HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di Malaysia Oleh: Muhammad Faidz Bin Mohd Fadzil ∗ Dr. Fauzi Bin Deraman ∗∗ Selamat B. Amir ∗∗∗
Abstrak Kedudukan hadith sebagai sumber penting agama Islam telah mendorong hadith Nabi s.a.w. untuk terus-menerus dipelajari. Artikel ini merupakan suatu penelitian awal berkenaan dengan sumbangan institusi formal dan non formal yang terlibat dalam bidang hadith agar dapat dijadikan asas kepada usaha menjadikan pengajian hadith ini lebih bermanfaat dan komprehensif. Artikel ini turut memberi gambaran kepada pengembangan pengajian hadith yang berlaku serta membahaskan saranan-saranan yang perlu dilaksanakan agar merancakkan lagi pertumbuhan pengajian hadith dengan lebih pesat.
Pendahuluan Hadith telah disepakati ijmak ulama bahawa ia merupakan sumber kedua utama Islam selepas al-Qur’n al-Karm. Para ulama telah bersependapat bahawa al-Qur’an mestilah ditafsirkan penerangannya melalui hadith-hadith yang telah dikenalpasti kesahihannya terlebih dahulu supaya penyelewengan dan penyimpangan yang jauh dari kebenaran dapat dihindari mereka yang ingin memahami sebaik mungkin isi kandungan sebenar al-Qur’an.1 Justeru itu, para ulama telah bertungkus-lumus untuk memelihara hadith Nabi s.a.w. daripada sebarang bentuk penyelewengan dan terus luput dalam kalangan umat ∗ Calon pelajar sarjana di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ∗∗ Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ∗∗∗ Calon pelajar PhD di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 Abdul Hayei bin Abdul Sukor (2006), “Pengajian Hadis: Tradisi dan Permasalahannya di Malaysia”, dalam Haziyah Hussin et al. (eds.), Kelangsungan Pengajian Hadis: Cabaran Dan Masa Depan. Bandar Seri Putra: Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, h. 49-63.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Islam terutamanya di Nusantara ini. Pelbagai kaedah dan penyelesaian telah dilakukan ulama dalam meneruskan kesinambungan ilmu hadith dan antara usaha murni mereka yang kekal sehingga kini adalah dengan mengadakan pengajian hadith sama ada di institusi formal ataupun melalui institusi non formal khususnya di Malaysia. Sejarah Perkembangan Pengajian Hadith di Malaysia1 Penulisan karya-karya Islam pada kurun ke-19 dan ke-20 di Malaysia secara khususnya dan di Nusantara secara umumnya telah didominasi oleh penulisan dalam bidang fiqah, aqidah dan tasawuf. Namun begitu, fenomena ini tidak menghalang hadith-hadith Nabi s.a.w. daripada terus tersebar dan berkembang, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa penulisan dalam bidang ini agak ketinggalan berbanding penulisan dan penghasilan karya dalam bidang-bidang lain. Hadith yang menjadi keutamaan dalam syariat Islam, secara tidak langsung telah memberi suntikan serta dorongan kepada umat Islam agar mempelajari dan memahami hadith Nabi s.a.w. Ia tetap menjadi sumber penghujahan dan pendalilan utama dalam kebanyakan karya-karya Islam walaupun karya berkenaan bukanlah di bawah kategori bidang hadith. Malahan boleh dikatakan hampir tiada karya yang dihasilkan dalam bidang pengajian Islam yang tidak didukung oleh argumen-argumen berteraskan hadith-hadith Nabi s.a.w. Kurun ke-19 dan awal 20-an telah menyaksikan perkembangan ilmu hadith yang agak perlahan berlaku di seluruh dunia termasuklah di Tanah Melayu ketika itu melainkan di negara India dan Pakistan. Shaykh Amad Muammad Shkir, seorang tokoh hadith Mesir (m.1958) pernah menjelaskan fenomena kelesuan itu dengan kenyataan beliau: “Adapun di zaman kita ini, orang telah pun meninggalkan sama sekali periwayatan hadith secara keseluruhan. Setelah itu, mereka meninggalkan pula penumpuan terhadap hadith-hadith kecuali segelintir sahaja daripada mereka. Begitu sedikit sekali untuk anda lihat dari kalangan mereka orang yang ahli untuk 1 Fauzi Deraman (2010), Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh, Karya dan Institusi, Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 1-2.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
menjadi penuntut ilmu-ilmu al-Sunnah, dan amat jauh sekali untuk anda dapati orang yang layak untuk menjadi seorang al-muhaddith (ahli hadith). Adapun darjat al-hafiz, ia sudah pun terputus jejaknya dan telah ditutup oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (m.852H). Kemudian al-Sakhawi (m.902H) dan alSuyuti (m.911H) pula telah hampir untuk muncul menjadi al-hafiz, dan kemudian tidak ada seorang pun yang muncul sesudah mereka berdua itu.”1. Kenyataan beliau tersebut, tidaklah memberi erti bahawa pengajian hadith tidak dipelajari ketika itu. Realitinya, pengajaran dan pengajian hadith tetap berlaku di institusi-institusi pengajian Islam di dunia termasuklah di Malaysia walaupun fokus utama dan penekanan pengajiannya berbeza-beza. Kitab-kitab hadith seperti Bul gh alMarm oleh Ibn ajar (m.852H), Matn al-Arba‘n dan Riya allin oleh Imam al-Naww (m.656H), dan Mukhtr al-Adth oleh Ahmad Hashimi telah pun digunapakai sebagai silibus pengajian terutamanya di institusi pengajian tradisional iaitu pondok-pondok dan juga di sekolah agama. Kemudian pada kurun ke-20, kitab a alBukhr dan a Muslim pula mula dipelajari. Namun begitu, kebanyakan karya-karya utama dalam pengajian hadith masih tidak dipelajari. Definisi Formal dan Non Formal i. Definisi Formal2 Formal membawa erti menurut peraturan tertentu iaitu sama ada dari segi bentuk, ciri-ciri, cara, dan sebagainya yang sudah diterima atau yang dianggap wajar, menurut aturan, menurut adat kebiasaan atau pun rasmi. ii. Definisi Non Formal3 Perkataan non formal atau informal membawa erti yang sama iaitu tidak formal. Ia bermaksud tidak mengikut cara yang sudah menjadi kebiasaan atau yang sudah ditetapkan.
