1
Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Tahun 2009
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. Sistem penilaian prestasi adalah pendekatan utama mengukur prestasi kita dalam menjalankan tugas. Selain mengukur prestasi, sistem penilaian prestasi juga adalah sebahagian daripada cara membentuk garis panduan ke arah pengurusan bakat. Sistem penilaian yang dibangunkan dengan kemas akan menjadi mekanisme yang membolehkan Pengurusan UKM melihat pencapaian kakitangan, menjana data yang dirujuk dalam mengurus dan membangun bakat dan mengekal serta meningkatkan perancangan aktiviti organisasi sesuai dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Sistem ini dibentuk sepenuhnya secara dalaman oleh kepakaran yang sedia ada di UKM. Sehubungan itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa yang telah membangunkan sistem penilaian prestasi UKM ini. Semoga pengurusan sistem penilaian prestasi yang dibentuk ini dapat memberi manfaat kepada warga UKM dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan universiti. Sekian.
PROF. DATO’ DR. SHARIFAH HAPSAH SYED HASAN SHAHABUDIN Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI BAGI TAHUN 2009 UNTUK PERGERAKAN GAJI TAHUN 2010 Merujuk dan berpandu kepada SISTEM SARAAN BARU (SSB) Dan SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) (PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.4 TAHUN 1992) (PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.7 TAHUN 1996) (PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.4 TAHUN 2002)
PENDAHULUAN Pergerakan gaji untuk tahun berkenaan bagi semua kakitangan adalah berdasarkan prestasi 100% bagi tahun sebelumnya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 1996. Jadual Perbatuan pelaksanaan LNP 2009 adalah seperti di Lampiran A. JENIS PERGERAKAN GAJI Terdapat dua jenis pergerakan gaji iaitu Pergerakan Gaji Biasa dan Anjakan Gaji. Keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002. SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) Sistem Penilaian Prestasi 2009 adalah berdasarkan kepada SKT dan penetapan sasaran dibuat secara dalam talian. Semua kakitangan perlu melengkapkan borang SKT yang perlu disahkan Pegawai Penilai I masing-masing. Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II akan merujuk sepenuhnya kepada pencapaian SKT semasa membuat penilaian. Kaedah penentuan SKT kakitangan adalah seperti dalam Lampiran B. Untuk Penilaian Prestasi Tahun 2009 semua Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian dikehendaki mengarahkan kakitangan dan Pegawai Penilai I masing-masing melengkapkan Borang SKT sehingga 31 Mac 2009, membuat semakan setengah tahun pada bulan Julai 2009 dan membuat penilaian prestasi tahun 2009 pada bulan Januari 2010. PELAKSANAAN DAN JENIS-JENIS BORANG PENILAIAN PRESTASI i.
Penilaian prestasi bagi tahun 2009 untuk kenaikan gaji tahun 2010 adalah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Maklumat Penilaian Kakitangan (SMPK) kecuali bagi kakitangan yang sedang bercuti belajar. Latihan memasukkan maklumat umum dan maklumat sumbangan serta proses membuat penilaian secara dalam talian akan diberikan oleh Jabatan Pendaftar dengan kerjasama dari Pusat Teknologi Maklumat kepada semua Fakulti/ Pusat/ Institut/ Bahagian. Fakulti/ Pusat/ Institut/ Bahagian yang mempunyai masalah terhadap pelaksanaan sistem baru ini boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, sambungan 5150,5011 atau 3193.
ii. Tarikh akhir kemasukan maklumat kegiatan dan sumbangan dan penilaian kendiri oleh semua kakitangan ditetapkan ke dalam sistem 1 - 31 Januari 2010.
