PERANAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM MEMARTABATKAN DAN MEMPERKASAKAN INSTITUSI RAJA DI MALAYSIA Kamarudin Hussein, Hanum Hassan, Ramlah Adam, Nurul Syazwani Zulkifli, Adila Ismail & Asiah Sarji
Pengenalan Akibat globalisasi, cabaran terhadap keutuhan budaya dan moral manusia semakin berkembang. Globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah menyebabkan kebanjiran maklumat baru yang berpotensi untuk mengubah nilai-nilai budaya dan sukar untuk dipintas dan ditapis. Perubahan kepada nilai-nilai budaya yang tidak terkawal akan membawa kepada keruntuhan budaya dan tamadun sesuatu bangsa. Ledakan maklumat misalnya, membolehkan pengguna mengakses pelbagai jenis pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi turut mengandungi maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya sesuatu bangsa. Keadaan ini mengakibatkan reversal of values atau keruntuhan sistem nilai masyarakat yang semakin menjadi-jadi di seluruh dunia.
Malah, kemunculan fenomena ini juga mempunyai kaitan dengan penjajahan pemikiran dan pendominasian budaya barat secara berterusan terhadap masyarakat dunia melalui globalisasi dan imperialisme budaya (Abd. Rahman, 2002) yang akan mencetuskan fahaman individualisme. Fahaman ini akan menyebabkan seseorang itu mementingkan diri dan melupakan kepentingan kepada bangsa dan negara. Akibatnya keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang diambil mungkin menguntungkan diri sendiri tetapi akan merugikan bangsa dan negara.
Di samping itu juga, menurut Raja Nazrin Shah (2009), globalisasi turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa. Antaranya tindakan-tindakan seperti menghina, mempersenda dan menanam kebencian terhadap Institusi Raja yang merupakan langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan Institusi Raja yang akhirnya menghapus identiti asal negara bangsa. Walaupun Institusi Raja telah lama bertapak namun keadaan ini tidak bermakna Institusi Raja boleh dihina dan dipersendakan sesuka hati oleh seseorang atau sekelompok masyarakat kerana menurut Raja Nazrin Shah (2009), "Ia mungkin pelita lama tetapi kekal memancarkan cahaya. Pelita lama jangan terlalu cepat mahu dibuang kerana riak melihat fajar yang akan menyinsing; ingatlah hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila senja
mendakap malam, warga mula teraba-raba, hilang haluan di selimuti kegelapan malam, kerana pelita lamanya sudah tiada lagi".
Seharusnya Institusi Raja wajar dipertahankan kerana Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan iaitu payung mahkota negara. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas peranan Institut Pengajian Tinggi Malaysia dalam memartabatkan dan memperkasakan Institusi Raja di Malaysia. Di samping itu juga, kertas kerja ini akan mengetengahkan peri pentingnya Institusi Raja dipertahankan demi survival bangsa di Malaysia. Hal ini kerana globalisasi berupaya memecahkan benteng budaya dan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa (Raja Nazrin, 2009).
Cabaran Terdahulu Menurut Shamsul Amri (2007), sejarah cukup penting dalam pembinaan sesebuah negara kerana sejarah memberikan warna dan wajah kepada negara berkenaan. Sejarah menjadi tunjang kepada pemerintah dalam melayari proses pembinaan negara. Sejarah juga telah menunjukkan bagaimana Raja-raja Melayu menghadapi pelbagai cabaran dalam mentadbir negeri. Antaranya usaha untuk mengubah kefahaman Hindu yang agak mendalam dalam kalangan masyarakat Melayu. Begitu juga dengan cabaran yang datang daripada kuasa adat. Setelah Islam berjaya dijadikan sumber kepada cara hidup dan pemerintahan, cabaran seterusnya yang dihadapi Raja-Raja Melayu ialah pengaruh kuasa atau penjajah Barat di Alam Melayu (Shamrahayu, 2013). Menurut Shamrahayu (2013) lagi, kuasa barat tidak datang ke Tanah Melayu ini dengan tangan kosong. Sebaliknya mereka membawa pengaruh bukan sahaja imperialisme fizikal tetapi juga sarat dengan misi keagamaan iaitu ajaran Kristian dan undang-undang sekular yang dilihat sebagai mencabar kedudukan Islam dan undang-undang. Keadaan ini telah menjadi cabaran yang besar kepada Raja-raja Melayu.
