LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
74
PENYATA TADBIR URUS
korporat
Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan Kumpulan LPI mendukung standard tertinggi tadbir urus korporat dan komited sepenuhnya demi memastikan Kumpulan LPI kekal sebagai kumpulan yang mempunyai integriti dan prestasi yang tidak terkompromi dengan rekod baik dalam mencapai pengekalan jangka panjang dan mewujudkan nilai ekonomi kepada para pemegang sahamnya serta pihak yang berkepentingan lain. Tadbir urus korporat merupakan proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan menguruskan perniagaan dan urusan kewangan ke arah meningkatkan kekayaan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan matlamat utamanya untuk memperolehi nilai jangka panjang pemegang saham, selain mengambil kira kepentingan pihak yang berkepentingan lain. Sistem tadbir urus korporat yang berkesan akan melaksanakan standard perlakuan yang sesuai dalam memaksimumkan pulangan para pemegang saham. Amalan baik tadbir urus korporat mengawal hubungan di antara pihak yang berkepentingan lain, lembaga pengarah dan pihak pengurusan sesebuah organisasi. Tadbir urus korporat dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan sendiri serta tingkah laku kakitangan yang tidak berhemat dan berisiko tinggi yang tidak dapat diterima, serta menyelesaikan percanggahan kepentingan di antara pihak pengurusan dengan jawatankuasa lembaga pengarah. Selain itu, tadbir urus korporat bagi sektor kewangan mempunyai implikasi penting ke atas keteguhan seluruh ekonomi. Penggunaan pakai standard dan amalan tadbir urus korporat yang kukuh dapat memastikan Kumpulan LPI diuruskan dengan selamat dan teguh dalam aktiviti pengambilan risiko dan ketelitian dalam perniagaan adalah seimbang dengan sewajarnya untuk memaksimumkan pulangan pemegang saham dan melindungi kepentingan semua pihak yang berkepentingan. Dalam persekitaran yang diliberalisasikan dan lebih kompetitif di mana terdapat tekanan yang berterusan kepada pihak pengurusan untuk menyampaikan keperluan utama yang diperlukan, tadbir urus korporat yang kukuh menjadi pelindung kritikal daripada segala kecuaian pengurusan dan aktiviti pemalsuan. Amalan tadbir urus korporat efektif yang meningkatkan kebertanggungjawaban korporat adalah elemen utama dalam usaha tatatertib dan ketelusan pasaran. Kumpulan LPI mengakui pentingnya untuk mempertingkatkan nilai para pemegang saham menerusi keberuntungan yang berterusan dan mengamalkan standard tertinggi dalam tadbir urus korporat. Nilai-nilai tadbir urus
korporat yang kukuh menjadi tunjang di mana kepercayaan para pelabur dibina. Nilai-nilai ini adalah kritikal dalam meningkatkan reputasi yang telah dibina bertahun-tahun lamanya. Komitmen kami terhadap standard perniagaan yang tinggi dan tadbir urus yang efektif adalah penting untuk mencapai kepercayaan dan penghormatan daripada pihak yang berkepentingan lain sebagai sebuah kumpulan yang berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam prestasi dan integriti. Oleh itu, struktur tadbir urus yang kukuh merupakan asas untuk memelihara kepentingan para pemegang saham Kumpulan LPI. Struktur tadbir urus korporat Kumpulan LPI telah dibangunkan dan dipertingkatkan berdasarkan prinsipprinsip dan amalan terbaik yang ditetapkan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCCG”) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panduan Tadbir Urus Korporat (“Panduan CG”) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad. Komitmen Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan Kumpulan LPI dalam mempertingkatkan nilai pemegang saham terbukti dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan LPI pada setiap tahun sejak tahun 2005, yang mana anugerah dan pengiktirafan yang diterima pada tahun 2011 termasuk yang berikut: 1) Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia Subsidiari milik penuh Kumpulan, Lonpac mencatatkan satu lagi pencapaian dalam pencapaian penting korporatnya apabila dianugerahkan Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia Tahun 2011 oleh World Finance. 2)
Indeks Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCG”) 2011 • Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera • Anugerah Kecemerlangan LPI dikurniakan Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera dan Anugerah Kecemerlangan dalam Indeks MCG 2011 bagi tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2009.
meningkatkan nilai
75
3) Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2011 • Anugerah Merit, Pemenang Keseluruhan LPI memenangi Anugerah Merit, Pemenang Keseluruhan bagi Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA. Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut LPI memenangi pengiktirafan sebegini daripada Malaysia Business – CIMA sejak tahun 2005. 4) Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (“NACRA”) 2011 LPI dianugerahkan Sijil Merit sebagai mengiktiraf laporan tahunan Syarikat yang layak ke peringkat akhir NACRA 2011. 5) Kelab Billion Ringgit The Edge 2011 LPI sekali lagi menerima keahlian dalam Kelab Billion Ringgit The Edge dan berada di kedudukan ketiga dalam kategori Syarikat Yang Paling Menguntungkan - Pulangan Tertinggi ke atas Ekuiti Dalam Tempoh 3 Tahun dan Saham Berprestasi Terbaik - Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Dalam Tempoh 3 Tahun bagi Sektor Kewangan. 6) Jenama Terbaik BrandLaureate dalam Perkhidmatan Kewangan – Insurans Am Lonpac dikurniakan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan – Insurans Am oleh BrandLaureate bagi tahun 2010-2011 bagi Penjenamaan Korporat oleh Asia Pacific Brands Foundation.
7) Penarafan Kekuatan Kewangan Cemerlang oleh A.M. Best A.M. Best memberi penarafan kekuatan kewangan A(Cemerlang) dan penarafan kredit pengeluar (ICR) “a-” kepada Lonpac.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
76
PENYATA TADBIR URUS korporat
(samb’)
LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah komited sepenuhnya dalam memastikan bahawa standard tertinggi dalam tadbir urus korporat diamalkan secara menyeluruh dalam Kumpulan supaya segala urusan Kumpulan dijalankan dengan telus dan objektif dengan kebertanggungjawaban dan integriti penuh untuk memelihara pelaburan para pemegang saham dan mutakhirnya mempertingkatkan nilai mereka.
I PARA PENGARAH • Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan tadbir urus Kumpulan dengan memastikan pelan bimbingan strategik dan pewarisan Kumpulan, keberkesanan pemantauan matlamat pengurusan, dan kebertanggungjawaban kepada Kumpulan dan para pemegang saham serta memastikan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pelaporan Kumpulan tersedia dengan baik. Ahli Lembaga Pengarah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan usaha wajar dan berhati-hati bagi memastikan standard etika yang tinggi diguna pakai, menerusi pematuhan terhadap peraturan dan regulasi, arahan dan garis panduan berkaitan selain daripada
mengguna pakai amalan terbaik di dalam MCCG yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panduan CG yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad, dan demi kepentingan terbaik Kumpulan dan para pemegang saham. Ahli Lembaga Pengarah memberi perhatian untuk mengguna pakai standard etika yang tinggi dalam membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak-pihak yang berkepentingan. • Keseimbangan Lembaga Pengarah yang Optimum Lembaga Pengarah terdiri daripada tujuh (7) orang ahli. Seorang daripada ahli Lembaga Pengarah merupakan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif. Enam (6) orang Pengarah Bukan Eksekutif yang lain termasuk empat (4) orang daripada Para Pengarah Bukan Eksekutif yang memenuhi kriteria bebas sebagaimana yang ditakrifkan dalam Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities. Saiz Lembaga Pengarah adalah wajar bagi kerumitan dan skala operasi Kumpulan LPI. Bilangan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang tinggi memberi sekatan dan imbangan yang berkesan dalam perjalanan Lembaga Pengarah.
meningkatkan nilai
77
Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tidak melibatkan diri dalam pengurusan harian Kumpulan dan tidak mengambil bahagian dalam sebarang urusan perniagaan dan tidak terlibat dalam sebarang hubungan lain dengan Kumpulan. Ini adalah untuk membolehkan Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan mengelakkan situasi percanggahan kepentingan. Terdapat pembahagian peranan dan tanggungjawab yang jelas di antara Pengerusi/ Pengerusi Bersama dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif. Bidang rujukan Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif adalah berbeza dan berasingan daripada tugas dan tanggungjawab Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif bagi memastikan keseimbangan kuasa dan autoriti dalam Lembaga Pengarah yang berkesan. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, Pengasas dan Pengerusi LPI dan Public Bank, memegang rekod yang amat sempurna sebagai salah seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang paling unggul dalam industri perbankan dan di rantau Asean. Kepimpinan beliau yang tiada tolok bandingnya dalam mengemudi LPI selama 49 tahun ini telah menghasilkan penciptaan nilai yang amat besar di LPI, sebagaimana yang dicerminkan oleh penilaian pasaran LPI yang cemerlang, pulangan tinggi kepada pemegang saham, hasil tahunan dan pertumbuhan keuntungan yang sangat teguh dan menyediakan banyak pekerjaan. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow telah menerima pelbagai anugerah yang berprestij bagi mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada industri perbankan dan kewangan, dan inisiatif-inisiatif pembangunan sosio-ekonomi beliau, di dalam dan luar negeri. Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong, telah berkhidmat dengan Kerajaan selama 32 tahun dan dalam tempoh tersebut beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dan kanan. Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau menyertai sektor swasta dan dilantik sebagai Pengerusi/ Pengarah beberapa buah syarikat tersenarai awam yang besar. Kepakaran Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong dan profesionalisme beliau ditunjukkan melalui pelantikan beliau sebagai seorang Ahli Majlis Ekonomi
Negara dan juga sebagai Ahli Kanan Kumpulan Kerja Jawatankuasa Eksekutif Majlis Ekonomi Negara. Tiga (3) orang lagi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif merupakan ahli-ahli profesional dalam bidang masingmasing dengan pelbagai pengalaman, kemahiran dan kepakaran yang luas dalam pelbagai bidang. Para Pengarah Kumpulan LPI adalah individu-individu yang berkaliber dan berintegriti tinggi, dan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing membawa perspektif daripada perniagaan lain seterusnya meningkatkan keberkesanan Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah. Profil Ahli-ahli Lembaga Pengarah dinyatakan pada muka surat 56 hingga 61. • Kod Etika Para Pengarah Para Pengarah terus mematuhi Kod Etika untuk Pengarah Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kod Etika ini berdasarkan prinsipprinsip yang berkaitan dengan kejujuran, integriti, tanggungjawab dan tanggungjawab sosial korporat serta dirumuskan untuk meningkatkan standard tadbir urus korporat dan tingkah laku korporat. • Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah termasuk mengkaji semula dan meluluskan strategi-strategi dan pelan perniagaan Kumpulan, dasar-dasar penting, dan memantau prestasi Pihak Pengurusan dalam melaksanakannya. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, Lembaga Pengarah bertindak dengan penuh berhati-hati untuk memastikan standard etika yang tinggi didukung, dan kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan tidak diabaikan. Ahli-ahli Lembaga Pengarah sentiasa mengambil berat bahawa kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan dengan Kumpulan perlu sentiasa dilindungi.
Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah termasuk yang berikut: • Meluluskan pelan-pelan perniagaan tahunan, dan pelan-pelan strategik jangka sederhana dan jangka panjang Kumpulan; • Mengawasi operasi perniagaan dan prestasi kewangan Kumpulan berbanding pelan-pelan perniagaan yang diluluskan;
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
78
PENYATA TADBIR URUS korporat • Memastikan bahawa infrastruktur kendalian, sistem kawalan, sistem-sistem bagi pengurusan risiko, kawalan kewangan dan operasi, diwujudkan dan dilaksanakan dengan baik; dan • Melaksanakan pelbagai fungsi dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa regulatori dari semasa ke semasa. Empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, melalui tugas dan tanggungjawab mereka, sebenarnya mewakili kepentingan pemegang saham minoriti dalam Kumpulan LPI. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif tersebut melibatkan diri secara proaktif dengan Pihak Pengurusan dan juruaudit dalaman dan luaran. Ini adalah benar bagi Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Dato’ Haji Abdul Aziz yang merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit. Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif memainkan peranan penting dalam membawa keobjektifan dan penelitian terhadap perbincangan dan keputusan Lembaga Pengarah. Mereka juga bertindak untuk memberi galakkan dan cabaran kepada Pihak Pengurusan dengan kaedah yang objektif dan membina. Dalam meningkatkan fungsi Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Lembaga Pengarah telah menetapkan peranan dan tanggungjawab mereka termasuk yang berikut: • Menyediakan pandangan, penilaian dan cadangan yang bebas dan objektif di dalam perbincangan Lembaga Pengarah; • Memastikan pemeriksaan yang efektif dan keseimbangan di dalam prosiding Lembaga Pengarah; • Mengurangkan sebarang konflik kepentingan di antara proses membuat dasar dan pengurusan harian Kumpulan; dan • Memberi cabaran dan sumbangan yang membina terhadap pembangunan strategi dan hala tuju perniagaan Kumpulan Pengerusi Bersama Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong, dilantik sebagai Pengarah Bebas Kanan Bukan Eksekutif dan pemegang-pemegang saham serta pihak yang berkepentingan lain boleh menyalurkan isu-isu berkaitan dengan Kumpulan kepada beliau.
