76 L
tanggungjawab korporat 78 Penyata Urus Tadbir Korporat 92 Pengurusan Risiko 98 Kod Etika, Integriti dan Amanah 99 Penyata Kawalan Dalaman
102
Laporan Jawatankuasa Audit
106 Maklumat Pematuhan Syarat-syarat
Penyenaraian Bursa Securities
108 Falsafah Korporat
116
Tanggungjawab Sosial Korporat
121 Kalendar Peristiwa Penting
P I
C a p i t a l
B h d
L P I
C a p i t a l
B h d
7 7
Kumpulan memberi tumpuan untuk mencapai kecemerlangan Kumpulan LPI komited
berkekalan sebagai
dalam mempertingkatkan
warga korporat yang
nilai para pemegang
bertanggungjawab
saham dan mengamalkan
dan penyayang.
Kami akan terus
standard tertinggi
menggunakan
urus tadbir korporat.
pengurusan risiko yang berkesan demi mencapai pertumbuhan berkekalan.
78 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
Kumpulan LPI mengakui akan kepentingan untuk mempertingkatkan nilai para pemegang saham menerusi keuntungan yang berterusan dan mengamalkan standard tertinggi dalam urus tadbir korporat. Lembaga Pengarah sesungguhnya percaya bahawa urus tadbir korporat yang baik sangat penting untuk peningkatan prestasi jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan Kumpulan LPI. Oleh itu, struktur urus tadbir yang kukuh merupakan asas untuk memelihara kepentingan para pemegang saham Kumpulan LPI. Komitmen Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan Kumpulan LPI dalam mempertingkatkan nilai pemegang saham dibuktikan dengan anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan LPI pada tahun 2007. Kecemerlangan urus tadbir korporat dan nilai pemegang saham LPI telah mendapat pengiktirafan dengan pengurniaan Anugerah Merit Urus Tadbir Korporat Malaysian Business dan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG bagi tiga (3) tahun berturut-turut sejak tahun 2004. LPI menerima pengiktirafan yang lebih tinggi untuk Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2005 dan 2006 apabila muncul sebagai Pemenang Sektor di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan bagi kedua-dua tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2005 dan 2006. Selain itu, LPI telah dianugerahkan Sijil Merit bagi Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) 2007 setelah menerima Sijil Finalis bagi anugerah yang sama pada tahun 2006, yang membezakan kecemerlangannya dalam amalan-amalan perakaunan pengurusan. Pada tahun 2007, LPI telah dikurniakan anugerah-anugerah dan pengiktirafan yang berprestij berikut: Anugerah Urus Tadbir Korporat Malaysian Business 2006 Anugerah Merit Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2006 Pemenang Sektor Perkhidmatan Kewangan Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) 2007 Sijil Merit LEMBAGA PENGARAH
Lembaga Pengarah komited sepenuhnya dalam memastikan bahawa standard tertinggi dalam urus tadbir korporat diamalkan secara menyeluruh dalam Kumpulan supaya segala urusan Kumpulan dijalankan dengan integriti dan profesionalisme dengan matlamat untuk memelihara pelaburan para pemegang saham dan mutakhirnya mempertingkatkan nilai mereka. PARA PENGARAH
• Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan urus tadbir Kumpulan dan melaksanakan tanggungjawab ini menerusi pematuhan terhadap peraturan, undang-undang, regulasi, arahan dan garis panduan berkaitan selain daripada mengguna pakai amalan terbaik di dalam Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia.
Tugas dan tanggungjawab Lembaga Pengarah merangkumi penetapan pelan strategik dan pewarisan Kumpulan, memantau matlamat prestasi, memformalisasikan dokumentasi ke atas perkara-perkara yang diperuntukkan dengan khusus bagi keputusan mereka dan memastikan bahawa kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pelaporan Kumpulan tersedia dengan baik.
L P I
C a p i t a l
B h d
79
Penyata Urus Tadbir Korporat
Lembaga Pengarah telah menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah serta pelbagai Jawatankuasa Pengurusan untuk membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugas-tugas mereka. Setiap jawatankuasa beroperasi menurut bidang rujukan yang telah diluluskan seperti dinyatakan pada muka surat 85 hingga 87.
Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan adalah seperti berikut:
Jawatankuasa Lembaga Pengarah • Jawatankuasa Audit • Jawatankuasa Pencalonan • Jawatankuasa Imbuhan • Jawatankuasa Pelaburan
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Pengerusi Bukan Eksekutif
P
P
Tee Choon Yeow Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif
A
A
A
A
P
Dato’ Yeoh Chin Kee Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
P
P
P
Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
A
A
A
Kong Thian Mee Setiausaha Syarikat
Saham
Jawatankuasa Beli Balik
Jawatankuasa Skim Opsyen
P - Pengerusi A - Ahli
Jawatankuasa Pelaburan
Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah
Jawatankuasa Imbuhan
Jawatankuasa Pencalonan
Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan kehadiran mereka di mesyuarat dinyatakan seperti berikut:
Jawatankuasa Audit
Risiko
• Jawatankuasa Internet • Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jawatankuasa Pengurusan
Jawatankuasa Pengurusan • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Kawalan Kredit • Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat
Saham Kakitangan
• Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan • Jawatankuasa Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Beli Balik Saham
P A
A A
A
8 0 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
Dato’ Yeoh Chin Kee Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar # Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Geh Cheng Hooi ## Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Lee Chin Guan ### Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kong Thian Mee Setiausaha Syarikat
Jawatankuasa Pengurusan
-
1/1
N1
-
4/4
-
-
-
1/1
N1
2/2
4/4
7/7
3/3
1/1
-
N1
2/2
-
1/1
1/1
1/1
-
-
N2
-
6/6
2/2
-
-
N1
2/2
-
5/6
1/1
-
-
-
1/2
-
-
-
-
1/1
-
-
4/4
Saham
Jawatankuasa Beli Balik
-
Risiko
-
Jawatankuasa Skim
Jawatankuasa Pelaburan
Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif
Jawatankuasa Imbuhan
Tee Choon Yeow
Jawatankuasa Pencalonan
Pengerusi Bukan Eksekutif
Jawatankuasa Audit Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow
Opsyen Saham Kakitangan
Kehadiran di Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah
# Dari tarikh pelantikan beliau pada 9 Oktober 2007 ## Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 29 November 2007 ### Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 9 Oktober 2007 N1 - Tiada Skim Opsyen Saham Kakitangan pada tahun 2007 N2 - Tiada mesyuarat diadakan dari tarikh pelantikan sehingga akhir tahun kewangan
• Keseimbangan Lembaga Pengarah
Pada 31 Disember 2007, Lembaga Pengarah terdiri daripada seorang Pengerusi yang merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, seorang (1) Pengarah Bukan Eksekutif dan seorang (1) Pengarah Eksekutif yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif.
Saiz Lembaga Pengarah yang terdiri daripada lima (5) orang Ahli, adalah optimum berdasarkan skop, saiz dan kerumitan operasi Kumpulan. Komposisi Lembaga Pengarah adalah seimbang dengan campuran efektif yang mana dua (2) orang daripada mereka adalah bebas sepertimana yang didefinasikan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).
L P I
C a p i t a l
B h d
8 1
Penyata Urus Tadbir Korporat
Terdapat pembahagian peranan dan tanggungjawab diterima yang jelas berbeza di antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi memastikan keseimbangan kuasa dan hak.
Dua (2) orang daripada Pengarah Bukan Eksekutif adalah bebas daripada Pihak Pengurusan dan bebas dari sebarang perniagaan atau hubungan lain dengan Kumpulan yang boleh memberi kesan dan/ atau menjejaskan secara ketara oleh pelaksanaan pertimbangan bebas mereka.
Sejak Laporan Tahunan yang lalu, dua (2) orang ahli Lembaga Pengarah telah meletak jawatan pada tahun kewangan ini, iaitu, Encik Lee Chin Guan (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) dan Encik Geh Cheng Hooi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) dan seorang ahli Lembaga Pengarah baru telah dilantik iaitu, Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif).
Lembaga Pengarah bermesyuarat setiap suku tahun. Selain itu, Lembaga Pengarah bermesyuarat secara ad-hoc dan apabila perlu untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan korporat atau isu-isu perniagaan yang memerlukan keputusan segera dari Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat sebanyak dua belas (12) kali di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007.
Tarikh-tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: • 3 Januari 2007 • 25 Januari 2007 • 5 April 2007 • 30 April 2007 • 29 Jun 2007 • 4 Julai 2007 • 11 Julai 2007 • 26 Julai 2007 • 5 September 2007 • 9 Oktober 2007 • 26 Oktober 2007 • 29 November 2007
Profil Ahli-ahli Lembaga Pengarah dinyatakan pada muka surat 28 hingga 31.
• Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Bekalan Maklumat kepada Lembaga Pengarah
Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tahun kewangan berikutnya telah dijadualkan sebelum berakhirnya tahun kewangan semasa bagi membolehkan Para Pengarah merancang tarikh-tarikh janji temu mereka yang lain supaya memudahkan kehadiran mereka di mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah LPI.
Kehadiran setiap Ahli Lembaga Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:
Bilangan Mesyuarat Lembaga Pengarah Diadakan
Bilangan Mesyuarat Lembaga Pengarah Dihadiri
i. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow
12
12
ii. Tee Choon Yeow
12
12
iii. Tan Kok Guan
12
12
iv. Dato’ Yeoh Chin Kee
12
12
v. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar #
3
3
vi. Geh Cheng Hooi ##
11
10
vii. Lee Chin Guan ###
9
7
Pengarah
#
Dari tarikh pelantikan beliau pada 9 Oktober 2007
##
Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 29 November 2007
### Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 9 Oktober 2007
82 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
Komitmen Lembaga Pengarah dalam memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dicerminkan oleh bilangan tinggi dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2007.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, Pengerusi Bukan Eksekutif, mempengerusikan kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah.
Sebelum setiap mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan, ahliahli Lembaga Pengarah dibekalkan dengan agenda berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dan maklumat di dalam bentuk dan kualiti yang bersesuaian supaya Para Pengarah mempunyai masa yang cukup untuk mengkaji semula perkara-perkara yang akan dibentangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah dan untuk memudahkan Para Pengarah membuat keputusan berdasarkan maklumat.
Para Pengarah sentiasa dikemaskini oleh Setiausaha Syarikat mengenai keperluan-keperluan undang-undang serta regulatori baru berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Para Pengarah atau pelaksanaan tugas mereka sebagai Para Pengarah Syarikat. Setiausaha Syarikat menghadiri kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah dan memastikan rekod yang tepat dan mencukupi mengenai prosiding mesyuarat Lembaga Pengarah dan keputusan-keputusan yang dibuat disimpan dengan baik.
Semua Pengarah mempunyai akses untuk mendapatkan nasihat dan khidmat Setiausaha Syarikat serta mendapatkan khidmat nasihat profesional bebas di atas tanggungan Syarikat, jika perlu.
• Pelantikan ke Lembaga Pengarah
Cadangan pelantikan seorang Ahli baru ke Lembaga Pengarah akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah penuh berdasarkan satu laporan rasmi, yang disediakan oleh Jawatankuasa Pencalonan mengenai keperluan, kelayakan dan pengalaman pengarah yang dicadangkan. Jawatankuasa Pencalonan juga membuat penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat dan mencadangkan pelantikan dan pemilihan semula untuk Para Pengarah yang bersedia dilantik dan dipilih semula di Mesyuarat Agung Tahunan.
Pada mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah mengkaji semula operasi perniagaan Kumpulan dengan menganalisa akaun untung dan rugi dan lembaran imbangan Kumpulan dibandingkan dengan tempoh yang sama sebelumnya.
Lembaga Pengarah juga mengambil maklum akan keputusankeputusan dan isu-isu penting yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko melalui minit-minit mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa tersebut, yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah.
Selain daripada mesyuarat suku tahunan Lembaga Pengarah, mesyuarat ad-hoc Lembaga Pengarah turut diadakan bertujuan untuk meluluskan penyata kewangan suku tahunan Syarikat yang telah pun dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit.
Jawatankuasa Pencalonan keseluruhannya terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan.
Bidang rujukan Jawatankuasa Pencalonan dinyatakan pada muka surat 85.
Minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah diedarkan kepada semua Pengarah untuk penelitian mereka sebelum minitminit tersebut disahkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang berikutnya.
Lembaga Pengarah mempunyai akses yang tidak terhad terhadap maklumat yang berkaitan dengan operasi Kumpulan dalam melaksanakan tugas mereka serta boleh mengarahkan untuk dibekalkan dengan butir-butir atau penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara agenda mesyuarat Lembaga Pengarah.
• Pelantikan Semula dan Pemilihan Semula Para Pengarah
Menurut Seksyen 129(2) Akta Syarikat, 1965, Pengarah yang berumur lebih daripada tujuh puluh (70) tahun akan bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri mereka untuk pelantikan semula dan berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.
L P I
C a p i t a l
B h d
8 3
Penyata Urus Tadbir Korporat
Menurut Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat, satu pertiga (1/3) daripada Para Pengarah atau, jika bilangan mereka bukan dalam gandaan tiga (3), bilangan yang paling hampir dengan satu pertiga (1/3) dengan minimum seorang (1), hendaklah bersara di setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri untuk pemilihan semula. Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah tertakluk kepada pemilihan semula oleh para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya yang diadakan selepas pelantikan mereka.
Jawatankuasa Imbuhan keseluruhannya terdiri daripada Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Imbuhan. Bidang rujukan Jawatankuasa Imbuhan dinyatakan di muka surat 85. Imbuhan bagi setiap Pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 dinyatakan di dalam Nota 22 kepada penyata kewangan di muka surat 172.
IMBUHAN PARA PENGARAH
Imbuhan setiap Pengarah dikaji semula secara tahunan oleh Jawatankuasa Imbuhan. Jawatankuasa Imbuhan mempunyai prosedur yang formal dan telus bagi Lembaga Pengarah penuh meluluskan imbuhan untuk Para Pengarah Eksekutif, berdasarkan prestasi korporat dan individu, dan meluluskan imbuhan Para Pengarah Bukan Eksekutif termasuk Pengerusi Bukan Eksekutif, berdasarkan pengalaman dan tahap tanggungjawab Para Pengarah berkenaan. Setiap Pengarah menahan diri dari keputusan Lembaga Pengarah mengenai pakej imbuhan mereka sendiri. Yuran Para Pengarah diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan oleh para pemegang saham. Para Pengarah dibayar balik perbelanjaan mesyuarat Lembaga Pengarah yang ditanggung.
