pemantauan
mengenal pasti
kawalan
objektif
IKRAR
DARI
kerangka kerja
integriti
strategi
tadbir urus
maklumat
penyelesaian
pelaporan
keperluan
penilaian
kepercayaan
KEPADA
AMALAN PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM INTEGRITI KORPORAT MALAYSIA
YB DATO' SERI HAMZAH BIN ZAINUDDIN
PETIKAN KATA-KATA
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Budaya nilai beretika dan berintegriti di kalangan komuniti korporat adalah komponen yang penting dalam tadbir urus korporat sesebuah syarikat untuk kekal kompetitif dan mampan dalam dunia perniagaan global. Dengan menandatangani ikrar integriti, menunjukkan komitmen syarikat untuk mematuhi amalan perniagaan yang beretika selain memastikan semua pegawai menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Saya percaya bahawa prinsip-prinsip dan amalan-amalan baik yang terdapat di dalam Set Panduan ini dapat dihayati dan diamalkan di dalam pengurusan dan transaksi perniagaan agar usaha-usaha murni Kerajaan secara berterusan dalam menentang gejala rasuah beroleh kejayaan.
YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Syarikat-syarikat Malaysia harus bergerak melampaui retorik atau pernyataan yang hanya dibuat-buat mengenai niat terhadap tadbir urus yang baik bagi pelaksanaan yang benar serta pematuhan berterusan dengan amalan-amalan yang baik. Saya menyeru mereka untuk menggunapakai Toolkit SSM bagi melengkapkan organisasi mereka dengan sistem integriti yang teguh.
YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PEMANDU Matlamat kami memperkenalkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) pada tahun 2011 adalah untuk menginstitusikan struktur tadbir urus korporat dalam usaha memerangi rasuah. Bagi mendapatkan sokongan dan komitmen daripada rakanrakan kongsi kami dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), Petunjuk Pencapaian Utama (atau KPI) telah ditetapkan untuk mereka menandatangani CIP sebaik sahaja memulakan projek. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi, usaha-usaha ini perlu terus diperkasakan bagi mencapai perubahan yang diingini. Dengan rundingan Meja Bulat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) yang diterajui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya yakin usaha kami untuk memerangi rasuah akan membuahkan hasil.
YBHG. DATO’ SRI JAMIL BIN SALLEH PENGERUSI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terus memainkan peranan penting untuk menyemai nilai-nilai etika yang baik kepada komuniti korporat dan perniagaan. Ini adalah selaras dengan agenda kerajaan dalam menggalakkan sektor korporat untuk menjalankan perniagaan yang bebas dari gejala rasuah. Set Panduan ini menunjukkan usaha persekitaran perniagaan kondusif yang adil, telus, rancak dan lestari di kalangan syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan di Malaysia.
1
ULASAN DARI ANGGOTA MEJA BULAT SISTEM INTEGRITI KORPORAT MALAYSIA (CISM) YBHG. DATO’ ZAHRAH ABD WAHAB FENNER KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Salah satu objektif Agenda Tanggungjawab Korporat SSM adalah mempromosikan konsep tadbir urus korporat dalam bentuk yang lebih holistik. Oleh itu, untuk menjayakan Agenda ini, SSM telah memainkan peranan aktif sebagai salah satu daripada anggota Meja Bulat Integriti Korporat sejak tahun 2011. Penerbitan Set Panduan ini merupakan dokumen pelengkap kepada Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik SSM 3/2012. Set Panduan ini membantu syarikat dan perniagaan meningkatkan sistem dan prosedur sedia ada bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah dengan lebih cekap dan berkesan melalui proses rantaian nilai Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM Value Chain).
YBHG. TAN SRI DR. ABU KASSIM MOHAMED
KETUA PESURUHJAYA, SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Tadbir Urus Korporat adalah satu proses dan struktur yang dilaksanakan oleh syarikat dan perniagaan untuk mencapai keberuntungan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan objektif utamanya untuk meningkatkan nilai pemegang saham di dalam jangka masa yang panjang dengan mengambil kira kepentingan pemegang-pemegang berkepentingan yang lain, termasuk kerajaan dan masyarakat. Bagi merealisasikan budaya pencegahan rasuah secara menyeluruh dan komprehensif di peringkat korporat, adalah menjadi satu keperluan utama untuk semua syarikat dan perniagaan di Malaysia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan di dalam mengukuhkan kepimpinan beretika, tadbir urus yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban dan seterusnya menghormati kedaulatan undang-undang di dalam prosedur operasi mereka.
YBHG. DATUK SERI TAJUDDIN ATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, BURSA MALAYSIA BERHAD
Bursa Malaysia mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas penerbitan edisi baru Set Panduan “Dari Ikrar Kepada Amalan” yang memberi panduan kepada organisasi-organisasi yang ingin melaksanakan sistem integriti mereka. Usaha berterusan di peringkat nasional ini akan menyumbang kepada pasaran yang lebih mampan bagi Negara dan rakyat. Penerbitan versi yang dipertingkatkan ini adalah tepat pada masanya sebagai pelengkap usaha berterusan Bursa Malaysia dalam mengukuhkan tahap amalan tadbir urus dan kemampanan korporat dalam Pasaran Modal Malaysia.
2
DR ANIS YUSAL YUSOFF
PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA Etika perniagaan yang baik dan tadbir urus korporat adalah bidang tumpuan utama yang ditekankan di dalam Pelan Integriti Nasional. Hanya dengan memastikan nilai-nilai ini dilaksanakan dengan baik dan konsisten; boleh memastikan kejayaan bagi komuniti perniagaan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Sokongan untuk inisiatif integriti korporat di bawah Model Ekonomi Baru Malaysia telah diperkukuhkan apabila Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mencetuskan idea untuk menubuhkan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 2010. Set Panduan “Dari Ikrar Kepada Amalan” yang dihasilkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), merupakan hasil usahasama dari majlis meja bulat CISM, yang akan membantu syarikat-syarikat di Malaysia untuk membangunkan etika perniagaan dan infrastruktur tadbir urus yang mampu mengintegrasikan integriti dan prinsip etika di dalam operasi perniagaan mereka.
YBHG. DATO’ AKHBAR SATAR
PRESIDEN, TRANSPARENCY INTERNATIONAL MALAYSIA Sektor perniagaan secara umum selalunya menghadapi risiko-risiko rasuah yang sangat membimbangkan yang mana boleh dikurangkan dengan mempertingkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor tersebut. Perniagaan yang bertanggungjawab mesti mewujudkan sistem integriti yang mantap di dalam operasinya serta melaksanakannya dan menyemak semula sistem sedia ada dari semasa ke semasa berlandaskan perkembangan terkini. Set Panduan ini menunjukkan rangka kerja Sistem Integriti Korporat di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai salah satu garis panduan yang terbaik dalam perancangan tadbir urus perniagaan di dalam sesuatu organisasi. Semua peniaga disarankan agar terus memperkukuhkan serta mempertingkatkan sistem integriti masing-masing sebaik sahaja menandatangai Ikrar Integriti Korporat terutamanya bagi menuju ke arah perniagaan yang bebas dan bersih daripada rasuah.
ZAEIDAH MOHAMED ESA
PENGARAH BAHAGIAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS Kerajaan Malaysia dalam usaha berterusan untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan integriti dan tadbir urus baik melalui pencegahan rasuah, telah secara konsisten menekankan risiko dan akibat rasuah terutamanya kepada sektor awam dan sektor swasta. Melalui CISM, penglibatan yang aktif dari sektor swasta akan menganjak pengurusan integriti dan tadbir urus baik ke arah yang lebih efektif dan holistik, seterusnya menyumbang kepada kelestarian pembangunan Negara.
3
KANDUNGAN PRAKATA
05
MEMPEROLEH KELEBIHAN BERDAYA SAING
MENGEKALKAN KEBOLEHUNTUNGAN
07
Inisiatif-inisiatif integriti seperti CISM bukan sahaja terhad kepada pembangunan negara, tetapi juga memberi kesan yang baik kepada syarikat-syarikat, apabila mereka menjadi semakin maju dari aspek daya saing di peringkat antarabangsa.
Rasuah menimbulkan pelbagai ancaman terhadap semua syarikat dan perniagaan. Risiko-risiko ini diperjelaskan, beserta dengan potensi manfaat-manfaat Tanggungjawab Korporat, apabila prosedur pencegahan rasuah dilaksanakan secara tegas.
USAHA KOLABORASI MEMERANGI RASUAH
13
Rantaian Nilai CISM merangkumi kerangka kerja yang menyeluruh, untuk syarikat dan perniagaan yang berusaha untuk mencapai integriti korporat. Di sini, setiap peringkat proses diteliti, dan satu keterangan terperinci tentang langkah-langkah untuk melaksanakannya turut disertakan.
4
LAMPIRAN-LAMPIRAN
29
BAHAN-BAHAN SOKONGAN
47
Di sini disertakan beberapa sumber bacaan bagi membantu syarikat dan perniagaan memperoleh kefahaman yang lebih menyeluruh mengenai kerangka kerja pencegahan rasuah di Malaysia.
Pembangunan Rantaian Nilai Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) memerlukan kerjasama meluas di antara institusi-institusi sektor awam dan swasta. Pelbagai agensi yang terlibat beserta dengan bidang tugas mereka, disenaraikan di sini.
BAGAIMANA SISTEM INI DIJALANKAN
26
18
MAKLUMAT PERHUBUNGAN Maklumat untuk berhubung dengan setiap anggota agensi Meja Bulat Integriti Korporat, ada disenaraikan di sini.
48
PRAKATA
I
ntegriti secara meluasnya didefinisikan sebagai kualiti moral di mana terdapatnya konsistensi dalam aspek kejujuran, sepertimana yang dapat dilihat dari segi cara perlakuan syarikat dan perniagaan apabila mereka tidak berada di bawah pemerhatian. Pelanggaran integriti berlaku apabila polisi dan prosedur tadbir urus korporat diabaikan demi manfaat peribadi atau korporat, apabila kepentingan pelaku diberi keutamaan berbanding kepentingan pihak berkepentingan dan masyarakat. Tadbir urus korporat adalah suatu proses dan struktur yang dijalankan oleh syarikat
dan perniagaan untuk mencapai kemakmuran perniagaan, kebertanggungjawaban korporat yang bermatlamat untuk merealisasikan nilai jangka panjang bagi pihak pemegang saham dengan mengambil kira kepentingan pihak berkepentingan yang lain; termasuklah pihak pengurusan, pelanggan, pembekal, pembiaya kewangan, kerajaan dan masyarakat. Ia memerlukan sistem-sistem peraturan, polisi dan prosedur untuk menggalakkan pengawasan yang bertanggungjawab dan kepimpinan beretika yang berwibawa dalam operasi harian urusan korporat.
DARI IKRAR KEPADA AMALAN Set panduan ini adalah sumber sokongan bagi organisasi-organisasi yang melaksanakan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM). Ia dibangunkan bagi memperjelaskan prosedur rantaian nilai CISM dan juga menggalakkan syarikat dan perniagaan untuk melaksanakan program integriti, setelah Ikrar Integriti Korporat (CIP) ditandatangani.
Untuk melengkapi Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) 3/2012, yang bertajuk Mencapai Integriti Korporat.
OBJEKTIF SET PANDUAN
1
Untuk menggalakkan integriti, kebertanggungjawaban, dan pengurusan program anti-rasuah yang bersesuaian yang boleh diguna pakai oleh komuniti korporat.
4 2
3
Untuk memudah, menyokong dan memberi bantuan teknikal kepada syarikat dan perniagaan bagi melaksanakan sistem integriti korporat sebagai langkah pencegahan yang berkesan terhadap amalan rasuah.
Untuk mengukuhkan tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi harian bagi proses dan prosedur syarikat dan perniagaan.
TADBIR URUS DAN INTEGRITI Tadbir urus korporat mengandungi beberapa set polisi dan prosedur yang merangkumi kerangka kerja pematuhan dalaman bagi setiap syarikat dan perniagaan. Integriti korporat yang dibangun berasaskan kepada tadbir urus korporat akan memberi nilai tambah kepada syarikat dan perniagaan dengan memastikan perlakuan beretika yang cemerlang dalam kalangan kakitangan dan organisasi secara keseluruhan.
5
Kata Penghantar LIKU-LIKU PERJALANAN MALAYSIA Sejajar dengan visi Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, memerangi rasuah telah dikenal pasti sebagai salah satu cabaran yang perlu ditangani.
6
Integriti Korporat
MENGEKALKAN KEBOLEHUNTUNGAN Meningkatkan Perniagaan Melalui Integriti Sektor Swasta
D
engan arus globalisasi yang semakin melanda syarikat dan perniagaan, mereka semakin sedar tentang bahaya dan ancaman yang timbul akibat gejala rasuah. Kesemua pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses perniagaan termasuklah pengawal selia, pelabur, pengguna, pemilik perniagaan dan kakitangan kini menuntut standard integriti korporat yang lebih tinggi.
Inisiatif-inisiatif integriti menyumbang kepada usaha-usaha tanggungjawab korporat dan menambah nilai dengan menggalakkan kecekapan operasi dan meningkatkan reputasi syarikat. Dalam masa yang sama mengukuhkan kemampanan dan kemampuan syarikat untuk menempah nama di peringkat tempatan dan antarabangsa. Trend global menunjukkan bahawa syarikat multinasional telah memperlihatkan kecenderungan untuk memilih rakan kongsi perniagaan yang telah mengguna pakai dan melaksanakan polisi pencegahan rasuah dan integriti korporat secara terbuka. Syarikat dan perniagaan sudah menunjukkan minat untuk menguatkuasakan polisi pencegahan rasuah sedemikian rupa, namun akan senantiasa wujud cabarancabaran permulaan bagi syarikat dan perniagaan.
7
RASUAH KECIL: Juga dikenali sebagai rasuah pentadbiran, ia melibatkan wang berjumlah kecil dan permintaan meluluskan perkara-perkara tertentu. Walaupun hanya melibatkan jumlah kecil, namun ia tetap boleh membawa kepada kerugian awam. RASUAH BESAR: Ini merebak sehingga peringkat tertinggi kerajaan, di mana berlakunya penyelewengan kuasa yang utama, pelanggaran undang-undang, ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan pentadbiran kerajaan yang mantap. Sila rujuk Lampiran 1 bagi senarai lengkap jenis-jenis rasuah, seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
KERANGKA KERJA KORPORAT
NASIONAL
BAGI
INTEGRITI
Demi memastikan pelaksanaan polisi dan prosedur pencegahan rasuah dan integriti korporat berjalan seperti yang sewajarnya, syarikat dan perniagaan haruslah memahami masalah-masalah dan risiko-risiko yang berkemungkinan berlaku. Ini bagi memastikan hal-hal yang sememangnya perlu diberi keutamaan diuruskan dan impak daripada perubahan melibatkan pencegahan rasuah dimaksimumkan secara positif sebaik mungkin. Undang-undang, kod perundangan dan panduan yang bertujuan untuk mendorong tadbir urus korporat yang telus dan bernilai dalam syarikat dan perniagaan Malaysia termasuklah Akta Syarikat 1965, yang mengawal selia semua syarikat di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007 yang mengawal selia pasaran modal yang berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Berhad (Bursa).
