S u a ra
KOPERASI K h a s
u n t u k
a n g g o t a
K o p e r a s i
Te n t e r a
KKDN PQ /PP1505 (2888) PP 2888/02/2012 (029110)
EDISI 02/12
Wawancara Eksklusif Bersama
Pengerusi Koperasi Tentera Penyerahan Cek Pampasan STBATM STBATM Tanggungjawab Sosial KT KT Mesyuarat Agung Tahunan Tahunan yang ke 47
Nota Editor
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya telah diberi peluang bersama-sama Sidang Editorial merealisasikan penerbitan Suara Koperasi bagi Edisi 02/12. Pelbagai informasi dihidangkan buat pembaca budiman termasuk paparan wawancara eksklusif bersama Pengerusi Koperasi Tentera, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Paduka Che Hasni bin Che Ahmad (Bersara) yang baru dilantik pada Jun 2012. Di samping itu juga pelbagai peristiwa penting dan menarik telah dicapai oleh Koperasi Tentera. Antaranya adalah pengumuman dividen sebanyak 14% oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-47, pengiktirafan Anugerah Tokoh Modal Insan Koperasi oleh Maktab Koperasi Malaysia kepada Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) serta pembukaan 3 cawangan Ar-Rahnu KT di Sg Besi, Kuala Lumpur, di Sg Udang, Melaka dan di Kluang, Johor. Masa beredar begitu pantas. 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Suka duka pahit manis yang mewarnai perjalanan Koperasi Tentera di sepanjang tahun 2012 tetap akan dijadikan pengajaran yang paling berharga buat semua. 2012 turut menyaksikan persediaan rapi Koperasi Tentera di dalam menghadapi transformasi menjadi sebuah Bank Koperasi menjelang 2015. Barisan Ahli Lembaga Koperasi dan pihak Pengurusan akan sentiasa memastikan haluan organisasi berada di landasan yang betul, jelas dan terancang agar Koperasi Tentera kekal menjadi sebuah koperasi yang terunggul di Malaysia dan transformasi menjadi sebuah Bank Koperasi akan menjadi kenyataan. Selamat tinggal 2012. InsyaAllah, jumpa lagi pada tahun 2013 dan semoga tahun baru akan membawa sinar harapan dan impian bersama doa, usaha, dan kejayaan agar Koperasi Tentera dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien buat semua anggota Koperasi Tentera yang setia dan budiman. Salam hormat dan Wasalam.
Suara
KOPERASI K h a s
KANDUNGAN
Eksklusif Bersama Pengerusi KT
u n t u k
a n g g o t a
Ko p e ra s i
Te n t e ra
KKDN PQ /PP1505 (2888) PP 2888/02/2012(029110)
EDISI 02/12
S I DA N G E D I TO R I A L
03
Mesyuarat Agung Tahunan
07
Promosi & Ceramah KT
09
Lawatan / Kunjungan
11
Program Tanggungjawab Sosial
13
Zakat Ansaf KT
15
Pampasan Insurans STBATM
17
Info KT
19
Pe n a u n g Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) Pe n a s i h a t Tuan Hj Shamshudin bin Khalid
........................................... Ke t u a Pe n g a r a n g Nurhayati binti Othman Pe n g a r a n g Lt Kol Ismail bin Ali (Bersara) Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara) Norazian binti Abdullah Dellia binti Mustapha Nurfitri Liana binti Zakaria Noor Marzuati binti Mohamad Fo t o g r a f i Ishak bin Ahmad Nurfitri Liana binti Zakaria
........................................... Diterbitkan oleh: Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. Dicetak oleh: Marzuq Print & Trading No 38, Jalan SM 1A, Taman Sunway Batu Caves, Gombak 68100 Batu Caves, Selangor. Sidang Editorial SUARA KOPERASI amat mengalu-alukan sebarang sumbangan yang bernas berbentuk artikel dan cadangan untuk keluaran akan datang. Sila hantarkan bahan tersebut kepada : Unit Perhubungan Awam (Terbitan SUARA KOPERASI) Wisma Koperasi Tentera No 1, Jalan 2/65 C, Off, Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur Tel : 0340272711/2703 Emel:
[email protected]
EKSKLUSIF
WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA PENGERUSI KOPERASI TENTERA
MEJ JEN DATO’ PADUKA CHE HASNI BIN CHE AHMAD (BERSARA) Mej Jen Dato’ Paduka Che Hasni Che Ahmad (Bersara), anak kelahiran Pasir Mas,
Kelantan ini adalah merupakan lulusan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara. Beliau telah diiktirafkan sebagai Peguambela dan Peguamcara pada tahun 1998 oleh Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau telah berkhidmat lebih dari 39 tahun di dalam Angkatan Tentera Malaysia dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Panglima Latihan Tentera Darat dan juga sebagai Pengerusi Kor Armor Diraja (KAD). Dato’ Paduka Che Hasni turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Koperasi Tentera dari tahun 2008 hingga 2010. Kini, Dato’ Paduka Che Hasni berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Penguatkuasa & Latihan di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Mulai Jun 2012, Dato’ Paduka Che Hasni telah dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Tentera di samping menganggotai Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Kewangan di dalam Koperasi Tentera. Beliau juga telah dilantik oleh YB Menteri KPDNKK sebagai salah seorang ahli dalam Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK). Berikut dipaparkan wawancara bersama Pengerusi Koperasi Tentera mengenai pengalaman dan aspirasi beliau di dalam memartabatkan Koperasi Tentera ke tahap yang lebih cemerlang dan berdaya saing. S1: Perkhidmatan Dato’ Paduka lebih dari 39 tahun di dalam ATM adalah satu pengalaman yang tidak ternilai. Bolehkah Dato’ Paduka kongsikan bersama kami salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan paling berharga semasa di dalam perkhidmatan tersebut?
Sepanjang perkhidmatan di dalam ATM selama lebih dari 39 tahun, saya sebagai seorang Pegawai Kor Armor Diraja telah berkhidmat di dalam berbagai bidang perkhidmatan yang merangkumi aspek-aspek latihan, operasi, pentadbiran dan sumber manusia, logistik dan kuartering. Saya juga telah diberi peluang untuk melatih pegawai kadet dan rekrut TD di samping pernah dilantik sebagai pegawai koordinasi di Maktab Turus Angkatan Tentera. Saya juga telah diberi peluang memegang jawatan sebagai Penasihat Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Vietnam selama 4 ½ tahun mulai 2002 sehingga pertengahan tahun 2007. Pada masa itu, saya adalah sebagai wakil Kementerian Pertahanan dan wakil Negara di dalam aspek pertahanan.