1 Ibid. 2 (t.p.) (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Hajah Noresah bt. Baharom et. al, c. 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 414. 3 Ibid. h. 576.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Sekiranya difahami daripada pengertian di atas, institusi pengajian formal membawa maksud badan atau organisasi seperti universiti, maktab dan sebagainya yang ditubuhkan untuk tujuan pembelajaran dengan mengikuti sistem pengajian atau aturan rasmi yang telah diterima dan sudah ditetapkan oleh pihak institusi terbabit. Manakala institusi non formal membawa maksud sedikit berbeza iaitu institusi yang memiliki sistem pengajian yang berbeza daripada institusi formal. Namun begitu pengertian sebenar yang ingin diketengahkan penulis di sini bagi kedua-dua perkataan ini adalah lebih membawa maksud kepada perbezaan bagi institusi pengajian yang bersifat moden dan tradisional. Hakikatnya definisi kedua-dua institusi terbabit adalah hampir sama maksud. Namun perbezaan ketara adalah dari sudut sistem pengajian yang lebih bersistematik bagi institusi formal berbanding institusi non formal. Penulis tidaklah menyatakan bahawa institusi non formal tidak bersistematik, tetapi hakikatnya ia mempunyai sistem yang tersendiri dan tradisi. Dalam pengertian lain, maksud institusi formal di sini boleh juga difahami dengan membawa maksud institusi yang lebih kepada sistem pengajian secara moden dan institusi non formal pula adalah institusi pengajian yang dijalankan secara tradisional. Skop Kajian Kajian ini akan memfokus kepada institusi pengajian atau institusi pendidikan yang mana melibatkan dua sistem pengajian yang berbeza iaitu secara formal dan non formal. Institusi pendidikan yang bersifat formal adalah institusi yang memiliki sistem pengajian teratur dan bersistematik seperti sekolah menengah, institusi pengajian tinggi, kolej dan sebagainya. Manakala institusi yang bersifat non formal adalah sebaliknya dan contoh-contoh institusi pengajian non formal adalah institusi pengajian tradisional seperti sekolah pondok, masjid ataupun surau. Dua buah institusi yang berbeza dari segi sistem pengajiannya akan diketengahkan dalam kajian ini sebagai perbandingan awal dan melihat manfaat yang boleh didapati daripada kedua-dua institusi berkenaan. Institusi Formal Institusi-institusi formal yang melibatkan pengajian hadith kebanyakannya adalah terdiri daripada sekolah-sekolah menengah dan
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
institusi-institusi pengajian tinggi seperti universiti, kolej-kolej dan sebagainya. Institusi-institusi formal di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua iaitu: i. Sekolah Menengah ii. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS) a) Sekolah Menengah Sekolah-sekolah di Malaysia kebanyakannya adalah di bawah pentadbiran kerajaan yang mana sistem pendidikan persekolahan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya sebahagian sekolah-sekolah dalam negara adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri dan tidak kurang juga di bawah tadbir persendirian. Subjek atau matapelajaran terutamanya yang melibatkan subjek pengajian hadith di sekolah-sekolah menengah seluruh negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diselaraskan. Misalnya, subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah1 dan subjek Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tidak ketinggalan juga silibus bagi sekolah-sekolah agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam negeri turut menyumbang kepada perkembangan ilmu hadith. Misalnya, penulis membawa satu contoh silibus di bawah seliaan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) iaitu2: i. Tingkatan Satu & Dua: Nu Mukhtarah min al-Sunnah alNabawiyyah karangan Hamzah Ibrhm al-Jabal, Mushaw ‘Uthmn ‘Abd dan +aha Muammad al-Sakat. ii. Tingkatan Tiga: Al-Adth al-Mukhtarah karangan Shaykh ‘Abd Allah al-Sharqaw iii. Tingkatan Empat: Fat al-Mubdi’ bi Shar Mukhta ar alZubayd karangan Shaykh ‘Abd Allah al-Sharqaw
1 Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, http://www.moe.gov.my/?id=48&lang=my, 10 Januari 2011. 2 Penulis memperolehi maklumat daripada faksimili Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, no.faks: 047317784, 2 Disember 2009. Lihat juga; Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Sukatan Pelajaran Thanawi1 Tingkatan3, http://202.188.163.164/bpendidikan/index.php?option=com_docman&task=doc_details&It emid=28&gid=5, 6 Januari 2011; dan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Sukatan Pelajaran Thanawi2 Tingkatan4, http://202.188.163.164/bpendidikan/index.php?option=com_docman&task=doc_details&It emid=28&gid=6, 6 Januari 2011 bagi maklumat tambahan.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
iv.
