138
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT PENDEKATAN KAMI TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Kebertanggungjawaban, ketelusan, etika dan integriti dipegang dengan ketara oleh masyarakat korporat pada tahap yang tertinggi dalam mengendalikan perniagaan mereka seperti yang mereka sedari bahawa reputasi dan kedudukan mereka akan meningkat dengan lebih baik apabila perniagaan mereka dikendalikan dengan penuh tanggungjawab. Pada hari ini, pemaksimuman keuntungan tidak lagi dapat menjamin kejayaan dan pengekalan korporat. Pihak-pihak yang berkepentingan telah menjadi lebih arif menilai peranan sosial yang dimainkan oleh warga korporat, terutamanya berhubung dengan kesan perniagaan terhadap komuniti, pasaran, suasana bekerja dan alam sekitar secara amnya. Dalam aspek ini, banyak organisasi perniagaan memberi tumpuan melebihi pematuhan undang-undang bagi bertindak balas dengan ekonomi, perubahan sosial dan alam sekitar. Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) mentakrifkan Tanggungjawab Sosial Korporat (“TSK”) di dalam Rangka Kerja TSKnya bagi Syarikat-syarikat Tersenarai Awam sebagai “amalan-amalan perniagaan yang terbuka dan telus berdasarkan nilai etika dan rasa hormat kepada komuniti, kakitangan, alam sekitar, pemegang saham dan pihak-pihak yang berkepentingan yang lain. TSK ini diadakan untuk menyediakan nilai berkekalan kepada masyarakat secara keseluruhannya”. Oleh itu, TSK menerapkan tanggungjawab dan amalan-amalan beretika dalam semua aspek-aspek perniagaan dan urusan dengan isuisu etika, tadbir urus, alam sekitar dan tanggungjawab sosial. Nilai-nilai TSK boleh meningkatkan lagi tadbir urus korporat dan memberikan prestasi jangka panjang yang hebat dalam menunjukkan pengurusan risiko yang baik. Tahap penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan yang tinggi dalam inisiatifinisiatif TSK boleh membawa kepada penilaian pasaran yang tinggi dan daya saing yang lebih baik. Ini merupakan ramuan utama dalam menempuhi keadaan pasaran yang tidak menentu dalam suasana ekonomi yang mencabar. Konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri diadun sempurna dengan prinsip-prinsip TSK yang berkembang dalam mencapai satu masyarakat yang dipupuk dengan nilai-nilai moral dan etika yang kuat, demokrasi, bebas dan bertoleransi, penyayang, ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan mewah.
Corporate-Malay.indd 138
Nilai-nilai TSK kami dikukuhkan oleh misi korporat kami iaitu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa kepada pelanggan, disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan. Nilai-nilai ini menguatkan perniagaan kami seperti menentukan keutamaan kami dan menggalakkan kami dalam memastikan kami mengendalikan perniagaan kami dengan jujur, beretika dan kaedah yang berkekalan. Maklumat mengenai inisiatif-inisiatif TSK kami juga terdapat di dalam e-portal korporat kami di www.lonpac.com.
VISI TSK KAMI Kumpulan LPI komited untuk mencapai TSKnya dan menyumbang terhadap realisasi masa hadapan yang boleh dikekalkan dengan merangka kekuatan berdasarkan aktivitiaktiviti utamanya melalui syarikat subsidiarinya, Lonpac Insurans Bhd (“Lonpac”). Kami komited terhadap mencapai visi TSK kami selaras dengan Misi Korporat Kumpulan melalui: memberi tumpuan kepada penekanan tanggungjawab di dalam Falsafah Korporat kami; menggembirakan masyarakat di mana kami beroperasi; mengekalkan integriti yang tinggi di pasaran melalui tatatertib perniagaan beretika, amalan-amalan tadbir urus korporat yang baik dan peningkatan nilai pemegang saham; mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa untuk kakitangan kami dengan memberi perhatian yang baik terhadap keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka; dan meminimumkan kesan kami terhadap alam sekitar melalui pelaksanaan proses kerja yang mesra alam sekitar.
1/28/11 3:37:16 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
139
dan jangka panjang. Melalui nilai-nilai TSK, Kumpulan LPI boleh wujud bersama masyarakat dan memelihara alam sekitar semasa membina perniagaan yang berjaya. TSK juga telah membolehkan Kumpulan diiktiraf oleh masyarakat sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dalam membantu menjadikan pertumbuhan yang boleh dikekalkan menjadi satu kenyataan.
Kami telah menubuhkan Jawatankuasa TSK selaras dengan Visi TSK Kumpulan dengan matlamat melaksanakan aktivitiaktiviti TSK dalam Kumpulan. Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan mengakui kepentingan TSK yang dilihat sebagai suatu lanjutan kepada usaha-usaha komited Kumpulan dalam mempromosi budaya tadbir urus korporat yang teguh. Adunan amalan-amalan tadbir urus korporat dan TSK yang baik akan saling memastikan pengekalan dan kejayaan perniagaan kerana kedua-duanya mempengaruhi strategi korporat dan diatur dari elemen-elemen kebertanggungjawaban, kejujuran, ketelusan dan pengekalan yang sama. Kumpulan LPI percaya bahawa melalui penerimaan pakai TSK yang efektif, Kumpulan akan memanfaatkan kesan berganda dalam usaha meningkatkan prestasi korporat jangka pendek
Kumpulan LPI juga percaya bahawa TSK merupakan satu usul perniagaan yang baik di mana TSK membantu meningkatkan imej korporat dan meningkatkan keupayaan Kumpulan untuk menarik dan mengekalkan kualiti modal insannya ke arah mempertingkatkan prestasi kewangan. Justeru itu, Kumpulan komited dalam menyediakan produkproduk yang berkaitan pada harga yang munasabah dan mampu dibeli. Kakitangan yang layak dan cekap diambil bekerja bagi menyediakan perkhidmatan yang profesional, berbudi bahasa dan berkualiti kepada semua pelanggan. Melaraskan strategi perniagaan kami dengan isu-isu sosial dan persekitaran akan meningkatkan kejayaan jangka panjang kami dalam menjana perniagaan yang menguntungkan dan pada masa yang sama, membina masyarakat yang kuat. Di Kumpulan LPI, kami mendukung prinsip-prinsip mengendalikan operasi perniagaan kami secara mapan dari segi ekonomi, tanggungjawab sosial dan alam sekitar yang dicerminkan di dalam falsafah korporat kami:
TANGGUNGJAWAB TERHADAP… PEMEGANG POLISI KAMI • Dengan menawarkan kepelbagaian produk berinovatif yang berdaya maju dari segi komersil dan ekonomi • Dengan memberikan perkhidmatan cemerlang melalui personel perkhidmatan yang terlatih dan bermotivasi tinggi • Dengan meluaskan rangkaian perniagaan kami untuk meningkatkan kemudahan pelanggan KAKITANGAN KAMI • Dengan menawarkan imbuhan dan faedah yang menarik untuk memastikan kebajikan kakitangan • Dengan memberi anugerah kepada kakitangan yang berprestasi dan yang telah lama berkhidmat untuk memupuk prestasi dan kesetiaan • Dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan selesa • Dengan mempromosi moral kakitangan yang baik melalui aktiviti-aktiviti kakitangan, latihan dan pembangunan, dan penyediaan peluang untuk maju dalam kerjaya
Corporate-Malay.indd 139
PEMEGANG SAHAM KAMI • Dengan mengekalkan pertumbuhan dan keberuntungan dalam keputusan yang memberansangkan untuk mendorong pulangan yang tinggi dan meningkatkan nilai jangka panjang para pemegang saham • Dengan maju ke hadapan dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah institusi kewangan yang stabil dan progresif KOMUNITI KAMI • Dengan memikul peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial kepada masyarakat secara keseluruhannya • Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial dengan matlamat untuk menyumbang terhadap kemajuan negara
1/28/11 3:37:17 PM
140
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Justeru itu, Kumpulan LPI memegang sepenuhnya amalan-amalan TSK selaras dengan Rangka Kerja TSK yang dilancarkan oleh Bursa Securities yang menyokong konsep pelaporan Serampang Tiga Mata (“TBL”). Pelaporan TBL memberi tumpuan kepada tiga (3) elemen iaitu sosial, alam sekitar dan akauntabiliti kewangan. Proses membuat keputusan perniagaan berdasarkan pelaporan TBL telah menjadi pendekatan yang diterima dalam melaksanakan konsep pengekalan yang tidak ketara. Kumpulan LPI menitikberatkan TSK pada empat (4) bahagian utama seperti berikut:
KOMUNITI
TEMPAT KERJA
Bertanggungjawab dari segi sosial kepada masyarakat secara keseluruhannya dan memainkan peranan sebagai warga korporat yang prihatin.
Bertanggungjawab dari segi sosial kepada kakitangan dengan menyediakan persekitaran kerja yang selesa termasuk perkara yang melibatkan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, membangunkan modal insannya dan menjaga hak-hak kakitangannya.
