisan di dalam menulis perkataan-perkataan yang diulang adalah seperti Jadual 3.7: 175
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI i) Kata ulang penuh ditulis dengan mengunakan tanda angka dua Arab, iaitu (٢) dalam Jawi manakala untuk tulisan Rumi ianya ditulis dengan tanda sempang (-). Kata ulang penuh termasuklah kata ulang semu dan kata ulang jamak. Penulisan kata ulang semu adalah seperti berikut: Jadual 3.7 Penulisan kata ulang. Tulisan Jawi
Tulisan Rumi Anai-anai
٢انام ٢البه ٢سيا ٢كوڤو ٢اليب ٢سومڤه ii)
Labah-labah Sia-sia Kupu-kupu Labi-labi Sumpah-sumpah
Penulisan kata ulang jamak adalah seperti contoh berikut: Jadual 3.7 Penulisan kata ulang. Tulisan Jawi
Tulisan Rumi Baik-baik
٢باءيق ٢بوكو ٢انق ٢اكؿڠ ٢تيڤ ٢بسر
Buku-buku Anak-anak Ulang-ulang Tiap-tiap Besar-besar
iii) Apabila bahagian kata yang diulang itu berubah bentuknya, tanda sempang digunakan sebagai tanda ulangan di dalam tulisan Rumi dan bukannya dengan menggunakan teknik penomboran (2) atau ditulis dengan menyambungan terus sebagaimana yang digunakan dalam Jawi lama khususnya di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kata ulang jenis ini termasuklah kata ulang berimbuhan dan kata ulang berentak. Contohcontoh adalah sebagaimana berikut: 176
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015 3.7 Penulisan kata ulang.
Tulisan Jawi
Tulisan Rumi
ڽ٢اخري ٢برجالن مودمهدهن مستمات سلملما ٢برچيتا ٢براڠف ٢داكؿڠ
Akhir-akhirnya Berjalan-jalan Mudah-mudahan Semata-mata Selama-lama Bercita-cita Berangan-angan Diulang-ulang
Penulisan Gabungan Kata Seterusnya selain daripada itu juga, terdapat satu sistem tulisan Jawi di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang mana apabila ianya dirumikan nanti tidak menepati sistem tulisan bahasa Melayu masa kini, sebagaimana yang telah dikemaskinikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka dengan itu, satu sistem telah dibuat dengan meletakkan kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya sebagaimana Jadual 3.8: Jadual 3.8 Penulisan gabungan kata. Tulisan Jawi
Tulisan Rumi Oleh kamu
اكليهكامو مريكئت\ مريكئتله لڤسكندم\ معصيتكندم اكاندكو\ دنالڬم مڠترڬلينچر مڠددكؽ مڠأمڤت
Mereka itu/ mereka itulah Lepaskan dia/ maksiatkan dia Akan dikau/ dan lagi Yang tergelincir Yang duduk Yang empat
177
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI Bagi tulisan-tulisan seperti diatas maka penulis cenderung untuk memisahkannya, walaupun tulisan asal dalam tulisan Jawi dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan ditulis dengan bersambung, begitu juga terhadap kata yang menggunakan „yang’ ()يڠ, ditulis dengan renggang iaitu tidak disambungkan sebagaimana contoh diatas. Penulisan Kata Ganti Singkat Terdapat empat kata ganti singkat iaitu kau, ku, mu dan nya, yang kesemuanya merupakan bentuk terikat dalam Ejaan Rumi Baru (ERB). Terdapat dua cara menulis bentuk-bentuk ini iaitu: i) Perkataan ku, kau dan nya yang berfungsi sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, contohnya: rumahku, rumahmu, rumahnya, menemuiku, menemuinya, menemuimu, daripadaku, daripadanya, daripadanmu. ii) Huruf pertama pada mu dan nya yang berfungsi sebagai ganti nama Tuhan ditulis dengan huruf besar dan disempangkan daripada kata yang mendahuluinya, misalnya: hamba-Mu, rahmat-Nya, perlindunganNya dan lain-lain. Penulisan Partikal Partikal yang ditetapkan aturan tentang cara penulisan dalam ERB ialah lah, kah, tah dan pun. Dalam PUEBM ketiga-tiga lah, kah dan tah disatukan dengan kata yang mendahuluinya tanpa menggunakan tanda sempang seperti dalam ejaan Za‟aba, misalnya: adalah, ambillah, apakah, kenapakah dan bilakah. PUEBM menetapkan dua cara menulis partikel pun yang berdasarkan fungsinya. Partikel pun yang ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya ialah pun yang pada mulanya berfungsi atau bererti ”juga”, misalnya: ”Apa pun boleh terjadi.” dan ”Dia pun pergi”. Pun yang diserangkaikan dengan kata yang mendahuluinya ialah yang berfungsi sebagai komponen yang membentuk kata hubung yang terhad bilangannya yang dalam PUEBM disenaraikan sejumlah 13 kata, termasuk adapun, ataupun, bagaimanapun, sungguhpun dan walaupun. Penulisan Huruf Di dalam merumuskan aturan tentang penulisan huruf besar (huruf kapital) dan huruf miring (huruf italik atau huruf condong), penulis akan menggunakan tulisan condong atau italik terhadap kalimahkalimah bahasa Arab, kalimah-kalimah bahasa Arab yang telah 178