LATIHAN DAN PENDIDIKAN PARA PENGARAH
Para Pengarah sedia maklum bahawa mereka perlu memperolehi latihan berterusan yang bersesuaian dengan menghadiri seminar dan taklimat bagi meluaskan perspektif mereka dan seiring dengan perkembangan dalam persekitaran perniagaan dan juga keperluan-keperluan regulatori dan undang-undang yang baru. Program-program latihan dan seminar yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 adalah, inter-alia, mengenai bidang yang berkaitan dengan industri insurans, urus tadbir korporat, pengurusan risiko dan laporan kewangan. Butir-butir mengenai latihan yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Tarikh
Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus
30 Januari 2007
Program Latihan mengenai Implikasi Peraturan Perakaunan Baru Utama untuk Bank
28 Mac 2007
Seminar mengenai Kewangan Islam: Konsep, Isu dan Cabaran
31 Julai 2007
Program Latihan mengenai Insentif Cukai, Rejim Pelaporan Perakaunan dan Kewangan dan Kecukupan Modal Berkenaan Perbankan Islam
23 Oktober 2007
Perbincangan dengan Bank Negara Malaysia mengenai Isu-isu Berkenaan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam
31 Oktober 2007
Program Latihan mengenai Tanggungjawab Jawatankuasa Audit
31 Oktober 2007
Program Latihan mengenai Penumpuan Antarabangsa tentang Pengukuran Modal dan Standard Modal
28 November 2007
Program Latihan mengenai Perkembangan Urus Tadbir Korporat Utama
28 November 2007
Program Latihan mengenai Cabaran Jawatankuasa Audit yang Muncul
8 4 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
Tee Choon Yeow Tarikh
Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus
21 Mac 2007
Taklimat mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2006 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2006
27 – 28 Mac 2007
Forum Kewangan Islam Global – Forum Pelabur dan Penerbit
3 April 2007
Taklimat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001
21 Jun 2007
Seminar mengenai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko
12 – 20 Ogos 2007
Program Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Re
Tan Kok Guan Tarikh
Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus
27 – 28 Mac 2007
Forum Kewangan Islam Global – Forum Pelabur dan Penerbit
3 April 2007
Taklimat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001
24 April 2007
Forum Ketua Pegawai Eksekutif MIM
10 – 11 Jun 2007
Seminar Antarabangsa mengenai Penggunaan & Pemasaran ACACIAS
21 Jun 2007
Seminar mengenai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko
21 November 2007
Program Pendidikan Pengarah Kumpulan Tumpuan – Bank Negara Malaysia
Dato’ Yeoh Chin Kee Tarikh
Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus
22 Januari 2007
Taklimat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001
30 Januari 2007
Program Latihan mengenai Implikasi Peraturan Perakaunan Baru Utama untuk Bank
28 Mac 2007
Seminar mengenai Kewangan Islam: Konsep, Isu dan Cabaran
21 Jun 2007
Seminar mengenai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko
31 Oktober 2007
Program Latihan mengenai Tanggungjawab Jawatankuasa Audit
31 Oktober 2007
Program Latihan mengenai Penumpuan Antarabangsa tentang Pengukuran Modal dan Standard Modal
28 November 2007
Program Latihan mengenai Perkembangan Urus Tadbir Korporat Utama
28 November 2007
Program Latihan mengenai Cabaran Jawatankuasa Audit yang Muncul
L P I
C a p i t a l
B h d
8 5
Penyata Urus Tadbir Korporat
Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar Tarikh
Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus
30 Januari 2007
Program Latihan mengenai Implikasi Peraturan Perakaunan Baru Utama untuk Bank
28 Mac 2007
Seminar mengenai Kewangan Islam: Konsep, Isu dan Cabaran
31 Julai 2007
Program Latihan mengenai Insentif Cukai, Rejim Pelaporan Perakaunan dan Kewangan dan Kecukupan Modal Berkenaan Perbankan Islam
31 Oktober 2007
Program Latihan mengenai Tanggungjawab Jawatankuasa Audit
31 Oktober 2007
Program Latihan mengenai Penumpuan Antarabangsa tentang Pengukuran Modal dan Standard Modal
13 November 2007
Seminar mengenai Perkhidmatan & Khidmat Luar yang Dikongsi di dalam Sektor Kewangan
28 November 2007
Program Latihan mengenai Perkembangan Urus Tadbir Korporat Utama
28 November 2007
Program Latihan mengenai Cabaran Jawatankuasa Audit yang Muncul
BIDANG RUJUKAN
iv) Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan (“ESOS”)
Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan adalah seperti berikut:
• Untuk mentadbir ESOS menurut undang-undang kecil ESOS.
Jawatankuasa Lembaga Pengarah
i) Jawatankuasa Pencalonan
v) Jawatankuasa Pengurusan Risiko
• Untuk mencadangkan calon-calon untuk pelantikan ke Lembaga Pengarah.
• Untuk mengkaji semula dan mencadangkan strategi pengurusan risiko, polisi dan ketahanan risiko bagi kelulusan Lembaga Pengarah.
• Untuk melaksanakan penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat.
• Untuk mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi dan rangka kerja pengurusan risiko bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko serta setakat mana risiko tersebut beroperasi secara efektif.
• Untuk mencadangkan penyingkiran Pengarah yang tidak efektif.
Jawatankuasa Pencalonan bermesyuarat jika perlu.
• Untuk memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang mencukupi wujud bagi pengurusan risiko yang efektif iaitu memastikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan risiko menjalankan tugas mereka bebas dari semua aktiviti pengambilan risiko Kumpulan.
ii) Jawatankuasa Imbuhan • Untuk menilai semula dan mempertimbang kuantum yuran tahunan Para Pengarah.
Jawatankuasa Imbuhan bermesyuarat jika perlu.
• Untuk mengkaji semula laporan berkala pengurusan mengenai pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko.
iii) Jawatankuasa Pelaburan • Untuk merumuskan polisi, strategi dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta. • Untuk menilai semula pelaburan Syarikat di dalam saham dan sekuriti hutang swasta dan mengambil langkahlangkah yang perlu untuk mempertingkatkan nilai, keuntungan dan risikonya.
Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat jika perlu.
Jawatankuasa ESOS bermesyuarat jika perlu.
• Untuk melaksanakan lain-lain fungsi berkaitan pengurusan risiko seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah.
Jawatankuasa Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap setengah tahun.
8 6 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
vi) Jawatankuasa Beli Balik Saham
• Untuk memastikan terdapat laporan risiko yang mencukupi dan segera berhubung dengan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum.
• Untuk memastikan bahawa Beli Balik Saham mematuhi mandat yang diberikan kepada Jawatankuasa Beli Balik Saham oleh Lembaga Pengarah bagi menetapkan tarikh pembelian, amaun dan harga saham biasa LPI yang akan dibeli balik.
• Memantau, menilai dan memberi nasihat ke atas komposisi portfolio risiko kredit. • Mengkaji semula laporan proses penilaian semula kredit, kualiti aset dan memastikan tindakan pembetulan diambil.
• Untuk memastikan bahawa saham biasa LPI yang dibeli balik ditahan sebagai Saham Perbendaharaan kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Lembaga Pengarah.
• Memastikan pematuhan terhadap keperluan-keperluan regulatori.
• Untuk memastikan bahawa LPI tetap mampu bayar selepas setiap Beli Balik Saham menurut Seksyen 67A Akta Syarikat 1965, Bahagian IIIA Peraturan Syarikat 1966, dan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities (“Pengisytiharan Mampu Bayar”).
• Untuk seiring dengan pembangunan terkini, domestik dan antarabangsa di dalam industri insurans dan pasaran kewangan. • Untuk menilai kecukupan modal yang tersedia di dalam ekuiti insurans dan pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan seperti yang ditetapkan di dalam Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.
• Untuk merangka pelan dan strategi bagi memastikan pembelian oleh LPI terhadap sahamnya dijalankan dengan cara yang paling efisien.
Jawatankuasa Beli Balik Saham bermesyuarat jika perlu.
• Untuk membangunkan program dan polisi pengurusan risiko khidmat luar bagi kelulusan RMC.
Jawatankuasa Pengurusan
• Untuk menilai kepentingan khidmat luar sedia ada dan yang dijangka, berdasarkan rangka kerja yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
i) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) dalam pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum untuk mencapai objektif perniagaan.
• Melaksanakan polisi dan prosedur khidmat luar yang telah diluluskan.
• Untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko yang kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan kemungkinan pendedahan dan kesan kepada pelan tindakan perniagaan dan pengurusan untuk mengurus risiko ini secara berterusan.
• Penilaian semula berkala bagi polisi dan prosedur khidmat luar yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan berterusannya dalam mengurus risiko khidmat luar. • Untuk menyampaikan maklumat berkaitan risiko khidmat luar penting kepada RMC tepat pada masanya.
• Untuk memantau pembangunan formal polisi pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum yang merangkumi kesemua perniagaan dan aktiviti dan memastikan pembangunan prosedur dan manual. • Untuk menilai dan menaksir kecukupan kawalan untuk mengurus keseluruhan risiko operasi, kewangan dan umum yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan termasuk keselamatan fizikal/ premis. • Untuk mengkaji semula laporan ke atas kes-kes penipuan ketara dan kekurangan di dalam proses pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum.
• Untuk menyelia Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura. • Untuk melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan dengan pengurusan risiko seperti yang telah dipersetujui oleh RMC dan Lembaga Pengarah.
Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap suku tahun.
L P I
C a p i t a l
B h d
87
Penyata Urus Tadbir Korporat
ii) Jawatankuasa Kawalan Kredit
iv) Jawatankuasa Internet
• Untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk seboleh mungkin.
• Untuk memastikan keselamatan, kepakaran dan sumber adalah mencukupi untuk mengendali dan menyelenggara sistem insurans berinternet.
• Untuk memastikan pungutan segera hutang tertunggak, mengenal pasti masalah (contohnya: kekurangan bayaran, pembatalan, perkara tidak dikenal pasti) dan diselesaikan tepat pada masanya.
• Untuk memastikan pelaksanaan perkhidmatan insurans berinternet adalah konsisten dengan objektif strategik dan perniagaan keseluruhan Kumpulan. • Untuk menjalankan pemantauan prestasi produk-produk, perkhidmatan, saluran penghantaran dan proses insurans berinternet.
Jawatankuasa Kawalan Kredit bermesyuarat sebulan sekali.
iii) Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (“IT”) • Memastikan penubuhan pelan pengkomputeran yang efektif bagi Kumpulan selaras dengan objektif korporat dan strategi perniagaan.
v) Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) • Untuk menyediakan satu Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minimum ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku sebarang bencana.
• Kawalan menyeluruh ke atas pelaksanaan pelan dengan memantau dan menilai semula prestasi dan perkembangannya. • Menetapkan belanjawan dalam mana objektif pengkomputeran perlu dicapai dan meluluskan sebarang perbelanjaan yang melebihi had yang telah ditetapkan.
Jawatankuasa BRCP bermesyuarat jika perlu.
• Untuk mewujudkan objektif, polisi dan strategi bagi pengkomputeran Kumpulan.
vi) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”)
• Untuk membangunkan pelan strategik jangka panjang bagi pengkomputeran Kumpulan. • Untuk mewujudkan Pelan IT tahunan yang terperinci.
• Untuk mengkaji semula kaedah-kaedah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan individu di tempat kerja.
• Untuk menetapkan standard bagi:
• Untuk menyiasat sebarang perkara di tempat kerja:
ii) Kitaran Hidup Pembangunan Sistem dan Operasi Penukaran Program; dan
- di mana ahli Jawatankuasa OSH atau individu yang diambil bekerja menganggap sebagai tidak selamat atau merupakan risiko terhadap kesihatan; dan
iii) Keselamatan Komputer.
- di mana ia telah dibawa ke perhatian pihak majikan.
i) Pembelian Perkakasan/ Perisian;
• Cuba menyelesaikan sebarang perkara yang dirujuk untuk siasatan di atas, dan jika gagal berbuat demikian, memohon pihak pengurusan untuk menjalankan satu pemeriksaan ke atas tempat kerja bagi tujuan tersebut.
• Untuk mempertimbangkan pembelian perisian, perkakasan dan semua barangan berkaitan dengan pengkomputeran. • Untuk memantau dan mengkaji semula kemajuan projek yang sedang dijalankan dan pemantauan prestasi akan disesuaikan dengan pelan strategik, pelan tindakan dan belanjawan. • Untuk mengkaji semula dan meluluskan cadangancadangan Projek IT baru.
Jawatankuasa Internet bermesyuarat jika perlu.
Jawatankuasa Pemandu IT mengadakan sekurang-kurangnya enam (6) mesyuarat setahun.
Jawatankuasa OSH bermesyuarat setiap suku tahun.
8 8 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT
Pelaporan Kewangan Para Pengarah mengakui tanggungjawab untuk memastikan bahawa rekod-rekod perakaunan disimpan secara berpatutan dan penyata kewangan disediakan menurut keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965, Akta dan Peraturan-peraturan Insurans 1996 dan arahan-arahan dari Bank Negara Malaysia. Pengeluaran awal laporan tahunan dan pengumuman awal mengenai keputusan suku tahunan ke Bursa Securities mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah untuk memberi penilaian-penilaian yang tepat pada masa, telus dan terkini mengenai prestasi dan prospek Kumpulan. Lembaga Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit bagi memantau proses pelaporan kewangan dan kualiti pelaporan kewangan Kumpulan LPI. Jawatankuasa Audit mengkaji semula integriti penyata kewangan tahunan dan suku tahunan Kumpulan. Jawatankuasa Audit juga membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kesesuaian polisi perakaunan yang digunapakai oleh Kumpulan dan perubahan ke atas polisi-polisi ini. Penyata Tanggungjawab Para Pengarah berhubung dengan penyediaan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit bagi LPI dan Kumpulan LPI dinyatakan di muka surat 133. Kawalan Dalaman Lembaga Pengarah memikul tanggungjawab keseluruhan untuk mengekalkan satu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyediakan jaminan yang munasabah mengenai operasi yang berkesan dan cekap, pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan, serta pematuhan terhadap prosedur-prosedur dan garis panduan dalaman. Kumpulan telah mewujudkan kawalan dalaman, yang merangkumi semua peringkat personel, dan proses perniagaan yang memastikan operasi Kumpulan berkesan dan cekap serta mengawasi aset dan kepentingan para pemegang saham Kumpulan.
Saiz dan kerumitan operasi perniagaan melibatkan penerimaan dan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Keadaan risiko-risiko ini mungkin menimbulkan kerugian yang tidak dijangka atau tidak dapat dielakkan. Sistem kawalan dalaman Kumpulan LPI dibentuk bagi menyediakan jaminan yang munasabah dan bukan jaminan mutlak bagi risiko kesilapan, penipuan dan kerugian besar yang berlaku. Di sepanjang tahun, Jawatankuasa Pengurusan Risiko memastikan bahawa kebertanggungjawaban bagi menguruskan risiko-risiko ketara yang dikenal pasti telah diberikan dengan jelas dan risiko-risiko yang dikenal pasti ini diawasi secara berterusan. Keberkesanan sistem kawalan dalaman Kumpulan dinilai semula secara berkala oleh Jawatankuasa Audit. Jabatan Audit Dalaman memantau pematuhan terhadap polisi dan standard serta keberkesanan sistem kawalan dalaman seluruh Kumpulan LPI. Penyata Kawalan Dalaman yang dinyatakan di muka surat 99 hingga 101 di dalam Laporan Tahunan ini memberi gambaran menyeluruh mengenai kedudukan kawalan dalaman di dalam Kumpulan. Jawatankuasa Audit Pelaporan kewangan dan sistem kawalan dalaman Kumpulan dipantau oleh Jawatankuasa Audit, yang terdiri daripada kesemua dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Komposisi, bidang rujukan dan ringkasan aktiviti Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun kewangan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit di muka surat 102 hingga 105 di dalam Laporan Tahunan ini. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit ditadbir oleh satu piagam yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit bermesyuarat setiap suku tahun. Mesyuarat-mesyuarat tambahan diadakan jika difikirkan perlu. Di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007, sejumlah tujuh (7) mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan. Mesyuarat Jawatankuasa Audit sentiasa diadakan sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini adalah untuk memastikan semua isu-isu kritikal yang ditekankan dapat dibawa ke perhatian
L P I
C a p i t a l
B h d
89
Penyata Urus Tadbir Korporat
Lembaga Pengarah tepat pada masanya. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah bagi makluman dan tindakan oleh Lembaga Pengarah jika perlu. Ketua-ketua Jabatan di Ibu Pejabat dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit bila dianggap perlu oleh Jawatankuasa Audit bagi tujuan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Audit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka. Hubungan dengan Juruaudit Luar Jawatankuasa Audit bermesyuarat dengan juruaudit luar Kumpulan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menilai semula skop dan kecukupan proses-proses audit, penyata kewangan tahunan dan penemuan audit mereka. Jawatankuasa Audit juga bermesyuarat dengan juruaudit luar apabila difikirkan perlu. Perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar termasuk perkhidmatan audit berkanun dan bukan audit. Syarat-syarat pengambilan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula yuran yang dicadangkan untuk perkhidmatan bukan audit dan kemudiannya mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan. Di dalam kajian semula mereka, Jawatankuasa Audit mengambil kira kebebasan dan keobjektifan juruaudit luar bagi memastikan bahawa semua ini tidak akan terkompromi. Butiran mengenai yuran audit perlu dibayar dan yuran bukan audit telah dibayar kepada juruaudit luar dinyatakan di bawah: 2007 RM’000 Yuran Audit perlu dibayar kepada KPMG • Malaysia • Singapura
205 136
Yuran bukan audit telah dibayar kepada KPMG • Malaysia
45
Jumlah
386
Audit Dalaman Kumpulan telah menubuhkan Jabatan Audit Dalaman, yang membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Peranannya adalah untuk memberi laporan yang bebas dan objektif mengenai pengurusan, rekod, polisi perakaunan dan kawalan organisasi kepada Lembaga Pengarah. Audit-audit dalaman merangkumi penilaian ke atas prosesproses di mana risiko-risiko penting dikenal pasti, dinilai dan diuruskan. Audit-audit tersebut juga memastikan kawalan yang dilaksanakan adalah bersesuaian, diguna pakai dengan berkesan dan mencapai pendedahan risiko berpatutan yang konsisten dengan polisi pengurusan risiko Kumpulan. Fungsi audit dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit dan penemuan serta cadangannya disampaikan kepada Lembaga Pengarah. HUBUNGAN DENGAN PARA PEMEGANG SAHAM DAN PELABUR
Kumpulan mengakui kepentingan mengekalkan kebertanggungjawaban dan ketelusan kepada para pemegang sahamnya menerusi perhubungan yang berpatutan dengan para pemegang sahamnya. Syarikat berhubung dengan para pemegang sahamnya menerusi pengagihan laporan tahunan. Kumpulan mengamalkan secara konsisten penyediaan maklumat yang jelas, lengkap dan tepat pada masanya untuk para pemegang saham dan pelaburnya, bagi memudahkan mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Satu saluran penting untuk komunikasi dan dialog dengan para pemegang saham adalah Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) Syarikat. Semua pemegang saham digalakkan menghadiri AGM Syarikat dan mengambil bahagian di dalam prosiding. Saranansaranan para pemegang saham yang diterima di Mesyuarat Agung Tahunan akan dikaji semula dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan, jika difikirkan wajar. Setiap peluang diberikan kepada para pemegang saham untuk mengajukan soalan dan mendapatkan penjelasan mengenai prestasi Syarikat dan Kumpulan. Kumpulan juga menyediakan satu ringkasan eksekutif mengenai laporan tahunannya, yang menekankan maklumat kewangan dan korporat utama serta analisis lembaran imbangan dan penyata pendapatan, bertujuan untuk menyediakan akses mudah kepada para pemegang saham dalam mendapatkan maklumat.
