S u a ra
KOPERASI K h a s
u n t u k
a n g g o t a
K o p e r a s i
Te n t e r a
KKDN PQ /PP1505 (2888) PP 2888/02/2012 (029110)
EDISI 01/13
Eksklusif Kunjungan Hormat PAT Perasmian Pejabat Cawangan Sg Besi Penyampaian Cek Pampasan Kepada Waris Wira Lahad Datu
Tanggungjawab Sosial KT
Nota Editor
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Tanpa kita sedari, 2012 telah pun bermulalah perjalanan yang baharu pelbagai program dan aktiviti yang kedudukan Koperasi Tentera sebagai terbaik di Malaysia.
melabuhkan tirainya dan di arena 2013 dengan bakal memantapkan lagi salah satu koperasi yang
Pada edisi kali ini, Sidang Redaksi telah menyajikan pelbagai informasi terkini buat pembaca budiman termasuk paparan Kunjungan Hormat Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin ke Koperasi Tentera, Wawancara Eksklusif bersama Setiausaha Kehormat Koperasi Tentera, YBrs Tuan Hj Wan Deris bin Wan Ahmad, perasmian pejabat cawangan Sg Besi dan Ar-Rahnu KT serta pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial yang telah dijalankan demi kebaikan dan kebajikan anggota Koperasi Tentera. Sememangnya, Koperasi Tentera amat mengambil berat akan kebajikan para anggota. Ini jelas terbukti dengan adanya peruntukan tahunan yang telah disediakan melalui Tabung Dermasiswa, Sumbangan Derma Am serta Skim Khairat Kematian. Diharap para anggota dapat mengambil peluang yang telah diberikan terutama yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Antara skim yang ditawarkan melalui Tabung Dermasiswa adalah Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan, Skim Dermasiswa dan Skim Insentif Kecemerlangan. Adalah menjadi harapan Koperasi Tentera untuk memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik di samping menjaga kebajikan kepada para anggota yang setia. Akhir kata, semoga penerbitan Suara Koperasi akan terus menjadi wadah untuk menyalurkan maklumat mengenai program & aktiviti semasa Koperasi Tentera kepada semua pembaca budiman. Salam hormat dan Wasalam.
Suara
KOPERASI K h a s
u n t u k
a n g g o t a
Ko p e ra s i
Te n t e ra
KKDN PQ /PP1505 (2888) PP 2888/02/2012(029110)
EDISI 02/12
KANDUNGAN
Eksklusif Kunjungan Hormat PAT Wawancara Bersama Setiausaha Kehormat Perasmian Pejabat Cawangan KT
S I DA N G E D I TO R I A L
03 05 07
Pampasan Insurans STBATM
09
Program Tanggungjawab Sosial
11
Pameran / Ceramah
13
Pe n a u n g Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) Pe n a s i h a t Tuan Hj Shamshudin bin Khalid
........................................... Ke t u a Pe n g a r a n g Nurhayati binti Othman Pe n g a r a n g Lt Kol Ismail bin Ali (Bersara) Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara) Norazian binti Abdullah Nurfitri Liana binti Zakaria Sharifah Nur-Nadiah binti Said Nodin Fo t o g r a f i Muhammad Nazrul Nizar bin Zulkifli Nurfitri Liana binti Zakaria
........................................... Diterbitkan oleh: Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. Dicetak oleh: Marzuq Print & Trading No 38, Jalan SM 1A, Taman Sunway Batu Caves, Gombak 68100 Batu Caves, Selangor.
Sidang Editorial SUARA KOPERASI amat mengalu-alukan sebarang sumbangan yang bernas berbentuk artikel dan cadangan untuk keluaran akan datang. Sila hantarkan bahan tersebut kepada : Unit Perhubungan Awam (Terbitan SUARA KOPERASI) Wisma Koperasi Tentera No 1, Jalan 2/65 C, Off, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur Tel : 0340272711/2703 Emel:
[email protected]
EKSKLUSIF
EKSKLUSIF KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE KOPERASI TENTERA
TAKLIMAT TRANSFORMASI KOPERASI TENTERA DAN PELANCARAN BUKU “50 TAHUN MENERAJUI KECEMERLANGAN” Kuala Lumpur, 21 Januari 2013 - Koperasi Tentera telah mengadakan satu taklimat khas Transformasi Koperasi Tentera Ke Arah Menjadi Sebuah Bank Menjelang 2015 kepada Yang Dipertua Koperasi Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera di Ibu Pejabat Koperasi Tentera. Turut hadir adalah Naib-Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera iaitu; YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut, dan YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud, Panglima Tentera Udara. Sesi taklimat disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera. Tujuan utama sesi taklimat ini adalah untuk memberi maklumat terkini persediaan Koperasi Tentera menjadi Bank Koperasi Menjelang 2015. Perlaksanaan program transformasi ini dapat meningkatkan lagi kredibiliti dan prestasi Koperasi Tentera pada masa akan datang.