3 iii. Pengesahan kakitangan terhadap maklumat kegiatan & sumbangan masing-masing perlu dibuat sebelum maklumat tersebut dilihat oleh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II. iv. Penilaian oleh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II akan bermula pada 6 Februari 2010 hingga 28 Februari 2010. Senarai nama kakitangan beserta markah penilaian hendaklah dihantar kepada Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar tidak lewat dari 8 Mac 2010 secara dalam talian untuk tindakan lanjut memperakukan kepada Panel Penilai Sumber Manusia (PPSM) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor untuk pertimbangan kenaikan gaji tahun 2010. v. Kakitangan yang sedang bercuti belajar dikehendaki mengisi borang secara manual yang akan digunakan bagi penilaian Prestasi tahun 2009. PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI Bagi melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi dengan sempurna, “Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia” seperti yang tercatat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1992, Bil.7 Tahun 1996 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002 Panduan ini hendaklah digunakan. Panduan ini memberi penjelasan kepada semua yang terlibat iaitu Pegawai Yang Dinilai, Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II berhubung dengan prinsip-prinsip, cara penyediaan maklumat, cara penilaian dibuat serta kaedah pengendalian Laporan Nilaian Prestasi. Panduan ini hendaklah diikuti sepenuhnya oleh semua pegawai yang terlibat supaya dapat menghasilkan penilaian yang adil dan menepati tujuannya. Contoh senarai Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II adalah seperti di Lampiran C. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA NAIB CANSELOR/ DEKAN/ PENGARAH/ KETUA BAHAGIAN Bagi memastikan penilaian prestasi anggota dilaksanakan dengan berkesan, Naib Canselor/Dekan/Pengarah/Ketua Bahagian adalah dikehendaki membuat perancangan kerja tahunan Organisasi UKM/Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan, menentukan wajaran dan tahap piawaian pengukuran prestasi kerja serta mengesan dan menilai pencapaiannya sesuai dengan objektif UKM/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian. Langkah di atas adalah penting kerana pencapaian objektif organisasi mempunyai hubungkait dengan prestasi setiap anggota organisasi. Naib Canselor/ Dekan/ Pengarah/ Ketua Bahagian adalah bertanggungjawab menentukan wajaran dan SKT dilengkapkan dan digunakan sepenuhnya dan mengikut jadual seperti yang ditetapkan. Untuk menentukan jadual wajaran dan SKT, Naib Canselor perlu mempengerusikan Jawatankuasa Penetapan Wajaran dan SKT di peringkat UKM dengan keahlian yang sesuai yang mencakupi wakil dari kalangan Ketua-Ketua Bahagian dan gugusan Fakulti/Pusat/Institut. Naib Canselor/Dekan/Pengarah/Ketua Bahagian dan semua Pegawai Penilai I dan II adalah diingatkan bahawa dalam menilai prestasi kakitangan semua Pegawai hendaklah bersikap positif. Penyediaan SKT dan pengisian Sistem Penilaian Prestasi ini hendaklah dianggap sebagai satu tugas wajaran dan pengurusan yang serius yang memerlukan ketelitian, keadilan dan kejujuran. Pegawai Penilai I adalah dikehendaki membuat penilaian secara bersemuka dengan kakitangan di bawah seliaan mereka terutama bagi penilaian untuk markah 10% tertinggi dan 10% terendah, disamping mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
4 a. Penilaian hendaklah dibuat secara berterusan dan berdasarkan kepada pencapaian kerja sebenar sepanjang tahun atau SKT; b. Penilaian hendaklah dibuat secara bebas tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahun sebelumnya; c. Penilaian hendaklah dibuat dengan keyakinan bahawa Pegawai Yang Dinilai merupakan aset terpenting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa; d. Penilaian tidak dipengaruhi oleh faktor yang boleh dianggap sebagai pilih kasih; e. Penilaian tidak bersifat terlalu murah hati (lenient) atau sebaliknya; dan f.
