40 PHM Nov 2015.indd 40
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:27 PM
RA K AN P ELABUR
Mewah dengan Rumah Flat: Daripada Pengurus Sublet kepada Pemilik Rumah Oleh Dewi Abdul Rahman
P
erkembangan pelaburan yang pantas daripada perusahaan sublet kini dilihat semakin banyak berlaku, dengan hasil yang menguntungkan, ada kalanya lebih banyak daripada pemilik rumah itu sendiri. Individu ini berjaya memiliki 10 buah rumah sendiri dengan keuntungan sublet dalam masa 3 tahun . Ikuti temu bual penulis dengan rakan pelabur PHM isu ini, Mohd Firdaus Jamaluddin.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 41
NOVEMBER 2015
41 11/9/2015 3:30:30 PM
T
idak semua generasi muda mempunyai mentaliti kaya di usia muda seperti anak kelahiran Kedah ini. Dalam usia 28 tahun, dia kini berjaya memiliki sepuluh buah rumah sejak berjinak-jinak dalam bidang hartanah empat tahun lalu. Bermula dengan menyewakan semula (subletting) rumah pada 2012, Firdaus, yang ingin mencari pendapatan sampingan, kini telah menyewakan semula 15 rumah sublet dengan pendapatan sebanyak RM 800–1,000 sebulan, bagi sebuah rumah. Setelah mendapati hartanah satu pelaburan yang menguntungkan, Firdaus akhirnya mengambil langkah bijak dengan membeli rumah sendiri dan menjadikannya sebagai pelaburan.
Pada saya, menyelesaikan masalah orang ialah satu perniagaan yang menguntungkan. -Mohd Firdaus Jamaluddin.
PHM: Boleh kongsikan kejayaan anda membeli rumah pertama? Firdaus: Saya mula mengenali bidang hartanah sejak menjadi pengusaha rumah sublet pada 2012. Mula-mula, saya hanya menyewakan semula sebuah rumah, dan sekarang ini, saya berjaya menyewakan semula 15 buah keseluruhannya. Selepas berkahwin pada 2012, saya perlu mencari pendapatan sampingan. Apa yang saya buat, pada setiap hujung minggu, saya keluar menaiki kereta dan meronda-ronda bandar Kuala Lumpur. Pada saya, menyelesaikan masalah orang ialah satu perniagaan yang menguntungkan. Jadi apabila saya melihat pelajar, saya bercakap kepada diri saya, seorang pelajar belajar selama tiga tahun. Setahun mereka tinggal di hostel dan selebihnya di luar. Jadi siapa yang akan menyediakan tempat tinggal untuk mereka?
Selepas saya menyewakan rumah tersebut, saya telah diberi kepercayaan untuk menguruskan 15 buah rumah lagi daripada tuan rumah yang berbeza. Dengan pendapatan beribu ringgit sebulan, saya mula terfikir, saya membantu menjaga rumah orang dengan pendapatan sebanyak itu dalam sebulan, bagaimana pula kalau ia rumah saya sendiri? Kebetulan, pada 2013, terdapat sebuah rumah flat yang dijual di Pandan Indah, dan harganya RM 100,000. Saya bercadang untuk membelinya. Apabila saya membuat tinjauan, keadaan rumah itu sangat teruk umpama rumah lelong. Pada masa itu, niat saya untuk membeli rumah tersebut turut ditentang ibu bapa saya, tetapi saya teruskan juga. Kini, ia memberi saya pulangan yang menguntungkan dengan kadar sewaan RM 1,000 sebulan.
Tanpa sebarang ilmu dalam bidang hartanah, saya mencari sebuah rumah untuk disewakan semula, dan meminjam duit daripada kawan saya sebanyak RM 3,000. Semasa menguruskan rumah, saya memasukkan perabot supaya ia nampak lengkap.