Agenda lain yang turut diadakan pada hari tersebut adalah Pelancaran Buku “50 Tahun Menerajui Kecemerlangan” yang telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Yang Dipertua Koperasi Tentera. Pengisian dalam terbitan buku ini merangkumi imbauan sejarah penubuhan dan pergerakan Koperasi Tentera serta tokoh yang telah bertanggungjawab menaikkan nama Koperasi Tentera hingga ke tahap kini. Turut hadir pada sesi taklimat dan majlis pelancaran ini adalah Anggota Lembaga Koperasi Tentera.
03
Halaman
Suara Koperasi 2013
Projek Transformasi Misi: Untuk menjadi sebuah Bank Koop menjelang 2015 Kenapa KT perlu berubah
Jumlah keanggotaan yang tidak bergerak. Sejak tahun 2008, anggota KT berada dilingkungan 144,000 – 145,000.
Sebagai sebuah koperasi, perkhidmatan KT hanya terbatas untuk anggota. KT tidak boleh menerima orang awam sebagai pelanggan.
KINI
MASA HADAPAN
KT menghadapi persaingan daripada institusi kewangan yang lain.
Kos modal yang tinggi kerana kadar dividen yang tinggi dan memerlukan KT untuk meminjam daripada institusi kewangan
Memastikan kesinambungan keuntungan KT dan pertumbuhan sebuah organisasi yang mampan: -
KT akan mempunyai pelanggan yang lebih luas
-
KT akan memperolehi sumber dana yang lebih murah melalui simpanan bukan ahli dan orang awam.
-
Meningkatkan tadbir urus dan profesionalisma KT
Dividen akan menurun di bawah 10%
Sukar untuk mengekalkan margin keuntungan kerana kos semakin meningkat
Nama KT akan lebih dikenali
Mendapat pulangan yang lebih tinggi
Kadar dividen yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang
Apa perbezaan di antara Koperasi & Bank Koop?
Koperasi Perniagaan
Keanggotaan Pelanggan
Maksimumkan pulangan ke atas modal ahli berdasarkan satu kelas produk Keanggotaan hanya kepada ATM. Tidak terbuka kepada orang awam Ahli KT sahaja
Sumber Modal Modal ahli dan pinjaman luar
Bank Koop Maksimumkan pulangan ke atas modal ahli dengan kepelbagaian produk dan pertumbuhan pelanggan bukan ahli Keanggotaan hanya kepada ATM. Tidak terbuka kepada orang awam Ahli KT + Orang Awam + Sektor Korporat + Kerajaan + Institusi Awam dan swasta Modal ahli, pinjaman luar dan simpanan
Halaman
04
WAWANCARA
BERSAMA SETIAUSAHA KEHORMAT KOPERASI TENTERA
TUAN HJ WAN DERIS BIN WAN AHMAD Lahir di Kampung Tangok Jelawat, Bachok, Kelantan pada tanggal 13 Ogos 1953. Pendidikan awal pada 1961 di Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok dan Sekolah Menengah Jelawat, Bachok hingga tahun 1971. Dari Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, beliau kini memperolehi Diploma Pengurusan Koperasi dari Maktab Koperasi Malaysia. Tuan Haji Wan Deris bersama pasangan, Puan Jamilah binti Jab dikurniakan tujuh orang cahayamata. Menceburi Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1972 dalam Kor Semboyan Diraja. Sepanjang 13 tahun perkhidmatan, Hj Wan Deris menjadi Jurulatih Jurusistem Perhubungan di Sekolah Semboyan. Jawatan Ketua Jawatankuasa Audit Dalaman pada tahun 1994, membuka laluan untuk Hj Wan Deris terpilih sebagai Anggota Lembaga Koperasi pada Mesyuarat Agung Tahunan tahun 1995. Senarai penjawatan yang pernah Hj Wan Deris sandang adalah; Bendahari Kehormat, Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia (2002-2004), Setiusaha Kehormat, Koperasi Penduduk-Penduduk Kuantan (2004-2007) dan Pengarah Harperwira Sdn Bhd (1998-2008). Pada masa ini, Hj Wan Deris adalah Setiasaha Kehormat Koperasi Tentera sejak tahun 2010 dan Pengarah Syarikat Desatera Sdn Bhd.
S1: Bolehkah Tuan Hj kongsikan bersama kami pengalaman yang paling berharga di sepanjang 18 tahun perkhidmatan Tuan Hj di sini?
S2: Sebagai Setiausaha Kehormat, apakah prinsip dan falsafah Tuan Hj di dalam memastikan Koperasi Tentera mencapai matlamatnya.