9 0 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Urus Tadbir Korporat
Pengagihan maklumat yang cepat dan tepat pada masanya adalah penting bagi para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Semua pengumuman yang memerlukan pengeluaran segera sebagaimana ditetapkan oleh Bursa Securities telah pun dipatuhi. Kumpulan telah berusaha untuk pengeluaran awal laporan tahunannya dan secara konsisten mengeluarkan keputusan suku tahunannya lebih awal dari tarikh akhir yang ditetapkan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities seperti yang dinyatakan di bawah: Pengeluaran Laporan Tahunan
Tarikh Keluaran
Bilangan Hari Selepas Tahun Berakhir
Tarikh Akhir Yang Ditetapkan Bursa Securities
Laporan Tahunan 2004
27 Januari 2005
27
30 Jun 2005
Laporan Tahunan 2005
18 Januari 2006
18
30 Jun 2006
Laporan Tahunan 2006
10 Januari 2007
10
30 Jun 2007
Laporan Tahunan 2007
23 Januari 2008
23
30 Jun 2008
Bilangan Hari Selepas Suku Berakhir
Tarikh Akhir Yang Ditetapkan Bursa Securities
Pengeluaran Keputusan Suku Tahunan Bagi Tahun 2007
Tarikh Keluaran Suku Pertama
5 April 2007
5
31 Mei 2007
Suku Kedua
4 Julai 2007
4
31 Ogos 2007
Suku Ketiga
9 Oktober 2007
9
30 November 2007
Suku Keempat
14 Januari 2008
14
29 Februari 2008
Kumpulan secara konsisten telah berjaya mengeluarkan laporan tahunan dan keputusan kewangan suku tahunannya lebih awal walaupun terdapat keperluan regulatori, yang perlu dipatuhi, termasuk tahap pendedahan maklumat kewangan ketara yang lebih tinggi. Ketersediaan maklumat yang segera dan tepat pada masanya dengan jelas meningkatkan nilai maklumat tersebut kepada para pemegang saham dan pelabur serta mencerminkan ketelusan berstandard tinggi di dalam Kumpulan. Kumpulan juga telah menyediakan satu laman web (www.lonpac.com) di mana para pemegang saham dapat mengakses semua maklumat korporat dan kewangan. Pengumuman keputusan suku tahunan dan tahunan Kumpulan serta sidang akhbar juga disiarkan di laman web untuk menggalakkan pengagihan pendedahan korporat dan kewangan yang lebih luas kepada masyarakat umum. Pengerusi dan Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab memberikan penjelasan tentang isu-isu yang mungkin dibangkitkan oleh para pemegang saham di mesyuarat-mesyuarat agung Syarikat dan mereka bersedia untuk menjelaskan setiap perkara atau pertanyaan dari para pemegang saham.
L P I
C a p i t a l
B h d
9 1
Penyata Urus Tadbir Korporat
Aktiviti Hubungan Pelabur seperti mesyuarat-mesyuarat dengan pengurus dana dan penganalisis serta wawancara dengan pihak akhbar dihadiri oleh Pengarah-pengarah Eksekutif bagi menjelaskan strategi, prestasi dan pembangunan utama Kumpulan:Hubungan Utama bagi Perkara Berkaitan Pelabur Tee Choon Yeow Pengarah
Encik Tee telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1991. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif LPI.
Butir Hubungan Nombor telefon: (03) 2262 8688 Emel:
[email protected]
Encik Tee memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Canterbury, New Zealand. Beliau merupakan seorang Akauntan Berkanun dari Institute of Chartered Accountants, New Zealand dan Institut Akauntan Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Lonpac Insurance Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.
Tan Kok Guan Pengarah
Encik Tan telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1996. Beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif LPI.
Butir Hubungan Nombor telefon: (03) 2262 8633 Emel:
[email protected]
Encik Tan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hawaii. Beliau juga adalah seorang Penanggung Insurans Berkanun bagi Chartered Insurance Institute di London dan seorang Ahli Bersekutu bagi Institut Insurans Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi bagi Lonpac Insurance Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.
Penyata Urus Tadbir Korporat ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 14 Januari 2008.
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Pengerusi
92 L
P I
C a p i t a l
B h d
Pengurusan Risiko
Di persekitaran kewangan dan ekonomi hari ini, pengurusan risiko telah menjadi salah satu faktor kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Kumpulan yang berada di dalam industri insurans, secara utamanya terletak di dalam perniagaan berisiko dan beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang kerap berubah dengan risiko yang pelbagai. Lembaga Pengarah mengakui akan kepentingan pengurusan risiko yang efektif bagi mencapai perkembangan keuntungan yang boleh dikekalkan dan penambahan nilai pemegang saham yang berterusan.
Sebuah Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) juga telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Cawangan Singapura dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan. WRMCS juga dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac.
Lembaga Pengarah, dengan bantuan pihak pengurusan, telah melaksanakan proses-proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan yang menetapkan strategi perniagaan keseluruhan dan falsafah pengurusan risiko am. Bahagian utama risiko di mana aktiviti Kumpulan terdedah adalah risiko operasi, risiko kewangan dan risiko am. Semua risiko yang dikenalpasti dikendalikan dengan menyeluruh dan diuruskan dengan langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang diwujudkan. Kawalan dipantau secara konstan dan dikaji semula sejajar dengan keinginan dan strategi risiko Kumpulan, dengan mengambil kira perubahan dalam keadaan pasaran perniagaan, produk dan amalan terbaik pengurusan risiko.
Peranan Jawatankuasa Audit yang disokong oleh Jabatan Audit Dalaman, adalah untuk memberi penilaian bebas mengenai kecukupan dan kebolehpercayaan proses-proses pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan ke atas polisi-polisi risiko, undang-undang dan garis panduan dalaman dan regulatori.
RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO KESELURUHAN
Rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan telah dibentuk dengan penekanan kepada operasi insurans sebagai perniagaan teras Kumpulan oleh salah sebuah syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”). Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah untuk membimbing proses pengurusan risiko dalam mengenal pasti risiko perniagaan utama dan memastikan pelaksanaan sistem yang bersesuaian untuk mengurus risiko ini. RMC disokong oleh Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) Lonpac. WRMC, yang diketuai oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risikorisiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan.
Struktur RMC Kumpulan digambarkan di dalam carta di bawah: Lembaga Pengarah
Jawatankuasa Pengurusan Risiko
Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (Lonpac)
Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (Lonpac)
Jawatankuasa Audit
L P I
C a p i t a l
B h d
93
Pengurusan Risiko
BAHAGIAN RISIKO
Bahagian-bahagian utama risiko di mana aktiviti-aktiviti Kumpulan terdedah adalah seperti berikut: DIVISYEN SOKONGAN
• • • • • • • •
DIVISYEN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Penajaan Jamin Insurans Semula Tuntutan Akaun & Kewangan Sumber Manusia Teknologi Maklumat Perkhidmatan Pelanggan Pematuhan
• • • • •
Agensi Institusi Kewangan Broker NIPPONKOA Cawangan-cawangan
Risiko Operasi
Risiko Kewangan
Risiko Am
Risiko gangguan operasi yang disebabkan oleh kegagalan sistem dan kemudahan
Risiko gangguan kewangan yang disebabkan oleh risiko kredit, risiko kecairan, risiko pelaburan dan juga ketidakstabilan dalam kadar faedah dan pertukaran mata wang asing
Risiko-risiko berkaitan dengan risiko sumber manusia, operasi fizikal dan reputasi
• • • • •
• • • • •
• Risiko Personel • Risiko Operasi Fizikal • Risiko Reputasi
Risiko Penajaan Jamin Risiko Pembangunan Perniagaan Risiko Tuntutan Risiko Teknologi Maklumat (“IT”) Risiko Internet
Risiko Kredit Risiko Kecairan Risiko Pelaburan Risiko Kadar Faedah Risiko Pertukaran Mata Wang Asing
RISIKO OPERASI
Risiko Penajaan Jamin Risiko Penajaan Jamin adalah berkaitan dengan yang berikut: • m enerima atau memberi perlindungan ke atas risiko yang ditolak atau tidak diterima oleh triti atau tempoh insurans yang diundur tarikh dan melebihi penahanan organisasi • berurusniaga dengan penginsurans semula yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah dan mempunyai reputasi yang tidak baik dalam penyelesaian tuntutan • pembahagian dan kawalan buku nota perlindungan yang salah • kontrak triti yang tidak dirangka dengan baik • pemilihan dan pelantikan broker penginsurans semula yang salah • penempatan penginsurans semula fakultatif yang salah
94 L
P I
C a p i t a l
B h d
Pengurusan Risiko
Risiko Penajaan Jamin juga merangkumi risiko pemprosesan, kehilangan fizikal atau risiko kerosakan, risiko moral, risiko sumber manusia, risiko pelanggaran garis panduan regulatori, risiko pembangunan produk baru dan risiko pengubahan wang haram serta pembiayaan pengganas. Risiko pemprosesan timbul hasil daripada gangguan atau kegagalan sistem operasi IT yang disebabkan oleh kerosakan sistem, kekurangan atau ketiadaan sokongan sistem dan gangguan bekalan tenaga; kerosakan pada perisian dan perkakasan dengan niat jahat; kesilapan memfail yang mengakibatkan salah letak atau kehilangan dokumen; dan kesilapan memasukkan data yang menyebabkan dokumentasi tidak tepat, penduaan dokumen dan kemasukan berganda. Risiko kehilangan fizikal atau risiko kerosakan adalah berkaitan dengan kerosakan pada dokumen, peralatan pejabat dan premis pejabat (termasuk pejabat-pejabat cawangan) akibat bencana seperti kebakaran, banjir, letupan, bangunan runtuh, halangan pada kemasukan, kerosakan dengan niat jahat, kecurian dan kerosakan impak. Risiko moral timbul daripada penipuan yang mengakibatkan data palsu, tandatangan yang tidak sah dalam polisi dan nota perlindungan dan pelanggaran kerahsiaan yang mengakibatkan maklumat disampaikan kepada pesaing. Risiko sumber manusia merujuk kepada pemberhentian, perletakan jawatan dan sakit berpanjangan di kalangan kakitangan penting, integriti kakitangan di dalam pendedahan maklumat sulit kepada pesaing dan tahap kecekapan kakitangan. Risiko pelanggaran garis panduan regulatori adalah berkaitan dengan pelanggaran garis panduan yang dikeluarkan oleh badanbadan regulatori seperti Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”), Monetary Authority of Singapore (“MAS”) dan Persatuan Insurans Am Singapura (“GIAS”) yang mungkin mengakibatkan denda dikenakan ke atas organisasi. Risiko pembangunan produk baru timbul daripada pengabaian atau ketidakcekapan kakitangan dan ketidakcukupan kajian pasaran ketika melancarkan produk-produk baru yang mungkin
akan mengakibatkan peningkatan dalam nisbah tuntutan, yang memberi kesan ke atas reputasi Kumpulan dan mendedahkan kepada risiko ketidakpatuhan terhadap undang-undang berkaitan. Risiko pengubah wang haram dan pembiayaan pengganas merujuk kepada keadaan di mana Kumpulan dijadikan sebagai platfom oleh penjenayah dan pengganas bagi kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas mereka. Risiko Pembangunan Perniagaan Risiko Pembangunan Perniagaan memberi kesan kepada imej dan reputasi Kumpulan akibat kurang perhatian, kurang maklumat produk dan perkhidmatan personel yang kurang bermutu yang mengakibatkan masyarakat umum kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi. Risiko Tuntutan Risiko Tuntutan merangkumi kelewatan menyelesaikan tuntutan, tuntutan palsu dan kurang ketepatan dan ketidakcukupan peruntukan rizab tuntutan yang timbul daripada prosedurprosedur ketinggalan zaman dan membebankan, kakitangan tidak cekap dan kesilapan manusia. Risiko IT Risiko IT merangkumi gangguan ke atas operasi Kumpulan, yang timbul daripada kerosakan sistem, atau ketiadaan sokongan dan keselamatan sistem, masalah undang-undang atau peraturan akibat dari ketidakpatuhan atau pelanggaran undang-undang, dan keputusan perniagaan yang kurang baik atau pelaksanaan keputusan yang tidak sesuai yang menjejaskan perbelanjaan modal dan tidak mampu mencapai kehendak organisasi. Risiko Internet Risiko Internet merangkumi aspek utama keselamatan seperti kerahsiaan data, integriti data, pengesahan pengguna, ketidakpenyangkalan urusniaga dan kawalan kemasukan. RISIKO KEWANGAN
Risiko Kredit Risiko Kredit mewakili kerugian yang boleh dikenal pasti jika pihak-pihak berkaitan yang berurusniaga dengan insurans, insurans semula dan pelaburan gagal melaksana seperti yang dijanjikan.
L P I
C a p i t a l
B h d
9 5
Pengurusan Risiko
Risiko Kecairan Risiko Kecairan timbul daripada ketidakupayaan Kumpulan untuk memenuhi obligasi kewangan apabila tiba masanya. Risiko Pelaburan Risiko Pelaburan timbul daripada ketidakstabilan di dalam harga pasaran ekuiti. Risiko kredit pelaburan merujuk kepada kebolehan pengeluar atau pihak berkaitan untuk membuat bayaran faedah, pokok dan perolehan daripada realisasi pelaburan tepat pada masanya. Risiko Kadar Faedah Risiko Kadar Faedah merujuk kepada perubahan di dalam pendapatan faedah hasil daripada ketidakstabilan dalam kadar faedah dalam deposit tetap dan lain-lain sekuriti faedah tetap. Risiko Pertukaran Mata Wang Asing Risiko Pertukaran Mata Wang Asing merujuk kepada risiko yang timbul daripada ketidakstabilan di dalam kadar pertukaran mata wang asing.