PASARAN
ALAM SEKITAR
Bertanggungjawab dari segi sosial di dalam sempadan ekonomi di mana ia beroperasi melalui amalan-amalan tadbir urus korporat yang boleh diteladani.
Bertanggungjawab dari segi sosial dan memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar.
TSK DALAM KOMUNITI Dalam usaha mencapai matlamat perniagaannya, Kumpulan LPI tidak pernah berhenti untuk melangkah ke hadapan demi berkhidmat kepada masyarakat di mana ia beroperasi dari semangat tanggungjawab sosial dan standard tertinggi tadbir urus korporat. Kumpulan tidak pernah mengabaikan peranannya dalam membangunkan masyarakat dan memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial di dalam komuniti melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan matlamat menjaga kebajikan masyarakat pada umumnya. Kumpulan LPI diberi inspirasi untuk menjadi lebih komited dalam usahanya untuk menambah nilai kepada komuniti disokong oleh kejayaan program-program TSK pada tahun lepas. Dengan lebih banyak pengalaman berserta dengan usaha bersama kakitangannya yang berdedikasi, Kumpulan mensasarkan untuk menjadikan pegangannya bagi mewujudkan perbezaan sebenar dalam hidup mereka yang kurang bernasib baik dengan menganjurkan pelbagai acara untuk memberi kegembiraan dan kasih sayang serta menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan. Kami sesungguhnya percaya bahawa kami tidak akan menjadi sepertimana adanya kami pada hari ini tanpa kasih sayang dari setiap dan semua ahli masyarakat. Di sepanjang tahun, Kumpulan LPI melalui subsidiarinya, Lonpac telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berikut:
Corporate-Malay.indd 140
1/28/11 3:37:17 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
141
Kempen Keselamatan Jalan Raya “Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-Undang”
Lonpac bersama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertemakan Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-undang pada 21 Januari 2010. Kempen ini dianjurkan untuk menyokong usaha Kerajaan bagi mengurangkan kemalangan di jalan raya antara bandar dan dalam bandar. Kempen Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-undang, ini bertujuan untuk mengingatkan para pemandu di Malaysia mengenai kepentingan mengamalkan kaedah keselamatan jalan raya. Walaupun undang-undang mengenai tali keledar di tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan pada tahun lalu, masih terdapat keperluan untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk memakai tali keledar secara berterusan bagi keselamatan masing-masing. Kempen ini mengingatkan para pemandu mengenai 8 Peraturan-peraturan Utama Keselamatan Jalan Raya seperti berikut: Peraturan 1
Pakai Tali Keledar • Tempat Duduk Pemandu & Penumpang • Mengikat Dengan Betul Tali Topi Keledar Anda
Peraturan 2
Tidak Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Memandu
Peraturan 3
Merancang Perjalanan Yang Selamat
Peraturan 4
Tidak Melanggar Lampu Merah
Peraturan 5
Tidak Memotong Barisan
Peraturan 6
Menggunakan Cermin Sisi & Isyarat Sebelum Menukar Lorong
Peraturan 7
Mematuhi Had Kelajuan & Mengambil Jarak Yang Selamat
Peraturan 8
Tidak Mencelah-celah Di antara Kenderaan
Corporate-Malay.indd 141
Menteri Pengangkutan Malaysia Dato’ Sri Ong Tee Keat memulakan kempen pada musim perayaan di Plaza Tol Sg. Besi sebagai usaha berterusan Kementerian tersebut untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk memakai tali keledar di tempat duduk belakang kereta mereka dan mengikat dengan betul tali topi keledar bagi penunggang motosikal di sepanjang perjalanan di jalan raya. Kempen ini dianjurkan di bawah naungan Kementerian Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Kempen Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-undang ini merupakan langkah positif yang diambil oleh Lonpac untuk memainkan lebih banyak peranan bagi membantu kerajaan untuk menganjurkan dan mengamalkan keselamatan jalan raya. Bersempena dengan kempen Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-undang ini, Lonpac menawarkan perlindungan Kemalangan Perseorangan (PA) secara percuma sehingga RM10,000 di sepanjang bulan Februari 2010 kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang berumur di antara 17 dan 65 tahun. Perlindungan PA percuma ini meliputi perjalanan para pelancong di dalam Malaysia di sepanjang musim perayaan ini, sama ada menggunakan kereta, bas, keretapi atau pun penerbangan domestik.
1/28/11 3:37:21 PM
142
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Di sepanjang pelancaran di Plaza Tol Sg. Besi, alat-alat keselamatan jalan raya, beg cenderahati dan oren mandarin diberikan kepada para pemandu daripada Lembah Klang ke kampung halaman masing-masing. Bagi para penunggang motosikal, mereka diperkenalkan topi keledar dan jaket keselamatan dan pemeriksaan mengejut ke atas bas-bas juga diadakan. Turut menghadiri majlis pelancaran tersebut adalah Datuk Suret Singh, Pengarah Besar Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Risalah maklumat Pakai Tali Keledar, Ini Adalah Undang-undang berserta dengan borang pendaftaran untuk PA Percuma telah diagihkan kepada orang ramai di plaza tol terpilih di lebuhraya utama, kaunter maklumat PLUS, cawangan-cawangan Lonpac dan melalui ejen-ejennya.
Kempen Derma Darah
Pada 3 April 2010, Lonpac sekali lagi menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara bagi dua tahun berturut-turut. Kempen ini tidak hanya terhad kepada kakitangan Lonpac tetapi juga penderma darah daripada orang awam. Ini merupakan usaha murni Lonpac untuk membantu Pusat Darah Negara mengatasi kekurangan dalam bank darah dan dalam masa yang sama menyelamatkan lebih banyak nyawa. Di sepanjang kempen tersebut, sebanyak 80 beg dari pelbagai jenis darah telah dikumpulkan untuk Pusat Darah Negara.
Corporate-Malay.indd 142
1/28/11 3:37:28 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
143
Lawatan Sosial Ke Rumah Warga Emas Seri Setia Pada 19 April 2010, Lonpac menganjurkan lawatan sosial ke Rumah Warga Emas Seri Setia dengan harapan membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada warga emas. Di sepanjang lawatan tersebut, Lonpac telah mendermakan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 dan kamera digital kepada rumah warga emas tersebut. Warga emas dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada kakitangan Lonpac sementara “Ang Pow” dan cenderamata juga diberikan kepada warga emas dan para sukarelawan di rumah warga emas. Di akhir lawatan, kakitangan Lonpac juga meraikan hari jadi penghuni rumah warga emas bagi bulan April dan memberikan hadiah hari jadi kepada mereka.
Corporate-Malay.indd 143
1/28/11 3:37:33 PM
144
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Lawatan Ke Pawagam Untuk Kanak-Kanak Daripada Rumah Charis Dan Rumah Ilham
Pada 8 Mei 2010, Lonpac menjemput kanak-kanak daripada dua rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Charis dan Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail) untuk lawatan ke pawagam di Cathay Cineplex di e@Curve, Damansara. Seramai 72 orang kanak-kanak berumur diantara 3 – 18 tahun dihiburkan dengan filem Iron Man 2. Selepas tayangan, kanak-kanak tersebut dibawa ke Restoran McDonald untuk makan tengah hari. Mereka dihidangkan burger, nugget, ayam goreng, kentang goreng dan ais krim. Kanak-kanak juga seronok dengan permainan-permainan yang diadakan untuk mereka sepanjang makan tengah hari tersebut. Demi menyokong usaha murni rumah tersebut, Lonpac mendermakan RM5,000 kepada Rumah Charis dan Rumah Ilham. Encik Tee Choon Yeow – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menyampaikan cek kepada Rumah Ilham manakala Encik Tan Kok Guan – Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac menyampaikan cek kepada Rumah Charis. Pada akhir lawatan, setiap kanak-kanak diberikan beg cenderahati.
Golf Amal Lonpac E-Assist 2010 Golf Amal Lonpac E-Assist 2010 telah diadakan pada 3 Ogos 2010 di Kota Permai Golf & Country Club di Shah Alam dengan matlamat untuk mendapatkan dana bagi Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur, organisasi bukan kerajaan yang memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami kesukaran pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, terencat akal dan celebral palsy.
Corporate-Malay.indd 144
1/28/11 3:37:41 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
145
Acara amal yang disertai oleh 110 peserta, terdiri daripada kumpulan pengurusan, rakan kongsi perniagaan, pemegang polisi motor dan ejen-ejen Lonpac. Acara tahunan ini berjaya memperolehi RM18,000 untuk Sri Eden dengan tambahan RM6,150 daripada jualan bola-bola golf dan yuran untuk pertandingan lubang amal. Derma tersebut akan digunakan untuk menubuhkan rancangan pendidikan kritikal Sri Eden secara perseorangan mengikut keadaan kanak-kanak yang berbeza termasuk guru-guru terlatih, peralatan khusus dan alat bantuan pembelajaran.