Pada tahun 1995, semasa saya mula dipilih sebagai Anggota Lembaga Koperasi, aset Koperasi hanya bernilai RM200juta dengan keanggotaan seramai 111,000 orang sahaja. Kini aset Koperasi telah mencecah hampir RM2 billion dengan keanggotaan meningkat sehingga 144,769 orang. Pada tahun 2007, Koperasi mengalami satu fenomena di mana keanggotaan telah menurun sehingga seramai 90,000 orang sahaja. Ini merupakan cabaran yang besar kepada semua Anggota Lembaga untuk meningkatkan semula jumlah keanggotaan Koperasi. Berdasarkan kepercayaan anggota yang datang membuat pembiayaan, saya yakin bahawa Koperasi mampu mengekalkan bayaran dividen 13% hingga 14% berbanding 6% pada masa dahulu. Cadangan saya untuk mewujudkan Skim Sumbangan Bakti bagi anak-anak anggota yang cemerlang dalam pelajaran telah diluluskan dengan sebulat suara dan kini sedang dilaksanakan. Pengenalan Pembiayaan Ekspres timbul dari hasrat saya untuk membantu anggota dan menghapuskan kebergantungan mereka kepada perkhidmatan ceti haram.
Saya berpegang kepada prinsip, “setiap keputusan dalam mesyuarat mesti dipatuhi dan dilaksanakan.” Malahan, sebagai sebuah Koperasi, kita mesti mematuhi setiap perkara yang termaktub di dalam buku Undang-Undang Kecil, Akta Koperasi, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kita tidak patut mengutamakan kepentingan diri sendiri atau mengambil kesempatan di atas apa yang kita lakukan. Apabila saya mula melangkah, pasti tidak akan mengundur malahan berjaya atau tidak itu adalah usaha yang saya praktikkan untuk mentadbir koperasi ini. Perkara atau keputusan yang baik hendaklah kita laksanakan dengan bersungguh- sungguh supaya matlamatnya tercapai. Intipati dalam setiap mesyuarat mesti ada rasionalnya dan kita tidak boleh mengambil keputusan itu dengan mudah atau secara individu, kita mesti mengikut pandangan majoriti atau berdasarkan prinsip koperasi. Itulah prinsip yang saya patuhi dan taati selama ini.
05
Halaman
Suara Koperasi 2013
S3: Apakah pandangan Tn Haji mengenai pencapaian Koperasi Tentera yang akan mencecah usia 53 Tahun pada 12 November ini? Pada pandangan saya, perkembangan Koperasi Tentera pada ketika ini tidaklah terlalu drastik kerana kita bergerak mengikut keupayaan yang berperingkat-peringkat. Kita bermula dari sebuah koperasi yang kecil dengan mengharungi pelbagai halangan, rintangan dan cabaran untuk mencapai kedudukan kita kini. Kita mampu menyelesaikan dengan baik setiap masalah yang kita hadapi. Saya amat berbangga dengan sistem pengurusan anggota lembaga yang sediada; yang mampu membuat keputusan dengan telus, jujur dan ikhlas. Terutama dalam pematuhan kepada seksyen 44 & 45 yang menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab lembaga yang termaktub dalam akta. S4: Para anggota kerap membuat aduan Koperasi Tentera mengenakan caj yang tinggi berbanding bank-bank yang lain. Apakah pandangan Tuan Hj berkaitan perkara ini? Kita perlu kaji dan fahami mengenai peraturan yang ditetapkan oleh bank dan institusi kewangan lain, yang memberi pembiayaan, tetapi tidak seperti di Koperasi Tentera. Contohnya jika Koperasi Tentera memberi pembiayaan berjumlah RM100,000, anggota akan memperolehi sepenuhnya jumlah pembiayaan. Dari institusi perbankan, mereka tidak akan mendapat jumlah pembiayaan yang penuh, sebaliknya potongan pendahuluan ansurans selama 3 bulan akan dipotong. Pemahaman mengenai perbezaan ini perlu diterangkan kepada setiap anggota agar mereka tidak salah faham terhadap skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Koperasi Tentera.