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
terasimilasi dengan bahasa Melayu dan termuat di dalam Kamus Dewan tidak ditulis dengan condong bahkan hanya ditulis seperti biasa dan hanya menggunakan transliterasi Arab/Jawi-Rumi untuk memudahkan ianya disebut. Terhadap penulisan huruf besar, penulis cenderung menggunakan seperti kebiasaannya sebagaimana yang terdapat pada Sistem Ejaan Bharu Bahasa Malaysia yang berpandukan kepada buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, umpamanya seperti berikut: (PUEBM,1987:11-14) i) Huruf besar digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat. ii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung. iii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubungan dengan kitab suci dan nama Allah, termasuk kata ganti untuk Allah. iv) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikuti nama orang seperti Nabi Muhammad, Imam Syafi’e dan lain-lain. v) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama orang, seperti: Khalid al-Walid, Siti A’isyah, Ummu Salamah, Abdullah bin Salam dan lain-lain. vi) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa, seperti: bangsa Melayu,kaum Quraisy, bani Quraizah, bani Jan dan lain-lain. vii) Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari raya dan peristiwa sejarah seperti: tahun Hijrah, tarikh Masehi, bulan Ogos, bulan Maulud, hari Jumaat dan lain-lain. Tanda Baca SERBBM juga mengandungi rumusan tentang aturan penggunaan tanda baca yang dianggap sebagai satu komponen penting dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Terdapat sejumlah 16 jenis tanda baca sebagaimana yang terdapat di dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (PUEBM), tanda-tanda baca tersebut adalah: tanda titik (.), tanda koma (,), tanda koma bertitik (;), tanda titik bertindih (:), tanda sempang (-), tanda pisah (-), tanda elipsis (...), tanda tanya (?), tanda seru (!), tanda kurung ((...)), tanda kurung siku ([...]), tanda petik (”...”), tanda petik tunggal (‟...‟), tanda garis miring (/), dan tanda penyingkat (‟). (DBP, 2007:385). Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, sememangnya hampir kesemua teks tidak diletakkan tanda baca khususnya tanda titik dan koma yang mana ianya menyukarkan untuk pembacaan dan pemahaman, justeru itu kajian ini akan meletakkan tanda baca 179
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI khususnya tanda titik dan koma dan tanda-tanda yang lain yang dirasakan perlu PENTAHQIQAN Menurut peristilahan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010) edisi keempat perkataan tahqiq atau tahkik bermaksud pengesahan sesuatu kebenaran dengan bukti, manakala perkataan mentahkikkan membawa maksud membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan, menyunting sesuatu karya. Seterusnya istilah pentahkikan merujuk kepada proses mentahkikkan sesuatu maklumat. Manakala menurut Dr Fahmi Sa‟ad dan Dr Tilal Majzub menyatakan bahawa makna tahqiq dari segi bahasa ialah membenarkan, mensabitkan yang hak, dan menghukum sesuatu, dan mensahihkannya. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:18). Setelah melihat kepada definisi-definisi tahqiq diatas maka dapat dilihat bahawasanya proses pentahqiqan ini melibatkan satu proses penyelidikan yang luas yang mana ianya melibatkan pengesahan, pensabitan, pensahihan, penghukuman dan banyak lagi, namun disini bolehlah dirumuskan bahawasanya pentahqiqan itu bermaksud menyelidiki setiap fakta dan maklumat yang terkandung di dalam sesebuah kitab mahupun manuskrip dan dibuktikan kebenarannya dengan mendatangkan hujah-hujah dan dalil yang nyata disamping memudahkan dan memperkemas terhadap perolehan data dengan meletakkan nota kaki dan sebagainya, maka pentahqiqan terhadap kajian ini hanya menjurus mengeluarkan hadithhadith di dalamnya dan meletakkan sumber asal peletakan hadith berkenaan disamping meletakkan nama dan nombor ayat al-Quran untuk memudahkan lagi rujukan. KAEDAH-KAEDAH PENTAHQIQAN Sebelum memulakan penulisan oleh seseorang pentahqiq itu terhadap penelitian dan uji kaji terhadap sesebuah kitab mahupun manuskrip, pentingnya untuk mereka yang ingin mentahqiq mengetahui selokbelok ataupun peringkat-peringkat pentahqiqan kerana dengannya tugasan akan menjadi lebih mudah disamping hasil yang diperolehi lebih tepat, diantara peringkat-peringkat pentahqiqan tersebut ialah: (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:30)
180
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
Memotong Nas dan Membahagi Berdasarkan Perenggan Sesuatu yang penting di dalam pentahqiqan, sebagaimana yang diketahui sebelum ini, ialah membangkitkan nas yang lepas yang bermanfaat dan menghidupkannya untuk memberi manfaat yang besar kepada kebanyakan manusia, iaitu membentangkan kitab sebagaimana yang diinginkan oleh pengarangnya. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31). Di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan sememangnya terdapat banyak nas-nas syara‟ yang dijadikan dalil oleh pengarang kitab iaitu Haji Muhammad Sa‟id, namun penelitian dan fokus kajian ini hanya tertumpu terhadap hadith-hadith yang dinyatakan oleh beliau. Sesungguhnya bukanlah daripada tujuan dan matlamat tahqiq ini semata-mata untuk mentahsin uslub pengarang dan memperbetulkan kesilapannya, tetapi semestinya bagi seseorang pentahqiq itu untuk mencari dan mengikat nas-nas yang terdapat padanya, namun jika didapati bahawasanya kedudukan nas-nas tersebut tidak tersusun, maka hendaklah sewajarnya bagi pentahqiq itu menyusunnya, umpamanya membahagikannya kepada bab-bab dan fasal-fasal, kemudian membahagikan pula setiap bab dan fasal berkenaan kepada perangganperenggan, dan menyusun perenggan-perenggan tersebut supaya ianya kelihatan cantik. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31). Untuk kajian terhadap manuskrip sememangnya perlu untuk membahagikan kepada bab-bab tertentu dan tajuk-tajuk kecil supaya ianya kelihatan kemas dan mudah dibaca, namun untuk kajian terhadap kitab seperti kitab Tafsir Nur al-Ihsan, sememangnya pengarang telah sedia membahagikan bab-bab dan tajuk-tajuk tertentu untuk memudahkan pembacaan, namun dari satu sudut yang lain, penulis akan melakukan penambahbaikan dari sudut teknikal yang lain umpamanya meletakkan jumlah ayat disetiap perbahasan tajuk-tajuk kecil iaitu bermaksud tajuk perbahasan ini bermula daripada ayat berapa hingga ke ayat berapa dan dinyatakan juga nama surah berkenaan, umpamanya seperti berikut: ( (Tegah ambil lain bangsa tempat rahsia) ) (Surah Ali-Imran ayat 118-122) (
ِ )يا أَيػُّها الَّ ِذين آمنُوا ال تَػتHai segala orang Mukmin َّخ ُذكا بِطَانَةن ِم ْن ُدكنِ ُك ْم َ َ َ َ
jangan kamu ambil orang buat tempat rahsia itu daripada bangsa lain kamu daripada Yahudi dan Munafiqin (
)ال يَأْلُونَ ُك ْم َخبَاالtiada ditaksir mereka itu 181
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI
ِ ُّم ْ )كُّدكا َما َعنت َ cita-cita ِ ت الْبػ ْغضاء ِمن أَفْػو ِ mereka itu akan kelemahan mudharat kamu (اه ِهم َ ْ ُ َ َ )قَ ْد بَ َد akan kamu pada berbuat fasad bagi kamu binasa (
sungguh telah zahir berseteru itu daripada segala mulut...
