[8] Peranan Institusi JAKIM Dalam Menentukan Arah Kiblat Di Malaysia Dari Perspektif Maqasid Syariah Fara Nur Wahidah Suria, Nurulhuda Ahmad Zaki & Saadan Man Pendahuluan Menghadap ke arah kiblat belum diwajibkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah lalu baginda berijtihad dengan menghadap ke Baitul Maqdis. Ini kerana ketika itu Baitullah dikelilingi oleh beratus-ratus berhala dan Baitul Maqdis dianggap paling istimewa dan suci. Setelah baginda berhijrah ke Madinah, kira-kira selepas 16 atau 17 bulan selepas itu, Allah SAW memerintahkan kepada Nabi SAW untuk memalingkan pandangannya ke arah Baitullah disebabkan kerinduan Nabi SAW yang memuncak untuk menghadap ke arah Baitullah1. Menurut sebuah hadith: Telah menceritakan kepada kami Musa Bin Ismail telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz Bin Muslim telah menceritakan kepada kami Abdullah Bin Dinar dia berkata; aku mendengar Ibnu Umar Radiallahu ‘Anhum berkata; “Tatkala orang-orang sedang sholat subuh di Quba’, datang seseorang lalu berkata, ‘Rasulullah SAW pada malam ini mendapat wahyu, beliau diperintahkan menghadap ke Ka’abah’ maka menghadaplah ke sana! Mereka pun segera beralih ke Ka’abah dalam keadaan shalat, padahal sebelumnya wajah-wajah mereka menghadap ke Syam (Baitul Maqdis)” 2. Pada peringkat awal perkembangan Islam, Rasulullah SAW ada bersama-sama sahabat maka penentuan arah kiblat tidak menimbulkan masalah ini kerana baginda sendiri yang menunjukkan ke arah kiblat apabila berada di luar Kota Mekah. Walaubagaimanapun apabila para sahabat mula mengembara untuk mengembangkan Islam, kaedah menentukan arah kiblat menjadi semakin rumit. Mereka mula merujuk kepada kedudukan bintang1
Haji Abdul Ghani Salleh (1999), Arah Qiblat: Ilmu Falak Syari’i, Kedah, h. 1.
2
Http://App.Lidwa.Com/ Shahih Bukhari 4133, 8.25 Mlm 25/9/2016. 135
bintang dan matahari yang dapat memberi petunjuk arah kiblat. Kiblat berdasarkan ijtihad para sahabat Rasulullah SAW lebih dikenali sebagai Kiblat Al-Sahaba3. Takrif Kiblat Tuan Haji Abdul Ghani menyatakan arah dalam bahasa arab disebut Jihah atau Syatrah dan kadang-kadang disebut dengan Qiblatain dan dalam Bahasa Latin disebut Azimuth4. Arah kiblat merupakan arah ke Kaabah yang dihadapkan seseorang semasa melakukan solat dan beberapa ibadah lain5 serta tidak terhad kepada amalan ketika hidup, orang yang telah meninggal juga disyaratkan supaya dihadapkan ke kiblat6 berpandukan kepada hadith daripada ‘Ubaid bin ‘Umair RA yang bermaksud : “Wahai Rasulullah SAW! Apakah dosa-dosa besar?” Baginda menjawab, “dosa-dosa besar itu ada Sembilan.” Dia menyebutkan maksudnya, selanjutnya dia menambah.. “menderhakai ibu bapa dan menghalalkan (perkara yang diharamkan) di Baitul Maqdis kiblatmu yang hidup dan yang mati.” (Riwayat Abu Daud) Baharrudin Zainal mendefinasikan arah kiblat menurut ilmu falak iaitu arah ke Kaabah mengikut jarak terdekat bulatan besar glob bumi7. Keperluan utama penetapan arah kiblat ketika melaksanakan ibadat fardhu seperti solat, pengebumian jenazah dan sunat ketika berdoa, penyembelihan dan yang berkaitan dengannya8. Menghadap kiblat ialah syarat sah sembahyang yang 3
Baharrudin Zainal (2004), Bab 6: Takwim, Arah Kiblat Dan Waktu Solat, Ilmu Falak Edisi Kedua, Dawama Sdn Bhd :Selangor, h. 112.
4
Haji Abdul Ghani Salleh (1999), Arah Qiblat: Ilmu Falak Syari’i, Kedah, h. 2.
5
Baharrudin Zainal (2016), Bab 3;Pentahkikan Unsure-Unsur Ilmu Falak Dalam Naskhah Sabil Al-Muhtadyn, Pentahkikan Naskhah Falak Alam Melayu, Jabatan Mufti Negeri Selangor, h. 25
6
Muhamad Zakuwa Rodzali (2015), Hukum Memperbetulkan Kubur Yang Terpesong Arah Kiblat Dan Kedudukan Mayat Di Dalamnya, Muzakarah Falak 2015, Kuala Terengganu.