S5: Koperasi Tentera kini sedang giat melaksanakan persiapan dalam menghadapi proses transformasi menjadi Bank Koperasi menjelang 2015. Apakah pandangan dan inspirasi Tuan Haji terhadap transformasi ini? Pelaksanaan transformasi Koperasi Tentera ke arah Bank Koperasi pada ketika ini adalah sangat baik untuk kita lebarkan sayap perniagaan kita. Apabila menjadi bank, kita perlu mengutamakan Anggota Tentera Malaysia dan kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Keistimewaannya adalah; modal anggota boleh dilaksanakan sebagai pelaburan dalam saham bank nanti. Saya menyokong sepenuhnya transformasi ini dan saya berharap Pengurusan Koperasi Tentera lebih profesional dan bersedia untuk menghadapi setiap cabaran yang bakal ditempuhi. S6: Sebagai mengakhiri sesi wawancara ini, apakah pesanan dan saranan Tuan Hj kepada semua anggota setia Koperasi Tentera? Saranan saya yang pertama adalah; kesetiaan anggota Koperasi untuk terus kekal dalam keanggotaan Koperasi. Ianya adalah kerana peluang yang sediada adalah keistimewaan untuk semua anggota memperolehi manfaat bersama, misalnya melalui agihan dividen yang tidak kurang dari 10%. Yang kedua, bagi anggota yang telah tamat perkhidmatan, mereka masih boleh mendapat beberapa faedah penting yang dibekalkan oleh koperasi, malahan boleh memohon pembiayaan yang tidak melebihi 90% dari jumlah yuran terkumpul. Mereka juga boleh mendapat perlindungan insurans melalui Skim Takaful Berkelompok ATM untuk diri dan keluarga.
Halaman
06
BERITA
PERASMIAN PEJABAT CAWANGAN KT KE 18 DAN PEJABAT AR-RAHNUKT PERTAMA DI SG BESI
SG BESI, 13 MAC 2013 - Koperasi Tentera mengadakan majlis perasmian Pejabat Cawangan yang ke 18 dan Ar-RahnuKT pertama yang beralamat di Jalan Tasik Utama, The Trillium Lake Fields, Sg Besi, Kuala Lumpur dalam satu majlis ringkas. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Paduka Che Hasni bin Che Ahmad (Bersara), Pengerusi Koperasi Tentera. Pejabat Cawangan Koperasi Tentera di Sg Besi adalah yang ke-18 dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2012. Manakala Ar-RahnuKT Sg Besi merupakan pejabat Ar-Rahnu yang pertama dibuka dan mula beroperasi pada 5 Julai 2012. Perkhidmatan Ar-RahnuKT ini menyediakan perkhidmatan pajak gadai Islam kepada masyarakat setempat. Menurut Pengerusi Koperasi Tentera, Ar-Rahnu KT turut beroperasi di Sg Udang, Melaka dan Kluang, Johor dengan sasaran melebihi RM300,000 dan jumlah pelanggan melebihi 1,000 orang sebulan. KT turut merancang untuk membuka 4 buah lagi cawangan Ar-RahnuKT yang akan beroperasi di sekitar Lembah Klang dan kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
07
Halaman
Suara Koperasi 2013
Turut hadir pada majlis tersebut adalah barisan Anggota Lembaga Koperasi iaitu Tuan Hj Wan Deris bin Wan Ahmad, Lt Kol Hamidi bin Achin, Ssjn Noor Afzan binti Mansor dan En Mustapha bin A. Jalil dengan Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi Hj Salleh (Bersara). Para jemputan merangkumi wakil perasmian ini turut dihadiri oleh Pasukan Polis, Pasukan Bomba dan institusi perbankan setempat seperti CIMB, BSN dan Maybank. Angota Tentera dari Kem Perdana, Sg Besi turut menjayakan majlis ini.
KT Laksanakan Tanggungjawab Sosial Kepada Penduduk Setempat Dalam majlis yang sama, Koperasi Tentera turut melaksanakan tangungjawab sosialnya dengan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada 5 buah masjid dan surau di sekitar Sg. Besi. Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan adalah:
1. 2. 3. 4. 5.
Masjid Angkatan Tentera (AT) Masjid Al-Muqarrabin Masjid Jamek Ibnu Khaldun Surau RKAT Desa Tun Abdul Razak Surau Al-Falah
Halaman
08
BERITA
PAMPASAN INSURANS BERKELOMPOK WARIS ALLAHYARHAM KPL AHMAD HURAIRAH BIN ISMAIL DAN KPL AHMAD FARHAN BIN RUSLAN TERIMA CEK PAMPASAN SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM KOTA BHARU , 01 APRIL 2013 - Dengan kerjasama Markas 8 Briged, Kota Bharu, Koperasi Tentera telah mengadakan majlis penyerahan cek pampasan Skim Takaful Berkelompok ATM (STBATM) kepada perajurit yang telah terkorban dalam Ops Daulat, Lahad Datu, Sabah. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Angkatan Tentera, Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi kepada waris mereka dengan jumlah pampasan RM94,000 setiap seorang.
