Lokasi Penyelidikan
Yang Cantik Itu di Hati Yang Hasad Pada yang Iri Apalah Ada Pada Budi Apalah Budi Setulus Sanubari Untuk rakan-rakan yang sama berjuang untuk memartabatkan kesenian Borneo
Kandungan Senarai Rajah
vi
Prakata
xi
Bab 1
Masyarakat Bajau
Bab 2 Ikon dan Konsep Reka Bentuk Sunduk Bajau Pulau Omadal Bab 3 Lepa Pulau Bum-Bum Bab 4 Adat, Amalan dan Pantang Larang Suku Kagayan Pulau Libaran Bab 5 Ragam Hias Tanda Kematian Masyarakat Jambongan Bab 6 Adat Kematian Suku Ubian Pulau Banggi Bab 7 Balan-balan daripada Perspektif Masyarakat Bajau
1-23 25-66 67-85 87-109 111-143 145-180 181-196
Bab 8 Kesimpulan Biodata Penulis
197-200
Glosari Bibliografi
205-210
Indeks
217-219
201-203
211-206
Rajah Rajah
1.1 1.2 1.3 1.4 2.1
2.2 2.3 2.4 2.5
2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 2.15 2.16 2.17 2.18 2.19 2.20 2.21 2.22 2.23 2.24 2.25
Halaman Petempatan penutur Bajau Sama Zon Sulu – Kebanjiran penutur Bajau Sama Petempatan masyarakat Bajau Sabah Masyarakat pulau pesisir (i) Suku Kagayan Pulau Libaran (ii) Suku Ubian Pulau Banggi (iii) Suku Suluk Pulau Jambongan Peta Pulau Omadal dan kawasan perkuburan kaum Bajau Kubang Sunduk lelaki dan wanita Sunduk lelaki Segmen bentuk sunduk lelaki Bahagian atas sunduk lelaki – Ikon tarbus, ketayap dan songkok Ikon mata bujak Ragam sunduk dengan ukiran bujak Ragam hias bahagian tanpa corak Ragam hias songkok tanpa serban Bunga ukir pada bahagian atas platform Segmen tengah sunduk lelaki (i) Pakaian biasa (ii) Jaket (iii) Baju Melayu (iv) Jubah Segmen tengah bercorak organik Segmen tengah II Ragam hias bahagian tengah dua segmen Ragam bentuk silinder Ragam bentuk sunduk tidak bercorak Ragam bahagian bawah sunduk lelaki Sifat fizikal individu Tubuh langsing bersepatu Tubuh langsing tidak bersepatu Ragam sunduk imam I Ragam sunduk imam II Ragam sunduk imam III Ragam sunduk imam IV
3 5 13 15
26 30 32 33 34 35 35 36 36 36 37 38 38 39 39 40 40 41 41 42 42 43 43 44 44
2.26 2.27 2.28 2.29 2.30 2.31 2.32 2.33 2.34 2.35 2.36 2.37 2.38 2.39 2.40 2.41 2.42 2.43 2.44 2.45 2.46 2.47 2.48 2.49 2.50 2.51 2.52 2.53 2.54 2.55 2.56 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6
Motif pokok bakau dan ombak laut Motif daun tuba Motif ombak Motif pokok menjalar Motif gulungan tali Motif keluk Motif pucuk rebung Motif jaring ikan Motif sisik ikan Motif pelampung jala ikan Motif geometrik Motif daun sirih Sunduk kaum perempuan Rupa asas bentuk sunduk perempuan Segmen-segmen sunduk perempuan Adaptasi aksesori sunduk perempuan Adaptasi ragam hias cucuk sanggul Motif cucuk sanggul Motif tanpa cucuk sanggul Motif rambut pendek yang diikat Corak daripada baju tarian Igal-igal Motif siring kain Motif pucuk bakau Motif pokok bakau Motif puteri Igal-igal Aksesori yang terdapat pada penari Igal-igal Rupa lekuk Motif lekuk Motif kosong Sunduk perempuan meninggal semasa melahirkan anak Sunduk pasangan imam Lepa Pulau Bum-Bum, 2005 Pulau Bum-Bum Barangayan dan kora-kora Lepa-bonggoh kecil Lepa-biasa-bersaiz besar Lepa-lepa-bersaiz kecil
45 45 46 46 46 47 47 47 48 48 48 49 50 51 52 53 54 54 55 55 56 56 57 57 58 59 59 59 60 60 61 69 70 72 72 73 74
3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 3.15 3.16 3.17 3.18 3.19 3.20 3.21 4.1 4.2 4.3 4.4
4.5
4.6
4.7 4.8 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8
Lepa-cantik (lanu) Lepa-Sappit buli kumun Lepa-Sappit biruk (i) Kalang dapul (ii) Torok (iii) Pelleh Kajjang Junggal Sa’am Ba’ul Struktur lepa Tudjah depan Bahagian pakajjangan Bahagian pemalung Tingkat-tingkat satah Motif pada bahagian panansaan Ragam hias lepa Lokasi Pulau Libaran Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Libaran Kampung Pulau Libaran Kanak-kanak Pulau Libaran Foto (iii) kelihatan Syarif Mohd. Azli Haris (6 tahun) yang mempunyai rambut berekor pada bahagian belakang (i) Anduto Sangkuk (65 tahun), (ii) Sinti Pesuran (60-an) (iii) Syarif Abdullah Tua (118 tahun) (iv) Syarif Badurun Syarif Mustapha (76 tahun) (i dan ii) Pengantin diusung sebelum memijak kain kuning (iii) Pengantin memijak kain kuning (iv) Adat batal air sembahyang – melekapkan sapu tangan putih di dahi Tarian Berunsai Adat naik ayunan Pulau Jambongan Penduduk Pulau Jambongan Nisan Pulau Jambongan Sunduk lelaki Ilustrasi sunduk lelaki Segmen atas sunduk Segmen tengah sunduk Segmen bawah sunduk