Diantara kerasionalan penambahbaikan ini adalah untuk memudahkan lagi kepada para pembaca mahupun penulis mengingat mahupun mengetahui akan isi kandungan penting terhadap skop perbahasan sesuatu surah dan ayat tertentu khususnya. Selain daripada itu juga penulis cenderung untuk meletakkan bila turunnya surah berkenaan disamping meletakkan bilangan nombor surah dalam alQuran, umpamanya seperti berikut: (4)Surah al-Nisa’ Madaniyyah Diturunkan selepas surah al-Mumtahanah (Seratus tujuh puluh lima atau enam atau tujuh ayat) Bismillahirahmanirahim (
ٍ َّاس اتَّػ ُقوا َربَّ ُك ُم الَّ ِذم َخلَ َق ُك ْم ِم ْن نَػ ْف س ُ يَا أَيػُّ َها الن
ٍاح َدة ِ )كHai segala manusia takut oleh kamu akan tuhan kamu yang menjadi ia َ
akan kamu daripada diri yang satu Adam dengan kamu taat akan Dia dan jangan kamu maksiatkan Dia (
) َك َخلَ َق ِمْنػ َها َزْك َج َهاDan menjadi ia daripadanya
Adam itu isterinya Hawa daripada satu tulang rusuk Adam yang kiri dalam syurga dengan tiada berasa Adam (ً
ث ِمْنػ ُه َما ِر َجاال َكثِ نريا َكنِ َساء َّ َ) َكب
Dan
menghembur ia daripada keduanya akan beberapa laki-laki yang banyak dan perempuan yang banyak kata setengah ulama‟ tiada mati Adam hingga lihat Adam hingga lihat anak cucu cicit empat puluh ribu...
Rasional kaedah ini dilakukan adalah untuk memudahkan kepada para pembaca mahupun penulis mengingati akan kedudukan bilangan surah-surah tertentu di dalam susunan al-Quran yang sebenar, selain daripada itu juga, peletakan bila diturunkan sesuatu surah itu juga memudahkan dan menambahkan lagi pengetahuan bagi sesiapa yang merujuk kitab Tafsir Nur al-Ihsan ini apabila ianya dicetak kelak. Apabila menemukan oleh seseorang pentahqiq itu terhadap nas-nas yang tidak ada padanya tajuk perbahasan mahupun rujukan padanya, maka hendaklah diletakkan tajuk perbahasan bagi setiap fasal dan tajuktajuk cabang bagi setiap perenggan supaya ianya mudah difahami dan kelihatan cantik, begitu juga terhadap tanda-tanda bacaan seperti alamat istifham dan ta’ajub. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:31), 182
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
namun ianya hanya boleh dilakukan terhadap kajian yang berbentuk manuskrip, sedangakan kitab Tafsir Nur al-Ihsan telah sedia terhasil sebagai sebuah kitab dan kandungan di dalamnya telah siap diletakkan tajuk-tajuk perbahasan dan diletakkan perenggan-perenggan, namun terdapat banyak di beberapa tempat, ketiadaanya peletakan nokhtah sebagai tanda berenti selain huruf-huruf Jawi yang tiadanya titik dan kalimah-kalimah tertentu yang tidak jelas kerana masalah cetakan, namun terhadap masalah ini, penulis akan meletakkan tanda nokhtah di tempat yang dirasakan sesuai dan terhadap huruf-huruf Jawi yang tiada titik dan kalimah tidak jelas, maka penulis akan meletakkannya sesuai dengan kesesuaian ayat dan perbahasan dengan merujuk kembali kepada kitab asal iaitu kitab Tafsir Jalalayn ataupun kitab Hasiyah alAllamah al-Sawi ala Tafsir al-Jalalayn, dengan itu masalah kesukaran pembacaan terhadap teks Jawi yang tidak mempunyai titik huruf dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan dapat diatasi setelah ianya dirumikan. Penelitian terhadap Nas dan Menguatkannya Sesungguhnya langkah yang mula-mula untuk membuat penelitian terhadap nas-nas yang khususnya terhadap kajian manuskrip ialah menuliskan semula dengan tulisan sebagaimana meletakkan penulis akan tulisannya, ini kerana tujuannya adalah untuk menjaga kehormatan dan sebagai sifat amanah, akan tetapi kebiasaan seseorang pentahqiq itu akan menulis sebagaimana tulisan yang diketahuinya pada hari ini. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:32), namun berbeza pula sebagaimana kajian yang dilakukan oleh penulis terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan, di dalam kajian ini, penulis telah membuat pengalihan tulisan daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi, ianya bukanlah bertujuan untuk merosakkan sistem tulisan pengarang mahupun menidakkan tulisan Jawi, namun ianya tidak lain adalah bertujuan untuk memudahkan dan memperkemas kitab Tafsir Nur al-Ihsan disamping pengekalan terhadap norma-norma keaslian dan keklasikannya. Kaedah yang terbaru di dalam penelitian terhadap jenis tulisan dan baris iaitu tambahan harkat kepada sesuatu kalimat, sebagaimana pada hari ini dengan merujuk kitab-kitab asma’ yang telah sedia dibukukan. Sebagai
سليمنditulis sebagai سليمافdan pertukaran perkataan يسkepada ياسنيdan sesungguhnya ianya adalah contohnya pertukaran perkataan
untuk memelihara baris terhadap sesuatu perkataan yang mana jika tersalah baris akan membawa kepada makna yang berbeza. Begitu juga 183
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI terhadap baris ayat-ayat hadith dan syair yang akan mempunyai pelbagai makna jika diletakkan baris yang berlainan. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:32), sesungguhnya terdapat banyak perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa Arab di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, di dalam penafsirannya juga perkataan-perkataan dengan tulisan Jawi yang mana ianya hampir sama penggunaannya dengan bahasa Arab dari segi perletakan baris, justeru itu ianya akan menjadi mudah untuk disebut setelah ianya dirumikan, kerana sistem rumi mengeja beserta siap dengan baris apatah lagi apabila ianya disertakan dengan transliterasi huruf, oleh itu salah satu kepentingan dan kelebihan perumian terhadap kajian ini adalah ianya boleh dibaca dengan mudah. Selain itu juga seseorang pentahqiq itu juga perlu sentiasa menyemak dan memperbetulkan nas-nas yang terkandung di dalamnya atau kaedah ini lebih sesuai dipanggil sebagai kaedah takhrij, iaitu proses dimana seseorang merujuk kembali setiap nas-nas yang digunakan oleh pengarang kitab yang tidak disebutkan sumbernya kepada rujukan sumber asalnya dan dinyatakan di dalam nota kaki atau hasiyah sama ada ianya berlaku penambahan atau pengurangan mahupun perbezaan dari segi lafaz. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:34). Sesungguhnya kajian terhadap takhrij hadith ini, ianya merupakan satu kaedah meneliti sumber asal hadith-hadith untuk menentukan perletakan sesuatu hadith, sama ada ianya hadith mahupun bukan, kesahihan mahupun kedaifan sesuatu hadith itu untuk dijadikan hujah. Penulis telah menyelidiki setiap metodologi pentahqiq khususnya metodologi yang digunapakai oleh para muhaqqiq untuk mentahqiq kitab-kitab tafsir antaranya ialah sebagaimana berikut: Sebagaimana yang dilakukan tahqiq terhadap kitab Tafsir Manahil ’Irfan fi ’Ulum al-Quran yang dikarang oleh al-Allamah Syeikh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani oleh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali al-Dimyati. Di dalam mukadimah pentahqiq berkenaan telah dinyatakan manhaj yang digunakan untuk mentahqiq kitab berkenaan dan ianya terbahagi kepada 5 perkara utama iaitu: (Ahmad Ali, 2001:5) 1Mengeluarkan ayat-ayat, iaitu tafsiran pengarang kitab. 2Mentakhrij hadith dan hukum dan apa yang berkaitan dengannya dengan menggunakan kaedah hadith. 3Meneliti nas dan menguatkannya. 4Melakukan terjemah atau penerangan dan tambahan maklumat kepada sesuatu perkara yang dirasakan perlu umpamanya seperti biodata, tarikh, dan sejarah. 5Menafsirkan perkataan-perkataan yang susah atau janggal.