En Ismail bin Husin bapa kepada Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah bin Ismail menerima cek pampasan tersebut dalam satu majlis ringkas di Pasir Mas. Manakala En Ruslan bin Hassan menerima bayaran pampasan bagi Allahyarham Kpl Ahmad Farhan dikediamannya di Perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh. Hadir sama pada majlis penyerahan ialah Brig Jen Dato' Mohamad Zaki bin Hj Hamzah, Panglima 8 Briged, Lt Kol Hamisan bin Mian dan Lt Kol Hamidi bin Achin, Anggota Lembaga Koperasi Tentera, Encik Zafri bin Abdul Halim; Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Sdn Bhd serta wakil dari Syarikat Takaful Malaysia Berhad Cawangan Kelantan.
09
Halaman
Suara Koperasi 2013
PENYERAHAN CEK PAMPASAN KECEDERAAN INSURANS BERKELOMPOK 13 Mac 2013 - Penyerahan Cek pampasan kecederaan bernilai RM9,270.00 kepada anggota 1099118 Lkpl Hajarin bin Matin telah diserahkan oleh Penolong Pegawai Pemerintah, Kapt Mohd Azezul Zakaria kepada anggota dalam satu majlis ringkas. Anggota yang bertugas di 5 Skuadron Jurutera Diraja, Kem Lok Kawi mengalami kecederaan pada 22 Disember 2012 pada lutut sebelah kiri semasa bermain bola sepak.
Pada 26 Mac 2013 - Pegawai KT cawangan Kota Kinabalu menyerahkan cek pampasan kecederaan berjumlah RM4,000.00 kepunyaan 831737 Lk 1 Pap Muhamad Yusoff bin Ayob diserahkan oleh Kdr Khairul Nizam bin Said di Markas Angkatan Kapal Selam TLDM, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Anggota mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Jalan Patau, Labuan pada 2 Oktober 2011.
Penyerahan Cek Tuntutan Kematian di 11 RAMD Kem Semenggo, Kuching 17 April 2013 - Satu majlis ringkas telah diadakan di Pejabat Pegawai Memerintah 11 RAMD bagi penyerahan cek pampasan kematian kepada Allahyarham 1086592 Kpl Kamal bin Aben. Cek pampasan bernilai RM 78,020.66 diserahkan oleh Lt Kol Nizam bin Mohd Yusoff kepada isteri Allahyarham, Puan Melia Binti Goheh. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Julai 2012.
Halaman
10
BERITA
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL:
MAJLIS SERAHAN ZAKAT ASNAF KOPERASI TENTERA
KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI 2013 Koperasi Tentera mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Asnaf kepada lima badan pertubuhan kebajikan di sekitar Lembah Kelang. Majlis disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Paduka Che Hasni bin Che Ahmad (Bersara), Pengerusi Koperasi Tentera yang diiringi oleh YBhg Brig Jen Datuk Ahmad Zahudi Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera di Wisma Koperasi Tentera. Lima badan pertubuhan kebajikan yang menerima zakat asnaf di majlis tersebut adalah:-
1 Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah
2 Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia
3 Pusat Jagaan Anak Yatim Nur-Ikhlas 4 Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang
5 Pertubuhan Al-Hidayah Selangor
Koperasi Tentera menunaikan tanggungjawab dengan menyalurkan zakat perniagaan bagi tahun 2012 berjumlah RM1,969,214 juta kepada Pusat Zakat, Majlis Agama, Tabung Zakat ATM serta agihan terus kepada badan kebajikan serta individu yang layak. Menurut Pengerusi KT dalam ucapannya, “program ini memberi peluang kepada Koperasi bagi mendekati dan mengeratkan silaturahim dan menjaga kepentingan bersama masyarakat luar”. Bagi agihan terus, KT menyumbangkan zakat secara terus kepada golongan asnaf seramai 19 individu dan 17 badan pertubuhan kebajikan berjumlah RM80,000 termasuk 5 pertubuhan yang menerimanya pada majlis ini. Majlis yang diserikan dengan persembahan dari Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang, turut dihadiri oleh Anggota Lembaga Koperasi dan wakil media.
11
Halaman
Suara Koperasi 2013
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL:
KOPERASI TENTERA HULURKAN BANTUAN KEPADA ANGGOTA & WARIS ANGGOTA
MANGSA KEBAKARAN DI BALING, KEDAH BALING, 05 MAC 2013 - Dalam menjaga kebajikan anggota, Koperasi Tentera turut menghulurkan bantuan kepada Lkpl Erwan bin Mat Nayan dari Kem Pengkalan Hulu atas kejadian kebakaran rumah yang melanda keluarganya pada 11 Februari 2013. Kejadian yang meragut nyawa anak keduanya ini turut mendapat liputan luas dalam akhbar tempatan. Koperasi Tentera menyumbangkan sebanyak RM 1,000 bagi meringkankan beban tanggungan dan keperluan hidup anggota ini. Penyerahan cek sumbangan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Koperasi Tentera, Tuan Hj Wan Deris bin Wan Ahmad kepada anggota di rumah sewanya yang beralamat di Kampung Padang, Rambong, Baling . Turut hadir semasa sesi penyerahan adalah Kapten Abdullah Ghani, Pegawai Rintis Serang (Rinser) Rejimen Ke-3 Renjer Sempadan, Kem Pengkalan Hulu.