(samb’)
Para Pengarah bebas mendapatkan nasihat profesional bebas apabila dianggap perlu bagi melaksanakan tugas mereka dengan sewajarnya di atas tanggungan Syarikat. • Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Bekalan Maklumat kepada Lembaga Pengarah Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi setiap tahun kewangan dijadualkan lebih awal sebelum akhir setiap tahun kewangan bagi membolehkan Para Pengarah merancang sewajarnya dan memasukkan mesyuaratmesyuarat Lembaga Pengarah tahun berkenaan ke dalam jadual mereka masing-masing. Mesyuarat Lembaga Pengarah selalunya diadakan secara suku tahunan. Mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan sertamerta selepas keputusan suku tahunan dan tahunan Kumpulan LPI disahkan untuk mengkaji semula dan meluluskan keputusan-keputusan tersebut sebelum dikemukakan kepada Bursa Securities. Mesyuarat tambahan Lembaga Pengarah juga diadakan apabila perlu seperti membincangkan cadangan-cadangan atau perkara-perkara korporat penting yang memerlukan arahan segera dari Lembaga Pengarah. Mesyuarat Lembaga Pengarah dijalankan menurut agenda berstruktur. Ahli-ahli Lembaga Pengarah dibekalkan dengan agenda berstruktur berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dan maklumat di dalam bentuk dan kualiti yang bersesuaian sebelum setiap mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini memudahkan Para Pengarah meneliti kertas-kertas Lembaga Pengarah dan mendapatkan penjelasan yang mungkin mereka perlukan daripada Pihak Pengurusan atau Setiausaha Syarikat lebih awal dari tarikh mesyuarat. Kertas-kertas yang memerlukan tindakan segera boleh dikemukakan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah di bawah agenda tambahan. Mesyuarat Lembaga Pengarah dipengerusikan oleh sama ada oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (Pengerusi) atau Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong (Pengerusi Bersama). Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah mengkaji semula laporan-laporan pengurusan mengenai prestasi perniagaan Syarikat dan subsidiarinya, dan mengkaji semula, antara lain, keputusan-keputusan berbanding dengan bulan sebelumnya dan dari awal tahun hingga masa kini, dan juga perbandingan dengan industri.
meningkatkan nilai
79
Sebagai sebahagian daripada inisiatif pengurusan risiko bersepadu, Lembaga Pengarah meneliti keputusan-keputusan dan isu-isu penting yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan melalui minit-minit jawatankuasa-jawatankuasa ini. Ahli-ahli Lembaga Pengarah juga membincangkan, dan dalam proses ini, menilai kebolehlaksanaan usul-usul perniagaan dan cadangan-cadangan korporat serta sebarang risiko utama yang mempunyai kesan penting ke atas perniagaan Kumpulan dan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko tersebut. Pengerusi/ Pengerusi Bersama Jawatankuasa Audit memaklumkan kepada Para Pengarah di Mesyuarat Lembaga Pengarah, berkenaan sebarang isu-isu penting yang diperhatikan oleh Jawatankuasa Audit dan yang memerlukan perhatian dan kelulusan Lembaga Pengarah untuk pelaksanaan. Kertas-kertas mesyuarat Lembaga disediakan dalam format yang ringkas lagi komprehensif. Kertas-kertas mesyuarat Pengarah termasuk laporan-laporan mengenai operasi perniagaan, maklumat mengenai cadangan perniagaan dan korporat termasuk dokumen-dokumen yang berkaitan.
Pengarah padat dan Lembaga kemajuan terperinci cadangan sokongan
Pengarah-pengarah mempunyai kewajipan untuk mengisytiharkan dengan serta-merta kepada Lembaga Pengarah sekiranya mereka mempunyai sebarang kepentingan dalam urusniaga yang akan dimeterai secara langsung atau tidak langsung dengan Kumpulan LPI. Para Pengarah yang mempunyai kepentingan tersebut akan memberi notis kepada Lembaga Pengarah dan akan berkecuali daripada perbincangan dan keputusan Lembaga Pengarah mengenai urusniaga tersebut. Sekiranya sesuatu cadangan korporat perlu diluluskan oleh pemegang saham, Para Pengarah yang mempunyai kepentingan akan berkecuali daripada mengundi berkenaan dengan pemegangan saham mereka dalam LPI mengenai resolusi berkaitan dengan cadangan korporat tersebut, dan akan seterusnya mengaku janji untuk memastikan bahawa sesiapa yang mempunyai hubungan dengan mereka akan turut berkecuali daripada mengundi mengenai resolusi-resolusi berkenaan.
Minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah diedarkan kepada semua Pengarah untuk penelitian mereka sebelum minit-minit tersebut disahkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang berikutnya. Para Pengarah boleh meminta penjelasan lanjut atau memberi komen mengenai minit-minit tersebut sebelum minit-minit tersebut disahkan sebagai rekod yang betul mengenai prosiding Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah mempunyai akses terus kepada Pengurusan Kanan dan mempunyai akses sepenuhnya dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat yang berkaitan dengan operasi Kumpulan dalam melaksanakan tugas mereka serta boleh mengarahkan untuk dibekalkan dengan butir-butir atau penjelasan lanjut dalam perkara-perkara agenda mesyuarat Lembaga Pengarah. Para Pengarah mempunyai akses yang cepat dan tidak terhad kepada nasihat dan perkhidmatan Setiausaha Syarikat. Para Pengarah sentiasa dikemas kini oleh Setiausaha Syarikat mengenai keperluan-keperluan undangundang serta regulatori baru berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Para Pengarah atau pelaksanaan tugas mereka sebagai Para Pengarah Syarikat. Setiausaha Syarikat menghadiri kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah dan memastikan rekod yang tepat dan mencukupi mengenai prosiding mesyuarat Lembaga Pengarah dan keputusan-keputusan yang dibuat disimpan dengan baik. Komitmen dan dedikasi Lembaga Pengarah dalam memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dicerminkan oleh bilangan tinggi mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun berakhir pada 31 Disember 2011. Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga belas (13) kali di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011. Tarikhtarikh mesyuarat Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: − 11 Januari 2011 − 27 Januari 2011 − 21 Februari 2011 − 7 April 2011 − 28 April 2011
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
80
PENYATA TADBIR URUS korporat
− − − − − − − −
26 Mei 2011 7 Julai 2011 28 Julai 2011 22 Ogos 2011 6 Oktober 2011 27 Oktober 2011 24 November 2011 15 Disember 2011
(samb’)
kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan supaya permohonan dikemukakan kepada BNM. Jawatankuasa Pencalonan keseluruhannya terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan.
Kehadiran setiap Ahli Lembaga Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:
Bidang rujukan Jawatankuasa Pencalonan dinyatakan pada muka surat 84.
Selepas kajian semula tahunan Jawatankuasa Pencalonan baru-baru ini, Jawatankuasa Pencalonan Bilangan Peratus berpuas hati bahawa saiz Lembaga Pengarah Mesyuarat Kehadiran Pengarah Lembaga Kumpulan adalah optimum dan terdapat gabungan Pengarah pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan kecekapan Dihadiri/ utama yang wajar dalam komposisi Lembaga Diadakan Pengarah. Jawatankuasa Pencalonan berpuas hati i. Tan Sri Dato’ Sri Dr. bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah mempunyai Teh Hong Piow 13/13 100% kelayakan yang sesuai untuk memegang jawatan masing-masing sebagai Pengarah Kumpulan LPI ii. Tan Sri Datuk Seri Utama memandangkan kelayakan akademik dan profesional, Thong Yaw Hong 13/13 100% pengalaman dan kualiti mereka. Semua Pengarah mematuhi kriteria “sesuai dan wajar” sebagaimana iii. Tee Choon Yeow 13/13 100% yang ditetapkan oleh BNM dalam Rangka Kerja iv. Dato’ Yeoh Chin Kee 13/13 100% Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans. v. Tan Kok Guan 13/13 100%
vi. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar
13/13
100%
vii. Quah Poh Keat
13/13
100%
• Pelantikan ke Lembaga Pengarah Cadangan pelantikan seorang Ahli baru ke Lembaga Pengarah akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah penuh berdasarkan satu laporan rasmi, yang disediakan oleh Jawatankuasa Pencalonan mengenai keperluan, kelayakan dan pengalaman pengarah yang dicadangkan. Jawatankuasa Pencalonan juga membuat penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat dan mencadangkan pelantikan semula dan pemilihan semula Para Pengarah yang bersedia dilantik semula dan dipilih semula di Mesyuarat Agung Tahunan. Pelantikan Pengarah Lonpac kepada Lembaga Pengarah adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) terlebih dahulu menurut Seksyen 70(1) Akta Insurans, 1996. Jawatankuasa Pencalonan akan mengkaji semula dan menilai cadangan pelantikan semula Para Pengarah, dan seterusnya mencadangkan
Selepas kajian semula tahunan Jawatankuasa Pencalonan baru-baru ini, Jawatankuasa Pencalonan juga memutuskan bahawa semua Pengarah telah menerima latihan sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 yang relevan dan akan dapat meningkatkan keberkesanan mereka dalam Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Audit. Butirbutir mengenai Latihan dan Pendidikan Para Pengarah dinyatakan pada muka surat 82 hingga 83. • Pelantikan Semula dan Pemilihan Semula Para Pengarah Menurut Seksyen 129(2) Akta Syarikat, 1965, Para Pengarah yang berumur lebih daripada tujuh puluh (70) tahun akan bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri mereka untuk pelantikan semula dan berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Menurut Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat, satu pertiga (1/3) daripada Para Pengarah atau, jika bilangan mereka bukan dalam gandaan tiga
meningkatkan nilai
81
(3), bilangan yang paling hampir dengan satu pertiga (1/3) dengan minimum seorang (1), hendaklah bersara di setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri untuk pemilihan semula. Para Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah di sepanjang tempoh kewangan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan tertakluk kepada pemilihan semula oleh para pemegang saham pada peluang pertama selepas pelantikan mereka.
II IMBUHAN PARA PENGARAH Jawatankuasa Imbuhan mengkaji semula setiap tahun prestasi Para Pengarah dan mengemukakan cadangancadangan kepada Lembaga Pengarah mengenai pelarasan khusus pembayaran imbuhan dan/ atau ganjaran yang mencerminkan sumbangan mereka masing-masing pada tahun tersebut, dan yang kompetitif dan sejajar dengan matlamat, budaya dan strategi korporat Kumpulan. Jawatankuasa Imbuhan mempunyai prosedur yang formal dan telus bagi Lembaga Pengarah penuh meluluskan imbuhan untuk Pengarah Eksekutif, berdasarkan prestasi korporat dan individu. Imbuhan Para Pengarah Bukan Eksekutif, termasuk Pengerusi/ Pengerusi Bersama Bukan Eksekutif, antara lain berdasarkan pengalaman, kemahiran dan tahap tanggungjawab Para Pengarah berkenaan. Setiap Pengarah menahan diri dari keputusan Lembaga Pengarah mengenai pakej imbuhan mereka sendiri. Yuran Para Pengarah diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan oleh para pemegang saham. Para Pengarah dibayar yuran tahunan dan elaun kehadiran sebanyak RM1,000 bagi setiap mesyuarat Lembaga Pengarah yang dihadiri. Jawatankuasa Imbuhan keseluruhannya terdiri daripada Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Imbuhan. Bidang rujukan Jawatankuasa Imbuhan dinyatakan pada muka surat 84. Butir-butir imbuhan Para Pengarah (termasuk faedah bukan tunai) bagi setiap Pengarah di sepanjang tahun kewangan 2011 adalah seperti berikut:
RM’000 Gaji Yuran Bonus Lain-lain Faedah Imbuhan Bukan Tunai
Jumlah
Pengarah Eksekutif Tee Choon Yeow 660 133 605 175 39 1,612 Pengarah Bukan Eksekutif Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow - 425 - 12 35 472 Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong - 259 - 47 - 306 Dato’ Yeoh Chin Kee - 179 - 47 - 226 Tan Kok GuanN1 516 133 366 129 38 1,182 Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar - 179 - 47 - 226 Quah Poh Keat - 179 - 47 - 226 Jumlah
516
1,354
366
1,176 1,487 971
329 504
N1 – Termasuk imbuhan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat subsidiari.