42 PHM Nov 2015.indd 42
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:31 PM
RA K AN P ELABUR
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 43
NOVEMBER 2015
43 11/9/2015 3:30:36 PM
44 PHM Nov 2015.indd 44
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:40 PM
RA K AN P ELABUR
Konsep yang saya terapkan ialah, luar flat, dalam kondominium. PHM: Wah, sewakan flat dengan harga RM 1,000. Bagaimana anda mengaut keuntungan sebanyak itu daripada unit flat anda? Firdaus: Dalam perniagaan, kreativiti faktor yang penting. Kalau kita menjual roti canai, konsepnya mestilah berbeza. Mungkin berbentuk petak atau bulat. Dalam perusahaan sublet pula, walaupun kita menyewakan macam biasa, tetapi pemikiran perlu kreatif. Konsep yang saya terapkan ialah, luar flat, dalam kondominium. Saya melengkapkan rumah itu dengan perabot dan hiasan dalaman. Kemudian baru saya menyewakannya pada harga yang tinggi. Semasa proses jual beli rumah pertama saya di Pandan Indah, prosesnya agak panjang kerana ia berstatus pegangan pajakan. Jadi, pindah milik hanya boleh dilakukan dalam masa lima hingga enam bulan. Maknanya, saya telah pun membelinya, tetapi jual beli belum sah kerana rumah belum berpindah milik. Bayaran pendahuluan sebanyak 10% telah pun dibuat. Agar dapat mengaut pulangan serta merta, saya cuba berbincang dengan pemilik rumah, supaya menyewakan rumah itu kepada saya, dan pemilik rumah bersetuju menyewakannya dengan harga RM 400.
-Mohd Firdaus Jamaluddin.
Saya cuba menawar lagi dan beliau bersetuju dengan harga RM 300 sebulan. Selepas itu, saya mengubah suai rumah tersebut dan memasukkan perabot. Kos keseluruhannya ialah RM 10,000. Setelah itu, saya menyewakannya kepada penyewa lain dengan harga RM 1,000. Bayangkan, pada masa itu saya masih belum berhutang dengan bank tetapi sudah mula mendapat untung daripada sewaan rumah tersebut. Jadi untung bersih yang saya dapat ialah RM 700 sebulan. Apa yang boleh saya katakan, dalam hartanah, kita perlu bijak menyelidik dan mengambil peluang. Saya tengok orang tua berumur 55 tahun baru dapat merasa duit pencen bulanan. Sebab itu saya mula melabur pada usia muda. Apa yang kita lihat, untuk perbelanjaan anak muda, yang paling mahal ialah kenderaan. Contohnya, kereta mampu milik, Honda City, bayaran ansurannya RM 1,000 sebulan. Dengan jumlah itu saya boleh beli tiga buah rumah.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 45
NOVEMBER 2015
45 11/9/2015 3:30:41 PM
Saya masih belum berhutang dengan bank tetapi sudah mula mendapat untung daripada sewaan rumah tersebut. PHM: Dalam masa yang singkat anda berjaya memiliki 10 buah rumah. Boleh kongsikan kisah pelaburan anda yang lain? Firdaus: Selepas unit flat tersebut, saya membeli rumah bertanah yang saya diami sekarang di Selayang dengan harga RM 500,000. Selain itu, saya juga telah membeli unit flat di Rawang dengan harga RM 20,000 untuk dua unit. Bayangkan, RM 20,000 untuk dua unit. Saya hanya perlu membayar RM 100 sebulan pada bank, dan saya sewakan dengan RM 300 sebulan. Unit lain yang dibeli ialah di Kepong dan Bangi, juga unit flat. Saya gemar membeli unit flat kerana bagi saya, ia mudah untuk dijaga. Kita membeli pada harga minimum dan mendapat keuntungan yang banyak.
PHM: Aset anda terletak di lokasi yang berbeza dan ada beberapa yang terketaj berjauhan dari rumah Selain itu, saya juga mempunyai sebuah rumah anda di Gombak. Bagaimana anda di Wangsa Maju, unit flat DBKL. Saya membelinya dengan harga RM 28,000, namun nilai bank RM 45,000 memilih lokasi yang baik? pada masa itu. DBKL menawar untuk menjual kerana mereka melihat rekod bayaran saya yang baik setiap bulan.
Nilai pasaran rumah itu sekarang ialah RM 190,000. Kalau saya tidak mempunyai duit, saya hanya perlu membiaya semula rumah itu untuk mendapatkan duit. Itu yang membuatkan saya berasa seronok terlibat dalam bidang hartanah.
46 PHM Nov 2015.indd 46
NOVEMBER 2015
Firdaus: Untuk memilih lokasi yang baik, saya menyasarkan kewujudan golongan yang berkerja atau penuntut universiti. Saya juga mencari hartanah di kawasan yang sedang berkembang dan mempunyai peningkatan harga, yang boleh dijual dan disewakan dengan cepat. Saya juga mengambil kira faktor kemudahan asas seperti LRT, bank, stesen minyak, restoran, dan sebagainya kerana ia boleh dijual dengan harga yang tinggi.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:43 PM
RA K AN P ELABUR
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 47
NOVEMBER 2015
47 11/9/2015 3:30:47 PM
PHM: Ada apa- apa pengalaman PHM: Anda seorang yang bijak yang menarik ketika anda membeli mengambil peluang. Selain rumah? perusahaan sublet, adakah anda mempunyai perniagaan yang lain? Firdaus: Saya boleh katakan semuanya rezeki yang Allah bagi pada saya, kerana setiap proses pembelian rumah berjalan dengan lancar. Pada saya, kita mesti bijak menggunakan apa yang dianugerahkan kepada kita. Saya pula sangat berkebolehan dalam berbincang. Saya ingin kongsikan pengalaman saya membeli rumah flat di Kepong, dengan harga RM 140,000.