74 75 75 76 76 77 77 77 78 79 79 80 80 81 82 88 89 91 93
94
99
103 106 112 115 119 120 122 122 123 123
5.9 5.10 5.11 5.12 5.13 5.14 5.15 5.16 5.17 5.18 5.19 5.20 5.21 5.22 5.23 5.24 5.25 5.26 5.27 5.28 5.29 5.30 6.1 6.2 6.3
6.4 6.5 6.6
6.7
6.8
6.9 6.10
Adaptasi sunduk Adaptasi sunduk tanpa corak Sunduk perempuan Ilustrasi sunduk perempuan Segmen atas sunduk perempuan Segmen tengah sunduk perempuan Segmen bawah sunduk perempuan Adaptasi sunduk perempuan Ilustrasi kedudukan pilang Pilang – pandangan hadapan Pilang – pandangan sisi Adaptasi sebuah lepa Kedudukan tujak lamak Adaptasi konsep lipatan layar pada sunduk lelaki Sunduk perempuan adaptasi daripada ba’ul Motif sunduk Pucuk muda Motif kelopak bakau Kedudukan corak sunduk perempuan Nama corak sunduk perempuan Motif tocang rambut Tungkul dan segmen sunduk lelaki Lokasi Pulau Banggi Pulau Banggi (i) Kedudukan Pulau Banggi dalam peta negeri Sabah dan (ii) Petempatan penduduk di Pulau Banggi Penentuan warna dalam masyarakat Ubian Beduk – alat menghebahkan kematian (i) Kedudukan si mati yang baharu meninggal (ii) Kedudukan si mati sebelum dimandikan Proses penyediaan tapak mandi mayat yang diperbuat daripada batang pisang (i dan ii) Upacara pesuhuk (iii) Kayu atau buluh diletak pada sisi kubur (iv) Buah pinang dibalut dengan kain putih Upacara membawa jenazah ke tanah perkuburan Adat membuka bumi
124 125 125 126 127 127 128 128 129 129 130 131 131 132 133 135 136 136 137 138 139 141 146 147 148 150 152 153 155 156
157 158
6.11
6.12 6.13 6.14 6.15
6.16 6.17 6.18 6.19 6.20 6.21 6.22 6.23 6.24 7.1
7.2
7.3 7.4
7.5
7.6
Proses pembuatan payung-payung dan panji-panji: (i) Pemasangan kain pada struktur (ii dan iii) Membentuk tingkat dan ikatan (iv) Bentuk panjipanji dan payung-payung Upacara pengebumian Upacara pabahakan Adat nungguan kubul Naja-naja (kelambu) dipasang sebagai bumbung kubur (i) Kuih penjaram (ii) Kuih jala (i) Buas kuning (ii) Telur rebus Adat kubul Jenis kuburan Bahan sedekah Tunjuk kubur (a) Tunjuk kubur lelaki (b) Tunjuk kubur perempuan Kain kafan sebagai penutup keranda Panji-panji dan payung-payung Dinding hali dan lampiran kain batik (i) Balan-balan versi Filipina disebut manananggal (ii dan iii) Balan-balan versi Borneo dan Semenanjung Malaysia disebut penanggal (i) Kelihatan berwarna hitam bahagian tengah dipercayai manananggal (ii) Entiti difokuskan Pulau-pulau Sabah – lokasi kajian (i) Entiti kelihatan pada bahagian atas penaripenari Berunsai (ii) Kelihatan salah seorang penari dipercayai ada kaitan dengan paparan entiti tersebut (i dan ii) Cermin yang diletakkan di kawasan bakaibakaian mestilah bulat kerana ia dikatakan tidak ada sempadan dan sukar bagi bal-bal untuk mencari roh si mati (iii) Cermin disimpan di bawah bantal pada waktu siang (i) Sandara Panglima Mohammad (90 tahun) (ii) Fatimah Sahibil (45 tahun) (iii) Abdul Nasir Haji Laud (49 tahun)
159
161 162 164 165 166 167 168 169 171 172
173 175 175 183
183 184 186
188
190
Prakata
S
abah merupakan satu tempat yang masih kaya dengan warisan kesenian silamnya. Kewujudan pelbagai etnik yang bilangannya melebihi 35 suku kaum, menjadikan Sabah sebagai tempat yang masih mewarnai berbagai-bagai ragam budaya. Paparan ragam budaya tradisi etnik ini meletakkan Sabah sebagai salah satu gedung warisan Seni di Malaysia. Unsur-unsur budaya yang diwarisi oleh masyarakat tradisi di Sabah, menampilkan satu komitmen terhadap sistem adat yang menjadi landasan dalam kehidupan mereka. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan masyarakat tradisi bahawa wujudnya hubungan yang erat antara mereka dengan alam semesta dan secara tidak langsung telah menular dalam pembentukan sistem adat mereka. Keterikatan kepada sistem adat yang diwarisi sejak turun-temurun telah menyumbang kepada satu ketentuan pada adat dan kesenian hingga kini. Nilai-nilai warisan tradisi ini perlu dipelihara dan direkodkan agar sentiasa berkembang merentasi zaman tanpa digugat oleh kepupusan pengamal warisan seni tradisi. Pendedahan ini perlu agar generasi akan datang mengenali warisan kesenian dan budaya nenek moyang mereka. Buku ini adalah satu dokumentasi langsung hasil penyelidikan secara berterusan terhadap masyarakat yang menduduki pulau-pulau di pesisiran pantai timur Sabah yang penghuninya terdiri daripada rumpun Bajau. Ulasan tentang budaya masyarakat pesisir yang kebanyakannya dihuni oleh kaum Bajau Kubang, Kagayan, Ubian dan Suluk bukanlah menggambarkan keseluruhan suku kaum Bajau yang menduduki Sabah, walaupun pada dasarnya mereka adalah penutur bahasa Sama. Ulasan dalam Bab 1 berhubung dengan masyarakat Bajau Sabah bertujuan untuk mendapatkan sedikit sahaja gambaran suku kaum Bajau secara umum bagi membolehkan bab-bab berikutnya diulas secara tuntas. Penulis menganggap hanya sekelumit maklumat yang boleh dikongsi menerusi buku ini. Hal ini demikian kerana masih banyak lagi warisan budaya suku kaum Bajau yang perlu diteroka untuk didokumenkan sebagai rujukan. Pengalaman penulis di beberapa lokasi penyelidikan amat terhad untuk membincangkan secara menyeluruh budaya yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Justeru, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi oleh penulis-penulis lain khususnya mereka yang tergolong dalam rumpun Bajau. Penulis dengan rendah hati memohon ribuan maaf sekiranya terdapat beberapa kelemahan dalam catatan ringkas yang dikemukakan di dalam buku ini. Penulis sedaya upaya cuba memberi maklumat yang tepat berdasarkan hasil temu bual dengan beberapa informan di
lokasi penyelidikan. Namun, pastinya terdapat beberapa kelemahan atas maklumat yang disampaikan, tambahan lagi fakta yang bergantung daripada informan ada kekurangannya kerana kebanyakan mereka hanya menerima maklumat melalui warisan turun-temurun dan pengalaman dalam lingkungan usianya. Justeru, maklumat yang bersifat retorik dan berunsurkan emosi harus ditapis bagi membolehkan satu ulasan yang berlandaskan kepada realiti. Maklumat-maklumat yang disampaikan terutamanya tentang asal usul juga dilihat sebagai satu fakta sampingan yang boleh digunakan sebagai fakta penyokong kepada tulisan-tulisan terdahulu yang bersifat saintifik. Kewujudan buku ini juga adalah dengan dorongan dan sokongan beberapa individu, justeru penulis merakamkan ribuan terima kasih kepadaYBhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon selaku mantan Naib Canselor, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, Naib Canselor, Prof Madya Dr. Saidatul Nornis Hj. Mahali, Teddy Marius Soikun, Norhayati Ayob, Che Hasruddin Che Hasan, Cikgu Suhaimi Taif, pelajar-pelajar jurusan Teknologi Seni Visual dan para informan yang terdiri daripada pelbagai lapisan. Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para informan di lokasi penyelidikan khususnya di Pulau Omadal, Pulau Bum-Bum, Pulau Libaran, Pulau Jambongan, Pulau Banggi dan Pulau Mantanani atas sumbangan maklumat yang diberikan bagi menjayakan penerbitan buku ini.Tanpa bantuan yang diberikan, tidak mungkin buku ini boleh diterbitkan. Terima kasih juga diucapkan kepada ketua kampung di setiap pulau yang dilawati kerana memberi ruang kepada penulis untuk bermalam di kampung yang terlibat. Semoga dengan kelahiran buku yang serba ringkas ini dapat memberi ruang kepada penyelidik-penyelidik lain untuk mendalami lagi khazanah kesenian yang ada di Kepulauan Borneo, khususnya di Sabah. Ismail Ibrahim, Ph.D Mohamad Azareen Aminullah Humin Jusilin, Ph.D Mohammad Pu’ad Bebit Zaimie Sahibil Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah Februari 2013