Malah, pendudukan dan penaklukan negeri-negeri Melayu oleh kuasa Inggeris pada akhir abad
ke-19
telah
membawa
perubahan
besar
kepada
pentadbiran
negeri
dan
mempengaruhi peranan Raja-raja. Kedudukan Raja-raja masih lagi teratas tetapi bidang kuasanya
semakin
British,walaupun
terhakis.Pentadbiran
pandangan
mereka
sepenuhnya
masih
lagi
dalam
boleh
tangan
disampaikan
Residen melalui
Durbar.Penghakisan kuasa ini dikritik oleh Sultan Perak ,Sultan Iskandar dan meminta British
menjalankan
dasar
Disentralisai
supaya
kuasa
Raja
dapat
dipulangkan
semula.Kritikan Baginda itu menjadi salah satu tanda gerakan nasionalisme Tanah Melayu.
British juga cuba mencabut kuasa Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah negeri dan payung rakyat serta asas tamadun Melayu apabila Malayan Union diperkenalkan.Rancangan penubuhan Malayan Union telah diumumkan di Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 dan bagi menubuhkan Malayan Union, persetujuan daripada Raja-Raja Melayu adalah diperlukan dan semua perjanjian harus ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu. Sir Harold Mac Michael, wakil British itu telah memperdaya dan mengugut Raja-Raja dalam usaha untuk mendapat tandatangan itu(Khoo Kay Kim, 2009). Malah Raja-Raja Melayu tidak diberi kesempatan untuk meneliti dan mengkaji perjanjian Malayan Union itu atau meminta pandangan para pembesarnya. Malah sistem baru itu telah membunuh Institusi Raja secara pemerintahan dan pentadbiran daripada tanahairnya.Penentangan orang Melayu yang sangat menyayangi Institusi Raja sebagai teras tamadun bangsa,berjaya membawa kesedaran kepada Raja-raja Melayu untuk menarik semula sokongan mereka kepada Malayan Union.Perpaduan Raja-raja Melayu dan rakyat Melayu telah menyedarkan British tentang penyelewengan dasarnya iaitu daripada melindungi kepada menjajah.Dengan perundingan yang menunjukkan ketegasan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu,Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Kepentingan penubuhan Persekutuan ini adalah sangat jelas kepada Institusi Raja.Konsep Raja Berperlembagaan mula diperkenalkan sebagai satu unsur moden dalam bidang kuasa Raja-raja Melayu. Sebelum 1948,kuasa Raja-raja Melayu adalah sebagai Raja Mutlak,yang memberi kuasa sepenuhnya kepada Raja-raja didalam pemerintahan negeri.Dengan konsep Raja
Berperlembagaan
ini,kedudukan
dan
bidang
kuasa
raja
ditetapkan
dalam
perlembagaan negeri secara bertulis.Raja-raja tetap bertahta diatas keseluruhan rakyatnya.
Dalam mencapai kemerdekaan negara pada 1957,Raja-raja Melayu sebagai ketua negeri,menandatangani perjanjian dengan British dan memberi perkenan dengan Perlembagaan Merdeka 1957,lebih awal sebelum kemerdekaan diistiharkan.Raja-raja tetap menjadi ketua negeri dan ketua negara yang merdeka.Jawatan Yang DiPertuan Agong diadakan sebagai Ketua Utama Negara Persekutuan Tanah Melayu dengan bidang kuasa yang luas sebagai ketua pemerintah negara.Ini termasuklah dalam bidang eksekutif,legislatif dan kehakiman. Raja-raja Melayu juga tetap memegang hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Penubuhan Malaysia pada 1963 juga tidak menggugat kedudukan perlembagaan Rajaraja.Baginda tetap mempunyai kedudukan yang sama seperti dalam Perlembagaan 1957,walaupun rakyatnya kini terdiri daripa perlbagai keturunan dan budaya.Rakyat tetap menerima Institusi Raja sebagai tonggak negara dan negeri-negeri Malaysia.Ia tidak dicabar oleh keghairahan politik rakyatnya.