Perjanjian jual beli rumah biasanya memerlukan bayaran pendahuluan 10% daripada harga rumah tersebut, tetapi untuk rumah itu, saya hanya membayar RM 2,000 sahaja. Bagaimana? Saya melakukannya dengan hanya berbincang. Pemilik rumah itu juga Melayu, jadi apabila dia meminta deposit 10%, saya terus menjawab saya tidak mempunyai jumlah sebanyak itu sekarang, dan saya hanya ada RM 2,000. Saya bertanya kembali kepada beliau, adakah beliau mempunyai duit sebanyak itu sekarang, dan beliau menjawab tidak ada. Jadi saya berkata, “Sekiranya abang pun tidak mempunyai duit sebanyak itu sekarang, apatah lagi saya yang hanya berumur 28 tahun. Setelah berbincang, dia akhirnya bersetuju dengan bayaran muka sebanyak RM 2,000. Wang selebihnya, saya gunakan untuk membeli rumah yang lain. Kita perlu berani bertanya, dan sekiranya ia memang rezeki kita, kita akan mendapat rumah tersebut. Malah, kawan saya juga berjaya mendapat ansuran setahun untuk bayaran deposit. Jadi tiada yang mustahil. Lebih-lebih lagi sekarang, banyak penjual terdesak untuk menjual rumah mereka kerana tekanan ekonomi. Jadi, lebih mudah untuk berunding.
Firdaus: Saya memang suka berniaga. Ketika umur saya 21 tahun, saya sudah memulakan perniagaan sendiri. Salah satu syarikat yang saya miliki ialah syarikat pemasangan perabot untuk Courts Mammoth. Kawasan pemasangan saya adalah di Kangar dan Parit Buntar. Selain itu, saya juga mengusahakan beberapa syarikat lain seperti MFJ Property Management dalam bidang hartanah, Rimbunan Alam sebagai kontraktor dan FNR Kereta Sewa di sekitar Pandan Indah.
PHM: Ini tahun ketiga anda terlibat dalam pelaburan hartanah. Apakah harapan anda untuk masa hadapan? Firdaus: Selain pelaburan rumah, saya juga telah membeli tanah seluas 30,000 kps dengan harga RM 40,000 di Sungai Petani, Kedah. Harga pada mulanya ialah RM 70,000 tetapi saya berjaya minta potongan. Menariknya, kawasan itu berstatus mukim pada tahun lepas semasa saya membeli tanah tersebut. Pada tahun ini, ia dinaik taraf kepada status bandar raya. Di atas tanah itu, saya merancang untuk membina rumah kontena dan juga dewan perkahwinan konsep terbuka di tengah-tengah keindahan bendang. Hartanah ialah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Lebih banyak orang Melayu yang membeli hartanah, lebih baik, kerana ramai orang Melayu tidak mementingkan pelaburan sekarang. Banyak tanah tergadai demi mendapatkan duit dengan cepat. Saya sangat berharap orang Melayu lebih kaya dalam bidang hartanah.
PHM: Apa risiko yang anda hadapi dalam pelaburan hartanah setakat ini? Firdaus: Pada saya, tiada risiko. Saya seronok terlibat dalam bidang ini kerana hartanah boleh menjadi bank untuk kita dan boleh juga menjadi aliran tunai untuk kita kalau kita bijak. Saya pula menganggapnya sebagai penghargaan untuk diri sendiri.
48 PHM Nov 2015.indd 48
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:47 PM
TRIV IA
PHM: Apakah perkara yang menarik tentang diri anda? PHM: Kereta idaman anda? PHM: Benda yang tidak boleh ditinggalkan ketika keluar? PHM: Filem kegemaran anda? PHM: Moto hidup anda? PHM: Warna yang menjengkelkan anda? PHM: Tempat yang sering dikunjungi ketika bosan? PHM: Anda fobia pada? PHM: Rumah idaman?
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 49
NOVEMBER 2015
49 11/9/2015 3:30:48 PM