7
Baharrudin Zaina (2004)L, Bab 6: Takwim, Arah Kiblat Dan Waktu Solat,Ilmu Falak Edisi Kedua, Dawama Sdn Bhd :Selangor, h. 111.
8
Baharrudin Zainal (2003), Bab 4: Penentuan Arah Kiblat, Ilmu Falak: Teori,Praktik Dan Hitungan, KUSZA :Kuala Terengganu, h. 60. 136
keempat. Menurut Kitab Salat Empat Mazhab, kiblat ialah bangunan Ka’abah. Ini bermakna dia hendaklah menghadap ke arah Ka’abah9. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu). (Al-Baqarah ayat 150) Arah Kiblat Di Malaysia Menurut seorang pakar Ilmu Falak, Tuan Haji Abdul Ghani Salleh, suatu ketika dahulu masalah arah kiblat terpesong dan tidak tepat adalah disebabkan oleh individu yang melakukannya bukan pakar pada bidang tersebut. Ia diserahkan sepenuhnya kepada tokoh atau ulama yang kurang arif tentang ilmu menentukan arah kiblat. Ia berpandukan hanya kepada kedudukan tokoh itu yang berpengaruh, berkewibawaan dan mempunyai kedudukan yang tinggi tanpa melihat kepada apa ilmu yang mereka miliki 10 tambahan pula menentukan kiblat dengan secara ijtihad dan pengalaman sendiri tanpa menggunakan bantuan alatan-alatan moden. Pada ketika itu tidak dipertikaikan, namun setelah tokoh tersebut tiada dan selepas suatu tempoh jangka masa yang panjang, barulah ia dibahaskan dan dipertikaikan semula 11. Suatu lagi isu yang menyebabkan kiblat masjid dan surau lama yang salah kiblatnya adalah disebabkan oleh kiblatnya ditentukan oleh pegawai-pegawai Inggeris ketika zaman penjajahan. Ini kerana ketika zaman itu, mereka adalah individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengukuran dan diiktiraf berbanding orang tempatan. Namun begitu, yang menjadi silap adalah kerana 9
Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji (2010), Terj. Ridzuan Bin Hashim, Juanda Jaya,Azizi Ismail, Asri Hashim Dan Salehan Ayub, Bab 2: Sembahyang,Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1,Pustaka Salam Sdn Bhd: Kuala Lumpur, h. 153.
10
Haji Abdul Ghani Salleh (1999), Arah Qiblat: Ilmu Falak Syari’i, Kedah, h. 3.
11
Ibid. 137
latitud dan longitud Mekah diperoleh daripada buku Atlas sahaja. Ini menyebabkan arah kiblat yang ditentukan tidak tepat menghadap ke arah kiblat 12. Kini, bagi mendirikan masjid atau surau perlu mendapat Persetujuan Daripada Badan Agama Berautoriti Seperti Jabatan Agama Islam Negeri Dan Juga Jabatan/Pejabat Mufti Negeri-Negeri. Ini kerana pegawai yang ada di agensi tersebut mempunyai pengetahuan mengenai ilmu falak dan berkemahiran menggunakan peralatan seperti teodolit, kompas, teleskop dan sebagainya. Dalam satu Muzakarah Falak yang berlangsung di Kuala Terengganu pada tahun 2015 telah dibangkitkan satu isu kiblat di tanah perkuburan yang terpesong arah kiblatnya dari arah kiblat yang sebenar bedasarkan laporan daripada setiap jabatan mufti negeri. Keputusan mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM kali ke-86 pada 16 hingga 18 Jun 2014 telah memutuskan bahawa sekiranya kubur didapati terpesong dari arah kiblat sebenar, pembetulan semula kubur dan kedudukan mayat di dalamnya hendaklah dibuat. Had pesongan 45 darjah bolehlah dijadikan panduan untuk pembetulan semula13. Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 79/2007, Muhamad Zakuwa berpandangan bahawa arah menghadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan dzanni. Penentuan had tidak melebihi 3 darjah bagi pesongan mihrab yang dibenarkan tidak perlu ditetapkan (difatwakan) sebaliknya hanya dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau 14. Peranan JAKIM Dari Perspektif Maqasid Syariah Pengurusan yang sistematik dan teratur pasti menghasilkan gerak kerja yang efisyen dan sempurna. Begitu juga JAKIM sebagai satu badan yang berautoriti dalam Hal Ehwal Agama Islam di Malaysia. 12
Ibid.
13
Muhamad Zakuwa Rodzali (2015), Hokum Memperbetulkan Kubur Yang Terpesong Arah Kiblat Dan Kedudukan Mayat Di Dalamnya, Muzakarah Falak 2015, Kuala Terengganu.