Cabaran masa kini Cabaran terhadap Institusi Raja hari ini sangat berbeza daripada apa yang berlaku sebelum ini. Perlembagaan Negara memperuntukan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Peranan dan kedaulatan institusi Raja adalah dipelihara oleh Undang-undang Negara. Namun, kedudukan Institusi Raja pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh segelintir masyarakat yang menidakkan peranan Institusi Raja itu sendiri,akibat daripada pengaruh permainan politik dan perebutan kuasa. Antara cabaran-cabarannya ialah: Cabaran Pertama: Hari ini masyarakat mula mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja secara terang-terangan. Menurut Salehuddin (2009), sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pihak termasuk segelintir orang Melayu yang mula mempersoalkan tentang kuasa dan peranan Raja-raja. Malah ada juga pihak yang lancang menyarankan bahawa Intitusi Raja adalah tidak relevan dan kewujudannya perlu disemak semua. Kesan dan akibat tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara ini. (Salehuddin, 2009). Rakyat seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja bukan sahaja melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru Institusi Raja tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.
Cabaran Kedua: Ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Institusi Raja di Malaysia. Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja. Seharusnya isu ini tidak perlu dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab dengan merenung kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran ini mungkin wujud kerana masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan bidang kuasa seorang raja atau sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah negara yang mengamalkan sistem berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Generasi kini khususnya mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara mendalam mengenai sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang dimainkan oleh Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara (Salehuddin, 2009).
Cabaran Ketiga: Berlakunya pertembungan di antara nilai lama dengan nilai moden yang dibawa arus globalisasi sehingga meletakkan masyarakat berada dalam keadaan dilema krisis nilai. Kewujudan situasi ini juga menunjukkan bahawa krisis ini telah meresap ke dalam corak pemikiran sehinggakan mereka seolah-olah hilang pertimbangan. Malah ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik (Raja Nazrin Shah, 2009). Keadaan ini mungkin berlaku seperti mana yang dinyatakan oleh Samsudin (2001), bahawa perkembangan globalisasi bukan sahaja menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintergrasikan ciri-ciri budaya luar yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral serta merendahkan martabat keinsanan manusia. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengaruh golobalisasi menuntut kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di pentas antarabangsa sekaligus mempertahankan apa yang ada di peringkat setempat (Shamsul Amri, 2007). Cabaran keempat:Kegiatan politik yang cuba meruntuhkan Raja Berperlembagaan. Permainan politik oleh sesetengah golongan untuk mendapat kuasa pemerintahan telah sanggup mempersoalkan apa sahaja isu demi untuk mendapat pengaruh dan sokongan dalam berpolitik.Mereka sanggup mengacau sistem yang ada termasuk Institusi Raja,demi untuk membuat perubahaan,yang belum tentu akan menjamin keamanan,kestabilan dan keselamatan negara.Kumpulan ini mudah mendapat sokongan orang ramai kerana kurang memahami tentang sejarah dan warisan negara yang telah mewarnai Institusi Raja sebagai tonggak pemerintahan negara.Institusi Raja bukanlah suatu institusi yang baru ditubuhkan;ia telah berlangsung sejak kurun 1 masehi dirantau Alam Melayu ini.Ia