Tingkatan Lima (Sukatan STAM): Fat al-Mubdi’ bi Shar Mukhta ar al-Zubayd oleh Shaykh ‘Abd Allah al-Sharqaw Hampir kesemua sekolah menengah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam negeri menggunakan silibus daripada Universiti AlAzhar, Kaherah, Mesir. b) Institusi Pengajian Tinggi i. Institusi Pengajian Tinggi Awam1 Institusi-institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian hadith adalah seperti berikut: a) Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. b) Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. c) Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. d) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. e) Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. f) Unit Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
ii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta2 Institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang terlibat adalah:
1 Sila lihat; Academy of Islamic Studies,http://apium.um.edu.my/department/F&U_intro.html. Lihat; Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, http://pkukmweb.ukm.my/~fpi/jabatan.htm. Lihat juga; Kulliyyah of Islamic Reveal Knowledge & Human Sciences, International Islamic University Malaysia, http://www.iium.edu.my/irkhs/v2/index.php/quran-a-sunnah. Lihat; Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, http://www.usim.edu.my/usim/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Item id=146. Lihat; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, http://www.fki.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=67&Itemi d=83&lang=ms. Lihat juga Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, http://www.hum.usm.my/default.asp?menu=112&hum=0, 16 Disember 2010. 2 Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor, http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=12&Ite mid=72. Lihat; Kolej Universiti Insaniah, http://www.kuin.edu.my/v3m/index.php?option=com_content&view=article&id=157&Ite mid=189&lang=bm. Lihat; Kolej Islam Darul Ridzuan, http://www.kiperak.edu.my/, 16 Disember 2010.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
a) Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Selangor. b) Jabatan Hadis, Kulliyyah Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah, Kedah.
!" #$ % &'$ Silibus Pengajian Hadith Subjek atau matapelajaran yang dijadikan silibus bagi pengajian hadith di institusi pengajian tinggi adalah seperti berikut:
INSTITUSI
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya1
Fakuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia2
Fakulti Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia3
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin4
SUBJEK Manhij al-Muaddthn Dirsah al-Asnd Kajian Teks Hadith Al-Jar wa al-Ta‘dl Mukhtalf al-adth Pengajian al-Quran dan al-Hadith Dalam Aplikasi ICT Kajian Hadith Kajian Hadith Masa Kini Metodologi al-Quran dan al-Hadith Dirst al-Na
iyyah min Sunan alTirmidh Adth al-Akam li al-adth Tadwn al-Sunnah Ma‘ayir Naqd al-adth Takhrj al-adth Mabdi‘ al-Ta‘amul ma‘a al-Sunnah Ittijht al-Mu‘ irah fDirst alSunnah Al-Jar wa al-Ta‘dl Al-Shar al-Maw ‘ li al-adth Al-I‘jz f al-Sunnah: Inimitability Elements in Sunnah Dirsah al-adth al-Nabaw Ul m al-adth I Ul m al-Hadth II Takhrj al-adth adth al-Maw ‘iy
1 Bagi maklumat selanjutnya, sila rujuk Buku Panduan Ijazah Dasar, Tahun Akademik 2010/2011, terbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 Bagi maklumat selanjutnya, sila rujuk; Fauzi Deraman (2010), Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh, Karya dan Institusi, terbitan Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 3 International Islamic University Malaysia, http://www.iium.edu.my/anr/leaflet/IRKhs.pdf, 13 Januari 2011. Sila lihat; Ikatan Mahasiswa al-Amin Malaysia (IKMA Malaysia), http://ikmalaysia.blogspot.com/2009/05/study-plan-for-quran-sunnah-studies.html, 10 Januari 2011. 4 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), op.cit.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Unit Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia1
Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor2
Kulliyyah Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah3
Kolej Islam Darul Ridzuan4