03
Halaman
Saat yang paling berharga bagi saya ialah apabila saya dinaikkan pangkat kepada Brigadier Jeneral semasa di Vietnam dan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS) Cawangan Sumber Manusia di Markas Tentera Darat selama 3 tahun iaitu mulai 2007 – akhir tahun 2009. Pada masa yang sama, saya juga telah dilantik sebagai Pengerusi Kor Armor Diraja yang mana saya pegang selama 4 tahun mulai dari tahun 2007 hingga 2010. Semasa di Cawangan Sumber Manusia, saya dengan persetujuan Panglima Tentera Darat (PTD) telah dapat membantu keseluruhan pegawai dan juga anggota lain-lain pangkat dalam aspek kerjaya, kenaikan pangkat, kursus-kursus luar Negara , dan juga keperluan yang ada hubungkaitnya dengan Sumber Manusia bagi pegawai dan anggota yang layak. Saya juga berpeluang mengenali ramai anggota tentera dengan lebih rapat dari peringkat pegawai atasan sehingga staf bawahan. Itulah pengalaman yang paling berharga bagi saya.
Suara Koperasi 2012
S2: Bagaimanakah pengalaman Dato’ Paduka di ATM dapat memberikan sumbangan serta meningkatkan prestasi Koperasi Tentera ke tahap yang lebih baik?
Perkhidmatan dalam ATM yang memberikan banyak pengajaran, pengetahuan, pendedahan, dan pengalaman sudah pasti dapat membantu saya dalam usaha mempertingkatkan lagi prestasi Koperasi Tentera. Koperasi Tentera mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Segala usaha akan digembeling untuk mencapai visi dan misi tersebut. Pengalaman serta pengetahuan yang diperolehi semasa perkhidmatan akan dipraktikkan dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk mencapai inspirasi dan matlamat yang ditetapkan. Saya percaya dengan pengetahuan undang-undang yang saya ada di samping pendedahan kepada industri swasta yang saya ceburi masa kini dapat memberikan “added advantage” dalam setiap urusan yang akan saya lalui.
S3: Apakah falsafah kerjaya Dato’ Paduka di dalam memastikan kejayaan di dalam bidang yang diceburi khususnya sebagai Pengerusi Koperasi Tentera?
Yang paling utama adalah integriti, berhemah tetapi tegas dan di samping itu, komited dalam kerja, faham what is the subject matter dan mengetahui isu-isu yang dihadapi. Daripada situ, kita dapat memastikan Koperasi Tentera akan bertambah teguh dan mampu bersaing secara sihat.
S4: Koperasi Tentera kini sedang giat melaksanakan persiapan di dalam menghadapi proses transformasi menjadi bank koperasi menjelang 2015. Apakah aspirasi dan pandangan Dato’ Paduka terhadap transformasi ini?
Saya berpendapat sudah tiba masanya Koperasi Tentera berkembang untuk menjadi sebuah Bank Koperasi. Perubahan ini adalah sejajar dengan strategi Koperasi untuk menentukan supaya ianya sentiasa dan tetap relevan dalam mengharungi serta menghadapi persaingan di masa hadapan dan sekaligus dapat memastikan kepentingan ahli sentiasa terjamin. Inspirasi saya adalah untuk merealisasikan hasrat Koperasi untuk menjadi sebuah bank koperasi mengikut rancangan, berupaya menawarkan produk-produk baru untuk ahli-ahli dan juga bukan ahli, mempertahankan kadar dividen ataupun meningkatkan peratus dividen dari masa ke masa. S5: Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada budaya kerja positif yang menjadi amalan oleh setiap warga kerja organisasi tersebut. Apakah pendapat Dato’ mengenai perkara ini dan adakah ianya berjaya diterapkan di Koperasi Tentera terutamanya di dalam persediaan untuk menjadi sebuah bank koperasi?
Budaya kerja positif adalah sangat penting untuk menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Peningkatan taraf Koperasi Tentera kepada sebuah bank Koperasi amat memerlukan perubahan budaya kerja. Kakitangan tidak boleh lagi bertindak mengikut budaya yang lama. Mereka perlu proaktif dan responsif kerana perkhidmatan yang cekap, tepat dan cepat serta mesra adalah penting untuk setiap pelanggan. Adalah diperhatikan bahawa penerapan budaya tersebut di kalangan kakitangan Koperasi berada di tahap sederhana baik namun ianya sedang berkembang pesat. Saya percaya budaya tersebut akan dapat dihayati dan diterapkan serta dipraktikkan sebelum bank koperasi direalisasikan menjelang 2015 kelak.
Halaman
04
EKSKLUSIF sambungan...
S6: Pada pendapat Dato’ Paduka, setelah Koperasi Tentera menjadi bank koperasi, apakah cabaran yang bakal dihadapi dan bagaimana kita akan menanganinya dengan berkesan?
Cabaran utama adalah persaingan daripada institusi kewangan yang lain yang mana telah wujud dan mempunyai pelanggan mereka yang tersendiri. Justeru, langkah yang sewajarnya hendaklah dirancang dan diatur dengan komprehensif untuk menarik pelangganpelanggan ini supaya mereka beralih arah kepada kita. Ianya boleh tercapai dengan memastikan perkhidmatan yang cepat, mesra pelanggan dan berkualiti di samping mengutamakan kepentingan pelanggan. Saya percaya dengan pendekatan yang sedemikian kita akan berupaya menghadapi cabaran yang akan datang. Selain dari cabaran luaran, kita juga perlu mengambil kira cabaran dalaman, budaya dan tatacara kerja. Sikap rasa kepertanggungjawaban hendaklah diterapkan kepada setiap kakitangan Koperasi. Mereka hendaklah yakin dengan rancangan yang telah diatur dan bekerja kuat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan tersebut. Mereka hendaklah komited dalam setiap penugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Saya mengandaikan Koperasi Tentera ini sebagai sebuah kenderaan yang memerlukan Pemandu yang cekap, Kerangka yang kuat, Enjin yang efisien dan Tayar yang mencengkam kuat untuk berfungsi dengan baik bagi membolehkan kenderaan tersebut bergerak laju menuju ke destinasinya. Dalam konteks tersebut, Pemandunya ialah Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Kerangkanya ialah Sistem ‘hardware’, Enjinnya ialah Pengurus-Pengurus Bahagian dan Tayarnya pula adalah Kakitangan Koperasi. Setiap Bahagian Kenderaan tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kegagalan untuk melaksanakan fungsi tersebut hendaklah diperbetulkan atau dalam senario yang ‘extreme’, Bahagian tersebut hendaklah dibuang atau digantikan bagi membolehkan kenderaan tersebut bergerak laju menuju ke destinasi yang telah ditetapkan tanpa gangguan dan halangan.