menjadi sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu secara tetap walaupun kerajaankerajaan itu silih berganti membina tamadun didaerah ini.Jika dilihat dalam Malaysia ia telah berkembang dengan jelas sejak kurun 11 dan 15 tanpa putus-putus.Malah British dan Jepun sebagai kuasa luar yang menguasai negara ini juga tidak pernah membuang Institusi Raja sebagai ketua negeri,walaupun kuasanya diambil.Oleh itu cadangan untuk ahli-ahli politik mengganggu Institusi Raja dan menyebarkan sebagai tidak relevan kepada masyarakat adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak wajar dilakukan.Ini kerana bukan sahaja institusi itu telah dimasukkan dalam perlembagaan negara,tetapi ia juga merupakan warisan dan tradisi pentadbiran negara yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain didunia.Usaha untuk menguasai tampuk pemerintahan tidak wajar menarik sama Institusi Raja kedalam kancah politik. Hal ini kerana Institusi Raja bukanlah satu pilihanraya;ia
terbentuk dengan jurai keturunan tersendiri yang terletak diluar daripada kuasa rakyat dan pilihanraya.Mereka terkecuali daripada permainan politik rakyat.Oleh itu Institusi Raja patut dihormati dan dihargai oleh semua pihak. Memartabatkan dan Memperkasakan Institusi Raja di Malaysia Henslin (2007), menyatakan bahawa globalisasi akan menyebabkan peningkatan hubungan dan saling bergantung antara masyarakat yang berbeza di seluruh dunia yang akhirnya akan menghasilkan satu budaya yang baru seterusnya akan melupakan warisan sejarah mereka yang berharga. Kerisauan mengenai keadaan ini telah menimbulkan kesedaran kepada beberapa pihak untuk mempertahankan serta memartabatkan Institusi Raja di Malaysia.
Namun, siapakah yang
akan bertanggungjawab ke atas
usaha-usaha
pemeliharaan warisan atau Institusi Raja? Adakah kita hanya perlu mengharapkan pihak Kerajaan semata-mata bagi memastikan peranan Institusi Raja dimartabatkan? Tentunya tidak. Kerana Institusi Raja adalah warisan negara dan semua pihak harus terlibat dalam usaha-usaha untuk mengekalkan institusi ini.
Di United Kingdom misalnya, Historic Royal Palaces adalah satu badan yang bertanggungjawab untuk memelihara warisan di negara itu. Setiap selok-belok istana secara fizikalnya dijaga dengan rapi, dan setiap maklumat serta sejarah mengenai setiap istana dikumpulkan dan boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web rasmi Historic Royal Palaces. Historic Royal Palaces adalah satu organisasi bebas yang tidak menerima bantuan dana dari Kerajaan, sebaliknya bergantung kepada sokongan dan bantuan daripada pelawat-pelawat, ahli-ahli korporat, penderma, sukarelawan, serta penaja-penaja. Malah, di Kemboja juga, sejak tahun 1960-an lagi, mereka telah menubuhkan institusi-institusi di mana artis-artis akan dilatih dengan teknik-teknik tradisional untuk membuat replika patungpatung serta ukiran zaman purba. Menurut Putera Ravivaddhana Sisowath (2012), tindakan ini adalah penting bagi setiap rakyatnya menjaga warisan nenek moyang dan usaha ini harus digalakkan ke seluruh negara untuk memelihara Institusi Raja, di mana Institusi ini dianggap sebagai warisan negara.
Selain United Kingdom dan Kemboja, terdapat juga usaha yang dilakukan oleh Jepun untuk memartabatkan institusi raja iaitu dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan. Misalnya pada tahun 2007, kerajaan Jepun telah memberi kebenaran kepada para penyelidik untuk mengkaji 11 makam diraja, iaitu makam-makam Maharaja purba yang telah berusia berkurun lamanya. Dengan harapan hasil penyelidikan tersebut akan memberi penjelasan tentang kisah-kisah mitos yang menyelubungi kerabat diraja (NBC News, 2007).
Aktiviti-aktiviti sebegini dapat memberi peluang kepada orang ramai bagi mengakses kisahkisah raja yang dianggap sebagai suci dan terhad kepada golongan bangsawan sahaja.