RISIKO AM
Risiko Personel Risiko Personel merujuk kepada risiko kehilangan personel berfungsi utama yang memberi kesan langsung kepada perjalanan berterusan perniagaan Kumpulan. Risiko Operasi Fizikal Risiko Operasi Fizikal memberi kesan kepada kesinambungan Kumpulan dalam mengendalikan perniagaan ketika berlaku bencana. Risiko Reputasi Risiko Reputasi memberi kesan kepada reputasi Kumpulan apabila kenyataan tanpa kebenaran Kumpulan dibuat kepada masyarakat umum tanpa sebarang kelulusan daripada Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif. PROSES PENGURUSAN RISIKO
Kumpulan telah membentuk satu pendekatan berstruktur di dalam rangka kerja pengurusan risikonya yang mengandungi lapan (8) fasa yang dibahagikan kepada empat (4) peringkat yang jelas seperti dinyatakan di bawah:
SATU PENDEKATAN RASMI
Fasa 1 Perancangan & Kawalan
PERINGKAT A
Fasa 2 Mengenal pasti Proses Perniagaan Teras & Sistem Misi-Kritikal Sokongan PERINGKAT B
Fasa 4 Membuat Penilaian Risiko & Kesan
PERINGKAT C
Fasa 5 Membentuk Langkah-langkah Kawalan & Pengawasan Fasa 6 Mendokumen Manual Pengurusan Risiko
PERINGKAT D
Fasa 7 Membentuk & Memulakan Program Latihan Fasa 8 Penyelenggaraan Manual Pengurusan Risiko
Fasa 3 Mengenal pasti Risiko
9 6 L
P I
C a p i t a l
B h d
Pengurusan Risiko
Proses-proses pengurusan risiko utama bagi setiap fasa adalah seperti berikut: PERINGKAT A
Fasa 4 – Membuat Penilaian Risiko Dan Kesan • Menilai setiap risiko yang dikenal pasti di Fasa 3 untuk menentukan tahap kesan dan kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut di dalam kategori berikut:
Fasa 1 – Perancangan Dan Kawalan • Menubuhkan WRMC dan WRMCS yang terdiri daripada wakil daripada pelbagai jabatan, iaitu Penajaan Jamin, Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun dan Kewangan, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Pematuhan dan Audit Dalaman. Struktur pelaporan WRMC dan WRMCS dinyatakan di muka surat 92.
Bahaya
Sederhana
Kurang Bahaya
Rendah
• Pemetaan Risiko digunakan untuk menentukan cara terbaik untuk memfokuskan sumber-sumber bagi memaksimumkan pulangan dan meminimumkan risiko menerusi pengurusan risiko seperti yang digambarkan di bawah:
Tahap Kesan
Fasa 2 – Mengenal Pasti Proses Perniagaan Teras Dan Sistem Misi-Kritikal Sokongan • Mengenal pasti operasi penajaan jamin sebagai perniagaan teras Kumpulan manakala sistem misi-kritikal sokongan adalah operasi Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun dan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Sumber Manusia.
Tinggi
Sangat Bahaya
• Risiko-risiko Kumpulan dikumpulkan kepada perspektif Operasi, Kewangan dan Am serta memberi fokus kepada usaha perancangan ke atas risiko berkaitan proses perniagaan teras yang kritikal.
Sangat Bahaya
Keutamaan Sederhana
Keutamaan Tinggi
Keutamaan Tinggi
Bahaya
• Mentakrifkan tugas dan tanggungjawab bagi setiap ahli WRMC dan WRMCS.
Tahap Kemungkinan Berlaku Risiko
Keutamaan Rendah
Keutamaan Sederhana
Keutamaan Tinggi
Kurang Bahaya
• Mentakrifkan Bidang Rujukan bagi WRMC dan WRMCS.
Tahap Kesan
Keutamaan Rendah
Keutamaan Rendah
Keutamaan Sederhana
Rendah
Sederhana
Tinggi
PERINGKAT B
Fasa 3 – Mengenal Pasti Risiko • Menganalisis ancaman berkemungkinan (dalaman dan luaran) ke atas perniagaan Kumpulan akibat berlakunya risiko operasi, kewangan dan am.
Kemungkinan Berlaku Risiko Keutamaan Tinggi = Fokus Utama Keutamaan Sederhana = Fokus Sederhana Keutamaan Rendah = Fokus Minima
L P I
C a p i t a l
B h d
97
Pengurusan Risiko
• Objektif mengkategorikan tahap kesan serta kemungkinan berlaku risiko adalah untuk mengutamakan perlindungan bagi komponen-komponen perniagaan teras Kumpulan yang berkemungkinan terjejas teruk oleh risiko yang dikenal pasti.
PERINGKAT D
Fasa 7 – Membentuk Dan Memulakan Program Latihan • Membentuk dan memulakan program merangkumi perkara-perkara berikut:
latihan
PERINGKAT C
i. Struktur Pengurusan Risiko dan Bidang Rujukan
Fasa 5 – Membentuk Langkah-langkah Kawalan Dan Pengawasan
ii. Tanggungjawab Tertentu bagi Pelbagai Kumpulan
• Membentuk langkah-langkah kawalan dan pengawasan bagi setiap bidang risiko yang dikenal pasti bagi melawan kesan daripada risiko tersebut. Fasa 6 – Mendokumen Manual Pengurusan Risiko • Langkah-langkah kawalan dan pengawasan hasil daripada analisis dalam Fasa-fasa 3, 4 dan 5 diterjemahkan kepada kawalan standard dan prosedur-prosedur operasi ke dalam Manual Pengurusan Risiko.
bagi
iii. Penilaian Risiko dan Kesan iv. Langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan Fasa 8 – Penyelenggaraan Manual Pengurusan Risiko • Mengkaji semula dan mengemas kini Manual Pengurusan Risiko bagi perubahan berterusan dalam profil risiko. • Penilaian semula tahunan atas Manual Pengurusan Risiko akan diadakan bagi memastikan penyempurnaan profil risiko dan pengurusan risiko.
9 8 L
P I
C a p i t a l
B h d
Kod Etika, Integriti dan Amanah Kumpulan LPI menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”) beroperasi di dalam satu industri di mana integriti dan amanah adalah sangat penting. Kepercayaan dan keyakinan para pelanggan dan masyarakat umum terhadap Lonpac adalah sangat penting terhadap pertumbuhan dan kejayaan Kumpulan. Kumpulan berusaha gigih dengan penuh minat untuk beroperasi dengan integriti dan kebolehpercayaan bagi mewujudkan kepercayaan dan keyakinan di dalam Kumpulan. Tambahan lagi, langkah-langkah telah diambil untuk melindungi integriti dan kredibiliti Kumpulan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko reputasi akibat daripada perlakuan tidak beretika atau penipuan oleh kakitangan Kumpulan. Kumpulan mengakui bahawa kakitangan memainkan peranan penting dalam membina perniagaan yang diyakini dan mempunyai reputasi di mata masyarakat umum. Kumpulan telah dan akan terus mengambil inisiatif-inisiatif proaktif dalam memastikan kakitangan mempunyai nilai dan prinsip, serta melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut standard yang konsisten dengan harapan pelanggan dan masyarakat umum. Perlakuan boleh diterima yang diharapkan daripada kakitangan Kumpulan telah diformalisasikan dalam bentuk kod dan dasardasar yang jelas dan didokumenkan. Ini merupakan bahagian yang kritikal dalam membina budaya amanah dan berintegriti dalam perlakuan dan tingkahlaku kakitangan. Kod dan dasardasar sedemikian termasuklah Kod Etika, Polisi Pencegahan Penipuan dan Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan. KOD ETIKA
Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”) telah menerbitkan garis panduan untuk menggalakkan standard perlakuan yang betul serta amalan yang berpatutan dan berhemat di antara syarikat-syarikat insurans am. Di dalam operasi insurans hari ini, adalah penting bagi peraturan etika sebegini dikodifikasikan dan diterbitkan sebagai garis panduan bertulis bagi menggalakkan dan mengekalkan standard etika yang seragam. Lonpac telah mengkodifikasikan peraturan etika yang penting di dalam Buku Panduan Tatatertib Kakitangan yang memberi penumpuan terhadap 5 prinsip utama: • Mengelak percanggahan kepentingan • Mengelak salah guna kedudukan untuk kelebihan/ faedah/ layanan keutamaan sendiri dalam apa jua cara • Mengelak salah guna maklumat bagi keuntungan sendiri atau tujuan lain selain daripada yang diperlukan Syarikat • Mengawasi integriti rekod dan urusniaga • Mengawasi kerahsiaan
POLISI PENCEGAHAN PENIPUAN
Lonpac mempunyai satu Polisi Pencegahan Penipuan yang diformalisasikan bagi mencegah dan mengesan aktiviti penipuan dan pemalsuan. Polisi Pencegahan Penipuan ini menetapkan bahawa kakitangan bertanggungjawab dalam mencegah dan mengesan penipuan, penyalahgunaan dan lain-lain penyelewengan. Selain itu, Polisi Pencegahan Penipuan ini turut menetapkan prosedur untuk melaporkan penemuan penipuan dan memberi amaran kepada kakitangan mengenai tindakan disiplin terhadap pelaku penipuan. Bank Negara Malaysia (“BNM”) mengkehendaki penanggung insurans berlesen untuk melaporkan semua kes-kes penipuan dan penggelapan wang serta perlanggaran kod etika dan amalan. Bermula 1 November 2000, penanggung insurans berlesen dikehendaki menghantar laporan, jika ada menerusi Sistem Pengkalan Data Maklumat Penipuan (“FIDS”) BNM. POLISI PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBANTERASAN PEMBIAYAAN KEGANASAN
Lembaga Pengarah Lonpac telah meluluskan Manual Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (“AML/CFT”) di mana berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, 2001 dan Garis panduan untuk AML/ CFT, yang dikeluarkan oleh BNM. Manual AML/CFT merangkumi: • Definisi Pengubahan Keganasan
Wang
Haram
dan
Pembiayaan
• Langkah-langkah AML/CFT seperti berikut: - Polisi Penerimaan Pelanggan - Ketekunan Wajar Pelanggan - Penyimpanan Rekod - Pemantauan Berterusan - Melaporkan Urusniaga yang Mencurigakan • Contoh-contoh urusniaga yang mencurigakan Terdapat sistem komunikasi untuk memaklumkan kepada kakitangan dengan segera mengenai perubahan dalam menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Sebahagian daripada komunikasi ini adalah latihan. Latihan diadakan untuk kakitangan bagi menggalakkan kefahaman terhadap tanggungjawab fundamental mereka dalam mematuhi prosedur verifikasi pelanggan dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan. Lonpac sentiasa memberi perhatian dan melakukan, sedaya upaya dan seberapa praktikal yang mungkin untuk melindungi dirinya daripada terlibat dengan pengubah wang haram dan pembiaya pengganas.
L P I
C a p i t a l
B h d
9 9
Penyata Kawalan Dalaman Lembaga Pengarah mengiktiraf kepentingan sistem kawalan dalaman yang cekap bagi melindungi pelaburan para pemegang saham dan aset-aset Kumpulan. Penyata Kawalan Dalaman oleh Lembaga Pengarah menghuraikan bentuk dan skop kawalan dalaman Kumpulan di sepanjang tahun. TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH
Lembaga Pengarah mengesahkan tanggungjawab keseluruhannya ke atas sistem kawalan dalaman Kumpulan. Ini termasuk mengkaji kecukupan dan integriti kawalan kewangan, operasi dan pematuhan dan prosedur-prosedur pengurusan risiko. Memandangkan terdapat batas-batas yang wujud di dalam mana-mana sistem kawalan dalaman, sistem ini diwujudkan lebih kepada untuk mengurus risiko-risiko Kumpulan dalam profil risiko yang boleh diterima, daripada menghapuskan risiko kegagalan bagi mencapai polisi dan objektif perniagaan Kumpulan. Oleh itu, ia hanya boleh memberi jaminan yang munasabah tetapi tidak mutlak terhadap salah nyata penting ke atas maklumat pengurusan dan kewangan dan rekod atau terhadap kerugian kewangan atau penipuan. Berikutan dari penerbitan Penyata Kawalan Dalaman: Garis Panduan bagi Para Pengarah Syarikat-syarikat Tersenarai Awam (“Panduan Kawalan Dalaman”), Lembaga Pengarah mengesahkan bahawa terdapat satu proses mengenal pasti, menilai dan menguruskan risiko penting yang dihadapi oleh Kumpulan. Proses ini termasuk mengemas kini sistem kawalan dalaman apabila terdapat perubahan kepada persekitaran perniagaan atau garis panduan regulatori, yang telah dikaji semula oleh Lembaga Pengarah dan selaras dengan Panduan Kawalan Dalaman. Lembaga Pengarah berpendapat bahawa sistem kawalan dalaman yang disediakan bagi tahun dalam tinjauan dan sehingga tarikh kelulusan laporan tahunan dan penyata kewangan adalah kukuh dan mencukupi untuk melindungi pelaburan pemegangpemegang saham, kepentingan pelanggan, pihak regulatori dan kakitangan, serta aset Kumpulan. Lembaga Pengarah juga dibantu oleh pihak pengurusan dalam pelaksanaan dasar dan prosedur Lembaga Pengarah mengenai risiko dan kawalan dengan mengenal pasti dan menilai risiko yang dihadapi, dan dalam pembentukan, operasi dan pemantauan kawalan dalaman yang bersesuaian untuk mengurangkan dan mengawal risiko-risiko ini.
RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO
Lembaga Pengarah menyokong sepenuhnya kandungan Panduan Kawalan Dalaman dan dengan bantuan pihak pengurusan, telah melaksanakan proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan. Perniagaan teras Kumpulan merupakan penajaan jamin perniagaan insurans am oleh salah sebuah syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”). Oleh itu, rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan telah dibentuk dengan penumpuan ke atas operasi insurans. Proses formalisasi rangka kerja pengurusan risiko telah diperkukuhkan dengan inisiatif-inisiatif berikut: • Satu Jawatankuasa Pengurusan Risiko telah ditubuhkan untuk mendorong proses pengurusan risiko dalam mengenal pasti risiko utama perniagaan dan memastikan pelaksanaan sistem yang bersesuaian untuk mengurus risiko ini. Jawatankuasa Pengurusan Risiko disokong oleh Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) Lonpac. • WRMC, yang diketuai oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Risiko mengenai risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan pendedahan yang berkemungkinan serta kesan ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko ini secara berterusan. • Satu Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan pendedahan yang berkemungkinan serta kesan ke atas perniagaan Lonpac cawangan Singapura dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko ini secara berterusan. WRMCS juga dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac. • Profil risiko Kumpulan yang digabungkan dan manual pengurusan risiko telah disediakan. • Butir-butir proses pengurusan risiko dinyatakan di dalam Pengurusan Risiko pada muka surat 92 hingga 97.