Hasil kajian oleh Ernst & Young Global Fraud Survey ke-14 2016*
mendedahkan bahawa
39%
responden menganggap memberi rasuah dan salah laku rasuah berlaku secara meluas di negara mereka responden melihat penguatkuasaan terhadap pengurusan merupakan
83%
penghalang yang berkesan terhadap
penipuan, sogokan dan rasuah. * Berdasarkan 2,800 responden oleh pegawai kanan dari 62 negara dan wilayah di seluruh dunia
8
Integriti Korporat Dalam
United Nations 2012 Global Compact Annual Implementation Survey – kajian mengenai amalan-amalan kemampanan korporat yang
terbesar dengan input
dari melebihi
39%
1,700
perniagaan –
responden meletakkan rasuah sebagai halangan paling besar bagi pembangunan mampan,
dan seterusnya menegaskan bahawa
kemampanan dan pertumbuhan pasaran keseluruhan
tidak boleh dicapai seiringan dengan gejala rasuah yang berleluasa.
Terdapat juga Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membentuk teras kerangka kerja pencegahan rasuah dan sogokan. Ia direka bentuk dengan cara supaya polisi dan prosedur pencegahan rasuah Malaysia berfungsi sejajar dengan standard antarabangsa sepertimana yang ditentukan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pencegahan Rasuah (UNCAC), khususnya kewajipan menangani rasuah dalam kalangan pegawai awam asing. Undang-undang lain yang menyokong agenda pencegahan rasuah termasuklah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 – yang melarang aktiviti pelaburan wang haram dan pembiayaan keganasan, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2009 – yang membantu pelaporan amalan rasuah dan melindungi pemberi maklumat daripada ancaman tindakan balas dan Akta Perlindungan Saksi 2009 – yang ingin memastikan pihak-pihak yang dilindungi berupaya memberi keterangan dan berperanan sebagai saksi. Selain daripada ini, terdapat juga Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2012 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kod Etika Perniagaan Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif kod yang pertama adalah untuk memupuk budaya tadbir urus yang mantap serta mengukuhkan bidang penting dalam ekosistem tadbir urus korporat di syarikat-syarikat Malaysia yang tersenarai manakala kod yang kedua adalah direka untuk menyemai amalan-amalan beretika dan mempromosikan pengawalseliaan sendiri dalam kalangan syarikat dan perniagaan.
9
RASUAH-HASIL KAJIAN Standard etika yang rendah dalam kalangan syarikat dan perniagaan dan juga ketidakpatuhan terhadap undang-undang pencegahan rasuah mendedahkan mereka kepada risiko dan kesan buruk yang boleh menghancurkan reputasi mereka. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana, sekalipun sekiranya serangan dakwaan mengenai amalan-amalan rasuah yang dikenakan pada sesebuah syarikat atau perniagaan tidak benar, tetapi tuduhan tersebut masih berupaya memberi impak yang besar kepada imej dan keupayaan mereka menjalankan perniagaan. Ini membuktikan kepentingan mempunyai prosedur perniagaan yang telus serta penguatkuasaan amalan-amalan pencegahan rasuah korporat. Indeks Pembayar Rasuah (Bribe Payers Index) yang dikeluarkan oleh Transparency International, menjalankan kajian ke atas beribu-beribu eksekutif perniagaan kanan dari negara maju dan membangun. Kajian tersebut menunjukkan bahawa separuh daripada 3,000 eksekutif yang menjadi responden menyatakan bahawa mereka pernah kehilangan kontrak pada tahun yang berikutnya disebabkan oleh syarikat pesaing yang membayar rasuah. Dari skala 0 hingga 10, di mana 10 mewakili pandangan bahawa perniagaan dan syarikat tidak pernah terlibat dalam rasuah di luar negara dan 0 adalah sebaliknya, Malaysia mempunyai skor sebanyak 7.6 dan menduduki tangga yang ke-15 daripada kesemua 28 negara yang dikaji. Salah satu sorotan indeks adalah rasuah merupakan sesuatu perkara yang sering berlaku dalam syarikat atau perniagaan sepertimana yang terjadi dalam sektor awam dan swasta. Tambahan pula, kajian juga mendapati bahawa syarikat dan perniagaan cenderung untuk membayar rasuah di luar negara mahupun di negara sendiri. Akhir sekali, indeks juga mencatatkan bahawa tiada penurunan dari segi tanggapan perleluasan gejala rasuah dalam tempoh masa melebihi tiga tahun.
Dilancarkan pada tahun 1999, Indeks Pembayar Rasuah (BPI) menilai aspek yang menggalakkan rasuah. Ia meletakkan negara-negara terkaya dunia pada kedudukan masing-masing mengikut kecenderungan firma untuk merasuah di luar negara dan melihat kepada sektor industri mana yang mempunyai paling banyak pelaku. Negara-negara dipilih oleh BPI berdasarkan nilai aliran keluar Foreign Direct Investment (FDI) mereka, nilai eksport serta kepentingannya terhadap rantau tersebut. Edisi yang terkini dikeluarkan pada tahun 2011, memandangkan laporan ini tidak dikeluarkan secara tahunan. Sila lawati laman web Transparency International di www.bpi.transparency.org/ untuk edisi terkini Indeks Pembayar Rasuah.
10
Integriti Korporat PERSEPSI TERHADAP RASUAH Tanggapan rasuah di mana-mana negara secara tipikalnya diukur oleh Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Tahunan yang dikeluarkan oleh Transparency International, yang menilai negara-negara di seluruh dunia berdasarkan 12 kajian daripada beberapa institusi antarabangsa bertaraf tinggi termasuklah Bank Dunia dan World Justice Project. Walaupun keputusannya adalah berdasarkan ‘persepsi’, syarikat dan perniagaan antarabangsa di Amerika Syarikat biasanya merujuk kepada CPI apabila menganggarkan risiko rasuah di negara-negara yang berbeza. Syarikat dan perniagaan juga dinasihati untuk menjalankan prosedur yang telus dan mengelakkan amalan-amalan rasuah secara keseluruhan, memandangkan kebanyakan jenis rasuah adalah diharamkan, di tempat di mana ia berlaku dan ia juga tertakluk kepada undang-undang negara asal syarikat atau perniagaan yang terlibat dalam salah laku tersebut. Amalan rasuah termasuklah menerima sogokan, memperoleh tender yang ditarik semula, menyogok pegawai institusi-institusi awam dan menggunakan pejabat atau kedudukan bagi tujuan mendapatkan ganjaran untuk diri sendiri. Sebagai langkah mengakui impak negatif meluas gejala rasuah, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pencegahan Rasuah (UNCAC), di mana Malaysia sudah menjadi salah seorang penandatangan sejak 2003, dan diratifikasikan pada 2008, membantu membangunkan langkah-langkah efektif menentang rasuah pada peringkat domestik dan antarabangsa, menerusi perjanjian di sisi undang-undang. Langkah-langkah yang dirangka ini bermatlamat untuk mengelakkan rasuah dan mengkelaskan amalan-amalan perlakuan tertentu sebagai jenayah, serta mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dan kerjasama kehakiman. Sewaktu mesyuarat Laporan Kajian Negara UNCAC Malaysia pada Februari 2014, Malaysia telah menerima pujian di atas inisiatif amalan-amalan terbaik yang dilaksanakannya di bawah Bab III (Penjenayahan dan Penguatkuasaan Undang-Undang) dan Bab IV (Kerjasama Antarabangsa) konvensyen tersebut. Malaysia menjalankan inisiatif amalan-amalan terbaik yang tertinggi dalam kalangan negara-negara yang dikaji, melaksanakan pakatan dan ikrar integriti, serta memantau jawatankuasa bagi projek-projek besar.
Pada tahun 2008*,
PEMUDAH menganggarkan salah laku rasuah boleh menyebabkan negara
kehilangan RM
10 billion
setahun dalam pertumbuhan domestik – ini menggambarkan amalan-amalan sedemikian rupa bukan sahaja
menganggu perniagaan individu
tetapi juga mempunyai impak meluas merentasi pembangunan sosial dan ekonomi negara.
* Seperti yang dilaporkan oleh The Sun Daily pada 6 Julai 2008
11
Integriti Korporat TREND YANG MENGUNTUNGKAN Penglibatan sektor swasta kekal penting dan terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh syarikat dan perniagaan, termasuklah kajian untuk menentukan tahap integriti terkini mereka, prosedur pelaksanaan untuk menetapkan dan menambah baik amalan-amalan korporat serta sistem pemantauan untuk memastikan penambahbaikan secara berterusan. Membanteras gejala rasuah telah menjadi agenda paling utama di Malaysia, di mana pelbagai inisiatif telah berjaya dijalankan menerusi kolaborasi di antara sektor swasta dan NKRA Membanteras Rasuah. Agenda ini juga penting memandangkan ia membantu melindungi reputasi syarikat dan perniagaan sambil menggalakkan pembangunan amalan-amalan yang mampan dan memperlihatkan tanggungjawab sosial – kesemuanya penting bagi pembangunan nasional. Harus diingati juga bahawa banyak syarikat dan perniagaan yang masih belum memahami impak-impak rasuah atau melihat keperluan memeranginya. Manakala yang lain pula, mereka tidak mampu membezakan pelbagai jenis rasuah - seperti sogokan dan rasuah besar – dan penyelewengan. Rasuah membataskan peluang untuk membangunkan sektor swasta yang berdaya saing, menurunkan kualiti perkhidmatan awam, menganggu proses penganugerahan kontrak yang adil dan saksama serta mensabotaj kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam. Syarikat dan perniagaan yang melibatkan diri dalam amalan rasuah menimbulkan ketidakstabilan bagi diri mereka sendiri, yang juga membawa kepada risiko kewangan dan reputasi. Syarikat dan perniagaan dinasihati untuk mengenal pasti bidang-bidang yang terdedah kepada ancaman rasuah dan menetapkan panduan, polisi dan prosedur untuk mengukuhkan bidang-bidang ini, daripada harus menghadapi akibat buruk yang mungkin timbul sekiranya mereka tidak melakukan perkara-perkara tersebut.
Malaysia telah mencapai kedudukan ke-18 daripada 189 buah negara yang dinilai oleh Bank Dunia di dalam
Laporan Ease of Doing Business dengan mengurangkan jumlah
2016 fizikal
interaksi yang diperlukan untuk mendapatkan permit dan kelulusan. Ini secara tidak langsung juga membataskan bagi
peluang gejala rasuah
untuk berlaku.
12
AGENSI AGENSI KERAJAAN KERAJAAN SYARIKATSYARIKAT AWAM AWAM TERSENARAI TERSENARAI
BADAN-BADAN BADAN-BADAN KAWAL SELIA KAWAL SELIA
AGENSI BUKAN AGENSI BUKAN KERAJAAN KERAJAAN PERUSAHAAN PERUSAHAAN KECIL DAN KECIL DAN SEDERHANA SEDERHANA
SYARIKATSYARIKAT SYARIKAT SYARIKAT BERKAITAN BERKAITAN MULTINASIONAL MULTINASIONAL KERAJAANKERAJAAN
USAHA USAHAKOLABORASI KOLABORASI MENENTANG MENENTANGRASUAH RASUAH
DD
engan engan peningkatan peningkatan tahaptahap rasuah rasuah atau atau tanggapan tanggapan rasuah rasuah di Malaysia, di Malaysia, kerangka kerangka kerjakerja Sistem Sistem Integriti Integriti Korporat Korporat Malaysia Malaysia (CISM) (CISM) diasaskan. diasaskan. Bagi Bagi memastikan memastikan keberkesanan keberkesanan CISM, CISM, pihakpihak berkepentingan berkepentingan dari dari beberapa beberapa badan-badan badan-badan ekonomi ekonomi dan kawal dan kawal selia selia telahtelah membentuk membentuk satu satu mejameja bulatbulat integriti integriti korporat korporat untuk untuk memupuk memupuk nilai-nilai nilai-nilai beretika beretika ke ke dalam dalam budaya budaya korporat korporat negara. negara. Anggota-anggota Anggota-anggota MejaMeja BulatBulat Integriti Integriti Korporat Korporat termasuklah termasuklah Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM), (SPRM), Institut Institut Integriti Integriti Malaysia Malaysia (INTEGRITY), (INTEGRITI), Transparency Transparency International International Malaysia Malaysia (TI-M), (TI-M), Suruhanjaya Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia Malaysia (SSM), (SSM), Unit Unit Pengurusan Pengurusan Prestasi Prestasi dan Pelaksanaan dan Pelaksanaan (PEMANDU), (PEMANDU), NKRA Suruhanjaya Membanteras Sekuriti Rasuah Malaysia (NKRA), (SC) Suruhanjaya dan Bursa Malaysia SekuritiBerhad Malaysia (Bursa). (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa). Kerangka Kerangka kerjakerja CISMCISM dihasilkan dihasilkan untuk untuk menyokong menyokong inisiatif-inisiatif inisiatif-inisiatif integriti integriti korporat korporat supaya supaya nilai nilai integriti integriti korporat, korporat, etikaetika perniagaan perniagaan dan dan tanggungjawab tanggungjawab korporat korporat dipertingkatkan dipertingkatkan di bawah di bawah arahan arahan yangyang terbentang terbentang dalam dalam Model Model Ekonomi Ekonomi Baru,Baru, Program Program Transformasi Transformasi Ekonomi Ekonomi (ETP)(ETP) dan dan PelanPelan Integriti Integriti Nasional Nasional (NIP).(NIP).
9
13
PENJAGA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditubuhkan pada 2009 adalah pembentukan agensi memerangi rasuah bebas yang terkini di Malaysia. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengintegrasikan penyiasatan, pendakwaan dan pencegahan rasuah di sektor awam dan swasta.
PELAKSANA INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA Diberi kepercayaan untuk mengawasi dan menyelaras pelaksanaan Pelan Integriti Korporat (NIP), Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negara, yang bercirikan nilai integriti yang tinggi dan berdaya tahan serta merangkumi nilai-nilai sejagat yang mantap.
TRANSPARENCY INTERNATIONAL MALAYSIA Transparency International Malaysia (TI-M) merupakan sebuah badan organisasi tempatan di bawah pakatan organisasi pencegahan rasuah global. Sebagai badan bukan kerajaan, TI-M berkomited untuk memerangi rasuah melalui advokasi dan pelaksanaan kajian ke atas usaha memerangi rasuah, serta khidmat konsultansi profesional bagi membantu syarikat dan perniagaan untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah mereka.
PENGGALAK SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan statutori yang mengawal selia syarikat, perkongsian liabiliti terhad dan perniagaan di Malaysia. Peranan utamanya termasuklah mempromosikan tadbir urus korporat, memperbadankan syarikat, mendaftarkan perkongsian liabiliti terhad dan perniagaan serta membekalkan maklumat korporat kepada orang awam.