Perbezaan markah yang tidak terlalu ketara (tidak melebihi 5%) antara Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DEKAN/PENGARAH/KETUA BAHAGIAN Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian dikehendaki memastikan : 1. Kakitangan yang telah menerima gaji maksimum di peringkat P1, P2 dan P3 juga dikehendaki mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi. Pengisian Laporan Nilaian Prestasi oleh kakitangan ini adalah penting bagi tujuan perkhidmatan kakitangan seperti untuk penyambungan kontrak, kenaikan pangkat dan sebagainya. 2. Tiap-tiap Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian hendaklah menyelaras pengisian Laporan Nilaian Prestasi untuk tahun 2009 dan seterusnya menyediakan laporan penyediaan markah ke dalam komputer tidak lewat dari 8 Mac 2010 melalui Sistem Maklumat Penilaian Kakitangan dan menghantarnya kepada BSM, Pejabat Pendaftar pada tarikh yang sama. 3. Untuk memudahkan penyelarasan markah dan perakuan kecemerlangan kakitangan, Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian dikehendaki mewujudkan satu Jawatankuasa Kecil bagi menyemak/menyelaraskan markah dan kelayakan untuk menentukan kakitangan yang layak diperakukan untuk pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berasaskan kuota 8% secara berbeza bagi setiap kumpulan staf iaitu Akademik, Pengurusan dan Sokongan dan 8% diberi Anjakan Gaji daripada jumlah kakitangan di Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian. 4. Kakitangan yang tidak mengisi LNP tidak akan mempunyai markah penilaian oleh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II maka pergerakan gaji tahunan mereka ditahan sekiranya masih tidak mengisi LNP setelah diberi peringatan dan nasihat. 5. Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam pengisian LNP, pihak Fakulti/ Pusat/ Institut/ Bahagian bolehlah menghubungi Pusat Teknologi Maklumat melalui talian sambungan 6157 atau 6122 dan Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar melalui talian sambungan 5150, 5011 atau 3193. 6. Semua markah LNP secara dalam talian akan dikumpulkan di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar bagi tujuan penyelarasan di peringkat Universiti dan Laporan Markah ini akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan PPSM yang akan mengadakan mesyuaratnya pada 30 Mac 2010 bagi urusan Anjakan Gaji dan pergerakan gaji kakitangan pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober tahun 2010 dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010.
5 PERANAN PANEL PENILAI SEMBER MANUSIA (PPSM) Memastikan mesyuarat penilaian prestasi tahunan kakitangan diadakan setiap tahun dan memastikan mesyuarat diadakan seperti tarikh yang ditetapkan. Memastikan mesyuarat penilaian prestasi tahunan kakitangan mencapai objektifnya iaitu menilai dan menyemak hasil penilaian oleh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II sama ada telah dibuat secara adil dan memenuhi objektif organisasi. Membuat pertimbangan yang wajar dan saksama bagi tujuan menganugerahkan APC kepada 8% kakitangan yang layak dan Anjakan Gaji kepada semua kakitangan yang layak.
6 LAMPIRAN A JADUAL PERBATUAN PELAKSANAAN LNP 2009 Kemasukan maklumat Penilai I dan II oleh Urusetia
1 - 15 Januari 2009
Kemasukan maklumat Wajaran oleh Urusetia Taklimat LNP baru oleh Urusetia Kemasukan Maklumat SKT oleh Pegawai Dinilai (Awal Tahun)
7 - 15 Januari 2009 2 - 19 Januari 2009 Sehingga 31 Mac 2009
Pengesahan SKT oleh Penilai I (Awal Tahun) Kemasukan Maklumat Pencapaian Kendiri/Pengemaskinian SKT oleh Pegawai Dinilai (Pertengahan Tahun)
Sehingga 31 Mac 2009 1 - 31 Julai 2009
Pengesahan Pencapaian/Pengemaskinian SKT oleh Penilai I (Pertengahan Tahun) Kemasukan maklumat pencapaian SKT oleh Pegawai Dinilai (Akhir Tahun) Pengesahan Pencapaian SKT oleh Penilai I (Akhir Tahun)
1 - 31 Julai 2009
Penjanaan Markah Akademik oleh PTM Penilaian oleh Penilai I dan II Penyerahan Markah LNP oleh Penolong Pendaftar
1 - 5 Februari 2010 6 -28 Februari 2010 8 Mac 2010
Penjanaan Anjakan Gaji oleh Urusetia Mesyuarat APC dan Anjakan Gaji peringkat Fakulti/Pusat oleh Penolong Pendaftar Mesyuarat PPSM oleh Urusetia Keputusan Pemakluman oleh Urusetia Hari Kualiti oleh Urusetia (sempena tarikh penubuhan UKM)
9 - 16 Mac 2010 17 - 27 Mac 2010
1 - 31 Januari 2010 1 - 31 Januari 2010
30 Mac 2010 1 April 2010 18 Mei 2010
7 LAMPIRAN B KAEDAH PENENTUAN SKT KAKITANGAN 1.0
Penilaian terdiri dari dua bahagian iaitu : 1.1 hasil kerja, dan 1.2 sahsiah
2.0
Kriteria penilaian sahsiah adalah sama untuk semua kakitangan, manakala penilaian hasil kerja adalah mengikut individu.