184
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
Begitu juga kaedah yang dilakukan keatas kitab al-Itqan fi ’Ulum al-Quran karangan al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Abd al-Rahman al-Suyuti yang telah ditahqiq oleh Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim. Pada mukadimah tersebut dinyatakan bahawasanya jalan tahqiq yang akan di lakukannya ialah dengan meneliti nas-nas samada nas dari alQuran mahupun hadith, menyatakan nama dan nombor ayat al-Quran dan diletakkan di nota kaki, memberikan definisi pada kalimah tertentu dan lain-lain lagi. (Abu al-Fadhl Ibrahim, 1967:11). Seterusnya, begitu juga yang dilakukan terhadap kitab al-Jami’ li Ahkam al-Quran yang dikarang oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari alQurtubi yang ditahqiq oleh Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi dan Dr. Mahmud Hamid Uthman. Dalam mukadimah yang dinyatakan oleh beliau, mereka menggariskan sepuluh kaedah yang dilakukan oleh mereka di dalam mentahqiq kitab Imam al-Qurtubi dan empat kaedah daripadanya menyamai sebagaimana pentahqiq yang lain, sebagaimana yang penulis akan lakukan iaitu: (Ibrahim al-Hafnawi & Mahmud Hamid Uthman, 1996:10-11) 1Meneliti ayat-ayat al-Quran. Terkadang banyak ayat-ayat alQuran yang tersalah baris dan ini akan mengubah makna ayat. 2Takhrij ayat al-Quran dengan menisbahkannya kepada surah dan bilangannya. 3Takhrij hadith-hadith dan menyatakan sumber asalnya. 4Mensyarahkan atau memberikan makna terhadap lafaz-lafaz yang asing atau susah. Manakala 6 lagi kaedah tahqiq yang tidak dilakukan oleh penulis terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ialah sebagaimana berikut: 1Takhrij qiraat. 2Takhrij athar. 3Tahqiq hukum-hukum dan pandangan-pandangan yang dinyatakan dalam kitab. 4Mengeluarkan syawahid syair. 5Menterjemah atau memberikan perincian terhadap sesuatu perkara yang penting seperti nama, tarikh dan istilah-istilah tertentu yang dirasakan perlu. 6Merujuk setiap sumber terhadap nas-nas yang dinyatakan oleh pengarang kitab. Maka setelah penulis meneliti kaedah pentahqiqan khususnya pentakhrijan keatas hadith-hadith di dalam kitab tafsir berkenaan, penulis mendapati ianya merupakan kaedah yang sesuai untuk 185
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI digunakan memandangkan mereka tergolong sebagai golongan yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi dalam bidang pentahqiqan ini. Apabila diketahui bahawasanya seseorang pengarang kitab itu menyatakan atau meletakkan rujukan kepada sesebuah kitab tertentu, maka seseorang pentahqiq itu perlu merujuk kembali kepada kitab berkenaan sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang. Umpamanya terhadap ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Nabawiyyah, syair-syair dan amthal, seseorang pentahqiq itu perlu merujuk kembali bilangan dan nombor ayat al-Quran dan nama surah berkenaan. Sebegitu juga terhadap sumber hadith, amthal dan sebagainya perlu dirujuk kembali daripada mana datangnya ia. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:35) Menyediakan Nota Kaki Sesungguhnya penyediaan nota kaki merupakan juzuk yang penting di dalam proses pentahqiqan, menyebutkan padanya kesilapan bahasa mahupun penerangan terhadap maknanya yang mana kadang-kadang sesuatu perkataan itu mempunyai banyak maknanya. Selain itu juga kepentingan perletakan nota kaki adalah untuk menjelaskan kemusykilan khususnya berkaitan nas-nas, pentafsiran dan lafaz-lafaz susah yang mana terkadang pengarang menggunakan istilah-istilah tertentu. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:42). Sebagai contohnya beberapa kesilapan yang dikesan terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan ialah kesalahan ejaan terhadap perkataan (( )حديث كچيلhadith kecil) yang sepatutnya ianya adalah (( )حدث كچيلhadas kecil), penulis beranggapan ianya merupakan satu kesalahan setelah mengambil kira perbahasan tajuk dan melihat akan kesinambungan tajuk berikutnya yang membicarakan tentang bersuci iaitu hadas kecil dan hadas besar sebagaimana contoh berikut yang telah dirumikan: ( ( Hukum wuduk ) )
ِ َّ ِالصالة َّ ين َآمنُوا إِذَا قُ ْمتُ ْم إِ َىل َ )يَا أَيػُّ َها الذHai segala mereka yang ِ فَا ْغ beriman apabila kamu hendak berdiri pada sembahyang dan berhadas ( سلُوا ِ ِ ِ ِ ِ ْ كس ُكم كأ َْر ُجلَ ُكم إِ َىل الْ َك ْعبَػ ِِ ني َ )ك ُج ْ َ ْ ُوه ُك ْم َكأَيْديَ ُك ْم إ َىل الْ َمَرافق َك ْام َس ُحوا ب ُرء ُ Hadas kecil (
maka basuh oleh kamu akan segala muka kamu dan dua tangan kamu hingga dua siku dan sapu oleh kamu dengan kepala kamu dan kaki kamu hingga dua mata kaki empat anggota wudhu‟ dan diambil daripada sunat wajib niat dan
186
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
tertib jadi enam fardhu wudhu‟ wajib sapu sekalian kepala pada Imam Malik dan Imam Ahmad. Wajib sering pada Imam Abu Hanifah dan barang yang dinama sapu pada Imam Syafi‟e. (Muhammad Sa‟id: 210) ( ( Hukum Junub ) )
) َكإِ ْف ُكْنتُ ْم ُجنُبنا فَاطَّ َّه ُركاdan jika ada kamu junub maka bersuci
Hadas besar (
kamu dengan mandi junub niat angkat hadas besar dan merata air bulu dengan kulit. (Muhammad Sa‟id: 211)
Selain itu juga penulis akan meletakkan pada bahagian nota kaki akan nombor ayat dan nama surah sebagai salah satu kaedah tahqiq dan bukannya diletakkan nombor diakhir ayat di dalam perenggan kerana ianya dirasakan menjadikan perenggan tidak kemas dan tidak teratur, disamping meneliti nas-nas ayat al-Quran yang didatangkan di dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan berdasarkan panduan kepada Tafsir Pimpinan al-Rahman, kerana penulis mendapati terdapat ayat-ayat al-Quran yang diletakkan salah baris dan tertinggal perkataan, namun penulis beranggapan ianya bukanlah kelemahan mahupun kecuaian pengarang kitab bahkan ianya lebih kepada kesalahan sistem cetakan sebagai contohnya: (
ِ َ ) ُكلَّما نtiap-tiap terbakar kulit mereka ودا َغْيػَرَها ْ ض َج اه ْم ُجلُ ن ُ ُت ُجل ُ َود ُه ْم بَ َّدلْن َ
itu kami ganti akan mereka itu kulit yang lain satu saat seratus kali ganti
ِ اب َ )ليَ ُذكقُوا الْ َع َذ ِ ِ supaya merasa mereka itu akan azab Allah ((٦٥( كيما )إ َّف اللَّهَ َكا َف َع ِز نيزا َح ن dengan kembali kepada jalan yang mula belum terbakar (
bahawasanya Allah ta‟ala itu amat mulia kekerasan tiada lemah akan dia suatu lagi amat hakim pada makhluknya. (Muhammad Sa‟id:173)
Teks diatas merupakan teks yang telah dirumikan oleh penulis dan telah disemak dan diperbetulkan kesalahan barisnya, kesalahan asalnya ialah terdapat kesalahan baris pada kalimah (اهم ُ َ )ب َّدلْنiaitu pada
َ (اهم ُ َ)بِ َّدلْن
ْ
kitab Tafsir Nur al-Ihsan ianya ditulis sebagai
dengan
mengkasrahkan huruf ba yang pada asalnya ianya berbaris fathah.
