GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
1.0
Kelayakan Umum
1.1
Pemohon mengikuti program pengajian secara Penyelidikan Sepenuh Masa.
1.2
Pemohon telah mendaftar Pascasiswazah di UMS.
1.3
Pemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada manamana pihak yang lain.
1.4
Pemohon perlu diselia oleh Penyelia yang mempunyai Geran Penyelidikan yang mencukupi dari segi tempoh iaitu sekurang-kurangnya enam (6) bulan semasa permohonan biasiswa dibuat (tidak terpakai untuk pelajar Bukan Sains).
1.5
Pemohon dari pegawai kerajaan yang sedang cuti belajar tidak akan dipertimbangkan.
2.0
Kelayakan Khusus
2.1
Skim Zamalah UMS
2.1.1
Pemohon Tempatan
a)
Pemohon pengajian peringkat Sarjana mempunyai kelulusan Ijazah Pertama yang Baik atau sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau yang setara dengannya.
b)
Pemohon pengajian peringkat Kedoktoran mempunyai keputusan Sarjana yang Baik atau mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.0 atau yang setara dengannya.
c)
Pengajian yang dipohon merangkumi semua bidang pengajian di UMS.
2.1.1
Pemohon Antarabangsa
a)
Pemohon hanya boleh memohon setelah berdaftar sebagai pelajar Pascasiswazah pada akhir semester kedua pengajian di UMS.
b)
Sepanjang menjadi pelajar Pascasiswazah di UMS, pemohon telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan sekurangkurangnya telah membentangkan hasil kajian di seminar/persidangan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
c)
Pemohon pengajian peringkat Sarjana mempunyai kelulusan Ijazah Pertama yang Baik atau sekurang-kurangnya PNGK 3.5 atau yang setara dengannya.
bagi
mana-mana
program
pengajian
_____________________________________________________1 Garis Panduan Penerima Biasiswa Pascasiswazah, UMS
d)
Pemohon pengajian peringkat Kedoktoran mempunyai kelulusan Sarjana yang Baik atau mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.0 atau yang setara dengannya.
e)
Pengajian yang dipohon merangkumi semua bidang pengajian di UMS.
2.2
Skim Pembantu Pengajar UMS
2.2.1
Pemohon Tempatan
a)
Pemohon pengajian peringkat Sarjana mempunyai kelulusan Ijazah Pertama yang Baik atau sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau yang setara dengannya.
b)
Pemohon pengajian peringkat Kedoktoran perlu mempunyai keputusan Sarjana yang Baik atau mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau yang setara dengannya.
c)
Pengajian yang dipohon merangkumi semua bidang pengajian di UMS.
2.2.2
Pemohon Antarabangsa
a)
Permohonan dibuat pada semester pertama pengajian sebagai pelajar Pascasiswazah di UMS.
b)
Pemohon pengajian peringkat Sarjana mempunyai kelulusan Ijazah Pertama yang Baik atau mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau yang setara dengannya.
c)
Pemohon pengajian peringkat Kedoktoran perlu mempunyai kelulusan Sarjana yang Baik atau mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau yang setara dengannya.
d)
Pengajian yang dipohon merangkumi semua bidang pengajian di UMS.
_____________________________________________________2 Garis Panduan Penerima Biasiswa Pascasiswazah, UMS
3.0
Syarat-syarat tajaan
3.1
Pelajar dikehendaki membantu pensyarah dalam pengajaran seperti tutoran, kerja demonstrasi dan kerja makmal atau apa-apa kerja lain yang difikirkan perlu oleh pihak Sekolah/Pusat/Institut dan Pusat Pengajian Pascasiswazah dengan had maksimum sebanyak enam [6] jam beban seminggu.
3.2
Pelajar dikehendaki mendaftar pada setiap semester pengajian dan laporan kemajuan oleh penyelia mestilah dalam Kedudukan Baik bagi setiap semester.
3.3
Pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara atau peraturan Universiti.
3.4
Penerima Skim Zamalah UMS hendaklah berkhidmat secara kontrak dengan UMS maksima lima (5) tahun bergantung kepada kekosongan jawatan dan keperluan UMS.
3.5
Penerima bagi semua jenis skim di bawah Bantuan Pascasiswazah juga hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya satu artikel di dalam manamana jurnal berwasit tempatan atau antarabangsa sebelum tamat tempoh pengajian.
3.6
Pelajar tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada satu tajaan.
3.7
Pelajar yang melanggar syarat tajaan pada klausa 3.6 di atas akan menyebabkan Biasiswa Pascasiswazah UMS akan terbatal secara automatik.