3.0
Setiap kakitangan hanya perlu menetukan SKT hasil kerja.
4.0
SKT hasil kerja individu dicadangkan menggunakan wajaran baru berdasarkan bebanan sebenar kakitangan. 4.1 Wajaran dan SKT hasil kerja individu berdasarkan wajaran dan SKT PTJ/SubPTJ 4.2 Wajaran SubPTJ (jika berkenaan) berdasarkan wajaran PTJ 4.3 Wajaran dan SKT PTJ dan Universiti ditetapkan oleh Jawatankuasa Penetapan Wajaran dan SKT peringkat Universiti 4.4 Wajaran dan SKT PTJ dan Universiti ditetapkan oleh Jawatankuasa Penetapan Wajaran dan SKT peringkat Universiti 4.5 Wajaran dan SKT Individu ditetapkan oleh Jawatankuasa Penetapan Wajaran dan SKT peringkat PTJ 4.6 Wajaran dan SKT individu boleh diubahsuai tertakluk kepada memenuhi wajaran minimum dan maksimum SKT komponen penilaian
5.0
Wajaran dan SKT hasil kerja akademik : 5.1 Wajaran dan SKT hasil kerja individu ahli akademik terdiri daripada tiga komponen iaitu: 5.1.1 Pendidikan (E) 5.1.2 Penyelidikan (R) 5.1.3 Khidmat (K) 5.2 Sila lihat Panduan Penentuan SKT dan Penilaian Kakitangan Akademik.
6.0
Wajaran dan SKT hasil kerja bukan akademik : 6.1 Wajaran dan SKT hasil kerja individu bukan akademik terdiri daripada 6 kriteria iaitu : 6.1.1 Perancangan 6.1.2 Pengurusan/Pentadbiran dan Pengorganisasian 6.1.3 Kawalan dan Pemantauan 6.1.4 Penambahbaikan dan Inovasi 6.1.5 Pemindahan ilmu dan kemahiran 6.1.6 Khidmat Masyarakat 6.2 Sila lihat Panduan Penentuan SKT dan Penilaian Kakitangan Bukan Akademik
7.0
Wajaran dan SKT pentadbir akademik : 7.1 Wajaran komponen Pentadbiran ditetapkan sebanyak 30% daripada sasaran SKT individu. 7.2 Wajaran dan SKT hasil kerja pentadbir akademik terdiri daripada 4 komponen iaitu : 7.2.1 Pendidikan (E) 7.2.2 Penyelidikan (R) 7.2.3 Khidmat (K) 7.2.4 Pentadbiran (P)
8.0
8 Wajaran dan SKT kakitangan perlantikan berbilang (multiple appointments) 8.1 Kakitangan perlantikan berbilang akan ditetapkan peratusan kerja mengikut setiap PTJ lantikan yang dipersetujui bersama (sila rujuk Pekeliling Pendaftar) dan direkodkan dalam SMK 8.2 Jumlah wajaran SKT kakitangan perlantikan berbilang mestilah 100% 8.3 Sila lihat Panduan Penentuan SKT dan Penilaian Kakitangan berkaitan.