05
Halaman
S7: Sebagai mengakhiri sesi wawancara ini, apakah pesanan dan saranan Dato’ Paduka terhadap kepada semua anggota setia Koperasi Tentera?
Pesanan saya kepada anggota adalah agar terus setia bersama Koperasi Tentera. Anda perlu yakin kepada transformasi Koperasi Tentera untuk menjadi sebuah bank koperasi menjelang 2015 kerana ianya adalah satu pendekatan yang terbaik demi untuk memelihara kerelevanannya di samping menjamin pulangan yang baik dan memberi faedah kepada anggota. Ahli Lembaga Koperasi hendaklah juga sentiasa menasihati dan mengawasi pengurusan koperasi agar pentadbiran dan operasi berjalan dengan lancar dan terurus. Justeru, saya berharap para anggota akan terus menyokong dan melanggan perkhidmatan di Koperasi Tentera agar ianya kekal menjadi koperasi terunggul di Malaysia.
Suara Koperasi 2012
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KOPERASI TENTERA TERIMA ANUGERAH TOKOH MODAL INSAN KOPERASI 28 NOVEMBER 2012- Konvensyen Transformasi Modal Insan Koperasi anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah berlangsung pada 26-28 November 2012 di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya. Konvensyen ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan koperasi dalam meningkatkan pengetahuan isu semasa berkaitan modal insan agar dapat menghasilkan satu rumusan ke arah melahirkan modal insan koperasi yang kompeten. Transformasi modal insan dalam sektor koperasi ini adalah amat penting dalam sesebuah pentadbiran demi memajukan koperasi seterusnya menyokong pembentukan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk negara. Ianya merupakan indeks negara maju yang perlu dipertingkatkan dalam meningkatkan strategi pembangunan modal insan bagi melahirkan tenaga kerja koperasi yang berkemahiran tinggi bertaraf global. Majlis perasmian Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YBhg. Dato' Saripuddin bin Kasim pada 27 November 2012 (Isnin) jam 8:00 malam. YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera dan YBhg Dato' Hj Mat Rejab bin Kassim, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Modal Insan Koperasi pada acara kemuncak sesi konvensyen ini berlangsung. Penganugerahan ini adalah berdasarkan sumbangan yang dicurahkan oleh kedua-dua tokoh ini dalam membentuk pentadbiran yang cemerlang terhadap koperasi masing-masing hingga mencapai tahap yang membanggakan.
Satu nama yang tidak asing lagi di kalangan anggota Koperasi Tentera, Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) telah membawa bersama beliau pengalaman selama lebih 35 tahun dalam bidang pengurusan anggota selama berkhidmat sebagai Pengarah di bahagian Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) di Kementerian Pertahanan. Beliau telah berada dalam Anggota Lembaga Koperasi selama 14 tahun dan menjadi Pengerusi Koperasi selama lebih 8 tahun. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Pengerusi Koperasi Tentera, Dato' Zahudi telah berjaya menaikkan nama Koperasi Tentera sehingga berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Koperasi Negara pada tahun 2005. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Oktober 2006 sehingga kini.
Di samping itu, YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) juga turut diundang sebagai pembentang bagi membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Membangunkan Kompetensi Modal Insan” pada pada 28 November 2012 (Selasa). Syabas buat YBhg Brig Jen Dato' Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara) di atas penganugerahan sebagai Tokoh Anugerah Modal Insan Koperasi sempena Konvensyen Transformasi Modal Insan Koperasi bagi tahun 2012.
Halaman
06
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI TENTERA UMUM DIVIDEN 14 PERATUS 24 JUN 2012 - Koperasi Tentera (KT), mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 14 peratus bersamaan dengan RM110 juta bagi tahun kewangan 2011 dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-47. Ianya berikutan pencapaian prestasi yang memberangsangkan dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM212 juta berbanding RM159 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 33.3 peratus. Keuntungan pembahagian dividen ini dikira setelah koperasi memulangkan semula kepada anggota sebanyak RM20 juta melalui pemberian rebet tunai dan sebanyak RM6.4 juta melalui pulangan atas simpanan anggota. Pemberian rebet dan pulangan atas simpanan anggota adalah sebahagian daripada usaha KT untuk memastikan kepentingan serta kebajikan anggota sentiasa diutamakan. KT turut memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada anggota, ahli keluarga serta pasukan melalui Sumbangan Bakti Persekolahan, Sumbangan Bakti Perubatan, Skim Insentif Kecemerlangan, Skim Dermasiswa, Derma Am dan Khairat Kematian. Pengumuman bayaran dividen ini, diumumkan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Pertahanan, merangkap Penaung Koperasi Tentera pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera yang ke-47 yang bertempat di Kem Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat agung kali ini telah menerima kehadiran hampir 20,000 anggota KT bagi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk memilih 3 anggota lembaga yang baru bagi sesi 2012/2013 di samping menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KT.
07
Halaman
Kita menjangkakan pada 2015 aset koperasi ini akan meningkat kepada RM3 bilion dan menjelang 2020 mencapai sebanyak RM 10 bilion. Ini menjadikan Koperasi ini sebagai yang paling berjaya .
Suara Koperasi 2012
KAKITANGAN AWAM KEMENTAH MEMENANGI HADIAH UTAMA MAT KE 47
Koperasi Tentera mengucapkan tahniah kepada En. Muhammad Sud bin Sabrin yang telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke 47. Beliau bertugas di Depoh Simpanan Pertahanan, Kem Sg Buloh hadir pada sesi serahan yang diadakan di Wisma Koperasi pada 6 Julai yang lalu.
SERAMAI 4 ANGGOTA KOPERASI TENTERA TERIMA ANUGERAH ANGGOTA SETIA TAHUN 2012 PADA MAJLIS MAT KE 47 Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali Bin Daud, Panglima Tentera Udara merangkap Naib Yang Dipertua Koperasi Tentera, YBhg Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Bin Hj Jaffar; Pengerusi Koperasi Tentera, YBhg Brigedier Jeneral Dato’ Ahmad Zahudi Bin Hj Salleh (Bersara); Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera serta pegawai-pegawai kanan ATM yang lain.
Bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera ke 47, seramai 4 anggota KT telah menerima Anugerah Anggota Setia Koperasi Tentera 2012 pada MAT tahun ini. Penghargaan diberikan kepada anggota terpilih yang aktif dalam keanggotaan koperasi dengan tempoh keanggotaan melebihi 20 tahun.
Halaman
08
BERITA
PROMOSI & CERAMAH INSTITUT LATIHAN TENTERA UDARA IPOH, PERAK 27 SEPTEMBER 2012 - Koperasi Tentera dijemput untuk melaksanakan sesi ceramah di Institut Latihan Tentera Udara (ILTU), Jalan Lapangan Terbang, Ipoh, Perak. Sesi taklimat ceramah tersebut diadakan khas kepada Pegawai Muda TUDM dengan kehadiran seramai 50 anggota termasuk kakitangan penyelaras. KT hadir ke ILTU dengan jemputan daripada Ketua Jurulatih; Mej Jaffari bin Abdul Malik. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Zaredah bt Kamaruddin selaku Pegawai Cawangan Koperasi Tentera Ipoh dengan taklimat berkaitan keistimewaan menjadi anggota KT dan Insuran Berkelompok ATM .
KD SULTAN ISMAIL, TG PENGELIH PENGERANG JOHOR. 29 SEPTEMBER 2012 - Koperasi Tentera telah menerima jemputan daripada KD Sultan Ismail Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tg Pengelih, Johor bagi sesi ceramah keanggotaan, perancangan kewangan dan insurans KT. Sesi taklimat tersebut disampaikan oleh Kapt Mohd Zamani bin Abdullah (Bersara). Majlis turut dihadiri oleh Lt Nokhman Bin Mohd Anid TLDM serta 286 anggota termasuk jurulatih. Pada sesi tersebut juga, para anggota baru ini turut mengambil peluang mendaftar sebagai anggota baru KT dan Insurans STBATM.
PLKN, KEM SIMILAJAU BINTULU,SARAWAK 24 NOVEMBER 2012 - Koperasi Tentera telah hadir ke Kem PLKN Similajau bagi menyampaikan taklimat berkaitan produk dan perkhidmatan Koperasi Tentera kepada 60 orang petugas jurulatih PLKN. Sesi taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai Cawangan Sibu, Cik Faridah Binti Abdulhir dan dibantu oleh Encik Rizal Bin Rosli.
09
Halaman
Suara Koperasi 2012
KT SERTAI
HARI KOPERASI NEGARA 2012 15 JULAI 2012 – Koperasi Tentera berjaya mengekalkan pencapaiannya di kedudukan ke lima dalam indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2012. Pencapaian ini merupakan usaha gigih dan komitmen pihak Lembaga, Pengurusan dan staf Koperasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sambutan HKN 2012 berlangsung selama 3 hari bermula 13 Julai sehingga 15 Julai yang lalu bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. KT telah melibatkan diri secara langsung dalam pameran serta membuka ruang baru bagi KT untuk mempromosikan produk dan perkhidmatannya kepada orang ramai. Kehadiran KT dit apak pameran HKN 2012 turut mempamerkan produk KT, Ar-Rahnu KT, Great Eastern Takaful dan juga perkhidmatan pemeriksaan kesihatan oleh Tawakal Hospital dan Taman Desa Medical Centre.
Pihak Koperasi turut menyokong sambutan HKN 2012 dengan penyertaan seramai 200 orang anggota Koperasi dan juga mengetuai majlis bacaan ikrar HKN 2012 yang disampaikan Lt Kol Hamidi bin Achin. Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Halaman
10
BERITA
LAWATAN / KUNJUNGAN KOPERASI PELABURAN PEKERJA PROTON BERHAD
30 MEI 2012 - Seramai 11 anggota Koperasi Pelaburan Pekerja Proton Berhad (KOPRO) yang dipengerusikan oleh Hj Fikri bin Affin hadir bagi acara lawatan kerja ke Koperasi Tentera. Acara Lawatan kerja ini adalah untuk menjalinkan hubungan erat di antara kedua-dua koperasi yang mana KT merupakan model dan contoh bagi koperasi lain untuk terus membangun. Sesi taklimat bagi lawatan ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara).
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 26 JUN 2012 - Kehadiran seramai 33 orang peserta kursus pengurusan rekod dan fail yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Lawatan ini adalah untuk mempelajari tentang kemahiran dalam aspek yang berhubung dengan surat menyurat dan sistem fail dalam menyelengarakan sistem pentadbiran dengan mudah. Taklimat kendalian sistem rekod fail ini disampaikan oleh Timbalan Pengurus Pentabdiran, Encik Engku Napi Mohamad. Para peserta kursus seterusnya dibawa melawat ruang kerja pengurusan rekod dan fail.
GABUNGAN KOPERASI
PEGAWAI REPUBLIK INDONESIA 5 JULAI 2012- Koperasi Tentera telah menerima kunjungan daripada Gabungan Koperasi Pegawai Republik Indonesia (GKP-RI). Seramai 50 orang delegasi terlibat yang terdiri daripada Anggota Lembaga dan kakitangan GKP-RI. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk bertukar pendapat serta mempelajari sistem kerja yang diamalkan di Koperasi ini. Lawatan delegasi ini disambut baik oleh Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi Tentera. Pembukaan sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan selamat datang daripada Lt Kol Hamisan Mian, Naib Pengerusi Koperasi Tentera seterusnya sesi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Hj Salleh (Bersara).
11
Halaman
Suara Koperasi 2012
KOPERASI PUSAKA SARAWAK BERHAD 4 DISEMBER 2012 – Koperasi Tentera menerima lawatan kunjungan dari Koperasi Pusaka Sarawak Berhad (KoPUSAKA) dengan kehadiran seramai 8 orang anggota lembaga yang diketuai oleh Cik Hajah Haluyah binti Alwi selaku Timbalan Pengerusi, KoPUSAKA. Lawatan kunjungan KoPUSAKA ini disambut baik oleh Pengurusan Keperasi Tentera. Sesi taklimat kepada anggota KoPUSAKA disampaikan oleh Brig Jen Dato’ Ahmad Zahudi bin Haji Salleh (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif. Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengalaman dalam pengurusan perniagaan koperasi yang diterapkan dalam melancarkan pengendalian Koperasi Tentera.
SEKOLAH PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KD PELANDOK 6 DISEMBER 2012 – Seramai 12 orang penuntut dan 7 orang jurulatih yang diiringi oleh Pegawai Koordinasi; Lt Kdr Sanusi bin Che Abdullah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Wisma Koperasi bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Sistem Latihan TLDM. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal dalam mengembangkan pemikiran bagi pembangunan sesebuah pentadbiran. Sesi lawatan ini diserikan dengan sesi taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Lt Kol Ismail bin Ali (Bersara), Pengurus Keanggotaan dan Pembiayaan dan sesi lawatan ke kaunter Wisma Koperasi.
Halaman
12
BERITA
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL: SUMBANGAN KERUSI RODA
Koperasi Tentera telah menghulurkan bantuan perubatan kepada 459 permohon pada tahun 2012. Bantuan ini adalah untuk meringankan beban anggota dalam menanggung kos rawatan perubatan bagi anggota dan ahli keluarga anggota yang sakit .
24 JUN 2012 - Pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-47, KT telah menyumbangkan bantuan kerusi roda kepada Puan Tarinah binti Ihi yang bertugas sebagai jururawat di 94 HAT Kem Terendak. Beliau memohon bantuan Kerusi Roda ini bagi anaknya yang mengalami kecacatan fizikal kurang upaya melebihi 10 tahun. Kini anak anggota tersebut, adik Muhammad Abid bin Amdan bersekolah di Sekolah Terendak II, dalam program Integrasi Khas di Kem Terendak. Anak anggota, adik Muhammad Abid bin Amdan mengalami Ceberal Palsy sejak kecil lagi dan bergerak menggunakan lutut, mengunakan pampers, tidak boleh bercakap serta mengalami lewat perkembangan. Majlis serahan ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diiringi oleh Pengerusi Koperasi Tentera; Brig Jen Datuk Mohd Nizam bin Hj Jaffar kepada pihak suaminya, Sjn Amdan bin Ali yang juga anggota koperasi dan bertugas sebagai tentera di Hospital Angkatan Tentera, Kem Syed Sirajudin Gemas, Negeri Sembilan. Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan merupakan sumbangan yang diperuntukkan setahun sekali dalam memberikan bantuan peralatan kepada anggota dan ahli keluarganya. Bagi tahun 2012, seramai 459 pemohonan telah diluluskan pada tahun ini.
13
Halaman
Suara Koperasi 2012
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL:
SUMBANGAN BUNGKUSAN HARI RAYA / ZAKAT
2 OGOS 2012 - Majlis Penyerahan Zakat dan Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM telah diadakan di Auditorium, Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Majlis turut dihadiri oleh YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, YDP BAKTI, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Pegawai-Pegawai Kanan ATM. Koperasi Tentera telah menyumbangkan cek bernilai RM50,000 sebagai sumbangan bungkusan Hari Raya kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera dan disusuli dengan bayaran Zakat berjumlah RM1,000,000 kepada Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia. Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Brig Jen Dato' Hj Ahmad Zahudi bin Salleh (B) kepada Menteri Pertahanan. Sumbangan tahunan Koperasi ini merupakan usaha murni Koperasi Tentera dalam membantu meringankan bebanan anggota ATM.
Halaman
14
BERITA
ZAKAT ASNAF kt 2012 Pada tahun 2012, Koperasi Tentera telah memutuskan untuk menyumbangkan zakat kepada 17 organisasi atau badan pertubuhan dan 19 individu terpilih. KT memperuntukkan sebanyak RM80 ribu iaitu 5% daripada zakat perniagaan untuk tujuan zakat serahan kepada golongan asnaf yang layak menerima.
Serahan Zakat Individu kepada pw i saradin bin buang (Kuala Lumpur) KT menghulurkan zakat kepada isteri PW I Saradin bin Buang; Pn Siti Norishah binti Hj Jalaluddin untuk menanggung keperluan peralatan suaminya yang kini lumpuh akibat kecederaan ketika bermain bola sepak ATM. Majlis serahan zakat ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Koperasi Tentera, Tuan Hj Wan Deris bin Wan Ahmad dan disaksikan oleh Lt Kol Dato’ Kam Yoon Sang (Bersara), Penasihat Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
maahad al-iman an-nawawi (Pulau Pinang) En. Mohammad Fadzilah bin Halim, selaku anggota Lembaga Koperasi Tentera menyerahkan sumbangan zakat KT kepada Pengetua Maahad Al-Iman An-Nawawi; Tuan Hj Zaidi bin Hj Salleh. Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan mula mendapat bantuan daripada kerajaan pada tahun 2006. Para pelajar di Maahad ini terdiri daripada penduduk setempat, daerah dan negeri yang berhampiran. Maahad ini turut menyediakan perlindungan kepada anak yatim dan miskin.
pertubuhan kebajikan anak-anak yatim dan miskin nur hidayah (Kedah) Pertubuhan Kebajikan anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah terletak di Baling, Kedah dengan jumlah penghuni seramai 36 orang. Pertubuhan ini membantu memberi perlindungan kepada anak-anak yatim dan miskin di sekitar daerah Baling dan Kulim. Majlis serahan cek zakat ini disempurnakan oleh En. Mohammad Fadzilah bin Halim, selaku anggota Lembaga Koperasi Tentera kepada Puan Jamilah Amin Gol.
15
Halaman
Suara Koperasi 2012
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Nur Kasih (Perak) KT menghulurkan zakat kepada Rumah Anak Yatim Nur Kasih, Ipoh, Perak. Pertubuhan ini mula beroperasi pada Januari 2012 yang bertujuan untuk memberi perlindungan, pembelajaran kepada anak-anak yatim di sekitar Ipoh. Majlis serahan zakat ini telah disempurkan oleh Pegawai Cawangan Ipoh, Pn Zaredah binti Kamaruddin kepada Pengetua, Tuan Hj Abdul Haiyi bin Mohd Tahir.
Pertubuhan Baitul Aini, Rumah Anak Yatim Dan Miskin (Perak) Serahan zakat kepada Pengetua, Tuan Hj Abd Rahim bin Hj Abu Bakar dilaksanakan di perkarangan rumah kebajikan ini oleh Pegawai Cawangan Ipoh, Pn Zaredah binti Kamaruddin. Pertubuhan ini ditubuhkan berorentasikan menjaga kebajikan golongan anak yatim dan miskin di Ipoh, Perak. Pertubuhan ini juga turut melaksanakan pembangunan surau dan pusat tahfiz untuk kegunaan awam dan anak yatim serta anak yatim di kawasan setempat.
Serahan Zakat Individu kepada En. Kassim bin Taib (Perak) Penyampaian sumbangan cek zakat Koperasi Tentera bagi tahun 2012 kepada Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih Taiping disampaikan oleh Pegawai Cawangan Taiping, En. Mohd Idris bin Abdullah kepada Penyelia, En. Zulkefely bin Othman. Pertubuhan ini telah beroperasi lebih kurang 2 tahun dan mempunyai 25 orang anak yatim dan miskin. Pertubuhan ini bertujuan untuk menjaga keperluan asas anak-anak yatim dan miskin serta memberi pendidikan kepada mereka.
Halaman
16
INSURANS
PAMPASAN INSURANS BERKELOMPOK ATM MAJLIS SERAHAN CEK PAMPASAN KEPADA WARIS ANGGOTA DI MARKAS LOGISTIK TENTERA DARAT 13 OGOS 2012 - Kol Zainal Ariffin bin Hj Ahmad selaku Ketua Kumpulan JLJ telah melaksanakan tanggungjawab dengan menyerahkan cek pampasan berjumlah RM94,020.42 kepada waris anggota Allahyarham 1154836 Ahmad Johan bin Ahmad Tarmizi. Majlis ringkas ini diadakan di pejabatnya dengan diwakili oleh Ahmad Tarmizi bin Abu Bakar (bapa) dan Zubaidah binti Ahmad (Ibu) allayharham. Allayharham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat kemalangan jalanraya di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. MAJLIS SERAHAN CEK PAMPASAN DI 23 RAMD, KEM GUA PERMAI, PERAK 16 OGOS 2012 - Staf Pejabat Cawangan Ipoh hadir bagi melaksanakan serahan cek pampasan kematian kepada waris Allahyarham 1110880 Mazrin bin Mat Yasin di 23 RAMD, Kem Gua Permai, Ipoh, Perak. Majlis serahan ini disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 23 RAMD; Lt Kol Zamran bin Hashim kepada waris anggota; Mawar bin Abu Hasan (Isteri), Mat Yasin bin Itam (Bapa) dan Salina binti Salin (Ibu) dengan jumlah Pampasan sebanyak RM153,040.13. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pantai, Ipoh akibat sakit jantung. MAJLIS SERAHAN CEK PAMPASAN OLEH KOMANDEN PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH 17 OKTOBER 2012 - Satu majlis serahan cek pampasan kematian kepada waris allayhyarham 728627 Muhammad Saifullah bin Abdul Razak telah diadakan di Pejabat Komandan, Pangkalan Udara Butterworth. Majlis serahan ini dilaksanakan oleh Komanden Pangkalan Udara Butterworth; Brig Jen Mohd Shabre bin Hj Hussein kepada Abdul Razak bin Md Said (bapa) dan Ramlah binti Abdul Rahmad (ibu) dengan jumlah pampasan sebanyak RM58,000.24. Allahyarham meninggal dunia pada 20 Februari 2012 akibat kemalangan jalanraya berhampiran Balai Polis Pematang Keling, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
17
Halaman
Suara Koperasi 2012
KT KOTA KINABALU LAKSANAKAN PENYERAHAN CEK PAMPASAN KECEDERAAN DI KEM LOK KAWI, SABAH 25 OKTOBER 2012 - Majlis penyerahan cek pampasan kecederaan kepada anggota 1140315 Kpl Mohamad Khirudin Abdul Kudus. Cek pampasan yang bernilai RM2,470 diserahkan kepada Pegawai Memerintah Rejimen 6 RAD, Lt Kol Suhaimi Ahmad dalam satu majlis ringkas. Anggota menerima pampasan kecederaan akibat patah tangan kiri ketika bermain dalam satu perlawanan bola sepak pada 10 Jun 2011 lalu. 21 NOVEMBER 2012 - Serahan cek pampasan kecederaan kepada anggota 1112984 Sjn Merana Ayong Rajawa bernilai RM9,440 disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Rejimen 6 RAD dengan disaksikan oleh Pegawai Pejabat Cawangan, Pn Dayang Nooramas Ismail. Anggota mengalami kecederaan pada 28 Julai 2011, akibat kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan patah kaki kiri.
30 NOVEMBER 2012 - Majlis serahan cek pampasan kecederaan kepada anggota 1093881 Lkpl Rahim bin Ibrahim telah disempurnakan di Pejabat Pegawai Memerintah 5 RAJD, Kem Lok Kawi. Majlis Serahan ini dilaksanakan oleh Mej John ak Sembilan kepada anggota dengan jumlah pampasan sebanyak RM15,260. Anggota mengalami kecederaan patah kedua-dua belah tulang kaki akibat kemalangan jalanraya pada 21 November 2010 lalu.
MAJLIS SERAHAN CEK PAMPASAN OLEH PEGAWAI MEMERINTAH 74 WORKSYOP BRIGED
21 DISEMBER 2012 - Satu majlis ringkas penyerahan cek pampasan kecederaan kepada nggota 1092315 Sjn Anuar Salim di rumahnya. Cek pampasan yang bernilai RM16,920.00 diserahkan oleh Lt Kol Musa bin Kassim dan disaksi oleh anggota Lembaga Koperasi; PW I Hafizi bin Ab Mutolib serta staf dari 74 Worksyop Divisyen. Anggota mengalami kecederaan putus kaki kiri akibat kemalangan jalanraya pada 23 September 2009.
Halaman
18
INFO
PERBEZAAN PEMBIAYAAN
BANK TEMPATAN DENGAN KOPERASI TENTERA (BERDASARKAN PINJAMAN RM50,000 SELAMA 120 BULAN)
Koperasi Tentera (KT) sentiasa memastikan anggota mendapat keistimewaan dan keuntungan yang maksima bagi setiap simpanan, pembiayaan mahupun pembayaran dividen. Itulah misi KT iaitu meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota dengan berteraskan nilai-nilai murni dan prinsip-prinsip KT.
Justeru, KT ingin memberi maklumat yang terkini berdasarkan kajiselidik kami berdasarkan perbandingan dengan 2 buah bank tempatan yang popular di kalangan anggota mahupun kakitangan kerajaan dari segi nilai bersih pembiayaan yang telah ditawarkan. Dengan maklumat ini, kami berharap para anggota akan lebih memahami perbandingan dan tawaran yang telah disediakan oleh KT adalah sememangnya amat munasabah dan memihak kepada kebajikan para anggota. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Lt Kol Ismail bin Ali (B), Pengurus Pembiayaan & Insurans, di talian 03- 40272733 atau Pn Norazian binti Abdullah, Penolong Pengurus Pembiayaan di talian 03-40272699 Nota: 1. Bayaran bulanan Bank Y lebih rendah tetapi bayaran bersih juga rendah, jadi tiada kelebihan.
Perkara
19
Halaman
BANK Y
KOPERASI TENTERA
HAD PEMBIAYAAN
RM3,000–150,000 (Pegawai) RM3,000 – 100,000 (LLP)
RM150,000 (Pegawai) RM 5,000–60,000 (LLP)
RM100,000 atau 20 kali pendapatan (mana yang rendah)
TEMPOH
2 – 10 tahun / TTP 21 tahun 6%
3 – 15 tahun
6 bulan - 15 tahun / TTP terdekat
5.5% kadar rata atau BFR+1.8 % (berubah) 1/3 dari gaji bersih
5.5%
LLP: 13 tahun keatas Pegawai : Tauliah tetap Tiada
Telah 6 bulan menjadi anggota KT
KADAR KEUNTUNGAN GAJI
RM700 termasuk elaun
LAMA TELAH BERKHIDMAT
Selepas 7 bulan perkhidmatan
PENJAMIN
Tiada
CARA BAYARAN DEPOSIT JAMINAN FI PROSESAN DUTI SETEM FI PENYELESAIAN AWAL BAYARAN LAIN TAKAFUL SYARAT LAIN
2. Maklumat disediakan pada Jun 2012 & akan berubah mengikut kadar semasa bank tempatan. 3. Bank X dan Y tidak berkongsi keuntungan dengan anda seperti Koperasi Tentera iaitu kadar purata dividen 13%
BANK X
BAYARAN BULANAN ANGGOTA TERIMA
Pendapatan tetap
1. Tiada jika telah menjadi anggota KT melebihi 5 tahun kecuali berpangkat LKpl ke atas tetapi perlu bayar wang jaminan kelompok (AlKafalah) 0.85% setahun
BIRO ANGKASA
Potongan majikan
2. Berpenjamin tiada caj tambahan (Al-Kafalah) UGAT
1 bulan bayaran balik
2 bulan ansuran
Tiada
3% dari amaun lulus (RM1,500) RM50
Tiada
RM10-50 sahaja
0.5% dari jumlah pembiayaan (RM250)
Tiada
RM50
Fi RM15 utk penyata baki & fi RM50 utk proses
1. RM40 fi komoditi 2. RM150 untuk wasiat MTRA ikut umur dan jumlah pembiayaan
Tiada
2.5% dari baki pembiayaan & RM100 untuk dapatkan penyata penyelesaian baki 1. Bayaran kpd jab Insolvensi 2. RM350 untuk wasiat MTRA/GMTA ikut umor dan jumlah pembiayaan 1.Bayar yuran ahli kelab PFI. RM20 2.Buka akaun AlWadiah RM50 3. Surat pengesahan perkhidmatan dari UGAT RM667.00
1. Buka akaun 2. Peruntukan sebagai pendapatan
Tiada
RM645.00
RM655
RM47,023
RM47,650
RM49, 250
0.15% setahun dari amaun lulus
Suara Koperasi 2012
koperasi tentera buka cawangan koperasi dan Ar-RahnuKT Dengan pembukaan cawangan baru ini dapat membuktikan kesungguhan Pengurusan Koperasi Tentera untuk terus mendekatkan diri dengan pelanggan di samping untuk mempertingkatkan imej KT untuk menjadi “Koperasi Terunggul di Malaysia”
CAWANGAN KE-18 KOPERASI TENTERA SUNGAI BESI Berita baik untuk semua anggota Koperasi Tentera, koperasi kini telah membuka sebuah lagi pejabat Cawangan KT di Sg Besi pada 01 Ogos 2012 yang lalu. Dengan pembukaan pejabat cawangan ke 18 ini, dapat memudahkan lagi urusan anggota dengan Koperasi Tentera seperti alamat berikut: KT Cawangan Sg Besi No 57, Tingkat 1, Jalan Tasik Utama 4 Medan Niaga Tasik Damai, The Trilium Lake Fields 57000 Kuala Lumpur Tel : 03-90545906/907 Faks : 03-90545904
BERPINDAH Adalah dimaklumkan bahawa, Pejabat KT Cawangan Kuantan, Pahang telah berpindah bermula 10 Disember 2012 ke alamat baru di: KT Cawangan Kuantan, No.28 ,Tingkat Bawah, Lorong Seri Damai Aman 38, Perkampungan Seri Damai Aman, 25150 Kuantan, Pahang Tel : 09-5393291/95 Faks : 09-539108
AR-RAHNU KT KINI DIBUKA Koperasi Tentera telah menubuhkan Ar-Rahnu KT, iaitu sebuah perkhidmatan gadaian Islam yang terbuka kepada orang awam. Cawangan pertama Ar-Rahnu KT yang terletak di Sg Besi telah mula beroperasi pada 5 Julai 2012 dan diikuti pula dengan pembukaan cawangan kedua di Sg Udang, Melaka pada 12 Julai 2012 seterusnya Di Kluang Johor pada 6 November 2012. Keistimewaan Ar-Rahnu KT berbanding pengusaha Ar-Rahnu yang lain adalah ianya menawarkan pinjaman sehingga 70% daripada nilai emas serta caj yang lebih rendah. Untuk sebarang keterangan, boleh berhubung terus ke Pejabat Ar-Rahnu KT berdasarkan maklumat yang tertera seperti berikut: Ar-Rahnu KT Cawangan Sg Besi No 57 Jalan Tasik Utama 4, The Trillium Lake Fields, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur Tel : 03-90545900/901 Faks : 03-90545902
Ar-Rahnu KT Cawangan Kluang No 45, Jalan Rambutan, 86000 Kluang, Johor (Berhadapan Kluang Mall) Tel : 07-7711861 Faks : 07-7711966
Ar-Rahnu KT Cawangan Melaka No 14 Lorong 2, Jalan Desa Taming Sari, 76300 Sungai Udang, Melaka Tel : 06-3574870/71 Faks : 06-3574873
Halaman
20
INFO
21
Halaman
KERATAN AKHBAR SEPANJANG TAHUN 2012
Suara Koperasi 2012
PEJABAT CAWANGAN KOPERASI TENTERA ZON UTARA KOPERASI TENTERA CAWANGAN SUNGAI PETANI NO. 6, LENGKOK CEMPAKA 1 BANDAR AMAN JAYA 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH TEL: 04-4420978/4425962 FAK: 04-4413259
KOPERASI TENTERA CAWANGAN JITRA NO 46, JALAN TOK JALAI KOLEJ HEIGHTS UTARA 06000 JITRA, KEDAH TEL: 04-7141829/7141829 FAKS: 04-7141835
KOPERASI TENTERA CAWANGAN BUTTERWORTH NO. 15, JALAN SELAT, TAMAN SELAT 12000 BUTTERWORTH TEL: 04-3324480/81 FAK: 04-3324482
KOPERASI TENTERA CAWANGAN LUMUT PT NO. 4169 & 4170, PERSIARAN SULTAN YUSUF IZZUDIN SHAH 32200 LUMUT, PERAK DARUL RIDZUAN TEL: 05-6836591/94 FAK:05-6836573
KOPERASI TENTERA CAWANGAN TAIPING NO 20, JALAN MEDAN SAUJANA 8 MEDAN SAUJANA KAMUNTING 34600 KAMUNTING, PERAK TEL: 05-8041786/8041792 FAKS: 05-8041813
KOPERASI TENTERA CAWANGAN IPOH NO 21, GROUND FLOOR, PERSIARAN GREENTOWN 8 PUSAT PERDAGANGAN GREENTOWN 30450 IPOH, PERAK TEL: 05-2546370/2547591 FAK: 05-2556724
ZON PANTAI TIMUR KOPERASI TENTERA CAWANGAN KUANTAN No.28,JALAN SERI DAMAI 38, PERKAMPUNGAN SERI DAMAI AMAN, 25150 KUANTAN, PAHANG TEL: 09-5393291/95 FAK: 09-539108
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KOTA BHARU PT 360, TINGKAT BAWAH JALAN SRI CEMERLANG, SEKSYEN 27 15300 KOTA BHARU, KELANTAN TEL: 09-7483225 FAK: 09-7446964
ZON SELATAN KOPERASI TENTERA CAWANGAN PORT DICKSON NO 63, JALAN MAHAJAYA 71000 PORT DICKSON TEL:06-6464046/6464069 FAK: 06-6463879
KOPERASI TENTERA CAWANGAN GEMAS NO. 42 & 43 JALAN PASAR LAMA 73400 GEMAS NEGERI SEMBILAN TEL:07-9481581/1587 FAKS: 07-9481801
KOEPRASI TENTERA CAWANGAN MELAKA NO. 16, (TINGKAT BAWAH) LORONG 2, JLN DESA TAMING SARI, TMN DESA TAMING SARI, 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA TEL: 06-3574880/81 FAK: 06-3574882
KOPERASI TENTERA CAWANGAN TEBRAU NO 51, JALAN ROS MERAH 2/3 TAMAN JOHOR JAYA 81100 JOHOR BAHRU TEL: 07-3553640/3553716 FAKS: 07-554014
KOPERASI TENTERA CAWANGAN MERSING NO 9 & 10, JALAN JETI BANDAR TEPIAN SUNGAI 86800 MERSING, JOHOR TEL: 07-7998590/91 FAKS: 07-7998357
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KLUANG NO 47 & 49 JALAN RAMBUTAN 86000 KLUANG, JOHOR TEL: 07-7731704 FAK: 07-7731694
ZON TENGAH KOPERASI TENTERA CAWANGAN SG BESI NO. 57, TINGKAT 1, JALAN TASIK UTAMA 4 MEDAN NIAGA TASIK DAMAI, THE TRILLIUM LAKE FIELDS, 57000 KUALA LUMPUR TEL: 03-90545906/907 FAKS: 03-90545904
ZON SABAH/SARAWAK KOPERASI TENTERA CAWANGAN KOTA KINABALU SHOPLOT NO. 6, BLOK D PUTATAN PLATINUM PLAZA 88200 KOTA KINABALU, SABAH TEL: 088-734275/6 FAK: 088-734273
KOPERASI TENTERA CAWANGAN KUCHING NO 4 & 5, PHASE 11, LOT 1020 BLOK 46 KCLD, 7TH MILE BAZAAR JALAN PENRISSEN 93250 KUCHING, SARAWAK TEL: 082-614717 FAK: 082-611727
KOPERASI TENTERA CAWANGAN SIBU NO 6A, (LOT 16) TINGKAT 1 LAICHEE LANE 96000 SIBU, SARAWAK TEL: 084-320327/347662 FAKS:084-324485
KOPERASI TENTERA
Wisma Koperasi Tentera
No 1, Jalan 2/65 C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. Tel: 03-40272600 Faks: 03-40253804 Email:
[email protected]