14
UNIT PENGURUSAN PRESTASI DAN PELAKSANAAN Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), ditubuhkan pada tahun 2009 untuk mengawasi dan memastikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya direalisasikan. Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, PEMANDU menyediakan laporan kerap berkenaan perkembangan kementerian-kementerian dan agensi kerajaan, melalui pemantauan dan aktiviti merekodkan usaha-usaha pelaksanaan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah sebuah badan statutori yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia berperanan untuk mengawal selia kesemua hal-hal berkaitan sekuriti dan derivatif, bursa-bursa, rumah -rumah penjelasan, dan depositori pusat, serta memastikan pelaksanaan institusi pasaran dan pemegang lesen, dengan matlamat utama untuk melindungi pelabur. SC juga menggalakkan dan mempromosikan pembangunan pasaran modal negara.
BURSA MALAYSIA BERHAD Sebagai pengawal selia pasaran modal domestik yang paling utama, Bursa Malaysia Berhad (Bursa) mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pasaran berkaitan sekuriti dan derivatif yang diperdagangkan melalui kemudahankemudahannya kekal adil dan teratur. Bursa juga berkomited untuk mengekalkan tahap tadbir urus korporat yang tinggi.
NKRA MEMBANTERAS RASUAH NKRA Membanteras Rasuah ditubuhkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah yang disesuaikan kepada tiga bidang yang telah dikenal pasti sewaktu Horizon 1 GTP. Bidang-bidang ini berkaitan dengan perolehan kerajaan, rasuah besar yang melibatkan penyalahgunaan dalam politik, agensi penguatkuasa dan pengawal selia.
15
Penjaga dan Depositori Ikrar
Pelaksana + Penggalak
Penggalak
Pelaksana
MEJA BULAT INTEGRITI KORPORAT
Penggalak
Penggalak
Penggalak
Rajah 1: Anggota-anggota Meja Bulat Integriti Korporat
16
Penggalak
?
Rantaian Nilai CISM
APAKAH PENDIRIAN YANG DIPEGANG OLEH SYARIKAT ANDA? Sebelum mengguna pakai atau melaksanakan Rantaian Nilai Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM), syarikat dan perniagaan digalakkan untuk menilai dan menentukan pendirian mereka berkenaan isu-isu integriti.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA SOALAN ASAS YANG PERLU DITANYA:
1. Adakah anda yakin bahawa pengurusan syarikat dan kakitangan anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan “lakukan perkara yang betul” ?
9. Berapa kerap kalikah pengurusan tertinggi syarikat atau perniagaan anda mempertimbangkan isu berkaitan etika perniagaan? 8. Adakah segala risiko kewangan dan bukan kewangan yang relevan dengan syarikat atau perniagaan anda telah dikenal pasti? Adakah risiko-risiko ini sudah dinilai?
7. Adakah syarikat atau perniagaan anda mempunyai sebarang polisi bagi membantu proses membuat keputusan? 6. Adakah syarikat atau perniagaan anda mempunyai Kod Etika? Sekiranya ada, adakah ia disemak oleh juruaudit bebas? Bilakah semakan terakhir dilakukan?
9
Soalan-soalan Asas Untuk Ditanya
d
Ko
TI
RI
G
TE
IN
2. Apakah tahap integriti dalam kalangan pengurusan syarikat dan kakitangan di dalam syarikat dan perniagaan anda?
3. Bagaimanakah syarikat atau perniagaan anda menentukan batasan antara perlakuan yang boleh diterima dan tidak boleh diterima?
4. Adakah terdapat kes rasuah yang diketahui umum dalam syarikat atau perniagaan anda (menerusi aduan/ surat layang)? Apakah jenis-jenis rasuah yang paling sering menjadi isu? 5. Adakah syarikat atau perniagaan anda mematuhi undang-undang yang berkaitan?
Pegawai-pegawai eksekutif atau mereka yang bertanggungjawab ke atas isu pematuhan dan integriti seharusnya menggunakan senarai di atas bagi menilai status integriti syarikat atau perniagaan mereka yang terkini.
17
BAGAIMANA BAGAIMANA SISTEM SISTEM INI INI DIJALANKAN DIJALANKAN
DD
emi merealisasikan emi merealisasikan budayabudaya pencegahan pencegahan rasuahrasuah korporat korporat yang tegas yang dan tegas dan menyeluruh, menyeluruh, terdapat terdapat keperluan keperluan yang menggesa yang menggesa supaya supaya syarikat syarikat dan dan perniagaan perniagaan di Malaysia di Malaysia segerasegera menjalankan menjalankan langkah-langkah langkah-langkah pencegahan pencegahan bagi bagi mengukuhkan mengukuhkan kepimpinan kepimpinan yang yang beretika, beretika, tadbir tadbir urus, urus, ketelusan, ketelusan, kebertanggungjawaban kebertanggungjawaban dan perasaan dan perasaan hormathormat terhadap terhadap peraturan peraturan undang-undang undang-undang dalam dalam prosedur prosedur operasioperasi mereka. mereka. Rantaian Rantaian Nilai Sistem Nilai Sistem Integriti Integriti Korporat Korporat Malaysia Malaysia (CISM)(CISM) mengenal mengenal pasti jurang pasti jurang dan cabaran dan cabaran yang dihadapi yang dihadapi oleh syarikat-syarikat oleh syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan dan perniagaan-perniagaan yang yang melaksanakan melaksanakan integritiintegriti korporat. korporat. Pelaksanaan Pelaksanaan CISM memerlukan CISM memerlukan semuasemua pihak-pihak pihak-pihak berkepentingan berkepentingan memainkan memainkan peranan peranan dan mempunyai dan mempunyai komitmen komitmen jangkajangka panjang panjang terhadap terhadap inisiatifinisiatif ini. Ini ini. adalah Ini adalah seiringseiring dengandengan sasaran-sasaran sasaran-sasaran integritiintegriti korporat korporat dan etika danperniagaan etika perniagaan di bawah di bawah Model Model Ekonomi Ekonomi Baru (NEM), Baru (NEM), Program Program Transformasi Transformasi Ekonomi Ekonomi (ETP) dan (ETP)Program dan Program Transformasi Transformasi Kerajaan Kerajaan (GTP) (GTP) – khususnya – khususnya dalam dalam NKRA NKRA Memerangi Memerangi RasuahRasuah dan Pelan dan Integriti Pelan Integriti Nasional Nasional (NIP). (NIP).
Melengkapkan Melengkapkan Senarai Senarai Semak Semak Syarikat-syarikat Syarikat-syarikat dan dan perniagaan-perniagaan perniagaan-perniagaan perlu menyemak perlu menyemak dan dan menganalisa menganalisa tahap tahap integriti dalaman integriti mereka dalaman mereka menggunakan menggunakan Senarai Senarai Semak CISM, Semak sebelum CISM, sebelum menandatangani menandatangani Ikrar Ikrar Integriti Korporat. Integriti Korporat.
Syarikat-syarikat Syarikat-syarikat dan dan perniagaan-perniagaan perniagaan-perniagaan melaporkanmelaporkan terus kepada terus kepada Jawatankuasa Jawatankuasa Urustadbir dan Urustadbir dan Integriti atauIntegriti Lembaga atauPengarah Lembaga Pengarah mereka, danmereka, diwajibkan dan melapor diwajibkan melapor kepada Suruhanjaya kepada Suruhanjaya PencegahanPencegahan Rasuah Malaysia Rasuah dengan Malaysia dengan menggunakan menggunakan templat pelaporan templat pelaporan CISM untukCISM Inisiatif-Inisiatif untuk Inisiatif-Inisiatif Anti Anti Rasuah pada Rasuah atau sebelum pada atau 15sebelum 15 Disember setiap Disember tahun, setiap selepas tahun, selepas genap 6 bulan genap melaksanakan 6 bulan melaksanakan inisiatif CISM. inisiatif CISM.
Melapor Melapor
18
14
Menandatangani Menandatangani Ikrar Integriti Ikrar Integriti Korporat (CIP) Korporat (CIP) CIP membolehkan CIP membolehkan syarikat-syarikat syarikat-syarikat dan dan perniagaan-perniagaan perniagaan-perniagaan membuat resolusi membuat awam resolusi awam menentangmenentang rasuah, rasuah, sambil memperlihatkan sambil memperlihatkan komitmen bagi komitmen bagi mendukungmendukung 5 Prinsip 5 Prinsip Anti-Rasuah Anti-Rasuah bagi bagi Syarikat-Syarikat Syarikat-Syarikat di Malaysia.di Malaysia.
Menjalani Menjalani Set Panduan Kit Penilaian Penilaian Kendiri Kendiri (SET) (SET)
SET membantu SET membantu syarikat-syarikat syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan dan perniagaan-perniagaan membentukmembentuk garis asas garis asas integriti dalaman integriti yang dalaman yang jelas, sebelum jelas, sebelum melaksanakan melaksanakan langkah-langkah langkah-langkah pencegahan pencegahan rasuah. rasuah.
Setelah melaksanakan Setelah melaksanakan Rantaian Nilai Rantaian CISM, syarikat-syarikat Nilai CISM, syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan dan perniagaan-perniagaan boleh mengenal boleh pasti mengenal pasti langkah-langkah langkah-langkah penambahbaikan penambahbaikan dengan menjalani dengan SETmenjalani SET sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya sekali setahunsekali untuksetahun mengekalkan untuk mengekalkan kualiti sistem integriti kualiti sistem dalaman integriti syarikat dalaman dan perniagaan. syarikat dan perniagaan.
Melalui Pelan Melalui Projek Pelan Enam Projek Enam Langkah atau Langkah Bengkel atau Sistem Bengkel Sistem Integriti Korporat, Integritiatau Korporat, kedua-atau keduaduanya sekali, duanya syarikat-syarikat sekali, syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan dan perniagaan-perniagaan melaksanakan melaksanakan dan menambah dan menambah baik baik Sistem Integriti Sistem Korporat Integriti (CIS) Korporat mereka. (CIS) mereka.
Melaksanakan Melaksanakan CIS CIS
Rantaian Nilai CISM
Peringkat 1: Melengkapkan Senarai Semak Senarai Semak CISM direka dan dibangunkan berdasarkan Anti-Bribery Checklist (Senarai Semak Pencegahan Rasuah), yang dikeluarkan oleh Transparency International pada tahun 2009. Ia mengukur integriti korporat dalaman syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan serta membentuk suatu garis asas sebelum Ikrar Integriti Korporat (CIP) ditandatangani. Senarai semak membolehkan para pentadbir menilai mekanisme integriti sedia ada, termasuklah polisi, prosedur pelaksanaan dan sistem-sistem pemantauan dan kajian. Sila rujuk pada Lampiran 2 untuk Senarai Semak CISM yang lengkap.
Peringkat 2: Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Menandatangani Ikrar Integriti Korporat adalah tindakan sukarela yang perlu dilakukan oleh semua syarikat di Malaysia sebagai tanda pengisytiharan satu pihak menentang gejala rasuah. Ia juga menggambarkan azam mereka untuk berusaha menuju ke arah persekitaran perniagaan yang berprinsip tinggi. Pengikrar bersetuju untuk mendukung 5 Prinsip Anti-Rasuah bagi Syarikat-Syarikat di Malaysia:
1
Komited untuk menggalakkan nilai-nilai integriti, ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus korporat yang mantap.
2
Mengukuhkan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah.
3
Mematuhi undang-undang, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan usaha memerangi rasuah.
4
Membanteras segala bentuk gejala rasuah.
5
Menyokong inisiatif pencegahan rasuah oleh kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Syarikat-syarikat boleh mendapatkan sesalinan CIP dengan memuat turun borang dari Portal CISM (www.cism.my) atau berjumpa dengan mana-mana pegawai SPRM. CIP mestilah ditandatangani oleh pegawai pengurusan tertinggi syarikat tersebut (misalnya Ketua Pegawai Eksekutif), sebelum ia dikembalikan kepada SPRM. Sejurus selepas tandatangan diturunkan, nama syarikat akan disenaraikan di dalam daftar penandatangan di Portal CISM. Pentadbir syarikat-syarikat boleh merujuk pihak-pihak berkepentingan mereka kepada laman web tersebut, untuk menzahirkan komitmen awam mereka, yang tekad menyokong inisiatif integriti.
19
Peringkat 3: Menjalani Set Panduan Penilaian Kendiri Set Panduan Penilaian Kendiri CISM (SET) dibangunkan berdasarkan rangka kerja yang disediakan oleh Business Principles for Countering Bribery (Prinsip-Prinsip Perniagaan bagi Memerangi Rasuah) yang dikeluarkan Transparency International. Ia bertujuan untuk menilai kesempurnaan polisi dan prosedur syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan demi menentukan garis asas yang jelas bagi keadaan sedia ada. SET seharusnya dilengkapkan mengikut urutan yang telah ditentukan. Ia akan membantu mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada risiko-risiko unik yang dihadapi oleh setiap syarikat dan perniagaan. Edisi pertama menggunakan Core Indicators yang mengguna pakai pendekatan sistematik untuk menentukan sejauh mana tahap integriti dalaman. Sila rujuk Lampiran 3 bagi Set Panduan Penilaian Kendiri CISM yang lengkap.
Pegawai-pegawai eksekutif yang bertanggungjawab untuk membangunkan sistem integriti, haruslah mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang sudah biasa dengan proses dan prosedur syarikat atau perniagaan sewaktu melengkapkan SET. Syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan yang berminat untuk melaksanakan Rantaian Nilai CISM, dinasihatkan untuk terlebih dahulu memastikan bahawa mereka memiliki kemahiran-kemahiran yang berkaitan beserta pengetahuan berkenaan strategi rasuah. Dengan adanya tenaga kerja yang cekap, terlatih dan mencukupi berserta inisiatif pencegahan rasuah yang dilengkapi kepimpinan dan pengawasan, program integriti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Salah satu lagi elemen utama untuk mencapai matlamat Program Integriti secara berkesan ialah mewujudkan satu sistem semak dan imbang (check and balance) dengan mengasingkan fungsi integriti dengan fungsi pengurusan utama sesebuah syarikat dan perniagaan. Sila rujuk Lampiran 4 untuk Amalan Terbaik Sistem Integriti Korporat: Rangka Kerja Pelaporan dan Struktur Tadbir Urus.
Peringkat 4: Melaksanakan CIS Setelah menilai dan mengenal pasti jurang melalui SET, syarikat dan perniagaan melaksanakan suatu sistem integriti sebagai perbuatan susulan terhadap komitmen yang telah dibuat. Salah satu kunci objektif bagi inisiatif pencegahan rasuah adalah dengan meminimakan serta mengurangkan peluang perlakuan rasuah, membandingkan pemerhatian awal dengan realiti sebenar yang terpampang jelas setelah terlaksananya sistem. Bagi memastikan kesempurnaan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan rasuah, syarikat-syarikat boleh menjalinkan usahasama bersama pembekal perkhidmatan yang kompeten, seperti Transparency International Malaysia (TI-M) melalui Program Integriti Perniagaan, dan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) melalui Bengkel Sistem Integriti Korporat.