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Science of Hadith Critical Analysis on Hadith Texts The Methodology of Muhaddithin Study on Sources and Status of Hadith The Narrators of Hadith Mu al al-adth Ul m al-adth Pengantar Syarah Hadith ‘Ilm Takhrj al-adth Metodologi Ahli Hadith ‘Ilm Rijl al-adth Al-adth al-Maw ’ Dirst al-Asnd Al-adth Ul m Al-adth Adth al-Akm Al-ath al-Tall ‘Ilm al-Rijl Wa Manhij al-Muadithn Al-adth al-Maw ‘ Al-Fikr al-Islm al-adth Al-adth Al-Tall I Al-adth Al-Tall II Ul m Al -adth I Ul m Al -adth II Ul m Al -adth III Al-adth Al-Maw ‘ I Al-adth Al-Maw II Takhrj Al-adth Manhij Al-Muaddithn
Institusi Non Formal Institusi non formal boleh dikategorikan kepada beberapa pecahan iaitu: i. Masjid dan surau ii. Madrasah iii. Sekolah pondok iv. Organisasi atau Pertubuhan
a) Masjid dan Surau Institusi masjid dan surau pada masakini telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran hadith. Kuliah-kuliah hadith yang 1 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, op.cit. 2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=141&Itemid= 187, 10 Januari 2011. 3 Kolej Universiti Insaniah, op.cit., 16 Disember 2010. 4 Kolej Islam Darul Ridzuan, op.cit., 16 Disember 2010.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
disampaikan di masjid dan surau di seluruh negara masih terus dianggap berperanan besar dalam mendedahkan hadith kepada peringkat umum. Kebiasaannya pengajaran hadith berlangsung sesudah solat Subuh atau Maghrib. Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa masih banyak lagi masjid dan surau yang tidak menawarkan pengajian hadith. Kemungkinan juga adalah disebabkan kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan berautoriti dalam bidang pengajian hadith ataupun penumpuan pengajaran lebih kepada bidang-bidang lain seperti bidang tasawuf, akidah, fiqah dan sebagainya. Tidak dinafikan usaha-usaha yang diambil masyarakat Islam dalam proses memahami dan mendalami ilmu-ilmu Islam adalah tepat, iaitu bermula dengan tauhid dan diikuti dengan fiqah dan tasawuf, namun yang mencacatkan proses tersebut ialah dari segi pendekatan. Pembelajaran ilmu tauhid, fiqah ataupun tasawuf tanpa merujuk kepada hadith yang sahih serta tiada tumpuan yang khusus dalam pengajian hadith sedikit sebanyak telah membantutkan usaha murni agar penyebaran dan pendedahan hadith yang berautoriti kepada masyarakat awam terus-menerus berlaku.1 Tinjauan awal pada masakini di masjid-masjid dan surau mendapati bahawa pengajaran hadith yang dilakukan adalah berdasarkan penggunaan kitab-kitab popular iaitu Hadith 40 dan Riy al-lin karangan Imam alNaww, Bul gh al-Marm oleh Ibn ajar dan Mustika Hadith yang telah diterbitkan oleh Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri.2 Namun begitu, usaha-usaha pengajaran hadith menggunakan kitab-kitab hadith muktabar sudah menampakkan hasilnya apabila ia telah mula diajar di beberapa buah masjid di Malaysia. Sebagai contoh Dr Abdul Hayei Abdul Sukor mengajar hadith-hadith a alBukhr di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor dan beliau turut mengajar di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur.3 Dr Nr Abd Gudle pernah mengajar a al-Bukhr di 1 Mohd Muhiden Abd. Rahman (2007), “Tradisi Pengajian Hadis di Nusantara”, dalam Mohd Fauzi Hamat et al., Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 123-133. 2 Fauzi bin Deraman (2009), “Pengajian Hadith di Malaysia: Suatu Tinjauan”, dalam Mustaffa Abdullah et l. (2009), Khazanah al-Qur’an & al-Hadith Nusantara, c. 1, Kuala Lumpur: Fauzul Na’im Sdn. Bhd, h. 213-236. 3 Mohd Nizar B. Mohd Nazir, Kakitangan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Temubual pada 15 Oktober 2009.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor. Begitu juga Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Radzi B. Othman pernah mengajar a al-Bukhr di salah sebuah masjid di Kepala Batas, Pulau Pinang. Namun begitu, kuliah tersebut telah lama terhenti yang mana hanya dari jilid yang pertama hingga jilid yang keempat sahaja daripada kitab a al-Bukhr sempat dipelajari sepanjang tempoh 13 tahun beliau mengajar di sana. Kini, kuliah a al-Bukhr yang disampaikan beliau beserta a Muslim diteruskan lagi di Masjid Abdul Kadir, Butterworth, Pulau Pinang.1 Dr. Asri Zainul Abidin pernah mengajar kitab a al-Bukhr di Masjid Kampong Kawasan Melayu.2 Imam Hj. Abd. Aziz Mohd Nor al-Hafiz mengajar a alBukhr di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur.3 Ustaz Shofwan Badrie di PERKIM Bangsar dan Ustaz Mohd. Zain Noh mengajar kitab yang sama di Surau Taman Melewar, Gombak.4 Selain itu, di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, turut diadakan