187
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI Menulis Muqadimah Sebelum seseorang pentahqiq itu memulakan terhadap pentahqiqan nas-nas, perlunya untuk menulis muqadimah di awal permulaan kitab, ianya dilihat sebagai panduan dan maklumat terhadap pembaca terhadap perbahasan tahqiq dan sebagai bukti kesungguhan, kebenaran dan kesahihan terhadap kajian yang dijalankan. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Sesungguhnya tiada had tertentu yang khusus untuk meletakkan muqadimah, namun selalunya ianya diletakkan sebagai ringkasan sahaja dan kadang-kadang ada juga yang panjang. Diantara tiga perkara penting yang perlu ada pada muqadimah ialah takrif atau definisi tentang kitab mahupun manuskrip dan kepentingannya, seterusnya perlu dinyatakan manhaj pentahqiq iaitu kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan pentahqiqan tersebut dan yang terakhir perlu dinyatakan akan kesungguhan dan semangat pentahqiq berkenaan komitmennya terhadap kajian berkenaan. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Selain itu juga perlu dimasukkan ke dalam muqadimah ialah pengenalan tentang pengarang kitab berkenaan, keluarganya, pendidikannya, kecenderungannya, gurugurunya yang mana dia belajar dan juga suasana persekitaran dan zaman masa kehidupan pengarang kitab. (Dr. Fahmi Sa‟ad dan Dr. Tilal Majzub, 1993:44). Perbahasan terhadap pengarang kitab Tafsir Nur alIhsan ini penulis telah letakkannya di dalam satu bab iaitu bab kedua daripada kajian ini, begitu juga pengenalan terhadap kitab, metodologi penafsiran, metodologi kitab dan lain-lainnya. KESIMPULAN Sesungguhnya penggunaan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia 1972 (SERBBM) di dalam kajian perumian ini adalah kerana ianya merupakan satu sistem terkini dan terbaik yang mana ianya diadaptasi dan merupakan satu sistem penambahbaikan daripada sistem-sistem yang ada di Malaysia khususnya terhadap Sistem Ejaan Rumi Za’ba. Selain daripada itu juga, pemilihan SERBBM 1972 adalah disebabkan ianya mengandungi satu pedoman khusus iaitu Pedoman Umum Ejaan Baharu Bahasa Melayu (PUEBBM) yang mana ianya disusun dan diolah berdasarkan pedoman tersebut, dan segala senarai lengkap perkataan dimuatkan di dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DERBM) disamping menggunakan pedoman umum ejaan Jawi-Rumi yang telah sedia terdapat di dalamnya. Kaedah pentahqiqan yang dilakukan adalah sebagaimana kaedah yang dilakukan oleh kebanyakan ahli tahqiq kitab tafsir yang berwibawa khusunya 188
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126
BIL 8, ISU 2:NOVEMBER 2015
mengikuti kaedah pentahqiqan terhadap kitab Tafsir Jami’ al-Ahkam, Tafsir Manahil Irfan, Tafsir Itqan fi Ulum al-Quran dan banyak lagi. RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Asmah, Omar, Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2001, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2008, edisi kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1988, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Ejaan Rumi Baru, 1991, Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Fahmi Sa‟id & Tilal Majzub. 1993, Tahqiq al-Mahtutat baina alNazariyah wa al-Tadbiq. Beirut, cAlim al-Kitab. Hashim, Hj Musa. 1999. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail, Dahaman. 2007. Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, 2006, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Sa‟id, 1391H.Tafsir Nur al-Ihsan, Maktabah wa Matbuah al-Hadi wa Auladuhu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1987, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1986, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Qurtubi, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, 1996. AlJami‟ li Ahkam al-Qur‟an. Jil.1. Muhammad Ibrahim al189
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS LUQMAN HAKEEM BIN RUSDI Hafnawi &Mahmud Hamid Uthman (pnthq). Kaherah: Dar alHadis. Al-Suyutiyy, Jalal al-Din cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. 1967. AlItqan fi Ulum al-Qur‟an. Jil.1. Muhammad Abu al-Fadhl Ibrahim (pthq.). Kaherah: Maktaba Dar al-Turath. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur‟an. Al-Zarqani, Muhammad Abd al-Azim, 2001, Manahil al-Irfan fi Ulum al-Qur‟an, jil 1, Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali al-Dimyati (pthq), Kaherah, Dar al-Hadis.
190