20
Rantaian Nilai CISM
PELAN PROJEK 6 LANGKAH Program Integriti Perniagaan Transparency International menggunakan Projek Pelan 6 Langkah, untuk menyediakan syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan dengan prosedur yang ringkas, supaya mereka berupaya membentuk dan melaksanakan Sistem Integriti Korporat (CIS):
1 2 3 4 5 6
KOMITMEN TERHADAP PROJEK CIS Pada peringkat permulaaan, pengurusan tertinggi sesebuah syarikat atau perniagaan diberikan gambaran keseluruhan projek tersebut, sebelum cadangan kerja dirumuskan. Sejurus selepas skop kerja dan perihal harga telah dipersetujui, suatu pelan projek yang terperinci dan jangka masa dihasilkan. Projek CIS yang standard boleh mengambil masa di antara 8 minggu hingga 12 bulan untuk disempurnakan, bergantung pada saiz syarikat atau perniagaan, skop projek dan tenaga kerja yang dimiliki oleh pengurus projek.
PENILAIAN RISIKO Ini seterusnya diikuti dengan penilaian risiko berkenaan operasi yang dijalankan oleh syarikat atau perniagaan. Ini adalah suatu langkah yang penting untuk mengenal pasti peralatan kerja yang spesifik, untuk mengukuhkan keseluruhan tahap integriti. Penilaian ini juga menentukan skop terakhir projek dan menyatakan bidang yang memerlukan perhatian khusus.
REKA BENTUK BAHAN Komponen CIS yang spesifik kemudiannya direka mengikut risiko yang dihadapi oleh setiap syarikat dan perniagaan. Untuk menjamin tahap praktikal dan keberkesanannya, bahan yang telah disediakan kemudiannya, disahkan dengan pengurus projek syarikat atau perniagaan, bagi memastikan bahan yang tersedia bersesuaian dengan konteks yang berkaitan.
BERSEDIA UNTUK PELAKSANAAN Apabila bahan sudah disahkan dan diluluskan, syarikat dan perniagaan hendaklah memulakan persediaan bagi pelaksanaan. Ini melibatkan penyediaan pelan-pelan latihan dan komunikasi, mempersiapkan kakitangan IT dan Jabatan Sumber Manusia dengan perubahan yang akan berlaku, serta bekerja dengan kakitangan yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai projek sewaktu pelancaran. Peranan kakitangan menguatkan program serta membangunkan keupayaan dalaman untuk menguruskan sistem dalam jangka panjang.
PELAKSANAAN CIS kemudiannya dilancarkan dan yang diterajui oleh kakitangan syarikat atau perniagaan yang telah dipertanggungjawabkan. Segala polisi dan prosedur ditempatkan dengan sewajarnya, dan pelan-pelan latihan dan komunikasi dilaksanakan. Suatu ‘Hari Integriti’ dengan pengisian aktiviti seperti pertandingan, hadiah dan acara lain boleh menjadi cara yang baik untuk meningkatkan kesedaran dan menjana momentum bagi permulaan program dengan jayanya.
KAJIAN SELEPAS PELAKSANAAN Setelah program ditempatkan, satu kajian akan dijalankan untuk menilai pelaksanaannya dan membincangkan tindakan lanjut yang perlu diambil. Perkara-perkara susulan daripada program CIS akan diberi keutamaan, dan sebarang cadangan berkenaan usaha penambahbaikan kepada sistem dibincangkan. Selepas taklimat akhir ini, CIS kini sudah sedia ditempatkan untuk melindungi integriti korporat dalam syarikat atau perniagaan.
Sila rujuk Lampiran 5 bagi Contoh Aktiviti-aktiviti bagi Melaksanakan Sistem Integriti Korporat (CIS).
21
BENGKEL SISTEM INTEGRITI KORPORAT Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) menawarkan pilihan bagi syarikat dan perniagaan untuk menjayakan pelaksanaan melalui Bengkel Sistem Integriti Korporat. Bengkel tersebut merangkumi lima modul yang berikut:
MODUL SATU: Integriti Institusi Melalui perkongsian pandangan berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para majikan dan kakitangan, serta maklumat berkenaan penyelesaian dan amalan terbaik, peserta berupaya membangunkan rangka kerja konsep bagi menggalakkan pemikiran berkenaan integriti pada peringkat individu dan institusi.
MODUL TIGA: Sistem Integriti Korporat Malaysia Modul ini merangkumi kebertanggungjawaban dan mekanisma bagi melindunginya, rangka kerja tadbir urus yang menyeluruh, pembentukan nilai etika profesional yang akan membawa kepada kewujudan persekitaran perniagaan yang adil dan kondusif.
MODUL LIMA: Mengukur dan Menanda Aras Prestasi CISM Modul ini menerapkan kesedaran berkenaan kemajuan Malaysia sejak agenda pencegahan rasuah diberi keutamaan oleh kerajaan dalam diri para peserta, seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0. Ia juga membolehkan para peserta untuk menjejaki kemajuan, yang berkaitan dengan trend global bagi menggalakkan integriti.
MODUL DUA: Sistem Integriti Nasional dan Pelan Integriti Nasional Modul ini membangkitkan kesedaran dalam kalangan peserta tentang elemen-elemen kritikal yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional, dan peranan-peranan yang dimainkan oleh pelbagai institusi integriti yang membentuk Sistem Integriti Nasional yang menyumbang kepada kejayaan Pelan.
MODUL EMPAT: Kajian Kes Dalam Menyelesaikan Isu Rasuah Dalam modul ini, peserta dibentangkan dengan situasi spesifik yang dihadapi oleh syarikat lain pada masa dahulu. Selain mengenal pasti isu dan masalah yang timbul, peserta juga digalakkan untuk membincangkan sebab-sebab tanpa menjejaskan integriti dan etika.
Syarikat dan perniagaan boleh memulakan inisiatif mereka dengan menyertai Bengkel Sistem Integriti Korporat, yang merupakan suatu langkah yang penting untuk memahami tentang apa yang diperlukan dalam sebuah sistem yang efektif. Pada akhir kursus, peserta diberikan Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat (CIAQ), untuk mengkaji kemungkinan sama ada syarikat atau perniagaan mereka terdedah kepada gejala rasuah, menilai risiko dan mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan.
22
Rantaian Nilai CISM
SOAL SELIDIK PENILAIAN SISTEM INTEGRITI KORPORAT (CIAQ) Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat (CIAQ) digunakan untuk menilai Sistem Integriti Korporat yang telah dilaksanakan yang terdiri daripada 12 dimensi seperti berikut:
Komunikasi Secara Beretika Pemberi maklumat Tanggungjawab Sosial Korporat
Gol dan Visi
Infrastruktur
Kepimpinan
Pematuhan Kaedah, Polisi dan Undang- Budaya Organisasi Undang
Pengukuran, Kajian & Penilaian
Sokongan dan Khidmat Nasihat Sulit
Bimbingan dan Latihan Etika
Langkah Disiplin dan Ganjaran
CIAQ diadaptasikan daripada Global Ethics and Integrity Benchmarks (Penanda Aras Etika dan Integriti Global), dibangunkan oleh Joan Elise Dubinsky dan Alan Richter pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, ianya telah diperhalusi untuk mengintegrasikan langkah-langkah penambahbaikan bagi menilai etika terkini dan amalan-amalan integriti. Sila rujuk Lampiran 6 bagi maklumat lanjut berkenaan Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat CISM.
23
Peringkat 5: Laporan Inisiatif pelaporan membolehkan ketelusan organisasi dan keyakinan pemegang saham, pihak-pihak berkepentingan dan orang awam dipertingkatkan. Hasil kajian yang terhasil pada akhir peringkat ini berupaya melengkapi Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan sesebuah syarikat atau perniagaan dangan menggunakan data nyata hasil daripada usaha-usaha yang dilakukan bagi mengukuhkan pendirian syarikat dan perniagaan menentang rasuah. Sebagai penaung CISM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menjalankan semakan ke atas penandatangan CIP sekurang-kurangnya sekali selepas menandatangani CIP dan semakan berikutnya adalah bergantung kepada permohonan daripada penandatangan CIP. Penandatangan CIP akan berpeluang untuk berkongsi inisiatif dan amalan etika terbaik yang dilaksanakan. Bagi mencapai inisiatif ini, SPRM telah mengenal pasti satu set berupa 10 Inisiatif Anti-Rasuah yang penting bagi pembangunan integriti dan pencegahan gejala-gejala rasuah dalam persekitaran korporat. Templat ini boleh dicontohi untuk kegunaan syarikat sewaktu mereka membuat pelaporan di peringkat ini.
Tanggungjawab Sosial Korporat Kepimpinan
Kod Etika
Polisi Percanggahan Kepentingan Polisi Pemberi Maklumat
10
Pelaporan Anti-Rasuah
Pematuhan Polisi
Inisiatif Anti-Rasuah
Latihan, Bimbingan dan Komunikasi Etika
Polisi Rujukan
Pengenalpastian Bahagian Risiko Rasuah yang Spesifik Sila rujuk Lampiran 7 bagi melengkapkan Templat Pelaporan bagi Inisiatif Anti-Rasuah CISM.
Kajian akan dijalankan secara minimumnya enam bulan setelah CIS dikuatkuasakan, bergantung pada kesediaan syarikat atau perniagaan. Ianya boleh dijalankan melalui pemerhatian fizikal, di mana pegawai SPRM akan menjalankan perbincangan dengan mereka yang mengawasi aktiviti-aktiviti integriti, ataupun melalui dokumen penilaian kendiri yang boleh didapati dari SPRM. Sejurus selepas SPRM telah mengumpul segala hasil kajian ke atas pelaksanaan 10 Inisiatif Anti-Rasuah, SPRM akan menyediakan maklumbalas terperinci/khidmat nasihat rundingan kepada syarikat atau perniagaan, dan adalah dicadangkan agar pelaporan tersebut dimasukkan ke dalam Laporan Tahunan atau ke dalam Portal CISM.
24
Rantaian Nilai CISM
2 4
SPRM memulakan kajian secara rambang dan mana-mana syarikat yang secara sukarela ingin melaksanakannya boleh menghubungi SPRM
Temujanji antara pegawai SPRM dan individu yang berkaitan dengan program integriti syarikat atau perniagaan dijadualkan
Pegawai SPRM menjalankan sesi kajian tertakluk kepada sama ada adanya wakil dari syarikat atau perniagaan
Sebaik sahaja sesi kajian tamat, pegawai SPRM akan menjalankan perbincangan dengan wakil dari syarikat atau perniagaan.
Setelah maklumat dikumpul dan dianalisa, maklumbalas terperinci/khidmat nasihat rundingan disediakan untuk syarikat atau perniagaan.
Rajah 2: Prosedur Kajian Luar
1 3 5
Pada masa yang sama, syarikat dan perniagaan juga digalakkan untuk menilai kemajuan mereka dengan secara berdikari melengkapkan Senarai Semak CISM sekali lagi, dan membandingkannya dengan keputusan awal pada peringkat permulaan penilaian.
Akhir sekali, syarikat dan perniagaan harus ingat bahawa Rantaian Nilai CISM, bukanlah penyelesaian satu kali yang memastikan tadbir urus yang mantap dan nilai integriti kekal selama-lamanya sebaik sahaja dilengkapkan. Sebaliknya, ia adalah suatu mekanisme kawalan, yang boleh mengenal pasti dan mencadangkan bidang, untuk penambahbaikan dan seharusnya dijalani secara kerap, supaya integriti organisasi terus dipertingkatkan. 25
MEMPEROLEH KELEBIHAN BERDAYA SAING Melalui Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)
D
alam usaha menyokong kempen kerajaan untuk menghapuskan amalan-amalan rasuah dan menggalakkan ketelusan dalam negara, tindakan sektor-sektor swasta untuk mengguna pakai polisi-polisi pencegahan rasuah adalah sangat penting bagi menggalakkan amalan-amalan perniagaan yang baik serta memenuhi hasrat ekonomi negara pada masa hadapan. Memandangkan perusahaan kecil dan sederhana merangkumi 97.3% daripada pertubuhan perniagaan yang ada di Malaysia serta mempunyai sumbangan yang signifikan kepada ekonomi, maka pengenalan inisiatif-inisiatif integriti dalam kalangan mereka pasti memberi impak yang besar kepada negara.
26
Menuju Hadapan
Kajian Kes Syarikat X merupakan sebuah syarikat milik negeri yang baharu sahaja bertapak selama lima tahun. Sebagai syarikat yang masih baharu, ia tidak mempunyai polisi dan prosedur yang jelas, terutama sekali dalam bidang berkaitan penguatkuasaan kontrak dan tender. Pengurusan kontrak yang lemah menimbulkan masalah bagi syarikat disebabkan oleh kontraktor yang tidak menjalankan tugas secara sewajarnya, dan seterusnya menyebabkan kejatuhan yang signifikan kepada pendapatan syarikat. Tambahan pula, prosedur tender syarikat dijalankan dengan penuh kekaburan, lantas mendedahkan syarikat kepada risiko rasuah, seperti yang dicerminkan oleh ketidakupayaan sesetengah kontraktor dalam menjalankan tugas yang dikehendaki. Untuk membantu mengatasi masalah ini, syarikat bekerjasama dengan Transparency International Malaysia (TI-M) untuk melaksanakan satu sistem Akujanji Integriti (IP) dengan matlamat untuk menambah baik prosedur penguatkuasaan kontrak dan tender mereka. Berdasarkan cadangan-cadangan TI-M, syarikat:
Laporan Rasuah Global yang dikeluarkan oleh Transparency International menunjukkan bahawa sekalipun sektor swasta mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhan, namun ia juga boleh menjadi suatu kemudaratan kepada masyarakat. Gejala rasuah yang dibiarkan merebak secara berleluasa boleh melemahkan persaingan perniagaan yang adil, membantutkan pertumbuhan ekonomi dan menggugat pembangunan yang stabil. Dengan melaksanakan CISM, syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan boleh membawa amalan-amalan mereka supaya lebih sejajar dengan standard integriti global, memandangkan semakin banyak negara yang memperkenalkan akta pencegahan rasuah atau mengintegrasikan klausa liabiliti korporat ke dalam undang-undang sedia ada. Syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP), dan ini membolehkan mereka membuat suatu
• • •
• •
Menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (CGI) pada peringkat Lembaga Pengarah. Melantik seorang Ketua Pegawai Integriti (CIO). Mengguna pakai Akujanji Integriti (IP) dalam kontrak pembekalan perkhidmatan mereka dengan kontraktor, menyebabkan mereka komited untuk menghapuskan amalan-amalan rasuah dan patuh akan terma dan syarat yang telah ditentukan dalam kontrak. Membangunkan prosedur pemberi maklumat. Menganjurkan taklimat bagi memaklumkan polisi dan prosedur baharu terhadap kakitangan dan kontraktor.
Polisi dan prosedur yang baharu diterima baik oleh kakitangan dan kontraktor yang menunjukkan sokongan mereka sewaktu sesi taklimat. Prosedur tender syarikat kini lebih terlindung daripada risiko rasuah, manakala penguatkuasaan kontrak juga kini lebih mudah dengan pelaksanaan sistem IP.