Pertandingan Menulis Esei Lonpac dan China Press Bhd bekerjasama menganjurkan pertandingan menulis esei. Pertandingan mengenai “Melaka Bandaraya Bersejarah” ini terbuka kepada 65 buah sekolah rendah Cina di Melaka dari hujung bulan Mei sehingga penghujung bulan Jun 2010.
Corporate-Malay.indd 145
Semasa pertandingan diadakan, borang penyertaan juga diterbitkan di surat khabar China Press pada setiap hari Selasa di bawah ruangan “Sudut Penulisan untuk Kanak-kanak”. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 8 Ogos 2010 di Pusat Membeli-belah Mahkota Parade.
1/28/11 3:37:47 PM
146
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Hari Kesihatan Komuniti Lonpac 2010 Lonpac menganjurkan Hari Kesihatan Komuniti – Jadi Sihat Di Tempat Kerja yang ke-2 pada 20 Ogos 2010 dengan sokongan daripada Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (“NASAM”). Program tersebut terbuka kepada penyertaan kakitangan Lonpac dan komuniti yang bekerja di Bangunan Public Bank, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Puan Janet Yeo, Pengerusi dan Pengasas NASAM berkongsi pengalamannya dengan para pendengar mengenai pengalaman beliau mengenai angin ahmar dan sejarah serta peranan NASAM.
Taklimat mengenai “Mengenali Angin Ahmar”
Corporate-Malay.indd 146
Di sepanjang acara tersebut, jurucakap daripada NASAM juga menyampaikan taklimat mengenai “Mengenali Angin Ahmar” untuk menimbulkan kesedaran terhadap simptom-simptom angin ahmar dan kepentingan untuk mendapatkan rawatan awal. Saringan kesihatan secara percuma juga disediakan oleh syarikat farmasi, Pfizer, untuk para peserta. Saringan kesihatan ini termasuklah ujian tekanan darah, tahap gula dan kolestrol, ujian untuk perokok dan sesi kaunseling. Sebagai menyokong usaha murni NASAM, Lonpac menyumbangkan RM10,000 kepada NASAM bagi membantu mengurangkan kos penyelenggaraan persatuan tersebut.
1/28/11 3:38:02 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
147
Lawatan Sosial ke Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat
Pada 25 Ogos 2010, sekumpulan kakitangan Lonpac termasuk Pihak Pengurusan Kanan mengadakan lawatan ke Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat (“PKKI”). Ini merupakan lawatan sosial Syarikat yang ke-5 ke PKKI sejak tahun 2006. Semasa lawatan tersebut, Lonpac menyumbangkan RM15,000 terhadap pembangunan dana PKKI. PKKI juga menganjurkan pertunjukan muzikal amal “Glitz and Glamour” yang dimainkan oleh Orkestra Dama di Pusat Pertunjukan Seni Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2010 bagi menaikkan dana untuk bangunan PKKI. Lonpac telah membeli tiket untuk pertunjukan tersebut berjumlah RM5,360 manakala pihak pengurusan kanan juga telah menyumbangkan RM4,160 bagi tujuan tersebut.
Berbasikal untuk The Befrienders Seremban Selalu diperkatakan bahawa kegembiraan bila dikongsi akan menjadi lebih berganda tetapi berkongsi kedukaan merupakan sebahagian daripada kesedihan. Sebagai menyokong usaha murni oleh The Befrienders Seremban, Lonpac telah menaja acara publisiti The Befrienders dengan tema “Berbasikal untuk Befrienders” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran terhadap The Befrienders di kalangan masyarakat awam. The Befrienders memberikan rahsia sokongan emosi hilang pertimbangan untuk mereka yang mengalami kemurungan dan putus asa.
basikal dan pembantu peserta sepanjang tiga hari perjalanan. Dengan sokongan yang berterusan terhadap The Befrienders, Lonpac memandang kehadapan untuk memperbaiki kualiti hidup untuk semua dan percaya bahawa kebanyakan daripada masalah kesedihan yang dialami oleh masyarakat boleh dirawat.
15 penunggang basikal berpengalaman telah menempuh cuaca yang tidak dijangka dan tidak menyenangkan untuk melengkapkan perjalanan mereka ke Pulau PinangIpoh-Seremban. Penunggang basikal telah dilepaskan di Georgetown, Pulau Pinang pada hari Jumaat, 10 September 2010 dan mengayuh basikal ke arah Ipoh, Perak. Pada hari berikutnya, para penunggang meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur dan akhirnya ke Seremban, Negeri Sembilan pada hari Ahad, 12 September 2010. Penajaan tersebut boleh membantu The Befrienders Seremban sebagai ketua penganjur acara untuk menanggung perbelanjaan bagi penginapan dan makanan termasuklah makanan dan minuman ringan untuk semua penunggang
Corporate-Malay.indd 147
1/28/11 3:38:05 PM
148
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Aktiviti-aktiviti lain TSK yang dijalankan untuk komuniti di sepanjang tahun adalah seperti berikut: • • • • • • • • • • •
Menaja Pertandingan Golf Amal bagi Lions Club dari Kuala Lumpur Vision City. Menaja Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF, Piala Ketua Menteri Sarawak 2010. Menderma untuk Pertandingan Mewarna Kanak-kanak. Menaja Kejohanan Pingpong Negara – Piala Hainan ke-22. Menaja Projek Komuniti Bantuan Pertandingan Golf Amal Insurans Hole-In-One. Menaja Pertandingan Golf Amal 2010. Menaja Persatuan Tenis Sarawak bagi Insentif Pemain Tenis di SUKMA XIII. Menaja SEF Charity Hunt 2010. Memberi sumbangan untuk Majlis Makan Malam Yayasan SP Setia 2010. Memberi sumbangan untuk Rombongan Misi Perubatan Kemboja. Memberi sumbangan untuk Majlis Mesra Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. • Menderma barangan kitar semula yang dikumpulkan di Ibu Pejabat Lonpac untuk Rumah Kebajikan Lovely Disabled Home.
Melalui program-program ini, kami merasakan hati kami dekat dengan masyarakat serta membuatkan kami terus maju dan bersungguh untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat di samping mencapai matlamat korporat kami. Dalam jangka masa panjang, Kumpulan akan terus menyokong amalan kebajikan sebanyak yang boleh. Pastinya program-program sebegini amat penting kepada Kumpulan LPI bagi memastikan kami terus memberikan perbezaan yang positif kepada semua masyarakat, di mana mereka berada. Di samping itu, Kumpulan LPI juga sering menawarkan peluang pekerjaan kepada lepasan ijazah untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Kumpulan bagi mewujudkan peluang pekerjaan sebagai suatu langkah membantu Kerajaan dalam mengurangkan penggangguran. Usaha berterusan diambil untuk membolehkan Kumpulan memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial dengan matlamat untuk menambah nilai di dalam komuniti di mana ia beroperasi dan menjaga kebajikan masyarakat pada umumnya.
Corporate-Malay.indd 148
1/28/11 3:38:05 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
Data Prestasi
149
Unit
2010
2009
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
43,399 112,888 49,139 27,739
35,247 92,926 44,380 36,194
Kumpulan Jumlah kakitangan Dalam Malaysia Luar Malaysia
% %
562 92.9 7.1
543 92.3 7.7
Malaysia Wanita Lelaki
% %
64.4 35.6
64.9 35.1
Penyeliaan Bukan Penyeliaan
% %
71.3 28.7
69.7 30.3
Kumpulan Umur: < 30 30 hingga 40 40 hingga 50 > 50
% % % %
26.6 46.9 20.7 5.8
28.1 46.5 20.2 5.2
Bangsa:
% % % %
38.9 58.2 2.5 0.4
39.9 57.9 1.8 0.4
Wanita dalam Pengurusan Wanita dalam Pengurusan Atasan
% %
33.3 38.5
32.0 42.9
Kadar Pusing Ganti Kakitangan Penyeliaan Bukan Penyeliaan
% %
7.0 2.7
3.95 7.28
% % % %
9.6 35.4 36.5 18.5
22.4 26.1 35.1 16.4
Caruman kepada KWSP
RM’000
4,766
4,213
Faedah dibayar di bawah insurans Kemalangan Perseorangan “Faedah Menyeluruh” Kumpulan dan insurans Hospital & Pembedahan Kumpulan
RM’000
190
158
RM’000
238
182
EKONOMI Cukai kepada kerajaan Pengagihan kepada para pemegang saham Kos kakitangan Pelaburan semula dalam Kumpulan SUMBER MANUSIA
Melayu Cina India Lain-lain
Tempoh Perkhidmatan dalam Kumpulan < 1 tahun 1 hingga 5 tahun 5 hingga 15 tahun > 15 tahun KEBAJIKAN KAKITANGAN
PELABURAN DALAM KOMUNITI Sumbangan kebajikan
Corporate-Malay.indd 149
1/28/11 3:38:05 PM
150
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
TSK DI PASARAN Di pasaran, Kumpulan LPI komited mendukung prinsip-prinsip tertinggi integriti, keadilan dan ketelusan dengan pemegang sahamnya melalui pematuhan tatatertib perniagaan beretika dan amalan-amalan tadbir urus korporat yang baik selain meningkatkan nilai pemegang saham melalui pelan perniagaan yang strategik serta amalan-amalan perakaunan pengurusan yang cemerlang. Nilai-nilai etika tidak akan diabaikan dalam usaha mencapai matlamat korporat kami. Ini merupakan komitmen Kumpulan LPI bagi menyediakan peluang yang adil dan saksama kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
Anugerah dan Pengiktirafan Usaha Kumpulan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial terbukti dengan anugerah dan pengiktirafan yang dikurniakan kepada Kumpulan.