kuliah a al-Bukhr oleh Ustaz Hj. Khairul Anuar dan kitab Matn Ibn Ab Jamrah oleh Ustaz Hj. Zamri Hashim.5 Penulis turut mendapat maklumat bahawa kitab Hashiyyah Al-Shaykh Muammad AlShanwan ‘al Mukhta ar Ibn Ab Jamrah (Ringkasan a alBukhr) diajar di Masjid Negeri Sabah oleh Ustaz Hj Muhammad Akmal Othman.6 Kitab Fat al-Br yang merupakan syarah kepada a al-Bukhr telah diajar oleh Prof. Dr. Ab al-Layth al-Khayr Abd di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada setiap hari Isnin dan Selasa selepas waktu Asar. Kitab hadith muktabar lain yang dijadikan pengajian dalam kuliah adalah kitab a Muslim. Kuliah disampaikan oleh Maulana Asri B. Yusoff yang diadakan di Masjid Langgar, Kota Bharu.7 Kuliah a Muslim juga turut diajar di Dewan Serbaguna, Menara Polo Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang mana aktiviti ini telah 1 Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Othman, Prof. Madya dan Ketua Pengajian Islam di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Temubual pada 1 Disember 2011. 2 Fauzi bin Deraman (2009), op.cit. 3 Penulis merujuk kepada jadual kuliah dalam Kalender Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tahun 2009. 4 Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, http://www.al nidaa.com.my/papar.php?id=8&action=view, 30 Oktober 2009. 5 Jadual Kuliah Bulanan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, Bulan Empat 2009. 6 Masjid Negeri Sabah, http://www.sabah.org.my/mns/main.htm, 30 Oktober 2009. 7 Darul Kautsar, http://www.darulkautsar.net/page.php?pg=16, 30 Oktober 2009.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
dianjurkan oleh Pertubuhan Al-Khadem di Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.1 Selain itu, antara penemuan terbaru yang didapati penulis adalah Kitab Sunan al-Tirmidh telah diajar di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur oleh Ustaz Masyadi B. Masyuti,2 dan Ustaz Hilmi Abdul Rahim turut mengajar kitab yang sama di Surau Al-Hidayah BK2, Bandar Kinrara, Puchong3 dan di Surau al-Mawaddah, Shah Alam.4 Kitab Sunan Ab Dwud juga didapati telah mula diajar di beberapa buah tempat dalam negara antaranya di Masjid Muhammadi, Kota Bharu yang diajar oleh Maulana Asri Yusoff.5 Selain itu, kitab syarah bagi Sunan al-Tirmidh iaitu kitab Bar al-Madh yang dikarang oleh Sheikh al-Marbawi turut diajar di kebanyakan masjid. Misalnya, di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur diajar oleh Imam Hj. Abd. Aziz Mohd Nor alHafiz,6 Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, diajar oleh Ustaz Muhammad Syahid B. Mohd Noh7 dan Ustaz Hj Muchlish Ali Kasim di Masjid Negeri Sabah8. Kemudian, diikuti pula kitab-kitab hadith yang lain dan antaranya Bul gh al-Marm diajar oleh Imam Hj. Abdullah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.9 Begitu juga di Masjid alMukarramah, Bandar Sri Damansara yang disampaikan oleh Ustaz Johari.10 Prof. Madya Dr. Habeeb Rahman Ibramsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mengajar syarah bagi kitab Bul gh al-Marm iaitu kitab Subul al-Salm di Masjid Wilayah,
1 Pertubuhan Al- Khaadem, http://www.al-khaadem.com.my/get-involved.html, 10 Januari 2011. Pertubuhan ini telah diasaskan pada tahun 1984 dan telah didaftarkan oleh sekumpulan sukarelawan sebagai NGO pada tahun1992. Presiden bagi pertubuhan ini adalah Ustaz Hussain Yee. 2 Ustaz Shahrizan B. Daud, Ketua Imam, Masjid Muadz B. Jabal, Wangsa Maju. Temubual pada 12 Oktober 2009. 3 Al-Fikrah.net, http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5985.html, 2 November 2009. 4 Ibid., http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7895.html, 2 November 2009. 5 Darul Kautsar, op.cit., 30 Oktober 2009. 6 Penulis merujuk Kalender Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tahun 2009. 7 Ustaz Muhammad Syahid B. Mohd Noh, Imam 1, Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, Damansara. Temubual pada 4 November 2009. 8 Masjid Negeri Sabah, op.cit. 9 Rujuk nota kaki no. 21. 10 Jadual Kuliah Pengajian Masjid al-Mukarramah, http://www.masjidalmukarramah.org/jadual%20pengajian/jadual_kuliah, 30 Oktober 2009.