1 0 0 L
P I
C a p i t a l
B h d
Penyata Kawalan Dalaman
PROSES KAWALAN DALAMAN UTAMA
Proses-proses kawalan dalaman utama Kumpulan termasuk yang berikut: • Terdapat satu struktur organisasi dengan penetapan bidang tanggungjawab dan delegasi bidang kuasa yang formal untuk memastikan pengenalpastian akauntabiliti dan pembahagian tugas yang berpatutan. • Polisi dan prosedur operasi, yang menggabungkan kehendak regulatori dan dalaman, yang dihuraikan di dalam bentuk pekeliling kepada pihak pengurusan tengah dalam semua jabatan dan dikemas kini dari masa ke semasa. • Terdapat had kuasa operasi yang dikenakan ke atas pengarah eksekutif dan pihak pengurusan di dalam Kumpulan berhubung dengan operasi harian, yang merangkumi penajaan jamin berkenaan penerimaan risiko, penyelesaian tuntutan dan pembelian aset tetap. • Program triti memastikan terdapat sebaran syarikat penginsurans semula yang berpatutan dengan penarafan terjamin daripada agensi penarafan yang diiktiraf. Keselamatan triti syarikat penginsurans semula dikaji semula dengan ketat setiap tahun. • Setiap tahun pihak pengurusan mengemukakan pelan perniagaan dan belanjawan berserta projeksi enam (6) tahun untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah mengkaji semula akaun pengurusan bulanan, yang dibandingkan dengan belanjawan dan keputusan tahun sebelumnya untuk menilai prestasi. Sebarang kekurangan akan diperbaiki dan diambil tindakan dari masa ke semasa. • Pengeluaran awam laporan suku tahunan dibuat setelah dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. • Mesyuarat pengurusan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif diadakan dengan kerap untuk mengkaji semula prestasi kewangan, pembangunan perniagaan dan membincangkan isu-isu pengurusan dan korporat.
• Jawatankuasa Pelaburan bertanggungjawab merumuskan polisi, strategi serta membuat penilaian semula ke atas perkara berhubung dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta. • Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menetapkan pelan pengkomputeran yang efektif, memberi kebenaran ke atas perbelanjaan berkaitan Teknologi Maklumat (“IT”) yang melebihi had yang telah ditetapkan dan memantau kemajuan projek yang telah diluluskan. • Kehendak kawalan dalaman turut disertakan di dalam sistem berkomputer. • Jawatankuasa Internet dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan perkhidmatan insurans berinternet adalah konsisten dengan strategi dan objektif perniagaan keseluruhan Kumpulan, bagi menentukan bahawa terdapat kawalan keselamatan, kepakaran dan sumber-sumber yang mencukupi untuk mengendalikan dan mengekalkan sistem insurans berinternet, dan menjalankan pemantauan prestasi produk insurans, perkhidmatan, saluran penghantaran dan proses berinternet. Jawatankuasa ini juga memantau pengurusan risiko perkhidmatan insurans berinternet dan kemudiannya melaporkan kepada WRMC. • Mesyuarat Pembangunan Perniagaan – Divisyen Agensi dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif dan diadakan dengan kerap untuk mengkaji prestasi Divisyen Agensi dan membincangkan tentang pembangunan pasaran serta isu-isu teknikal dan operasi. • Jawatankuasa Kawalan Kredit dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif dan diwakili oleh Ketua Divisyen-divisyen Pembangunan Perniagaan dan Jabatan Akaun dan Kewangan. Mesyuarat bulanan diadakan dengan objektif untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk.
L P I
C a p i t a l
B h d
1 0 1
Penyata Kawalan Dalaman
• Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyediakan BRCP bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minima ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku bencana. BRCP bagi Lonpac cawangan Singapura dikaji semula oleh WRMCS. • Manual BRCP dirumuskan untuk memastikan bahawa Kumpulan tidak mengalami gangguan material ke atas sistem, proses atau operasinya, atau kerosakan material ke atas asetnya apabila berlaku bencana. Manual BRCP yang berasingan telah dirumuskan untuk cawangan Singapura. BRCP diuji pada setiap tahun termasuk ujian untuk cawangan Singapura. Ujian BRCP diperhatikan oleh Jabatan Audit Dalaman untuk mengenal pasti sebarang kekurangan yang diperhatikan di sepanjang ujian. • Program latihan dan pembangunan dijalankan bagi mempertingkatkan kecekapan kakitangan dan mengekalkan budaya yang peka terhadap kawalan risiko. • Latihan untuk ejen kerap diadakan bagi mempertingkatkan kecekapan dan pengetahuan teknikal mereka supaya dapat menguruskan risiko dengan lebih baik dalam membangunkan rangkaian agensi. • Terdapat garis panduan yang bersesuaian dalam Kumpulan bagi pengambilan dan pemberhentian kakitangan, dan terdapat penilaian prestasi tahunan untuk memastikan kakitangan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. • Terdapat fungsi Audit Dalaman untuk membolehkan Jawatankuasa Audit menjalankan fungsinya dengan berkesan. Jabatan Audit Dalaman mengawasi pematuhan dengan polisi dan prosedur serta keberkesanan sistem kawalan dalaman dan mengutarakan penemuan-penemuan penting berkaitan dengan sebarang ketidakpatuhan. Audit dijalankan ke atas semua jabatan Ibu Pejabat dan cawangan, yang mana kekerapannya ditentukan oleh tahap risiko yang dinilai, untuk memberi laporan yang bebas dan objektif ke atas aktiviti
operasi dan pengurusan jabatan Ibu Pejabat dan cawangan. Penemuan-penemuan audit dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk dipertimbangkan dan kehendak Jawatankuasa Audit ke atas langkah-langkah pembetulan akan disampaikan kepada ketua jabatan dan cawangan berkenaan. Pelan Tahunan Audit Dalaman dikaji semula dan diluluskan oleh Jawatankuasa Audit. Ringkasan fungsi audit dalaman dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 105. • Jawatankuasa Audit Kumpulan mengkaji semula sebarang isu-isu kawalan dalaman yang dikenal pasti oleh Jabatan Audit Dalaman, juruaudit luar, pihak berkuasa regulatori dan pihak pengurusan, dan menilai kecukupan dan keberkesanan sistem-sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula fungsi-fungsi audit dalaman dan kualiti audit dalaman. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah secara berkala. Butir-butir lanjut mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Audit Kumpulan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit pada muka surat 104 dan 105. PENYEMAKAN SEMULA PENYATA OLEH JURUAUDIT LUAR
Juruaudit luar telah menyemak semula Penyata Kawalan Dalaman ini untuk disertakan di dalam laporan tahunan Kumpulan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 dan telah melaporkan kepada Lembaga Pengarah bahawa tiada sebarang perkara yang sampai ke perhatian mereka yang boleh menyebabkan mereka menganggap bahawa penyata ini tidak konsisten dengan kefahaman mereka mengenai proses yang diguna pakai oleh Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kecukupan dan integriti kawalan dalaman Kumpulan. Penyata Kawalan Dalaman ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 14 Januari 2008.
102
L P I
C a p i t a l
B h d
Laporan Jawatankuasa Audit
PENGERUSI
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato’ Yeoh Chin Kee DIMP, FCPA (Aust), F Fin (Aust) AHLI
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar DIMP, ACA (England & Wales), CA (M), FIBM (M’sia) 1. KEAHLIAN DAN KEHADIRAN
Ahli-ahli Jawatankuasa Audit dan butir-butir kehadiran setiap ahli di mesyuarat Jawatankuasa Audit yang diadakan di sepanjang tahun adalah seperti berikut: Komposisi Jawatankuasa Audit
Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Yang Diadakan
Yang Dihadiri
Dato’ Yeoh Chin Kee Pengerusi/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
7
7
Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar Ahli/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Dilantik pada 9 Oktober 2007)
1*
1*
Geh Cheng Hooi Ahli/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Meletak jawatan pada 29 November 2007)
6**
6**
Lee Chin Guan Ahli/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Meletak jawatan pada 9 Oktober 2007)
6***
5***
* Dari tarikh pelantikan beliau pada 9 Oktober 2007 ** Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 29 November 2007 *** Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 9 Oktober 2007 2. KOMPOSISI DAN BIDANG RUJUKAN
2.1 Ahli-ahli
Lembaga Pengarah hendaklah melantik Jawatankuasa Audit dari kalangan mereka (menurut resolusi Lembaga Pengarah) yang memenuhi syarat-syarat berikut: i.
Jawatankuasa Audit hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga (3) orang pengarah;
ii. kesemua ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah merupakan pengarah bukan eksekutif dan majoriti ahli Jawatankuasa Audit hendaklah terdiri daripada pengarah bebas; dan iii. sekurang-kurangnya seorang (1) ahli Jawatankuasa Audit: (a) mestilah seorang ahli Institut Akauntan Malaysia (“MIA”);
L P I
C a p i t a l
B h d
103
Laporan Jawatankuasa Audit
(b) jika beliau bukan seorang ahli MIA, beliau mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja dan: •
beliau hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan di Bahagian I Jadual Pertama Akta Akauntan 1967; atau
•
beliau mestilah seorang ahli daripada salah satu persatuan-persatuan akauntan yang ditetapkan di Bahagian II Jadual Pertama Akta Akauntan 1967; atau
(c) memenuhi syarat-syarat lain seperti yang telah ditetapkan oleh Bursa Securities Malaysia Berhad (“Bursa Securities”).
•
Korum bagi setiap mesyuarat hendaklah sekurangkurang dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli di mana majoritinya terdiri daripada para pengarah bebas.
•
Setiausaha Syarikat bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Audit.
•
Minit setiap mesyuarat akan diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa Audit dan Pengerusi Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan berkenaan setiap mesyuarat kepada Lembaga Pengarah.
2.4 Kuasa Jawatankuasa Audit akan, di atas tanggungan Syarikat: i.
Jika ahli-ahli Jawatankuasa Audit menjadi kurang daripada tiga (3) orang ahli oleh sebarang sebab, Lembaga Pengarah hendaklah melantik beberapa orang ahli baru seperti yang diperlukan untuk melengkapkan bilangan minimum tiga (3) orang ahli, dalam masa tiga (3) bulan dari peristiwa tersebut.
ii. mempunyai sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka; iii. mempunyai hak sepenuhnya dan tidak terbatas ke atas sebarang rekod, maklumat, harta dan kakitangan Syarikat; iv. mempunyai saluran komunikasi terus dengan juruaudit luar dan dalaman;
2.2 Pengerusi
Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah melantik seorang Pengerusi dari kalangan mereka yang mestilah seorang pengarah bebas.
v. boleh mendapatkan khidmat nasihat profesional bebas atau lain-lain nasihat; dan vi. boleh mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar, tanpa kehadiran ahli Lembaga Pengarah eksekutif, jika dianggap perlu.
2.3 Mesyuarat •
Jawatankuasa Audit hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya tiga (3) mesyuarat setahun, walaupun mesyuarat tambahan boleh diadakan pada bila-bila masa menurut pertimbangan Pengerusi Jawatankuasa Audit atau jika diminta oleh manamana ahli Jawatankuasa Audit, pihak pengurusan, juruaudit dalaman atau luar.
mempunyai hak untuk menyiasat sebarang perkara di dalam lingkungan bidang rujukan mereka;
2.5 Tugas dan Tanggungjawab
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit termasuk yang berikut: Audit Dalaman
Ketua Juruaudit Dalaman akan menghadiri mesyuarat. Wakil daripada juruaudit luar hendaklah menghadiri mesyuarat jika terdapat perihal yang berkaitan dengan audit akaun berkanun dan/ atau juruaudit luar yang perlu dibincangkan.
•
Untuk mengkaji semula dan melaporkan kecukupan skop, fungsi dan sumber fungsi audit dalaman dan ia mempunyai kuasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugasannya;
•
•
Ahli-ahli Jawatankuasa Audit hendaklah bertemu dengan juruaudit luar sekurang-kurangnya dua kali setahun, tanpa kehadiran ahli Lembaga Pengarah eksekutif.
Untuk mengkaji semula keputusan prosedur audit dalaman Kumpulan dan kecukupan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berdasarkan laporan;
•
•
Ketua Pegawai Eksekutif dan/ atau lain-lain pegawai yang berkenaan boleh dijemput menghadiri mesyuarat, kecuali bagi perkara-perkara yang tidak sesuai dibincangkan dengan kehadiran mereka, sebagaimana ditetapkan oleh Pengerusi.
Mengkaji semula sebarang penilaian atau penaksiran terhadap prestasi ahli-ahli fungsi audit dalaman dan meluluskan sebarang pelantikan atau pemberhentian kakitangan kanan audit dalaman.
•
104
L P I
C a p i t a l
B h d
Laporan Jawatankuasa Audit
Audit Luar
•
Untuk mengkaji semula bersama juruaudit luar, pelan audit, skop audit dan bidang audit ke atas Syarikat/ Kumpulan;
•
Untuk mengkaji semula bersama juruaudit luar, penilaian ke atas sistem kawalan dalaman dan penemuan audit mereka;
•
Untuk membincangkan masalah dan keraguan yang timbul daripada audit, dan perkara-perkara lain yang ingin dibincangkan oleh juruaudit;
•
Untuk menyemak semula surat pengurusan juruaudit luar dan maklum balas pihak pengurusan;
•
Untuk mengkaji semula laporan audit dengan juruaudit luar;
•
Untuk mengkaji semula dan melaporkan kerjasama yang diberikan oleh para Pegawai Syarikat/ Kumpulan kepada juruaudit luar dan pengendalian keseluruhan audit;
•
•
Untuk menilai semula kesesuaian juruaudit luar untuk dicadangkan kepada Lembaga Pengarah bagi pelantikan semula dan yuran auditnya; Untuk mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada Lembaga Pengarah mengenai perkara yang berkaitan dengan perletakan jawatan dan pemberhentian juruaudit luar.
Urusniaga Pihak Berkaitan
•
Untuk mengkaji semula penyata kewangan tahunan Syarikat/ Kumpulan yang telah diaudit dan keputusan suku tahunan Kumpulan, dan seterusnya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan, dengan memfokuskan terutamanya tentang:
•
Untuk menilai semula dan mengesahkan peruntukan opsyen saham kepada kakitangan yang layak menurut kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan (“ESOS”);
•
Untuk melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Audit dan Lembaga Pengarah.
3. RINGKASAN AKTIVITI
Di sepanjang tahun dalam tinjauan, Jawatankuasa Audit telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berikut: 3.1 Keputusan Kewangan •
Mengkaji semula penyata kewangan tahunan Syarikat/ Kumpulan yang telah diaudit, penyata setengah tahunan dan keputusan suku tahunan Kumpulan, dan kemudiannya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.
•
Mengkaji semula Penyata Kawalan Dalaman menurut Perenggan 15.27(b) Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities untuk kelulusan Lembaga Pengarah.
3.2 Audit Dalaman •
Mengkaji semula keputusan prosedur audit dalaman Kumpulan dan kecukupan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berdasarkan Laporan Audit Dalaman. Mengikut kesesuaian, Jawatankuasa Audit telah mengarahkan pihak pengurusan untuk memperbetulkan dan memperbaiki kawalan dan aliran kerja operasi berdasarkan cadangan-cadangan juruaudit dalaman untuk penambahbaikan.
•
Mengkaji semula Laporan Audit Dalaman yang timbul daripada kajian susulan berikutan setiap audit.
•
Mengkaji semula dan meluluskan Laporan Tahunan Jawatankuasa Audit bagi subsidiari insurans berhubung dengan tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2006 untuk dikemukakan kepada BNM, menurut JPI/ GPI 25 – Rangka Kerja Berhemah Urus Tadbir Korporat bagi Penanggung Insurans.
- Sebarang perubahan di dalam polisi dan amalan perakaunan;
- Pelarasan penting yang timbul daripada audit;
- Andaian berterusan;
- Peristiwa-peristiwa penting dan luar biasa;
- Pematuhan terhadap piawaian perakaunan serta lain-lain kehendak perundangan. •
Untuk memastikan penerbitan awal kewangan tahunan yang telah diaudit.
penyata
Pengurusan Risiko
•
Untuk mengkaji semula kecukupan dan keberkesanan sistem-sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang dibentuk di dalam Kumpulan.
Untuk mengkaji semula sebarang urusniaga pihak berkaitan yang mungkin timbul di dalam Syarikat/ Kumpulan.
Fungsi-fungsi Lain
PELaporan Kewangan
•
L P I
C a p i t a l
B h d
105
Laporan Jawatankuasa Audit
•
Mengkaji semula keputusan ujian tekanan setengah tahunan bagi subsidiari insurans dan kemudiannya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah menurut JPI/ GPI 25 – Rangka Kerja Berhemah Urus Tadbir Korporat bagi Penanggung Insurans.