• S y a r i k a t I n s u r a n s A m b a g i Ta h u n 2 0 1 0 Lonpac menjadi syarikat insurans Malaysia pertama yang memenangi Anugerah “Syarikat Insurans Am bagi Tahun 2010” yang berprestij di Anugerah Industri Insurans Asia 2010 dalam mengiktiraf pengetahuan produk dan teknologi yang mendalam bagi memenuhi kehendak pelanggan, di samping mengekalkan prestasi kewangan yang konsisten. • Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau – Asia Euromoney menganugerahkan Lonpac Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau – Asia, mengatasi beberapa syarikat insurans besar yang lain di negara-negara Asia seperti Jepun, China, India dan Korea. Lonpac juga mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat insurans Malaysia yang terbaik. Pada tahun 2009, Lonpac memenangi Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia dan merangkul anugerah Euromoney bagi kesemua 5 kategori, iaitu: • Syarikat Insurans Terbaik bagi Inovasi, Malaysia • Syarikat Insurans Terbaik bagi Harga, Malaysia • Kepelbagaian Produk Terbaik, Malaysia • Syarikat Insurans Terbaik bagi Resolusi Tuntutan, Malaysia • Perunding Terbaik bagi Pindahan Risiko Insurans, Malaysia
Corporate-Malay.indd 150
1/28/11 3:38:12 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
151
• Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCG”) 2010 Usaha yang tidak terhingga Kumpulan dalam mencapai standard tadbir urus korporat yang tinggi telah memenangi 3 anugerah dalam Indeks MCG 2010 oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”), iaitu: • Anugerah Tiga Terbaik (Keseluruhan) • Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera Diadakan • Anugerah Kecemerlangan Ini juga merupakan tahun kedua berturut-turut LPI memenangi Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera Diadakan dan Anugerah Kecemerlangan daripada MSWG. • Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA LPI telah mendapat pengiktirafan daripada Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2010 dan merangkul 3 anugerah, iaitu: • Anugerah Merit – Pemenang Keseluruhan • Pemenang Tempat Kedua – Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham • Anugerah Merit– Tanggungjawab Sosial Korporat LPI memenangi Anugerah Merit bagi Pemenang Keseluruhan bagi enam tahun berturut-turut sejak tahun 2005. Pada tahun 2008, LPI juga memenangi Pemenang Bersama bagi kategori Pulangan Terbaik kepada Pemegang Saham.
• Kelab Billion Ringgit The Edge LPI telah menerima keahlian dalam Kelab Billion Ringgit The Edge dan diletakkan berada di kedudukan kedua dalam kategori Pulangan Tertinggi Ke atas Ekuiti Dalam Tempoh 3 Tahun dan Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Dalam Tempoh 3 Tahun bagi Sektor Kewangan.
• Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG Di sepanjang tahun, LPI juga muncul sebagai pemenang di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2010. Ini merupakan tahun keenam berturut-turut LPI memenangi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG sejak tahun 2005. LPI juga memenangi Pemenang Sektor di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan bagi anugerah yang sama bagi tahun 2005, 2006 dan 2008.
• Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Multinasional Chubb Lonpac telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Kumpulan Risiko Chubb 2009 bagi tiga tahun berturut-turut sebagai pengiktirafan ke atas kecekapan perkhidmatan dan sokongan Lonpac yang berterusan kepada Kumpulan Risiko Multinasional Chubb.
• Hadiah Bahasa Institusi Kewangan 2010 (Kategori Insurans Am) LPI dipilih sebagai pemenang Hadiah Bahasa Institusi Kewangan 2010 (Kategori Insurans Am) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Corporate-Malay.indd 151
• Penarafan Keteguhan Kewangan A.M. Best Pada 22 September 2010, A.M. Best mengesahkan semula penarafan keteguhan kewangan Lonpac pada taraf A- (Cemerlang) dan pengeluar kredit pada taraf “a-”. Tinjauan bagi kedua-dua penarafan ini stabil. Penarafan ini mencerminkan keupayaannya dalam mengekalkan prestasi penajaan jamin yang memberansangkan, walaupun berada dalam persekitaran operasi yang kompetitif di dalam pasaran terasnya. Penarafan tersebut juga mengiktiraf usaha Lonpac untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta mengurangkan risiko pelaburannya.
1/28/11 3:38:15 PM
152
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Terhadap Pemegang Polisi Kami Kami komited sepenuhnya untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami sejajar dengan misi korporat kami: “Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa kepada pelanggan, disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan yang terbukti selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan”. Kepelbagaian produk insurans berinovatif yang ditawarkan yang berdaya maju dari segi komersil dan ekonomi untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah. Kami mempunyai personel perkhidmatan yang terlatih dan bermotivasi tinggi untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan kami yang dihargai. Ini jelas menunjukkan komitmen Kumpulan LPI terhadap usaha berterusannya untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan cemerlang. Kumpulan LPI juga telah melabur dalam pelbagai inisiatif dengan matlamat untuk menyediakan produk nilai tambahan dan perkhidmatan yang berkualiti. Ini termasuklah mengadakan sistem E-Insurans untuk membolehkan ejen-ejen kami mengeluarkan E-Nota Perlindungan kepada pelanggan kami serba sedikit, menubuhkan pusat pemprosesan utama bagi penghantaran polisi yang pantas dan pembukaan pusat perkhidmatan pelanggan kami untuk memperbaiki khidmat sebelum dan selepas jualan. Pusat perkhidmatan pelanggan ini bertindak sebagai pusat satu hentian yang mengendalikan keperluan insurans para pelanggan kami dan telah beroperasi dengan jayanya sejak tahun 2004. Kami juga melaksanakan penyelesaian keluaran syarikat untuk membolehkan polisi insurans kami dihimpunkan secara digital dan dihantar melalui saluran penghantaran berbilang dengan cekap. Sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan (“CRM”) telah dilancarkan dengan objektif untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan membina hubungan pelanggan untuk kesetiaan dan pengekalan pelanggan yang penting. Sistem CRM membolehkan maklumat pelanggan disatukan dan diselaraskan di mana isu-isu, permintaan atau aduan pelanggan boleh diuruskan dengan mudah dan maklumat boleh dimasukkan, disimpan dan diakses oleh kakitangan daripada pelbagai jabatan. Pangkalan data pelanggan bertindak sebagai pangkalan data aktiviti kempen di mana maklumat hubungan pelanggan boleh digunakan untuk membentuk dan melaksanakan kempen pemasaran yang disasarkan.
Corporate-Malay.indd 152
Kumpulan mempunyai enam belas (16) cawangan tempatan, dua (2) pejabat wilayah, sebuah cawangan di Singapura dan sebuah syarikat bersekutu di Kemboja. Jaringan yang luas ini adalah selaras dengan inisiatif Kumpulan untuk meningkatkan bahagian pasarannya dan meningkatkan lagi keselesaan pelanggan terhadap perkhidmatan insuransnya. Sebagai syarikat insurans yang bertanggungjawab, kami menyediakan perkhidmatan nilai tambahan menerusi Lonpac E-Assist kepada pemegang polisi insurans komprehensif kenderaan persendiriannya sebagai penghargaan kepada para pelanggan kami yang dihargai. Lonpac E-Assist yang dirumus dan dibentuk dengan teliti program nilai tambahan yang menawarkan skop khidmat nilai tambahan yang luas bermula dari pembaikan kerosakan kecil di tepi jalan dan perkhidmatan tunda kecemasan 24-jam, perkhidmatan rujukan kereta sewa dan pengaturan untuk penginapan hotel jika berlaku kerosakan atau kemalangan. Dengan pasukan pengurusan yang berpengalaman dan mantap, Lonpac E-Assist berkedudukan baik untuk memberi kelebihan perbezaan untuk berada di hadapan pesaing dalam menyediakan tahap perkhidmatan yang setinggi mungkin kepada pelanggan.
Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan rujukan iaitu Lonpac Home-Assist, bagi memastikan kemudahan rumah kepada pemegang polisi kandungan rumah kediaman dan pemilik rumahnya. Perkhidmatan nilai tambahan ini bermula daripada bantuan elektrik, sistem paip dan pakar kunci, perkhidmatan penghawa dingin dan kawalan haiwan perosak, kebocoran bumbung dan pembersihan serta pemulihan permaidani adalah mudah disediakan untuk para pemegang polisi kami.