Sumber: Transparency International Malaysia
komitmen awam untuk mendukung kesemua 5 Prinsip Anti-Rasuah bagi Syarikat-syarikat di Malaysia. Mereka kemudiannya perlu terus menjalankan Rantaian Nilai CISM yang selebihnya, bagi menambah baik tadbir urus korporat dan memastikan bahawa prinsip-prinsip pencegahan rasuah diwujudkan dalam seluruh amalan perniagaan. Selain menyediakan panduan bagi amalan perniagaan setelah CIP ditandatangani, Rantaian Nilai CISM juga berfungsi untuk membantu mengikat kerjasama yang lebih erat di antara sektor swasta dan awam, dan juga di antara agensi-agensi penguatkuasaan dan pengawal selia. Syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan digalakkan untuk memulakan penilaian dan langkah-langkah pelaksanaan tambahan, supaya mereka mendapat kefahaman yang lebih berkenaan
27
Menuju Hadapan
Kajian Kes Syarikat Y – sebuah syarikat pemegang amanah – adalah sebuah Syarikat Milik Kerajaan (GOC) yang telah berkhidmat untuk negara lebih dari 90 tahun. Sejajar dengan seruan kerajaan yang menggalakkan syarikat supaya mengguna pakai Pelan Integriti Nasional (NIP), syarikat Y telah memulakan suatu tindakan untuk memupuk prinsip-prinsip NIP di tempat kerja melalui pengenalan Pelan Integriti yang menyeluruh. Untuk lebih memahami tahap integriti mereka yang sedia ada, mereka telah menghantar Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat yang lengkap kepada Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Hasil keputusan yang diperolehi oleh (INTEGRITI) daripada penilaian kendiri tersebut, telah mendorong syarikat: • •
•
•
• •
•
•
Menubuhkan Jawatankuasa Kakitangan & Integriti. Membentuk pejabat Ketua Pegawai Integriti (CIO) untuk merumus dan menyemak strategi integriti korporat serta membina pelan tindakan bagi menggalakkan integriti. Membangunkan pelan integritinya sendiri untuk mewujud dan mengekalkan keyakinan awam terhadap syarikat. Memperkenalkan dan menguatkuasakan polisi-polisi pemberi maklumat dan menubuhkan Unit Pematuhan di bawah CIO untuk menerima dan menyiasat aduan. Menjalankan ‘Pemeriksaan Kejutan’ berdasarkan keputusan Laporan Audit Dalaman. Menubuhkan talian pantas untuk orang awam melaporkan aduan dan menyampaikan maklumat berkenaan sebarang amalan rasuah yang dilakukan oleh kakitangan syarikat. Mengeluarkan sijil yang membuktikan pematuhan terhadap Kod Etika Perniagaan syarikat kepada rakan-rakan kongsi. Memastikan vendor dan para pembekal mengguna pakai Akujanji Integriti (IP).
Hasil daripada usaha-usaha ini, GOC ini berjaya menjadi perintis dalam industri dan kekal sebagai satu teladan yang baik bagi syarikat-syarikat lain untuk dicontohi. Sumber: Institut Integriti Malaysia
28
operasi mereka, dan juga membantu mengenal pasti sebarang kelemahan yang mungkin berupaya menyumbang kepada peningkatan gejala rasuah. Statistik terkini menunjukkan bahawa gejala rasuah membantutkan pembangunan mampan dan menambah kos yang tidak wajar terhadap transaksi perniagaan. Dengan mengambil kira akan hal ini, CISM memainkan peranan penting dalam menyediakan panduan yang jelas tentang cara-cara melaksanakan polisi dan prosedur pencegahan rasuah dan integriti korporat yang efektif. Adaptasi inisiatif-inisiatif yang meluas akan membantu meningkatkan dan menggalakkan keyakinan perniagaan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing terhadap sektor swasta negara.
Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, SPRM diberi kepercayaaan untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah dalam sektor awam dan swasta di Malaysia. Sehingga kini, Bahagian Konsultansi dan Pemeriksaan SPRM komited untuk menyediakan bantuan kepada syarikat dan perniagaan berkenaan hal-hal membangunkan dan memajukan sistem pencegahan rasuah dalaman mereka.
LAMPIRAN
29
LAMPIRAN 1: JENIS-JENIS RASUAH Buku Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Langkah-Langkah Pencegahan Rasuah yang Praktikal bagi Peguam Pendakwa dan Pegawai Penyiasatan menyenaraikan beberapa beberapa jenis rasuah yang sering berlaku, antaranya termasuklah: I. RASUAH KECIL Juga dikenali sebagai rasuah pentadbiran, ia melibatkan pertukaran wang berjumlah kecil dan permintaan meluluskan perkara-perkara tertentu. Walaupun hanya melibatkan jumlah kecil, namun ia tetap boleh membawa kerugian awam. II. RASUAH BESAR Ini merebak sehingga peringkat tertinggi kerajaan, di mana berlakunya penyelewengan kuasa yang utama, pelanggaran undang-undang, ketidakstabilan ekonomi dan kejatuhan pentadbiran kerajaan yang mantap. III. RASUAH AKTIF DAN PASIF Rasuah aktif merujuk kepada tindakan menawarkan atau membayar rasuah (di mana pembayaran rasuah sememangnya berlaku) manakala rasuah pasif merujuk kepada permintaan atau penerimaan rasuah (penawaran rasuah terjadi tetapi ia ditolak). IV. SOGOKAN Sogokan adalah bentuk rasuah yang paling sering berlaku. Rasuah jenis ini dijelaskan sebagai situasi di mana perundingan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan berlaku bagi mendapatkan manfaat dalam pelbagai bentuk. Misalnya, wang tunai, saham syarikat, maklumat dalaman, seksual atau permintaan lain, hiburan, pekerjaan atau faedah masa hadapan seperti pekerjaaan selepas persaraan. Faedah tersebut boleh disalurkan secara langsung kepada penerima rasuah atau secara tidak langsung kepada pihak ketiga seperti rakan, saudara, rakan kongsi dan parti politik. Kegiatan sogokan yang berlaku boleh membawa kepada jenis-jenis rasuah yang lain. V. PENGGELAPAN WANG, KECURIAN DAN PENIPUAN Istilah ini merujuk kepada seseorang individu yang mengeksploitasikan kedudukannya bagi tujuan mencuri. Penipuan melibatkan kegunaan maklumat palsu atau mengelirukan bagi memperdayakan pemilik sesebuah harta. Kecurian secara universalnya termasuk dalam definisi rasuah itu sendiri, sepertimana ia berlaku, dan dikira sebagai pelanggaran tugas fidusiari. VI. PERAS UGUT Peras ugut adalah paksaan untuk mendapatkan kerjasama, misalnya ugutan keganasan dan pendedahan maklumat sensitif. VII. PENYELEWENGAN KUASA Penyelewengan kuasa adalah kegagalan seseorang pegawai rasmi melaksanakan sesuatu tugas, yang juga merupakan suatu pelanggaran undang-undang dalam usaha mendapatkan keuntungan yang sangat tidak wajar bagi dirinya ataupun orang dan entiti lain. VIII. PILIH KASIH DAN NEPOTISME/PERKERABATAN Pilih kasih, nepotisme/perkerabatan dan klientelisme melibatkan pelanggaran budi bicara. Pelanggaran budi bicara ini kebiasaannya tidak melibatkan manfaat secara langsung kepada pegawai rasmi tetapi lebih kepada mereka yang terdekat dengan pegawai rasmi tersebut, seperti keluarga, parti politik, puak atau kelompok. IX. MEWUJUDKAN DAN MENGEKSPLOITASIKAN KONFLIK BERKEPENTINGAN Pengeksploitasian terjadi apabila konflik antara tanggungjawab seseorang individu dan kepentingan peribadinya dieksploitasikan. Penawaran rasuah mendorong konflik yang sebelumnya mungkin tidak wujud sama sekali. Di keduadua sektor awam dan swasta, kakitangan dan pegawai rasmi sering dihadapkan dengan situasi di mana kepentingan peribadi mereka berkonflik dengan tanggungjawab mereka demi kepentingan syarikat dan majikan. Organisasi yang diurus rapi mempunyai sistem yang kebiasaaannya berasaskan kod tatasusila bagi usaha menguruskan hal ini. X. SUMBANGAN POLITIK YANG TIDAK WAJAR Sumbangan yang dilakukan dengan niat supaya pihak yang terpilih memberi keutamaan kepada si penyumbang sebaik sahaja pihak yang disokongnya itu mula bertugas, boleh disamakan seperti pembayaran sogokan.
30
Lampiran Jenis Sogokan
Definisi
Rasuah yang bercanggah dengan undang-undang
Pembayaran dilakukan bagi memastikan perasuah atau sesiapa yang berkait dengannya menerima sesuatu perkhidmatan yang tidak layak baginya.
Rasuah yang berlaku seiring dengan undang-undang
Pembayaran dilakukan bagi memastikan perasuah atau sesiapa yang berkait dengannya menerima sesuatu perkhidmatan yang sememangnya layak baginya di sisi undang-undang.
Menawarkan atau menerima hadiah, ganjaran, pertolongan atau komisyen yang tidak wajar
Menerima ganjaran sebagai balasan kepada jasa yang bakal dihulurkan; bantuan tersebut selalunya menyalahi kod tatasusila yang relevan. Memandangkan selalunya terdapat jalinan antara pembayaran dan hasil, pembayaran sebegini sukar untuk dibezakan sama ada ia adalah sogokan atau peras ugut.
Sogokan untuk mengelak liabiliti cukai
Sogokan yang menyokong penipuan
Sogokan untuk mengelak liabiliti kesalahan jenayah
Sogokan yang menyokong persaingan tidak adil untuk mendapatkan sesuatu manfaat atau sumber
Sogokan dalam sektor swasta
Kakitangan di agensi kutipan pendapatan seperti agensi cukai dan kastam mungkin diminta untuk membenarkan potongan daripada jumlah sebenar, atau mengabaikan bukti kesalahan jenayah. Mereka juga akan diharapkan untuk mengabaikan import atau eksport haram, atau bertindak menutup mata terhadap transaksi haram seperti pelaburan wang haram. Pegawai penggaji dirasuah supaya terlibat dalam penyelewengan seperti menyenaraikan dan menggaji kakitangan yang tidak wujud. Pegawai penguatkuasa undang-undang, peguam pendakwa, hakim dan pegawai rasmi yang lain dirasuah supaya penyiasatan jenayah tidak dilakukan secara menyeluruh, lantas menghalang pendakwaan jenayah atau memastikan hukuman ringan dijatuhkan sekiranya pendakwaan tetap berlaku. Kakitangan sektor awam dan swasta yang bertanggungjawab membuat kontrak untuk barangan dan perkhidmatan mungkin dirasuah supaya isi kandungan kontrak tersebut memberi kelebihan yang tidak wajar kepada perasuah. Apabila sogokan dibayar di luar kontrak, ia digambarkan sebagai komisyen rahsia. Kakitangan kewangan dan perbankan yang korup diberi sogokan untuk meluluskan pinjaman yang tidak menepati kriteria keselamatan ataupun memang ditolak kerana telah dikenal pasti sebagai memungkiri kerana ianya teah dipercayai boleh membawa kepada kepincangan ekonomi. Seperti mana sogokan boleh ditawarkan kepada pegawai awam, sebegitu juga sogokan boleh mencemari transaksi perolehan di sektor swasta.
Sogokan untuk mendapatkan maklumat dalaman atau sulit
Kakitangan di sektor awam dan swasta sering dirasuah untuk mendedahkan maklumat sulit dan butir peribadi yang dilindungi untuk pelbagai tujuan komersial.
“Menjaja” pengaruh
Kakitangan rasmi awam atau orang dalam kerajaan dan politik yang secara tidak bermoralnya menjual akses yang mereka miliki kepada pembuat keputusan. Menjaja pengaruh adalah terasing daripada advokasi politik yang sah di sisi undang-undang dan perbuatan melobi. (Lihat Artikel 18 Konvensyen Memerangi Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
31
LAMPIRAN 2: SENARAI SEMAK
Senarai Semak Pencegahan Rasuah: Apakah pendirian syarikat anda berkenaan pencegahan rasuah?
( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan)
Y
1.0 POLISI
T
T/B
1 Adakah terdapat sebuah penerbitan yang formal dan terkini berkenaan sifar toleransi terhadap rasuah? 2 Adakah terdapat komitmen awam dalam usaha untuk kekal konsisten dengan segala undang-undang pencegahan rasuah yang termasuk dalam bidang kuasa yang melibatkan operasi syarikat anda? 3 Adakah anda mempunyai komitmen untuk melaksanakan program pencegahan rasuah1?
2.0 PELAKSANAAN 4 Adakah anda melaksanakan penilaian risiko secara kerap untuk mengenal pasti rasuah dan membentuk program untuk memerangi risiko tersebut? 5 Adakah program anda mempunyai polisi, prosedur dan kawalan terperinci bagi:
a) Sumbangan politik b) Sumbangan derma dan tajaan c) Bantuan pembayaran d) Hadiah, layanan baik, perbelanjaan perjalanan
6 Adakah anda menugaskan tanggungjawab atau kuasa yang jelas kepada para pengurus untuk menjalankan program? 7 Adakah program ini dilaksanakan di mana-mana hak perniagaan di mana syarikat anda mempunyai kuasa terhadapnya? 8 Adakah anda menggalakkan program yang serupa diadakan di mana-mana hak perniagaan di mana syarikat anda mempunyai kuasa terhadapnya? 9 Adakah program ini dimaklumkan kepada : a) seluruh kakitangan b) rakan kongsi perniagaan c) pihak berkepentingan yang lain 10 Adakah amalan sumber 2manusia anda menggambarkan komitmen syarikat anda terhadap program? 11 Adakah latihan yang telah direka khas disediakan bagi penyertaan:
a) semua pengarah, pengurus, kakitangan dan ejen? b) Pihak ketiga berisiko tinggi termasuk pihak tengah lain, kontraktor dan para pembekal?
12 Adakah syarikat anda menyediakan saluran yang selamat dan mudah diakses di mana kakitangan boleh mendapatkan nasihat atau menyuarakan kebimbangan (pemberian maklumat) tanpa ancaman tindakan balas? 13 Adakah polisi pemberian maklumat disampaikan secara mencukupi/dengan memadai terhadap pihak luar dan para penguatkuasa? 14 Adakah terdapat sebarang kawalan dalaman bagi mengatasi gejala sogokan, dengan pemeriksaan kewangan dan organisasi terhadap perakaunan dan amalan penyimpanan rekod dan prosedur perniagaan yang berkaitan? 15 Adakah terdapat sebarang prosedur dan mekanisme yang memerlukan kakitangan untuk mengisytiharkan sebarang konflik peribadi dalam mana-mana keputusan perniagaan yang bermakna? 16 Adakah klausa pencegahan rasuah termasuk dalam mana-mana kontrak perolehan / tender? 17 Adakah syarikat anda mewajibkan pihak pengurusan tertinggi mengisytiharkan aset mereka?