14
Siti Nur Hidayah,Othman Zainon, Mohamad Saupi Che Awing(2016), Kesedaran Arah Kiblat Dalam Kalangan Masyarakat Islam Negeri Johor, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, h. 35. 138
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau biasa disebut JAKIM merupakan sebuah agensi agama di peringkat persekutuan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha membangun dan memajukan pengurusan Hal Ehwal Agama Islam dengan lebih sistematik dan bersifat global di negara Malaysia. JAKIM mensasarkan untuk menjadi sebuah agensi peneraju kecemerlangan pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia menjelang tahun 2020 dengan misi memacu transformasi pengurusan Hal Ehwal Islam untuk meningkatkan kemaslahatan negara melalui pemerkasaan agensi Agama Islam secara inovatif dan strategik. 15 JAKIM juga bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Agama Islam di Malaysia dengan tujuan untuk memastikan ajaran Agama Islam itu tersebar luas kepada masyarakat. Sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara (pasal) 3 ayat 1 : “Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan”. Jika kita melihat kepada fungsi-fungsi utama JAKIM seperti penggubal dan menyeragamkan undang-undang syariah, penyelaras pentadbiran Islam dan penyelarasan dan pembangunan Pendidikan Islam. Di sini menunjukkan bahawa JAKIM menggalas tugas yang berat bagi memastikan kemaslhatan penduduk Malaysia khasnya. Ini bertepatan dengan konsep Maqasid Syariah yang mana tujuan syariah itu adalah untuk mendapatkan Maslahah (kebaikan) dan menolak Mafsadah (keburukan). Antara usaha-usaha lain yang dilakukan JAKIM bagi memperkasakan lagi syariat Islam, dengan bertindak sebagai peneraju usaha-usaha penyelidikan isu-isu semasa dalam bidang akidah, syariah, falak dan muamalat di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa16. Ini merupakan salah satu usaha murni bagi mendapatkan kesepakatan dalam mendapatkan sesuatu keputusan yang dipersetujui antara semua negeri. Muzakarah, Munaqashah merupakan satu platform yang diusahakan oleh pihak JAKIM bagi pemimpin agama setiap negeri
15
http://www.islam.gov.my/mengenai-jakim/visi-misi-objektif-fungsi
16
Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Pelan Penyelarasan Perundangan Islam di Malaysia: Peranan dan Cabaran JAKIM. 139
mewakili rakyat negeri, duduk semeja bersama bagi mencari penyelesaian atas sesuatu isu itu supaya pelaksanaannya nanti adalah sekata dan tidak berlaku percanggahan dan perselisihan. Suatu ketika dahulu, ilmu falak didominasi oleh golongan kadi, mufti dan ulama. Ini kerana mereka terlebih dahulu mempunyai ilmu dan kemahiran ilmu falak yang mereka pelajari samada dalam Negara atau luar Negara. Ini menunjukkan bahawa aktiviti pengukuran kibkat yang mana ia merupakan sebahagian daripada elemen dalam ilmu falak telah lama dipraktikan. Sekitar tahun 1990, sub-unit falak ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Islam, BAHIES (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam). Seiring perkembangan Negara, maka Bahagian Hal Ehwal Agama Islam dinaik taraf menjadi sebuah jabatan sekitar tahun 1997 tidak terkecuali juga bagi falak, daripada Sub-Unit Falak menjadi Unit Falak dan diletakkan di bawah Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan, JAKIM. Tugas Unit Falak JAKIM tidak hanya menumpukan kepada penentuan arah kiblat sahaja tetapi juga berperanan dalam menyediakan Tawim Islam dan juga Waktu Solat. Terdapat 2 jawatankuasa yang ditubuhkan diperingkat JAKIM bertujuan sebagai platform bagi menunjukkan komitmen JAKIM terhadap Ilmu falak yang merupakan sebagian daripada ilmu fiqih dan berkewajipan untuk menguasainya. Jawatankuasa tersebut adalah jawatankuasa teknikal calendar islam dan jawatankuasa kecil analisis rekod cerapan hilal seluruh Malaysia. Ini menunjukkan betapa pentingnya JAKIM dalam membantu kesahan solat umat islam di Malaysia disamping hal-hal lain seperti perundangan, pendidkan islam dan banyak lagi. Penutup Ketepatan arah kiblat perlu diberi penekanan serius disamping ia perlu dititikberatkan bagi mencapai kesempurnaan ibadah yang dilakukan. Hakikatnya Ilmu falak sangat berkait rapat dengan ilmu fiqh disamping ia sangat bergantung antara satu sama lain. Peranan yang dimainkan oleh JAKIM amat penting dalam menjaga kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia.
140