MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA
1.
PENDAHULUAN 1.1
2.
3.
Garis Panduan ini bertujuan untuk menentukan syarat dan peraturan bagi kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara sepenuh masa atau separuh masa.
PELAKSANAAN 2.1
MKM berhasrat untuk menyedia dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti,efisien dan berkesan di samping membentuk warga MKM yang berilmu, terlatih dan berkebolehan serta mempunyai nilai-nilai murni dalam menghadapi cabaran dan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah.
2.2
Selain daripada latihan dan kursus jangka pendek yang telah disediakan, MKM juga merancang dan menggalakkan kakitangannya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi iaitu Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma secara sepenuh masa dan atau separuh masa. Sehubungan itu, bilangan pegawai kakitangan yang dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT setiap tahun adalah berdasarkan kepada keperluan dan perancangan Jabatan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN 3.1
Peraturan Melanjutkan Pelajaran MKM.doc
Pegawai atau kakitangan yang memohon untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau separuh masa hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut: i)
Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
ii)
telah disahkan dalam perkhidmatan;
iii)
telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima ( 5 ) tahun bagi pengajian sepenuh masa
1
iv)
telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) tahun bagi pengajian separuh masa.
v)
mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A dengan purata markah minimum 85% bagi tiga (3) tahun ke belakang
vi)
bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib serta bebas daripada dakwaan mahkamah; dan
vii)
telah mengisytiharkan harta mengikut Peraturan 10, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Syarat had umur melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut :
4.
i)
Belajar Sepenuh Masa Berumur tidak lebih, 44 tahun bagi peringkat Doktor Falsafah, 46 bagi peringkat Sarjana dan Sarjana Muda pada tarikh tutup permohonan. Walau bagaimanapun syarat ini tertakluk kepada peraturan had umur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari semasa ke semasa.
ii)
Belajar Separuh Masa bagi pembiayaan sendiri Tidak tertakluk kepada had umur.
iii)
Belajar separuh masa dengan pembiayaan MKM atau lain-lain agensi hendaklah berumur tidak lebih 47 tahun bagi peringkat Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma pada tarikh tutup permohonan
PROSEDUR PENGHANTARAN PERMOHONAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI BAWAH TAJAAN MKM ATAU JPA ATAU LAINLAIN AGENSI 4.1
Peraturan Melanjutkan Pelajaran MKM.doc
Semua permohonan untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa atau separuh masa ke peringkat, Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma hendaklah menghantar surat dan borang permohonan kepada Pengarah MKM yang diperakui oleh Ketua Pusat/Ketua Unit pada atau sebelum 31 Disember setiap tahun.
2
5.
CARA-CARA PERMOHONAN 5.1
Cara -cara permohonan adalah seperti berikut : 5.1.1 Pemohon hendaklah mengisi Borang JPA atau MKM atau lainlain agensi dan mengemukakan permohonan kepada Pengarah MKM berserta dokumen-dokumen berkaitan bagi menyokong permohonan tersebut sebelum tarikh tutup permohonan. 5.1.2 Bagi pemohon yang telah diterima masuk ke IPT, mereka dikehendaki menghantar salinan surat tawaran dan surat permohonan cuti belajar melalui Ketua Pusat/Ketua Unit untuk tindakan seterusnya.
6.
7.
8.
KURSUS-KURSUS YANG DIPERAKUKAN 6.1
Pegawai-pegawai yang memohon untuk melanjutkan pelajaran perlulah memohon untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang tugas pegawai berkenaan dan diperakui oleh Jabatan. Bagi kursus-kursus yang lain, pertimbangan akan diberi mengikut kepentingan Jabatan.
6.2
Pegawai-pegawai yang telah diluluskan untuk melanjutkan pelajaran bagi kursus yang telah dipohon, tidak dibenarkan menukar kursus.
PERMOHONAN JABATAN
MELANJUTKAN
PELAJARAN
MELALUI
KETUA
7.1
Permohonan melanjutkan pelajaran ke IPT hendaklah melalui Ketua Jabatan bagi mendapatkan apa-apa kemudahan cuti belajar.