1/28/11 3:38:16 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
Pola kelakuan pelanggan berubah dengan serta-merta sejak wujudnya internet. Melalui internet, perbandingan kewangan, harga dan maklumat perkhidmatan sememangnya berada di hujung jari para pelanggan. Kewujudan gelombang maklumat baru ini memberi kuasa kepada pelanggan pada hari ini untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai penyedia insurans pilihan mereka. Dengan meningkatkan keupayaan perbandingan harga dan standard perkhidmatan dengan ketara, jangkaan pelanggan semakin terbentuk dengan tahap perkhidmatan yang ditunjukkan. Untuk tujuan ini, Kumpulan LPI terus melabur dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta berusaha ke arah perubahan teknologi yang membolehkan penyediaan perkhidmatan yang cemerlang dan mengekalkan kelebihan bersaing Kumpulan dalam industri insurans. Bagi memudahkan keperluan untuk menyediakan maklumat korporat melalui internet yang lebih cepat, Kumpulan LPI mempunyai satu laman web eksklusifnya, www.lonpac.com, bagi mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan Kumpulan secara maya termasuk borang cadangan yang boleh dimuat turun untuk terus mempertingkat prihatin pelanggan dan produktiviti. Laman web kami menyediakan pelanggan dengan akses yang mudah kepada maklumat dan perkhidmatan yang responsif dalam suatu kaedah yang cekap dan jimat. Laman web ini dikemas kini secara berterusan dengan berita-berita terkini tentang produk-produk dan perkhidmatan, isu-isu pasaran insurans semasa dan lain-lain maklumat berkaitan insurans. Laman web ini juga bertindak sebagai satu platform untuk pertanyaan, maklum balas dan aduan berkenaan
Corporate-Malay.indd 153
153
perkhidmatan yang disediakan. Maklumat mengenai visi dan aktiviti-aktiviti TSK Kumpulan juga disiarkan di dalam laman web korporat ini. Pada tahun 2010, laman web korporat ini diperkenalkan semula sebagai Lonpac e-portal dengan wajah baru dan persembahan maklumat korporat secara langsung. Selain daripada internet, kami juga menyediakan pelanggan dengan maklumat yang mencukupi mengenai kepelbagaian produk dan perkhidmatan kami melalui risalah-risalah yang ditempatkan di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat cawangan kami. Pegawai khidmat pelanggan kami tidak hanya berada di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Ibu Pejabat tetapi juga bersedia membantu para pelanggan di setiap pejabat cawangan bagi membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berpengetahuan. Memandang ke hadapan, Kumpulan akan terus melaksanakan program-program pengekalan pelanggan jangka panjang dan juga sentiasa menaik taraf standard perkhidmatan pelanggannya.
1/28/11 3:38:17 PM
154
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Terhadap Pemegang Saham Kami Kumpulan LPI komited sepenuhnya untuk mendorong pulangan yang tinggi kepada para pemegang saham dan meningkatkan nilai jangka panjang para pemegang saham. Matlamat korporat dan keputusan perniagaan dirancang dengan strategik dan dilaksanakan dengan teliti demi kepentingan terbaik para pemegang saham. Komitmen Kumpulan terbukti dengan keteguhan kewangannya melalui pertumbuhan dan keberuntungan dalam keputusan yang memberansangkan disokong oleh amalan-amalan tadbir urus korporat yang cemerlang dan kewibawaan pengurusan serta keusahawanan eksekutif atasan Kumpulan. Setiap tahun, kami menyediakan satu platform yang terbuka dan telus kepada para pemegang saham kami untuk memberi pandangan mereka mengenai prestasi Kumpulan LPI di sepanjang Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) LPI yang dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama kami, Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong. Di AGM, Pengerusi Bersama LPI mempersembahkan ringkasan tinjauan prestasi kewangan Kumpulan LPI. Setiap pemegang saham diberi peluang dengan adil dan saksama dengan masa yang mencukupi diberikan kepada para pemegang saham membuat pertanyaan dan mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu-isu mengenai prestasi Kumpulan di sepanjang AGM.
Pada tahun 2010, lebih daripada 400 orang pemegang saham dan pemegang proksi telah menghadiri AGM LPI Capital Bhd yang ke-49 termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dari Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”). Di sepanjang AGM, wakil-wakil daripada MSWG juga diberikan masa untuk mengulas terhadap AGM LPI yang diadakan serta menggalakkan interaksi para pemegang saham. Jumlah para pemegang saham yang menghadiri AGM telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010, LPI juga mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dihadiri oleh 290 pemegang saham dan pemegang proksi dan juga wakilwakil daripada MSWG. Selaras dengan komitmen Kumpulan untuk memberikan pulangan para pemegang saham yang terbaik, LPI telah membayar dividen bersih yang tinggi sebanyak 67.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009 dengan jumlah dividen yang dibayar sebanyak RM92.9 juta.
Corporate-Malay.indd 154
1/28/11 3:38:20 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
155
N1
100
N1
80
N2
18.00
15.00
15.00
15.00
12.50
28.80
28.00
19.80
20
17.50
40
21.00
43.20
60
50.40
N1
12.24
55.00 67.50 63.45 81.10 76.40 50.40 43.20 18.00 15.00 15.00 15.00 12.50 19.80 28.80 28.00 21.00 17.50 12.24
55.00
67.50
2010 2009 2008 2007 2006 2005 2004 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993
63.45
Dividen bersih sesaham (sen)
76.40
Tahun
81.10
LPI sentiasa konsisten dalam bayaran dividennya sejak tersenarai pada tahun 1993. Dividen bersih sesaham yang dibayar oleh LPI sejak tahun 1993 dinyatakan di bawah:
1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
DIVIDEN BERSIH SESAHAM (SEN)
N1 - Termasuk dividen khas sebanyak 25 sen ditolak cukai N2 - Termasuk dividen khas sebanyak 30 sen ditolak cukai
TSK DI TEMPAT KERJA Di Kumpulan LPI, sumber terbaik kami adalah modal insan kami. Oleh itu, kami berusaha memudahkan kakitangan kami dengan kerjaya yang mencabar dan memberi ganjaran dalam persekitaran kerja yang cemerlang dan selesa. Kumpulan LPI peka terhadap tanggungjawab korporatnya di tempat kerja dan mempamerkan komitmen yang tinggi dengan pematuhan dan menghormati hak-hak pekerja. Ini termasuklah pengambilan kakitangan menurut syaratsyarat yang adil dan saksama serta menawarkan peluang untuk maju dalam kerjaya yang sama rata berdasarkan prestasi. Kumpulan sentiasa memantau pembangunan pasaran terhadap pampasan dan manfaat di dalam industri perkhidmatan kewangan dan juga di pasaran yang luas. Tinjauan yang tertentu membolehkan Kumpulan untuk memberi pampasan kepada pekerjanya pada tahap hampir sama dengan purata industri.
Corporate-Malay.indd 155
1/28/11 3:38:23 PM
156
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Program pembelajaran dan pembangunan berterusan disediakan untuk kakitangan secara dalaman atau luaran di sepanjang tahun untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan yang akan meningkatkan kecekapan individu kakitangan dan seterusnya menambah nilai kepada Kumpulan. Mobiliti menaik untuk kakitangan juga digalakkan dan kebajikan kakitangan diawasi ketat supaya tidak melanggar Hak-hak Pekerja atau Hak-hak Asasi Manusia. Kumpulan LPI mengamalkan pembahagian yang adil dan saksama dalam ganjaran, kedudukan, manfaat atau kemajuan dalam kerjaya kakitangan dan tiada diskriminasi di antara lelaki dan wanita atau di antara bangsa. Prestasi Kumpulan yang konsisten dan baik, banyak disebabkan oleh komitmen yang tinggi, dan kakitangan yang berpengetahuan dan berdedikasi yang memberi tumpuan terhadap matlamat umum serta berkongsi satu misi umum dalam usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan. Kami percaya bahawa modal insan merupakan sumber strategik, oleh itu, kami mengasuh dan mempertingkatkan kakitangan kami dengan pembangunan kemahiran yang secukupnya dan berkaitan bagi menempuhi liberalisasi pasaran yang akan berlaku. Di samping imbuhan dan faedah sampingan kakitangan yang menarik, Kumpulan terus menjalankan aktiviti-aktiviti dengan objektif untuk mempromosi keseluruhan kebajikan kakitangannya. Memandangkan kenaikan kos sara hidup telah membebankan ramai orang dan menimbulkan banyak kesulitan, Kumpulan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan kakitangannya dan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyediakan kemudahan kewangan yang segera kepada kakitangan. Sebagai contoh, kakitangan telah menerima pelarasan gaji dan penyemakan semula dalam kadar faedah dan tempoh pembayaran semula bagi pinjaman kakitangan pada tahun 2008. Penyemakan semula kadar faedah dan tempoh pembayaran semula pinjaman kakitangan memberikan kesan jangka panjang di mana kakitangan menikmati pengurangan kos pembiayaan di sepanjang tempoh pinjaman mereka. Ini merupakan inisiatif Kumpulan sebagai bantuan untuk meringankan beban kewangan kakitangan kesan dari kenaikan kos sara hidup baru-baru ini.