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Jalan Duta.1 Pemantapan ilmu mu al al-adth turut tidak ketinggalan untuk diusahakan antaranya halaqah ulum hadith di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diadakan di bilik EDU LR5, dengan berpandukan kitab Tadrb al-Rw Shar Taqrb al-Naww karangan al-Imm Suy, kuliah tersebut disampaikan saudara Hameedullah B. Mohd Asri dari Darul Kautsar.2 Kitab-kitab yang dinyatakan di atas merupakan kitab-kitab muktabar dalam bidang hadith yang sememangnya harus didedahkan kepada masyarakat Islam di Malaysia. Kitab-kitab jawi yang mengandungi hadith-hadith Nabi s.a.w. dalam bentuk terjemahan Melayu jawi lama turut diajar di kebanyakan masjid di Malaysia. Misalnya, kitab Muhimmah, Penawar Bagi Hati dan banyak lagi kitab-kitab jawi lain yang mana kebanyakannya merupakan terjemahan daripada kitab-kitab Arab dan sebahagian lain adalah hasil penulisan ulama Nusantara sendiri.3 Namun begitu, apa yang ingin diingatkan ialah kewujudan hadith-hadith yang tidak berautoriti di dalam kitab-kitab jawi lama seharusnya tidak dipandang remeh. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada tenaga pengajar kitab-kitab jawi tersebut supaya menjelaskan status dan darjat hadith-hadith yang terkandung di dalamnya kepada masyarakat supaya hadith-hadith yang terlalu daif dan palsu tidak tersebar luas kepada masyarakat Islam di Malaysia.4 b) Madrasah Tidak dilupakan sumbangan madrasah-madrasah di bawah kelolaan Jamaah Tabligh yang turut menyumbang kepada perkembangan pengajian hadith di Malaysia. Antara madrasah-madrasah tersebut ialah Madrasah al-Quran Kubang Bujuk di Kuala Terengganu. Penubuhan Madrasah ini adalah hasil cetusan daripada ijtimak (perhimpunan) tabligh dunia yang telah diadakan di Padang Hiliran pada bulan November / Disember 1982. Sistem pengajian adalah sama seperti di madrasah-madrasah lain terutamanya di India dan Pakistan iaitu kelas Hafiz dan kelas ‘Alim. Pelajar-pelajar yang tamat daripada 1 En. Tarzidi b. Ahmad Tarmizi, Pegawai Tadbir, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Temubual pada 8 Oktober 2009. 2 al-Fikrah.net, http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=8082.html, 2 November 2009. 3 Kitab Muhimmah membawakan isu-isu munakahat dengan mendatangkan hadith-hadith yang berkaitan. Kitab ini telah dikarang oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim al-Fatani. 4 Ibid.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
kelas Hafiz boleh menyambung pengajian mereka di kelas ‘Alim. Tempoh pengajian bagi kelas ‘Alim adalah selama 8 tahun dengan satu tahun diperuntukkan untuk dawrah al-adth.1 Madrasah lain yang dikelolakan oleh Jamaah Tabligh yang turut melibatkan pengajian hadith adalah Madrasah Miftah al-‘Ulum yang diletakkan di bawah pengurusan Masjid al-Jami‘ Bandar Baru Seri Petaling. Ia telah ditubuhkan pada 1 Jun 1995 yang mana pada peringkat permulaan ia dimulakan dengan kelas Hafiz. Kemudian, berkembang dengan penubuhan kelas ‘Alim pada 1 Januari 1996. Sistem pengajian yang diaplikasikan di madrasah ini hampir menyerupai sistem pengajian di India dan di Pakistan, tambahan pula kenyataan tersebut disokong dengan majoriti tenaga pengajarnya adalah lepasan dari India dan Pakistan.2 Selain itu, madrasah yang mempunyai struktur pembelajaran yang hampir sama dengan madrasah-madrasah yang disebutkan sebelum ini adalah Madrasah Darul al-‘Ulum li Ihya’ ‘Ulum al-Din yang terletak Langgar, Kedah. Madrasah ini telah ditubuhkan pada 1993 oleh Ustaz Muhammad bin Abdul Qadir al-Qadahi al-Nadawi yang berkelulusan daripada Darul Ulum Nadwah al-Ulama Lucknow India. Kitab-kitab yang dipelajari di sini adalah Matn al-Arba‘n, Jawhir al-Bukhr, Riy al-lin (Abwb al-Adab), Bul gh alMarm, Mishkt al-Ma b dan Dawrah al-adth.3 c) Pusat Pengajian Pondok Institusi pondok merupakan pusat pendidikan terawal di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, pengajian pondok bermula daripada sebuah rumah yang telah dijadikan sebagai tempat belajar. Kuantiti pelajarnya pula adalah sedikit. Namun apabila bilangan pelajarnya bertambah, suasana yang kondusif diperlukan bagi menambah kelancaran proses pembelajaran. Inisiatif diambil oleh masyarakat dengan membina bangunan yang bersambung dan berhampiran dengan rumah tuan guru. Di sekelilingnya dibina pondok-pondok kecil bagi tujuan penginapan para pelajar dan juga kemudahan para pelajar yang terpaksa berulang-alik dari jauh untuk belajar. Pengajian hadith merupakan salah satu daripada matapelajaran yang diajar di sana di samping pelajaran tafsir, tasawuf, tauhid, fiqah 1 Fauzi Deraman (2010), op.cit. h. 229-230. 2 Ibid., h. 217-219. 3 Ibid., h. 231-232.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