7.2
Bagi pemohon yang telah diterima masuk ke IPT, mereka dikehendaki menghantar salinan surat tawaran dan surat permohonan cuti belajar melalui Ketua Pusat/Ketua Unit untuk tindakan seterusnya
TEMPOH SAH TAWARAN 8.1
Pegawai yang mendapat tajaan dari JPA, tempoh sah tawaran adalah tertakluk kepada peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa
8.2
Pegawai yang mendapat tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi tempoh sah tawaran adalah selama dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran dikeluarkan.
Peraturan Melanjutkan Pelajaran MKM.doc
3
9.
PENANGGUHAN APABILA TELAH DITAWARKAN BAGI TAJAAN MKM ATAU LAIN-LAIN AGENSI 9.1
10.
11.
Pegawai hendaklah mengemukakan surat permohonan penangguhan kepada Pengarah MKM melalui Ketua Pusat/Ketua Unit sebulan sebelum tamat tempoh sah tawaran tajaan tersebut. Penangguhan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Latihan.
BERHENTI SEBELUM TAMAT TEMPOH PENGAJIAN 10.1
Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa
10.2
Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, berhenti sebelum tamat tempoh pengajian kecuali atas sebab-sebab tertentu yang diterima oleh Jawatankuasa Latihan hendaklah membayar sejumlah ganti rugi kepada Jabatan
TEMPOH TAJAAN 11.1
Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa
11.2
Pegawai yang menerima tajaan dari MKM atau lain-lain agensi , tempoh tajaan adalah tertakluk kepada jadual berikut :
KELULUSAN
Doktor Falsafah
Peraturan Melanjutkan Pelajaran MKM.doc
Tempoh Tajaan Bagi Tempoh Tajaan Bagi Pengajian Sepenuh Pengajian Separuh Masa Masa 4 tahun 7 tahun
Sarjana
2 tahun
5 tahun
Sarjana Muda
3 tahun
6 tahun
Diploma
Tidak ditawarkan
5 tahun
4
12.
13.
TEMPOH CUTI BELAJAR 12.1
Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa
12.2
Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, tempoh cuti belajar bagi pegawai yang melanjutkan pelajaran adalah mengikut tempoh tajaan yang telah diluluskan.
TEMPOH KONTRAK 13.1
Pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa
13.2
Pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi, tempoh kontrak adalah tertakluk kepada jadual berikut : KELULUSAN
Doktor Falsafah
Tempoh Kontrak Bagi Tempoh Kontrak Pengajian Sepenuh Bagi Pengajian Masa Separuh Masa 4 tahun 2 tahun
Sarjana
4 tahun
2 tahun
Sarjana Muda
4 tahun
2 tahun
Diploma
-
2 tahun
13.3
Pelanggaran Kontrak bagi pegawai yang menerima tajaan daripada JPA adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa
13.4
Pelanggaran Kontrak bagi pegawai yang menerima tajaan daripada MKM atau lain-lain agensi dikehendaki membayar ganti rugi mengikut kos sebenar yang telah ditanggung oleh Jabatan.
13.5 Pegawai diwajibkan menghabiskan kontrak sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kecuali mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Latihan.
Peraturan Melanjutkan Pelajaran MKM.doc
5
14.
KEMUDAHAN ELAUN BUKU 14.1
15.
KEMUDAHAN ELAUN PERJALANAN 15.1
16.
Pegawai yang melanjutkan pelajaran separuh masa diberi kemudahan tuntutan elaun perjalanan dari rumah atau pejabat ke institusi pengajian tinggi terhad kepada RM 500.00 setahun.
MENGAJAR DALAM TEMPOH PENGAJIAN 16.1
17.
Pegawai yang melanjutkan pelajaran separuh masa diberi kemudahan elaun buku sebanyak RM 300.00 setahun atau maksimum RM 1000.00. sepanjang tempoh pengajian. Pegawai dikehendaki memulangkan ke semua buku yang dibeli dengan menggunakan elaun buku yang diberikan setelah tamat pengajian ke Perpustakaan MKM.
Pegawai Latihan yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di dalam Malaysia adalah diwajibkan mengajar sekurang-kurangnya empat jam sebulan bagi memantapkan dan meningkatkan skil serta kemahiran mengajar mereka.
TARIKH KUATKUASA Tarikh kuat kuasa garis panduan ini adalah mulai 1 Ogos 2006.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MENERAJUI KECEMERLANGAN LATIHAN DAN PENDIDIKAN KOPERASI”
(KAMALUDIN BIN OTHMAN) Pegarah Maktab Kerjasama Malaysia
Peraturan Melanjutkan Pelajaran MKM.doc
6