•
Mengkaji semula draf Surat Pernyataan kepada juruaudit luar menurut Garis Panduan JPI/ GPI 13 (Semakan): Garis Panduan bagi Jawatankuasa Audit dan Jabatan Audit Dalaman untuk Syarikat-syarikat Insurans.
•
Mengkaji semula Laporan Audit Dalaman ke atas Pematuhan terhadap Pekeliling BNM no. JPI: 7/2006 berkaitan dengan JPI/ GPI 2 – Garis Panduan ke atas Kawalan Kos Operasi bagi Perniagaan Insurans Am.
•
Membincangkan surat pelantikan yang terkini daripada juruaudit luar.
•
Membincang penggunaan khidmat luar bagi audit Sistem Maklumat dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.
•
Mengkaji semula Laporan ke atas Pemalsuan Nota Perlindungan Motor.
•
Membincang dan meluluskan Pelan Audit Dalaman 2008 bagi Kumpulan.
•
Mengkaji semula Senarai Semakan Pematuhan terhadap Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia (Semakan 2007) berhubung dengan perkara yang melibatkan Jawatankuasa Audit.
3.4 Urusniaga Pihak Berkaitan •
Mengkaji semula sifat urusniaga pihak berkaitan di dalam Syarikat atau Kumpulan.
4. LATIHAN DAN PENDIDIKAN JAWATANKUASA AUDIT
Butir-butir mengenai latihan yang dihadiri oleh setiap ahli Jawatankuasa Audit sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 dinyatakan di Latihan dan Pendidikan Pengarah dalam Penyata Urus Tadbir Korporat di muka surat 84 dan 85.
5. FUNGSI AUDIT DALAMAN
Jawatankuasa Audit dibantu oleh Jabatan Audit Dalaman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Fungsi audit dalaman ditubuhkan untuk menambah nilai dan mempertingkatkan operasi Kumpulan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang bebas, jaminan objektif dan rundingan menerusi auditnya ke atas operasi utama Kumpulan dan juga untuk memastikan kekonsistenan di dalam persekitaran kawalan dan penggunaan pakai polisi dan prosedur.
Jabatan Audit Dalaman melaksanakan fungsi audit dalaman berdasarkan pelan audit yang dikaji semula dan diluluskan oleh Jawatankuasa Audit. Pelan audit meliputi antaranya kajian semula ke atas kecukupan kawalan operasi, pengurusan risiko, pematuhan ke atas prosedur yang ditetapkan, undangundang dan peraturan, kualiti aset, kecekapan pengurusan, sistem aplikasi komputer dan rangkaian telekomunikasi.
keputusan audit tahunan, surat pengurusan bagi subsidiari insurans termasuk maklum balas pengurusan terhadap penemuan-penemuan juruaudit luar dan juga laporan juruaudit kepada para pemegang saham.
Pendekatan audit berdasarkan risiko digunakan untuk memastikan aktiviti berisiko tinggi dalam setiap bahagian yang boleh diaudit, diaudit setiap tahun. Ini dibentuk untuk menilai dan mengukuhkan pengurusan risiko, kawalan dan proses urus tadbir untuk membantu pihak pengurusan mencapai matlamat korporatnya.
•
Mengkaji semula kesesuaian juruaudit luar dan mencadang kepada Lembaga Pengarah bagi pelantikan semula dan yuran auditnya.
Jabatan Audit Dalaman mengambil bahagian dengan peranan sebagai perunding sebelum pelaksanaan projek-projek baru IT dalam menyelia isu-isu kawalan.
•
Mengambil maklum Laporan Semakan Semula Juruaudit Luar kepada Lembaga Pengarah mengenai Penyata Kawalan Dalaman.
Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Jabatan Audit Dalaman dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Audit dan cadangan-cadangan di dalam laporan diambil tindakan oleh pihak pengurusan dengan sewajarnya.
•
Mengkaji semula Piagam Jawatankuasa Audit yang Disemak Semula menurut Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia (Semakan 2007) dan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.
•
Mengambil maklum pelantikan dan perletakan jawatan ahli-ahli Jawatankuasa Audit.
•
Meneliti semula dan mengambil maklum Laporan Kemajuan Pelan Audit Dalaman dan minit-minit mesyuarat Jabatan Audit Dalaman.
3.3 Audit Luar •
Mengkaji semula perkara berikut berhubung dengan juruaudit luar:
- pelan audit, strategi audit dan skop audit mereka bagi Syarikat/ Kumpulan bagi tahun tersebut; - penilaian mereka terhadap sistem kawalan dalaman Syarikat/ Kumpulan; -
106
L P I
C a p i t a l
B h d
Maklumat Pematuhan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities
Maklumat yang dinyatakan di bawah dikemukakan sebagai mematuhi Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). i)
Penggunaan Hasil yang Diperolehi daripada Cadangan-cadangan Korporat
Tiada hasil yang diperolehi daripada cadangan-cadangan korporat.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 13 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
ii)
Beli Balik Saham
Sepanjang tahun kewangan, LPI Capital Bhd (“LPI”) telah membeli balik sejumlah 263,600 saham biasanya bernilai RM1.00 sesaham (“Saham LPI”) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Securities di pasaran terbuka. Butir-butir beli balik Saham LPI di sepanjang tahun adalah seperti berikut: Pecahan Bulanan
Bilangan Saham LPI yang Dibeli Balik & Ditahan Sebagai Saham Perbendaharaan
Harga Beli Balik Sesaham (RM) Terendah
Tertinggi
Purata
Harga Purata Sesaham (RM)
Jumlah Kos (RM)
April
31,700
10.00
10.20
10.10
10.17
322,372
Mei
104,500
10.60
11.30
10.95
11.06
1,156,156
Jun
19,000
11.00
11.00
11.00
11.05
209,911
Julai
50,700
11.40
11.70
11.55
11.62
589,001
Ogos
52,700
10.10
10.70
10.40
10.46
551,289
5,000
10.30
10.30
10.30
10.35
51,727
263,600
10.00
11.70
10.85
10.93
2,880,456
September Jumlah
Semua Saham LPI yang dibeli balik di sepanjang tahun dipegang sebagai saham perbendaharaan menurut Seksyen 67A Seksyen Kecil (3A)(b) Akta Syarikat, 1965. Pada 31 Disember 2007, sejumlah 1,051,200 Saham LPI dipegang sebagai saham perbendaharaan. Tidak ada saham perbendaharaan yang dipegang, dijual semula atau dibatalkan di sepanjang tahun kewangan.
Dinyatakan menurut Perenggan 12.24, Apendiks 12D Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
iii) Opsyen, Waran atau Sekuriti Boleh Tukar
LPI tidak menerbitkan sebarang opsyen, waran atau sekuriti boleh tukar di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 15 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
iv) Sekatan dan/ atau Penalti
Tiada sekatan dan/ atau penalti yang dikenakan ke atas LPI Capital Bhd dan syarikat-syarikat subsidiarinya (“Kumpulan LPI”), para pengarah atau pihak pengurusan oleh badan-badan regulatori yang berkaitan di sepanjang tahun kewangan.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 17 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
v)
Yuran Bukan Audit
Amaun yuran bukan audit yang dibayar kepada juruaudit luar oleh Kumpulan LPI bagi tahun kewangan adalah sebanyak RM45,000.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 18, Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
vi) Variasi dalam Keputusan
Tiada unjuran keuntungan yang dikeluarkan oleh Kumpulan LPI di sepanjang tahun kewangan.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 19 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
L P I
C a p i t a l
B h d
1 07
Maklumat Pematuhan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities
vii) Jaminan Keuntungan
x)
Latihan dan Pendidikan Para Pengarah
Tiada jaminan keuntungan yang diberikan oleh Kumpulan LPI di sepanjang tahun kewangan.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 20 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
Semua pengarah LPI telah menghadiri pelbagai latihan di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 dan butir-butir latihan dinyatakan di dalam Penyata Urus Tadbir Korporat: Latihan dan Pendidikan Para Pengarah pada muka surat 83 hingga 85 Laporan Tahunan ini.
Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 28 dan Perenggan 15.09(2) Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
viii) Kontrak Material
Tiada kontrak material yang disertai oleh Kumpulan LPI yang melibatkan kepentingan para pengarah dan pemegang saham utama sama ada yang masih wujud di penghujung tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 atau yang disertai sejak penghujung tahun kewangan sebelumnya. Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 21 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
xi) Urusniaga Berulang Pihak Berkaitan yang Berbentuk Hasil atau Perdagangan
Pada Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 31 Januari 2007, LPI Capital Bhd telah memperolehi mandat daripada para pemegang sahamnya untuk membenarkan Kumpulan LPI menyertai urusniaga berulang pihak berkaitan yang berbentuk hasil atau perdagangan.
Butir-butir urusniaga berulang pihak berkaitan yang berbentuk hasil atau perdagangan yang dijalankan di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 menurut mandat para pemegang saham tersebut adalah seperti berikut:
ix) Polisi Penilaian Semula ke atas Hartanah
Polisi penilaian semula hartanah yang diklasifikasikan sebagai Hartanah Pelaburan dinyatakan dalam Nota 2(d) kepada penyata kewangan. Dinyatakan menurut Apendiks 9C, Bahagian A, perkara 24 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities. Syarikat dalam Kumpulan yang terlibat dengan Urusniaga Berulang
Lonpac Insurance Bhd
Pihak-pihak Berkaitan
Public Bank Berhad, PB International Factors Sdn. Bhd., Public Holdings Sdn. Bhd., Public Investment Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai PB Securities Sdn. Bhd.), Public Mutual Berhad, PB Properties Sdn. Bhd. (Dikenali bersama sebagai “Kumpulan PBB”).
Pihak Berkaitan Yang Berkepentingan
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow Dato’ Yeoh Chin Kee Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar
Bentuk Hubungan
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow merupakan Pengerusi dan pemegang saham utama LPI dan Public Bank Berhad. Dato’ Yeoh Chin Kee merupakan Pengarah dan pemegang saham LPI dan Public Bank Berhad. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar merupakan Pengarah LPI dan Public Bank Berhad dan pemegang saham Public Bank Berhad.
Bentuk Urusniaga Nilai Urusniaga RM’000
Pendapatan premium yang dijana daripada aset-aset Kumpulan PBB yang dilindungi oleh Lonpac. *1 6,251
Nota *1: Mengandungi premium insurans yang tidak layak sebagai urusniaga yang dikecualikan seperti yang ditakrifkan di bawah Perenggan 10.08 (9)(g), Bahagian E dalam Bab 10 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
Dinyatakan menurut Perenggan 10.09 (1)(b) dan Seksyen 4.1.5 Nota Amalan 12/2001 Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities.
108
L P I
C a p i t a l
B h d
Falsafah Korporat
Tanggungjawab Terhadap...
Pemegang Polisi Kami
Kakitangan Kami
Pemegang Saham Kami
Tanggungjawab Terhadap Pemegang Polisi Kami
Kumpulan juga menawarkan perkhidmatan nilai tambahan menerusi Lonpac E-Assist kepada pemegang polisi insurans komprehensif kenderaan persendirian kami sebagai penghargaan kepada para pelanggan kami yang dihargai. Lonpac E-Assist yang dirumus dan dibentuk dengan teliti ini, menawarkan skop khidmat nilai tambahan yang luas bermula dari pembaikan kerosakan kecil di tepi jalan dan perkhidmatan tunda kecemasan 24-jam, perkhidmatan rujukan kereta sewa dan pengaturan untuk penginapan hotel jika berlaku kerosakan atau kemalangan kereta.
Kumpulan LPI komited dalam usaha berterusannya terhadap perkhidmatan berkualiti untuk pelanggan seperti yang ditentukan oleh misi korporatnya, “Untuk menyediakan kepada pelangganpelanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan terbaik bertaraf antarabangsa yang disokong oleh kekuatan teknikal dan kewangan yang telah terbukti selaras dengan Pelan Induk Sektor Kewangan”. Sebagai sebuah syarikat insurans yang bertanggungjawab, Kumpulan menawarkan kepelbagaian produk insurans berinovatif yang berdaya maju dari segi komersil dan ekonomi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, disokong oleh personel perkhidmatan yang terlatih dan bermotivasi tinggi untuk memberi perkhidmatan cemerlang. Kumpulan LPI juga telah melabur dalam beberapa inisiatif untuk menyediakan produk nilai tambahan dan perkhidmatan berkualiti, termasuklah menubuhkan pusat pemprosesan utama bagi penghantaran polisi yang pantas dan pembukaan pusat perkhidmatan pelanggan kami untuk memperbaiki khidmat sebelum dan selepas jualan. Pusat perkhidmatan pelanggan ini bertindak sebagai pusat satu hentian yang mengendalikan keperluan insurans para pelanggan kami dan telah beroperasi dengan jayanya sejak tahun 2004.
Kumpulan LPI juga menawarkan perkhidmatan rujukan kepada pemegang polisi kandungan rumah kediaman dan pemilik rumahnya, iaitu Lonpac Home-Assist, bermula dari bantuan elektrik, sistem paip dan pakar kunci, perkhidmatan penghawa dingin dan kawalan haiwan perosak, kebocoran bumbung dan pembersihan serta pemulihan permaidani. Memandangkan Internet semakin digunakan secara global sebagai saluran penghantaran di dalam komuniti perniagaan dan liberalisasi pasaran yang akan berlaku, Kumpulan LPI telah bersiap sedia untuk menempuhi cabaran-cabaran ini dengan menaik taraf infrastruktur-infrastruktur ITnya kepada keupayaan dan kecekapan prestasi yang dipertingkatkan. Di antara peningkatan-peningkatan IT adalah pengaturan teknologi dan infrastruktur rangkaian yang
L P I
C a p i t a l
B h d
109
FALSAFAH KORPORAT
terkini bagi sistem rangkaian yang lebih dipercayai di mana akan meningkatkan masa maklum balas kepada pertanyaan pelanggan mengenai polisi mereka. Kumpulan juga telah melaksanakan penyelesaian keluaran syarikat di mana polisi-polisi insurans boleh dihimpunkan secara digital dan dihantar melalui saluran penghantaran berbilang. Kumpulan LPI juga mempunyai satu laman web eksklusif, www. lonpac.com, bagi mempromosi produk-produk dan perkhidmatan Kumpulan secara maya dan untuk terus mempertingkat prihatin pelanggan dan produktiviti. Ini merupakan strategi Kumpulan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan akses yang mudah kepada maklumat dan perkhidmatan yang responsif dalam suatu kaedah yang cekap dan efektif kos. Laman web ini dikemaskini secara konsisten dengan berita-berita terkini tentang produk dan perkhidmatan, isu pasaran insurans semasa dan lain-lain maklumat berkaitan insurans. Laman web ini juga bertindak sebagai satu platform untuk pertanyaan, maklum balas dan aduan berkenaan perkhidmatan yang disediakan. Memandang ke hadapan, Kumpulan akan terus melaksanakan program-program pengekalan pelanggan jangka panjang dan juga sentiasa menaik taraf standard perkhidmatan pelanggannya.
Tanggungjawab Terhadap Kakitangan Kami
Kumpulan LPI percaya bahawa modal insan merupakan sumber strategik. Oleh itu, ia perlu diasuh dan dipertingkatkan dengan pembangunan kemahiran yang secukupnya dan berkaitan bagi menempuhi liberalisasi pasaran yang akan berlaku. Di samping imbuhan dan faedah sampingan kakitangan yang menarik, Kumpulan terus menjalankan aktiviti-aktiviti dengan objektif untuk mempromosi kesejahteraan keseluruhan kakitangannya. Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan Kumpulan memuji kakitangannya yang telah lama berkhidmat melalui penganugerahan tahunan Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan. Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan yang bermula sejak tahun 2001 ini disampaikan dengan objektif utamanya untuk memberi motivasi kepada kakitangan bagi membina kerjaya mereka dengan Kumpulan LPI dan memberi ganjaran kepada dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi mereka terhadap pembangunan dan pertumbuhan Kumpulan. Sejumlah 253 kakitangan telah menerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan sejak tahun 2001 dengan sebilangan kakitangan sudah pun menerima lebih daripada sekali sepanjang perkhidmatan mereka bersama Kumpulan. Ini menunjukkan kepercayaan dan kesetiaan kakitangan terhadap Kumpulan dan keyakinan penuh mereka terhadap kepimpinan Pengerusi kami, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh.