73 112
2,638 4,250
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
82
PENYATA TADBIR URUS korporat III LATIHAN DAN PENDIDIKAN PARA PENGARAH Para Pengarah telah menyertai persidangan, seminar dan program-program latihan untuk mengikuti pembangunan dalam persekitaran perniagaan, isu-isu dan cabaran-cabaran sektor kewangan serta keperluankeperluan regulatori dan undang-undang yang baru. Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah telah mengikuti program Pendidikan Para Pengarah Institusi-institusi Kewangan yang dibangunkan oleh BNM dengan kerjasama Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Pusat Antarabangsa bagi Kepimpinan dalam Kewangan. Program ini bertujuan untuk menggalakkan lembaga pengarah yang berimpak tinggi dalam institusi-institusi kewangan. Program-program latihan dan seminar yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah, antara lain, mengenai bidang yang berkaitan dengan tadbir urus korporat, pengurusan risiko, peranan lembaga pengarah yang berkesan, insurans, perbankan dan kewangan. Persidangan, seminar dan program latihan yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 adalah seperti berikut: Tadbir Urus Korporat & Pengurusan Risiko • Program Pengekalan bagi Korporat Malaysia – Sektor Pembinaan Perladangan, Hartanah & Industri Hotel • Persidangan Pertengahan Tahun Rangkaian Tadbir Urus Korporat Antarabangsa Tahun 2011 • Pelancaran Jaminan Integriti Korporat • Program Pengekalan bagi Sektor Industri Pengarah Korporat Malaysia: Pengguna Produk, Kewangan, Teknologi & Dana Tertutup • Akta Pertandingan Baru Tugas Para Pengarah dan Tadbir Urus Korporat • Siri Tadbir Urus bagi Para Pengarah – Tanggungjawab Lembaga Pengarah bagi Budaya Korporat – Urusan & Alat Tadbir Urus Terpilih untuk Menyampaikan Budaya Korporat & Prestasi Lembaga Pengarah • Program Khas Lembaga Pengarah FIDE: Jawatankuasa Pengurusan Risiko: Mengurus Risiko-risiko di Bank
(samb’)
Peranan Lembaga Pengarah yang Berkesan • Program Khas Lembaga Pengarah FIDE: Jawatankuasa Pencalonan/ Imbuhan • Persidangan Pengarah Korporat Tahun 2011: Kemunculan Korporat Malaysia • Forum Kepimpinan Pandangan FIG • Makan Tengah Hari Eksekutif Fuji Xerox “Pengukuhan Penciptaan Nilai dengan Strategi Lautan Biru” oleh Encik Matthew Barsing • Seminar mengenai Akta Pertandingan PIAM • Persidangan CEO Malaysian Re 2011 Insurans • Taklimat mengenai Rangka Kerja Perlindungan Motor Baru BNM • Taklimat mengenai Akta Pertandingan & Akta Perlindungan Data Persendirian PIAM • Peralihan terhadap Rangka Kerja Perlindungan Motor Baru • PIAM – “Forum Industri mengenai Sistem Statistik Berintegrasi” Perbankan & Kewangan • Pelancaran Laporan Tahunan Tahun 2010 & Dialog Tahunan PIDM • Program Teknikal FIDE: Kewangan Korporat bagi Para Pengarah • Persidangan Pemerhati Bank Pusat Asia Pertama “Perspektif Asia terhadap Mempromosi Kewangan & Keteguhan Kewangan World Finance dalam Peralihan Masa” • Persidangan MIA-AFA 2011 • Taklimat KPMG mengenai IFRS 4 Fasa 2: Pelaksanaan cabaran dan tinjauan IFRS 4 Fasa 2 • IBFIM – Regulatori – Dialog Industri “Penilaian 10 Tahun ke atas Pelan Induk Sektor Kewangan Semasa: Menyediakan Industri & Implikasi bagi Rangka Tindakan Baru” • Kelab Billion Ringgit The Edge – Makan Malam “Sepetang bersama Dr. Jim Walker” • Taklimat BNM mengenai “Rangka Tindakan Sektor Kewangan” • Program Latihan Dalaman: Kesan Basel III ke atas Public Bank • Menuju Pertumpuan IFRS • Ceramah Umum Pengerusi Tun Ismail Ali oleh Profesor Ajit Singh mengenai “Kewangan Islam: Isu-isu Konseptual & Analitikal daripada Perspektif Ekonomi Konvensional”
meningkatkan nilai
83
• Kelas Sarjana Kewangan Islam BNM bersama Joseph Divanna: Strategi Kompetitif bagi Kewangan Islam • Penglibatan BNM dalam Undang-undang Perkhidmatan Kewangan & Perkhidmatan Kewangan Islam • Persidangan Cukai Malaysia KPMG 2011 • Seminar Cukai Belanjawan 2012 • Pelancaran Rangka Tindakan Sektor Kewangan & Siri Mata Wang Baru BNM
JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH Lembaga Pengarah telah menubuhkan Jawatankuasajawatankuasa Lembaga Pengarah yang komposisi dan bidang rujukannya adalah menurut amalan terbaik yang ditetapkan oleh MCCG dan Rangka Kerja Berhemah Tadbir Urus Korporat bagi Penanggung Insurans BNM.
Jawatankuasa Pencalonan
Kehadiran di Mesyuarat
Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
3/3
Dato’ Yeoh Chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
3/3
Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
3/3
Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
3/3
Jawatankuasa Imbuhan Fungsi dan bidang rujukan Jawatankuasa Lembaga Pengarah serta kuasa yang diberi oleh Lembaga Pengarah kepada Jawatankuasa-jawatankuasa ini, ditakrifkan dengan jelas oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: • Jawatankuasa Audit • Jawatankuasa Pencalonan • Jawatankuasa Imbuhan • Jawatankuasa Pelaburan • Jawatankuasa Pengurusan Risiko Komposisi Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan kehadiran Ahli-ahli pada mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah ditunjukkan seperti berikut:
Jawatankuasa Audit
Kehadiran di Mesyuarat
Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Dato’ Yeoh Chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Jawatankuasa Pelaburan Kehadiran di Mesyuarat
Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar – Pengerusi Bersama (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
7/7
7/7
Dato’ Yeoh Chin Kee (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
7/7
Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
7/7
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow – Pengerusi (Pengarah Bukan Eksekutif)
Kehadiran di Mesyuarat
3/3
Tee Choon Yeow 3/3 (Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif) Kong Thian Mee (Setiausaha Syarikat)
3/3
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
84
PENYATA TADBIR URUS korporat Jawatankuasa Pengurusan Risiko
• Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai pelantikan, pelantikan semula dan penilaian Pihak Bertanggungjawab Utama untuk kelulusan. • Untuk mencadangkan kepada Lembaga Pengarah mengenai penyingkiran Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif sekiranya beliau tidak efektif, salah laku atau cuai ketika melaksanakan tanggungjawab beliau. • Mengawasi pelantikan, perancangan penggantian pengurusan dan prestasi penilaian Pihak Bertanggungjawab Utama (selain daripada Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif) dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah penyingkiran pihak bertanggungjawab utama (selain daripada Pengarah/ Ketua Pegawai Eksekutif) sekiranya mereka tidak efektif, salah laku dan cuai ketika melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kehadiran di Mesyuarat
Tan Sri Datuk Seri Utama Thong Yaw Hong – Pengerusi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Tee Choon Yeow (Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif)
2/2
Dato’ Yeoh Chin Kee 2/2 (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) Dato’ Haji Abdul Aziz bin Dato’ Dr. Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Quah Poh Keat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
2/2
Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: i) Jawatankuasa Audit • Bidang rujukan Jawatankuasa Audit dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa Audit bermesyuarat daripada empat (4) kali setahun.
tidak
kurang
ii) Jawatankuasa Pencalonan • Untuk mencadangkan calon-calon untuk pelantikan ke Lembaga Pengarah, dan calon-calon untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. • Mengawasi komposisi keseluruhan Lembaga Pengarah dari segi saiz dan kemahiran yang sesuai, keseimbangan di antara Pengarah Eksekutif, Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas, serta gabungan kemahiran dan kecekapan utama yang diperlukan, melalui semakan semula tahunan. • Untuk melaksanakan penilaian tahunan ke atas keberkesanan Lembaga Pengarah secara menyeluruh, sumbangan daripada setiap pengarah kepada Syarikat, sumbangan daripada pelbagai jawatankuasa Lembaga Pengarah dan prestasi Ketua Pegawai Eksekutif. Untuk memastikan bahawa semua Pihak Bertanggungjawab Utama seperti yang dinyatakan di dalam Dasar dan Prosedur Sesuai dan Wajar Syarikat memenuhi keperluan-keperluan sesuai dan wajar seperti yang telah dinyatakan.
(samb’)
Jawatankuasa Pencalonan bermesyuarat jika perlu.
iii) Jawatankuasa Imbuhan • Untuk mencadangkan rangka kerja imbuhan untuk Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pihak Bertanggungjawab Utama. • Untuk mencadangkan pakej imbuhan khas untuk Para Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pihak Bertanggungjawab Utama. • Untuk menilai semula dan mempertimbang kuantum yuran tahunan Para Pengarah.
Jawatankuasa Imbuhan bermesyuarat jika perlu.
iv) Jawatankuasa Pelaburan • Untuk merumuskan polisi, strategi dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta. • Untuk menilai semula pelaburan Syarikat di dalam saham dan sekuriti hutang swasta dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan nilai, keberuntungan dan risikonya.
Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat jika perlu.
v) Jawatankuasa Pengurusan Risiko • Untuk mengkaji semula dan mencadangkan strategi pengurusan risiko, polisi dan ketahanan risiko bagi kelulusan Lembaga Pengarah.
meningkatkan nilai
85
• Untuk mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi dan rangka kerja pengurusan risiko bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko serta setakat mana risiko tersebut beroperasi secara efektif. • Untuk memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang mencukupi wujud bagi pengurusan risiko yang efektif iaitu memastikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan risiko menjalankan tugas mereka bebas dari semua aktiviti pengambilan risiko Kumpulan. • Untuk mengkaji semula laporan berkala pengurusan mengenai pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko. • Untuk melaksanakan lain-lain fungsi berkaitan pengurusan risiko seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah.
•
•
•
•
• Jawatankuasa Pengurusan Risiko sekurang-kurangnya dua kali setahun.
bermesyuarat •
JAWATANKUASA PENGURUSAN • Lembaga Pengarah juga telah menubuhkan pelbagai Jawatankuasa Pengurusan di mana fungsi dan kuasa dinyatakan dengan jelas dan ditubuhkan untuk membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugas mereka dalam Kumpulan. Jawatankuasa Pengurusan adalah seperti berikut: • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Strategi Perniagaan • Jawatankuasa Kawalan Kredit • Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat • Jawatankuasa Sistem dan Kaedah • Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan • Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan adalah seperti berikut:
bagi
•
•
•
•
• •
i) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) • Untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) dalam pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum untuk mencapai objektif perniagaan. • Untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko yang kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan kemungkinan
•
pendedahan dan kesan kepada pelan tindakan perniagaan dan pengurusan untuk mengurus risiko ini secara berterusan. Untuk memantau pembangunan formal polisi pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum yang merangkumi kesemua perniagaan dan aktiviti dan memastikan pembangunan prosedur dan manual. Untuk menilai dan menaksir kecukupan kawalan untuk mengurus keseluruhan risiko operasi, kewangan dan umum yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan termasuk keselamatan fizikal/ premis. Untuk mengkaji semula laporan ke atas kes-kes penipuan ketara dan kekurangan di dalam proses pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Untuk memastikan terdapat pelaporan risiko yang mencukupi dan segera berhubung dengan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Memantau, menilai dan memberi nasihat ke atas komposisi portfolio risiko kredit. Mengkaji semula laporan proses penilaian semula kredit, kualiti aset dan memastikan tindakan pembetulan diambil. Memastikan pematuhan terhadap keperluankeperluan regulatori. Untuk seiring dengan pembangunan terkini, domestik dan antarabangsa di dalam industri insurans dan pasaran kewangan. Untuk menilai kecukupan modal yang tersedia di dalam ekuiti insurans dan pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan seperti yang ditetapkan di dalam Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh BNM. Untuk membangunkan program dan polisi pengurusan risiko khidmat luar bagi kelulusan RMC. Untuk menilai kepentingan khidmat luar sedia ada dan yang dijangka, berdasarkan rangka kerja yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Melaksanakan polisi dan prosedur khidmat luar yang telah diluluskan. Penilaian semula berkala bagi polisi dan prosedur khidmat luar yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan berterusannya dalam mengurus risiko khidmat luar. Untuk menyampaikan maklumat berkaitan risiko khidmat luar penting kepada RMC tepat pada masanya.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
86
PENYATA TADBIR URUS korporat • Mengkaji semula Laporan Ujian Tekanan untuk dikemukakan kepada BNM. • Untuk menyelia Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura. • Untuk melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan dengan pengurusan risiko seperti yang telah dipersetujui oleh RMC dan Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap suku tahun. ii) Jawatankuasa Perniagaan Strategik (“BSC”) • Mengukuhkan keupayaan operasi dan keteguhan kewangan Syarikat melalui kaedah perniagaan strategik dan meningkatkan proses-proses kerja serta sistem infrastruktur bagi menempuhi cabarancabaran dalam pasaran nyah-tarif yang akan berlaku.