Tidak dinafikan, kegiatan pengrekodan maklumat tentang Institusi Raja di Malaysia telah pun dijalankan melalui penulisan buku-buku serta aktiviti-aktiviti penyelidikan, Namun, sebagai rakyat yang tinggal Malaysia, di manakah maklumat-maklumat ini boleh diperoleh? Sehingga kini, tiada satu organisasi atau badan yang memonopoli aktiviti ini yang membolehkan masyarakat mengakses maklumat mengenai Institusi Raja. Justeru, bagi memastikan kelangsungan Institusi Raja dan kekal relevan, UniMAP telah menubuhkan Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM). Dengan tertubuhnya PKIRM ia dilihat sebagai wahana terbaik dalam merealisasikan hasrat ini terutamanya kepada generasi baru yang perlu didedahkan mengenai kefahaman yang jelas berkaitan dengan Institusi Raja di Malaysia.
Dengan adanya Pusat ini segala hal ehwal Institusi Raja dapat dikaji dan didokumenkan sebagai satu khazanah Negara. Dengan pengumpulan data yang mencakupi sejarah kesultanan, salasilah/geneologi, adat istiadat, sistem pertabalan raja, bidang kuasa mutlak dan raja berperlembagaan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan institusi ini akan dapat dikumpulkan sebagai artikel, jurnal, monograf atau
buku-buku yang boleh disebar luas
untuk masyarakat. Ia boleh menjadi bahan rujukan untuk golongan akademik dan orang ramai. Ia boleh menjadi ilmu dan pengetahuan penting masyarakat terutama dalam kelangsungan Malaysia sebagai sebuah Negara yang berpaksikan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Penubuhan PKIRM ini bertujuan untuk menjadi satu tempat khusus bagi mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan Institusi Raja sebagai satu institusi istimewa dalam sistem pentadbiran Malaysia. Selain itu, penubuhan ini juga bertujuan melahirkan satu pusat dokumentasi atau data bank bagi Institusi Raja Malaysia yang telah wujud sejak kurun 11 Masehi, kerana maklumat mengenai institusi ini masih bertaburan dan tidak kemaskini. Malah pusat ini juga berperanan untuk memberi kefahaman yang jelas dan relevan serta membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang peranan, kedudukan dan sumbangan Institusi Raja supaya rakyat akan terus mendokong dan mendaulatkan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Langkah
ini
perlu
dilaksanakan
bagi
memastikan
rakyat
Malaysia
mempertahankan Institusi Raja kerana ia mencerminkan wajah bangsa Malaysia. Ini amat penting kerana jika tidak berhati-hati, bangsa Malaysia mungkin akan kehilangan identiti
akibat tenggelam dalam arus globalisasi. Terdapat beberapa perkara penting yang membawa kepada penubuhan Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UniMAP iaitu: Pertama: Ia merupakan satu warisan bangsa dan Negara yang amat penting dan mempunyai sejarah yang panjang. Sejarah tentang Kesultanan Melayu ini membolehkan tradisi yang telah diasaskannya itu memberi identiti kepada tamadun yang telah berkembang sebelum kedatangan penjajah atau pihak luar ke Alam Melayu ini. Inilah yang membezakan zaman Kerajaan Melayu dengan penguasaan kuasa asing dari Barat dan Timur yang menguasai Malaysia kemudiannya. Dengan adanya tradisi dan warisan yang kukuh inilah Institusi Raja di Malaysia ini menjadi satu unsur penting dalam pentadbiran Negara pada hari ini.