110
L P I
C a p i t a l
B h d
FALSAFAH KORPORAT
Bilangan penerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan sejak tahun 2001 sehingga tahun 2007 adalah seperti ditunjukkan di bawah: Bilangan Penerima Tempoh Perkhimatan
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
35 tahun
-
-
-
-
-
1
2
30 tahun
-
1
13
5
3
3
1
25 tahun
21
3
2
-
-
5
5
20 tahun
7
6
5
5
2
1
2
15 tahun
13
2
4
2
2
4
10
10 tahun*
-
28
17
27
10
17
24
41
40
41
39
17
31
44
Jumlah
* Kategori Anugerah Perkhidmatan 10 tahun diberi bermula dari tahun 2002.
Kumpulan LPI berbangga dan berbesar hati menyaksikan kesetiaan dan ketekunan kakitangannya, di mana sebahagian dari kalangan mereka telah berkhidmat dengan Kumpulan selama 35 tahun. Dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan komitmen dan sepenuh hati mereka telah menyumbang kepada kemajuan Kumpulan dan turut memberi inspirasi kepada rakan sejawat lain, yang masih baru di dalam perkhidmatan.
L P I
C a p i t a l
B h d
111
FALSAFAH KORPORAT
Aktiviti Kakitangan Kumpulan LPI telah menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti berkumpul bersama untuk kakitangannya dengan objektif untuk memperkukuhkan hubungan di antara kakitangan dan pada masa yang sama membina semangat berpasukan bagi kakitangan berjumpa dan berinteraksi sesama mereka. Kelab Sukan Lonpac (“Kelab Sukan”) ditubuhkan pada tahun 1983 dengan matlamat untuk menyediakan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah kepada ahli-ahlinya. Kelab Sukan berbangga mempunyai Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif sebagai Presiden Kelab Sukan yang telah dipilih oleh ahli-ahlinya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan. Pada setiap tahun, pemegangpemegang jawatan Kelab Sukan iaitu, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Ahli-ahli Jawatankuasa, Bendahari dan Juruaudit dicalonkan dan dipilih oleh ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan. Pemilihan pemegang-pemegang jawatan Kelab Sukan diadakan secara tahunan dengan tujuan menggalakkan penyertaan ahli-ahli dan menerapkan pengurusan yang telus di dalam organisasi Kelab Sukan.
Kelab Sukan dengan aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah untuk ahli-ahlinya di sepanjang tahun. Pada tahun ini, Kelab Sukan memberi subsidi kepada ahlinya untuk menyertai dua (2) rombongan ke luar negara. Selain daripada memberi subsidi rombongan, Kelab Sukan turut menganjurkan aktiviti sukan bagi menggalakkan cara hidup sihat di kalangan ahli-ahlinya. Ini termasuk badminton, bola jaring dan ping pong. Ahli-ahli Kelab Sukan juga bermain permainan dalam bangunan seperti scrabble, karom dan damak. Selain daripada aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan oleh Kelab Sukan, Lonpac juga mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri, memberi pengiktirafan kepada bola sepak sebagai salah satu sukan ternama di Malaysia. Pelbagai aktiviti bola sepak merangkumi Perlawanan Bola Sepak Keseronokan (perlawanan persahabatan di kalangan kakitangan Lonpac), latihan padang dan aktiviti-aktiviti futsal diadakan di sepanjang tahun tanpa sebarang had pada umur atau jantina iaitu terbuka kepada semua kakitangan Lonpac. Pada tahun 2007, Syarikat telah berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal Lonpac yang pertama yang menarik penyertaan seramai empat puluh dua (42) orang kakitangan termasuk dua belas (12) orang pemain wanita. Kakitangan daripada pelbagai jabatan dan jawatan yang berlainan dihimpunkan dan dibahagikan kepada enam (6) pasukan. Usaha berpasukan dan semangat kesukanan yang baik telah ditunjukkan di sepanjang pertandingan.
112
L P I
C a p i t a l
B h d
FALSAFAH KORPORAT
Kumpulan mengganggap dirinya sebagai satu Keluarga Besar dengan bilangan kakitangan lebih daripada 400 orang. Dengan pandangan untuk memupuk nilai kekeluargaan yang baik di kalangan keluarga kakitangannya, Lonpac menganjurkan perhimpunan Hari Keluarga tahunan. Perhimpunan ini memberi peluang kepada kakitangan dan keluarga mereka untuk berinteraksi dengan keluarga-keluarga lain semasa aktiviti-aktiviti termasuk permainan sukaneka, permainan kanak-kanak dan pertunjukan kanak-kanak. Acara kemuncak dalam kalendar peristiwa kakitangan sepanjang tahun tidak lain dan tidak bukan adalah Majlis Ulang Tahun Makan Malam & Tari Menari, satu majlis yang menyeronokkan bagi kakitangan dan para ejen dan rakan perniagaan kami. Di dalam majlis ini, Syarikat memberikan penghargaannya kepada kakitangan di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi mereka, dan juga para ejen serta rakan perniagaan bagi sokongan mereka yang tidak terhenti-henti di sepanjang tahun. Kesemua aktiviti sebegini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan di kalangan kakitangan dan menyatupadukan semua kakitangan sebagai satu. Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Adalah menjadi polisi Kumpulan untuk menyediakan persekitaran pekerjaan bersesuaian yang menggalakkan keselamatan
dan kesihatan yang baik bagi kakitangannya. Kumpulan LPI memastikan bahawa semua kerja yang dijalankan di dalam pejabat-pejabatnya dilaksanakan dengan menggunakan amalanamalan kerja yang selamat, bebas daripada bahaya pekerjaan yang berpotensi dan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Kumpulan mempunyai satu Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”) yang selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Polisi OSH telah digunapakai dengan matlamat menggalakkan persekitaran bekerja yang selamat dan sihat di samping mencegah sebarang bahaya pekerjaan yang berpotensi. Polisi OSH menggariskan tanggungjawabtanggungjawab Kumpulan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja untuk kesemua kakitangannya. Selain daripada itu, Polisi OSH juga menyatakan tugas-tugas setiap kakitangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Salah satu keperluan utama dalam hidup seseorang adalah Kesihatan yang Baik. Walaupun terdapat pelbagai produk insurans di pasaran yang menyediakan bantuan kewangan disebabkan oleh keadaan kesihatan, tiada siapa yang sanggup menderita sebarang ketidakupayaan fizikal yang mengakibatkan kerugian jam tenaga manusia bagi majikan dan masa berkualiti bagi keluarga mereka.
L P I
C a p i t a l
B h d
113
FALSAFAH KORPORAT
Berpegang kepada pepatah “Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubati”, Kumpulan percaya bahawa badan dan minda yang sihat mampu menghasilkan produktiviti yang tinggi dan keputusan yang cemerlang. Oleh itu, Kumpulan menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan. Di sepanjang tahun, Kumpulan LPI telah menganjurkan satu taklimat kesihatan untuk kakitangannya mengenai penyakitpenyakit kritikal termasuklah kanser, kencing manis dan penyakitpenyakit jantung, buah pinggang dan hati, yang disampaikan oleh sebuah syarikat penjagaan perubatan. Taklimat kesihatan selama 30 minit ini menjelaskan kepada kakitangan berkenaan dengan tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit, komplikasikomplikasi serta cara menghalang dan mengawal penyakitpenyakit tersebut. Ujian air kencing secara percuma juga diberikan kepada kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan mereka. Selain dari mementingkan kesihatan, Kumpulan LPI juga berpendapat bahawa isu-isu keselamatan di tempat kerja adalah sama penting. Selaras dengan polisi keselamatan bangunan, Kumpulan telah menguatkuasakan polisi “Kawasan Larangan Merokok” di semua premis pejabatnya. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan risiko bahaya kebakaran dan pada masa yang sama tidak menggalakkan kakitangan merokok demi kehidupan yang lebih sihat.
Seorang warden kebakaran dan seorang penolong warden kebakaran telah dilantik bagi setiap tingkat yang digunakan oleh Kumpulan di Ibu Pejabatnya. Warden-warden kebakaran ini dibimbing oleh pegawai keselamatan bangunan untuk segera bertindak balas ketika situasi kecemasan seperti kebakaran dan ancaman bom. Warden-warden kebakaran ini dilatih untuk memimpin rakan-rakan sekerja mereka dalam prosedur meninggalkan bangunan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kumpulan LPI juga amat bekerjasama ketika menyertai beberapa latihan menghadapi kebakaran yang dikendalikan oleh divisyen keselamatan bangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Satu kursus pertolongan cemas mengenai “Pertolongan Cemas di Tempat Kerja untuk Masyarakat Umum” telah diadakan untuk kakitangan, terutamanya untuk warden-warden kebakaran dan penolong warden kebakaran, untuk mendedah dan melatih mereka mengenai asas-asas rawatan pertolongan cemas. Di sepanjang kursus, peserta-peserta juga ditunjukkan teknik-teknik Menyedarkan Semula Pulmonari Kardio (“CPR”) yang betul. Kumpulan LPI berusaha menggalakkan kepentingan keselamatan dan kesihatan di dalam modal insannya dari masa ke semasa.
114
L P I
C a p i t a l
B h d
FALSAFAH KORPORAT
Selaras dengan komitmen Kumpulan untuk memberikan pulangan para pemegang saham yang terbaik, LPI telah membayar dividen yang tinggi sebanyak 105 sen sesaham ditolak 28% cukai bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2006.
Faedah Perubatan
Tanggungjawab Terhadap Pemegang
Kumpulan LPI juga memberi perlindungan insurans Kemalangan Perseorangan “Faedah Menyeluruh” Kumpulan dan Insurans Hospital & Pembedahan Kumpulan untuk kesemua kakitangannya bagi memberi pampasan atau menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangan atau keluarga mereka sekiranya ditimpa kemalangan atau jatuh sakit. Perlindungan insurans tersebut mencukupi untuk meringankan beban kewangan kakitangan memandangkan kos rawatan perubatan dan pembedahan yang semakin tinggi.
Saham Kami
Selain itu, Kumpulan melanjutkan faedah-faedah perubatan secara pembayaran balik kos perubatan kepada pasangan dan anak-anak kakitangan bergantung kepada satu had maksima tahunan.
Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) LPI Capital Bhd, dipengerusikan oleh Pengerusi kami, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, merupakan satu platform yang terbuka dan telus di mana para pemegang saham diberi peluang dengan adil dan saksama untuk memberi pandangan mereka mengenai prestasi Kumpulan LPI. Masa yang mencukupi diberikan bagi para pemegang saham membuat pertanyaan dan meminta penjelasan berkenaan dengan isu-isu mengenai prestasi Kumpulan.
Kumpulan LPI juga menanggung kos pelbagai faedah pemeriksaan perubatan untuk kakitangannya menurut Buku Panduan Faedah Kakitangan bagi menggalakkan kesedaran tentang kesihatan di kalangan kakitangan. Pemeriksaan perubatan ini termasuk ujian darah untuk pemeriksaan umum, ujian papsmear, ujian mamogram dan pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara.
Kumpulan LPI konsisten dari segi kewangan sebagaimana dicerminkan dalam keputusan pertumbuhan berserta keuntungan yang memberansangkan disokong oleh amalan-amalan urus tadbir korporat yang cemerlang dan kewibawaan keusahawanan oleh eksekutif atasan Kumpulan. Ini merupakan faktor utama yang mendorong kepada pulangan yang tinggi untuk para pemegang saham dan meningkatkan nilai jangka panjang para pemegang saham.
L P I
C a p i t a l
B h d
115
FALSAFAH KORPORAT
Pada tahun 2007, lebih dari 300 orang pemegang saham dan pemegang proksi telah menghadiri AGM LPI Capital Bhd yang ke-46 termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dari Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”). Jumlah para pemegang saham yang menghadiri AGM telah meningkat dari tahun ke tahun. Malaysian Business telah memberikan pengiktirafan ke atas kecemerlangan amalan-amalan urus tadbir korporat LPI dengan menganugerahkan Anugerah Merit Urus Tadbir Korporat Malaysian Business untuk tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2004. LPI juga telah memenangi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG untuk tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2004, meningkatkan kedudukannya sebagai Pemenang Sektor dalam Perkhidmatan Kewangan bagi tahun 2005 dan 2006 di kalangan semua syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Securities. Selaras dengan komitmen Kumpulan untuk memberikan pulangan para pemegang saham yang terbaik, LPI telah membayar dividen yang tinggi sebanyak 105 sen sesaham ditolak cukai bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2006 dengan jumlah dividen yang dibayar sebanyak RM105.4 juta. Ia merupakan bayaran dividen tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
LPI sentiasa konsisten dalam polisi dividennya sejak tersenarai pada tahun 1993. Dividen sesaham yang dibayar LPI sejak tahun 1993 dinyatakan di bawah: Tahun 2006 2005 2004 2003 2002 2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994 1993 * Dikecualikan Cukai
Dividen sesaham (sen) 105.0 70.0 60.0 25.0 15.0* 15.0* 15.0* 12.5* 27.5 40.0 40.0 30.0 25.0 18.0
116
L P I
C a p i t a l
B h d
Tanggungjawab Sosial Korporat
Kumpulan terus memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan matlamat memelihara kesejahteraan komuniti kami.
Memaksimumkan keuntungan bukan lagi merupakan pertimbangan tunggal bagi memastikan pengekalan perniagaan. Pada masa kini, pihak yang berkepentingan menjadi lebih arif menilai terutamanya berhubung dengan kesan perniagaan terhadap komuniti, pasaran, tempat kerja dan persekitaran. Hasilnya, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan organisasi perniagaan tentang kepentingan memberi tumpuan melebihi pematuhan undang-undang bagi bertindak balas kepada ekonomi yang dinamik, perubahan masyarakat dan persekitaran. Ia merupakan objektif utama Wawasan 2020 untuk mencapai satu masyarakat yang dipupuk dengan nilai-nilai etika dan moral yang kuat, demokrasi, bebas dan bertoleransi, penyayang, ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan mewah, yang dengan sempurnanya mencerminkan prinsip-prinsip Tanggungjawab Sosial Korporat (“TSK”). Lembaga Pengarah Kumpulan LPI mengakui kepentingan TSK dan melihat TSK sebagai suatu lanjutan kepada usaha-usaha Kumpulan dalam menyemai budaya urus tadbir korporat yang teguh. Mutakhirnya, kedua-dua urus tadbir korporat dan TSK akan memastikan pengekalan perniagaan melalui amalan perniagaan yang baik kerana kedua-duanya mempengaruhi strategi korporat dan diatur dari elemen-elemen kebertanggungjawaban, kejujuran, ketelusan, dan pengekalan yang sama. Kumpulan LPI percaya
bahawa penerimaan pakai TSK yang efektif mempunyai kesan berkembar dalam meningkatkan prestasi korporat bagi jangka pendek dan jangka panjang. Berusaha ke arah TSK membolehkan Kumpulan wujud bersama masyarakat dan persekitaran semasa membina perniagaan yang baik. TSK juga membolehkan Kumpulan diiktiraf oleh masyarakat sebagai warga korporat yang membantu menjadikan pertumbuhan yang boleh dikekalkan menjadi satu kenyataan. Kumpulan LPI juga percaya bahawa TSK merupakan satu usul perniagaan yang baik di mana TSK membantu meningkatkan imej korporat dan meningkatkan keupayaan Kumpulan untuk menarik dan mengekalkan kualiti modal insan ke arah mempertingkatkan prestasi kewangannya. Justeru itu, Kumpulan LPI sentiasa berpegang sepenuhnya dengan amalan-amalan TSK dan sejajar dengan Rangka Kerja TSK bagi Syarikat-syarikat Tersenarai Awam yang dilancarkan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Rangka Kerja TSK Bursa Securities menyokong konsep pelaporan Serampang Tiga Mata (“TBL”) yang memberi tumpuan kepada tiga (3) elemen iaitu sosial, persekitaran dan akauntabiliti kewangan. Proses mencapai keputusan perniagaan berdasarkan laporan TBL semakin menjadi pendekatan yang diterima dalam melaksanakan konsep tidak ketara bagi pengekalan.