3.0 PEMANTAUAN DAN SEMAKAN 18 Sudahkah anda menyemak sama ada syarikat anda mematuhi undang-undang pencegahan rasuah di Malaysia dan di negara lain di mana syarikat anda turut beroperasi? 19 Adakah sistem kawalan dalaman seperti amalan perakaunan dan penyimpanan rekod tertakluk kepada kajian dan audit secara kerap? 20 Adakah anda mempunyai sebarang prosedur untuk menangani kejadian salah laku berkaitan sogokan rasuah? 21 Adakah pengurusan tertinggi anda ada mengkaji kesesuaian dan keberkesanan program dan menjalankan penambahbaikan? 22 Adakah terdapat sebarang jawatankuasa, lembaga atau badan audit yang sering menjalankan penilaian berciri bebas berkenaan kelengkapan program? 23 Adakah syarikat anda menjelaskan secara terbuka tentang program dan pelaksanaannya? 24 Adakah anda mendapatkan jaminan dari luar dan adakah kenyatan tersebut diterbitkan secara umum? Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
[email protected]
¹ Segala usaha perusahaan berkenaan pencegahan rasuah termasuklah nilai murni, kod tatasusila, polisi dan prosedur yang terperinci, pengurusan risiko, komunikasi dalaman dan luaran, latihan dan bimbingan, kawalan dalaman, pengawasan, pemantauan dan jaminan.
² Termasuklah perihal pengambilan, latihan, penilaian prestasi, pengiktirafan dan kenaikan pangkat.
32
Lampiran
LAMPIRAN 3: SET PANDUAN PENILAIAN KENDIRI CISM (SET) Indikator Penilaian Kendiri
( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan, T/J: Tidak Jelas)
Y
T
T/B
T/J
1.0 PRINSIP-PRINSIP 1.1 Larangan rasuah dalam apa jua bentuk 1
Adakah syarikat mempunyai kenyataan awam berstandard tinggi seperti nilai korporat yang turut menekankan terhadap integriti perniagaan?
2
Adakah program pencegahan rasuah telah diluluskan secara formal oleh pihak lembaga atau yang seumpamanya ataupun oleh pengurus-pemilik sekiranya ia adalah syarikat milik keluarga?
3
Adakah syarikat mempunyai sebarang kod tatasusila atau dokumen berkaitan polisi yang serupa di mana kenyataan jelas tentang polisi pencegahan rasuah turut disertakan?
2.0 PEMBANGUNAN PROGRAM BAGI MEMERANGI RASUAH 2.1 Rekaan 4
Adakah program menyuarakan nilai, polisi dan prosedur yang digunakan untuk mengelakkan rasuah daripada berlaku dalam mana-mana aktiviti di bawah kawalan syarikat secara jelas dan munasabah? (sekiranya program masih belum direka, sila tandakan pada tiada jawapan)
2.2 Memantau amalan terbaik yang baharu muncul dan berhubung dengan pihak yang berminat 5
Adakah syarikat mempunyai sebarang prosedur untuk memastikan pihak mereka dimaklumkan tentang segala urusan dalaman dan luaran yang berkaitan pembangunan dan pelaksanaan program yang
3.0 BENTUK SOGOKAN YANG SPESIFIK 3.1 Sumbangan politik 6
Adakah terdapat polisi atau prosedur yang meliputi sumbangan politik yang dilakukan secara langsung ataupun tidak langsung?
7
Sekiranya polisi menyatakan larangan sumbangan politik, adakah syarikat mempunyai prosedur untuk menghalang daripada sumbangan politik dilakukan?
8
Sekiranya polisi yang digubal membenarkan sumbangan politik, adakah polisi dan prosedur tersebut memastikan bahawa sumbangan tidak disalurkan kepada parti politik,organisasi atau individu yang terlibat dalam politik sebagai cara untuk memperoleh kepentingan dalam transaksi perniagaan?
9
Adakah terdapat prosedur untuk merekodkan sebarang sumbangan politik secara bertulis?1
3.2 Sumbangan derma 10 Adakah terdapat prosedur ataupun kawalan untuk memastikan bahawa sumbangan derma tidak digunakan sebagai dalih untuk sogokan? 11 Adakah terdapat sebarang prosedur untuk menyemak atau meluluskan mana-mana sumbangan derma? 12 Adakah terdapat prosedur untuk merekodkan secara bertulis? 13 Sekiranya syarikat memiliki suatu yayasan atau tabung tertentu, adakah sumbangan entiti tertakluk kepada prosedur dan kawalan supaya ia tidak digunakan sebagai dalih untuk rasuah bagi mendapatkan faedah yang tidak wajar?
3.3 Tajaan 14 Adakah terdapat polisi atau prosedur yang meliputi tajaan untuk memastikan tajaan tidak dijadikan sebagai dalih untuk rasuah? 15 Adakah terdapat prosedur bagi kelulusan dan pembayaran tajaan yang selari dengan prosedur pembelian yang normal?
¹ Walaupun terdapat polisi yang melarang sumbangan politik, sumbangan mungkin dilakukan secara tidak sengaja ataupun memang disengajakan berlanggar dengan polisi – namun dalam kes sedemikian ianya harus direkodkan secara betul.
33
Lampiran 3 ( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan, T/J: Tidak Jelas)
Y 3.4 Pembayaran Kemudahan 16 Adakah terdapat polisi dan prosedur yang merangkumi pembayaran kemudahan? 17 Sekiranya polisi tidak melarang pembayaran kemudahan, adakah ia mewajibkan pihak syarikat untuk berusaha mengenal pasti dan menghapuskan pembayaran sedemikian? 18 Adakah syarikat anda mempunyai prosedur untuk memantau pelaksanaan polisi berkenaan pembayaran kemudahan?
3.5 Hadiah, layanan baik dan perbelanjaan 19 Adakah syarikat mempunyai polisi dan prosedur yang merangkumi hadiah, layanan baik dan perbelanjaan? 20 Adakah terdapat panduan dan kawalan (termasuklah prosedur sewaktu melaporkan) bagi memastikan polisi syarikat berkaitan barangan, layanan baik dan perbelanjaan dipatuhi? 21 Adakah terdapat panduan jelas yang membolehkan kakitangan memahami bagaimana hendak mengendalikan hal ehwal berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah, layanan baik dan perbelanjaan? 22 Adakah terdapat sebarang prosedur yang jelas bagi menyampaikan panduan berkenaan hadiah, layanan baik dan perbelanjaan?
4.0 ORGANISASI DAN TANGGUNGJAWAB 4.1 Komitmen terhadap program dan penugasan tanggungjawab 23 Adakah pihak Lembaga Pengarah atau badan yang setara dengannya serta pengurus-pemilik komited terhadap polisi dan program pencegahan rasuah? 24 Adakah pihak Lembaga Pengarah atau badan yang setara dengannya serta pengurus-pemilik mengawasi program secara langsung atau melalui jawatankuasa lembaga? 25 Adakah Ketua Eksekutif atau sesiapa yang berjawatan setara dengannya bertanggungjawab dalam memastikan bahawa program dijalankan secara konsisten seiring dengan penguatkuasaan yang jelas? 26 Adakah pengarah atau pengurusan atasan memikul tanggungjawab untuk melaksanakan program tersebut?
4.2 Bukti Komitmen Lembaga dan Pihak Pengurusan 27 Adakah syarikat mewajibkan program untuk para pengarah? 28 Adakah terdapat sebarang prosedur bagi mengenakan sekatan apabila berlakunya pelanggaran program oleh para pengarah?
5.0 FUNGSI OPERASI DAN SOKONGAN 29 Adakah terdapatnya prosedur untuk memastikan fungsi sokongan dan operasi mempunyai kebolehan dan sumber untuk membantu melaksanakan program? 30 Adakah terdapatnya pemeriksaan ke atas prosedur jualan dan pemasaran secara kerap di mana risiko sogokan berkemungkinan berlaku dan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang sesuai? 31 Adakah terdapat pemeriksaan ke atas prosedur pembelian secara kerap di mana terletaknya risiko sogokan dan langkah-langkah pencegahan yang sesuai?
6.0 HUBUNGAN PERNIAGAAN 6.1 Subsidiari 32 Adakah terdapat polisi dan prosedur untuk melaksanakan program syarikat di dalam kesemua entiti perniagaan yang dikuasainya? 33 Adakah Pengurus Besar subsidiari dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program menurut polisi syarikat? 34 Adakah terdapat sebarang prosedur bagi Pengurus Besar subsidiari untuk menyediakan jaminan bertulis bahawa program syarikat induk telah dilaksanakan?
34
T
T/B
T/J
Lampiran
Lampiran 3
( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan, T/J: Tidak Jelas)
Y
T
T/B
T/J
35 Adakah rekod menunjukkan bahawa Pengurus Besar menyediakan laporan bertulis berkenaan pelaksanaan program?
6.2 Pelaburan Signifikan 36 Adakah terdapat polisi atau prosedur untuk menggalakkan pelaksanaan program yang setara dengan yang
6.3 Usahasama Perniagaan dan Konsortium 37 Adakah terdapat prosedur untuk memastikan usaha yang sewajarnya dilakukan sebelum menyertai manamana usahasama perniagaan atau konsortium? 38 Adakah terdapat polisi untuk memastikan mana-mana usahasama perniagaan dan konsortia yang berada di bawah kawalan syarikat mempunyai program sepertimana yang dilaksanakan di syarikat sendiri? 39 Adakah terdapat prosedur untuk memastikan mana-mana usahasama perniagaan dan konsortia yang berada di bawah kawalan syarikat mempunyai program sepertimana yang dilaksanakan di syarikat sendiri? 40 Sekiranya syarikat mempunyai sebarang kuasa atau kawalan ke atas mana-mana usahasama perniagaan atau konsortiumnya, adakah terdapat sebarang prosedur yang membolehkan programnya dikenali oleh entiti lain dalam usahasama tersebut serta menggalakkan mereka mengguna pakai program sepertimana yang telah dilaksanakan di syarikat? 41 Sekiranya syarikat tidak mempunyai sebarang kuasa atau kawalan ke atas mana-mana usahasama perniagaan atau konsortiumnya, adakah terdapat sebarang prosedur yang membolehkan programnya dikenali oleh entiti lain dalam usahasama tersebut serta menggalakkan mereka mengguna pakai program sepertimana yang telah dilaksanakan di syarikat? 42 Adakah syarikat memiliki prosedur untuk memantau program-program dan prestasi usahasama perniagaan dan konsortium? 43 Adakah terdapat prosedur di mana syarikat mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlakunya polisi-polisi atau amalan-amalan yang tidak konsisten dengan program?
6.4 Strategi Keluar 44 Adakah terdapat prosedur di mana syarikat mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlakunya polisi-polisi atau amalan-amalan yang bercanggah dengan program? 45 Apabila syarikat tidak berupaya memastikan sama ada usahasama perniagaannya atau konsortium mempunyai program yang konsisten dengan yang dimiliki olehnya, maka adakah terdapat prosedur di mana syarikat mempunyai rancangan untuk mengakhiri sebarang usahasama jika berlakunya sebarang gejala rasuah atau syak wasangka yang munasabah?
6.5 Ejen dan orang tengah yang lain 46 Adakah terdapat sebarang prosedur untuk memastikan bahawa syarikat tidak menyalurkan sebarang bayaran yang tidak wajar melalui ejen atau orang tengah yang lain? 47 Adakah terdapat sebarang polisi atau prosedur untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum perlantikan ejen dan orang tengah yang lain? 48 Adakah terdapat sebarang prosedur untuk menyediakan bimbingan kepada kakitangan supaya mereka melakukan tindakan yang sewajarnya sebelum perlantikan mana-mana ejen dan orang tengah yang lain? 49 Adakah syarikat mempunyai prosedur untuk merekodkan usaha kajian yang sewajarnya secara tepat? 50 Adakah terdapat prosedur di mana segala persetujuan yang termeterai antara ejen dan orang tengah yang lain perlu mendapatkan kelulusan dari pihak tertinggi terlebih dahulu? 51 Adakah terdapat polisi yang memerlukan ejen dan orang tengah yang lain untuk menyatakan persetujuan secara bertulis bahawa mereka akan mematuhi program syarikat? 52 Adakah terdapat prosedur bagi syarikat mendapat hak penamatan secara berkontrak apabila ejen dan orang tengah yang lain membayar sogokan atau bertindak dengan cara yang bercanggah dengan program?
35
Lampiran 3 ( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan, T/J: Tidak Jelas)
Y 53 Adakah terdapat prosedur untuk memastikan isu-isu berkaitan hak mengakses rekod, kerjasama sewaktu penyiasatan dan perkara-perkara seumpamanya berkaitan kontrak dimasukkan dalam segala kontrak bersama ejen, penasihat dan orang tengah yang lain? 54 Adakah syarikat mempunyai prosedur untuk memberi nasihat dan dokumentasi yang menerangkan kewajipan mematuhi program syarikat serta sekatan-sekatan yang tertakluk kepada ejen dan orang tengah yang lain? 55 Adakah terdapat polisi yang menyatakan bahawa sebarang ganti rugi yang dibayar kepada ejen dan orang tengah adalah suatu perkara yang wajar bagi perkhidmatan yang diberikan secara sah, dan adakah terdapat prosedur lain bagi memastikan hal ini terjadi seperti yang sepatutnya? 56 Adakah terdapat sebarang polisi atau prosedur untuk memastikan bahawa apa-apa ganti rugi yang dibayar 57 Adakah larangan untuk membayar kepada ejen dan orang tengah yang lain melalui akaun luar negara termasuk dalam polisi syarikat, dan adakah terdapat sebarang prosedur untuk memastikan hal ini? 58 Adakah terdapat prosedur bagi mewajibkan ejen dan orang tengah yang lain secara berkontrak supaya memastikan buku dan rekod boleh didapati bagi pemeriksaan oleh syarikat, para pengaudit dan bahagian penyiasatan dan penguatkuasaan? 59 Adakah syarikat mempunyai prosedur untuk mendokumentasikan aspek-aspek berkaitan hubungan antara ejen, penasihat atau orang tengah yang lain dengan betul? 60 Adakah terdapat sebarang prosedur untuk memantau cara pengendalian ejen syarikat dan orang tengah yang lain? 61 Adakah syarikat ada mengenakan sebarang sekatan terhadap ejen dan orang tengah yang terlibat dalam rasuah atau bertindak dengan cara yang bercanggah dengan program?
6.6 Kontraktor, sub-kontraktor dan pembekal 62 Adakah syarikat ada membuat kenyataan awam yang jelas berkenaan pelaksanaan amalan berkontrak dan perolehan dengan cara yang adil dan telus, dan adakah terdapat prosedur untuk memastikan amalan ini berterusan? 63 Adakah syarikat mempunyai prosedur di mana tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan ke atas kontraktor dan juga prosedur untuk mengelak berurusan dengan kontraktor dan pembekal yang dikenal pasti atau disyaki mengamalkan rasuah? 64 Adakah syarikat mempunyai prosedur untuk memastikan program pencegahan rasuah mereka sampai ke pengetahuan para kontraktor, sub-kontraktor dan pihak pembekal? 65 memastikan mereka mempunyai program pencegahan rasuah yang berkesan? 66 Adakah terdapat sebarang prosedur bagi membenarkan syarikat untuk memiliki hak tuntutan penamatan kontrak sekiranya kontraktor dan pembekal terlibat dalam gejala rasuah atau melakukan tindakan yang bercanggah dengan program?
6.7 Lain-lain hubungan perniagaan 67 Adakah terdapat polisi yang mewajibkan atau menggalakkan implementasi program yang setara dengannya bagi mana-mana entiti yang mereka ada menjalankan hubungan perniagaan bersama?