3.8
Pemohon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian kontrak tajaan dengan UMS dan mengembalikan kontrak perjanjian kepada UMS dalam tempoh tiga (3) minggu selepas ditawarkan. Gagal berbuat demikian mengakibatkan biasiswa tidak dibayar.
3.9
Pelajar hendaklah membayar balik segala bentuk bantuan yang telah diterima jika ditamatkan pengajian oleh pihak universiti apabila didapati melanggar semua syarat tajaan di atas kecuali syarat tajaan pada klausa 3.5 atas alasan yang munasabah dan diterima oleh ahli Jawatankuasa Biasiswa Pascasiswazah.
_____________________________________________________3 Garis Panduan Penerima Biasiswa Pascasiswazah, UMS
4.0
Permohonan Pengumuman berkenaan biasiswa ini akan dibuat oleh pihak Universiti dari masa ke semasa menerusi Pusat Pengajian Pascasiswazah, UMS. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pembiayaan Pengajian Pelajar Pascasiswazah (Penyelidikan) – PPPS/5P/2006 yang boleh diperolehi dari pejabat Pusat Pengajian Pascasiswazah.
5.0
Tempoh Bantuan Pascasiswazah
5.1
Tempoh maksima tajaan adalah seperti dalam jadual berikut:PELAJAR TEMPATAN
NO.
JENIS SKIM
1.
Skim Zamalah UMS
2.
Skim Pembantu Pengajar UMS
PELAJAR ANTARABANGSA PHD SARJANA PHD SARJANA 36 bulan/ 24 bulan/ 24 bulan/ 12 bulan/ 6 semester 4 semester 4 semester 2 semester 36 bulan/ 24 bulan/ 36 bulan/ 24 bulan/ 6 semester 4 semester 6 semester 4 semester
5.2
Pelanjutan pemberian Bantuan Pascasiswazah adalah tidak dibenarkan sama sekali. Bagaimanapun, ahli JKBP boleh mempertimbangkan permohonan mengikut budi bicara dan kes-kes/situasi tertentu sahaja.
6.0
Nilai Bantuan Pascasiswazah Nilai Biasiswa adalah mengikut kadar bagi skim biasiswa masing-masing seperti berikut: PELAJAR TEMPATAN JENIS SKIM
KRITERIA BIDANG
6.1 Skim Zamalah UMS
Semua bidang
6.2 Skim Pembantu Pengajar UMS
Semua bidang
NO.
YURAN PENGAJIA N DITAJA
PHD KADAR ELAUN RM1,500
SARJANA KADAR ELAUN RM1,300
DITAJA
RM700
RM500
PELAJAR ANTARABANGSA PHD SARJANA KADAR KADAR ELAUN ELAUN RM1,500 RM1,300
RM700
RM500
_____________________________________________________4 Garis Panduan Penerima Biasiswa Pascasiswazah, UMS
7.0
Status Penerima Penerima Biasiswa Pascasiswazah UMS hendaklah merupakan pelajar Pascasiswazah sepenuh masa Universiti dan adalah tertakluk kepada peraturan yang dikenakan kepada semua pelajar sepenuh masa yang lain. Penerima biasiswa ini tidak tergolong sebagai kakitangan atau pegawai Universiti Malaysia Sabah.
8.0
Penamatan
8.1
UMS berhak untuk menamatkan pemberian biasiswa ini tanpa memberi apaapa notis kepada penerima.
8.2
Tanpa menafikan Klausa 8.1, Universiti berhak untuk menamatkan pemberian biasiswa ini sekiranya berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan dalam Klausa 3.0 Syarat-Syarat Tajaan.
8.3
Setiap pemberian biasiswa adalah secara automatik tamat apabila penerima tamat atau ditamatkan pengajiannya. Penerima boleh juga menamatkan penerimaan biasiswa ini dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menandatangani perjanjian dengan memberi notis bertulis kepada Dekan Pusat Pengajian Pasca Siswazah melalui Dekan masing-masing.
8.4
Jika penerima menarik diri daripada pengajiannya, jumlah wang yang telah dibelanjakan atau apa-apa keistimewaan dalam bentuk nilai wang untuk sepanjang tempoh tajaan hendaklah dibayar balik kepada Universiti.
8.5
Pelajar juga hendaklah membayar balik kepada Universiti jumlah wang yang telah dibelanjakan atau membayar balik apa-apa keistimewaan dalam bentuk nilai wang untuk sepanjang tempoh tajaan jika ditamatkan pengajian oleh UMS atas sebab prestasi pengajian dan masalah disiplin.
9.0
Garis panduan ini adalah tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa.
Disediakan oleh:
Seksyen Hal-Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Oktober 2010
_____________________________________________________5 Garis Panduan Penerima Biasiswa Pascasiswazah, UMS