9 LAMPIRAN C PEGAWAI PENILAI I DAN PEGAWAI PENILAI II Penilaian mesti dibuat oleh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II yang menyelia tugas secara terus dan paling dekat dengan Pegawai Dinilai. Jawatan seseorang Pegawai Penilai I dan II mestilah lebih tinggi atau setaraf dengan jawatan hakiki seseorang yang dinilai. Ini bermakna jika Ketua Jabatan tidak layak menilai kakitangannya maka Timbalan Dekan perlu menggantikannya dan seterusnya Dekan, Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor. Berikut adalah contoh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penilai II : PEGAWAI YANG DINILAI
PEGAWAI PENILAI l
PEGAWAI PENILAI ll
Naib Canselor
Pengerusi LPU
Pengerusi LPU
Timbalan Naib Canselor
Naib Canselor
Pengerusi LPU
Pendaftar
Naib Canselor
Pengerusi LPU
Bendahari
Naib Canselor
Pengerusi LPU
Pengarah Pusat Teknologi Maklumat
Naib Canselor
Naib Canselor
Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan
Naib Canselor
Naib Canselor
Pengarah Pusat Perancangan dan Komunikasi dan Korporat
NaibCanselor
Naib Canselor
Ketua Pustakawan
TNC (HEAA)
Naib Canselor
Pengarah Pusat Pembangunan Akademik
TNC (HEAA)
Naib Canselor
Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan (PP&P)
TNC (HEAA)
Naib Canselor
Pengarah CRIM, ATMA, Muzium Warisan Akademik, Institut Islam Hadhari, KITA, IKON, SERI, SEL FUEL, INBIOSIS, LESTARI, IKRAB, IKMAS, IMEN, ANGKASA dan SEADPRI-UKM
TNC (HEPI)
Naib Canselor
Dekan
TNC (HEPI)
Pengarah PPU, Dekan PPS, FEP, FPI, FSSK, Fpend., FUU, FKAB, FST, FTSM, FSKB, Pusat Perubatan UKM, FPergigian, FFarmasi dan GSB-UKM
TNC (HEAA)
Naib Canselor
Pengarah Hubungan Antarabangsa
TNC (HEAA)
Naib Canselor
Pengarah Pusat Kecemerlangan di Fakulti
10 PEGAWAI YANG DINILAI
PEGAWAI PENILAI l
PEGAWAI PENILAI ll
Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan (PP&P)
TNC (HEAA)
Naib Canselor
Pengarah Hubungan Industri, Ketua Yayasan Canselor dan Pengarah Hubungan Masyarakat
TNC (HEJIM)
Naib Canselor
Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar dan Alumni
TNC (HEPA)
Naib Canselor
Pengarah Pusat Islam, Pegawai Pengawas Keselamatan
Naib Canselor
Naib Canselor
Ketua Unit Audit Dalam
Naib Canselor
Naib Canselor
Pengerusi Pusat Pengajian/Ketua Jabatan/Unit/Program di Fakulti
Timbalan Dekan/Dekan
Dekan/TNC (HEAA)/NC
Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat Pengajian/ Timbalan Dekan/Dekan
Dekan/TNC (HEAA)/Naib Canselor
Dekan/Pengarah
Dekan/TNC (HEAA)
Timbalan Pengarah Institut/Pusat
Pengarah
TNC (HEPI)
Timbalan Pengarah Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK)
Pengarah
Naib Canselor
Timbalan Pengarah JPP
Pengarah
Naib Canselor
Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar
Pengarah
TNC (HEPA)
Dekan dan Pengarah PPUKM
Dekan dan Pengarah PPUKM
Timbalan Pengarah PPA
Pengarah
TNC (HEAA)
Pengetua Kolej Kediaman
TNC (HEPA)
Naib Canselor
Pendaftar
Naib Canselor
Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah
Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah PPU, PPS, FEP, FPI, FSSK, Fpend., FUU, FKAB, FST, FTSM, FSKB, Pusat Perubatan UKM, Fpergigian, FFarmasi dan GSB-UKM
Ketua Pegawai Operasi PPUKM
Timbalan Pendaftar, Jabatan Pendaftar