Untuk melastarikan perkara ini,maka Pusat ini patut sentiasa menyebarkan maklumat atau memberi penerangan yang berterusan kepada generasi hari ini tentang institusi raja.Generasi muda patut diberi pendedahan yang secukupnya tentang institusi ini supaya ia sentiasa dilihat relevan disepanjang masa.Kepentingan institusi ini dalam pemerintahan negara juga patut dihuraikan dengan jelas kepada masyarakat supaya mereka tidak lagi berasa sangsi dengan peranan dan sumbangan institusi raja didalam kehidupan kenegaraan mereka.Sebagai warganegara,hal ini patut diperluaskan kepada masyarakat supaya masyarakat bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang cukup,tetapi juga dapat merasa bangga dan akan mempertahankan institusi ini untuk kelangsungan survival tamadun bangsa. Kedua: Malaysia adalah contoh penggunaan konsep Raja Berperlembagaan yang unik didunia. Tidak semua Negara di Asia Tenggara ini dapat mengekalkan dan melangsungkan Institusi Raja ini dengan harmoni seiring dengan perubahan-perubahan yang berlaku disepanjang zaman. Selain daripada Thailand, Malaysia adalah satu-satunya Negara yang memberi kuasa mengundi kepada rakyat tetapi mengekalkan kuasa dan kedudukan raja sebagai ketua negara dan negeri dengan bidang kuasa yang tertentu dalam perlembagaan. Malah yang lebih menarik lagi,kalau dinegara lain hanya terdapat satu Kesultanan/Monarki tetapi di Malaysia terdapat sembilan kesultanan yang kukuh terpahat dalam perlembagaan negeri yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Mereka juga mempunyai kedudukan tradisional yang tidak boleh dicampuri oleh pentadbiran awam atau rakyat Malaysia. Misalnya dalam pertabalan sesorang Sultan ataupun perlantikan Raja Muda/Tengku Mahkota; ini hanya boleh dilakukan oleh Majlis DiRaja disetiap negeri yang bersultan.
Dengan itu konsep Raja Berperlembagaan adalah satu ciptaan pentadbiran yang sangat unik dan boleh terpakai dalam zaman IT ini.Hal ini patut diperjelaskan oleh PKIRM kepada masyarakat supaya ia tidak disalah erti ataupun tidak dihargai.Ceramah dan penerangan patut menjadi aktiviti berterusan dalam media sosial,yang merupakan bilik kuliah untuk generasi muda Malaysia hari ini.
Ketiga: Menjadi pembekal maklumat setempat tentang Institusi Raja di Malaysia dan Negara luar. Cabaran globalisasi kepada Institusi Raja ini telah menyebabkan ia dipersoalkan oleh setengah pihak yang mempunyai pelbagai alasan yang tersendiri atau tersirat tanpa dapat difahami dengan jelas. Oleh itu penjelasan tentang institusi ini adalah sangat penting untuk disebarkan kepada orang ramai termasuk generasi muda yang semakin jauh dengan sejarah dan warisan bangsa. Mereka disogokkan dengan pelbagai fitnah, pendapat dan pandangan yang tidak tepat dan mengelirukan tentang sistem beraja ini. Mereka terdedah dengan aliran pemikiran antarabangsa yang kebanyakannya telah menolak sistem beraja kerana ia
dianggap lapuk. Generasi muda lebih peka kepada kerajaan republik yang
memberi kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk membuat keputusan tentang hala tuju politik dan pentadbiran negara. Oleh kerana sistem kenegaraan Malaysia ini telah berjalan lebih 55 tahun dan telah menunjukan prestasi yang baik dan relevan, maka adalah wajar semangat setia kepada raja dan Negara yang merujuk kepada prinsip kedua Rukun Negara dilaksanakan bersama oleh Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) dengan agensi kerajaan yang lain.
Keempat: Institusi Raja sebagai teras pemerintahan dan pentadbiran yang releven di sepanjang zaman. Raja Berperlembagaan yang berteraskan institusi diraja telah membuktikan bahawa sistem kerajaan moden ini boleh berjalan dengan baik walaupun itu warisan tradisi masyarakat Malaysia. Ia juga telah diterima zaman berzaman masyarakatnya. Oleh itu, ia menjadi satu elemen penting dalam pengurusan negara. Dengan pentadbiran yang menggabungkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, Malaysia mampu membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Malaysia diakui oleh dunia sebagai negara yang makmur sehingga menarik ramai pendatang tanpa izin dari negeri-negeri di Asia Tenggara dan Asia untuk datang bekerja dan membina kehidupan disini. Dengan itu satu persoalan boleh ditanya: Apakah sistem kerajaan republik lebih baik daripada sistem pentadbiran yang menggunakan Raja Berperlembagaan? Adakah sebuah negara republik lebih makmur dan aman daripada sebuah pentadbiran yang mengekalkan Institusi Raja? Malaysia telah membuktikan, seperti juga Thailand dan Brunei, bahawa pengekalan Institusi Raja dalam
sistem pentadbiran negara bukanlah satu kesalahan ataupun satu kelemahan. Negerinegeri beraja itu tetap makmur dan membangun.