(samb’)
• Untuk menetapkan standard bagi: − Pembelian Perkakasan/ Perisian; − Kitaran Hidup Pembangunan Sistem dan Operasi Penukaran Program; dan − Keselamatan Komputer. • Untuk mempertimbangkan pembelian perisian, perkakasan dan semua barangan berkaitan dengan pengkomputeran. • Untuk memantau dan mengkaji semula kemajuan projek yang sedang dijalankan dan pemantauan prestasi akan disesuaikan dengan pelan strategik, pelan tindakan dan belanjawan. • Untuk mengkaji semula dan meluluskan cadangancadangan Projek IT baru. Jawatankuasa Pemandu IT mengadakan sekurangkurangnya empat (4) mesyuarat setahun.
iii) Jawatankuasa Kawalan Kredit • Untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk seboleh mungkin. • Untuk memastikan pungutan segera hutang tertunggak, mengenal pasti masalah (contohnya: kekurangan bayaran, pembatalan, perkara tidak dikenal pasti) diselesaikan tepat pada masanya.
v) Jawatankuasa Sistem dan Kaedah • Menyediakan perkhidmatan insurans dalam talian dan saluran komunikasi altenatif kepada para ejen, pemegang polisi dan bakal pelanggan di dalam persekitaran yang terjamin dan mesra pengguna. • Menyemak semula dan menyediakan cadangan untuk menggariskan aliran kerja dan meningkatkan kecekapan serta menambahkan proses dan prosedur E-Kebolehan yang merangkumi peningkatan E-Sistem yang mengakibatkan pengurangan kos dan meningkatkan kecekapan.
Jawatankuasa Kawalan Kredit bermesyuarat sebulan sekali.
Jawatankuasa Sistem dan Kaedah bermesyuarat setiap dua bulan sekali.
iv) Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (“IT”) • Memastikan penubuhan pelan pengkomputeran yang efektif bagi Kumpulan selaras dengan Pelan Strategi Korporat menyeluruh dan objektif perniagaan. • Kawalan menyeluruh ke atas pelaksanaan pelan dengan memantau dan menilai semula prestasi dan perkembangannya. • Menetapkan belanjawan dalam mana objektif pengkomputeran perlu dicapai dan meluluskan sebarang perbelanjaan yang melebihi had yang telah ditetapkan. • Untuk mewujudkan objektif, polisi dan strategi bagi pengkomputeran Kumpulan. • Untuk membangunkan pelan strategik jangka panjang bagi pengkomputeran Kumpulan. • Untuk mewujudkan Pelan IT tahunan yang terperinci.
vi) Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) • Untuk menyediakan satu Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minimum ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku sebarang bencana.
BSC mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.
Jawatankuasa BRCP bermesyuarat jika perlu.
vii) Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial Korporat (“TSK”) • Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti TSK sejajar dengan Visi TSK. Jawatankuasa TSK bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
meningkatkan nilai
87
viii) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”) • Untuk mengkaji semula kaedah-kaedah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan individu di tempat kerja. • Untuk menyiasat sebarang perkara di tempat kerja: − di mana ahli Jawatankuasa OSH atau individu yang diambil bekerja menganggap sebagai tidak selamat atau merupakan risiko terhadap kesihatan; dan − di mana ia telah dibawa ke perhatian pihak majikan. • Cuba menyelesaikan sebarang perkara yang dirujuk untuk siasatan di atas, dan jika gagal berbuat demikian, memohon pihak pengurusan untuk menjalankan satu pemeriksaan di tempat kerja bagi tujuan tersebut. Jawatankuasa OSH bermesyuarat setiap suku tahun.
PERLINDUNGAN PEGAWAI
PARA
PENGARAH
DAN
Para Pengarah dan Pegawai diberi perlindungan di bawah Liabiliti Insurans Pengarah dan Pegawai terhadap sebarang liabiliti yang ditanggung oleh mereka dalam melaksanakan tugas mereka semasa memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pegawai. Walau bagaimanapun, Para Pengarah dan Pegawai tidak diberi perlindungan sekiranya terdapat sebarang kecuaian, penipuan, pelanggaran tugas atau pecah amanah yang terbukti kepada mereka.
KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT I
PELAPORAN KEWANGAN Para Pengarah mengakui tanggungjawab untuk memastikan bahawa rekod-rekod perakaunan disimpan secara berpatutan dan penyata kewangan disediakan menurut keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965, Akta dan Peraturanperaturan Insurans 1996 dan arahan-arahan dari Bank Negara Malaysia. Pengumuman awal laporan tahunan dan pengumuman awal mengenai keputusan suku tahunan ke Bursa Securities mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah untuk memberi penilaian-penilaian yang
tepat pada masa, telus dan terkini mengenai prestasi dan prospek Kumpulan. Lembaga Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit bagi memantau proses pelaporan kewangan dan kualiti pelaporan kewangan Kumpulan LPI. Jawatankuasa Audit mengkaji semula dan memantau ketepatan dan integriti penyata kewangan tahunan dan suku tahunan Kumpulan. Jawatankuasa Audit juga membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kesesuaian polisi perakaunan yang diguna pakai oleh Kumpulan dan perubahan ke atas polisi-polisi ini. Penyata Tanggungjawab Para Pengarah berhubung dengan penyediaan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit bagi LPI dan Kumpulan LPI dinyatakan di muka surat 194.
II URUSNIAGA PIHAK BERKAITAN Jabatan Audit Dalaman mengkaji semula sifat urusniaga pihak berkaitan di dalam Kumpulan untuk mengenal pasti sebarang situasi percanggahan kepentingan yang boleh menimbulkan persoalan tentang integriti pengurusan. Keputusan penyemakan semula tahunan dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit dan selepas itu melaporkan kepada Lembaga Pengarah. Butir-butir mengenai urusniaga pihak berkaitan dinyatakan di dalam Nota Kepada Penyata Kewangan pada muka surat 272 hingga 274 dalam Laporan Tahunan ini.
III KAWALAN DALAMAN Lembaga Pengarah memikul tanggungjawab keseluruhan untuk mengekalkan sistem kawalan dalaman yang menyediakan jaminan yang munasabah untuk operasi yang berkesan dan cekap, pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan serta pematuhan terhadap prosedur-prosedur dan garis panduan dalaman. Kumpulan telah mewujudkan kawalan dalaman, yang merangkumi semua peringkat personel, dan proses perniagaan yang memastikan operasi Kumpulan berkesan dan cekap serta mengawasi aset dan kepentingan para pemegang saham Kumpulan.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
88
PENYATA TADBIR URUS korporat
(samb’)
Saiz dan kerumitan operasi perniagaan melibatkan penerimaan dan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Keadaan risiko-risiko ini mungkin menimbulkan kerugian yang tidak dijangka atau tidak dapat dielakkan. Sistem kawalan dalaman Kumpulan LPI dibentuk bagi menyediakan jaminan yang munasabah dan bukan jaminan mutlak bagi risiko kesilapan, penipuan dan kerugian besar yang berlaku.
Mesyuarat Jawatankuasa Audit sentiasa diadakan sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini adalah untuk memastikan semua isu-isu kritikal yang ditekankan dapat dibawa ke perhatian Lembaga Pengarah tepat pada masanya. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah bagi makluman dan tindakan oleh Lembaga Pengarah jika perlu.
Di sepanjang tahun, Jawatankuasa Pengurusan Risiko memastikan bahawa kebertanggungjawaban bagi menguruskan risiko-risiko ketara yang dikenal pasti telah diberikan dengan jelas dan risiko-risiko yang dikenal pasti ini diawasi secara berterusan.
Ketua-ketua Jabatan di Ibu Pejabat dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit bila dianggap perlu oleh Jawatankuasa Audit bagi tujuan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Audit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka.
Keberkesanan sistem kawalan dalaman Kumpulan dinilai semula secara berkala oleh Jawatankuasa Audit. Kajian semula tersebut merangkumi operasi kewangan dan kawalan pematuhan serta fungsi pengurusan risiko. Jabatan Audit Dalaman memantau pematuhan terhadap polisi dan standard serta keberkesanan sistem kawalan dalaman seluruh Kumpulan LPI. Penyata Kawalan Dalaman yang dinyatakan pada muka surat 110 hingga 113 di dalam Laporan Tahunan ini memberi gambaran menyeluruh mengenai kedudukan kawalan dalaman di dalam Kumpulan.
IV JAWATANKUASA AUDIT Pelaporan kewangan dan sistem kawalan dalaman Kumpulan dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit, yang terdiri daripada kesemua empat (4) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Komposisi, bidang rujukan dan ringkasan aktiviti Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun kewangan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 115 hingga 119 di dalam Laporan Tahunan ini. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit ditadbir oleh satu piagam yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit bermesyuarat setiap suku tahun. Mesyuarat-mesyuarat tambahan diadakan jika difikirkan perlu. Di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 2011, sejumlah tujuh (7) mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 118 hingga 119 di dalam Laporan Tahunan ini.
V DASAR DEDAH PENYELEWENGAN Lembaga Pengarah komited untuk mengekalkan standard etika tertinggi dan tatalaku mengikut undang-undang di dalam Kumpulan. Selaras dengan komitmen ini dan dalam usaha untuk meningkatkan tadbir urus yang baik dan ketelusan, Dasar Dedah Penyelewengan telah diguna pakai dengan matlamat untuk menyediakan saluran bagi melaporkan hal yang berkaitan dengan kejanggalan berkemungkinan tentang hal-hal pelaporan kewangan, pematuhan dan penyelewengan lain seawal mungkin, dengan cara yang sesuai dan tanpa rasa takut akan ditindas. Dasar ini menekankan bidang berikut: • Penyata dasar • Penyata liputan • Skop dasar • Perlindungan • Prosedur pendedahan Dasar ini memberikan pendekatan yang telus dan sulit untuk kakitangan membangkitkan isu termasuklah: • Penyelewengan kewangan atau kejanggalan atau penipuan; • Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang dan regulatori; • Keadaan yang membahayakan kesihatan individu dan keselamatan persekitaran;
meningkatkan nilai
89
• Kesalahan jenayah; • Ketidakadilan; • Kelakuan yang tidak senonoh dan perangai yang tidak beretika; dan • Penyembunyian tentang hal-hal atau kombinasi hal-hal di atas. Ketanpanamaan dan kerahsiaan ditawarkan kepada kakitangan yang mendedahkan niat mereka dengan tujuan yang baik, telah mengikuti prosedur pendedahan yang bersesuaian. Memandangkan berkemungkinan terdapat tuduhan yang melampau, dasar ini menyediakan panduan yang jelas untuk diikuti oleh kakitangan dalam menyuarakan masalah mereka. Ini bagi memastikan isu-isu tersebut dapat ditujukan kepada orang yang berkenaan dan tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Dasar ini juga menyediakan butiran hubungan Pengerusi Jawatankuasa Audit yang merupakan Pengarah Bebas Kanan dan Setiausaha Syarikat Kumpulan, jika kakitangan ragu terhadap kebebasan Pengurusan dan keobjektifan mengenai perkara yang dibangkitkan. Setiap pertuduhan akan ditangani dengan adil dan saksama. Tindakan akan diambil berdasarkan tuduhan dan mungkin akan diselesaikan mengikut tindakan yang dipersetujui. Pengerusi Jawatankuasa Audit atau Setiausaha Syarikat Kumpulan boleh menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat merangkumi Pengurusan Kanan yang bebas dari tuduhan, jika dianggap perlu. Kewujudan Dasar Dedah Penyelewengan ini di dalam Kumpulan merupakan petanda jelas kepada masyarakat umum, pihak-pihak yang berkepentingan dan regulatori mengenai sifat “nada ke atas” Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan terhadap penipuan dan tindakan yang menyalahi undang-undang.
VI HUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT LUAR Jawatankuasa Audit bermesyuarat dengan juruaudit luar Kumpulan sekurang-kurangnya dua kali setahun tanpa kehadiran pihak pengurusan untuk menilai semula skop dan kecukupan proses-proses audit, penyata kewangan tahunan dan penemuan audit mereka. Jawatankuasa Audit juga bermesyuarat dengan juruaudit luar apabila difikirkan perlu. Perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar termasuk perkhidmatan audit berkanun dan bukan
audit. Syarat-syarat pelantikan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula yuran yang dicadangkan untuk perkhidmatan bukan audit dan kemudiannya mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan. Di dalam kajian semula mereka, Jawatankuasa Audit mengambil kira kebebasan dan keobjektifan juruaudit luar bagi memastikan bahawa semua ini tidak akan terkompromi. Butiran mengenai yuran audit berkanun, berkaitan audit dan bukan audit telah dibayar/ perlu dibayar pada tahun 2011 kepada juruaudit luar dinyatakan di bawah: RM’000 Jumlah Kumpulan Yuran telah dibayar/ perlu dibayar kepada KPMG dan sekutunya • Perkhidmatan Audit – KPMG Malaysia 300 – Sekutu luar negara KPMG Malaysia
297
• Perkhidmatan Bukan Audit – KPMG Malaysia * 30 – Sekutu tempatan KPMG Malaysia ** Jumlah
65 692
* Yuran perkhidmatan bukan audit yang telah dibayar/ perlu dibayar kepada KPMG Malaysia adalah untuk semakan semula Penyata Kawalan Dalaman dan perkhidmatan lain. Peruntukan perkhidmatan ini oleh juruaudit luar kepada Kumpulan LPI adalah berkesan dan cekap dari segi kos kerana pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap operasi Kumpulan, dan tidak menjejaskan kebebasan dan keobjektifan mereka. ** Yuran perkhidmatan bukan audit yang telah dibayar/ perlu dibayar kepada sekutu tempatan KPMG adalah untuk nasihat atas perkara percukaian dan penyediaan, semakan semula dan penyerahan borang cukai.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
90
PENYATA TADBIR URUS korporat VII AUDIT DALAMAN Kumpulan telah menubuhkan Jabatan Audit Dalaman, yang membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Peranannya adalah untuk memberi laporan yang bebas dan objektif mengenai pengurusan, rekod, polisi perakaunan dan kawalan organisasi kepada Lembaga Pengarah. Audit-audit dalaman merangkumi penilaian ke atas proses-proses di mana risiko-risiko penting dikenal pasti, dinilai dan diuruskan. Audit-audit tersebut juga memastikan kawalan yang dilaksanakan adalah bersesuaian, diguna pakai dengan berkesan dan mencapai pendedahan risiko berpatutan yang konsisten dengan polisi pengurusan risiko Kumpulan. Fungsi audit dalaman dilaksanakan dengan cara yang konsisten dan mengikuti Amalan Profesional Pengauditan Dalaman yang Standard dan Kod Etika oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia. Ketua Audit Dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit dan penemuan serta cadangannya disampaikan kepada Lembaga Pengarah. Penyata Fungsi Audit Dalaman dinyatakan pada muka surat 122 hingga 123 dalam Laporan Tahunan ini.