dan lain-lain lagi. Kitab-kitab yang sering dijadikan silibus pengajian adalah al-Kutub al-Sittah, Riy al-lin, Bul gh al-Marm, alAdhkr, Matn al-Arba‘n al-Nawwiyyah dan Matn al-Bayq niyyah. Pondok-pondok yang dimaksudkan penulis adalah Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok, Kelantan. Pondok ini ditadbir sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kelantan. Silibus pengajian hadith yang digunapakai adalah ditentukan Yayasan Islam Kelantan dan menepati silibus pengajian di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir. Kemudian, Pondok al-Madrasah al-Latifiyyah yang terletak di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak. Pondok pengajian ini lebih dikenali dengan nama Pondok Pak Teh dalam kalangan masyarakat di Perak. Pondok ini telah diasaskan oleh YBhg Dato’ Haji Abd Latiff bin Haji Abd Rahman atau lebih mesra dipanggil dengan nama Pak Teh dan pondok ini dibina sebaik sahaja beliau kembali ke kampung halaman pada tahun 1957 iaitu selepas menamatkan pengajian beliau di Pondok Madrasah al-Diniyyah alBakriyyah, Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. Kitab-kitab hadith yang sering digunakan dalam pengajian adalah a al-Bukhr, a Muslim, Sunan Ab Dwud, Jmi‘ al-Tirmidh, Sunan al-Nas’, Muwatt' al-Imm Mlik, Jawhir al-Bukhr, Mukhta ar Ibn Ab Jamrah, Matn al-Arba'n al-Nawwiyyah, al-Adhkr al-Nawwiyyah, Riy al-lin, Durrah al-N in, Al-Man mah al-Bayq niyyah dan Shar al-Bayq niyyah. Kebanyakan pondok-pondok di Kelantan memiliki sistem pengajian yang sama, cumanya di sesetengah pondok pengajian ia berbeza dari segi silibus pengajian yang digunakan dalam pembelajaran. d) Organisasi atau Institut i. Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD)1 Institut Kajian Hadis Selangor atau INHAD mula beroperasi sebagai sebuah institusi milik kerajaan negeri Selangor yang diletakkan di bawah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan tujuan memelihara dan memartabatkan hadith sebagai sumber hukum kedua selepas kitab suci Al-Quran. Idea penubuhan Institut Kajian Hadis Selangor adalah dicetuskan oleh Menteri Besar Selangor yang
1 Institut Kajian Hadith Selangor, http://www.inhad.org.my/Institutedetail.aspx, 14 Januari 2011.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KUIS pada 26hb Mac 2007 yang meminta supaya satu pusat kajian hadith negeri Selangor ditubuhkan. Pada 4hb Julai 2007, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke-21 telah meluluskan penubuhan sebuah pusat kajian hadith, yang dinamakan sebagai Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD). Sehingga kini institut ini telah menjalankan pelbagai aktiviti, penyelidikan dan pembangunan berkaitan hadis seperti ceramah, seminar, penerbitan jurnal dan buku, pengajian hadis bersanad dan sebagainya.
ii. Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK)1 Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) telah diasaskan pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof. Institusi ini merupakan sebuah pusat pengajian menghafaz al-Qur'an serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab yang berlandaskan kepada penekanan pengajian serta pengamalan berasaskan kepada alQur'an dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian. Tenaga pengajar pula kebanyakannya adalah bekas pelajar madrasah-madrasah terkenal di India dan Pakistan iaitu dua negara yang diketahui umum telah melahirkan ramai ulama tersohor dalam bidang hadith. Sistem pengajian atau pendidikan di sini bagi seseorang pelajar adalah selama lapan tahun yang mana pada tahun terakhir iaitu tahun kelapan pengajian, pelajar akan mengikuti Dawrah al-adth yang dipanggil Shahdah Takmilah dan Sanad adth alKawthariyyah. Sistem pengajian di madrasah ini tidak ketara bezanya dengan sistem pengajian di madrasah Miftah al-‘Ulum. Namun terdapat beberapa kelainan iaitu pengekalan dalam penggunaan beberapa kitab hadith mazhab Hanafi seperti kitab Shar Ma‘n alAthr oleh al-+aw. Tujuannya ialah pelajar dapat membuat perbandingan dengan fiqah-fiqah dalam mazhab lain. iii. Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI)2 Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI) yang berpusat di Kedah telah diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Hj. Suhaimi Ahmad pada 10 Oktober 1993. Ustaz Hj. Suhaimi merupakan lepasan Darul ‘Ulum 1
Fauzi Deraman (2010), op.cit., h. 221-223. Sila lihat; DarulKautsar http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=751, 13 Januari 2010. 2 Fauzi Deraman (2010), op.cit., h. 225-227.