SUMBANGAN KORPORAT KEPADA WARIS
ALLAHYARHAM KPL AHMAD HURAIRAH BIN ISMAIL DAN KPL AHMAD FARHAN BIN RUSLAN KOTA BHARU, 07 MEI 2013 Koperasi Tentera menyempurnakan majlis penyerahan cek sumbangan kepada waris Allahyarham Kpl Ahmad Farhan bin Ruslan dan waris Allahyarhan Kpl Ahmad Hurairah bin Ismail di kediaman keluarga berkenaan yang bernilai RM4,000 setiap satu. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Wakil Koperasi Tentera Kapt Norazila binti Ramli (Bersara), Pegawai Cawangan Kota Bharu. Cek diserahkan kepada ibu Allahyarham Kpl Ahmad Farhan bin Ruslan, Puan Roslawati binti Ghani di Perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh dan Puan Rahmah binti Mamat, ibu kepada Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah bin Ismail di Kg Bayu Lalang, Pasir Mas.
Halaman
12
KOPERASI TENTERA SERTAI HARI TERBUKA ATM M i l i t a r y Co m m u n i t y Vo l u nte e r i n g D ay ( M C V D)
Koperasi Tentera menyambut baik sambutan Military Community Volunterring Day (MCVD) / Hari Terbuka ATM 2013 yang diadakan serentak di 28 kem seluruh Negara bermula 5 hingga 7 April 2013. Sambutan MCVD bertemakan “Tentera dan Rakyat Sentiasa Bersama” ini juga merupakan Karnival Hari Terbuka ATM yang terbesar diadakan serentak di seluruh Negara. Objektif utama adalah mengeratkan hubungan antara warga ATM dengan masyarakat umum melalui interaksi terus dan terbuka. Koperasi Tentera turut menyertai pameran ini dengan memberikan perkhidmatan yang mudah dan terkini.
PANGKALAN UDARA KUANTAN, PAHANG Penyertaan Koperasi Tentera pada pameran MCVD bagi Zon Pantai Timur ini adalah hasil daripada jemputan daripada Komander, Pangkalan Udara Kuantan. Pameran ini merupakan kesinambungan daripada program My Beautiful Malaysia Day. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
PADANG ESPLANADE, TAIPING Koperasi Tentera Cawangan Taiping telah menyertai Program Military Community Volunteering Day (MCVD) dan Hari Terbuka ATM Peringkat Taiping di Padang Esplanade, Taiping. Pameran ini dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Penyertaan KT ini adalah atas jemputan daripada Pegawai Staf Stesen, Lt Kol Hj Yusof bin Saidi.
13
Halaman
KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS, NEGERI SEMBILAN Koperasi Tentera telah dijemput oleh Pemerintah Garison untuk turut sama menjayakan Military Community Volunteering Day (MCVD) / Hari Terbuka ATM yang bertempat di Garaj Skuadron ke-4 RAJD (Jambatan), Kem Syed Sirajuddin. Program anjuran Markas Garison ini telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia iaitu YB Dato Seri Shaziman bin Hj. Abu Mansor dengan diiringi oleh Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin.
REJIMEN 881 PUTD, KEM MAHKOTA, KLUANG Koperasi Tentera hadir pada pameran MCVD Zon Selatan di Rejimen 881 Pasukan Udara TD, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Acara ini telah dirasmikan oleh Panglima 7 Briged Infantri, Brig Jen Dato’ Mohd Ezam bin Wan Chek. Turut hadir adalah Ar-RahnuKT cawangan Kluang, dalam usaha memperluaskan sayap perniagaan kepada penduduk setempat.
KOMPLEKS KUCHING INTEGRATED RECREATIONAL CENTRE, KUCHING Atas jemputan daripada Panglima 3 Briged Infantri, Brig Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin, Koperasi Tentera menyertai pameran MCVD peringkat Kuching. Acara anjuran Markas 3 Briged, Kem Penrissen ini diadakan di Kompleks Kuching Integrated Recreational Centre (KIRC). Kebanyakan pengunjung yang hadir terdiri dari bekas tentera, orang awam, jurulatih PLKN, askar wataniah, pelatih dan anggota PLKN, TUDM, TLDM. Sambutan ini juga merupakan sebahagian daripada sambutan Jubli Emas Negeri Sarawak.