KOMUNIKASI BERKESAN PEMEGANG SAHAM
DENGAN
PARA
Ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap para pemegang saham merupakan elemen utama kepada tadbir urus korporat yang baik. Objektif asas ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah komunikasi yang jelas, maklumat yang komprehensif dan berkaitan, tepat pada masanya serta dapat diakses oleh para pemegang sahamnya. Dalam memenuhi obligasi tadbir urus, Kumpulan LPI mengekalkan pendedahan pada tahap yang tinggi dan komunikasi meluas dengan para pemegang saham dengan memberikan maklumat yang jelas, komprehensif dan tepat pada masanya melalui pelbagai saluran yang boleh diakses. Penyediaan maklumat yang tepat pada masanya adalah penting untuk para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat pelaburan terutamanya pada masa pergolakan kewangan dan keadaan tidak menentu di pasaran.
(samb’)
Laporan Tahunan LPI kekal sebagai saluran komunikasi utama dengan para pemegang saham Kumpulan. Isi kandungan laporan tahunan LPI memenuhi Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities dan keperluan regulatori laporan tahunan yang lain. Isi kandungan maklumat yang mendalam dan syarat-syarat pendedahan yang mengawal syarikat tersenarai awam dalam mengumumkan keputusan suku tahunan kepada Bursa Securities telah meningkatkan ketelusan Kumpulan LPI secara amnya. Kumpulan juga menyediakan satu ringkasan eksekutif mengenai laporan tahunannya, yang menekankan maklumat kewangan dan korporat utama serta analisis lembaran imbangan dan penyata pendapatan, bertujuan untuk menyediakan akses mudah kepada para pemegang saham dalam mendapatkan maklumat utama. Satu saluran penting untuk komunikasi dan dialog dengan para pemegang saham adalah Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) Syarikat. Semua pemegang saham digalakkan menghadiri AGM Syarikat dan mengambil bahagian di dalam prosiding. Para pemegang saham diberikan peluang dan masa untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan berkaitan dengan perkara-perkara agenda mengenai prestasi Syarikat dan Kumpulan. Pengerusi/ Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh para pemegang saham di mesyuarat agung dan mereka bersedia untuk menjelaskan setiap perkara atau pertanyaan dari para pemegang saham. Saranan-saranan para pemegang saham yang diterima di AGM akan dikaji semula dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan, jika difikirkan wajar. Di AGM, Pengerusi Bersama LPI membentangkan kajian semula ringkas mengenai prestasi kewangan Kumpulan LPI. Kehadiran para pemegang saham ke AGM LPI selalunya menggalakkan, satu petunjuk jelas tentang penglibatan para pemegang saham yang meluas. Sejumlah 328, 376, 417 dan 544 pemegang saham (dan pemegang proksi) menghadiri AGM yang diadakan masing-masing pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011. LPI mengeluarkan pernyataan media mengenai pengumuman keputusan tahunan dan suku tahunan. Pernyataan media bukan hanya bertujuan untuk mengagihkan keputusan kewangan Kumpulan LPI kepada
meningkatkan nilai
91
para pemegang saham dan pelabur secara meluas tetapi juga untuk membolehkan para pemegang saham dan pelabur awam mendapat maklumat yang terkini mengenai kemajuan dan perkembangan Kumpulan. Di samping itu, Kumpulan juga menyediakan sidang akhbar kepada media mengenai semua perkembangan korporat dan inisiatif perniagaan yang penting. Sebagai langkah mengekalkan ketelusan pada tahap yang tinggi dan untuk menggalakkan pengagihan pendedahan korporat dan kewangan yang lebih luas, semua maklumat yang didedahkan kepada masyarakat umum, seperti Laporan Tahunan LPI, pengumuman keputusan kewangan suku tahunan Kumpulan LPI dan maklumat korporat yang lain boleh didapati di laman web Kumpulan, www.lonpac.com. Pengagihan maklumat yang cepat dan tepat pada masanya adalah penting bagi para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Maklumat yang sudah ketinggalan zaman walaupun tepat dan komprehensif, kurang berguna untuk tujuan pelaburan. Mengambil kira pandangan ini, Kumpulan LPI meletakkan keutamaan yang tinggi dalam mengagihkan dan memberikan maklumat seawal yang mungkin. Pengeluaran maklumat kewangan berkala seperti Laporan Tahunan dan keputusan kewangan suku tahunan LPI secara amnya merupakan yang terawal di antara syarikat yang tersenarai dan sentiasa lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities, seperti yang dinyatakan di bawah: Pengeluaran Laporan Tahunan Tarikh Keluaran Laporan Laporan Laporan Laporan Laporan
Tahunan Tahunan Tahunan Tahunan Tahunan
2007 2008 2009 2010 2011
23 21 20 27 31
Januari Januari Januari Januari Januari
2008 2009 2010 2011 2012
Bilangan Hari Selepas Tahun Berakhir 23 21 20 27 31
Tarikh Akhir Yang Ditetapkan Oleh Bursa Securities 30 30 30 30 30
Jun Jun Jun Jun Jun
2008 2009 2010 2011 2012
Pengeluaran Keputusan Suku Tahunan bagi Tahun 2011 Tarikh Keluaran
Bilangan Hari Selepas Suku Berakhir
Tarikh Akhir Yang Ditetapkan Oleh Bursa Securities
Suku Pertama Suku Kedua Suku Ketiga
7 April 2011 7 Julai 2011 6 Oktober 2011
7 7 6
31 Mei 2011 31 Ogos 2011 30 November 2011
Suku Keempat
9 Januari 2012
9
29 Februari 2012
Kumpulan secara konsisten telah berjaya mengeluarkan laporan tahunan dan keputusan kewangan suku tahunannya lebih awal walaupun terdapat keperluan regulatori, yang perlu dipatuhi, termasuk tahap pendedahan maklumat kewangan ketara yang lebih tinggi. Ketersediaan maklumat yang segera dan tepat pada masanya dengan jelas meningkatkan nilai maklumat tersebut kepada para pemegang saham dan pelabur serta mencerminkan ketelusan berstandard tinggi di dalam Kumpulan.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
92
PENYATA TADBIR URUS korporat
(samb’)
HUBUNGAN PELABUR Aktiviti hubungan pelabur Kumpulan LPI bertindak sebagai satu saluran komunikasi penting dengan para pemegang saham, pelabur dan komuniti pelaburan di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Fungsi hubungan pelabur Kumpulan dilaksanakan oleh kakitangan Pihak Pengurusan yang terdiri daripada mereka yang paling kanan bagi menunjukkan komitmen Kumpulan untuk mengekalkan hubungan pelabur yang rapat dan juga menyediakan pandangan dan maklumat yang bersesuaian dan substantif mengenai Kumpulan kepada pelabur dan penganalisis penyelidikan ekuiti.
Aktiviti-aktiviti Hubungan Pelabur pada Tahun 2011
Jumlah
Mesyuarat dengan penganalisis/ pengurus dana
11
Perjumpaan dengan media/ persidangan media
3
Temuduga melalui telefon
2
Aktiviti Hubungan Pelabur seperti mesyuarat-mesyuarat dengan pengurus dana dan penganalisis serta wawancara dengan pihak akhbar dihadiri oleh Para Pengarah berikut bagi menjelaskan strategi, prestasi dan pembangunan utama Kumpulan: Hubungan Utama bagi Perkara Hubungan Pelabur Tee Choon Yeow Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif Butir Hubungan Nombor telefon: (03) 2262 8688 Emel:
[email protected]
Encik Tee telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1991. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif LPI. Encik Tee memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Canterbury, New Zealand. Beliau merupakan seorang Akauntan Berkanun di Institute of Chartered Accountant, New Zealand dan Institut Akauntan Malaysia serta Fellow di Certified Practising Accountants of Australia. Beliau juga merupakan Penasihat bagi Lonpac, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.
Tan Kok Guan Pengarah Bukan Eksekutif
Encik Tan telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1996. Beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif LPI.
Butir Hubungan Nombor telefon: (03) 2262 8633 Emel:
[email protected]
Encik Tan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hawaii. Beliau juga adalah seorang Penanggung Insurans Berkanun dan Ahli Bersekutu bagi Chartered Insurance Institute di London dan Ahli Bersekutu bagi Institut Insurans Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.
meningkatkan nilai
93
Usaha dan sumber-sumber yang disalurkan kepada fungsi hubungan pelabur menunjukkan komitmen Kumpulan LPI untuk mencapai komunikasi berstandard tinggi, dan tahap ketelusan tinggi kepada para pemegang saham dan komuniti pelaburan. Maklumat mengenai hubungan pelabur Kumpulan dan hubungan utama juga boleh diperolehi oleh para pemegang saham dan pihak-pihak yang berkepentingan dari laman web kami di www.lonpac.com. Penyata Tanggungjawab Para Pengarah ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 9 Januari 2012.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Pengerusi
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
94
PENGURUSAN risiko TINJAUAN KESELURUHAN Pengurusan risiko membolehkan Pihak Pengurusan menghadapi ketidakpastian dan risiko berkaitan secara berkesan di samping meningkatkan kapasiti untuk membina nilai. Nilai berada pada tahap maksima apabila Pihak Pengurusan menetapkan strategi dan objektifnya untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan dan matlamat yang dicapai serta risiko-risiko yang berkaitan. Sejajar dengan kesedaran ini, kepentingan pengurusan risiko telah meningkat dengan kukuh dari tahun ke tahun. Pengurusan risiko yang berhemah telah menjadi salah satu faktor kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi terutamanya dalam industri perkhidmatan kewangan yang berkait rapat dengan keadaan yang tidak menentu. Pengurusan risiko yang efektif memastikan kesinambungan operasi sesebuah organisasi. Pengurusan risiko bukan semuanya berkenaan membuat persediaan untuk sesuatu yang buruk tetapi lebih kepada merealisasikan potensi penuh Syarikat. Pengurusan risiko membantu Pihak Pengurusan untuk mencapai prestasi Syarikat dan keuntungan yang ditetapkan serta mencegah kehilangan sumber. Pengurusan risiko juga membantu memastikan pelaporan yang efektif dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan serta mengelakkan kejatuhan reputasi Syarikat dan akibatakibat yang berkaitan. Secara ringkasnya, pengurusan risiko membantu sesebuah syarikat sampai ke arah yang dituju di samping mengelak kesulitan dan kejutan di sepanjang perjalanan.