11 PEGAWAI YANG DINILAI
PEGAWAI PENILAI l
PEGAWAI PENILAI ll
PPK/KPP/KPPK/ Timbalan Pendaftar
Pendaftar/Dekan/ Timbalan Dekan/ Pengarah
Timbalan Pendaftar (Bhg. Pengurusan Akademik)
Pendaftar/ TNC(HEAA)
Naib Canselor
Timbalan Ketua PP&P
Ketua PP&P
Naib Canselor
Timbalan Pendaftar BSM
Pendatar
Timbalan Bendahari, Jabatan Bendahari
Bendahari/ TNC(HEPI)
Naib Canselor
Ketua Penolong Bendahari Kanan /Ketua Penolong Bendahari/Penolong Bendahari Kanan/Penolong Bendahari
PBK/KPB/KPBK/ Timbalan Bendahari
KPBK/Timbalan Bendahari/Bendahari
Ketua Pegawai Penerbitan, Pegawai Penerbitan Kanan dan Pegawai Penerbit
Timbalan Ketua PP&P
Ketua PP&P
Ketua Unit/Ketua Bahagian/Timbalan Pengarah
Timbalan Pengarah/Pengarah
Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah/KPPK/KPP
Dekan/Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah
TNC (HEPA)
Naib Canselor
Ketua Pustakawan/Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Timbalan Ketua Pustakawan/ Pustakawan Kanan
Ketua Pustakawan/Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Ketua Penolong Pendaftar, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar
Ketua Keselamatan
Ketua Bahagian (Pentadbiran JPP) Ketua Penolong Pendaftar Kanan/Ketua Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Fakulti/Pusat/Institut Timbalan Pendaftar (JPPEL)
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Pustakawan Kanan/Pustakawan
Kakitangan Gred 1 hingga Gred 40 (Contoh Gred N sebagai panduan) Gred N36 – Penolong Pegawai Tadbir Kanan
Pegawai Tadbir N41
Pegawai Tadbir N44/N48
Gred N32 – Penolong Pegawai Tadbir
Pegawai Tadbir N41
Pegawai Tadbir N41/N44/N48
Gred N26 – Pembantu Tadbir (P/O)
Penolong Pegawai Tadbir N36/ Pegawai Tadbir N41
Pegawai Tadbir N41/N44/N48
12 Gred N22 – Pembantu Tadbir (P/O)
Penolong Pegawai Tadbir N32/ Pegawai Tadbir N41
Pegawai Tadbir N41/N44
Gred N17 – Pembantu Tadbir (P/O)
Pembantu Tadbir (P/O) N22/N26
Pegawai Tadbir N41/ Penolong Pegawai Tadbir N32/ Pembantu Tadbir (P/O) N26
Gred N14 – Pembantu Tadbir Rendah
Pembantu Tadbir (P/O) N22
Pegawai Tadbir N41/ Penolong Pegawai Tadbir N32/ Pembantu Tadbir (P/O) N26
Gred N11 – Pembantu Tadbir Rendah
Pembantu Tadbir (P/O) N22
Pegawai Tadbir N41/ Penolong Pegawai Tadbir N32/ Pembantu Tadbir (P/O) N26
Gred N4 – Pembantu Am Pejabat
Pembantu Tadbir (P/O) N17/N22
Pegawai Tadbir N41/ Penolong Pegawai Tadbir N32/ Pembantu Tadbir (P/O) N26
Gred N1 – Pembantu Am Pejabat
Pembantu Am Pejabat N4/ Pembantu Tadbir (P/O) N17
Pegawai Tadbir N41/ Penolong Pegawai Tadbir N32/ Pembantu Tadbir (P/O) N26/N22
Catatan: Bagi Pelantikan Berbilang (Multiple Appointment) penilaian hendaklah dibuat oleh Ketua-ketua PTJ terlibat. Sebagai contoh Pegawai A, jawatan hakiki di PTJ FST dan dilantik Pelantikan Berbilang di dua (2) PTJ lagi menjadikannya perlantikan berbilang di tiga (3) tempat atau Triple Appointment misalnya di PTJ LESTARI dan PTJ SERI. Maka Pegawai A dinilai oleh Dekan/ Pengerusi Pusat/ Ketua Program FST (100%), Pengarah LESTARI (100%) dan Pengarah SERI (100%). Markah Pegawai A akan dikira purata dari ketiga-tiga PTJ tersebut sebagai Penilai l dan Penilai ll adalah Ketua di PTJ hakiki Pegawai A yang dalam kes ini adalah Dekan FST.