Pemahaman seperti ini patut disebarkan oleh Pusat ini dalam melastarikan Institusi Raja itu. Pemahaman ini boleh dilakukan oleh para pendidik disekolah dan pusat pengajian tinggi melalui kursus-kursus kenegaraan dan diwajibkan kepada mereka. Dengan pengetahuan yang cukup, Institusi Raja akan dilihat relevan kepada mereka. Kesimpulan Mengekalkan Institusi Raja sebagai Raja Berperlembagaan adalah sesuatu yang sangat relevan pada masa kini. Hal ini kerana Institusi Raja adalah sebahagian daripada sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang berfungsi dalam bidang esekutif,perundangan dan esekutif diperingkat negara dan negeri.Walaupun mereka dinasihati oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Besar,Raja-raja tetap bertahta dan pembuat keputusan setelah dipersetujui oleh wakil-wakil mereka didalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.Raja
sebagai
payung
negara
dan
penyumbang
kepada
kelangsungan
tradisi,kemajuan, keselamatan dan keamanan negara. Walaupun Institusi Raja merupakan pemerintah tertinggi, namun ia tidak akan menganggu kuasa politik yang menjadi perebutan bagi sebilangan rakyat. Masyarakat perlu bijak dalam membuat pilihan dan penilaian, untuk memastikan kedudukan Institusi Raja terus bersinar tanpa ancaman dari mana-mana sudut. Sehubungan itu, kewujudan Pusat ini diharap dapat memberi pendedahan dan pendidikan berkaitan Institusi Raja kepada rakyat Malaysia.
RUJUKAN Abd. Rahman Embong, 2002. Faktor ideologi politik dan budaya dalam penutupan minda Melayu Islam. Himpunan kertas kerja isu dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur. Henslin, J. M. (2007). Sociology: a down-to-earth approach. 9th ed. Boston: Allyn & Bacon, Inc. Historic Royal Palaces (2013). Diperoleh dari http://www.hrp.org.uk/ Khoo Kay Kim (2009). Kedaulatan Raja Dan Peranannya Dalam Sesebuah Negara Berbilang Bangsa.Kertas kerja dalam Wacana: Kedaulatan Raja Yang Mesti Dipertahankan. Majlis Agama Islam Selangor, 23 November 2009. NBC News. (2007). Japan opens imperial tombs for research? diperoleh dari http://www.nbcnews.com/id/16471340/#.UYnqX1fIuSp. Salehuddin Saidin (2009). Kedaulatan Raja Dari Perspektif Perlembagaan Persekutuan. Kertas kerja dalam Wacana: Kedaulatan Raja Yang Mesti Dipertahankan. Majlis Agama Islam Selangor, 23 November 2009. Samsudin A. Rahim (2001). Media Dan Identiti Budaya: Cabaran Media Terhadap Masyarakat Malaysia Di Alaf Ke-21. Kertas kerja di Sirnposium Kebangsaan Masyarakat Malaysia - Isu dan Cabaran Abad Ke 21. Universiti Malaya. 22-24 Julai 2001. Shamrahayu Abdul Aziz (2013). Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara – Peranan RajaRaja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan. Kertas Kerja Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara. Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013. Shamsul Amri Baharuddin (2007). Budaya Yang Tercabar. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (2009). Serangan globalisasi hapuskan sejarah bangsa. Utusan Malaysia, 20/04/2009. Ravivaddhana Sisowath (2012). Prince from Cambodian Royal Family. Interview by Charney, N. for Blouin Artinfo. Diperoleh dari http://www.blouinartinfo.com/news/story/846970/preserving-patrimony-prince-ravivaddhanasisowath-on-the