Kumpulan LPI yang berada di dalam industri perkhidmatan kewangan, secara terutamanya berada di dalam perniagaan risiko dan beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang kerap berubah dengan risiko yang pelbagai. Lembaga Pengarah mengakui akan kepentingan pengurusan risiko yang berkesan bagi mencapai perkembangan keberuntungan yang boleh dikekalkan, kualiti aset yang kukuh dan terus memanfaatkan nilai pemegang saham. Lembaga Pengarah dibantu oleh Pihak Pengurusan untuk melaksanakan proses-proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan yang menetapkan strategi perniagaan keseluruhan dan falsafah pengurusan risiko am. Bahagian utama risiko yang terdedah kepada aktiviti Kumpulan adalah risiko operasi, risiko kewangan dan risiko am. Semua risiko yang dikenal pasti dikendalikan dengan menyeluruh dan diuruskan dengan langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang diwujudkan serta disokong oleh budaya pengurusan risiko yang berhemah. Pengurusan risiko yang berkesan memastikan bahawa kefahaman risiko yang baik disokong oleh keinginan, kapasiti dan kawalan yang betul. Kawalan dipantau secara konstan dan dikaji semula sejajar dengan hala tuju dan strategi risiko Kumpulan, dengan mengambil kira perubahan dalam keadaan pasaran perniagaan, produk dan amalan terbaik pengurusan risiko. Usaha yang berterusan dilaksanakan bagi menerapkan budaya risiko yang tiada tolok bandingnya di semua peringkat kakitangan menerusi komunikasi berkesan, latihan, dasar yang jelas, prosedur dan struktur organisasi, serta peranan dan tanggungjawab yang ditentukan dengan jelas. Komitmen dalam menguruskan risiko dalam rangka kerja pengurusan risiko yang ketat telah membentuk asas yang kukuh bagi menyediakan pengurusan risiko yang berkesan di dalam Kumpulan.
meningkatkan nilai
95
RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO KESELURUHAN Infrastruktur pengurusan risiko Kumpulan LPI menyediakan kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang jelas bagi proses pengurusan risiko yang menggariskan tanggungjawab pengurusan dan kawalan risiko yang utama:
Penyediaan Manual Pengurusan Risiko yang menggariskan hala tuju & dasar risiko
Tinjauan keseluruhan pelaksanaan dasar risiko dan pematuhan
Pelaksanaan dan pematuhan kepada dasar risiko
Lembaga Pengarah
Jawatankuasa Pengurusan Risiko
Jawatankuasa-jawatankuasa Khas • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura Unit Pengurusan dan Kawalan Risiko Bebas • Jabatan Audit Dalaman
Jawatankuasa Audit
Unit-unit Risiko Perniagaan • Jabatan Pembangunan Perniagaan • Jabatan Penajaan Jamin • Jabatan Tuntutan • Jabatan Teknologi Maklumat • Jabatan Akaun & Kewangan • Jabatan Sumber Manusia • Jabatan Pematuhan
Rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan LPI telah dibentuk dengan penekanan kepada operasi insurans sebagai perniagaan teras Kumpulan oleh syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac. Lembaga Pengarah sedia maklum akan tanggungjawab utama mereka serta mengambil peranan terhadap pengurusan risiko di dalam Kumpulan. RMC telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah dengan tanggungjawab untuk memantau keseluruhan risiko yang termasuk inter-alia menilai semula dan meluluskan manual pengurusan risiko, menilai semula pendedahan dan komposisi portfolio risiko, dan memastikan bahawa infrastruktur, sumber dan sistem disediakan untuk aktiviti-aktiviti pengurusan risiko. RMC disokong oleh WRMC Lonpac.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
96
PENGURUSAN risiko
(samb’)
WRMC, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan. Sebuah Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) juga telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Cawangan Singapura Lonpac dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan. WRMCS melapor kepada WRMC di Ibu Pejabat. Pengurusan risiko dan fungsi kawalan bebas di bawah Jabatan Audit Dalaman memberi sokongan yang amat penting kepada jawatankuasa khas, WRMC dan WRMCS serta memastikan dasar-dasar risiko dilaksanakan dan dipatuhi.
Unit-unit Perniagaan, sebagai unit yang pertama berhadapan dengan risiko, bertanggungjawab untuk mengenal pasti, mengurangkan dan menguruskan risiko dalam bidang perniagaan mereka dan memastikan bahawa aktiviti perniagaan harian dijalankan berdasarkan dasar-dasar, prosedur dan had risiko yang telah ditetapkan. Peranan Jawatankuasa Audit yang disokong oleh Jabatan Audit Dalaman, adalah untuk memberi penilaian bebas mengenai kecukupan dan kebolehpercayaan proses-proses pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan ke atas polisi-polisi risiko, undang-undang dan garis panduan dalaman dan regulatori. Dasar-dasar pengurusan risiko tertakluk kepada semakan semula secara kerap bagi memastikan dasar-dasar tersebut terus berkaitan dan berkesan untuk menangani risiko-risiko berkaitan yang disebabkan oleh perubahan dalam pasaran dan persekitaran regulatori.
PROSES PENGURUSAN RISIKO Kumpulan telah membentuk satu pendekatan berstruktur di dalam rangka kerja pengurusan risikonya yang mengandungi lapan (8) fasa yang dikategorikan kepada empat (4) peringkat yang jelas seperti dinyatakan di bawah: Satu Pendekatan Rasmi
PERINGKAT A
PERINGKAT B
PERINGKAT C
PERINGKAT D
FASA 1
Perancangan dan Kawalan
FASA 2
Mengenal Pasti Proses Perniagaan Teras dan Sistem Misi - Kritikal Sokongan
FASA 3
Mengenai Pasti Risiko
FASA 4
Membuat Penilaian Risiko dan Kesan
FASA 5
Membentuk Langkahlangkah Kawalan dan Pengawasan
FASA 6
Mendokumen Manual Pengurusan Risiko
FASA 7
Membentuk dan Memulakan Program Latihan
FASA 8
Penyelenggaraan Manual Pengurusan Risiko
meningkatkan nilai
97
Proses-proses pengurusan risiko utama bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
PERINGKAT A Fasa 1 – Perancangan dan Kawalan • Menubuhkan WRMC dan WRMCS yang terdiri daripada wakil dari pelbagai jabatan, iaitu Penajaan Jamin, Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun & Kewangan, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Pematuhan dan Audit Dalaman.
Tahap Kesan
Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Tahap Kemungkinan Berlaku Risiko
Tinggi
Sederhana
Rendah
• Pemetaan Risiko digunakan untuk menentukan cara terbaik untuk memfokuskan sumber-sumber bagi memaksimumkan pulangan dan meminimumkan risiko menerusi pengurusan risiko seperti yang digambarkan di bawah: Kemungkinan Berlaku Risiko
• Mengenal pasti operasi penajaan jamin sebagai perniagaan teras Kumpulan manakala sistem misi-kritikal sokongan adalah operasi Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun & Kewangan, Teknologi Maklumat dan Sumber Manusia.
PERINGKAT B Fasa 3 – Mengenal Pasti Risiko • Menganalisis ancaman berkemungkinan (dalaman dan luaran) ke atas perniagaan Kumpulan akibat berlakunya risiko operasi, kewangan dan am. Fasa 4 – Membuat Penilaian Risiko dan Kesan • Menilai setiap risiko yang dikenal pasti di Fasa 3 untuk menentukan tahap kesan dan kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut di dalam kategori berikut:
Kurang Bahaya
Fasa 2 – Mengenal Pasti Proses Perniagaan Teras dan Sistem Misi-Kritikal Sokongan
Sederhana
Keutamaan Rendah
Keutamaan Rendah
Keutamaan Sederhana
Bahaya
• Risiko-risiko Kumpulan dikumpulkan kepada perspektif Operasi, Kewangan dan Am serta memberi fokus kepada usaha perancangan ke atas risiko berkaitan proses perniagaan teras yang kritikal.
Tahap Kesan
• Mentakrifkan tugas dan tanggungjawab bagi setiap ahli WRMC dan WRMCS.
Rendah
Keutamaan Rendah
Keutamaan Sederhana
Keutamaan Tinggi
Sangat Bahaya
• Mentakrifkan Bidang Rujukan bagi WRMC dan WRMCS.
Tinggi
Keutamaan Sederhana
Keutamaan Tinggi
Keutamaan Tinggi
Keutamaan Tinggi = Fokus Utama Keutamaan Sederhana = Fokus Sederhana Keutamaan Rendah = Fokus Minima • Objektif mengkategorikan tahap kesan serta kemungkinan berlaku risiko adalah untuk mengutamakan perlindungan bagi komponen-komponen perniagaan teras Kumpulan yang berkemungkinan terjejas teruk oleh risiko yang dikenal pasti.
PERINGKAT C Fasa 5 – Membentuk Langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan • Membentuk langkah-langkah kawalan dan pengawasan bagi setiap bidang risiko yang dikenal pasti bagi melawan kesan daripada risiko tersebut.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
98
PENGURUSAN risiko
(samb’)
Fasa 6 – Mendokumen Manual Pengurusan Risiko • Langkah-langkah kawalan dan pengawasan hasil daripada analisis dalam Fasa-fasa 3, 4 dan 5 diterjemahkan kepada kawalan dan prosedur-prosedur operasi standard ke dalam Manual Pengurusan Risiko.
PERINGKAT D
i. Struktur Pengurusan Risiko dan Bidang Rujukan ii. Tanggungjawab Tertentu bagi Pelbagai Kumpulan iii. Penilaian Risiko dan Kesan iv. Langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan Fasa 8 – Penyelenggaraan Manual Pengurusan Risiko • Mengkaji semula dan mengemas kini Manual Pengurusan Risiko bagi perubahan berterusan dalam profil risiko.
Fasa 7 – Membentuk dan Memulakan Program Latihan • Membentuk dan memulakan program latihan bagi merangkumi perkara-perkara berikut:
• Penilaian semula tahunan atas Manual Pengurusan Risiko akan diadakan bagi memastikan penyempurnaan profil risiko dan pengurusan risiko.
BAHAGIAN RISIKO Bahagian-bahagian utama risiko di mana aktiviti-aktiviti Kumpulan terdedah adalah seperti berikut:
DIVISYEN SOKONGAN • • • • • • • •
Penajaan Jamin Insurans Semula Tuntutan Akaun & Kewangan Sumber Manusia Teknologi Maklumat Perkhidmatan Pelanggan Pematuhan
DIVISYEN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN • Agensi • Institusi Kewangan • Broker & Perkongsian Global • NIPPONKOA • Cawangan-cawangan
RISIKO OPERASI Risiko gangguan operasi yang disebabkan oleh kegagalan sistem dan kemudahan • Risiko Pembangunan Perniagaan • Risiko Penajaan Jamin • Risiko Tuntutan
• Risiko Teknologi Maklumat (“IT”) • Risiko Internet
RISIKO KEWANGAN Risiko gangguan kewangan yang disebabkan oleh risiko kredit, risiko kecairan, risiko pelaburan dan juga ketidakstabilan dalam kadar faedah dan pertukaran mata wang asing serta ketidakcukupan modal • • • •
Risiko Risiko Risiko Risiko
Kredit Kecairan Pelaburan Kadar Faedah
• Risiko Pertukaran Mata Wang Asing • Risiko Nisbah Kecukupan Modal
RISIKO AM Risiko berkaitan dengan risiko sumber manusia, operasi fizikal dan reputasi • Risiko Personel • Risiko Operasi Fizikal • Risiko Reputasi
RISIKO OPERASI Risiko Pembangunan Perniagaan Risiko Pembangunan Perniagaan adalah berkaitan dengan Risiko Sosial yang memberi kesan kepada imej dan reputasi Kumpulan akibat kurang perhatian, kurang pengetahuan tentang produk dan standard perkhidmatan personel yang
kurang bermutu yang mengakibatkan masyarakat umum kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi, dan Risiko Ekonomi yang dipengaruhi oleh kehilangan bahagian pasaran disebabkan oleh persaingan, nyah-tarif insurans
meningkatkan nilai
99
Kebakaran dan Motor akibat dari liberalisasi pasaran, perubahan dalam pasaran insurans semula yang disebabkan oleh penggabungan dan pengambilalihan, sokongan dan kemudahan insurans semula, penerimaan risiko yang tidak menepati standard/ tidak diingini yang ditolak oleh syarikat
insurans lain, dan ejen tidak meremitkan bayaran kepada syarikat walaupun mereka telah mengambilnya daripada pemegang insurans; dan Risiko Pematuhan yang mana urusniaga dan pengiklanan perniagaan dalam talian tidak memenuhi keperluan-keperluan pihak berkuasa regulatori.
PENGURUSAN RISIKO PEMBANGUNAN PERNIAGAAN A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Pembangunan Perniagaan berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
• Menyediakan latihan berulang mengenai produk dan latihan pemasaran/ perkhidmatan pelanggan kepada kakitangan dan ejen untuk meningkatkan pengetahuan tentang produk dan standard perkhidmatan kepada pelanggan • Semakan semula portfolio perniagaan dan merancang dengan strategik kesediaan menghadapi liberalisasi industri insurans dengan membangunkan peluang produk dan perkhidmatan yang baru • Kawalan terhadap nota perlindungan melalui sistem E-Insurans dan bekerjasama dengan para penaja jamin bagi memastikan para pengantara mematuhi garis panduan penajaan jamin • Bekerjasama dengan Jabatan Akaun & Kewangan untuk membuat susulan secara berterusan dengan ejen mengenai premium tertunggak • Berkomunikasi dengan ejen mengenai urusniaga atau pengiklanan tertentu dalam talian yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa regulatori • Bekerjasama dengan Jabatan Penajaan Jamin bagi memastikan kakitangan Pembangunan Perniagaan dan ejen mengambil perhatian dan mematuhi Kuasa & Garis Panduan Penajaan Jamin untuk mengelakkan kesilapan menerima risiko yang tidak diingini atau ditolak • Memastikan Syarikat Insurans Semula Triti mempunyai latar belakang kewangan yang baik
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
C. KAWALAN RISIKO
Bahaya
Sederhana
Rendah
D. PENGAWASAN RISIKO • Mesyuarat berulang untuk mengawasi dan menyemak semula aduan terhadap kakitangan, ejen dan broker • Mesyuarat berulang untuk mengawasi perkembangan terbaru di dalam arena antarabangsa berkenaan liberalisasi dagangan dan perkhidmatan serta penggabungan dan pengambilalihan syarikat insurans semula utama • Mengawasi semua penerimaan melalui sistem E-Insurans • Mesyuarat berulang dengan Jabatan Akaun & Kewangan untuk mengawal salah tingkah laku para ejen • Pembangunan Perniagaan melaksanakan pemeriksaan terhadap urusniaga dan pengiklanan dalam talian • Mesyuarat berulang dengan Jabatan Penajaan Jamin dan Tuntutan untuk meningkatkan standard perkhidmatan
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
100
PENGURUSAN risiko
(samb’)
Risiko Penajaan Jamin Risiko Penajaan Jamin adalah berkaitan dengan yang berikut: • menerima atau memberi perlindungan ke atas risiko yang ditolak atau tidak diterima oleh triti atau tempoh insurans yang diundur tarikh dan melebihi penahanan organisasi • berurusniaga dengan penginsurans semula yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah dan mempunyai reputasi yang tidak baik dalam penyelesaian tuntutan • pembahagian dan kawalan buku nota perlindungan yang salah • kontrak triti yang tidak dirangka dengan baik • pemilihan dan pelantikan broker penginsurans semula yang salah • penempatan penginsurans semula fakultatif yang salah Risiko Penajaan Jamin juga merangkumi risiko pemprosesan, kehilangan fizikal atau risiko kerosakan, risiko moral, risiko sumber manusia, risiko pelanggaran garis panduan regulatori, risiko pembangunan produk baru dan risiko pengubahan wang haram serta pembiayaan pengganas. Risiko pemprosesan timbul hasil daripada gangguan atau kegagalan sistem operasi IT yang disebabkan oleh kerosakan sistem, kekurangan atau ketiadaan sokongan sistem dan gangguan bekalan tenaga; kerosakan pada perisian dan perkakasan dengan niat jahat; kesilapan memfail yang mengakibatkan salah letak atau kehilangan dokumen; dan kesilapan memasukkan data yang menyebabkan dokumentasi tidak tepat, penduaan dokumen dan kemasukan berganda. Risiko kehilangan fizikal atau risiko kerosakan adalah berkaitan dengan kerosakan pada dokumen, peralatan pejabat dan premis pejabat (termasuk pejabat-pejabat cawangan) akibat bencana seperti kebakaran, banjir, letupan, bangunan runtuh, halangan pada kemasukan, kerosakan dengan niat jahat, kecurian dan kerosakan impak.