Halaman
14
BERITA
PROMOSI & CERAMAH PAMERAN KOPERASI TENTERA SEMPENA KOLOKIUM PENGURUSAN KEWANGAN DI KEMENTERIAN PERTAHANAN
MINDEF, 8 FEBRUARI 2013 - Koperasi Tentera telah menyertai pameran sempena Kolokium Pengurusan Kewangan Kementerian Pertahanan tahun 2013 anjuran Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Am (BADSA). Pameran telah berlangsung pada 5 hingga 8 Februari 2013 di Lobi Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan. Majlis Perasmian Kolokium Pengurusan Kewangan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan. Sambutan adalah amat menggalakkan di mana Koperasi Tentera telah menerima lebih daripada 200 orang pengunjung sepanjang empat hari pameran berlangsung. Penyertaan Koperasi Tentera pada pameran ini adalah untuk memberikan perkhidmatan secara terus kepada anggota di Kementerian Pertahanan.
15
Halaman
Suara Koperasi 2013
PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN 2013
MINDEF, 22 MEI 2013 - Lazimnya pada setiap tahun Koperasi Tentera akan mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kementerian Pertahanan. Pada tahun ini, Koperasi Tentera sekali lagi telah dijemput oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan untuk menyertai pameran pada 22 dan 23 Mei 2013 di ruang legar, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Koperasi menerima baik sambutan dari anggota tentera dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan. Pameran ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara Koperasi Tentera dengan anggotanya. Salah satu objektif Koperasi Tentera adalah menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti. Pada pameran kali ini, Koperasi Tentera menerima banyak permohonan daripada anggota awam Kementerian Pertahanan untuk menganggotai Koperasi.
Halaman
16
BERITA
KT HADIRI CERAMAH DAN PAMERAN DI PASUKAN INSTITUT LATIHAN TENTERA UDARA, IPOH 5 JAN 2013 - Koperasi Tentera telah dijemput oleh Komandan ILTU untuk mengadakan ceramah kepada 323 anggota perajurit Muda, 42 anggota PSSTUDM dan 5 orang kakitangan penyelaras sempena pengambilan rekrut Perajurit Muda siri 48/2013. Taklimat berkaitan keistimewaan keanggotaan dan kelebihan STBATM telah disampaikan oleh Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara), Pengurus Insurans.
PALAPES LAUT UTM, SKUDAI, JOHOR 24 APRIL 2013 - Pegawai Cawangan KT menyampaikan ceramah berkaitan insurans berkelompok (STBATM) kepada 150 prang pegawai kadet Palapes TLDM di Dewan Kuliah Markas Palapes UTM, Skudai, Johor . Para peserta mengajukan soalan berkaitan risiko yang mereka seringkali terdedah kepada kemungkinan untuk kecederaan kekal dan samaada perlindungan diberikan kepada termasuk dengan aktiviti luar dari latihan.
KD SULTAN ISMAIL, TG PENGELIH, JOHOR Koperasi Tentera telah menerima jemputan dari Pegawai Memerintah KD Sultan Ismail untuk menyampaikan taklimat Perajurit Muda TLDM di Tg Pengelih, Pengerang Johor. 359 orang Laskar Muda termasuk 2 pegawai dan 4 jurulatih menghadiri taklimat yang disampaikan sempena pengambilan rekrut baru TLDM siri 208 Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara), Pengurus Insurans memaklumkan berkaitan keistimewaan keanggotaan Koperasi Tentera.
17
Halaman
Suara Koperasi 2013 PANGKALAN TLDM TELUK SEPANGGAR, KOTA KINABALU
27 April 2013 - KT hadir memberi sokongan kepada program Hari Terbuka Armada 2013 yang telah diadakan di jeti Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar. Kehadiran KT adalah atas jemputan Panglima Markas Wilayah Laut 2. Pameran ini memberi perkhidmatan kaunter kepada anggota-anggota TLDM yang memeriahkan acara berkenaan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima Mawilla Dua, Laksda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland bin Omar.
KT CAWANGAN SIBU KE KEM PLKN KEM PLKN JUNACO PARK, SIBU 27 MAC 2013 - Taklimat disampaikan oleh Pegawai Cawangan Sibu kepada 23 jurulatih dan staf Kem PLKN Junaco Park, Sibu, Sarawak. Kehadiran KT adalah atas jemputan Timbalan Komandan, Mej Wan Dzulpakar bin Wan Majid (Bersara). Taklimat adalah berkaitan keanggotaan dan keistimewaan keanggotaan Koperasi Tentera kepada anggota PLKN.
KEM PLKN MIRI, MIRI 12 APRIL 2013 KT Cawangan Sibu menyampaikan taklimat kepada 23 jurulatih dan staf Kem Miri. Taklimat adalah berkaitan keistimewaan keanggotaan Koperasi Tentera dan kelebihan Insurans STBATM kepada anggota. Kehadiran KT Sibu adalah atas jemputan Mej Baseri bin Nanyan, Komandan Kem.