.net,
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Deoband. Objektif utama penubuhan pusat ini adalah untuk menghidupkan pengajian hadith dan memberi kefahaman hadith kepada masyarakat Islam. Apa yang menariknya adalah pengajian hadith yang ditawarkan oleh pusat tersebut adalah dijalankan secara percuma. Bayaran kepada tenaga pengajar pula adalah melalui hasil kutipan derma daripada orang ramai. Kelas-kelas pengajian hadith di Alor Setar diadakan di beberapa buah tempat iaitu di Pusat Tuisyen Specialist, Dewan Bangunan Serbaneka dan Menara Zakat Alor Setar, Kedah. Kelas pengajian bermula pada jam 9.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Bilangan penuntutnya mencecah sehingga 500 ke 600 orang. Kitab-kitab muktabar yang diajar dalam kelas pengajian berkenaan adalah seperti kitab a al-Bukhr disampaikan oleh Datuk Syeikh Badaruddin Hj. Ahmad, Kitab Mukhta ar Ab Jamrah oleh Ustaz Ahmad Abdullah, kitab a Muslim oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam, kitab Sunan al-Tirmidh oleh Ustaz Zainal Asri Hj Ramli, dan kitab Shama’il Muammadiyah serta Man mah alBayq niyah diajar oleh Ustaz Rosli. Menariknya, pengajian a Muslim oleh Ustaz Fahmi Zam Zam telah berjaya diselesaikan selama tiga belas tahun. PAKSI juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Dar al-Hadith di Kampung Tok Keling Alor Setar, Kedah. Penubuhan Dar al-Hadith ini telah dibina di atas tanah yang telah diwakafkan oleh Hj. Mohd Shafie iaitu bekas Pengarah Pendidikan Islam dan Moral. Pihak Majlis Agama Islam Kedah telah memberi kelulusan terhadap penubuhan Dar al-Hadith dan ia telah dirasmikan pada bulan Julai 2006 oleh Syeikh Husam al-Din. Ketua panel penasihat bagi Dar alHadith ialah Datuk Syeikh Badaruddin Hj. Ahmad, pengarahnya ialah Brigedier General Bersara Datuk Najmi Ahmad, manakala timbalan pengarahnya adalah Ustaz Khairul Anuar Hj. Ahmad. Kesimpulan Pengembangan pengajian hadith di seluruh negara telah menampakkan hasilnya apabila kewujudan pelbagai kuliah-kuliah atau kelas-kelas pengajian hadith mula dilaksanakan di sesetengah tempat dalam negara. Walaupun penambahan bilangan kelas pengajian hadith yang direkodkan tidak beberapa ketara tetapi ia merupakan suatu jangkaan atau permulaan yang baik.
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak.
Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)
Kewujudan kelas-kelas pengajian hadith di institusi formal seperti di institusi pengajian tinggi membantu penuntut ilmu dalam memahami disiplin ilmu hadith dengan mudah dan bersistematik. Mengetahui keutamaan ilmu-ilmu tertentu dalam bidang hadith dapat mengukuhkan lagi tahap kefahaman pelajar dengan lebih mendalam dan terperinci. Maka, sistem pengajian sedemikian, mampu melahirkan pelajar yang benar-benar mahir dalam bidang hadith serta mempunyai pendirian yang tetap kesan daripada pendedahan disiplin ilmu hadith yang betul. Kelebihan ini begitu penting terutamanya apabila berhadapan dengan apa jua isu-isu yang melibatkan hadith Nabi s.a.w. Kuliah-kuliah pengajian hadith di institusi non formal seperti masjid-masjid, madrasah dan sebagainya tidak dapat dinafikan lagi sumbangannya kepada pengembangan pengajian hadith dalam masyarakat. Meskipun sebahagian pengajian tersebut berlangsung secara umum dan tanpa disiplin ilmu yang tetap, pendedahan hadith Nabi s.a.w. yang berlaku sekurang-kurangnya menyemarakkan lagi kesedaran masyarakat akan kepentingan hadith Nabi s.a.w. sebagai sumber penting agama. Bagi merancakkan lagi pertumbuhan pengajian hadith di seluruh negara, keterlibatan serta campur tangan daripada pelbagai pihak seperti pemerintah, badan-badan agama kerajaan dan negeri, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan penyiaran seperti stesen televisyen, suratkhabar dan tidak terkecuali juga pelajar-pelajar agama keluaran bidang hadith khususnya adalah perlu. Mereka haruslah memainkan peranan dalam melebar luaskan ilmu hadith ini kepada masyarakat. Selain itu, sistem pengajian dan kaedah pembelajaran hadith yang menarik perlu diberi perhatian kerana ia turut mempengaruhi daya minat penuntut supaya lebih fokus dan mudah dalam memahami hadith-hadith Nabi s.a.w.