Corporate-Malay.indd 156
800
996
926
931
888
1,000
836
1,345
1,244
1,200
1,101
1,400
678
Strategi utama dalam mengekalkan pertumbuhan perniagaan dalam persaingan yang intensif dan margin persekitaran yang dimampatkan adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti modal insan kami. Beberapa inisiatif telah diambil untuk memupuk, motivasi dan membangunkan lagi kakitangan kami untuk meningkatkan tahap kepuasan mereka. Produktiviti kakitangan Kumpulan yang diukur dengan petunjuk-petunjuk standard industri terus meningkat di mana pendapatan premium bertulis kasar setiap pekerja meningkat daripada RM678,000 setiap pekerja pada tahun 2001 kepada RM1,345,000 setiap pekerja pada tahun 2010. Kakitangan yang terlatih dan berkemahiran mempunyai kapasiti dan kefleksibelan yang lebih baik untuk membuat penyesuaian terhadap keperluan Kumpulan yang selalu berubah. Kumpulan LPI berjaya mengekalkan pertumbuhan keberuntungan yang baik di dalam persekitaran industri insurans Malaysia yang sangat kompetitif dengan keupayaannya untuk menugaskan semula kakitangan tanpa mengabaikan standard pemberian perkhidmatan.
1,154
Peningkatan Produktiviti
600 400 200
2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
PREMIUM BERTULIS KASAR SETIAP PEKERJA (RM’000)
1/28/11 3:38:23 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
157
Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan Sejumlah 362 kakitangan telah menerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan sejak tahun 2001 dengan sebilangan kakitangan sudah pun menerima lebih daripada sekali sepanjang perkhidmatan mereka bersama Kumpulan. Ini menunjukkan kepercayaan dan kesetiaan kakitangan terhadap Kumpulan dan keyakinan penuh mereka terhadap kepimpinan Pengerusi kami, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh. Bilangan penerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan sejak tahun 2001 adalah seperti ditunjukkan di bawah:
Kumpulan LPI mengiktiraf dan menganugerah kakitangannya yang telah lama berkhidmat melalui penganugerahan tahunan Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan. Objektif utama penyampaian anugerah ini adalah untuk memupuk dan memberi motivasi kepada kakitangan bagi membina kerjaya mereka dengan Kumpulan dan memberi ganjaran kepada kakitangan di atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi mereka terhadap pembangunan dan pertumbuhan Kumpulan.
Bilangan Penerima Tempoh Perkhidmatan
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
35 tahun
-
-
-
-
-
1
2
4
-
1
30 tahun
-
1
10
4
3
3
1
-
-
-
25 tahun
21
3
2
-
-
5
5
4
5
2
20 tahun
7
6
5
5
2
1
2
4
1
2
15 tahun
13
2
4
2
2
4
10
16
26
9
-
23
16
26
10
17
24
19
10
17
41
35
37
37
17
31
44
47
42
31
10 tahun* Jumlah
* Kategori Anugerah Perkhidmatan 10 tahun diberi bermula dari tahun 2002. Ini merupakan kebanggaan dan penghormatan Kumpulan menyaksikan kesetiaan dan ketekunan kakitangannya, di mana sebahagian dari kalangan mereka telah berkhidmat dengan Kumpulan selama 35 tahun. Dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan komitmen dan sepenuh hati mereka telah menyumbangkan secara positif kepada kemajuan Kumpulan dan turut memberi inspirasi kepada rakan sejawat lain, yang masih baru di dalam perkhidmatan.
Corporate-Malay.indd 157
1/28/11 3:38:28 PM
158
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Aktiviti Kakitangan Di Kumpulan LPI, amalan TSK kami dimulakan dari dalam Kumpulan sendiri dengan melihat kesejahteraan kakitangan kami. Kami percaya bahawa keperluan para kakitangan kami tidak sepatutnya diabaikan semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti TSK. Sementara menjaga kesejahteraan dan kebajikan kakitangan kami, Kumpulan juga menyumbang secara positif ke arah keharmonian masyarakat secara keseluruhannya. Selain daripada memberi ganjaran prestasi melalui pakej imbuhan yang kompetitif, kakitangan juga mendapat faedah daripada pelbagai aktiviti kakitangan yang diadakan di sepanjang tahun. Kami mengadakan banyak aktiviti berkumpul bersama dan aktiviti sosial dianjurkan untuk kakitangan dengan objektif mengeratkan hubungan di antara kakitangan dan mempertingkatkan semangat berpasukan di mana kakitangan dapat berinteraksi di antara satu sama lain dengan lebih kerap melalui aktiviti rasmi dan tidak rasmi. Ditubuhkan pada tahun 1983, Kelab Sukan Lonpac (“Kelab Sukan”) menyediakan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah kepada ahli-ahlinya. Kelab Sukan berbangga mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif sebagai Presiden Kelab Sukan yang telah dipilih oleh ahli-ahlinya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan. Pemegang-pemegang jawatan Kelab Sukan iaitu, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Ahli-ahli Jawatankuasa, Bendahari dan Juruaudit dicalonkan dan dipilih oleh ahliahli di Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan. Pemilihan pemegang-pemegang jawatan Kelab Sukan diadakan secara tahunan dengan tujuan menggalakkan penyertaan ahli-ahli dan menerapkan pengurusan yang telus di dalam organisasi Kelab Sukan. Semua ahli diberi peluang yang sama untuk merebut jawatan di dalam pengurusan Kelab Sukan tanpa sebarang diskriminasi. Di sepanjang tahun, Kelab Sukan dengan aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah untuk ahli-ahlinya. Pada tahun ini, Kelab Sukan memberi dua (2) subsidi kepada ahlinya peluang untuk bercuti ke luar negara pada kadar diskaun. Ahliahli yang menyertai rombongan ini juga diberi pilihan untuk membayar kos-kos kepada Kelab Sukan secara ansuran. Ini adalah untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan dan pada masa yang sama meringankan komitmen kewangan ahli-ahli. Selain daripada memberi subsidi rombongan, Kelab Sukan turut menganjurkan aktiviti sukan bagi menggalakkan cara hidup sihat dan keseronokan bersukan di kalangan ahliahlinya. Ini termasuk menganjurkan pertandingan karom, damak, badminton, boling dan futsal.
Corporate-Malay.indd 158
Kami menganggap Kumpulan LPI sebagai satu Keluarga Besar dengan bilangan kakitangan lebih daripada 500 orang. Perhimpunan Hari Keluarga Tahunan merupakan salah satu acara besar yang diadakan untuk kakitangan memupuk nilai kekeluargaan yang baik di kalangan keluarga. Melalui perhimpunan tahunan ini, kami memberi peluang kepada kakitangan dan keluarga mereka untuk berinteraksi dengan keluarga-keluarga lain.
1/28/11 3:38:32 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
159
Melalui kesemua aktiviti sebegini kami mengharapkan dapat memperkukuhkan hubungan di kalangan kakitangan dan menyatupadukan semua kakitangan sebagai satu. Di Kumpulan LPI, kami juga mensasarkan untuk melakukan perbezaan melalui TSK bagi kakitangan dan masyarakat secara keseluruhannya.
Acara kemuncak dalam kalendar peristiwa tahunan kakitangan tidak lain dan tidak bukan adalah Majlis Ulang Tahun Makan Malam Syarikat yang menyeronokkan bagi kakitangan dan para ejen serta rakan perniagaan kami. Ini merupakan majlis tahunan yang menakjubkan untuk memberikan penghargaan kami kepada kakitangan di atas komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi, dan juga para ejen serta rakan perniagaan di atas sokongan padu mereka di sepanjang tahun.
Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”) telah ditubuhkan yang mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Ini merupakan komitmen kami dalam menyediakan dan mengekalkan persekitaran kesihatan dan keselamatan kerja bagi kakitangan kami. Jawatankuasa OSH mengawasi keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja bagi semua kakitangan. Terdapat Polisi OSH dengan matlamat menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat di samping mencegah sebarang bahaya pekerjaan yang berpotensi. Polisi OSH selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Polisi OSH menggariskan tanggungjawab-tanggungjawab Kumpulan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja untuk kesemua kakitangannya. Selain daripada itu, Polisi OSH juga menyatakan tugas-tugas setiap kakitangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Kesihatan yang baik merupakan keperluan utama dalam hidup seseorang. Walaupun pelbagai produk insurans berada di pasaran secara komersil yang menyediakan bantuan kewangan disebabkan oleh keadaan kesihatan, tiada siapa yang sanggup menderita sebarang ketidakupayaan fizikal yang mengakibatkan kerugian jam tenaga manusia bagi majikan dan masa berkualiti bagi keluarga mereka.