Risiko moral timbul daripada penipuan yang mengakibatkan data palsu, tandatangan yang tidak sah dalam polisi dan nota perlindungan dan pelanggaran kerahsiaan yang mengakibatkan maklumat disampaikan kepada pesaing. Risiko sumber manusia merujuk kepada pemberhentian, perletakan jawatan dan sakit berpanjangan di kalangan kakitangan penting, integriti kakitangan di dalam pendedahan maklumat sulit kepada pesaing dan tahap kecekapan kakitangan. Risiko pelanggaran garis panduan regulatori adalah berkaitan dengan pelanggaran garis panduan yang dikeluarkan oleh badan-badan regulatori seperti BNM, PIAM, Monetary Authority of Singapore (“MAS”) dan Persatuan Insurans Am Singapura (“GIAS”) yang mungkin mengakibatkan denda dikenakan ke atas organisasi. Risiko pembangunan produk baru timbul daripada pengabaian atau ketidakcekapan kakitangan dan ketidakcukupan kajian pasaran ketika melancarkan produk-produk baru yang mungkin akan mengakibatkan peningkatan dalam nisbah tuntutan, yang memberi kesan ke atas reputasi Kumpulan dan mendedahkan kepada risiko ketidakpatuhan terhadap undang-undang berkaitan. Risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas merujuk kepada keadaan di mana Kumpulan dijadikan sebagai platform oleh penjenayah dan pengganas bagi kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas mereka.
meningkatkan nilai
101
PENGURUSAN RISIKO PENAJAAN JAMIN A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh Penaja Jamin berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
Sederhana
Rendah
C. KAWALAN RISIKO
D. PENGAWASAN RISIKO
• Polisi-polisi dikeluarkan mengikut Had Kuasa yang ditetapkan dan mematuhi Manual Penajaan Jamin • Simpan-bantu harian dan mingguan untuk meminimumkan kehilangan data. Sistem-tetap dilaksanakan untuk mencegah langkauan manual • Bangunan dilindungi oleh kamera CCTV dan pancuran air • Kakitangan diberi hak kemasukan terhad bergantung kepada jenis kerja dan tahap perakuan kuasa mereka • Kakitangan menjalani beberapa siri latihan manakala para ejen dipilih dengan teliti untuk mengekalkan tahap kecekapan • Pekeliling/ Garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak regulatori dibawa ke perhatian kakitangan yang berkaitan dengan segera • Menjalankan kajian pasaran yang komprehensif bagi produk baru yang dicadangkan • Prosedur-prosedur untuk pengesahan, penyelenggaraan/ penyimpanan rekod dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan telah ditetapkan di dalam Manual Pencegahan Pengubahan Wang Haram/ Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (“AML/ CFT”)
• Audit Dalaman berulang dilaksanakan dan semakan secara rambang oleh Ketua Jabatan ke atas polisipolisi yang dikeluarkan • Prosedur-prosedur dilaksanakan mengikut Manual IT • Penyemakan semula tahunan ke atas Manual Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) oleh Jawatankuasa BRCP • Kemasukan ke pejabat diawasi oleh CCTV dan Kad Akses • Mesyuarat penajaan jamin berulang diadakan dengan maklum balas daripada Ketua Jabatan berkenaan tenaga manusia dan kualiti kakitangan • Penyemakan semula berulang dilaksanakan oleh Pegawai Pematuhan untuk memantau isu-isu pematuhan • Pelaporan suku tahunan mengenai inisiatif AML/ CFT kepada Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
102
PENGURUSAN risiko
(samb’)
Risiko Tuntutan Risiko Tuntutan merangkumi kelewatan menyelesaikan tuntutan; tuntutan palsu; kurang ketepatan dan ketidakcukupan peruntukan rizab tuntutan; kurang sokongan insurans semula; premium tidak sepadan dengan risiko; polisi tidak diperbaharui apabila tuntutan timbul, peningkatan dalam tuntutan kecurian kenderaan,
ketidakpatuhan terhadap Rangka Kerja RBC, kesilapan pendedahan maklumat penting tuntutan dan terdedah kepada tuntutan keadilan asing bagi polisi-polisi liabiliti tertentu walaupun fasal bidang kuasa hanya meliputi Malaysia, Singapura dan Brunei.
PENGURUSAN RISIKO TUNTUTAN A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Tuntutan berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
Sederhana
Rendah
C. KAWALAN RISIKO
D. PENGAWASAN RISIKO
• Prosedur yang ringkas disediakan dan latihan semasa bekerja diberikan • Penyiasatan mendalam ke atas tuntutan yang mencurigakan • Sistem IT memberi perlindungan terhadap ketidakcukupan peruntukan semasa pembayaran • Berhubung dengan kakitangan apabila berlaku ketidakcukupan • Menggalakkan pemegang polisi motor memasang peranti anti-kecurian • Mengutamakan ketepatan dan kecekapan dalam pengurusan tuntutan • Mengadakan sekatan kemasukan ke atas kategorikategori data yang tertentu • Mendapatkan pandangan perundangan sebelum merangka semula fasal bidang kuasa untuk menunjukkan perlindungan polisi dengan tepat
• Prosedur tuntutan dan prestasi kakitangan disemak semula dengan kerap • Statistik mengenai pengalaman tuntutan disediakan • Rizab fail tertunggal disemak semula secara suku tahunan • Perkembangan tuntutan di pasaran insurans di tempatan dan antarabangsa disemak semula secara konstan • Mengguna pakai polisi penajaan jamin yang ketat ke atas model kenderaan dengan kekerapan kecurian yang tinggi • Semakan semula dan pengawasan yang kerap terhadap pengurusan tuntutan • Melaksanakan kawalan kata laluan dan kemasukan • Merujuk kepada nasihat perundangan sebelum merangka semula fasal bidang kuasa
meningkatkan nilai
103
Risiko IT Risiko IT merangkumi gangguan ke atas operasi Kumpulan, yang timbul daripada kerosakan sistem, atau ketiadaan sokongan dan keselamatan sistem, risiko perlanjutan perniagaan yang timbul daripada sistem yang tidak boleh pulih dan berterusan, masalah undang-undang atau
regulatori akibat dari ketidakpatuhan atau pelanggaran undang-undang, dan keputusan perniagaan yang kurang baik atau pelaksanaan keputusan yang tidak sesuai yang menjejaskan perbelanjaan modal dan ketidakmampuan mencapai kehendak organisasi.
PENGURUSAN RISIKO TEKNOLOGI MAKLUMAT A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan IT berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
Sederhana
Rendah
C. KAWALAN RISIKO
D. PENGAWASAN RISIKO
• Ujian ukur rujuk dilaksanakan bagi menentukan kebolehpercayaan dan prestasi menurut spesifikasi yang diberi • Alat pengesanan pencegah virus dipasang untuk mengesan kehadiran sebarang virus komputer yang dikenali atau berpotensi dan menyingkirkan/ mengasingkan sebarang emel yang mengandungi virus • Terdapat Polisi Keselamatan IT yang menyediakan kawalan seperti kawalan personel, keselamatan fizikal, kawalan operasi, keselamatan sistem dan kawalan sistem pembangunan • BRCP disediakan • Terdapat Emel/ Polisi Penggunaan Internet yang menggariskan perkara yang dibenarkan apabila menggunakan sumber-sumber Syarikat • Sebuah Jawatankuasa Pemandu IT (“ITSC”) telah ditubuhkan bagi memastikan penyediaan pelan pengkomputeran yang berkesan bagi Syarikat selaras dengan objektif korporat dan strategi perniagaan
• Pengawasan prestasi mesin pengeluaran secara suku tahunan • Fail-fail log disemak bagi memastikan program pencegah virus dikemas kini setiap hari • Aktiviti fail-fail log disemak bagi sebarang percanggahan dan Sistem Pengesanan Pencerobohan dipasang untuk memantau trafik rangkaian berdasarkan masa sebenar • Kakitangan dilatih mengenai BRCP dan ujian dilaksanakan setiap tahun • Perisian pengawasan inventori dipasang di dalam komputer untuk memeriksa sebarang perisian yang tidak dibenarkan • Mesyuarat ITSC diadakan pada setiap dua (2) bulan di mana perkembangan projek-projek yang sedang dijalankan disemak semula dan dipantau, dan cadangan projek/ pembelian baru dibentangkan
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
104
PENGURUSAN risiko
(samb’)
Risiko Internet Risiko Internet merangkumi aspek utama keselamatan seperti kerahsiaan data, integriti data, pengesahan pengguna, ketidakpenyangkalan urusniaga dan kawalan kemasukan. PENGURUSAN RISIKO INTERNET A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan IT berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
Sederhana
Rendah
C. KAWALAN RISIKO
D. PENGAWASAN RISIKO
• Sistem perumah tidak boleh diakses secara langsung oleh orang luar atau pihak ketiga • Satu tapak simpan-bantu penuh telah dibangunkan untuk mengurangkan risiko kegagalan keseluruhan sistem internet • Sistem-sistem disemak semula untuk memastikan jangkaan prestasi tidak melebihi keupayaan sistem sedia ada • Pembahagian sumber manusia dan kepakaran yang mencukupi telah dirancang untuk menjalankan dan menyokong sistem insurans berinternet
• Ujian dedah-lemah berkala diadakan • Pelan dan prosedur luar jangka diadakan untuk memantau tahap toleransi yang boleh diterima • ITSC memantau hasil semakan semula sistem • Kecukupan kepakaran dalaman/ luaran disemak semula untuk memastikan sokongan teknikal yang mencukupi ke atas sistem insurans berinternet
RISIKO KEWANGAN Risiko Kredit Risiko Kredit mewakili kerugian yang boleh dikenal pasti jika pihak-pihak berkaitan yang berurusniaga dengan insurans, insurans semula dan pelaburan gagal melaksana seperti yang dijanjikan. Risiko Mata Wang Risiko Mata Wang merujuk kepada risiko yang timbul daripada turun naik di dalam pertukaran mata wang asing. Risiko Kadar Faedah Risiko Kadar Faedah merujuk kepada perubahan di dalam pendapatan faedah hasil daripada turun naik di dalam kadar faedah dalam deposit tetap dan lain-lain sekuriti faedah tetap.
meningkatkan nilai
105
Risiko Pelaburan Risiko Pelaburan timbul daripada turun naik di dalam harga pasaran ekuiti. Risiko kredit pelaburan merujuk kepada kebolehan pengeluar atau pihak berkaitan untuk membuat bayaran faedah, pokok dan perolehan daripada realisasi pelaburan tepat pada masanya. Risiko penumpuan pelaburan timbul daripada lebihan pelaburan dalam kelaskelas aset tertentu atau dalam sekuriti yang dikeluarkan oleh satu pihak berkaitan.
Risiko Kecairan Risiko Kecairan timbul daripada ketidakupayaan Kumpulan memenuhi obligasi kewangan apabila tiba masanya. Risiko Nisbah Kecukupan Modal Risiko di mana syarikat tidak dapat memenuhi liabilitinya akibat turun naik di dalam nilai aset dan liabiliti berdasarkan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (“RBC”) bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Jabatan Akaun & Kewangan berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
Sederhana
Rendah
C. KAWALAN RISIKO
D. PENGAWASAN RISIKO
• Polisi dan Prosedur Kawalan Kredit diadakan dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kawalan Kredit • Keputusan pelaburan diarah oleh Jawatankuasa Pelaburan selaras dengan matlamat perniagaan Kumpulan • Penilaian Tanda mengikut Pasaran bagi pelaburan saham dilaporkan dengan kerap kepada Jawatankuasa Pelaburan • Mencapai Nisbah Kecukupan Modal Dalaman lebih tinggi daripada sasaran penyeliaan sebanyak 130%
• Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Kredit diadakan pada setiap bulan • Pelaburan diawasi dengan ketat oleh Jawatankuasa Pelaburan • Perletakan lebihan dalam deposit tetap dan aliran tunai operasi diawasi oleh Jabatan Akaun & Kewangan dan diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) • Nisbah Kecukupan Modal (“CAR”) diawasi oleh Jabatan Akaun & Kewangan dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah secara suku tahunan
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
106
PENGURUSAN risiko
(samb’)
RISIKO AM Risiko Personel Risiko Personel merujuk kepada risiko kehilangan personel berfungsi utama yang memberi kesan langsung kepada perjalanan berterusan perniagaan Kumpulan.
Risiko Reputasi Risiko Reputasi memberi kesan kepada reputasi Kumpulan apabila kenyataan tanpa kebenaran mengenai Kumpulan dibuat kepada masyarakat umum tanpa kelulusan daripada Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif.
Risiko Operasi Fizikal Risiko Operasi Fizikal memberi kesan kepada kesinambungan Kumpulan dalam menjalankan perniagaan ketika berlaku bencana. PENGURUSAN RISIKO AM A. PENGENALPASTIAN RISIKO
B. PENILAIAN RISIKO & KESAN
Risiko-risiko dikenal pasti oleh kakitangan Sumber Manusia berdasarkan pengetahuan industri dan teknikal mereka. Risiko-risiko yang dikenal pasti dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko dan dihuraikan di dalam Manual Pengurusan Risiko.
Penilaian dilakukan untuk menentukan tahap kesan bagi risiko-risiko ini dan tahap kesan tersebut dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Sangat Bahaya
Bahaya
Kurang Bahaya
Penilaian juga dilaksanakan untuk menentukan tahap kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut yang dikategorikan kepada salah satu daripada tiga peringkat berikut:Tinggi
Sederhana
Rendah
C. KAWALAN RISIKO
D. PENGAWASAN RISIKO
• Pelan pewarisan bagi setiap kedudukan berfungsi utama tersedia dengan baik; jika berlaku pemberhentian pekerja, sama ada oleh pilihan atau oleh kemalangan • BRCP disediakan • Hanya CEO atau wakil yang dibenarkannya diberi kuasa untuk membuat penyataan umum mengenai atau untuk Kumpulan
• Terdapat rangka kerja imbuhan yang dirancang dengan baik untuk menarik dan mengekalkan dengan secukupnya pegawai-pegawai utama yang berkaliber untuk menguruskan Syarikat dengan cemerlang • Manual BRCP disemak semula secara berkala • Keperluan untuk membuat penyataan umum mengenai atau untuk Kumpulan disemak semula oleh CEO
PELAKSANAAN RANGKA KERJA MODAL BERASASKAN RISIKO BNM telah mengeluarkan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Penanggung Insurans (“Rangka Kerja RBC”) yang berkuat kuasa dari 1 Januari 2009. Rangka Kerja RBC merupakan rangka kerja kecukupan modal bagi semua penanggung insurans berlesen di bawah Akta Insurans, 1996. Di bawah Rangka Kerja RBC, setiap penanggung insurans dikehendaki menentukan kecukupan modal yang tersedia ada di dalam dana insurans dan dana pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan (“TCR”) yang bertindak sebagai petunjuk utama keteguhan kewangan penanggung insurans.
meningkatkan nilai
107
Pelan Pengurusan Modal Menurut Rangka Kerja RBC, Lembaga Pengarah telah meluluskan dan mengguna pakai Pelan Pengurusan Modal (“CMP”) bagi syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac selaras dengan keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam Rangka Kerja RBC berkuat kuasa dari 1 Januari 2009. Objektif CMP adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya kecekapan dan keberkesanan sumber yang digunakan bagi memaksimumkan pulangan atas ekuiti dan menyediakan tahap modal yang sewajarnya bagi melindungi para pemegang saham dengan mengambil kira semua keadaan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas operasi dan keteguhan kewangan Kumpulan di samping mematuhi peraturan dan perundangan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan. Pengurusan modal dipandu arah oleh CMP yang didorong oleh strategi perniagaan dan keperluan organisasi Kumpulan yang mengambil kira persekitaran perniagaan dan regulatori di mana Kumpulan beroperasi. Dalam hal ini, Kumpulan menetapkan sasaran modal bagi Modal Peringkat 1 dan Peringkat 2 yang melebihi keperluan minimum regulatori. Jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan pengurusan modal Kumpulan ialah WRMC. Semua cadangan mengenai apa-apa lencongan daripada sasaran modal atau pelaksanaan peningkatan modal mesti ditangani dan diluluskan oleh RMC sebelum dicadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan dan pelaksanaan. Ujian Tekanan Termasuk di dalam CMP adalah Dasar Tekanan yang memerlukan ujian tekanan dilaksanakan dua kali setahun bagi menilai secara sistematik tahap modal Kumpulan yang boleh mengharungi kejutan pasaran dan modal yang akan terhakis oleh risiko-risiko utama yang dikenal pasti yang disebabkan oleh peristiwa luar biasa tetapi munasabah dan untuk menentukan kesan terhadap prestasi dan kedudukan kewangan kami. Ujian tekanan akan memudahkan perumusan strategi perniagaan dan kaedah yang sesuai bagi langkah pembaikan peristiwa yang memberi kesan buruk dan kaedah yang sesuai akan dipantau dan diguna pakai untuk menangani ancaman yang berpotensi serta mengurangkan kesan dan mengekalkan tahap kecukupan modal yang setara dengan profil risiko Kumpulan. Dasar Tekanan adalah sejajar dengan
Garis Panduan Ujian Tekanan bagi Penanggung Insurans yang dikeluarkan oleh BNM. Hasil ujian tekanan berserta dengan langkah pembaikan dibentangkan kepada RMC untuk dibincangkan dan dicadangkan kepada Lembaga Pengarah sebelum dikemukakan kepada BNM. Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan melihat ujian tekanan sebagai satu alat pengurusan risiko yang berkesan dan turut meletakkan ujian tekanan sebagai sebahagian dari budaya pengurusan Kumpulan LPI. Dasar Ujian Tekanan mengandungi senario-senario yang mencabar yang telah dikenal pasti dengan sewajarnya dan akan terus dibangunkan mengikut perkembangan keadaan. Dalam aspek ini, penglibatan Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan adalah sangat penting dalam memastikan kekuatan senario-senario ini serta dalam menilai hasil ujian tekanan untuk menilai kesan terhadap keputusan perniagaan kami. Keberkesanan rangka kerja pengurusan risiko ini di dalam Kumpulan bersama-sama dengan CMP telah membolehkan Kumpulan LPI mengurangkan tekanan berikutan daripada limpahan kesan pergolakan dalam pasaran kewangan terhadap prestasi operasi Kumpulan. Rangka Kerja Pengurusan Aset Liabiliti (“ALM”) Kumpulan terlibat secara utamanya dalam penajaan jamin semua kelas insurans am. Berlainan daripada insurans nyawa, di mana syarikat insurans mengetahui dengan jelas tentang had pendedahan, tetapi tidak bagi syarikat insurans am. Selalunya, keterukan risiko dan amaun diliputi ditentukan selepas berlakunya sesuatu kejadian. Untuk mengambilkira ketidaktentuan ini, Kumpulan mengurus aset-liabilitinya sebagai usaha berterusan mengekalkan kecairan optimal untuk memastikan bahawa Kumpulan mampu memenuhi obligasinya. Objektif utama dasar pengurusan aset/ liabiliti Kumpulan adalah untuk memastikan bahawa aset cair dipegang pada setiap masa dan menyediakan hasil yang memuaskan dan konsisten pada aset-aset ini. ALM Kumpulan disepadu dengan pengurusan risiko kewangan yang bersangkutan dengan aset dan liabiliti kewangan lain Kumpulan yang tidak berkaitan dengan insurans. WRMC dan Jawatankuasa Pelaburan Kumpulan memegang tanggungjawab utama bagi pengurusan aset/ liabiliti berdasarkan garis panduan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
LPI Capital Bhd • LAPO RA N TA HU NA N 2011
108
KOD ETIKA,
integriti dan amanah
Kumpulan LPI menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac, beroperasi di dalam satu industri di mana integriti dan amanah adalah sangat penting. Kepercayaan dan keyakinan para pelanggan dan masyarakat umum terhadap Lonpac adalah sangat penting terhadap pertumbuhan dan kejayaan berterusan Kumpulan. Kumpulan berusaha gigih dengan penuh minat untuk beroperasi dengan integriti dan kebolehpercayaan bagi mewujudkan kepercayaan dan keyakinan kepada Kumpulan. Tambahan lagi, langkahlangkah telah diambil untuk melindungi integriti dan kredibiliti Kumpulan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko reputasi akibat daripada perlakuan tidak beretika atau penipuan oleh kakitangan Kumpulan. Kumpulan mengakui bahawa kakitangan memainkan peranan penting dalam membina perniagaan yang diyakini dan mempunyai reputasi di mata masyarakat umum. Kumpulan telah dan akan terus mengambil inisiatif-inisiatif proaktif dalam memastikan kakitangan mempunyai nilai dan prinsip yang dikongsi, serta melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut standard yang konsisten dengan harapan pelanggan dan masyarakat umum. Perlakuan boleh diterima yang diharapkan daripada kakitangan Kumpulan telah diformalisasikan dalam bentuk kod dan dasar-dasar yang jelas dan didokumenkan. Ini merupakan bahagian yang kritikal dalam membina budaya amanah dan berintegriti dalam perlakuan dan tingkahlaku kakitangan. Kod dan dasar-dasar sedemikian termasuklah Kod Etika, Polisi Pencegahan Penipuan dan Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan.
KOD ETIKA PIAM telah menerbitkan garis panduan untuk menggalakkan standard perlakuan yang betul serta amalan yang berpatutan dan berhemat di antara syarikat-syarikat insurans am. Di dalam operasi insurans hari ini, adalah penting bagi peraturan etika sebegini dikodifikasikan dan diterbitkan sebagai garis panduan bertulis bagi menggalakkan dan mengekalkan standard etika yang seragam. Lonpac telah mengkodifikasikan peraturan etika yang penting di dalam Buku Panduan Tatatertib Kakitangan yang memberi penumpuan terhadap 5 prinsip utama: • Mengelak percanggahan kepentingan; • Mengelak salah guna kedudukan untuk kelebihan/ faedah/ layanan keutamaan sendiri dalam apa jua cara; • Mengelak salah guna maklumat bagi keuntungan sendiri atau tujuan lain selain daripada yang diperlukan Syarikat; • Mengawasi integriti rekod dan urusniaga; dan • Mengawasi kerahsiaan
POLISI PENCEGAHAN PENIPUAN Lonpac mempunyai satu Polisi Pencegahan Penipuan yang diformalisasikan bagi mencegah dan mengesan aktiviti penipuan dan pemalsuan. Polisi Pencegahan Penipuan ini menjelaskan bahawa kakitangan bertanggungjawab dalam mencegah dan mengesan penipuan, penyalahgunaan dan lain-lain penyelewengan. Selain itu, Polisi Pencegahan Penipuan ini turut menetapkan prosedur untuk melaporkan penemuan penipuan dan memberi amaran kepada kakitangan mengenai tindakan disiplin terhadap pelaku penipuan.
meningkatkan nilai
109
BNM mengkehendaki penanggung insurans berlesen untuk melaporkan semua kes-kes penipuan dan penggelapan wang serta perlanggaran kod etika dan amalan. Bermula 1 November 2000, penanggung insurans berlesen dikehendaki menghantar laporan, jika ada menerusi Sistem Pengkalan Data Maklumat Penipuan (“FIDS”) BNM.
POLISI PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBANTERASAN PEMBIAYAAN KEGANASAN Lembaga Pengarah Lonpac telah meluluskan Manual AML/ CFT yang berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001, dan Garis Panduan untuk AML/ CFT, yang dikeluarkan oleh BNM. Manual AML/ CFT merangkumi: • Definisi Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan • Langkah-langkah AML/ CFT seperti berikut: − Polisi Penerimaan Pelanggan − Ketekunan Wajar Pelanggan − Penyimpanan Rekod − Pemantauan Berterusan − Melaporkan Urusniaga yang Mencurigakan • Contoh-contoh Urusniaga yang Mencurigakan
Terdapat sistem komunikasi untuk memaklumkan kepada kakitangan dengan segera mengenai perubahan tatacara dalam menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Sebahagian daripada komunikasi ini adalah latihan. Latihan diadakan untuk kakitangan bagi menggalakkan kefahaman terhadap tanggungjawab asas mereka dalam mematuhi prosedur menentusahkan pelanggan dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan. Lonpac sentiasa memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah, sedaya upaya dan seberapa praktikal yang mungkin, untuk melindungi dirinya daripada terlibat dengan pengubah wang haram dan pembiaya pengganas.