7.0 SUMBER MANUSIA 7.1 Penyelarasan antara amalan sumber manusia dan program 68 Adakah hal-hal seperti pengambilan, latihan, penilaian prestasi, ganjaran, pengiktirafan dan kenaikan pangkat menggambarkan komitmen syarikat terhadap program?
7.2 Pematuhan mandatori terhadap program dan sekatan 69 Adakah terdapat polisi dan prosedur untuk memastikan program yang diwajibkan bagi kakitangan dipatuhi sepenuhnya dan adakah sekatan dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran?
36
T
T/B
T/J
Lampiran
Lampiran 3
( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan, T/J: Tidak Jelas)
Y
T
T/B
T/J
7.3 Perlindungan terhadap kakitangan yang menolak rasuah 70 Adakah terdapat jaminan dalam polisi syarikat bahawa tiada kakitangan yang akan dikenakan penalti atau menanggung akibat hasil keengganan menerima rasuah sekalipun keengganan tersebut menjurus kepada kejatuhan perniagaan syarikat?
8.0 LATIHAN 71 Adakah terdapat prosedur bagi latihan bimbingan untuk para pengarah, pengurus dan kakitangan supaya mereka memahami program dan jangkaan syarikat serta prosedur sekatan sekiranya berlaku pelanggaran? 72 Adakah latihan ulangkaji untuk kakitangan dijalankan sekali atau dua kali setahun?
9.0 MENYUARAKAN KEBIMBANGAN DAN MENDAPATKAN NASIHAT 9.1 Saluran aduan untuk kakitangan 73 Adakah syarikat menggalakkan kakitangan untuk menyuarakan kebimbangan dan melaporkan apa-apa situasi yang meragukan kepada pegawai syarikat yang bertanggungjawab secepat yang mungkin? 74 Adakah syarikat menyediakan saluran yang terjamin dan mudah diakses serta membolehkan para kakitangan menyuarakan kebimbangan dan melaporkan apa-apa pelanggaran (pemberian maklumat) secara yakin tanpa merisaukan sebarang ancaman tindakan balas?
9.2 Saluran Aduan bagi rakan kongsi perniagaan dan lain-lain 75 Adakah terdapat saluran komunikasi yang terjamin dan mudah diakses yang menggalakkan serta membolehkan rakan kongsi perniagaan untuk menyuarakan kebimbangan dan melaporkan pelanggaran dengan yakin tanpa risiko tindakan balas?
10.0 KOMUNIKASI 10.1 Komunikasi dalaman 76 Adakah syarikat mempunyai prosedur untuk menyampaikan program melalui saluran yang mudah diakses oleh seluruh kakitangan?
10.2 Panduan berkenaan program 77 Adakah terdapat prosedur yang mewajibkan kesemua kakitangan untuk mengesahkan menerusi tandatangan bahawa mereka telah membaca dan memahami panduan?
10.3 Komunikasi luaran 78 Adakah terdapat polisi atau prosedur untuk mendedahkan maklumat secara umum berkenaan program termasuklah sistem pengurusan yang digunakan untuk memastikan pelaksanaannya? 79 Adakah terdapat prosedur untuk menyampaikan polisi dan prosedur mengenai bahagian risiko rasuah dan saluran pemberian maklumat kepada pihak-pihak luar seperti pembekal, kontraktor, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan?
11.0 KAWALAN DALAMAN DAN PENYIMPANAN REKOD 11.1 Sistem Kawalan Dalaman 80 Adakah terdapat sebuah jawatankuasa audit atau yang seumpama dengannya yang mengawasi kawalan dalaman, proses laporan kewangan dan fungsi-fungsi berkaitan, seperti menangani rasuah? 81 Adakah syarikat memastikan tugas dibahagikan secara bersesuaian? 82 Adakah terdapat prosedur untuk membincangkan keputusan audit dalaman program bersama pegawai operasi yang relevan? 83 Adakah terdapat prosedur untuk mengekang kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dengan suatu pelan tindakan dan jadual bagi tindakan selanjutnya?
37
Lampiran 3 ( Y: Ya, T: Tidak, T/B: Tiada Berkenaan, T/J: Tidak Jelas)
Y 11.2 Buku dan rekod 84 Adakah terdapat prosedur supaya buku dan rekod yang merekodkan segala transaksi kewangan secara betul, dikekalkan dan boleh didapati apabila diperlukan ketika pemeriksaan berlangsung? 85 Adakah terdapat prosedur untuk memastikan bahawa tiada akaun yang ‘off-the-books’, transaksi yang menimbulkan syak wasangka/meragukan atau entri palsu? 86 Adakah terdapat prosedur untuk mempertanggungjawabkan keseluruhan syarikat dan subsidiari supaya mereka menguatkuasakan kawalan dalaman dan buku serta rekod yang bersesuaian?
11.3 Kajian dan audit dalaman 87 perakaunan dan penyimpanan rekod, tertakluk kepada audit dalaman secara kerap bagi menjamin bahawa sistem tersebut sememangnya berkesan untuk menangani rasuah? 88 Adakah terdapat prosedur bagi memastikan kewujudan jejak audit yang memuaskan untuk menyokong segala transaksi yang direkod? 89 Adakah terdapat prosedur supaya Audit Dalaman menjalankan kajian terhadap program untuk menilai keberkesanannya serta mengenal pasti bahagian yang boleh ditambahbaik secara kerap?
12.0 PEMANTAUAN DAN KAJIAN 90 Adakah terdapat sebarang mekanisme untuk memperoleh maklum balas atau proses dalaman yang lain bagi menyokong usaha meneruskan penambahbaikan program?
12.1 Penggunaan Penilaian Risiko Bagi Penambahbaikan Program 91 Adakah terdapat prosedur bagi penilaian risiko rasuah secara kerap bagi segala operasi yang berada di bawah kawalan efektif syarikat?
12.2 Penggunaan khidmat konsultansi bagi memantau dan menambahbaik program 92 Adakah terdapat prosedur di mana sebarang pandangan atau komen oleh para kakitangan diambil kira dalam usaha penambahbaikan program? 93 Adakah terdapat prosedur bagi mendapatkan khidmat nasihat pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha melaksana dan menambah baik program?
12.3 Menjadikan iktibar dari kejadian masa lalu bagi menambah baik program 94 Adakah terdapat prosedur bagi mengambil iktibar daripada kejadian masa lalu dalam usaha menambah baik program?
12.4 Kajian oleh Jawatankuasa Audit dan Pihak Lembaga 95 Adakah terdapat prosedur bagi pengurusan tertinggi memantau program dan mengkaji kesesuaian, kesempurnaan dan keberkesanannya dari masa ke semasa, dan melaksana penambahbaikan yang sewajarnya? 96 Adakah terdapat sebarang prosedur bagi pengurusan tertinggi melaporkan keputusan kajian program kepada Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Tadbir Urus, Lembaga Pengarah atau badan yang seumpama dengannya? 97 Adakah terdapat sebarang prosedur di mana laporan boleh dijalankan secara langsung kepada pengurusan tertinggi dan Lembaga Pengarah?
13.0 PENGESAHAN DAN JAMINAN LUAR 98 Adakah sebarang pengesahan dan jaminan dari luar telah dijalankan? 99 Sekiranya pengesahan dan jaminan luar telah dijalankan, adakah keputusannya telah dilaporkan kepada Lembaga Pengarah? 100 Sekiranya pengesahan dan jaminan dari luar telah dijalankan, adakah tindakan yang sewajarnya telah diambil berdasarkan keputusan yang didapati?
38
T
T/B
T/J
Lampiran
EKSEKUTIF
PENGURUSAN
JAWATANKUASA SUB-LEMBAGA
LEMBAGA PENGARAH
LAMPIRAN 4: AMALAN TERBAIK SISTEM INTEGRITI KORPORAT: KERANGKA KERJA PELAPORAN DAN STRUKTUR TADBIR URUS SYARIKAT-SYARIKAT BESAR (cth: MNCs, GLCs, PLCs)
SYARIKAT KECIL (cth: PKS/IKS)
Lembaga Pengarah
Lembaga Pengarah
NOTA
CGI: i) Badan pengawasan bagi Sistem Integriti Korporat yang dipengerusikan oleh Pengarah Bebas (syarikat lebih besar) atau pemilik/ CEO (perniagaan yang lebih kecil)
Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (CGI)
Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (CGI)
ii) Peranan utama termasuk: - Mengawasi CIS bagi memastikan keberkesanannya dan ia sentiasa dikemaskini serta bersifat menyeluruh - Menguruskan gejala-gejala rasuah dan kes-kes pemberi maklumat - Memastikan pematuhan terhadap undangundang dan peraturan Malaysia iii) Perjumpaan berlangsung secara suku tahunan, kebiasaannya 2 minggu sebelum mesyuarat Lembaga yang utama
Ketua Pegawai Integriti (CIO) Pengurus Integriti Pengurus Integriti
Pegawai Integriti: * Perlantikan pegawai integriti adalah suatu pilihan dan tertakluk kepada sumber syarikat.
Jabatan Integriti
Pegawai Integriti (bagi PKS yang lebih besar)
Sumber: Transparency International – Program Integriti Perniagaan Malaysia (TI-M BIP)
39
LAMPIRAN 5: CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PELAKSANAAN SISTEM INTEGRITI KORPORAT (CIS)
A B C D
PERBELANJAAN MODAL DAN KOS PERMULAAN • Menubuhkan Jabatan Integriti: • Pengubahsuaian • Perabot • Peralatan pejabat dan pentadbiran serta alat tulis
YURAN KONSULTANSI (*)
• Kos projek CIS • Yuran Khidmat Nasihat Guaman
KOS OPERASI TADBIR
• Kos latihan permulaan bagi Pengurus Integriti dan Pegawai Integriti (*) (cth: Kursus latihan Pegawai Integriti Bertauliah) • Kos Latihan • Kos Komunikasi • Kos Percetakan • Kos Perjalanan
KOS PENGGAJIAN TAHUNAN
• Pengurus Integriti/Pegawai Integriti Bertauliah (**) • Pegawai Integriti – 1 Kakitangan sepenuh masa • KWSP & PERKESO
Nota: * Kos Tidak Berulang ** Syarikat boleh menugaskan peranan Pengurus Integriti sebagai peranan tambahan bagi pengurus sedia ada. Penggajian Pegawai Integriti sepenuh masa juga bergantung pada keperluan dan saiz syarikat. Namun begitu, semakin maju sesebuah syarikat, semakin besar pasukan kakitangan yang diperlukan.
40
Lampiran LAMPIRAN 6: SOAL SELIDIK PENILAIAN SISTEM INTEGRITI KORPORAT CISM (CIAQ)
DUA BELAS DIMENSI SOAL SELIDIK PENILAIAN SISTEM INTEGRITI KORPORAT Instrumen Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat adalah peralatan yang berharga bagi mengendalikan peluang dan risiko secara dalaman, membongkar peluang demi penambahbaikan dan mentransformasikannya menjadi manfaat operasi, strategik dan berorganisasi. Dua belas dimensi yang dinilai adalah seperti yang berikut:
1
Gol dan Visi Integriti dan Perlakuan Moral menurut syarikat, dan langkah-langkah berkenaan bagaimana prinsip-prinsip ini diintegrasikan ke dalam urusan perniagaan sehari-harian.
Kepimpinan Peranan dan tanggungjawab kepimpinan syarikat dalam menetapkan tona, dan membentuk, membimbing dan menyediakan sokongan terhadap inisiatif etika dan integriti.
3
Infrastruktur Struktur Program Etika dan Integriti yang disesuaikan supaya ia boleh dilaksanakan secara efektif, termasuklah isu pengambilan kakitangan, pembahagian sumber, tanggungjawab dan perbuatan melaporkan hubungan.
Pematuhan Kaedah, Polisi dan Undang-Undang Polisi dan undang-undang yang memastikan pematuhan terhadap undang-undang luar yang tertakluk kepada syarikat yang beroperasi, dan sistem serta kawalan.
5
2
Budaya Organisasi
4
Definisi dan galakan perlakuan beretika yang boleh dilihat menerusi misi syarikat, visi, struktur dan strategi; bagaimana perlakuan beretika ini menggambarkan budaya syarikat, sama ada kakitangan sememangnya memainkan peranan mereka seperti yang sewajarnya dan sama ada realiti ini benar-benar mencerminkan tujuan yang sebenarnya.
41
6
Lampiran 6
Langkah Disiplin dan Ganjaran Bagaimana syarikat menetapkan dan menguatkuasakan standard mereka, insentif dalam usaha untuk menggalakkan perlakuan beretika serta tindakan disiplin yang diambil bagi mengenakan hukuman terhadap amalan bekerja yang tidak beretika.
Pengukuran, Kajian dan Penilaian
Bagaimana strategi integriti dan etika dinilai dan diukur serta komitmen syarikat untuk meneruskan penambahbaikan.
8
7
Sokongan dan Khidmat Nasihat Secara Sulit Bagaimana syarikat menyediakan nasihat etika yang neutral, profesional dan bebas secara sulit kepada seluruh kakitangan dan pemegang syer.
Latihan dan Bimbingan Etika
Latihan pembentukan kemahiran serta pembangunan etika dan integriti secara keseluruhan bagi seluruh kakitangan sepanjang tempoh bekerja di bawah syarikat.
10
9
Komunikasi Secara Beretika Bagaimana perihal etika dan integriti dijelaskan dan digalakkan secara dalaman dan juga luaran.
Pemberi maklumat
11
Bagaimana individu digalakkan melaporkan sebarang perlakuan yang meragukan dan menimbulkan syak wasangka, dan sistem yang digunakan bagi melindungi pemberi maklumat dari ancaman tindakan balas.
12
Tanggungjawab Sosial Korporat
Bagaimana syarikat menjalinkan hubungan dan melakukan pelaburan serta berkhidmat bagi kepentingan komuniti serta pemegang syer, mengambil kira hubungan kerajaan, kepentingan persekitaran alam, kemampanan dan impak kepada komuniti.
Sila layari Portal CISM di www.cism.my bagi mendapatkan Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat (CIAQ) yang lengkap.
42
Lampiran LAMPIRAN 7: TEMPLAT PELAPORAN BAGI INISIATIF ANTI-RASUAH CISM OBJEKTIF
UJIAN PENILAIAN
Untuk memastikan bahawa: i) Satu Kod Etika yang jelas dan lengkap diperkenalkan oleh syarikat/organisasi.
Menentukan sama ada syarikat/organisasi telah memperkenalkan Kod Etika yang jelas dan menyeluruh kepada seluruh kakitangannya termasuklah Lembaga Pengarah/pengurusan tertinggi.
NOTA
A. KOD ETIKA
ii) Satu komitmen yang jelas dizahirkan di dalam Kod Etika untuk mengelak daripada rasuah termasuklah menawar, menerima dan meminta suapan yang mana menjurus kepada rasuah. iii) Kod Etika dengan jelas menerapkan nilai teras organisasi, prinsip, sokongan pengurusan dan tanggungjawab. iv) Komitmen pematuhan melalui penguatkuasaan dan pemantauan disebutkan dengan jelas.