Corporate-Malay.indd 159
Berpegang kepada pepatah “Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubati”, Kumpulan LPI percaya bahawa badan sihat dan minda yang cergas mampu menghasilkan produktiviti yang tinggi dan keputusan yang cemerlang. Oleh itu, pelbagai aktiviti sukan dianjurkan oleh Kelab Sukan untuk kakitangan bagi menggalakkan gaya hidup yang sihat. Di sepanjang tahun, inisiatif-inisiatif berikut juga diambil untuk mewujudkan kesedaran terhadap isu-isu yang berkaitan dan menggalakkan kepentingan kesihatan minda di kalangan kakitangan: • Mengedarkan peringatan mengenai langkah-langkah pencegahan dalam usaha berterusan kami untuk menyekat penularan jangkitan H1N1. Peringatan tersebut diedarkan kepada kakitangan setiap 3 bulan. • Menganjurkan taklimat perancangan kewangan bagi kakitangan yang merangkumi bahagian penting perancangan kewangan termasuk konsep asas perancangan kewangan yang betul, kepentingan perancangan pengurusan risiko serta kaedah berkesan untuk menguruskannya dan konsep asas dan tepat untuk perancangan pendidikan kanak-kanak. • Mengadakan kelas yoga untuk kakitangan tiga kali seminggu dari pukul 6 – 7 petang. • Menganjurkan taklimat mengenai produk insurans rangkaian unit premium tetap.
1/28/11 3:38:36 PM
160
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Selain dari mementingkan kesihatan, Kumpulan LPI juga berpendapat bahawa isu-isu keselamatan di tempat kerja adalah sama penting. Selaras dengan polisi keselamatan bangunan, Kumpulan telah menguatkuasakan polisi “Kawasan Larangan Merokok” di semua premis pejabatnya. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan risiko bahaya kebakaran dan pada masa yang sama tidak menggalakkan kakitangan merokok demi kehidupan yang lebih sihat. Peti Pertolongan Cemas juga disediakan di Ibu Pejabat dan cawangan Kumpulan untuk kemudahan kakitangan ketika diperlukan. Peringatan telah disebarkan kepada para penjaga Peti Pertolongan Cemas untuk mengingatkan mereka agar menambah semula bekalan di dalam Peti Pertolongan Cemas masing-masing yang telah tamat tempoh atau yang telah habis digunakan bagi memastikan Peti tersebut dapat digunakan sepenuhnya pada bila-bila masa.
• Menjemput wakil daripada JKJR untuk menyampaikan taklimat keselamatan jalan raya sepanjang perjumpaan untuk Cari Makan Hunt 2010. • Mengedarkan maklumat mengenai beberapa tip ergonomi untuk pengguna komputer dan maklumat praktikal mengenai gaya bekerja yang baik. Maklumat ini berguna untuk memahami konsep kedudukan badan semulajadi untuk menggunakan tubuh badan dalam kedudukan yang sebenar bagi mengurangkan tekanan dan tegangan ke atas otot, tendon dan sistem rangka serta mengurangkan risiko pembangunan gangguan rangka otot. • Menganjurkan taklimat mengenai “Mengenali Angin Ahmar” sepanjang Hari Kesihatan Komuniti Lonpac 2010 untuk mewujudkan kesedaran terhadap simptom-simptom angin ahmar dan kepentingan untuk mendapatkan rawatan awal. Saringan kesihatan secara percuma juga disediakan kepada para peserta termasuklah ujian tekanan darah, tahap gula dan kolestrol, ujian untuk perokok dan sesi kaunseling. • Mengedarkan maklumat mengenai tip-tip mengangkat dan melegakan tekanan untuk menggalakkan kesedaran isu-isu keselamatan di tempat kerja yang sedia ada. Ia mengandungi tip-tip mengenai cara untuk mengangkat objek (terutamanya objek berat) dengan selamat di tempat kerja dan beberapa regangan mudah yang dapat membantu mengurangkan kekejangan dan tekanan otot.
Corporate-Malay.indd 160
Selain daripada itu, berikutan kejayaan pelaksanaannya di Ibu Pejabat baru-baru ini, label berlamina kecil mengenai pesanan untuk mengingatkan kakitangan agar menutup semua peralatan elektrik di Tempat Kerja masing-masing sebelum meninggalkan pejabat di akhir waktu bekerja, telah disebarkan ke Pejabat-pejabat Cawangan untuk pelaksanaan yang sama. Label tersebut disediakan dengan pita pelekat sendiri dibelakangnya yang boleh dilekatkan di lokasi-lokasi yang mudah dilihat seperti di pintu masuk Pejabat-pejabat Cawangan. Seorang warden kebakaran dan seorang penolong warden kebakaran telah dilantik bagi setiap tingkat yang digunakan oleh Kumpulan di Ibu Pejabatnya. Warden-warden kebakaran ini dibimbing oleh pegawai keselamatan bangunan untuk segera bertindak balas ketika situasi kecemasan seperti kebakaran dan ancaman bom. Warden-warden kebakaran ini dilatih untuk memimpin rakan-rakan sekerja mereka dalam prosedur meninggalkan bangunan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kumpulan LPI juga sentiasa bekerjasama ketika menyertai beberapa latihan menghadapi kebakaran yang dikendalikan oleh divisyen keselamatan bangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Satu pemeriksaan telah dilakukan ke atas kesemua Alat Pemadam Api Mudah Alih yang dipasang di Ibu Pejabat mengikut kesesuaian jenis Alat Pemadam Api yang disediakan, lokasi dan keadaan unit-unit serta pemasangan peralatan berikut dengan betul, mengikut kod-kod kebakaran dan amalan-amalan terbaik yang diiktiraf.
1/28/11 3:38:42 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
Jawatankuasa tersebut bekerjasama dengan Ketua Warden Kebakaran untuk mendapatkan sebarang perkembangan mengenai Perlindungan Kebakaran dan Prosedur-prosedur Memadam Kebakaran yang terkini untuk Ibu Pejabat, seperti memberikan cadangan bagi memastikan bilangan pengganti sementara unit-unit Alat Pemadam Api Mudah Alih yang disediakan oleh Kontraktor bagi menggantikan unit-unit yang telah dikeluarkan untuk pemeriksaan tahunan berkanun dan bagi tujuan pengisian semula. Selain itu, Jawatankuasa OSH akan menyediakan satu “Pusat Sumber OSH” untuk mengumpulkan dan menyimpan semua bahan-bahan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti OSH di dalam Sistem Pengurusan Dokumen Syarikat bagi membolehkan akses yang mudah kepada Kakitangan dan Pihak Pengurusan untuk rujukan mereka. Kumpulan LPI berusaha menggalakkan kepentingan keselamatan dan kesihatan di dalam modal insannya dari masa ke semasa.
161
Faedah Perubatan Kesemua kakitangan Kumpulan LPI dilindungi dengan insurans Kemalangan Perseorangan “Faedah Menyeluruh” dan Hospital & Pembedahan Kumpulan. Polisi-polisi insurans ini akan memberi pampasan atau menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangan atau keluarga mereka sekiranya ditimpa kemalangan atau jatuh sakit. Perlindungan insurans tersebut mencukupi untuk meringankan beban kewangan kakitangan memandangkan kos rawatan perubatan dan pembedahan yang semakin tinggi. Selain itu, Kumpulan melanjutkan faedah-faedah perubatan secara pembayaran balik kos perubatan kepada pasangan dan anak-anak kakitangan bergantung kepada satu had maksima tahunan. Kumpulan LPI juga menanggung kos pelbagai faedah pemeriksaan perubatan untuk kakitangannya menurut Buku Panduan Faedah Kakitangan bagi menggalakkan kesedaran tentang kesihatan di kalangan kakitangan. Pemeriksaan perubatan ini termasuk ujian darah untuk pemeriksaan umum, ujian papsmear, ujian mammogram dan pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara.
TSK ALAM SEKITAR – Terhadap Mengurangkan Kesan Tapak Kaki Karbon Perubahan iklim selalu menjadi kebimbangan utama bagi pencinta alam sekitar. Salah satu cara untuk mengurangkan kesan aktiviti-aktiviti kami terhadap iklim adalah dengan mengurangkan kesan tapak kaki karbon kami. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial kepada alam sekitar, Kumpulan telah mengambil beberapa inisiatif dalam memelihara alam sekitar termasuklah menaik taraf infrastruktur IT Kumpulan dalam usahanya ke arah persekitaran bebas kertas, mengurangkan penggunaan kertas melalui komunikasi elektronik dan mengitar semula bahan buangan kertas serta memberi sumbangan melalui derma kepada program-program alam sekitar. Di sepanjang tahun, Kumpulan LPI mengambil bahagian di dalam inisiatif-inisiatif berikut dalam usaha untuk mengurangkan kesan tapak kaki karbon:
Corporate-Malay.indd 161
1/28/11 3:38:43 PM
162
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Penyertaan Dalam Waktu Bumi 2010 Anjuran Tabung Kehidupan Liar dan Alam Sekitar Sedunia (“WWF”) Di sepanjang tahun, Kumpulan LPI mengambil bahagian dalam Waktu Bumi 2010 anjuran Tabung Kehidupan Liar dan Alam Sekitar Sedunia (“WWF”). Kempen ini meminta individuindividu, perniagaan-perniagaan, kerajaan dan masyarakat untuk menutup lampu mereka selama satu jam dalam satu hari pada tahun tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka kepada tindakan perubahan iklim. Ini merupakan panggilan global untuk tindakan bagi setiap individu, perniagaan, dan masyarakat untuk bangun dan menyelamatkan masa depan planet kita. Di Kumpulan LPI, kami amat sedar akan kepentingan peranan dan tanggungjawab kita untuk memelihara persekitaran yang selamat dan menjaga isuisu berkaitan pemanasan global. Sebahagian daripada komitmen kami, kami menyertai jutaan penduduk dunia untuk mengawasi Waktu Bumi WWF pada 27 Mac 2010. Penyertaan kami dalam Waktu Bumi WWF merupakan satu peluang bagi kami untuk mendidik kesedaran alam sekitar di kalangan kakitangan, pemegang saham dan orang ramai secara amnya pada keperluan untuk menyelamatkan sumber tenaga menentang pemanasan global.
Tepat pukul 8.30 malam pada 27 Mac 2010, semua lampu yang tidak penting (seperti lampu-lampu di papan tanda, tangga, dan sebagainya) dan penghawa dingin di pejabatpejabat kami (termasuklah cawangan-cawangan) telah ditutup untuk satu (1) jam. Memandangkan ia tidak pada hari bekerja, lampu-lampu papan tanda dibiarkan tutup pada waktu siang. Kakitangan juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Waktu Bumi ini di rumah hanya dengan menutup lampu-lampu yang tidak penting dan penghawa dingin untuk satu (1) jam bermula pada pukul 8.30 malam. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Lonpac mengambil bahagian dalam Waktu Bumi Global WWF. Selain daripada menjadi pencinta alam sekitar, menyertai Waktu Bumi Global WWF juga mendidik kami supaya menggunakan tenaga dengan lebih efisien pada jangka masa panjang.
Merentas Hutan Di Hutan Pendidikan Bukit Gasing Pada Mei 2010, merentas hutan telah diadakan di Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya dengan matlamat untuk menghargai persekitaran hijau dan belajar kepentingan memelihara alam semula jadi. Sejumlah 121 kakitangan mengambil bahagian di dalam aktiviti merentas hutan ini. Aktiviti ini juga membantu kakitangan mengurangkan tekanan di tempat kerja dengan latihan ringan di samping menggalakkan semangat pasukan yang tinggi di kalangan kakitangan.
Corporate-Malay.indd 162
1/28/11 3:38:46 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
163
Kempen Kami Cintakan Bumi… Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula
Pada 18 September 2010, Lonpac melancarkan Kempen “Kami Cintakan Bumi… Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula” di Berjaya Times Square, bersama dengan China Press, Berjaya Times Square, Oriental Food Industries Holdings Berhad dan Spritzer Berhad. Dalam menyokong saranan Negara demi kebersihan dan kehijiauan dunia, kempen perkhidmatan komuniti ini mensasarkan untuk memperkenalkan kesedaran persekitaran hijau di kalangan masyarakat umum dalam menyokong para pembeli untuk menggunakan beg hijau alam sekitar menggantikan beg plastik ketika membeli-belah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang acara ini selaras dengan temanya kempen “Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula” termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, ceramah alam sekitar, permainan pentas dan kuiz alam sekitar, serta pertunjukkan tarian jalanan. Seorang tetamu terhormat; Dr. Catherine Yule, seorang Ahli Ekologi Akuatik Australia yang juga Timbalan Ketua Sekolah Sains di Kampus Sunway Universiti Monash telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai alam sekitar. Pada hari yang sama, kami juga telah menjemput Waterfal Survivors, sebuah organisasi bukan kerajaan untuk membuka gerai informasi sebagai sokongan terhadap program organisasi tersebut, Selamatkan Air Terjun Kita 101010 bersempena tindakan alam sekitar terbesar dalam sejarah, Parti Kerja Global.
Corporate-Malay.indd 163
1/28/11 3:38:55 PM
164
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Kempen Kami Cintakan Bumi... Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula Pertandingan mewarna yang diadakan bertujuan memupuk kesedaran tentang pentingnya memelihara alam sekitar hijau di kalangan kanak-kanak. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar sekolah rendah dan dibahagikan kepada 2 kategori; Kategori A – Tahun 1-3 dan Kategori B – Tahun 4-6. Juara untuk Kategori A dan B setiap seorang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan sebuah trofi. Hadiah juga diberi kepada pemenangpemenang lain dari setiap kategori.
Hadiah pertama– Kategori A Tan Xuan Yin Umur: 8 SJK (C) Kepong 2, Kuala Lumpur
Hadiah pertama – Kategori B Richard Soo Chien Hui Umur: 12 SJK (C) Bachang, Melaka
Corporate-Malay.indd 164
1/28/11 3:39:04 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
165
Hadiah kedua – Kategori A Yap Huan Yi Umur: 9 SJK (C) Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur Hadiah kedua – Kategori B Wong Chooi Yie Umur: 10 SJK (C) Jinjang Utara, Kuala Lumpur
Hadiah ketiga - Kategori A Wong Dick Fei Umur: 9 SJK (C) Sin Hua, Seremban
Corporate-Malay.indd 165
Hadiah ketiga - Kategori B Gan Fong Tee Umur: 10 SJK (C) Malim, Melaka
1/28/11 3:39:08 PM
166
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (samb’)
Kempen Kami Cintakan Bumi... Kurangkan-Guna Semula-Kitar Semula
Sebanyak 5,000 beg hijau alam sekitar telah diagihkan kepada para pengunjung di Berjaya Times Square pada hari tersebut untuk menggalakkan para pengunjung untuk menggunakan beg hijau alam sekitar bagi menggantikan beg plastik apabila membeli-belah. Beg hijau alam sekitar juga telah diagihkan kepada semua kakitangan Syarikat dan kemudiannya sebanyak 6,000 beg hijau alam sekitar diagihkan kepada masyarakat umum di 6 cawangan Lonpac yang terpilih (Melaka, Ipoh, Kuantan, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Seremban). Berikutan kejayaan Kempen Kami Cintakan Bumi… KurangkanGuna Semula-Kitar Semula ini, sebanyak 10,000 lagi beg hijau alam sekitar telah diagihkan kepada masyarakat umum pada bulan Disember 2010 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Corporate-Malay.indd 166
1/28/11 3:39:17 PM
LPI Capital Bhd Laporan Tahunan 2010
167
Tong Kitar Semula Sempena dengan Kempen Kami Cintakan Bumi… KurangkanGuna Semula-Kitar Semula, tong kitar semula telah disediakan di Ibu Pejabat Lonpac untuk menggalakkan kakitangan mengitar semula sampah mereka dan selamatkan bumi. Barangan kitar semula ini akan diambil oleh sebuah rumah kebajikan; Lovely Disabled Home untuk meraih dana mereka bagi menampung perbelanjaan rumah kebajikan tersebut. Kempen ini bukan sahaja memupuk tabiat mengitar semula yang baik di kalangan kakitangan kami bahkan juga menyumbang secara positif ke arah kebajikan untuk orang kurang upaya.
Merentas Hutan & Jalan Berturap Di Arboretum Garden, Bukit Kiara Lawatan ke Arboretum Garden, Bukit Kiara telah diadakan pada 10 Disember 2010 untuk berjalan di tengah-tengah alam semula jadi yang nyaman. Perkataan “Arboretum” datang daripada perkataan Latin ‘Arbor’, yang bermaksud muzium kehidupan pokok-pokok. Denai yang meliputi setengah jam merentas hutan dan jalan berturap masingmasing. Sejumlah 60 kakitangan mengambil bahagian dalam aktiviti merentas hutan & jalan berturap ini. Aktiviti ini memberi peluang kepada kakitangan untuk menghargai dan menikmati kehijauan alam sekitar di samping bersenam.
Inisiatif-inisiatif berikut juga telah dilaksanakan untuk memelihara alam sekitar: • Kakitangan digalakkan supaya mengekalkan persekitaran kerja yang mesra alam sekitar melalui penggunaan peralatan tulis yang cekap dan amalan kitar semula. Galakan ke atas ‘persekitaran kerja yang mesra alam sekitar’ telah dinyatakan dengan jelas di dalam Buku Panduan Tatatertib Kakitangan. • Inisiatif-inisiatif berterusan dilaksanakan dan diamalkan di keseluruhan organisasi dalam membantu memelihara alam sekitar termasuklah: – Komunikasi melalui emel untuk mengurangkan penggunaan kertas bagi surat atau memo. – Sistem Pengurusan Dokumen (“DMS”) disediakan bagi menyimpan dokumen secara elektronik dalam usaha mencapai persekitaran bebas kertas. – Kakitangan digalakkan untuk mencetak pada kedua-dua bahagian untuk mengurangkan penggunaan kertas. Melalui komitmen-komitmen kami, kami memastikan bahawa nilai-nilai TSK ini akan terus berada di hati perniagaan kami bagi tahun-tahun yang akan datang.
Corporate-Malay.indd 167
1/28/11 3:39:22 PM