Halaman
18
PEJABAT CAWANGAN KOPERASI TENTERA ZON UTARA KOPERASI TENTERA CAWANGAN SUNGAI PETANI NO. 6, LENGKOK CEMPAKA 1 BANDAR AMAN JAYA 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH TEL: 04-4420978/4425962 FAK: 04-4413259
KOPERASI TENTERA CAWANGAN JITRA NO 46, JALAN TOK JALAI KOLEJ HEIGHTS UTARA 06000 JITRA, KEDAH TEL: 04-7141829/7141829 FAKS: 04-7141835
KOPERASI TENTERA CAWANGAN BUTTERWORTH NO. 15, JALAN SELAT, TAMAN SELAT 12000 BUTTERWORTH TEL: 04-3324480/81 FAK: 04-3324482
KOPERASI TENTERA CAWANGAN LUMUT PT NO. 4169 & 4170, PERSIARAN SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH 32200 LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN TEL: 05-6836591/94 FAK:05-6836573
KOPERASI TENTERA CAWANGAN TAIPING NO 20, JALAN MEDAN SAUJANA 8 MEDAN SAUJANA KAMUNTING 34600 KAMUNTING, PERAK TEL: 05-8041786/8041792 FAKS: 05-8041813
KOPERASI TENTERA CAWANGAN IPOH NO 21, GROUND FLOOR, PERSIARAN GREENTOWN 8 PUSAT PERDAGANGAN GREENTOWN 30450 IPOH, PERAK TEL: 05-2546370/2547591 FAK: 05-2556724
ZON PANTAI TIMUR KOPERASI TENTERA CAWANGAN KUANTAN No.28,JALAN SERI DAMAI 38, PERKAMPUNGAN SERI DAMAI AMAN, 25150 KUANTAN, PAHANG TEL: 09-5393291/95 FAK: 09-539108
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KOTA BHARU PT 360, TINGKAT BAWAH JALAN SRI CEMERLANG, SEKSYEN 27 15300 KOTA BHARU, KELANTAN TEL: 09-7483225 FAK: 09-7446964
ZON SELATAN KOPERASI TENTERA CAWANGAN PORT DICKSON NO 63, JALAN MAHAJAYA 71000 PORT DICKSON TEL:06-6464046/6464069 FAK: 06-6463879
KOPERASI TENTERA CAWANGAN GEMAS NO. 42 & 43 JALAN PASAR LAMA 73400 GEMAS NEGERI SEMBILAN TEL:07-9481581/1587 FAKS: 07-9481801
KOEPRASI TENTERA CAWANGAN MELAKA NO. 16, (TINGKAT BAWAH) LORONG 2, JLN DESA TAMING SARI, TMN DESA TAMING SARI, 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA TEL: 06-3574880/81 FAK: 06-3574882
KOPERASI TENTERA CAWANGAN TEBRAU NO 51, JALAN ROS MERAH 2/3 TAMAN JOHOR JAYA 81100 JOHOR BAHRU TEL: 07-3553640/3553716 FAKS: 07-554014
KOPERASI TENTERA CAWANGAN MERSING NO 9 & 10, JALAN JETI BANDAR TEPIAN SUNGAI 86800 MERSING, JOHOR TEL: 07-7998590/91 FAKS: 07-7998357
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KLUANG NO 47 & 49 JALAN RAMBUTAN 86000 KLUANG, JOHOR TEL: 07-7731704 FAK: 07-7731694
ZON TENGAH KOPERASI TENTERA CAWANGAN SG BESI NO. 57, TINGKAT 1, JALAN TASIK UTAMA 4 MEDAN NIAGA TASIK DAMAI, THE TRILLIUM LAKE FIELDS, 57000 KUALA LUMPUR TEL: 03-90545906/907 FAKS: 03-90545904
ZON SABAH/SARAWAK KOPERASI TENTERA CAWANGAN KOTA KINABALU SHOPLOT NO. 6, BLOK D PUTATAN PLATINUM PLAZA 88200 KOTA KINABALU, SABAH TEL: 088-734275/6 FAK: 088-734273
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KUCHING NO 4 & 5, PHASE 11, LOT 1020 BLOK 46 KCLD, 7TH MILE BAZAAR JALAN PENRISSEN 93250 KUCHING, SARAWAK TEL: 082-614717 FAK: 082-611727
KOPERASI TENTERA CAWANGAN SIBU NO 6A, (LOT 16) TINGKAT 1 LAICHEE LANE 96000 SIBU, SARAWAK TEL: 084-320327/347662 FAKS:084-324485
KOPERASI TENTERA
Wisma Koperasi Tentera
No 1, Jalan 2/65 C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. Tel: 03-40272600 Faks: 03-40253804 Email:
[email protected]