Sekiranya terdapat kod yang sedemikian rupa, kod disemak untuk memastikan terdapat peruntukan jelas yang menggambarkan komitmen syarikat untuk memerangi rasuah. Pengenalpastian dan penilaian tahap kesempurnaan penguatkuasaan dan proses pemantauan yang terkandung dalam Kod Etika syarikat/organisasi serta menentukan siapa yang dipertanggungjawabkan untuk proses pengawasan secara keseluruhan.
B. KONFLIK KEPENTINGAN Untuk memastikan bahawa: i) Syarikat telah menetapkan suatu prosedur/mekanisme untuk mengurangkan risiko ketidaktulusan dalam membuat keputusan. ii) Pengurusan tertinggi syarikat/organisasi tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengumpulkan kekayaan menerusi cara yang tidak beretika seperti mana yang tertakluk dalam undang-undang statutori seperti Akta Syarikat (1965) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009).
Menentukan sama ada terdapat sebarang prosedur/ mekanisme yang diperkenalkan oleh syarikat/ organisasi yang memerlukan kakitangan termasuklah Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi, untuk mengisytiharkan apa-apa kepentingan peribadi dalam mana-mana keputusan perniagaan syarikat/ organisasi yang signifikan. Menentukan sama ada terdapat sebarang kewajipan yang dikenakan ke atas kakitangan syarikat/organisasi termasuklah Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi, untuk mengisytiharkan aset mereka. Nota: Ini hanya tertakluk kepada organisasi tertentu seperti agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.
C. POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT Untuk memastikan bahawa: i) Syarikat telah menetapkan suatu polisi untuk melaporkan sebarang amalan yang tidak beretika dan bercirikan rasuah. ii) Polisi tersebut disampaikan secara betul kepada kakitangan/pihak berkepentingan syarikat/organisasi serta terdapatnya program kesedaran yang diadakan. iii) Terdapat gambaran aliran bagi proses pelaporan yang jelas dinyatakan dalam polisi. iv) Perlindungan terbaik diberikan kepada pemberi maklumat sepertimana yang tertakluk dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (2010).
Menentukan sama ada polisi/prosedur bagi melaporkan amalan yang bercirikan rasuah atau tidak beretika telah ditetapkan oleh syarikat/organisasi. Menyemak sama ada polisi telah diperkenalkan kepada kakitangan/pihak berkepentingan syarikat/ organisasi, dan sama ada program/latihan kesedaran yang bersesuaian telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman serta kepatuhan mereka. Menentukan sama ada terdapat aliran yang bersesuaian bagi proses pelaporan dan bagaimana laporan disampaikan kepada pihak/penguatkuasa luar. Menilai kesempurnaan polisi untuk memastikan bahawa perlindungan yang terbaik diberikan kepada pemberi maklumat.
43
Lampiran 7 OBJEKTIF
UJIAN PENILAIAN
D. POLISI RUJUKAN Untuk memastikan bahawa: i) Terdapat polisi/kenyataan yang jelas dan menyeluruh berkenaan kewajipan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab apabila berlakunya pelanggaran peraturan syarikat/organisasi atau undang-undang statutori melibatkan mana-mana kakitangan.
Menentukan sekiranya terdapat polisi/kenyataan yang menjelaskan kewajipan melaporkan sebarang pencabulan peraturan syarikat/organisasi atau undang-undang statutori yang melibatkan mana-mana kakitangan. Menyemak tahap kesempurnaan polisi/kenyataan serta mengenal pasti cara ianya disampaikan kepada kakitangan syarikat/organisasi.
ii) Polisi/kenyataan disampaikan secara betul kepada kakitangan syarikat/organisasi. E. BAHAGIAN RISIKO RASUAH SPESIFIK Untuk memastikan bahawa: i) Satu proses telah dibangunkan secara spesifik untuk mengenalpasti risiko rasuah sebelum ianya berlaku, bagi membolehkan aktiviti pengendalian risiko dirancang untuk mengurangkan impak ke atas pencapaian objektif syarikat/organisasi; dan ii) Satu pelan tindakan telah dibangunkan dalam menangani risiko yang dikenalpasti.
Menentukan samada syarikat/organisasi telah mewujudkan polisi untuk merancang dan melaksanakan proses pengurusan risiko. Menentukan samada syarikat/organisasi mempunyai satu proses untuk mengenalpasti punca dan kategori risiko. Menyemak bagaimana syarikat menentukan indeks komposit risiko dengan menakrif, menganalisis dan mengkategorikan risiko, serta jenis pentakrifan yang digunakan untuk mengawal risiko. Menentukan samada satu proses telah diwujudkan bagi merangka strategi pengurusan risiko. Menentukan samada syarikat/organisasi mempunyai satu proses bagi membangunkan pelan pencegahan/mitigasi untuk risiko-risiko tinggi seperti mewujudkan No Gift Policy, Kod Tatalaku Pembekal, Polisi Tapisan Sumber Manusia dll. Menentukan samada syarikat/organisasi mempunyai satu proses bagi memantau dan menyemak semula risiko untuk memastikan pelan mitigasi berjaya.
F. LATIHAN ETIKA,PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI Untuk memastikan bahawa: i) Pendidikan etika yang formal diberikan kepada kakitangan syarikat/organisasi, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan yang lain. ii) Latihan menekankan kepada peningkatan kesedaran etika, proses membuat keputusan secara beretika, kepimpinan dan pertanggungjawaban kendiri. iii) Perbincangan mengenai isu integriti dan etika telah dilaksanakan dalam syarikat/ organisasi. iv) Isu etika disampaikan secara betul kepada pihak luar dan agensi kerajaan yang berkaitan. v) Syarikat/organisasi digalakkan untuk berkongsi polisi/prosedur mereka bersama syarikat/organisasi yang lain.
44
Satu pelan latihan telah dibangunkan serta sumber yang mencukupi telah diperuntukkan oleh syarikat. Menyemak kandungan modul latihan bagi memastikan ianya memberi fokus kepada kesedaran nilai etika, dan menentukan samada syarikat/organisasi telah menugaskan kakitangan atau bahagian tertentu bagi menerajui program latihan tersebut. Menentukan samada syarikat/organisasi telah menilai secara tahunan berkaitan keberkesanan latihan dan program integriti. Menentukan samada syarikat/organisasi telah mewujudkan dan mendokumenkan semua komunikasi dan perbincangan berkaitan isu etika dan integriti dalam syarikat/organisasi, termasuk kepada anak syarikat/syarikat usahasama. Menentukan samada syarikat/organisasi telah mewujudkan dan mendokumenkan komunikasi dengan pihak luar contohnya pembekal, kontraktor, pelanggan dan agensi kerajaan berhubung isu berkaitan dengan etika.
NOTA
Lampiran
Lampiran 7 OBJEKTIF
UJIAN PENILAIAN
NOTA
G. PEMATUHAN POLISI Untuk memastikan bahawa: i) Syarikat/organisasi membangunkan dan mengekalkan satu program pematuhan yang memastikan pematuhan penuh kepada semua polisi, prosedur, undangundang dan peraturan yang digunapakai dan yang dikenakan kepada syarikat/ organisasi secara menyeluruh. ii) Syarikat/organisasi telah mematuhi sistem kawalan dalaman yang ditetapkan untuk patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak luar (regulator etc).
Menyemak samada syarikat/organisasi telah membangunkan dan mengekalkan satu program pematuhan dengan memperkenalkan polisi/prosedur yang memastikan transaksi kewangan syarikat/organisasi telah direkodkan dengan tepat. Menyemak samada syarikat/organisasi telah memperkenalkan prosedur pencegahan rasuah di dalam proses kontrak tender dan perolehan seperti memperkenalkan klausa pencegahan rasuah/kewajipan untuk melaporkan sebarang salah laku dalam kontrak tersebut melalui satu saluran atau mekanisma pelaporan dalaman yang disediakan atau melalui saluran pemberi maklumat. Menyemak samada syarikat telah melantik seorang yang terlatih dan berkeupayaan (Peringkat Pengurusan) yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan mengawal fungsi pematuhan.
H. PELAPORAN PENCEGAHAN RASUAH Untuk memastikan bahawa: i) Segala proses/prosedur berkenaan pelaporan isu-isu pencegahan rasuah dalam syarikat/organisasi telah ditetapkan.
Menentukan sama ada syarikat telah menetapkan sebarang bentuk laporan bagi isu berkaitan pencegahan rasuah. Ini termasuklah pengenalan elemen pencegahan rasuah dalam kawalan dalaman dan pemantauan fungsi kawalan dalaman oleh syarikat/organisasi.
ii) Langkah-langkah pelaporan berkenaan pencegahan rasuah disampaikan secara jelas kepada pihak berkepentingan syarikat/organisasi.
Menentukan sehingga tahap manakah syarikat/organisasi telah memasukkan langkah-langkah pelaporan pencegahan rasuah dalam laporan tahunan untuk pihak berkepentingan (sekiranya ada).
I. KEPIMPINAN Untuk memastikan bahawa: i) Pengurusan tertinggi syarikat/organisasi telah melibatkan diri secara langsung dalam perbincangan hal-hal berkaitan pembangunan integriti dalam syarikat/ organisasi. ii) Syarikat/organisasi telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan perlakuan etika berstandard tinggi di semua peringkat dalam syarikat/ organisasi.
Menentukan sekiranya Lembaga Pengarah/pengurusan tertinggi telah melibatkan diri secara langsung dalam perbincangan hal-hal berkaitan pembangunan integriti bersama kakitangan/pihak berkepentingan dan memastikan aktiviti/program tersebut dijalankan secara secara berterusan. Menentukan sama ada syarikat/organisasi telah mengambil sebarang langkah bagi memastikan perlakuan etika berstandard tinggi di semua peringkat dalam syarikat/organisasi termasuklah memberi mandat kepada Lembaga Pengarah/pengurusan tertinggi untuk melibatkan diri dalam program/aktiviti berkaitan pembangunan integriti.
J. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Untuk memastikan bahawa: i) Syarikat/organisasi telah menganjurkan aktiviti/program kemasyarakatan bersama pihak berkepentingan.
Menentukan sama ada terdapat sebarang langkah yang telah diambil oleh syarikat/organisasi bagi menganjurkan aktiviti/program kemasyarakatan yang melibatkan pihak berkepentingan dan juga menyediakan prosedur/panduan bagi pelaksanaan aktiviti/program sedemikian rupa.
ii) Syarikat/organisasi telah mempertimbangkan aspek kebajikan sosial pihak berkepentingan mereka sewaktu menjalankan aktiviti perniagaan.
Menentukan sama ada syarikat/organisasi telah mempertimbangkan aspek kebajikan sosial bagi pihak berkepentingan sewaktu aktiviti perniagaan dijalankan. Ini termasuklah pematuhan terhadap undang-undang pekerjaan dan alam sekitar.
45
46
Bahan-bahan Sokongan
PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK SSM (BBPC) 3/2012 BERTAJUK MENCAPAI INTEGRITI KORPORAT Dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Januari 2012, penerbitan ini merupakan usaha kolaborasi SSM dengan Anggota Meja Bulat Integriti Korporat yang terdiri daripada Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), NKRA Membanteras Rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M), Bursa Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Pekeliling ini berperanan sebagai cara untuk memperkenalkan syarikat-syarikat kepada Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat (CIAQ), yang merupakan peringkat kedua dan keempat dalam Rantaian Nilai CISM. Ia juga memaklumkan para pembaca berkenaan faktor-faktor yang membawa kepada pembangunan CIP, dan langkah-langkah yang perlu diambil setelah menandatangani ikrar tersebut serta, manfaatmanfaat melaksanakan mekanisma pencegahan rasuah secara menyeluruh.
KOD ETIKA PERNIAGAAN MALAYSIA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merintis pembangunan Kod Etika Perniagaan Malaysia dan undang-undang sokongan, bagi memupuk prinsip-prinsip etika dan moral yang kukuh, yang berdasarkan nilai-nilai keagamaan, falsafah dan kebudayaan rakyat Malaysia dalam kalangan komuniti perniagaan. Kod ini merangkumi enam prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) dan KPDNKK. Ia bertujuan untuk menggalakkan pematuhan kendiri dalam kalangan ahli-ahli perniagaan, untuk mencapai objektif-objektif yang berikut: 1. Menetapkan prinsip-prinsip menyeluruh yang boleh diaplikasikan oleh perniagaan; 2. Membantu perniagaan mengamalkan tahap etika yang tinggi, bagi melindungi kepentingan semua pihak berkepentingan dan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara; dan 3. Menggambarkan nilai-nilai sejagat yang terbentuk daripada doktrin dan kepercayaan yang berakar umbi dari pelbagai jenis agama, budaya dan falsafah di Malaysia.
PELAN INTEGRITI NASIONAL Dirangka serta dilancarkan pada tahun 2004, melalui arah tuju yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pelan Integriti Nasional (NIP) dibangunkan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), kerana negara sememangnya perlu memiliki sebuah mekanisma serta pendekatan dan strategi pelaksanaan yang relevan, bagi memerangi rasuah. Pelan Integriti Nasional ini bukan sahaja terhad kepada sektor pentadbiran kerajaan, malah ia juga bermatlamat untuk menyemai nilai integriti dalam sektor swasta, parti-parti politik, organisasi bukan kerajaan, kumpulankumpulan keagamaan, media serta wanita, belia dan kumpulan pelajar, sepertimana yang dinyatakan dalam Arahan Induk YAB Perdana Menteri Tahun 1998. Matlamat utama NIP adalah untuk memenuhi cabaran keempat dalam Wawasan 2020, iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi, oleh budi pekerti yang luhur.” Penerbitan ini telah diterjemahkan kepada enam bahasa tempatan, bagi mempromosikan aplikasi prinsip-prinsip ini dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik, dan kebudayaan Malaysia.
47
HUBUNGI KAMI
Sila rujuk kepada mana-mana Anggota Meja Bulat yang relevan, untuk mendapatkan sebarang bantuan pada mana-mana peringkat Rantaian Nilai CISM:
Transparency International Malaysia No. 8, Lorong 12/17C Seksyen 12 46200 Petaling Jaya Selangor 603 7960 6630
[email protected] http://www.transparency.org.my/
Bursa Malaysia Berhad
Suruhanjaya Syarikat Malaysia Menara SSM @ Sentral 7 Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur 603 7721 4000
[email protected] http://www.ssm.com.my/
Institut Integriti Malaysia Menara Integriti Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur
[email protected] http://www.bursamalaysia.com/
603 6209 2000
[email protected]
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Blok D6, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Peti Surat 6000 62007 Putrajaya 603 8886 7000
[email protected] http://www.sprm.gov.my/
48
Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Bangunan D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya 603 8886 6108 http://bitu.jpm.gov.my/bitu/
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Exchange Square Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur 603 2026 5099
http://integriti.my
Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU)
3 Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur 603 6204 8000
[email protected] http://www.sc.com.my/
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Aras 1 Blok Timur Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya 603 8872 7211
[email protected] http://www.pemandu.gov.my/
Menara SSM @ Sentral, 7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur. Tel : 603 2299 4400 www.ssm.com.my