L P I
C a p i t a l
B h d
117
Tanggungjawab Sosial Korporat
Kumpulan LPI menitikberatkan TSK pada empat (4) bahagian utama seperti berikut: Komuniti
Pasaran
Bertanggungjawab dari segi sosial kepada masyarakat secara keseluruhannya dan memainkan peranan sebagai warga korporat yang prihatin.
Bertanggungjawab dari segi sosial di dalam sempadan ekonomi di mana ia beroperasi melalui amalan-amalan urus tadbir korporat yang boleh diteladani.
Tempat Kerja
Persekitaran
Bertanggungjawab dari segi sosial kepada kakitangan dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif termasuk perkara yang melibatkan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, membangunkan modal insan dan menjaga hak-hak kakitangannya.
Bertanggungjawab dari segi sosial dan memainkan peranan dalam memelihara alam sekitar.
Komuniti
Kumpulan memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial di dalam komuniti melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan tujuan memelihara kesejahteraan masyarakat pada umumnya. Pada tahun ini, Kumpulan telah menganjurkan secara bersama satu Kempen Keselamatan Jalan Raya dengan Persatuan Belia Cina Malaysia dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina tahun 2007. Dengan tema “Guna Isyarat untuk Keselamatan”, kempen ini menggalakkan semua pengguna jalan raya untuk membentuk satu tabiat menggunakan isyarat ketika memandu atau menunggang motorsikal di jalan raya, fikirkan keselamatan untuk diri mereka dan orang-orang yang mereka sayangi. Secara ringkasnya, kempen keselamatan ini memberi penekanan tentang pentingnya menyemai tingkah laku permotoran pencegahan dan positif yang mudah ke dalam kehidupan seharian.
Kumpulan juga telah menubuhkan secara bersama satu Dana Bantuan Khas dengan Public Bank Berhad untuk meringankan beban pelanggan-pelanggan pinjaman perumahan Public Bank di mana rumah-rumah kediaman mereka terjejas teruk akibat banjir dan tidak dilindungi oleh polisi-polisi insurans sedia ada mereka dengan Kumpulan. Kumpulan menyumbang bahagian yang sama rata untuk dana tersebut yang membayar pampasan kepada mangsa-mangsa banjir di antara RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada nilai hartanah mereka. Di samping itu, Kumpulan LPI juga telah menganjurkan lawatan sosial dan derma kepada persatuan kanak-kanak istimewa dan rumah warga emas, dan memberi sumbangan kepada aktivitiaktiviti memungut dana kebajikan. Kumpulan juga terlibat di dalam penajaan dan sumbangan kepada dana pembangunan kesihatan, sukan dan pendidikan. Kumpulan juga sering menawarkan peluang pekerjaan kepada lepasan ijazah untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Kumpulan bagi mewujudkan peluang pekerjaan sebagai suatu langkah membantu kerajaan dalam mengurangkan pengangguran.
118
L P I
C a p i t a l
B h d
Tanggungjawab Sosial Korporat
Pasaran
Tempat Kerja
Di pasaran, Kumpulan mengekalkan amalan-amalan urus tadbir korporat berintegriti tinggi dan meningkatkan nilai pemegang saham melalui pelan perniagaan yang strategik serta amalanamalan perakaunan pengurusan yang cemerlang. Dalam mencapai matlamat korporatnya, nilai-nilai etika perniagaan tidak akan dikompromi. Usaha Kumpulan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial terbukti dengan anugerah dan pengiktirafan yang dikurniakan kepada LPI. LPI telah memenangi Anugerah Merit Urus Tadbir Korporat Malaysian Business dan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG buat tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2004.
Kumpulan LPI komited dengan tanggungjawab sosialnya di tempat kerja melalui pematuhan dan menghormati Hak-hak Asasi Manusia termasuklah pengambilan kakitangan menurut syarat-syarat yang adil dan saksama serta menawarkan peluang kemajuan kerjaya yang sama rata berdasarkan prestasi. Program pembelajaran berterusan dan pembangunan dijalankan sepanjang tahun untuk melengkapkan kakitangan dengan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan yang akan meningkatkan kecekapan individu kakitangan dan seterusnya menambah nilai kepada Kumpulan. Mobiliti menaik untuk kakitangan digalakkan dan kebajikan kakitangan diawasi ketat supaya tidak melanggar Hak-hak Asasi Pekerja dan Manusia.
LPI juga dianugerahkan dengan Sijil Merit bagi Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) 2007 setelah menerima Sijil Finalis bagi anugerah yang sama pada tahun 2006. Anugerah NAfMA mengiktiraf amalan perakaunan pengurusan Kumpulan yang boleh diteladani termasuklah amalan-amalan TSK. Pada November 2007, subsidiari insurans Kumpulan, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”) telah diberikan penarafan keteguhan kewangan A- (Cemerlang) dan pengeluar kredit pada taraf “a-” oleh A.M. Best. Penarafan ini mencerminkan rekod trek operasi yang berkeuntungan, komposisi sebaran perniagaan dan permodalan yang mencukupi bagi Lonpac. Penarafan ini juga mengambil kira keupayaan pemberian perkhidmatan Syarikat dan peluang pertumbuhan di dalam sektor insurans am Malaysia.
Selain itu, Kumpulan juga menitikberatkan aspek-aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang mengawasi keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja bagi semua kakitangan. Taklimat kesihatan mengenai penyakit kritikal dan latihan mengenai prosedur pertolongan cemas telah diadakan untuk menyemai kesedaran tentang kesihatan di kalangan kakitangan. Kumpulan juga menguatkuasakan polisi “Kawasan Larangan Merokok” di semua premis pejabatnya dengan tujuan untuk tidak menggalakkan tabiat merokok di kalangan kakitangan demi kehidupan yang lebih sihat dan menghapuskan risiko bahaya kebakaran di tempat kerja. Tambahan lagi, maklumat mengenai isu-isu kesihatan dan keselamatan disampaikan kepada semua kakitangan dari masa ke semasa.
L P I
C a p i t a l
B h d
119
Tanggungjawab Sosial Korporat
Persekitaran
Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial kepada alam sekitar, Kumpulan telah mengambil beberapa inisiatif dalam memelihara alam sekitar termasuklah menaik taraf infrastruktur IT Kumpulan dalam usahanya ke arah persekitaran bebas kertas, mengurangkan penggunaan kertas melalui komunikasi elektronik dan mengitar semula bahan buangan kertas serta memberi sumbangan melalui derma kepada program-program alam sekitar. Inisiatif Kumpulan dalam menyokong TSK akan menjadi komitmen yang berterusan dan pada tahun 2007, Kumpulan telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berikut: Kempen Keselamatan • Menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya “Guna Isyarat untuk Keselamatan” bersama dengan Persatuan Belia Cina Malaysia dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2007. Dana Bantuan Khas untuk Mangsa Banjir • Menubuhkan secara bersama satu Dana Bantuan Khas untuk mangsa-mangsa banjir dengan Public Bank Berhad.
Penjagaan Kesihatan • Memberi sumbangan untuk Konsert Kebajikan bagi Membantu Hospis Malaysia. • Memberi sumbangan untuk Hospis Malaysia “Suara untuk Hospices 2007”. Pendidikan • Memberi sumbangan untuk “Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (“MSWG”) – Ke Arah Kebolehpercayaan & Pengekalan” semasa pelancaran Panduan MSWG untuk Pelabur Runcit. • Memberi sumbangan untuk pungutan dana bagi Majlis Pembakuan Bahasa Cina Malaysia. • Memberi sumbangan untuk Majlis Makan Malam Amal Yayasan SP Setia 2007. Alam Sekitar • Kakitangan adalah digalakkan untuk mengekalkan persekitaran kerja yang mesra alam sekitar melalui penggunaan peralatan tulis yang cekap dan amalan kitar semula. Galakan ke atas ‘persekitaran kerja yang mesra alam sekitar’ telah dinyatakan dengan jelas di dalam Buku Panduan Tatatertib Kakitangan.
120
L P I
C a p i t a l
B h d
Tanggungjawab Sosial Korporat
Inisiatif-inisiatif berterusan yang dilaksanakan dan diamalkan di keseluruhan organisasi dalam membantu memelihara persekitaran termasuklah: – Komunikasi melalui emel untuk mengurangkan penggunaan kertas bagi surat atau memo. – Sistem Pengurusan Dokumen (“DMS”) bagi menyimpan dokumen secara elektronik dalam usaha mencapai persekitaran bebas kertas. – Kakitangan digalakkan untuk mencetak pada kedua-dua bahagian untuk mengurangkan penggunaan kertas.
• Memberi sumbangan untuk Majlis Makan Malam Amal Tahunan Penjanabebas 2007. • Memberi sumbangan untuk Karnival Makanan dan Keseronokan Antara Gereja bagi Paderi Penghijrah Klang. • Memberi sumbangan untuk Persatuan Binaan Rumah Berhala Sing Ann Keong. • Memberi sumbangan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Taman Connaught bagi dana pembesaran kantin dan menaik taraf kemudahan sekolah.
• Memberi sumbangan untuk Hari Perhimpunan Pekerja 2007 di Stadium Putra, Kompleks Sukan Kebangsaan, Bukit Jalil.
• Memberi sumbangan untuk Persatuan Kanak-kanak Istimewa, Hulu Langat.
• Memberi sumbangan untuk Hari Ibu dan Pratonton Antrabangsa Ratu Cantik Pelancongan Malaysia 2007.
• Memberi sumbangan untuk Rumah Warga Emas Sungei Way.
Tempat Kerja • Menganjurkan satu taklimat kesihatan mengenai penyakitpenyakit kritikal termasuklah kanser, kencing manis dan juga penyakit-penyakit jantung, buah pinggang dan hati, yang disampaikan oleh syarikat penjagaan perubatan.
Kumpulan LPI memulakan amalan TSK dari dalam Kumpulan sendiri. Oleh yang demikian, Kumpulan percaya bahawa keperluan para kakitangannya tidak sepatutnya diabaikan semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti TSK. Justeru itu, Kumpulan LPI berpendapat bahawa dengan menjaga kesejahteraan dan kebajikan kakitangannya, Kumpulan akan terus menyumbang secara positif ke arah keharmonian masyarakat secara keseluruhannya. Selain daripada memberi ganjaran prestasi melalui pakej imbuhan yang kompetitif, kakitangan juga mendapat faedah daripada pelbagai aktiviti kakitangan yang diadakan di sepanjang tahun. Banyak aktiviti-aktiviti berkumpul bersama dan sosial dianjurkan untuk kakitangan dengan objektif mengeratkan hubungan di antara kakitangan dan mempertingkatkan semangat berpasukan di mana kakitangan dapat berinteraksi di antara satu sama lain dengan lebih kerap melalui aktiviti rasmi dan tidak rasmi.
• Menganjurkan satu kursus pertolongan cemas mengenai “Pertolongan Cemas di Tempat Kerja untuk Masyarakat Umum”. • Polisi “Kawasan Larangan Merokok” di semua premis pejabat Kumpulan. • Peti Pertolongan Cemas disediakan di Ibu Pejabat dan cawangan Kumpulan. Sukan • Menaja Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF, Piala Ketua Menteri Sarawak yang Ke-9 2007. Komuniti • Memberi sumbangan untuk Dana Kebajikan “Kurang Upaya Sesungguhya Sungguh Berupaya”. • Memberi sumbangan untuk Tabung Kebajikan Kawasan Alor Gajah, Melaka.
Kesemua aktiviti ini dijangka dapat menggalakkan hubungan yang lebih erat di kalangan kakitangan dan menyatupadukan kesemua kakitangan. Kumpulan juga mensasarkan untuk melakukan perbezaan melalui TSK bagi kakitangan dan masyarakat secara keseluruhannya.
L P I
C a p i t a l
B h d
121
Kalendar
Peristiwa Penting
31 Jan - Korporat Mesyuarat Agung Tahunan LPI ke-46 Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur
1 22
L P I
C a p i t a l
KALENDAR PERISTIWA PENTING
15 Feb - Komuniti Lonpac mengambil bahagian dalam Kempen Keselamatan
07-11 Apr - Pembangunan Sumber Manusia
Jalan Raya 2007
Persidangan Pengurus 2007
Plaza Tol, Sungai Besi
Nagoya/ Osaka, Jepun
18-20 Mei - Pembangunan Sumber Manusia
25 Mei - Komuniti
Konvensyen Agensi Lonpac
Sumbangan Sosial kepada Persatuan
Pangkor Island Beach Resort, Perak
Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat Cheras, Selangor
B h d
L P I
C a p i t a l
B h d
1 23
KALENDAR PERISTIWA PENTING
14-19 Jun - Pembangunan Sumber Manusia
12 Jul - Anugerah & Pengiktirafan
Persidangan Pengurus
LPI menerima Anugerah Urus Tadbir Korporat
Kanan 2007
Malaysian Business 2006
Hokkaido, Jepun
Nikko Hotel, Kuala Lumpur
14-15 Jul - Hubungan Kakitangan
22 Jul - Hubungan Kakitangan
Lonpac Wheels For Fun
Lonpac mengambil bahagian dalam MII Big Walk 2007
Swiss-Garden Damai Laut, Lumut
Kuala Lumpur
1 24
KALENDAR PERISTIWA PENTING
24 Jul - Hubungan Kakitangan Sambutan Ulang Tahun Lonpac yang ke-45 Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
L P I
C a p i t a l
B h d
L P I
C a p i t a l
B h d
1 25
KALENDAR PERISTIWA PENTING
1 26
L P I
C a p i t a l
B h d
KALENDAR PERISTIWA PENTING
25 Jul - Korporat Mesyuarat Perniagaan
28-31 Jul - Hubungan Kakitangan
para Pengurus
Percutian Kelab Sukan I
Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur
Bali, Indonesia
04-05 Ogos - Hubungan Kakitangan
11 Ogos - Hubungan Kakitangan
Hari Keluarga Lonpac
Pertandingan Futsal
Swiss Garden Resort, Kuantan
Lonpac yang Pertama Sports Planet, Ampang
L P I
C a p i t a l
B h d
1 27
KALENDAR PERISTIWA PENTING
17-19 Ogos - Pembangunan Sumber Manusia Seminar Indemniti Profesional dan Liabiliti Pengarah & Pegawai
06 Sep - Hubungan Pelanggan
untuk Cawangan Lonpac Singapura
Karnival Golf Lonpac E-Assist 2007
Equatorial Hotel, Melaka
Perangsang Templer Golf Club, Selangor
09-11 Sep - Pembangunan Sumber Manusia
17 Sep - Hubungan Kakitangan
Seminar Penolong Pengurus & Eksekutif Kanan 2007
Taklimat Kesedaran
- Kepimpinan dalam Tindakan
Kesihatan
Awana Kijal Beach Resort, Terengganu
Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur
1 28
L P I
C a p i t a l
B h d
KALENDAR PERISTIWA PENTING
01 Okt - Anugerah & Pengiktirafan
13 Nov - Korporat
LPI menerima Anugerah Nilai
31 Okt-07 Nov - Hubungan Kakitangan
Mesyuarat Tahunan
Pemegang Saham KPMG 2006
Percutian Kelab Sukan II
Para Pengurus
Kuala Lumpur
Kunming-Dali-Lijiang, China
Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur
19 Nov - Korporat
27 Nov - Komuniti
13 Dis - Anugerah & Pengiktirafan
Mesyuarat Pengurus
Sumbangan Sosial kepada
LPI menerima Sijil Merit
Wilayah NIPPONKOA
Rumah Warga Emas Sungei Way
- NAfMA 2007
Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur
Petaling Jaya, Selangor
Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur